Perjuangan manusia melawan kekuasaan adalah perjuangan manusia
melawan lupa. (Milan Kundera)
PUTRAJAYA 22 Dis. – UMNO dan parti Golkar dari Indonesia bersetuju menggunakan saluran politik bagi meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan republik itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, saluran politik juga akan digunakan bagi mencari jalan penyelesaian kepada sebarang masalah yang berbangkit melibatkan kedua-dua negara.
Beliau berkata, ia juga boleh dimanfaatkan dalam membantu proses diplomasi antara kerajaan dengan kerajaan yang sedang berjalan sekarang.
Katanya, berikutan itu, kedua-dua pihak menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) yang disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam selain penubuhan sebuah kumpulan kerja bagi melaksanakannya.-Utusan Malaysia
Memanglah benar dikatakan oleh banyak orang, bahawa Melayu jenis bangsa yang mudah lupa, malah Tun Dr Mahathir Mohamed seorang berkelulusan perubatan bersetuju bahawa Melayu itu mudah lupa.
Ini memberi pengertian bahawa Melayu bukan bangsa yang mempunyai ingatan luar biasa, adakah ini benar? Mungkin ya dan mungkin tidak. Tetapi memang banyak Melayu bukan sekadar mudah lupa, sengaja melupakan, atau terpaksa terlupa, tetapi sebilangan generasi Melayu yang berada di luar UMNO tidak mempunyai kelupaan secara tetap.
Kebiasaan lupa hanya berlaku kepada perkara yang orang Melayu tidak ambil peduli dan perkara yang di anggap kecil. Sebenarnya kita boleh mengelakkan supaya jangan terlupa dengan cara mengingat satu-satu perkara walau pun tidak ada kepentingan dan terutama orang-orang politik dalam semua isu yang perlu untuk diketahui kerana dia akan digunakan untuk sesuatu masa yang sesuai seperti sejarah.
Malangnya tidak banyak orang Melayu yang menggunakan otak sebagai simpanan segala maklumat dan ingatan. Itu sebab dikatakan oleh setengah orang bukan Melayu, kematian orang Melayu di kemalangan jalan raya lebih tinggi dari bukan Melayu adalah kerana kecederaan di lutut tetapi bukan Melayu banyak mati kerana kecederaan di kepala, sebabnya kerana orang Melayu meletakan otaknya di kepala lutut dan bukan Melayu kekal otaknya di dalam tengkorak kepala.
Begitulah dengan berita akan kisah UMNO dan Golkar hendak bekerjasama dalam tujuan politik mereka. Inilah sejarah baru dalam UMNO dalam saat dunia menyaksikan perubahan kepimpinan dalam dua negara yang berasingan ia itu Afrika Selatan di mana Parti memerintah Afrika Nasional Congress telah memilih seorang Presiden Baru ANC menggantikan Presiden ANC dan Afrika Selatan dan begitu juga di Korea Selatan, telah memilih Presiden baru walau Presiden yang sedia ada sudah menggunakan pendekatan persahabatan dengan Korea Utara, tetapi kedua negara itu mempunyai rakyat berotak mereka membuat keputusan untuk generasi mereka.
Berbeza dengan Malaysia, bukankah mereka tahu bahawa Golkar sudah ditolak rakyat Indonesia, sebilangan besarnya Partinya terlibat secara langsung dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa semasa era pemerintahan Diktator Presiden Soeharto.
Bangsa Melayu juga terkenal dengan bahasa-bahasa ungkapan antara yang jarang dipakai sekarang ialah “tak reti bahasa” yang merujuk tak faham-faham lagi. Sebagai contoh ialah bila Perdana Menteri Thailand datang ke Bukit Bunga bagi tujuan perasmian jambatan di Sungai Golok, dia dan semuanya Menteri berpakaian kuning dan yang terbaharu puak-puak Golkar yang tidak diterima oleh rakyat Indonesia itu juga berpakaian kuning.
Maka orang yang kepedulian akan bertanya kepada dirinya sendiri, adakah Duta Thailand di Malaysia tidak memaklumkan bahawa warna kuning sudah menjadi “phobia” kepada Abdullah Hj Ahmad? Kerana perarakan baju kuning untuk menuntut pilihan raya bersih telah melahirkan satu kebangkitan di Malaysia .
Dan adakah kedua negara tersebut ia itu Thailand dan Indonesia yang sekian lama menggunakan kekuatan militer sebagai kestabilan politik negara mereka secara sinis menyindir Abdulah Hj Ahmad bahawa kedua negara tersebut telah bersetuju dengan tindakan rakyatnya meminta diadakan satu pilihan raya yang adil dan telus.
Tetapi rakyat di Malaysia memang sedar bahawa Abdullah Hj Ahmad adalah salah orang dalam kategori “pekak badak” yang dekat tak dengar yang jauh-jauh dengar. Itu sebab orang-orang politik yang cerdik pandai akan merasa hairan bila mana Najib Tun Razak membuat kenyataan bahawa Kerajaan Malaysia akan menggunakan saluran politik untuk menyelesaikan beberapa isu dengan Indonesia melalui Golkar.
Bukankah Golkar sekarang tidak lagi menjadi Parti pemerintah Indonesia sebaliknya Presiden ke enamnya Susilo Banbang Yudhoyone yang dipilih oleh rakyat secara langsung datangnya dari PD-Parti Demokrat yang menggunakan agenda “ Indonesia yang lebih adil, damai, sejahtera dan demokratik. Dan hanya Yusuf Kalla sebagai Naib Presiden yang juga dipilih secara terus oleh rakyat datangnya dari Golkar.
Maka kenyataan UMNO yang telah menandatangani memorandum kerjasama dalam urusan kerajaan dengan Golkar menjadi pelik dan agaknya Institut Kajian Dasar di Indonesia pun agak sibuk untuk mencari untung rugi Malaysia atau Indonesia dalam perhubungan dua hala dan juga mungkin kerana semua orang tahu Yusuf Kalla adalah seorang jutawan Indonesia seperti Daim Zainuddin yang boleh hidup dalam suasana siapa pun menjadi Perdana Menteri, dan dari segi rakyat Indonesia mereka tidak akan memilih seorang kapatalis sebagai pemimpin mereka.
Mungkin juga Malaysia khasnya Abdullah Hj Ahmad ingin belajar cara Golkar dapat mempertahankan kuasanya selama 32 tahun dengan secara “Politik Kekerasan” kerana pengkaji sejarah Politik Indonesia semuanya bersetuju bahawa kekuatan Golkar sekian lama di bahawa pimpinan Diktator Soeharto ialah menggunakan seboleh mungkin dan maksima Militernya yang dipanggil ABRI-Angkatan Bersenjata Republik Indonesia.
Hanya perbezaan di Malaysia dari segi Perlembagaannya ATM-Angkatan Tentera Malaysia tertakluk kepada Panglima Pemerintah utamanya Yang Di Pertuan Agong tetapi Polis terletak sepenuhnya di bawah tanggung jawab Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang buat masa ini dipegang juga oeh Abdullah Hj Ahmad di samping “Saya Perdana Menteri” dan Menteri Kewangan yang purata gaji bulanan dan elaunnya mencecah RM 130,000.00 (RM: Satu Ratus Tiga Puluh Ribu sahaja) itu sebabnya agaknya bila BPR Tanya macam mana bini dia pakai jam yang bernilai sama banyak gajinya sebulan, sudah pasti dia menjawab, “saya gunakan sebulan gaji membeli jam tersebut kerana makan minum saya ditanggung oleh kerajaan”
Dan hari ini Abdullah Hj Ahmad menggunakan Polis untuk kepentingan politik peribadinya sama seperti Diktator Soeharto menggunakan ABRI dalam mengekang musuh-musuh politiknya.
Rakyat Indonesia tidak selalu lupa, dan kalau lupa dia mengingat semula sejarahnya, sehingga mungkin mereka terjumpa satu tulisan dalam ucapan Presiden Sukarno dalam Di bawah Bendera Revolusi yang berbunyi:
“…… nasib kita ada dalam genggaman kita sendiri… dengan lebih teguh kita harus percaya akan kepandaian dan tenaga kita sendiri… dengan menolak tiap-tiap politik oportunisme dan tiap-tiap politik possibilisme, ia ini tiap-tiap politik yang menghitung-hitung, ini tidak boleh dan itu tidak boleh, maka kita bersama Mahatma Gandhi berkata: Siapa mahu mencari mutiara, haruslah berani selam ke dalam laut yang sedalam-dalamnya, siapa yang hatinya kecil berdiri di pinggir sahaja dan takut akan terjun ke dalam air, ia tak akan dapat sesuatu apa!”
Maka mereka (rakyat Indonesia) mula dengan reformasi yang besar di Jakarta untuk mendesak Diktator Soeharto meletakan jawatan dan seperti biasanya untuk mempertahankan kuasa ABRI digunakan dan kerana tidak profesional ABRI dalam menghadapi tunjuk perarakan dan demonstrasi akhirnya kerana kepenatan ABRI menembak mati beberapa mahasiswa yang berada dalam kumpulan demonstrasi dan ini membangkitkan semangat semua rakyat menuntut Diktator Soekharto mundur atau berhenti.
Sang Kelembai; Walau pun dia seorang diktator, Soeharto mencari jalan tengah dengan meletakan jawatan kerana mengharapkan BJ Habibie akan mempertahankan kepentingan ekonomi anak-anaknya. Kesimpulan inilah yang hendak di belajar oleh Abdullah Hj Ahmad, jika dia meletakan jawatan adakah Najib Tun Razak akan mempertahankan pertahankan ekonomi anak beranak dan menantu Abdullah Hj Ahmad, tetapi semua orang tahu bahawa yang boleh menjamin kepentingannya adalah Muhyiddin Yassin, seorang yang pernah mengambil tanah rakyat untuk kepentingan awam tetapi memberi kepada syarikat swasta dan juga tanah yang tinggi nilainya kepada Singapura, seorang Menteri yang dilihat bersih tetapi sebenarnya tidak bersih.
5 comments:
Cerita little red riding hood and the wolf.Mr wolf why do you have big ears? Because I can hear you. Mr wolf why do you havebig teeth ?.,
BADUWA TEETH SPECIAL MADE.BECAUSE I CAN EAT YOU RISING HOOD AND ALLBODOH Malaysian.
Dah mula Dah..UMNO cari simpati dari Golkar.Kat Malaysia org Melayu , Cina , India dan minoriti yg lain dah MELUAT dgn pemerintahan dia org ni.Tu la pasal nak HALAL kan 850,000 Pendatang HARAM Indonesia sebagai persediaan pilihanraya ke 12.Sial punya UMNO sampai tahap Bantuan utk Mangsa Banjir pun nak Tipu.Satu satu perumpamaan 'Anjing Akan Menyalah Apibila Jumpa Anjing Yang Lain' jadi tu la pasal UMNO boleh MoU dgn Parti Golkar.Dimana sama frekuansi dgn UMNO dlm semua Hal..Dari Rasuah Hingga lah Ke MenyalahGunakan Kuasa yg Rakyat bagi..
Elok sangat lah tu... UMNO bakal bungkus macam GOLKAR juga... Biarlah si Dollah terjun dengan konco2nya...
Kalau berguru dengan Golkar, alamatnya tak lama lagi lah Umno akan ikut jejak Golkar.... jadi tidak relevan kepada rakyat!! Silahturahmi gegan Golkar ini tradisi lama , semenjak zaman Soeharto. Ubah lah kepada parti pemerintah RI sekarang 1 Nama2 pemimpin Golkar yang datang tidak tersohor pun dan tidak mungkin akan meredakan kritikan media dan penduduk Jakarta terhadap Kuala Lumpur!!!!!
Kempen BOIKOT Media arus perdana
Apa itu Media arus perdana:
1. RTM
2. TV3
3. Utusan Malaysia
4. Berita Harian
5. Kosmo
6. Harian Metro
7. New Straits Times
8. The Star
Misi:
Untuk menyeru semua rakyat supaya berhenti membeli, membaca dan menonton bahan propaganda BN
Objektif Kempen:
1. Menurunkan kadar jualan akhbar arus perdana
2. Menurunkan kadar penonton TV
3. Usaha strategik menurunkan kadar iklan di media berkenaan
Pelan Tindakan:
1. Secara individu
2. Berkumpulan
Bentuk Tindakan:
1. Parti politik
2. Inisiatif Badan bukan kerajaan (NGO)
Media massa arus perdana mempunyai rekod yang buruk dalam memaparkan berita berat sebelah. Media ini bertungkus lumus dalam menyebarkan propaganda untuk membentuk pendapat awam (public opinion) ke arah menyokong BN dan ianya adalah satu tindakan yang membelakangkan rakyat yang membayar cukai dalam pelbagai bentuk.
Di akhir-akhir ini, media massa arus perdana semakin melampau dalam memutar belit fakta (spin) – Episod Batu Buruk, Perarakan Majlis Peguam, Himpunan Aman BERSIH dan perarakan Hindraf serta protes terhadap SPR.
Sekarang adalah masanya untuk Rakyat menghentikan proses ‘spin’ media ini!
Kenapa sekarang?
Ianya disebabkan pilihanraya umum (PRU) akan berlansung pada bila-bila masa sahaja dari sekarang. Ingat apa yang terjadi pada 2 siri PRU yang lalu di mana kempen media arus perdana memburukkan gerakan reformasi. Ingatlah bagaimana media tersebut memecah belahkan pakatan pembangkang terutama antara Pas dengan DAP. Melalui penipuan media tersebut, ianya menyumbang kepada kemenangan BN.
Jangan sesekali membiarkan sejarah berulang lagi! Enough is enough! Sekarang adalah masanya kita menggunakan senjata pemusnah media arus perdana. Senjata kita ialah Internet. Maklumat tidak lagi dimonopoli olih media arus perdana tradisi. Kepada yang mempunyai access internet, cetak bahan-bahan maklumat alternatif dan sebarkan kepada saudara, sahabat dan rangkaian-rangkaian anda.
Ayuh! sekarang adalah masa terbaik untuk BOIKOT Media-media di atas.
Cetak dan sebarkan!
* Inisiatif ini dengan kerjasama The People’s Parliament http://harisibrahim.wordpress.com
“UBAH SEBELUM PARAH,
UBAH DEMI MARUAH!”
Biro Penerangan Parti KeADILan Rakyat Negeri Perlis
Post a Comment