Monday, March 26, 2007

Musa Hitam Bentara Guru Abdullah Hj Ahmad



Akhirnya begitulah kesudahan orang-orang Melayu Johor, bila sekian lama membabi buta menyokong UMNO dan angkuh pula dengan seni dan budaya bila orang yang dia sanjung bernama Musa Hitam secara terbuka melafazkan bahawa tidak ada keperluan untuk menjaga dan mempertahankan kepentingan orang Melayu Johor dalam usaha memajukan Wilayah Pembangunan Iskandar. Sungguhpun begitu orang - orang Melayu Johor perlu bersyukur kerana sekurang-kurangnya mereka tahu bahawa penghapusan kepentingan orang-orang Melayu ini dilakukan oleh pengkhianat dari susun galur anak Johor sendiri.

Mungkin kerana sibuk dengan tarian zapin, Menteri Besar Johor merasakan bahawa orang Melayu Johor hanya perlu bersukaria dengan mempersiapkan spesis Melayu Johor sebagai alat tarikan Pelancong di Tahun Melawat Malaysia ditahun 2057 nanti. Orang-orang Melayu Johor pasti hadir sebagai spesis terbuang dan hanya diberikan peluang menunjukkan pertunjukan kebudayaan di Wilayah Pembangunan Iskandar yang telah maju mengikut perancangan kerajaan Abdullah Hj Ahmad tetapi malang orang-orang Melayu Johor hanya mampu hadir sebagai penonton sahaja dan yang ditonton adalah spesisnya sendiri.

Masa itu agaknya orang Melayu Johor hanya sekadar menjadi pekerja yang rendah sahaja. Ini adalah kerana polisi kemasukan pekerja asing sudah dibenarkan, maka orang-orang Melayu Johor akan hanya menjadi jaga atau pekerja kilang malah pemandu kepada tuan-tuan tanah yang disuatu masa dulu tanah-tanah itu milik bapak atau datuk mereka.
Kemurungan Melayu ini tidak akan dihiraukan oleh keturunan Musa Hitam dan keluarganya yang kemungkinan sedang bersukaria di Australia atau London atau dimana sahaja dan bongkak sudah tidak mengaku diri mereka rakyat Melayu Johor sebalik rakyat global.

Masa itu juga orang Melayu Johor jangan cemburu dengan orang Melayu Kelantan. Ini adalah kerana di tahun 2057, orang Melayu yang asal dari semua negeri Persekutuan Tanah Melayu terpaksa berselindung di negeri Kelantan. Ada juga berkatnya datuk nenek moyang Melayu Kelantan memasukan dalam Perlembagaan Negerinya tidak membenarkan tanah-tanah dibeli oleh orang luar dari Kelantan. Tidak macam Johor, perlembagaan negerinya agak pelik dan tidak pernah dibuat orang dimana-mana. Orang Melayu Johor keturunan Arab (Syed) tidak dibenarkan memiliki tanah tapi boleh jadi Menteri Besar. Sekarang lagi pelik Melayu Johor keturunan Arab yang diserap jadi Melayu macam Syed Hamid Albar masih tidak dibenarkan membeli tanah-tanah Melayu tapi orang-orang Luar Negeri yang bukan Melayu boleh membeli tanah-tanah milik Melayu.

Inilah hakikat apabila tidak menerima fakta, bila satu pertubuhan bukan kerajaan telah membuat kajian bahawa pencapaian Melayu atau Bumiputra sudah melepasi 30%. Sebenarnya UMNO sendiri tidak memahami apakah dasar dan pencapaiannya dan akan bertambah kelirulah rakyat dizaman Abdullah Hj Ahmad bila dinasihati oleh anak dan menantu yang hanya bertujuan untuk menjahanamkan negeri ini.

Pencapaian Melayu dalam bidang apa yang mahu kita banggakan? Kalau memperkayakan Melayu UMNO dikira sudah berjaya maka kepentingan asas lain untuk meletakan Melayu sebagai peniaga atau usahawan mungkin belum dikira berjaya lagi.

Semua rakyat kena ingat bahawa sebelum DEB dirangka, bangsa-bangsa di Malaysia ada pengenalan ekonominya masing-masing. Orang Cina dengan perniagaannya dan jika masuk sektor pertanian mereka mempunyai ladang-ladang yang besar. India pula dikenali sebagai buruh dan popular pula dengan kastanya. Jika jenis Paria akan berkerja sebagai buruh pengangkat najis atau buruh jalan raya dan sekiranya bernasib baik maka dapat mereka menjadi kerani atau mandor estet.
Bagi Melayu pula, kesemua dikira sebagai suka makan gaji dengan kerajaan atau kilang-kilang dan jika masuk sektor pertanian hanya sekadar untuk cukup makan sahaja.

Bila DEB dilaksanakan semua sudah berubah. Orang-orang Cina sudah mula masuk ke peringkat profesional dengar menjawat jawatan doktor, peguam, jurutera dan perniagaan yang diuruskan sebagai perniagaan tradisi. Orang - orang Cina dalam generasi hari ini kalau berniaga pun sudah pasti mereka kini telah menjadi korporat dan syarikat mereka banyak yang tersenarai dalam bursa Malaysia. Orang India juga begitu. Sudah banyak berubah dan tidak kurang hebatnya dengan bangsa Cina. Kasta tidak wujud dan banyak orang-orang asal kelas Paria sudah berjaya dan dapat berkahwin pula dengan kelas yang dahulu menghina kelasnya, malah ada yang berkahwin dengan orang putih atau Cina dan ada pula insiden masuk Islam kerana mahu berkahwin dengan gadis Melayu, yang datuk nenek moyang mereka tidak mimpikan.

Melayu juga satu bangsa juga tidak tertinggal dan kini mengalami banyak berubah jika dibandingan dengan Cina dan India. Tradisi hidupnya melalui kejutan budaya yang begitu ketara. Hari ini apa yang terjadi kepada orang Cina dan India sudah berlaku kepada orang-orang Melayu setelah Cina mengurangkan soal etnik asalnya yang berasal dari Hokien, Confu, Kek termasuk Foochaw kepada kini menjadi Cina Malaysia. India juga begitu dengan berbagai kastanya kini menjadi India Malaysia dan Melayu pula membentuk kastanya dibawah naungan UMNO.

Kasta Melayu mudah dibaca. Didalam UMNO boleh dibaca dengan ahli-ahlinya yang layak hanya dipanggil Gurkha dan tugasnya menjaga kubu. Orang ini merasa bangga menjadi ahli UMNO dan bersembang pula soal nasionalisma Melayu. Pernahkan mereka terfikir apa akan terjadi jika kuasa UMNO hilang. Tetapi kita tidak sedar bahawa elit UMNO menjadi pemimpin sedang hanya sibuk mengumpulkan harta dalam saat dia menjaga kubu jangan diserang oleh parti lawan. Kelompok-kelompok elit UMNO inilah yang berpangkat dari Perdana Menteri sampailah ke peringkat menjadi Exco atau Ahli Majlis Daerah yang sedang mengumpul harta dan kekayaan.

Itu sebab bila dibangunkan Shah Alam dan setelah 30 tahun, beberapa ratus rumah bertaraf banglo yang dimiliki oleh 99% orang Melayu yang setiap satu berharga lebih dari dari Rm 1 Juta, jika diselidiki statistik pemilikan tersebut hanya 10% peratus sahaja yang memilikinya dengan usaha perniagaan atau dengan lain perkataan mempunyai "genuine business" . Pergi tanya mereka sekiranya mereka mampu menunjukan kad bisnesnya atau memberitahu apa perniagaannya? Jika ada pun ianya hanya segelintir sahaja sedangkan yang lain itu adalah orang yang masuk politik UMNO atau berkawan dengan orang UMNO dan kemudian minta tanah, minta projek dan macam-macam lagi yang akhir segala yang di beri atas nama nak menjayakan Dasar Ekonomi Baru itu dijual oleh mereka ini kepada kaum lain.

Di Selangor sendiri, mana pernah ada Menteri Besar orang Cina dan di Kuala Lumpur begitu juga , bila masa ada Datuk Bandar atau Menteri yang jaga Kuala Lumpur bukan Melayu tetapi bagaimana beribu ekar tanah di Selangor dan Kuala Lumpur kini menjadi milik orang lain, wal hal semua orang tahu tanah itu tanah kerajaan asalnya.

Itu belum termasuk perangai pesara-pesara kerajaan yang diberikan rumah dan lot banglo yang murah harga di tahun 70an di Sungai Way, Bangsar dan juga Damansara Height melalui syarikat Perumahan Kerajaan (SPPK) yang bertujuan mahu mempercepatkan Melayu berharta tetapi malangnya mereka menjualnya untuk cepat kaya kepada bukan Melayu. Jadi hasrat untuk menjadikan Melayu kaya, UMNO telah berjaya dan ini dibuktikan dengan bertambahnya orang Melayu Islam pergi ke haji dan pungutan zakat setiap tahun. Tapi dasar nak jadikan Melayu itu kukuh dalam perniagaannya masih belum lagi dikira berjaya. Maka kesimpulannya polisi WPI hendak mengenepikan kepentingan Melayu atau bumiputra mungkin adalah untuk menyegerakan Melayu Kaya walau pun tak ada apa yang diniagakan tetapi cukup dengan menjual hartanya dan kemudiannya keturunannya Orang macam Musa Hitam dan Abdullah Hj Ahmad ini boleh tinggal di luar negeri.

Inipun boleh dikatakan Melayu sebagai nasionalis perlu menjadi penggalang ganti macam orang Melayu yang dilanggar todak, kerana pokok pisang sudah tidak ada lagi.

Sang Kelembai: Suka juga baca tulisan orang UMNO yang dibuat dari Ibu Pejabat UMNO (berdasarkan IP) yang jadi penembak curi dalam Blogger Lahabau dan Warongkopi bila mereka menjawab tulisan Sang Kelembai. Itu satu pertanda dan menjadi bukti bahawa ahli UMNO bermula dari Presiden dan ahlinya sudah tidak berilmu, mungkin di zaman Kerajaan Tiga Beranak sahaja dan kalau diubah presidennya mungkin meningkat kembali ilmu mereka. Sama-samalah didoakan agar blogger ini menjadi anak jantan dan bukan pelacur murahan di Lorong Hj Taib. Sila kenalkan diri.

14 comments:

LanunDarat said...

Malangnya menjadi anak Johor. Tapi benar kata saudara, hakikatnya memang pahit untuk di terima. Saya sendiri begitu teruja apabila mendengar khabar bahawa pembangunan SJER akan dilaksanakan. Memandangkan saya adalah salah seorang anak Johor yang ingin kembali ke kampung halaman, saya cuba meng'google' syarikat pemaju hartanah yang terlibat memandangkan pengalaman kerja saya sebagai seorang Pengurus Projek selama 12 tahun mungkin dapat menjadikan impian saya untuk pulang ke Johor menjadi kenyataan. Tetapi yang dapat saya lihat, hanya UEM sahaja yang boleh di kategorikan sebagai syarikat melayu yang prominent terlibat dalam WPI manakala selebihnya bukan.Kasihan sungguh nasib melayu Johor. Ibarat Pak Pandir, menang sorak kampung tergadai.

A Voice said...

Lahabau dan Warongkopi dah kira yg yg cemerlang, gemilang dan terbilang ... untuk pemimpin kaki tidor, hp6 gomen dan 3/4 mps.

Kesian mereka ni kena defend si badut. Takpa lah bukak lah ayat quran suruh orang berbaik sangka, berbudi bahasa, dan beradab sopan. Demi PM yg bongok, menantu yg kaki belit, dan anak yg tamak haloba. Cari makan beb, nak macam mana.

Syukor yg aku defend memang negarawan terbilang.

Anonymous said...

Assalamualaikum-nasihat kepada Lanundarat cuba-cuba la menulis komen dalam surat khabar pasal SJER-manalah tahu kalau Pak Pengarang tu bersimpati dengan u dan isarkan komen u.

Kalau tak berhasil cuba-cuba la berjumpa dgn Pak Shahrir-luahkan perasaan geram u yg terbuku di hati-manalah tahu kalau Pak Shahrir masih ada simpati sikit dgn anak negeri Johor maka dibawanya isu pembangunan SJER dalam Parlimen.

Kalau u berani-cuba-cuba la berjumpa dgn Pak Musa Hitam, manalah tahu Pak Musa Hitam ni masih ada simpati sikit dgn u maka direkomenkan u utk bekerja dgn syarikat2 pemaju luar tu.

Apa gunanya anak kelahiran Johor yg banyak menganggotai kabinet Imam Besar IAHAH. Semuanya tu menjadi persoalan yg besar-apakah mereka semua tidak sayangkan lagi Negeri Tanah Kelahiran mereka. Adakah mereka tidak ingat bhw mereka naik krn sokongan orang Johor sendiri. Maka perlulah mereka berani mempertahankan kepentingan rakyat Johor tanpa perlu diminta atau dirayu utk berbuat demikian.

Tu aje la yg boleh saya nasihatkan-saya ni bukan anak Johor tapi amat bersimpati dgn rakyat Johor yg tertipu sekali lagi oleh Imam Besar IAHAH dan konco2nya-sekali lagi tergadailah tanah Johor kepada orang luar (Singapura la apa lagi).

Ini berkemungkinan besar akan berlaku kerana hubungan baik Khazanah dgn Temasek telah pun terbukti dgn pembelian syarikat yg dahulunya dimiliki oleh Temasek oleh Khazanah.

Maka tak mustahil tanah Negeri Johor dijadikan pertukaran utk Khazanah mendapat peluang utk melabur dalam syarikat2 besar milik Temasek di Singapura atau di luar Singapura.

Keretapi laju pun tak lama lagi akan menjadi kenyataan-dengarnya Vincent Tan sendiri akan membuat pelaburan yg besar. Kemungkinan penglibatan Temasek dalam syarikat tu tidak boleh diketepikan. Maka apabila hakmilik tanah yg diambil di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 utk projek tersebut berpindah kepada syarikat yg ditubuhkan oleh Vincent Tan, maka secara tidak langsung bertambah besarlah tanah milik Temasek di Malaysia ni.

Hai apa nak jadilah dgn Negaraku Malaysia yg tercinta kerana berpemimpinkan seorang yg tidak lagi amanah kepada tugasnya utk melindungi kepentingan negara dan rakyat.

Wassalam.

Anonymous said...

Dalam beberapa hari yang lalu, Najib telah menyatakan bahawa semua kawasan SJER atau WPI (dengar kata sultan dah malu pakai nama nie) di jadikan status tanah antarabangsa atau open status. Ini bermakna tiada halangan kawasan rezab melayu seperti terdahulu dan tanah-tanah terbabit boleh dibeli oleh sesiapa sahaja kerana tiada sekatan rezab melayu seperimana terdapat di lain-lain negeri. Oleh itu, benarlah paklah nak jual sebahagian besar Johor pada Singapura. Dominasi kekayaan di malaysia tertumpu kepada bangsa Cina dan India. Sementara di peringkat Asia India (7 orang) dan Cina (3 orang). Rupa-rupanya bangsa India yang melayu kata paria tur merupakan golongan terkaya di Asia. Macam mana kita???

MB Kedah telah menggunakan wang kutipan zakat negeri kedah untuk menganjurkan SUKMA tempoh hari. Apakah jenis asnaf bagi maksud tersebut?

Labu Labi
broker_maut@yahoo.com

Anonymous said...

SANG SAPURBA wrote,

Sebuah artikel yg terbaik dlm siri sang kelembai yg pernah saya baca.

Syabas...utk org2 Johor juga tetap syabas.Syabas dgn darah Arab syabas dgn darah seni zapin pop rock dangdut dan raja sms.Syabas akhirnya org2 Johor akan merempat di Kelantan suatu hari nanti.

Anonymous said...

takkan bodohlah selalu tidur. dulu depa kata bodohlah hebat. dr mahathir tertipu dengan lakonan anak menantu ni. seperti yang sdra tulis tu.. teruk sangat kah orang melayu johor berbanding orang melayu kelantan yang celik politik. dengar kata tarian zapin ini diminati oleh isteri orang besar-besar johor. biarlah melayu johor dengan labu-labunya.

Hasrul Halid said...

Bro, apa yang saya perhatikan, kedua-dua blog tu dari jenis yang tulis sendiri dan komen sendiri. Tapi masa kat komen tu guna nama lain-lain..

Blog tahun 60an boleh la guna taktik tu. Tak genuine langsung-langsung!

Padan la dengan apa yang depa 'sembah dan sokong' pun.

Sori bro, terkasar sikit!

PLANET SUCCESS said...

Syabas sang Kelembai dgn Usaha gigih anda, bagi saya yg boleh dikategorikan sebagai golongan muda, blog anda merupakan rujukan utama sebagai panduan dlm melihat senario politik tanahair pada masa kini, saya doakan semoga niat dan perjuangan anda diberkati Allah... teruskan perjuangan

equaliser said...

Sang Kelembai,

Awak punya article banyak bagus dan saya setuju, hanya satu perkara saya tak suka.

You ini kena pergi kursus untuk belajar tentang sistem kasta. You ingat India saja ada sistem kastakah? You pandai - pandai guna perkattan pariah, apa you ingat you ini kasta apa? Mungkin berasal pariah atau memang pariah? Semua bangsa ada kasta - kasta tinggi, rendah, pariah dan sebagainya. Melayu ada kasta tinggi, kasta pariah, dsbnya. Cina, Mat Salleh pun ada, Orang Afrika pun ada.

Itu Melayu kaki fit, kaki rogol, perompak, pemyamun, penjenayah, semua itu kasta pariah lah. Boleh you kasi you punya adik atau anak kahwin sama dia orangkah?

Akan tetapi hanya India yang bagi nama kepada kasta-kasta ini berdasarkan ajaran agama Hindu. Mengikut ajaran orthdox Hindu semua non-Hindu adalah orang pariah, tahukah anda?. Samalah you pun panggil orang kafir dsbnya mengikut agama Arabkan?

Jangan nak pandai-pandai panggil orang 'pariah'.

Sekarang perkataan 'pariah' sudah universal digunakan untuk kategori negara -negara seperti Korea Utara, Iran, Myanmar dsbnya yang disebut negar pariah - negara yang tidak mengikut lazim antarabangsa dan degil.

ashrafhaikalafendi said...

siapa lahabau...siapa warongkopi tu...?
Tapi apalah peduli sangat dengan blog-blog baru ni sebab kan sejak akhir2 ni memang blog tumbuh macam cendawan lepas hujan.
Dan baguslah kalau blog ni tak mengata dan memburukkan org sebab kebanyakan blog yang ada sekarang ni sibuk mengata orng lain macam2. Pening kepala, dan lebih buruk lagi, ia dah jauh menyimpang dari tatasusila bangsa kita, terkeluar dari landasan agama. Kalaulah betul blog ni, cuba bukak ayat quran suruh orang berbaik sangka, berbudi bahasa, dan beradab sopan...baguslah macam tu...
dan kita, sebagai rakyat yang bijak...tentunya kita akan tetap menyokong negarawan kita...pemimpin kita...kerana kita tak mahu bangsa kita dijajah dan enggan agama kita diperkotak katikkan.
untuk a voice, saya maklum...negarawan yang saudara maklumkan itu adalah Tun...siapa yang tak sayang pada Tun...seluruh dunia mengaguminya apatah lagi kita sebangsa dan seagama dengannya.

Anonymous said...

Assalamualaikum-Alhamdullillah banyak ahli Parlimen yg sudah terbuka hati utk mempertikaikan cadangan Pak Lah Imam Besar IAHAH. Pak Shahrir dan ahli Parlimen Muar yg semuanya anak Johor pun sudah mempersoalkan mengenai kewajaran melibatkan Singapura dalam projek keretapi laju dan kenapa perlu diteruskan ke Singapura melalui pembinaan jambatan krn Singapura menolak pembinaan jambatan Indah sebelum ni. Ini juga tanda jelas orang Johor sebenarnya mahukan jambatan Indah dan Imam Besar IAHAH ni sebenarnya yg tak mahu Jambatan Indah.

Mungkin kesedaran mereka ini diperolehi setelah membaca blog2 yg ada di Internet termasuklah blog Pak Zaharin. Syabas dan tahniah ...

Sebelum ni saya ada menjawab kpd komen Lanun Darat tapi tidak disiarkan ... knp agaknya Pak Zaharin.

Baca Utusan 29/3/07 hari ini-Pengarah Urusan Khazanah bercadang utk mengurangkan pegangan ekuiti Khazanah dalam GLC atas saranan Imam Besar IAHAH utk membolehkan pelaburan luar masuk ke dalam syarikat GLC supaya lebih berdaya saing konon ...

Apd dah jadi dgn Imam Besar IAHAH ni-jelaslah beliau tidak lagi mahu mempertahankan kepentingan negara. Bukankah syarikat GLC tu banyak yg terlibat dgn pelaburan dalam bidang2 yg strategik negara dan memiliki aset termasuk hartanah dalam negara yg besar. Kalau dibuka kepada syarikat luar yg jelasnya Temasek (tak lain dan tak bukan) dan secara tidak langsungnya akan menguntungkan KJ dan konco2nya, dan syarikat luar ini (dengan perubahan polisi baru-baru ini yg membenarkan syarikat luar yg melabur dlm GLC "have a say" dlm syarikat) ini bermakna satu hari nanti Malaysia ini berkemungkinan besar akan menjadi Singapura yg ke-2 atau tanah jajahan Singapura. Nusajaya dan SJER pun juga akan menjadi tanah baru milik Singapura bila banyak syarikat yg melabur terdiri dari syarikat Singapura yg diketuai oleh Temasek.

Hebat tak hebatnya Singapura-ni tak hairan kerana mrk menerima nasihat dan sokongan Yahudi Israel dan juga CIA Amerika yg senantiasa berusaha menjatuhkan negara yg dipimpin oleh orang Islam seperti Malaysia yg disegani oleh kebanyakan negara2 Islam lain dan juga negara2 yg sedang membangun.

Ini semua tak akan berlaku sekiranya tidak mendapat bantuan orang dalam negara yg merupakan rakyat Malaysia sendiri ... dan sejarah akan berulang bila kejatuhan empayar Islam termasuk Melaka sendiri adalah akibat pengkhianatan orang dalam.

Jelas kalau mcm nilah gayanya, Imam Besar IAHAH ni tak layak lagi utk memimpin negara kita Malaysia yg tercinta ini.

Semoga Allah masih menyayangi kita dan memberikan pertolongan kepada kita. Marilah kita bersama2 berdoa supaya negara Malaysia kita ini terpelihara daripada pengkhianatan org dalam ini. Ketahuilah doa orang yg dikhianati akan dimakbulkan oleh Allah.

Wassalam.

fendy_ahmad said...

Saya anak Johor yang merasakan projek ini seolah KETANDUSAN IDEA sehingga mahu mewujudkan insentif-insentif yang etrlalu menguntungkan orang-orang luar.....

Janganlah sampai kita memerah otak berhabis tanah tetapi akhirnya orang lain yang dapat faedah utamanya....

Anonymous said...

assalamualaikum..bagi saya amat malang bagi org johor kerana suara mereka tidak dapat didengar oleh menteri2 kabinet yang banyaknya datang dari johor. mulut2 menteri tu semua seakan-akan dikunci oleh paklah. walaupun umur saya baru 22 tahun seperti jagung baru ditanam tapi saya dapat melihat pentadbiran paklah seakan-akan tiada hala tuju.saya berharap agar remaja sebaya dengan saya...bangkit dan sedar yang negara kita hampir dijual oleh paklelah

Anonymous said...

Sang Kelembai

Macam macam perihal bangsa Melayu di tanahair yang mereka tergila gila nak gadai kan kepada bangsa asing.

Selagi Malaikat Maut tidak datang dengan gaya ter sendiri nya, si mamat bongkak dengan Mercedes Benz S320 hitam dan BMW X5 hitam mereka akan menyanjungi diri mereka bagai kan gagak gagak hitam ber terbangan di tempat buangan sampah.

Tak perlu di risau kan oleh anak anak pri bumi akan perihal nasib mereka di masa akan datang. Mereka mereka akan tetap tidak akan hilang di bumi; selagi Tesco Carrefour Giant masih ada, mereka mereka boleh lagi hidup sebagai Jaga Jaga dan Pembersih Tandas.

Thumbs Up - ada lah perlu WPI wujud di Johor untuk memberi kerja kepada anak pri bumi yang leka tidur lembap dan rempit.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia