Monday, January 22, 2007

Hinanya orang berusia 21 tahun

Setelah Ketua Penerangan UMNO Malaysia dilantik menjadi Senator dan sedang di war-warkan bakal jadi Menteri, beliau dalam seminar yang lebih banyak memberi tumpuan untuk mengampu Abdullah Hj Ahmad, mengatakan antara lain ; bahawa Abdullah Hj Ahmad mendapat sokongan dari semua anggota kabinet, tidak seperti Dr Mahathir Mohamad yang ditentang oleh Menteri-menterinya pada tahun 1987.

Dr Mahathir Mohamed menjadi Perdana tahun 1981 sementara Abdullah Hj Ahmad dilantik jadi Perdana Menteri tahun 2003. Dr Mahathir Mohamad adakan PRU 1982 dan Abdullah Hj Ahmad pada 2004. Kemudian Dr Mahathir Mohamed sekali lagi mengadakan PRU kedua pada tahun 1986 dan menjadikan jumlah kerusi PAS di Dewan Rakyat tinggal satu manakala Abdullah Hj Ahmad belum ada pemilihanraya kali kedua lagi.

Wujud penentangan Menteri Kabinet dalam pemilihan UMNO 1987 terhadap Dr Mahathir Mohamed adalah kerana perletakan jawatan Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kesemua yang mengikutnya menentang Dr Mahathir Mohamed. Mereka antara lain terdiri daripada orang-orang Musa Hitam termasuk Abdullah Hj Ahmad sendiri disamping Radzi Sheikh Ahmad, Rais Yatim dan Shahrir Samad serta beberapa nama lagi.

Persoalan disini kenapa adanya penentangan pimpinan Dr Mahathir Mohamed pada tahun 1987 yang melibatkan Menteri dan Timbalan Menteri? Jawapannya :- ada orang mulakannya. Siapa yang mulakannya? Jawapannya : Musa Hitam. Dan Musa Hitam yang cerdik mainan politik telah merayu agar Tengku Razaleigh Hamzah bersatu untuk menentang musuh yang sama.

Begitu juga di tahun 1993, krisis kepimpinan UMNO yang dimulakan oleh Anwar Ibrahim. Ramai pemimpin UMNO pada waktu itu melihat tidak ada masa depan sekiranya mereka menyokong Abd Ghafar Baba lalu mereka beralih menyokong Anwar Ibrahim dengan nama Team Wawasan. Dengan saham GLC yang diagihkan kepada semua pemimpin UMNO Bahagian, Anwar Ibrahim telah menggunakan ini sebagai senjata sokongan dan menamakan Muhammad Mohd Taib, Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yasin sebagai Naib Presiden dan membuang Sanusi Junid serta Abdullah Hj Ahmad sendiri.

Kenapa sekarang tidak ada orang nak melawan Abdullah Hj Ahmad? Walau pun banyak benda di depan mata boleh dijadikan isu? Ini adalah kerana tak ada orang nak mulakan. Jika hendak dimulakan siapa? Jika mengharap Mohd Najib Tun Razak, beranikah dia? Tak berani! Dalam sejarah politiknya dia tidak pernah bertanding, semuanya dibagi percuma dan menang secara pasukan.


Hari ini Najib Tun Razak, ikut memperlecehkan calon bebas di Batu Talam, sehingga dia terlupa sejarah politik dirinya sendiri. Jika calon bebas yang berusia 21 tahun berdiri atas tiket Barisan Nasional, kemudian dia adalah anak Abdullah Hj Ahmad, Adnan Yaakob atau anak Najib Tun Razak adakah mungkin akan keluar dari mulut-mulut mereka ini akan perihal hinanya calon berusia 21 tahun dengan ayat budak mentah dan berhingus serta macam-macam lagi.

Abdullah Hj Ahmad yang memang terkenal dengan tidak membaca dan telah masuk peringkat nyanyok mengatakan bahawa mencalonkan budak 21 tahun sebagai satu tindakan bacul oleh parti lawan. Tahukah dia sejarah panglima perang dia yang sedang di gosipkan dengan kes Altantuya dari Mongolia itu? Panglima perang itu kini menjadi bahan ketawa dan bila mengetahui simati itu ada mempunyai anak maka orang akan tertanya - tanya "anak simati itu anak siapa"?
Persoalan anak siapa akan dijawab tahun depan di Mahkamah tapi sementara waktu ini jawapan bercorak soalan dikemukakan, samada anak itu anak Razak atau cucu Razak, jawablah sendiri.

Kematian Tun Razak Hussein di tahun 1976 dan kerana taksubnya orang UMNO dan Melayu kepada Tun Razak Hussein maka Najib berjaya berada di tempat yang dia ada sekarang. Jika Najib Tun Razak bukan anak Tun Razak Hussein dan dia hanya belajar formal di Malaysia dan bukan di luar negeri mungkin hari ini dia hanya sekadar CEO Petronas sahaja. Sebaliknya dia bertanding di Pekan sebagai menggantikan tempat ayahnya pada usia 23 tahun dan tidak diketahui pula samada dia ahli UMNO ke tidak masa itu. Maka orang UMNO dan Melayu taksud tadi telah memberi beliau peluang untuk dia dalam politik negara ini.Tambahan pula dia mempunyai emak saudara yang suaminya Perdana Menteri, maka diangkatlah dia dengan berbagai jawatan dari Pengerusi Majuternak yang kemudian dibubarkan dan dilantik menjadi Timbalan Menteri dan seterusnya menjadi Menteri Besar.

Apa agaknya dikatakan orang jika Najib Tun Razak dalam usia 23 tahun bertanding atas tiket PAS melawan Barisan Nasional, maka samalah ayat yang Najib Tun Razak gunakan sekarang untuk memperlecehkan calon bebas di Batu Talam itu.
Dalam sejarah pilihanraya umum Malaysia, bukan tidak ada orang yang bertanding dalam lingkungan 21 tahun dan menang. Baca buku laporan PRU 1974 dan cari Parlimen Sungai Besi, Wilayah Persekutuan, akan terjumpa kita nama calon DAP yang pada masa dia bertanding usia 21 tahun 3 bulan.Oleh itu tidak ada sebab penghinaan kepada calon-calon yang berusia 21 tahun dibuat jika dia menawarkan diri untuk menjadi calon dengan mengikuti syarat-syarat yang telah tertulis dalam Perlembagaan Malaysia.

Tetapi malangnya anjing-anjing buruan Abdullah Hj Ahmad telah mengejar binatang buruan untuk dijadikan BBQ bagi santapan Abdullah Hj Ahmad, anak dan menantu sewaktu bersantai memancing ikan dan kemudiannya tidur. Lebih malang lagi Abdullah Hj Ahmad juga bercakap dalam perkara yang sama dengan menghina calon bebas yang bertanding kerana usia 21 tahun.

Maka bolehlah dikatakan oleh budak-budak rock sekarang "kita serupa" kepada semua orang-orang UMNO ini dari Presiden sehingga kepada kepimpinannya. Bukankah Perlembagaan dan juga Akta SPR telah menyatakan bahawa setiap orang yang berusia 21 tahun ke atas adalah layak untuk bertanding. Jadi kenapakah usia 21 tahun dijadikan isu? Sekiranya usia 21 tahun dianggap berhingus dan kebudak-budakkan kenapa tak masukan usia 67 tahun yang sebaya dengan usia Abdullah Hj Ahmad yang dah mula nak nyanyok sebagai usia kelayakan menjadi calon Pilihanraya.

Sebenarnya perbuatan menghina usia itu satu perbuatan menghina Perlembagaan oleh Abdullah Hj Ahmad dan satu tindakan memperli Najib Tun Razak sendiri tetapi Najib Tun Razak jenis yang tak sedar diri ikut sama mencemuh usia calon yang berumur 21 tahun itu. Maka bayangkan macam mana masa depan negara di bawah Najib Tun Razak yang digelar dalam bahasa mudah "Tak Erti Bahasa" dan telah masuk ke peringkat."Melayu mudah lupa".

Pilihanraya di Batu Talam, jika Barisan Nasional kuat, dia sudah sewajarnya menghalau balik kesemua tenaga dari luar Pahang tetapi kerana dia tahu bahawa Pilihanraya ini adalah sebagai satu isyarat kepada Abdullah Hj Ahmad maka mereka terus berkumpul untuk melobi undi.

Jika Barisan Nasional menang ini akan di interpretasi sebagai kekuatan Abdullah Hj Ahmad dan sokongan ahli UMNO untuk Abdullah Hj Ahmad yang juga Imam Besar Islam Hadhari dengan kerajaan tiga beranaknya berjaya meneruskan kerakusan pembohongannya termasuk isu kapal mewah yang ditempahnya di Turkey, yang telah disahkan oleh Anwar Ibrahim setelah berjumpa dengan PM Turkey. Pengesahan itu membuktikan kapal itu milik Abdullah Hj Ahmad yang diberikan oleh Ananda Krisnan seorang tawkey judi empat nombor ekor.

Jika tidak benar, sudah sewajarnya Duta Turkey dipanggil ke Wisma Putra untuk membuat bantahan tetapi dengan diam itu bermakna semua dakwan Anwar Ibrahim itu menjadi benar.

Sang Kelembai: Abdullah Hj Ahmad ke Davos, Switzerland bincang ekonomi, kalau dia sedar diri, tentu dia tak pergi kesana kerana orang kat Davos pun tahu, dia tak lulus ekonomi di University Malaya dan kena pindah ke pengajian Islam. Anehnya masa ke Turkey dan Venuzuela dia pakai Jet kerajaan dan ke Davos pakai Komesial. Apa pasal? Agaknya nak tunjuk intregrity?

19 comments:

afifi said...

menantu oxford die dh tolong draft text ucapan kot?

Anonymous said...

Demokrasi yg diamalkan BN hanyalah ilusi semata-mata...demokrasi kita jauh lebih teruk daripada USA dan negara Eropah yg lain....Ketelusan demokrasi melambangkan pemikiran pemimpin dan rakyat negara maju...

Bagaimana dgn malaysia???...hahahaha...
Demokrasi ke?semua media,suratkhabar dan apa saja semua puji kerajaan...ini melambangkan pemikiran rakyat kita masih taraf pemikiran rakyat negara baru nak membangun....demokrasi apa tu....kebenaran disekat ,pembohongan direstu....semata-mata mahu menjaga kepentingan parti rakyat dibohongi...ha..sila jawab Pakbodolah demokrasi jenis ape tu....

Rakyat dah celik politik...so jadilah ahli politik yg bijak...bukan jadi ahli politik yg bodoh lagi dungu..

Aku sumpah semua PM dan kabinetnya hancur hidupnya lepas pilhanraya kali ini...biar rakyat pula yg tentukan hidup mereka...

Najib dulu pun usia 23 tahun juga bertanding...nak panggil apa pulak dia masa tu...bodoh punya Najib...dah la kaki betina tau nak berzina je kerja dia....sbb tu lah Batu Talam kena banjir...mungkin sebab Najib yg bawak sial agaknya...

subsidi said...

saya rasa terhina dan malu apabila melihat footage DS Najib berucap berkempen di batu talam di tv3. Argument dan cara yg begitu kebudakan dari Najib. Kesian kepada mereka yang tak sedar betapa inilah peluang yg boleh di gunakan utk "menyedarkan" kerajaan BN di pilihan raya kecil ini.

bagi pendapat saya tindakan pembanagkang memboikot tepat. Buat apa buang duit...sedangakan dalam tempoh yg terdekat akan ada PRU. Tetapi BN masih dlm lamunan dan tak nampak isu ini atau sengaja buat tak nampak...

Anonymous said...

Ha, ha, ha.....geli ketiak aku dengar Najib bangang tu mengata calon bebas yg baru 21 thn tu. Dia tu tak sedar diri sebab masa mula bertanding dulu pun dia hanya 2 thn lebih tua dari umur calon bebas sekarang! Pulak tu macam tak pernah bertanding sebab selalu menang percuma. Kalau benarlah apa yg aku dengar ni, maknanya UMNO ni betul-betul ketaq lutut sebab tak ada mana parti pembangkang pun yg nak menentang mereka pilihanraya kali ni, jadi wujudlah calon bebas ni yg mungkin ditaja oleh UMNO....nak tutup kelemahan UMNO! Baculke, tak baculke.....aku doakan Iman Besar Ada Had Ada Hari ni akan menggelupur bila nampak tindakan parti pembangkang membuahkan hasil.

Anonymous said...

Memang budak 21 thn tu ditaja BN...ini idea architect BN tutup malu...yela malu memang tanpa bertanding konon...pirahhh...

lepas tu propaganda kata DAP taja la pas taja la...apa punya bodoh BN

Dia (BN) ingat rakyat bodoh ke nak menilai semua tu...takkan pembangkang nak buang duit taja budak hingusan tu...

Kita tukar je gelombang biru nie....dah tak relevan dgn pemikiran rakyat yg dan bijak2 skrg...

Skrg ni kita tgk suratkhabar atau berita tentang propaganda BN di Batu Talam mcm org bodoh dan dungu je....mereka dah takut dgn bayang2 sendiri...kalo dah rasa boleh menang mudah bertenang aje la...

BN aku nilaikan sedang gabra skrg ni takut majoriti skit ataupun ramai org tak keluar undi...hahahahaha

Mampus ko BN.

Anonymous said...

Kesilapan paling besar pilihanraya kecil Batu Talam adalah kekurangan calon yg bertanding. Sepatutnya segala calon pilihan Mat-Mat Rempik, Mat-Mat Gian, Mat-Mat Kutu, mengemukakan percalonan untuk menentang calon BN.

Anonymous said...

biasalah... sekarang ni menteri2 BN SEMUANYA bodoh2 belaka.... termasuk la kaki tido ngan kaki betina.

aku akan pastikan yang aku akan tuntut diatas segala bentuk kezaliman dari harga minyak naik, tol,harga barang2 depan mahkamah Allah nanti.
siap la ko, aku sebut nama sorang2 dari kaki tido sampai semuanya....kaki penipu!!!
Amin... aku akan tuntut!!!

Anonymous said...

Ape nak diherankan, benda cam nie dah lama dah diorang amalkan...

Tak ada yang pelik di Malaysia nie, sudah jelas, terang dan nyata kecuali yang paling peliknya...para pengundi, rakyat jelata dan pemimpin seperti raja-raja melayu (tak mengundi ka pemimpin-pemimpin nie), tak ada sensitiviti langsung ka.

Pada hal telah terang dah jelas dah keburukkan yang dilakukan...tak belh ka paksa buka mata, gerak tangan dan guna kaki tu sikit.

PS: 1 je pelik..

The Truth said...

KHAIRY-DAJAL IS BORN

Ada diriwayatkan bahawa dajal itu kerinting rambutnya, hitam berkilat kulitnya,buta sebelah matanya kata-katanya indah tapi dusta dan dajal itu akan ada pada setiap zaman dan masa, dan kemunculannya tidak akan membawa apa-apa melainkan kacau bilau,fitnah dan mala petaka. Moral dari riwayat ini adalah bahawa dajal itu adalah individu yg akan muncul dari masa kesemasa dan dari satu zaman kesuatu zaman dgn ciri-ciri yg sama dan seolah-olah menjadi satu tanda utk mudah dikenali.Kemunculan dajal-dajal ini adalah secara kejutan dam mungkin mempesonakan masyarakat buat seketika dengan kepetahannya berbicara, ilmu keduniaan yg tinggi disamping mempunyai kekayaan dan kuasa yg menambahkan kekaguman umum kepadanya.Namun pada hakikatnya individu itu adalah seorang dajal yg akan membawa fitnah dan kacau bilau kpd masyarakat serta menempah kemurkaan Allah kepada mereka-mereka yang mengikuti dan mengkaguminya.

Dalam membicarakan ini saya dgn penuh yakin dan pasti bahawa dizaman kita ini dan dibumi Malaysia ini telah ujud individu yang menepati ciri-ciri DAJAL spt yg dinyatakan diatas. Individu yang menepati ciri-ciri tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah KHAIRY JAMALUDIN @ KJ menantu perdana menteri Malaysia abdullah badawi. Dimanakah persamaan ciri-ciri dajal ini dgn KJ,inilah persoalan yg akan saya jelaskan supaya ianya tidak menjadi satu keraguan.

http://thetruthblogspotcom.blogspot.com/

Anonymous said...

Hairan dgn minda pembangkang, tak tahu ke orang mengundi nak menang?. Kalau nak menang buatlah apa sahaja, asalkan menang. Tipu, rasuah dan ugut biasalah, bukankah politik ini permainan untuk lelaki.
SPR tu pengadil sahaja, sama ada nak berat sebelah tak adil itu soal lain. Tak pernah tengok WWF, pengadil boleh memenangkan sesiapa. Dlm pilihanraya, mustahil SPR nak menangkan Pembangkang; sedangkan yang melantik, memberi gaji, manaikan pangkat mereka semuanya buatan BN. Tu pun pembangkang tak dapat fikir. Hidup SPR

Anonymous said...

Assalamualaikum-petikan dari blog Mandat 2020 untuk renungan dan perhatian semua.

"Monday, January 15, 2007
Bagaimana Malaysia meminjam USD50BILION secara bayangan sahaja
13/01:

Bagaimana Malaysia meminjam USD 50 bilion secara bayangan sahaja.
(How Malaysia is borrowing USD50 billion without borrowing)
Raja Petra Kamarudin –Malaysia-Today.net

Terjemahan –marhaintua-

Pada 15 Jun 2006, Reezal Merican Naina Merican telah menghantar satu pucuk surat kepada Datuk Zamani Abdul Ghani, Timbalan Gaboner Bank Negara Malaysia. Surat itu adalah mengenai sejumlah USD50 bilion yang diperlukan oleh Malysia untuk membiayai pembangunan negara.

Sekiranya anda terlupa, baru-baru ini Malaysia telah melancarkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) yang sepatutnya berjadual daripada 2006 hingga 2010 dan dikatakan memerlukan kos RM200 bilion. Apa yang tidak diketahui ramai, ialah Malaysia sesungguhnya tidak mempunyai wang sebanyak RM200 billion untuk membiayai RMK9.

Siapakah dia malaun yang bernama Reezal Merican dan apakah kuasa yang dimilikinya memberi arahan kepada Timbalan Gabover Bank Negara? Reezal Merican ialah salah seorang daripada budak-budak di ‘Tingkat Empat’ dan memegang jawatan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia. Reezal tercanguk di jawatan itu bukanlah kerana kebolehannya tetapi kerana dia merupakan salah seorang ‘khadam’ ataupun budak suruhan Khairy Jamaluddin, menantu Perdana Menteri yang mahu dia di sana untuk membuka mata dan telinga bagi pihak Khairy.

Tugas Reezal Merican bukanlah untuk melapurkan apa sahaja kepada Khairy dan menjaga Menteri Kewangan II untuk melentokkannya, tetapi juga menentukan agar Khairy dapat membaca segala lapuran dan surat-surat sebelum ia tiba di meja Menteri Kewangan II. Apabila semua surat itu sampai ke meja menteri kewangan II setiap dokumen yang penting sudah dibaca dulu dengan komen tertentu tertulis di atasnya dengan arahan projek mana dan kontrak mana yang perlu diberikan kepada syarikat tertentu. Dengan kata lain, segala projek sudah siap dibahagi-bagi sebelum menteri kewangan II dapat melihat kertasnya.

Untuk melencong sedikit, sebelum Abdullah Ahmad Badawi membentangkan RMK9 di Parlimen untuk didebat dan diluluskan, ada satu salinan yang telah diserahkan kepada Menteri Kewangan II. Atas salinan awal berkulit keras itu dan pada setiap projek yang tersenarai dalam RMK9, sudah ada arahan bertulis tangan Khairy memberi arahan syarikat mana yang patut diberikan projek tertentu. Abdullah Badawi membentangkan RMK9 hanya sebagai satu formaliti sahaja. Semua kontaktor sudah memulakan persiapan mereka walaupun Parlimen belum selesai memberikan perkenan terhadap projek tersebut.

Ada pihak yang menyebut bagaimana Menteri Kewangan II begitu naik marah. Apapun, dengan adanya malaun seperti Reezal Merican yang sentiasa mengawasi pergerakan beliau, apakah yang boleh dibuatnya? Dia hanya boleh naik geram dan tidak lebih dari itu, jika tidak khidmatnya akan ditamatkan apabila tamat temphonya perlantikannya. Jadi tentu anda faham sekarang kenapa dia dapat lanjutan khidmatnya baru-baru ini. Ini berlaku kerana dia bijak tidak menolak Khairy; sebaliknya akur dengan apa sahaja yang Khairy mahu. Ini adalah satu rahsia bagaimana mengekalkan jawatan anda.

Itu sebabnya semua orang mengidam mahu berada di anjung kuasa. Ia diiringi kuasa yang besar dan lesen untuk mengelak dihukum kalau membunuh pun (dan di Malaysia frasa ini bukan sahaja satu cakap-cakap sahaja malahan boleh dianggap betul-betul, kalau anda faham apa yang saya maksudkan).

Apapun, itu hanya satu kisah lain. Apa yang mahu kita bincangkan di sini ialah surat bertarikh 15 Jun, 2006. Reezal Merican berkata dalam surat itu bahawa dia menerim arahan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Abdullah Ahmad Badawi. Surat itu merujuk kepada pembiayaan bernilai USD 50 bilion yang diperlukan untuk mengongkosi RMK9 yang memerlukan RM200 bilion.

Jumlah USD25 bilion itu adalah dirancang akan diperolehi daripada 25 bank utama tetapi akan disalurkan melalui satu syarikat swasta berstatus ‘private limited company’ bernama Asasatu Technology Sdn Bhd. Ada nama Ir. Hj Zubir bin Hj Ahmad yang disebut dalam surat itu sebagai Managing Director syarikat tersebut. Wang USD50 bilion itu akan disalurkan melalui syarikat swasta ini dan bukan dihantar terus kepada kerajaan Malaysia. Ini bererti secara rasminya Malaysia tidak meminjam duit. Wang pinjaman itu dibuat oleh satu syarikat sendirian berhad.

(Read page one and page two of the letter here).

Yang menariknya dalam keseluruhan urusan itu, mengikut catatan Pendaftar Syarikat, Asasatu Technology Sdn Bhd adalah sebuah syarikat berpangkalan di Permatang Pauh di Pulau Pinang, yang dalam proses menggulung tikar. Betul benar, syarikat yang sedang membuat urusan meminjam USD50 bilion untuk kerajaan Malaysia adalah sebuah syarikat yang sedang mahu tutup. Alangkah hebatnya kisah itu. Bagaimana mungkin syarikat yang mahu gulung tikar digunakan sebagai alat untuk kerajaan Malaysia merundingkan satu perkara yang sungguh penting seperti mendapatkan dana untuk membiayai RMK9?

Kali terakhir Asasatu Sdn Bhd menyerahkan lapurannya ialah pada 31 Disember 2000. Sejak itu tidak ada lagi lapuran akan yang diserahkan. Pada 2000 aset tetap syarikat dikatakan berjumlah RM524,248.00 dengan aset semasa bernilai RM1,976,421.00. Akan tetapi tanggungan semasa syarikat ialah RM1,071.641.00 dan tanggungan jangka panjang sebanyak RM321,756.00. Keuntungan tahun itu ialah RM39,512.00 dengan keuntungn terkumpul sebanyak RM125,272.00. Ini bukannya satu syarikat yang harus digunakan oleh Malaysia untuk mendapatkan USD50 bilion bagi tujuan mendapatkan dana bagi pojek sepenting RMK9.
Kita tidak tahu apakah angka kewangan yang terkini tetapi oleh kerana syarikat sedang bersiap mahu gulung tikar, kita boleh mengagak sudah tentu sejak 2001 syarikat ini tidak boleh kemana-mana. Ir. Hj Zubir Hj Ahmad yang disebut dalam surat bertarikh 15 Jun, ialah seorang pengarah syarikat dan memiliki 1,990,000 saham sedangkan Rosni binti Rahmat, seorang pengarah yang lagi satu memiliki 20,000 saham.

Yang menjadi lebih menarik ialah nama agen yang akan mengatur pinjaman kewangan dan disebut dalam surat itu sebagai Union Financial Services Corporation di Sydney, Australia . Alamat syarikat ialah PO Box A2286. Jadi tidaklah mudah mengesahkan apakah syarikat ini satu syarikat peti pos sahaja ataupun satu syarikat pengurusan dana yang berlesen. Mengambil kira bahawa kita bercakap mengenai keperluan biaya projek Malaysia untuk lima tahun sehingga 2010, tentulah seram kita dibuatnya. Ini bererti pinjaman bernilai USD$50 billion yang diperlukan oleh Malaysia sedang diuruskan oleh sebuah syarikat yang dikenali melalui petipos dan sebuah syarikat sendirian berhad di Malaysia yang sedang bersiap mahu gulung tikar.

Dua minggu sebelum 15 Jun 2006, yakni pada 30 Mei 2006, Asasatu Technology Sdn Bhd telah menulis kepada Abdullah Ahamd Badawi satu surat menawarkan USD50 bilion dan menyebut dalam surat itu bahawa rakan niaga mereka Union Financial Services Corporation. Surat itu telah ditandatangai oleh Ir. Hj Zubir bin Hj Ahmad. Ada seorang yang bernama Roland Bueyer telah disebut sebagai President of Union Fincancial Services Corporation. Surat Reezal Merican bertarih 15 Jun 2006 adalah satu jawapan kepada surat bertarikh 30 Mei 2006.

(Read page one and page two of the letter here).

Malahan sebelum itu, pada 22 Februari 2006, ada satu syarikat bernama Project Equity Services Group daripada Singapura telah menulis sepucuk surat kepada Perdana Menteri dan Gaboner Bank Negara merujuk kepada satu pertemuan pada 25 Oktober di Bank Negara. Surat itu menyebut nama semua yang hadir dalam pertemuan itu.

(Read page one and page two of the letter here).

Apa yang harus dirakamkan di sini ialah surat bertarikh 22 Fberuari 2006 menyebut bahawa keseluruhan urusan ini mestilah dilaksanakan melalui Hj. Zubir bin Hj Ahmad, Managing Director Asasatu Technology Sdn Bhd. Ia juga menyebut bahawa ini adalah juga permintaan yang dibuat oleh Bank Negara. Ini bererti Bank Negara telah mensyaratkan agar Asasatu Technology menjadi proksi kerajaan Malaysia.

Pinjaman USD50 bilion itu perlu dibayar balik dalam masa sepuluh tahun dan dikenakan faedah tahunan antara 2.88% hingga 3.5%. Tentunya ia mesti dibayar balik dalam bentuk US Dollar dan mengikut apa juga kadar perukaran matawang pada waktu yang terbabit. Ini bererti USD50 bilion itu terdedah kepada turun naik matawang dan risiko pertukaran wang.

Kalau dibaca ketiga-tiga surat berkenaan adalah jelas Bank Negara sudahpun bersetuju agar satu syarikat sendirian berhad yang sedang mahu gulung tikar digunakan untuk mendepani pinjaman USD$50 bilion dan syarikat ini akan menjadi proksi kerajaan Malaysia supaya tidak jelas bahawa Malaysia yang meminjam USD50 bilion daripada luar negara.

Kedua, keseluruhan pekej pinjaman ini telah didalangi oleh satu syarikat broker Singapura, tetapi sebagai helah tidak mahu mendedahkan nama Singpura, takutkan ada jari telunjuk diarahkan kepada anak menantu Perdana Menteri, makanya mereka rancang gunakan satu syarikat petipos Australia menjadi ‘partner’ kepada syarikat (yang sedang gulung tikar) di Malaysia.

Ketiga, kerajaan tidak mahu meminjam secara rasmi kerana itu si peminjam terpaksa mengikat konsep ‘mama-papa private limited company’ yang bernama Asasatu Technology Sdn Bhd. Ini akan menunjukkan kerajaan Malaysia adalah lebih bersih dari bersih dan lebih putih dari putih.

Akhirnya jelaslah, apabila kerajaan Malaysia mengumumkan jumlah RM200 bilion untuk RMK9 di Parlimen, dan menyatakan mereka tidak pun punyai wang itu untuk membiayai projek tersebut. Akan tetapi kerana tidak mahu memaparkan negara sedang meminjam dollar Amerika yang ada kadar faedahnya, termasuk dikenakan peraturan turun naik matawang bagi membiayai rancangan pembangunan negara, mereka gunakan satu syarikat kecil sebagai topeng dan syarikat topeng itu menggunakan pula satu syarikat peti pos Australia yang sememangnya mendapat sokongan Singapura.

Dengan lain perkataan, melalui tipuhelah menggunakan beberapa lapis syarikat topeng dan syarikat peti pos, Singapura sebenarnya yang mengongkosi pembangunan Malaysia yang diwarwarkan sebagai Rancangan Malaysia Kesembilan ataupun RMK9."

p/s: sebab itulah agaknye kot jambatan bengkok terpaksa dibatalkan dan Pak Lah anak menantu begitu mengutamakan perhubungan baik dengan Singapura jauh daripada kepentingan negara-pelaburan daripada syarikat Singapura terutamanya Temasek juga diberikan keutamaan dan kelonggaran.

Anonymous said...

Sang Kelembai

Sesungguhnya kejadian dan kedatangan Dajal di akhir zaman itu adalah Benar.

Dan perhatikan lah di antara kamu kamu, sebilangan manusia manusia ber perangai kan beruk beruk hitam, khinzir khinzir liar, biawak biawak lari bertempiaran sewaktu bah banjir; itu semua nya petunjuk bahawa ada wujudnya manusia manusia yang akan menjadi kan perangai serta tabiat khinzir khinzir, beruk beruk hitam, dan biawak biawak sebagai punca kehidupan amal mereka.

Manusia manusia ber tuhan kan haiwan haiwan ini tidak lebih dari tamak haloba dan rakus mengumpul bangkai bangkai tinggallan umat umat manusia yang mulia; umat umat mulia yang mempercayai wujud nya ALLAH swt, Tuhan yang satu dan Hari Khiamat adalah benar.

Sesungguhnya mereka mereka yang lupa akan hari khiamat hanya lah menipu diri mereka sendiri - Sejarah telah menunjukkan bahawa ada segelintir di antara kamu manusia manusia moden, bergaya gaya dalam kehidupan nya dengan menganiaya rakyat jelata konon nya mereka berada di jalan yang benar, pada hal mereka tidak lain umpama babi babi yang berbeza dari khinzir, hanya ber topengkan manusia, sifat bersifatkan khinzir.

Hidup itu benar, Mati itu benar, khinzir dan babi itu benar... maka sesiapa yang menjadi kan khinzir dan babi sebagai cara hidup, mereka adalah orang orang yang rugi.

Untuk renungan bersama.

Anonymous said...

Sang Kelembai

Assallammualaikummm....

Dan perhatikan lah bahawa ketua segala Dajal telah pun muncul dan mengumumkan kemunculan nya di arena dunia, mereka mereka yang bersekongkol dengan nya adalah mereka mereka yang rugi, yang akan menduduki di dalam nereka weil di dalam nya api api yang ter sangat menyeksa kan lagi mematikan.


http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/1/26/nation/16686065&sec=nation&focus=1

Friday January 26, 2007


Islam Hadhari can inspire world, PM tells leading thinkers

By CHOI TUCK WO

DAVOS (Switzerland): Malaysia believes the Islam Hadhari (Civilisational Islam) spirit can help inspire the rules for a global neighbourhood in a multi-cultural world.

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said it was a spirit that promoted tolerance and understanding, moderation and peace, and freedom and justice for all.

Stressing that Islam Hadhari was for believers everywhere, he said its spirit also burned in every other great religion, culture and philosophy.


Dan percaya lah bahawa Ketua Agama Islam Ada Had Ada Hari telah mempermainkan AlQuran dan Sunnah, dan telah menjadi kan diri nya tidak lain se taraf Nabi Nabi dan Rasul Rasul...

Kekufuran secara terang terangan ini tidak lain akan membawa bencana besar ke negara, dan rakyat rakyat yang ber topengkan manusia, berhati kan khinzir khinzir akan menerima balasan yang menyeksa kan di dunia dan juga di hari akhirat.

"Sesungguhnya mereka mereka yang jahil akan kewujudan diri mereka untuk menyembah ALLAH swt, hanya lah meniopu diri mereka sendiri dan Nereka Jahanam lah tempat mereka di seksa apabila Malaikat Maut menemui mereka".

Apakah kita menyokong serta menongkat langit bersama sama Ketua Islam Ada Had Ada Hari, dan ber sama nya di Neraka Weil selepas Hari Khiamat kelak????

Sedarlah dan percayai lah, sesungguhnya nyawa di kandung badan, segala amalan baik berpandukan ajaran Nabi Muhammad saw, AlQuran dan AlSunnah adalah penyelamat di Hari Khiamat.

Sesungguhnya kerugian se sorang itu akan di tentukan oleh empunya nyawa dan jangan sekali kali menjadi kan nyawa anda di antara orang orang yang rugi.

Mari lah kita mereunungi kejadian kehidupan kita di dunia ini sebelum kita menemui ALLAH swt.

Shai Arif said...

Apa nak jadi dengan Malaysia la ni? Ada ke yang berani nak guling PM macam rakyat Thailand buat? muehehehe

Anonymous said...

Aku tengok berita TV yg selalu memuji kerajaan ni yang menurutnya, Puteri Arab dari Arab Saudi mendakwa Malaysia ialah negara yg paling hampir mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Nampak sangat sang puteri Arab ni tak pernah ke Malaysia atau mungkin hanya dengar dan baca yg baik-baik saja tentang negara Malaysia yg teruk ini. Kalau dia datang sini, tentu terkejut beruk bila dapati Malaysia ni penuh dgn maksiat - dari kes murtad, bersekedudukan, minum air setan sampailah pada PMnya kaki tido dan TPMnya kaki betina. Barula dia tahu kat Malaysia ni macam mana rupanya. Lagi satu yg menggelikan hati ialah UMNO buat laporan polis kononnya parti pembangkang menghasut pengundi di Batu Talam supaya jgn keluar mengundi. Nampak sangat UMNO dah takut sebab lawannya hanyalah budak mentah yg ditaja oleh UMNO sendiri. Kalau benarlah kerajaan takde duit nak biayai RMK9, kenapa menjerat diri semata-mata nak laksanakan RMK9? Jawapannya, telah siap sedia satu rancangan KJ utk meng"kaya"kan dirinya dan kroni-kroninya.

Anonymous said...

Ape lah nak jadi dgn pemimpin2 BN ni... Dulu mase nak pancing undi kat kelantan, macam-macam diburukan negeri tersebut..KONON nya kelantan banjir pasal PAS perintah.... Tapi sekarang ni tengoklah... negeri yang paling taksub dengan UMNO iaitu Johor mendapat banjir paling teruk.. Jadi FIKIR2 kan lah... mungkin ini yang dikatakan GELOMBANG BIRU... Jadi lepas ni, masih ke lagi kita ingin memberi sokongan kepada gelombang biru???

Anonymous said...

TURUNKAN Badawi & konco-konconyer
TURUNKAN KJ DAJAL
TURUNKAN Kerajaan 3 beranak
TURUNKAN UMNO
TURUNKAN BN
TURUNKAN Pemimpin GILA KUASA
TURUNKAN Pemimpin Tamak
TURUNKAN Imam Besar Islam Had hari

NAIKKAN BARISAN ALTERNATIF

Barulah boleh;

TURUN Harga Minyak..
TURUN Tol...
TURUN Hutang Negara....
TURUN Beban Rakyat.....

A Voice said...

Saya pendang by election ini amat menarik.

Ia adalah indicator yg diperlu utk Dolah utk spin bahawa rakyat masih sukanya.

Tindakan PAS, utk memboikot atas nasihat Anwar Al Jubur adalah satu langkah yg nampak macam satu statement dan menafikan Doalh tk buat sedemikian.

Dolah pula telah membiarkan kepada Najib utk usaha pilihanraya dan dia tidak langsung terlibat. Ini akan menjadikan Najib termalu sekiranya budak Cina 21 tahun itu tidak hilang deposit.

Sekarangh pun Anwar sedang menjalankan kempen anti Najib dengan gigih. Jelas sekali Anwar tidak langusung mengkritik Pak Lah dan sedang bermain wayang politiknya.

Kita sepatutnya menumpu kepada DOlah yg merupakan penyebab kekecohan dan kerosakan dalam negara sekarang.

Adakah saduara pun sama terlibat atau hanya sauidara sebagai penembang mesin gun yg tidak ada sasaran tetapi menembak semua arah?

Berita dari gunung said...

Ada juga orang di sebelah utara semenanjung menyebut perkataan "dajai". Bermaksud Dajal. Dajai disebut bukan dengan konotasi agama. Sekadar maki-maki biasa, ketika bersembang dengan kawan-kawan. Di daerah lain orang menyebut "celaka", "menate mu" dan lain lagi.

Dulu ada orang menafikan tuduhan-tuduhan keatasnya dengan coverage dalam TV dan akbar. Ada foto tengah kesat airmata. Mungkin dia tak nafikan tuduhan beberapa komen dalam blog ini tentang isu dajai.

Bukan tak menafikan maknanya dia terima atau setuju. Memang sukar dan tak manis untuk beliau menafikan secara live coverage dalam TV.

Kalau saudara/saudari baca berita harian perlahan-lahan, mungkin terserempak foto seseorang dengan caption "bakal pemimpin" dari masa kemasa. Saya kata begitu sebab saya pernah tenguk, dan saya rasa malu!. Kenapa sampai jadi begitu sekali??

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia