Tuesday, May 08, 2007

Halal Menghalalkan

Bila Abdullah Hj Ahmad ke Melbourne, Australia yang ditafsirkan sebagai urusan rasmi kerajaan tetapi hanya sekadar melancarkan Pelancaran Promosi Kebaya Nyonya anjuran Yayasan Budi Penyayang, satu pertubuhan bukan kerajaan-NGO yang lebih merupakan tempat mengutip tol yang dihalalkan untuk keluarga Abdullah Hj Ahmad atau boleh juga dipanggil tempat menerima rasuah yang bermaruah dan tidak salah.

Kenapa tidak? Beratus pertubuhan bukan kerajaan yang wujud di negara ini, termasuk berapa Yayasan yang dibenarkan secara undang-undang tetapi berapa banyak NGO ini mengisytiharkan dana yang mereka dapat dan kemudian memaklumkan jumlah yang dibelanjakan untuk tujuan yayasan itu ditubuhkan.

Telah tiba masanya, satu undang-undang berlainan diwujudkan bagi mengawasi satu pertubuhan yang menggunakan nama Yayasan. Tidak mencukupi dengan undang-undang yang ada sekarang yang mana Yayasan ditubuhkan di bawah akta syarikat dan juga dalam akta pertubuhan. Salah satu sumber kewangan rasuah di zaman Soeharto ialah penubuhan berpuluh-puluh yayasan dengan tujuan yang amat murni tetapi kesemuanya menjadi milik peribadi keluarga anak beranak Soeharto dan yayasan itu sama hilang dengan ketiadaan kuasa Soeharto lagi.

Begitulah kepada Yayasan Budi Penyayang, idea oleh Endon Mahmood, semenjak enam tahun ini, yayasan itu dipercayai sekurangnya sudah mengutip puluhan juta dan apa yang lebih menghairankan Yayasan ini menggunakan perkataan budi penyayang. Hendak juga orang ramai yang di kaki lima dan juga yang ada akal bertanya, apakah relevannya Baju Kebaya dengan Budi dan Penyayang? Adakah baju-baju itu dibahagikan kepada budak-budak perempuan yang yatim piatu atau kurang bernasib baik? Adakah si pemakai itu jika memakai baju kebaya, terbit perasaan kasih sayang sama ada kepada sesama insan dan kalau berstatus isteri, adakah dia seorang isteri yang penyayang kepada suami dan mengamalkan kehendak suami seperti sembahyang atau menutup aurat yang bercirikan Islam.

Soal Islam tentu tidak mungkin, kerana Baju Kebaya kalau mengikut corak nyonya sudah pasti kainnya jarang dan boleh nampak kesemuanya kecuali ditutup dengan coli yang dipanggil korset. Dan juga diketahui semua orang bahawa baju kebaya nyonya jika dipakai akan mudah memperlihatkan bentuk badan si pemakai. Maka si pemakai mestilah yang terpenting mempunyai struktur badan yang ramping atau berpinggang dan jika boleh mestilah ada payu dara yang agak sederhana dan buntut yang sedikit besar. Tidak pernah diketahui pula baju kebaya ini dipakai oleh perempuan-perempuan yang debab atau juga oleh perempuan bunting, seperti yang dipakai oleh Pengerusi Yayasan Budi Penyayang.

Dari segi konsepnya pakaian itu juga berlawan dengan peraturan Islam, dan pakaian Islam atau sudah ditingkatkan namanya "Busana Islam" melarang sama sekali setiap pakaian yang mengandung unsur yang boleh mengesan potongan badan si pemakai. Hairanlah kita bila Abdullah Hj Ahmad, Imam Besar Islam Hadhari boleh berkejar ke Australia untuk merasmikan satu pameran pakaian yang mana pakaian itu bertentangan dengan ciri-ciri pakaian yang dikehendaki oleh Islam dan yang menghairankan dia sendiri boleh bersama menuntun peragawati yang mempamerkan Baju Kebaya Nyonya itu yang modelnya adalah gadis-gadis jelita. Jika Abdullah Hj Ahmad memandang peragaan baju itu, apa yang dipandang? Pembaca berilah jawapan sendiri. Ini kisah anak seorang ulama besar dan seorang cucu Aribillah.

Selepas perasmian Baju Kebaya Nyonya di Australia, sebuah negeri yang berhawa sejuk, maka tidak ada petanda orang perempuan Australia hendak memakai sepanjang tahun. Sepatutnya Yayasan Budi Penyayang lebih awal membuat pameran sewaktu kunjungan Abdullah Hj Ahmad ke Afrika tempoh hari kerana cuaca panas di Afrika amat sesuai untuk baju itu dipakai tetapi orang Afrika ada jati diri, cinta kepada budayanya dan yang beragama Islam tetap melaksanakan ciri-ciri Islam walau tidak ada ajaran Islam Hadhari di sana. Orang perempuan Islam Afrika, walau pun berada di Padang Pasir Sahara tetap memakai baju bagi mata yang memandang di luar Afrika akan bertanya, Tak ke panas mereka? Kesimpulan untuk pasaran dunia Baju Kebaya hanya sesuai dipasarkan di Afrika, biarlah kali ini dari orang perempuan berkulit putih dan kuning langsat memakai baju kebaya kini baju itu dipakai pula oleh perempuan Afrika dan Negro yang berkulit hitam macam kayu arang itu dan ini akan menjadi bayu kebaya sebagai baju globalisasi bercirikan glokal.

Itu sebab, bila Abdullah Hj Ahmad terlalu sibuk dengan masalah makanan halal dan menjadikan Malaysia sebagai Hub, satu soalan yang selalu ditanya oleh kebanyakan orang, kenapa orang Islam sibuk dengan halal dan haram dalam soal makanan, kenapa yang lain tidak. Seperti contohnya "halal" ke Abdullah Hj Ahmad selaku Menteri Kewangan memberi peruntukkan kepada anak menantunya sejumlah RM 20juta wang rakyat untuk memulakan perniagaan Halal Hub dan kenapakah dipilih Khairy Jamalludin yang tidak berpendidikan agama dan tidak pernah memulakan ucapan dengan doa selawat dahulu... kenapa tidak dilantik seorang yang mempunyai latar belakang agama. Kenapa dilantik seorang yang mengetuai perniagaan halal yang ada skandal dengan seorang artis dan selalu berada di pub di Bangsar, dia bukan sekadar lawak tetapi cukup melucukan. Maka disambung lagi.. adakah ini tidak Haram, memberikan wang rakyat kepada anak menantu?

Begitu juga pertanyaan rakyat terbanyak, adakah tidak haram dimakan duitnya jika seorang Perdana Menteri yang dibayar gaji dari cukai rakyat dan berbagai cukai, sudahlah masuk pejabat lambat, kadang - kadang tertidur pula sewaktu mesyuarat atau balik tengah hari terus tidak masuk ke pejabat semula. Tidak haram bagi seorang Perdana Menteri membazirkan wang rakyat membeli jet mewah dalam keadaan negara sudah menyediakan empat jet yang masih boleh dipakai lagi. Tidakkah haram menggunakan duit rakyat untuk ubah suai rumah kerajaan atas kehendak isteri dan memasang alat keselamatan yang jumlah berpuluh juta ringgit. Macam-macam lagi hendak dinyatakan halal atau haram wang rakyat ini digunakan oleh Abdullah Hj Ahmad untuk kepentingan peribadinya.

Adakah halal menjadi Presiden UMNO dengan tidak menasihatkan anak menantu yang dengan tiba-tiba jadi Naib Ketua Pemuda UMNO supaya mempunyai adat, budi bahasa dan tatatertib dan tidak terjerit dan terpekik macam kena polong, kerana sejarah Pemuda UMNO, di zaman nama-nama ini menjadi Naib Ketua tidak pernah terjadi seorang Naib Ketua yang tidak bermoral, dari zaman Suhaimi Kamaruddin, Mokhtar Hashim, Najib Tun Razak, Hashim Saffin, Nazri Aziz dan Hishamuddin Hussein dan sehingga sekarang halal ke tidak menjawab akan persoalan bagaimana 3 orang petugas parti PAS dibelasah sehingga luka berdarah. Kenapa tidak arahkan pihak Polis menyiasat terperinci siapa yang melakukan atau sekurangnya nafikan bahawa UMNO tidak terlibat di atas serang hendap di subuh hari itu.

Itulah sebab, sebelum kita mulakan dengan Halal yang nak masuk ke dalam badan yang akan menjadi darah daging, lebih baik kita mulakan di luar dulu. Dengan segala yang kita lakukan ada cop "Halal" yang dikeluarkan oleh al-Quran, sunnah dan hadis dan bukannya oleh Islam Hadhari. Sebenarnya rasuah boleh diperangi dikalangkan orang Islam, jika rasuah dikaitkan dengan halal dan haram. Kita boleh mengetahui seorang itu, perasuah hanya melihat tingkah lakunya. Jika dia tidak merasa terkesan selaku Menteri Islam meminum arak di Pub atau menerima perkhidmatan urut seorang perempuan, maknanya dia seorang pengamal rasuah. Lebih baik kita menggalakkan semua orang memerhatikan pemimpin politik khasnya dalam UMNO dalam soal perbuatannya, adakah dia halal menjadi pemimpin Melayu/Islam jika dia hidup bergelumang dengan bermaksiat dan kelakuan yang tidak Islam semacam Khairy Jamalludin itu yang sanggup menerima wang rakyat berjumlah RM 20 juta untuk tujuan perniagaannya dan tidak mengambil apa-apa tindakan bila didedahkan akan pembantunya dengan tiba-tiba bertukar hidup dengan kemewahan.

Kesimpulan Malaysia tidak akan berjaya menjadi tempat "Halal Hub" jika perkara-perkara yang perlu dihalalkan tidak dilakukan. Telah tibanya masanya Perdana Menteri yang juga Imam Besar Islam ada had dan ada hari menunjukkan tauladan segalanya perbuatannya adalah halal, sebagai contohnya bahawa dia halal menggunakan dan tinggal di rumah anaknya di Perth, Australia walau nama pemilik rumah itu adalah seorang perempuan yang suaminya ada kepentingan dalam perniagaan menggunakan wang Ehsan Terengganu, halal ke pembinaan Masjid Terapung dan Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu diberi kepada yang bukan Islam yang duit itu datang untuk membantu orang Islam dan wang itu dari hasil minyak dalam negeri yang dipanggil Darul Iman

Sang Kelembai: Suka sangat nak tanya dengan Mufti Perlis yang kadang-kadang nak jadi “glamour” tu. Halal ke satu kerajaan yang ditubuhkan secara demokrasi tetapi parti pemerintah menggunakan wang untuk mendapat undi dan sokongan dari rakyat? Boleh tulis tak dalam rencana di akbar Mingguan Malaysia minggu depan, sebab kalau tak dengar cakap mufti,nak dengar cakap siapa lagi.

5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum-kenapa Imam besar IAHAH ni ghairah sangat pergi ke Australia ya seperti ada sesuatu yang mengikat beliau sehingga tak sempurna hidup tak lena tidur makan tak kenyang mandi tak basah kalau tak pergi bertandang ke Australia.

Mungkinkah sebab pertidurannya di Malaysia ni selalu diperhatikan orang ... tak taulah ... atau ada sesuatu yang lain ...

Ternampak juga bersama beliau anak perempuan beliau yang sedang mengandung dan juga KJ-menantu kesayangan beliau. Sahlah beliau ke Australia bersama satu keluarga ... dan tentu ada urusan lain ... agaknya untuk berdiskusi bagaimana caranya hendak meluaskan lagi empayar kekayaan keluarga.

Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Kita rakyat bawahan di Malaysia yang masih merana melihat kerakusan Imam Besar IAHAH sekeluarga membolot hasil mahsul negara.

Wassallam.

Anonymous said...

prk ijok, kita sama2 tunggu pru yg rasanya akan menjengah beberapa purnama je lagi.
Sy tpanggil utk mengetengahkan permasalahan negara walau sy tiada pengalaman sedalam laut dan setinggi langit.
Sy ttarik dgn ungkapan "KEMAJUAN UNTUK RAKYAT" yg sering dilaung-laungkan oleh parti pemerintah sekian lama tak kira di mana.
Ada beberapa persoalan yg sangat besar yang perlu diperhalusi oleh kita semua iaitu apakah benar kemajuan itu untuk rakyat? Apakah itu yg rakyat Malaysia inginkan selama ini? Pada sy, sebagai rakyat Malaysia, yg jelas kelihatan ialah kemajuan dan pembangunan sekarang ini adalah bukan untuk rakyat!! Tapi ia adalah utk pemimpin yang ada sekarang!
Apa yang rakyat perlukan adalah PEMANTAUAN & PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG yang mana dilihat sangat lemah dan tidak bermaya. Segala kelemahan pentadbiran adalah berpunca daripada KEKURANGAN KAKITANGAN di segenap kementerian. Tetapi apa yg pemimpin sekarang lakukan ialah "Menambah banggunan". Hutan diceroboh, sempadan negara bolos, jenayah meningkat, peniaga mengaut untung beratus-ratus peratus kaliganda, perkhidmatan merosot, penipuan kepada di mana-mana dan banyak lagi kerosakan adalah berpunca daripada kekurangan kakitangan tetapi apa yang pemimpin sekarang lakukan untuk mengatasi masalai itu hanya dengan "TAMBAH BANGGUNAN DAN KELENGKAPAN".
Kenapa begitu? kerana melalui PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN pemimpin sekarang dapat keuntung metirial. Dapat percent dan dapat tender. Tetapi sekiranya kakitangan ditambah maka wang kerajaan akan berpindah kepada rakyat dan pemimpin hanya dapat melihat wang itu pergi tanpa mampu mdapat keuntungan. Inilah realiti kualiti dan mentaliti pemimpin melayu yang ada sekarang. Jual rakyat dan negara untuk kepentingan peribadi dan keluarga serta kroni.
Tp ingat.... suatu masa nanti bila bangsa merana, merempat, hilang maruah dan tergadai, jangan lupa siapa penyumbangnya dan siapa pengundi yang menyokongnya tanpa menggunakan akal yang bebas dan bijaksana. Lihat diri kita masing-masing, adakah kita dakwa diri kita bebas sekiranya untuk kata yang "salah sebagai salahpun" masih tidak mampu malah terpaksa mengatakan yang "salah itu betul" untuk menjaga kedudukan, ego, hati pemimpin dan periuk nasi(konon).
Sedarlah... kita hanya menjahanamkan agama,bangsa,maruah serta negara sendiri dengan bersikap demikian.
Ungkapan "Dulu, Kini dan selamanya" adalah lebih sesuai untuk ketaatan pada agama dan bukan untuk parti! Keluar parti masih tak murtad tapi kalau keluar agama? Keranamu Malaysia itu salah!! kita buat sesuatu adalah kerana ALLAH. Pemimpin Melayu sekarang jual Melayu dengan bertopengkan perjuangan pemimpin dan ulama melayu terdahulu. Lihatlah masyarakat melayu disekitar anda... lelaki dan perempuan sudah nipis pegangan agamanya... mampu berbogel dimana-mana, lihat peniaga-peniaganya... bukan berniaga tapi nak duit semata-mata. Barang dagangan hanya sebagai syarat untuk mengaut untung berganda-ganda... Lihat pemimpin-pemimpinya.... yg dinafikan itu adalah kebenarannya. Lihat majoriti rakyatnya.... sentiasa diperbodohkan dan diperas oleh pemerintahnya. Lihat pilihanrayanya..... Mandat haram senjata utamanya untuk menncengkam kuasa untuk terus melingkupkan negara. Lihat promosi agamanya.... Islam Hadhari tu apa? Sekiranya Islam Hadhari tu adalah cabang agama yang benar-benar diterima Allah..... sy amat bersimpati dengan mereka yang telah meninggal sebelum menganut agama ini. Tapi sekiranya bawaan ini SALAH dimana kredibiliti JAKIM dan Ulama-ulama yang ada dalam memperbetulkan semua itu kepada masyarakat tempatan dan dunia dan tidak sesatkah seseorang apabila memberikan nama baru kepada agama Islam?

Pak Zahrin!! Apa pendirian anda?

wasalam...

msy....

Anonymous said...

assalamualaikum, imam besar IAHAH selalu ke australia kerana nak biasakan tempat tu,mana tau nanti rakyat malaysia mengamuk senang lari bawa harta juta-juta ke sana..

Anonymous said...

The best entry for this season.. Pak.. good job..!!

Anonymous said...

saya tak yakin dengan pegangan pak lah dalam islam. pandai cakap saja. tengoklah, perut dia makin buncit macam lintah kenyang. bandingkan dg dr mahathir, yang kelihatan memang sangat bersih, setiap kata2nya mendapat perhatian hingga anak darjah 1. pak lah bukan saja tido, ttp tak konsistan bila bercakap, mereka-reka ucapan, mengulang2 dan mengerapu. tak sesuai lagi memimpin negara itulah kata rakyat bila mereka bercakap dikedai kopi, dalam teksi dan kedai gunting.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia