Monday, November 13, 2006

Melayu Meritokrasi



Hari ini 13hb November 2006 bermulalah majlis syarahan Perdana dalam Perhimpunan Agung UMNO. Seperti sediakala sebilangan besar yang bercakap akan disediakan teks ucapan yang mengandungi ucapan-ucapan menjurus kepada menjaga TUAN mereka.

Sewaktu Perhimpunan Agung UMNO yang dahulunya diadakan di Balai Budaya (sekarang Dewan Syed Nasir) di Dewan Bahasa Dan Pustaka dan kemudiannya berpindah ke Dewan Nirwana Hilton Hotel ( sekarang ini Crown Plaza Hotel) Jalan Sultan Ismail, setiap perwakilan yang berucap akan berdiri memandang ke hadapan mengadap Pengerusi Tetap dan juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Tetapi semenjak berpindah ke bangunan sendiri yang bernama Dewan Merdeka di Pusat Perdagangan Dunia Putra, semua perwakilan berucap secara mengiring dan banyak mengadap ke arah perwakilan UMNO sendiri. Ini bertentangan dengan peraturan mesyuarat UMNO mengarahkan ahli yang hendak bercakap mestilah bercakap dengan mengadap tepat kepada Pengerusi Tetap dan tidak dibenarkan berucap secara membaca teks. Inilah perbezaan antara dahulu dan sekarang yang tidak banyak diketahui ramai.
Perwakilan bagi Persidangan Perhimpunan Agung 2006 kali ini dijangka akan berucap mengikut ke hendak-kehendak Pengerusi Perhubungan Negeri dan bersukacitalah Presiden UMNO kerana perwakilan tidak memperlihatkan unsur - unsur untuk menegur beliau dan sekutunya.

Pada kebiasaaanya apabila ada perhimpunan yang tidak ada pemilihan maka perhubungan UMNO Negeri akan mengadakan konvensyen UMNO dengan tujuan memberi peluang ahli-ahli dari kalangan akar umbi yang terdiri dari nelayan, petani, peniagan kecil, peneroka tanah Felda dan sebagainya, yang tidak berpeluang untuk hadir sebagai perwakilan UMNO ke Perhimpunan Agung UMNO untuk membahaskan isu-isu yang dibangkitkan oleh UMNO Negeri.

Johor adalah antara negeri yang mengadakan Konvensyen UMNO baru - baru ini. Dalam konvensyen tersebut UMNO Johor telah memutuskan secara menyeluruh bahawa UMNO Negeri menolak sistem meritrokasi kepada pelajar-pelajar Melayu dan meminta supaya sistem ini dikaji semula atau lebih drastik dibatalkan.

Peliknya resolusi itu datangnya dari dua orang penting dalam pentadbiran kerajaan di bawah Abdullah Hj Ahmad, seorang Menteri Pelajaran yang juga Ketua UMNO Bahagian yang pasti duduk sebagai ahli Badan Perhubungan UMNO Negeri dan seorang lagi Setiausaha Parlimen dari Kementerian Pengajian Tinggi yang tidak menjadi ahli Badan Perhubungan UMNO tetapi seorang ahli Parlimen dari Johor.

Sudah tentu kertas untuk dibentangkan oleh UMNO Johor dalam konvensyen sudah dibincangkan dan sudah semestinya ada maklumat kenapa kerajaan melaksanakan konsep meritrokasi tersebut. Tetapi bila resolusi itu dipersetujui dan diumumkan kepada media, ini bererti pandangan UMNO Johor sudah bincang dan dipersetujui.


Apabila resolusi ini dirujuk kepada Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Abdullah Bin Hj Ahmad tanpa berlengah lagi mengatakan bahawa "kerajaan akan meneruskan meritrokasi bagi membolehkan anak melayu menerima cabaran". Maka bertanyalah semua orang yang berminat, dikatakan bahawa dalam kerajaan ( kerajaan Abdullah Hj Ahmad) "segala keputusan akan diputuskan melalui musyawarah" namun kita tidak terdengar pun resolusi UMNO Johor itu dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi dan lebih menghairankan keputusan meneruskan meritokrasi ini tidak diumumkan dalam satu mesyuarat politik sebalik atur cara program yang tidak relevan dengan isu oleh Abdullah Hj Ahmad.

Maka benarlah bila seorang Pembantu Menteri dari Sabah mengatakan apa yang ada sekarang ini adalah "pemerintahan Abdulah Hj Ahmad" dan bukan "Kerajaan Barisan Nasional" atau kerajaan UMNO. Maka tidak salah apa yang selalu dikatakan bahawa UMNO sedang menyediakan seorang Firaun Hadhari.

Ini jelas dalam satu wawancara Abdullah Hj Ahmad, tanpa mengambil kira bahawa dia seorang anak dan cucu ulamak telah meminta jawatan sedangkan mustahil dia tidak tahu bahawa Islam melarang untuk kita meminta jawatan. Tindakan menyebut bahawa dia tidak akan menjadi Perdana Menteri satu penggal adalah seperti membawa maksud dia meminta jawatan. Dengan lafaz itu jelaslah Abdullah Hj Ahmad menggunakan Islam untuk kepentingan dia dan bukan apa yang hendak dia lakukan untuk kepentingan Islam. Sewajarnya kalau dia berhemah dia akan mengatakan," bahawa saya menjalankan amanah rakyat untuk kepentingan mereka dan jika saya sudah tidak melaksanakan amanah itu, terserah kepada rakyat memutuskan masa depan politiknya" dan rakyat akan lebih simpati jika kenyataan kesederhanaan ini dibuat.

Malangnya, macam iklan Petronas "Abah jangan lupa pakai lampin" begitulah juga Abdullah Hj Ahmad yang bukan sahaja kuat tidur tetapi banyak benda yang dia terlupa. Bila dikatakan dia cenderung ke arah munafik maka panglima dia akan terus melenting kerana panglima itu juga sama ke arah yang munafik. Maka tidak hairanlah orang seperti Muhyiddin Yassin dan Mohd Ali Rustam mempertahankan Abdullah Hj Ahmad berhabis-habisan walau dikalangan rakyat jelas gambaran kecenderungan sifat kemunafikan itu ada pada pemimpin UMNO.

Bila isu soal pembunuhan seorang model Mongolia timbul, selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri beliau hanya membuat kenyataan streotaip yang biasa ia itu, tidak boleh membuat kenyataan kerana mengganggu siasatan. Orang ramai dan rakyat sebenarnya tidak memberi penekanan kepada yang kena bunuh dan siapa yang membunuh kerana memang kita tahu Polis Malaysia mempunyai kemahiran tinggi dalam soal itu. Selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri rakyat mahu tahu, apa hubungkait antara seorang yang dipanggil "Orang Kenamaan" yang sebenarnya tidak kerana tidak semesti seorang Datuk secara automatik menjadi orang kenamaan. Kita perlu tahu bahawa tafsiran orang kenamaan adalah senarai nama yang dikeluarkan oleh Bahagian Istiadat di peringkat Persekutuan Negeri.


Jika dalam tahun 60an dan 70an dalam keadaan perang dingin dan ancaman Komunis ada hubungan seorang yang punya akses dengan seorang Menteri Pertahanan yang terma digunakan sebagai, seorang "pemikir, perunding dan penganalis pertahanan" digunakan oleh ejen-ejen kerajaan asing untuk mendapat maklumat keselamatan negara?
Maka perlulah seorang Menteri Keselamatan Dalam Negeri memberi penjelasan dalam semangat ketelusan yang war warkan sendiri oleh Abdullah Hj Ahmad samada ini ada berlaku di negara kita.

Berdasarkan laporan akbar, perempuan yang mempunyai kerjaya model itu boleh berbahasa Russia, Perancis dan Inggeris. Kesemua bahasa yang diketahui oleh perempuan itu mempunyai hubungkait dengan Malaysia dari satu sudut. Malaysia mempunyai kepentingan pembelian senjata dengan Perancis, membeli kapal selam dan kapal terbang pejuang dengan Russia yang ironisnya "dealing" pembelian senjata ini adalah dari negara - negara yang mana wanita itu mempunyai kefasihan dalam bahasa.


Sehingga kini Menteri Pertahanan masih diam lagi terhadap dakwaan akbar, seolah-olah ada hubungan intim antara "orang kenamaan" yang mempunyai maklumat-maklumat tertentu dalam soal keselamatan pertahanan dengan pembunuhan model wanita Mongolia yang fasih pelbagai bahasa. Rakyat juga masih menunggu "clearance" dari Menteri Keselamatan Dalam Negeri" mengenai terlibatnya anggota Polis dalam isu pembunuhan itu. Kenapa pihak polis tidak mahu menyiarkan nama-nama mereka melainkan pangkat sahaja. Bukankah ini akan merangsang spekulasi dan rakyat melihat isu itu macam filem-filem "action" dalam Astro samada Channel HBO atau StarMovie. Adakah itu satu operasi rasmi kerajaan dan pasukan sulit kerajaan? Kalau tidak, adalah menjadi tanggungjawab Menteri Keselamatan Dalam Negeri untuk membuat penjelasan dan selagi tidak ada penjelasan, selagi itu akan timbul perbagai andaian yang akhirnya akan menghilangkan kepercayaan rakyat.


Akhirnya walaupun negara ini aman dan setiap tahun ahli-ahli UMNO membincangkan soal-soal routin yang terdiri soal agama, ekonomi, pendidikan dan sosial, kita harus juga memberi penelitian isu - isu keselamatan yang tidak dibincangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO setelah hampir 25 tahun. Telah tiba masanya perwakilan UMNO dengan tidak menghiraukan kehendak tuan-tuan mereka membincangkan juga soal keselamatan negara ini. Apakah arah tuju sistem pertahanan kita, keselamatan dalam negeri kita dan sewajarnya dalam kesibukan membuat penyiasatan kes pembunuhan itu, kita meneliti samada terdapat unsur-unsur pembocoran rahsia atau penyampaian maklumat keselamatan negara. Sekiranya ini berlaku kerajaan tidak perlu kesian untuk mengambil tindakan terhadap"orang kenamaan" itu dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri" dan rakyat akan memberi sokongan. Kerajaan jangan hanya menumpukan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri dalam soal penyibaran isu agama yang kecuh sekarang ini kerana Menteri yang menjaga agama masih lagi mempersoalkan siapa lebih besar saya selaku Menteri atau Mufti.


Sang Kelembai
: Hairan orang Melayu yang dikira cerdik, boleh jadi macam orang tak bersekolah. Itu sebab orang tua-tua kata, biar kita diputuskan rezeki atau musibah lain oleh Allah tapi jangan sampai Allah putuskan Hidayah dan Akal kerana semua yang hidup ada otak, tapi bukan semua otak ada akal.

16 comments:

Hanturaya said...

sdra zarin;
seperti biasa perwakilan UMNO jadi tempat memuji-memuja pemimpin. Ia sama seperti kuil di mana penganut UMNO menyembahkan puji-puji bagi dewa-dewa mereka. Hari ini dewa agung adalah PakLah, dulu TunM.

Saya menanti utk mendengar komen lintas lansung sdra di riverside atau coffee house sri pacific!

Anonymous said...

Hari ini dan besok dan seterusnya bekumandanglah lagu dan nyayian lama,lagu untuk mempertahankan ketuanan melayu,lagu untuk menjaga kepentingan melayu,lagu untuk menjaga keistimewaan melayu tetapi bagi saya kesemuanya itu adalah pembohongan besar pemimpin Umno.Yang di pertahankan ialah kepentingan periok nasi pemimpin umno,yang diperjuangkan ialah kuasa sekelompok pemimpin umno supaya terus menhimpun harta sampai 7 keturunan tidak habis makan.Orang kampung ,petani,nelayan,penanam sayur tidak akan berubah selagi pemimpim umno bukan nya datang dari kalangan mereka.Pemimpim umno yang lahir dari keluarga kaya,mewah anak duta dan kelulusan oxford tak akan pernah mengerti apa itu kesusahan org kampung.nelayan dan petani,yang pernah dilihat dan dilaluinya sepanjang hidupnya ialah segala kemewahan dan kuasa

Anonymous said...

Assalamualaikum-"DAHULU LAIN SEKARANG LAIN"

DULU bila berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO, setiap perdebatan akan diikuti dengan teliti dan Lagu UMNO akan dinyanyikan bersama serta dihayati.

SEKARANG tiada semangat untuk mengikutinya kerana apa yang diperdebatkan oleh perwakilan hanyalah isu yang boleh menaikkan lagi imej Pemimpin Islam Ada Had Ada Hari dan sekiranya ada isu hangat Pak Lah telah pun mempunyai keputusannya sendiri tanpa perlu adanya musyawarah.

Nyanyian Lagu UMNO tidak lagi dinyanyikan bersama dan dihayati kerana jelas pemimpin UMNO hanya mementingkan diri sendiri daripada keutuhan parti.

Kepada perwakilan UMNO yang sempat membaca komen ini "Sedarlah Diri Anda Telah Dipergunakan Untuk Kepentingan Segilintir Individu Tertentu Dalam UMNO".

Wassallam.

Anonymous said...

sang sapurba berkata,
Pelik betul dan pelik benar dlm Mingguan Msia PM menyatakan beliau bkn sekadar nak jadi PM sepenggal.Tahukah beliau kami semua akan memenggalnya huahuahuah.

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara2ku...

Paklah memang muka tak tak malu memohon kpd perwakilan agar memberi peluang kpdnya sepenggal lagi....sucks..apa jenis pemimpin nie...

Wahai kwn2ku...sungguh hina pemimpin UMNO skrg...perkara yang menyentuh peribadi pemimpin tidak boleh dibahaskan didlm dewan perwakilan..apa ini...kalo pemimpin mempunyai keperibadian yang hina dan rakus bagaimana?..harus kah kita sbg rakyat menerima sahaja?

Kita lihat negara bukan Islam seperti US, Jepun dan negara Eropah selalu bertindak adil menghukum para pemimpin mereka yg mempunyai keperibadian yang hina....skandal seks para pemimpin mereka akan dibicarakan secara telus..kerana apa? walaupun negara mereka bukan negara Islam mengapa mereka menganggap pemimpin tidak boleh terlibat dgn skandal seks dan jika terlibat mereka akan dibicarakan serta akan kehilangan status sbg pemimpin...ini kerana bagi rakyat negara tersebut keperibadian pemimpin itulah mencerminkan intergriti dan inovasi pemimpin dlm memacu sesebuah negara....tapi bagi kita terutamanya para perwakilan UMNO apakah yang lebih penting? sudah tentulah kedudukan dan faedah diri sendiri diutamakan jika ingin menyokong seseorang pemimpin...sungguh jijik utk diperkatakan...

Apakah negara kita yg Hadhari nie berbuat demikian...sungguh malu..tidakkah Paklah mahupun TDM malu akan perkara ini...rakyat sudah boleh berfikir wahai saudara2ku sekalian...adakah cara lain yg boleh mengubah senario politik negara kita ini...jwpnya tetap ada...hanya dgn memangkah pembangkang sahaja jwpnya..nak harap kpd para perwakilan yg kononnya wakil2 rakyat dan suara rakyat..jgn harap...mati dan hidup semula 3 kali pun belum tentu senario politik kita akan berubah...mereka2 ini semua tunggul kayu yg ditaja hidup mereka agar mendokong kerakusan pemimpin UMNO..Bullshit.

Anonymous said...

Assalamualaikum-geli hati melihat Pak Lah syok sendiri apabila dipuji kerana mentadbir negara secara berhemah ... kwang 3x.

Itulah satu petunjuk yang jelas bahawa Pak Lah seorang pemimpin yang suka diampu dan dipuji.

Orang yang mengampu Pak Lah pulak, mereka sebenarnya ketawa terbahak2 kerana teramat lucu melihat gelagat Pak Lah yang syok sendiri tu.

Pak Lah berkata juga beliau akan meneruskan sikap bersabar beliau ... masa TDM dulu takde pun keluar kata2 macam tu. Haii ... macam ugutan pulak pada orang yang suka mengkritik beliau.

Ini juga satu sikap tidak baik seorang pemimpin kerana pemimpin yang baik boleh menerima kritikan dan nasihat yang membina daripada orang bawahan serta sentiasa mengalu2kan kritikan.

Pak Lah berdegar2 di sana sini melaung2kan bahawa setiap keputusan dibuat melalui musyawarah. Tapi apa yang berlaku jelas adalah sebaliknya.

Jadi jelaslah Perhimpunan Agung UMNO kali ini hanya membuang waktu dan menghabiskan duit sahaja.

Dah tu ... perasan pulak orang nak sokong dia jadi PM sepenggal lagi. Boleh blah lah ....

Sesungguhnya amatlah malang bagi kita rakyat Malaysia dan khususnya ahli UMNO kerana mempunyai pemimpin yang syok sendiri dan tidak boleh menerima kritikan dan nasihat.

Marilah kita bersama2 memastikan melalui pilihan raya yang akan datang suara Pak Lah walaupun sepatah tidak akan lagi berkumandang di kaca TV dan surat khabar utama negara.

Wassallam.

Anonymous said...

Assalamualaikum
Pakcik Zarin ada beberapa persoalan yang saya nak sangat pakcik kupaskan
1. Perbezaan UMNO dahulu dan UMNO sekarang (dalam hal perjuangan Melayu)
2. Perbezaan ciri-ciri pemimpin UMNO dahulu dan UMNO sekarang
3. Pernah dahulu Arwah Ustaz Fadhil medoakan agar Tun M panjang umur agar dapat melihat hasil-hasil selepas pemerintahannya.
Sekadar ingin mendapat pandangan.

Anonymous said...

LATEST UPDATE:

A closed-door pre-council meeting with all the delegates was held today and an allocation of RM3 million worth of government contracts has been promised to each and every of the 191 Umno divisions. Those in the meeting were all the key officials of the division such as the division head, deputy, treasurer, secretary, committee members, etc. This move will ensure that the party President will be able to retain or buy the support of all the divisions, as the latest census done by the Umno headquarters shows that about 60% of the divisions still support Tun Dr Mahathir. Invariably, this money will filter down to the division officials who will be entrusted with the task of managing the contracts in their respective divisions.

Most of the division officials are small-time contractors and many are in dire straits due to the downturn in the economy -- and it is said that 50 of the 191 division heads are facing bankruptcy. For example, Terengganu, which has only eight Umno divisions, has more than 1,000 registered contractors and all have fallen on hard times. Most of the unhappiness with the present regime is because there are not enough government contracts to go around.

At 6.30pm tomorrow (Tuesday, 14 November), a gathering at the Grand Seasons Hotel is being organised by Mahathir’s supporters. Everyone, including the Prime Minister and Deputy Prime Minister, has been invited to attend and they are worried that the delegates may turn up in force. The promise of RM3 million worth of government contracts will ensure that most would boycott the event for fear of losing their allocation -- as for sure those who show allegiance to Mahathir would be dropped from the recipient list.

This not only smacks of money politics, which is a breach of Umno’s Code of Ethics, but is also illegal considering government money may not be used for party purposes. RM3 million per division may not sound much, but when you have 191 divisions the total would come to RM573 million or more than half a billion Ringgit.

Abdullah Ahmad Badawi must really be desperate and is trying hard to ensure he does not become a one-term Prime Minister. As he said, he would like to stay on until he completes all his projects and considering, by his own admission, it has taken him three years ‘just to warm up’, we can expect to see Abdullah around for a long, long time to come. And if he has to spend RM573 million of the Malaysian taxpayers’ money every year to do so, he will do so.

Tonight, the mainstream television stations carried Abdullah’s announcement who confirmed that the government is going to spend RM600 million on ‘rural projects’ and that the amount would be included in the Ninth Malaysian Plan (RMK9). The Deputy Prime Minister in turn said that the RMK9 budget would be increased by an additional RM600 million to cover this amount.


Betui ka nie brother?

Anonymous said...

Assalamualaikum-dengar daripada yang empunya cerita masa TDM jumpa Pak Lah tempoh hari Pak Lah ada minta masa untuk mengambil tindakan dengan syarat mendapat sokongan padu ahli UMNO. Dan kalau gagal Pak Lah bersetuju untuk mengundurkan diri kalau diminta berbuat demikian.

Kepada semua ahli UMNO sejati, kalau betullah yang empunya cerita tu kita nak bagi lagikah sokongan padu pada Pak Lah setelah melihat apa yang Pak Lah selama 3 tahun memerintah Malaysia ni. Sudah cukup onar yang dibuat oleh beliau.

Sama-samalah kita fikirkan demi kepentingan bangsa, agama dan negara.

Dan seruan kepada Pak Lah kalau dah gagal tu tak payahlah nak tunggu sampai ada permintaan untuk undurkan diri. Faham-faham ajelah, undurkanlah diri demi kepentingan bangsa Melayu, umat Islam di negara Malaysia tercinta ini.

Wassallam.

The Truth said...

FIRAUN HADHARI & MONDAY 13

Adakah apa-apa peristiwa yg bakal berlaku dgn pemilihan tanggal 13hb utk perhimpunan agung Umno ini oleh Badawi?. Mungkinkah Monday 13 akan menjadi satu nightmare keatas kerajaan firaun hadhari, kerana mulut celupar firaun ini telah mengucapkan kata-kata bahawa dia bukanlah PERDANA MENTERI SATU PENGGAL DAN JANGAN MENGUJI KESABARAN SAYA. Disini telah terserlah ketakutan sebenar firaun ini iaitu terhadap bayang-bayangnya sendiri. Firaun hadhari ini sebenar-benarnya tahu bahawa tempoh pemerintahannya telah sampai kepenghujung.Lantaran rasa takut dan fobia yg teramat,maka terlontarlah kata-kata yg kurang siuman spt diatas dari mulut dan lidahnya yg telah sebati dgn pembohongan,pendustaan dan kata-kata ucapan yg merapu.

Monday 13 bakal menyaksikan saat-saat akhir kejatuhan kerajaan firaun hadhari dan harus diterima sebagai perhimpunan agung Umno terakhir utk firaun ini.Kemudian selepas itu bermulalah episod bala yg bakal diterima oleh firaun ini,kaum kerabatnya,balaci-balaci dan tukang kipasnya..Gelombang kemarahan rakyat ini bakal diterjemahkan sebagai bala dalam pilihanraya umum dgn menidakkan undi kpd BN.

P/s : Ucapan “SAYA BUKAN PERDANA MENTERI SATU PENGGAL”merupakan kemuncak kesombongan firaun hadahari dan seolah-olah telah mengaku bahawa dia bukan saja maksum tetapi telah setaraf dgn TUHAN, kerana seolah-olah dia telah tahu apa yang akan berlaku dimasa depan…Walhal selama ini dia terkenal dgn kata-kata saktinya “SAYA TAK TAHU”.

The Truth said...

FIRAUN HADHARI & MONDAY 13

Adakah apa-apa peristiwa yg bakal berlaku dgn pemilihan tanggal 13hb utk perhimpunan agung Umno ini oleh Badawi?. Mungkinkah Monday 13 akan menjadi satu nightmare keatas kerajaan firaun hadhari, kerana mulut celupar firaun ini telah mengucapkan kata-kata bahawa dia bukanlah PERDANA MENTERI SATU PENGGAL DAN JANGAN MENGUJI KESABARANNYA. Disini telah terserlah ketakutan sebenar firaun ini iaitu terhadap bayang-bayangnya sendiri. Firaun hadhari ini sebenar-benarnya tahu bahawa tempoh pemerintahannya telah sampai kepenghujung.Lantaran rasa takut dan fobia yg teramat,maka terlontarlah kata-kata yg kurang siuman spt diatas dari mulut dan lidahnya yg telah sebati dgn pembohongan,pendustaan dan kata-kata ucapan yg merapu.

Monday 13 bakal menyaksikan saat-saat akhir kejatuhan kerajaan firaun hadhari dan harus diterima sebagai perhimpunan agung Umno terakhir utk firaun ini.Kemudian selepas itu bermulalah episod bala yg bakal diterima oleh firaun ini,kaum kerabatnya,balaci-balaci dan tukang kipasnya..Gelombang kemarahan rakyat ini bakal diterjemahkan sebagai bala dalam pilihanraya umum dgn menidakkan undi kpd BN.

P/s : Ucapan “SAYA BUKAN PERDANA MENTERI SATU PENGGAL”merupakan kemuncak kesombongan firaun hadahari dan seolah-olah telah mengaku bahawa dia bukan saja maksum tetapi telah setaraf dgn TUHAN, kerana seolah-olah dia telah tahu apa yang akan berlaku dimasa depan…Walhal selama ini dia terkenal dgn kata-kata saktinya “SAYA TAK TAHU”.
http://thetruthblogspotcom.blogspot.com/

Anonymous said...

pernah dulu menghadiri mesyuarat cawangan dan ke pemilihan bahagian ..rata rata yg ada adalah anak anak dato, tan sri (maksudnya org yg berduit). aku hanya anak penoreh getah .. aku juga pernah hadiri perhimpunan pagi setiap awal bulan di Blok A di mana Pak Lah akan berucap. Dulu Tun berucap aku selalu gak datang walaupun lewat 8.15 (perlbagai isu semasa di keutarakan), tp bila aku dgr pak lah berucap macam org bangun tido. tak percaya? ..ermmm g lah tanya org yg keje putrajaya tu..(KEHADIRAN WAJIB). Aku mmg keje kerajaan dan aku juga pernah lihat surat yg KJ tandatangan utk dapatkan maklumat dari Jabatan X dalam bahasa inggeris. KJ tu buat apa kat JPM.. menteri ke? HANYA ORG PUTRAJAYA SAHAJA YANG TAHU.. (kalau nak hadiah harijadi, daftar sebagai ahli UMNO Putrajaya, nnt dapatlah hadiah harijadi dari Tengku kita.. terima kasih laa..)

Anonymous said...

Rasionalnya, sokongan terhadap Pak Lah semakin berkurangan dari hari ke hari walaupun ia tidak DICETAK atau DILAPOR atau DICERITAKAN di dalam media-media rasmi negara. Amnya, ia bergerak secara mulut ke mulut masyarakat Malaysia yang menyatakan kepimpinan PakLah lemah dan berkepentingan keluarga. Sokongan terhadap Tun Dr. M makin bertambah dari hari ke hari kerana rasional pemikirannya. Dua orang kanan yang perlu digugurkan dahulu ialah Khairy Jamaluddin & Nazri Aziz, kemudian barulah orang-orang yang berpura-pura memberi sokongan kepada PakLah & Family. Apa punya PM, Sultan Johor suruh robohkan tambak johor, dia kata TAK BOLEH pulak. Takut ke?

Anonymous said...

Pak Zaharin,
Macamlah awak tak biasa dgn adat istiadat perhimpunan agong umno pulak. Sistemnya cantik bermula usul dari cawangan ke bahagian ke negeri ke perhimpunan agong. Hanya yg sedap telinga dengar saja yg lepas tapisan yg lain2nya masuk dalam bangkul sampah saja. Alasannya takde merit itupun kalau diberikan alasan. Satu hari cakap terbuka kpd komen di hari yg lain pulak melenting apabila terima komen! Entahlah mungkin tak lepas tapisan merit barangkali. Tapi jgn pulak ada manusia jenis yg sedap2 komen lepas tu tarik balik buat kenyataan maaf. Tak gentleman lah jilat ludah dalam longkang.

Anonymous said...

Dont make me angry!!! You won't like me when I'm angry!!! Ha ah aha ha ha ... Pak Lah nak jadi INCREDIBLE HULK la kot!!! kuik! Kuik! Kuik!!


Gila punya orang!

Anonymous said...

Kes Pembunuhan model Mongolia memang berprofile tinggi... model itu boleh jadi agen asing... cuba mencuri rahsia kerajaan malaysia dari Penganalisis penting Menteri Pertahanan. Kes ini patut sepatut serius. Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan patut mengeluarkan kenyataan yg menggambarkan kebimbangan. Kita tak tahu hubungan intim yg sekian lama telah menggadai berapa banyak maklumat sulit negara. Razak Baginda adalah org penting di dlm strategy ketenteraan kita. Mengapa kes macam ini tidak dipantau oleh Kementerian Keselamatan Dlm Negeri. PM sibuk nak jadi menteri kewangan nak minta dirinya memerintah bukan utk satu penggal. Dia sebok nak uruskan kepentingan Scomi dan ECM Libra. Sebab tu PM kita hanya pentingkan Kementerian Kewangan bukan Kementerian Keselamatan Dlm Negeri.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia