Sunday, December 02, 2007

Keselamatan Negara atau Politik

Keselamatan merupakan tunggak utama terhadap kemakmuran dan merupakan asas yang sentiasa digunakan dalam bidang ilmu sains sosial. Sungguhpun begitu definisi "Keselamatan" selalu dipertikaikan kerana tiada keseragaman dalam takrifnya. Persoalan susulan seperti keselamatan untuk siapa, untuk apa, mengapa dan sebagainya terus diperdebatkan dalam wacana keselamatan (Alagappa 1998; Hammerstad 2000). Secara amnya keselamatan membawa erti bebas daripada ancaman.

Dalam disiplin pengajian keselamatan pula, konsep ini selalu dikaitkan dengan keselamatan Negara, iaitu idea yang asalnya dicetuskan oleh Amerika Syarikat selepas tamatnya Perang Dunia ke -2 (Trout dan Harf 1982:1) Justeru, keselamatan Negara bermaksud menjaga pertahanan sempadan daripada ancaman ketenteraan musuh supaya ianya wujud sebagai Negara yang merdeka dan berdaulat.

Tulisan di atas dikutip dari ilmuwan Malaysia yang bernama Siti Daud dan Zarina Othman dalam tulisan yang bertajuk “Keselamatan Insan dan Jaringan Keselamatan Sosial” dalam sebuah buku terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia yang bertajuk “Politik Dan Keselamatan” dan beliau menambah lagi:

“Dari sudut keilmuan pula, wacana keselamatan insan boleh digariskan menurut kategori aliran pemikiran (zarina 2002).

Pertama, terdapat aliran pemikiran yang melihat individu sebagai objek keselamatan. UNDP-United Nation Development Programme menghujah bahawa antara petunjuk yang boleh mengancam keselamatan insan ialah kekurangan makanan, pengangguran, pendapatan yang rendah, pencabulan hak-hak asasi manusia, ketidaksamarataan, konflik antara kaum dan kumpulan agama, dan belanjawan ketenteraan yang tinggi.

Semua petunjuk ini boleh digolongkan sebagai amaran awal dan berpotensi mengancam keselamatan insan. Slogan penting yang cuba diuar-uarkan oleh PBB mengenai keselamatan insan ialah kebebasan daripada ketakutan dan jaminan hidup (
http://humansecuritynetwork.org / 15 April 2004).


UNDP juga mencadangkan polisi integrasi yang membabitkan keadilan, hak-hak minoriti, akses kepada pendidikan dan partisipasi dalam memilih kerajaan sebagai cara untuk meningkatkan keselamatan insan. Contohnya ialah bagaimana Kanada mengamalkan konsep keselamatan insan dalam dasar luar Negara tersebut dengan menerapkan keselamatan daripada diskriminasi ekonomi, serta pencabulan hak-hak asasi manusia dan kualiti hidup (Axworthy1997).

Kedua, wujudnya aliran pemikiran yang melihat teori sistem dunia, termasuklah globalisasi, sebagai ancaman kepada keselamatan insan. Kumpulan ini mencadangkan bahawa keselamatan insan perlu difahami dalam konteks struktur ekonomi. Menurut pandangan ini, globalisasi adalah satu kesinambungan daripada idea kapitalisme dan memberi kesan kepada keselamatan insan melalui ketidakadilan agihan kuasa dan bahan (Thomas 1999).

Dengan perkataan lain keselamatan insan tidak boleh diperoleh dengan cara menindas pihak yang lain. Globalisasi turut menyumbang kepada ketidaksamarataan antara negara, ini menyumbang kepada kemiskinan yang melebarkan jurang antara yang kaya dan miskin. Kemiskinan inilah menjadi ancaman kepada kelangsungan hidup insan (Thomas 2000).

Di Asia Tenggara, krisis ekonomi Asia 1997-98 telah menjadi ancaman kepada keselamatan insan. Krisis ini telah mencetuskan pelbagai konflik di negara terbabit seperti Indonesia , Malaysia , Thailand dan juga Filipina. Kerjasama serantau amat penting sebagai salah satu cara menangani masalah ini (Sung 1999:96). Walaupun literatur ini menumpukan isu utamanya kepada keselamatan insan, para sarjana sependapat bahawa negara masih perlu memainkan peranan utama untuk mencapai keselamatan insan.

Ketiga, terdapat aliran pemikiran yang melihat ancaman kepada insan sebenarnya berpunca daripada dalam negara sendiri. Pemikiran ini menghujahkan bahawa keselamatan insan sebenarnya adalah untuk memelihara kumpulan yang paling lemah, yang terdedah kepada bahaya yang paling mundur dan memerlukan (Suhrke 1999). Kanak-kanak dan kumpulan minoriti termasuk dalam kumpulan ini.

Aliran yang ketiga ini sebenarnya telah mencabar pendekatan realisme dan neo realisme yang sekian lama mengandaikan bahawa keselamatan negara itu adalah penting untuk kesejahteraan rakyatnya. Walhal, ada kajian dan kes di sesetengah negara di mana negara sebenarnya menjadi punca ancaman, bukannya sebagai pelindung, ini dapat dilihat di kebanyakan negara di mana polisi diskriminasi dikenakan ke atas puak minoriti seperti kes etnik Rohingya di Myanmar. "

Itu adalah tulisan hasil penyelidikan oleh sarjana Malaysia dan jika penasihat keselamatan dan politik Perdana Menteri ada memaklumkan tulisan di atas kepada Abdullah Hj Ahmad kemungkinan Abdullah Hj Ahmad bercakap seperti orang yang tidak ke sekolah boleh dielakan.

Kenapa tidak? Berdasarkan ucapan beberapa kali termasuk di Melaka dalam merasmikan Kampung Islam ada Had dan ada Hari, dia telah bercakap perkara-perkara yang bukan isu dalam Perhimpunan Hindraf pada 25hb November 2007.

Perjuangan Hindraf bukan perjuangan soal agama Hindu, perkataan Hindu yang digunakan ialah bagi membezakan orang India yang tulen India, samalah seperti orang Melayu di Malaysia, jika UMNO memperjuangkan Melayu bererti dia juga memperjuangkan Islam, maka mudahlah UMNO mengaitkan perjuangannya selari dengan perjuangan Islam .

Begitu juga Hindraf, bukan semua orang mengaku India secara sendirinya akan beragama Hindu. Di Malaysia terbukti ramainya warga negara keturunan India dan masih mengaku bangsa India tetapi menganuti berbagai agama, ada yang Islam, ada yang Kristian, ada juga yang Buddha. Kesimpulannya seorang India tidak semestinya Hindu.

Hindu memang di akui sebagai budaya yang terawal datang ke Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Semenanjung Emas. Kedatangan orang India adalah penyebab ia bertukar nama kepada Malaya yang diambil dari penemuan orang Hindu akan Gunung Jerai di Kedah dan Malaya itu bermaksud Tanah Tinggi dan di bawah gunung itulah terdapat candi atau kuil Hindu yang sekarang Lembah Bujang. Membawalah kepada nama Melayu yang datangnya dari pada kejatuhan Hindu di Jawa dan digantikan Empayar Majapahit yang sudah Islam, di mana terdapat orang-orang Hindu yang lari ke Utara dan sebilangan besar bertukar agama dari Hindu ke Islam yang kemudian “pelarian itu” kelompok bangsa itu dipanggil "Melayu" dalam bahasa Jawa yang bermaksud "lari".

Sama ada orang Melayu setuju atau tidak bahawa Hindu itu adalah agama keturunan nenek moyang mereka sebelum kedatangan Saudagar-saudagar Arab ke kepulauan Nusantara ini yang menyebarkan agama Islam dan memisahkan mereka dari pada Melayu Hindu kepada Melayu Islam, elok lah Kementerian Kesenian, Kebudayaan Dan Warisan atau KEKWA membuat ubah suai lukisan mural atau lukisan dinding di Muzium Negara yang sudah berada di situ semenjak tahun 1963, yang mana lukisan yang pertama perkembangan sejarah tamadun Malaysia dimulakan oleh gambar tuhan hindu, di ikuti China dan kemudian Islam.

Bila Abdullah Hj Ahmad menyebut soal Hindu dan pertolongannya, maka jelaslah dia kurang faham isu yang dibangkitkan oleh Hindraf, walaupun perhimpunan itu mungkin di manipulasi atau oleh "orang ketiga" bagi membantu kekuatan UMNO dan mencari isu baru untuk menutup isu Perhimpunan BERSIH yang memang tidak kaitan dengan "orang ketiga" dalam Kerajaan namun pokok yang perjuangan oleh Hindraf bukan Hindu tetapi sebahagian seperti apa yang ditulis oleh sarjana UKM seperti mana yang dinyatakan di atas.

MIC walaupun sebuah parti mewakili kaum India tetapi dalam soal Hindu, perjuangannya boleh dipertikaikan, kerana untuk masa tertentu MIC pernah disertai oleh mereka keturunan India yang beragama Islam, seperti Allahyarham Tan Sri Ubaidulla yang pernah menjadi Pengerusi Tetap MIC dan Senator, Allahyarham Dato A.V.Aboo, walau pun bernama India,beliau seorang Islam, pernah menjadi wakil rakyat dan Senator.

Kesimpulan terlalu sukar untuk membezakan yang mana India dan yang mana Hindu. Soalnya jika Abdullah Hj Ahmad bersetuju untuk memberikan perhatian kepada pejuang Hindraf kerana Hindunya itu agak pelik tetapi jika perhatian diberi kerana dia warga negara keturunan India, itu sewajarnya dilakukan tanpa mengira agama di bela dan dilayan sebagai warga negara.

Kerajaan perlu wajar mengeluarkan kertas putih atas kedudukan orang India dalam semua sektor khasnya ekonomi. Kita mahu tahu, berapa orang India yang diberikan peluang menyertai Felda semenjak Felda di wujudkan, bagaimana Lembaga Wang Pemindahan yang pernah diperbuat untuk memindahkan orang India ke Sabah dalam tahun 60an, Orang India mungkin mahu tahu selepas sorang keturunan India diberi peluang menjadi Panglima Tentera Udara dan pernah seorang India mendapat jawatan Ketua Pasukan Jurutera ATM berpangkat Brigedier Jeneral, ada lagi tak orang-orang India dalam ATM dan begitu juga selepas JJ Raj di anggap orang India dalam Polis yang paling Senior, ada lagi tak Pegawai Polis yang kanan di PDRM.

Itu belum lagi persoalan mengenai peluang-peluang orang-orang India dalam semua aspek; sama ada permit, lesen dan kontraktor termasuk dalam perkhidmatan perguruan, pegawai tadbir dan diplomatik dan macam-macam lagi hal kebajikan orang India yang perlu difikirkan dan kenapa selepas Kampung Ghandi di Kampung Medan, Jalan Klang Lama dipecahkan dan dibuat PPR, orang India tidak dipecahbelahkan sebaliknya diwujudkan juga kroni serta perkampungan India dan ini antara punca terjadi insiden Kampung Medan.

Kita sebagai rakyat kita amat bersetuju, isu perkauman dan agama tidak menjadi isu yang boleh menggugat keselamatan negara tetapi sebenarnya segala soal keselamatan ini menjadi isu sekarang di sebab kerana kegagalan dasar-dasar kerajaan terhadap warga negara Malaysia keturunan India hari ini. Jika berdasarkan ucapan Abdullah Hj Ahmad di Melaka, jelaslah perjuangan Hindraf tidak akan ada penyelesaian, kerana yang isu teras tidak di cari sebaliknya isu yang tiada di bangkitkan.

Sang Kelembai: Bila Abdullah Hj Ahmad mengakui bahawa dia seorang Muslim yang baik, ini kekeliruan yang besar oleh Abdullah Hj Ahmad, kerana dalam konteks Islam kita tidak dikehendaki menjadi seorang Muslim yang baik sahaja tetapi yang terpenting menjadi mukmin yang tawaduk. Dan kebodohan yang ketara ialah persoalan di dalam kubur, pertanyaan dalam kubur ialah menentukan gred syurga dan neraka sahaja tetapi yang penting ialah persoalan di padang mahsyar di hadapan Allah.

3 comments:

Anonymous said...

Assalam

Syabas! Satu pandangan yang berani dengan konspirasi kera-tajaan hindraf!

Kita tengok, lihat dan kita tilik sehingga ke titik...

Namun yang celaka tetap celaka, yang bangang, bahlul & kianat tetaplah bodoh laknatullah!

Benarlah kata Allah:
Al Ahzab 66-68
Amin

Izad said...

sememangnya Melayu sering diperkotak-katik untuk kepentingan UMNO dulu, kini & selamanya. layari... http://auralemal.blogspot.com/

Anonymous said...

Bukti bergambar ANWAR menyokong hindraf. check this out http://hindraf.wordpress.com

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia