Thursday, January 03, 2008

Apakah Isyaratnya?

Bagi setengah orang setelah Dr Chua Soi Lek meletakan jawatan sebagai Menteri Kabinet Islam Had hari yang cemerlang, gemilang dan terbilang, dengan sendirinya tamatlah satu episod skandal seks politik dalam negara ini. Dalam isu ini ada setengah orang merasa puas di atas keputusan beliau meletakan jawatan sebagai Menteri Kesihatan dan tidak kurang pula yang memuji langkahnya termasuk “Saya Perdana Menteri” Abdullah Bin Hj Ahmad yang bertindak sebagai Imam Besar Islam Hadhari - yang ada had dan ada harinya.

Dalam isu DVD rakaman di ranjang katil Dr Chua Soi Lek, sebilangan besar orang ramai hanya memberi tumpuan atau fokus kepada siapa orang yang menjadi pasangannya dan sehebat mana tenaga batin seorang yang sudah berumur 58 atau 59 tahun, jika rakaman itu dibuat dua tahun yang lalu.

Tidak seorang pun yang hendak memikirkan isu ini dari sudut keselamatan negara. Mungkin tidak masuk akal hendak membincangkan soal seorang Menteri Kesihatan dengan ancaman keselamatan negara tetapi sebagai seorang pemikir politik, sewajarnya kita berfikiran politik mentafsirkan isu itu.

Entah kenapa para ahli politik tidak belajar dari sejarah sehingga Pramoedya Ananta Toer seorang penulis terkenal Indoesia pernah mengatakan, “kalau orang tidak tahu sejarah, ia tidak akan faham masa kini, apalagi masa depan. Semua kesalahan yang kita lakukan selama ini terjadi kerana kita tidak tahu sejarah.”

Maka begitulah sikap kita (rakyat Malaysia ) yang selalu terlupa dan tidak membaca sejarah. Bukankah satu masa dahulu dalam zaman Kabinet Islam Hadhari ini, rakyat terlalu marah dengan sikap sambil lewa “Saya Perdana Menteri” yang membenarkan kepentingan negara dalam PMC- Pantai Medical Center dilepaskan dan dikuasai oleh Singapura melalui syarikat pelaburan raksasanya yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan di laporkan pada masa itu Menteri Kesihatan adalah Dr Chua Soi Lek dan bantahan itu di laporkan oleh Utusan Malaysia pada 2 Nov 2005 - Kementerian Kewangan disarankan meneliti semula kelulusan dan prosedur pengambilalihan ekuiti oleh syarikat asing terutama Singapura bagi menyelamatkan kepentingan orang Melayu dalam sektor korporat dan maklumat sulit negara dari terlepas ke tangan negara luar.

Pemilikan ekuiti syarikat asing turut membantutkan pembangunan vendor bumiputera kerana misi perniagaannya berubah serta paling menyedihkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu orang Melayu menceburi bidang ekonomi dan memegang kepentingan syarikat tidak dapat dilaksanakan. Dan kenyataan yang dibuat oleh Persatuan Pengguna Islam oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Maamor Osman merujuk kepada yang jelas berlaku dalam sebuah syarikat pengurusan hospital, Pantai Holdings Bhd. yang dimiliki oleh korporat bumiputera kemudian dipindah milik kepada bukan bumiputera dan seterusnya dikuasai oleh syarikat Singapura, Parkway Holdings. Parkway Holdings turut menguasai dua syarikat konsesi yang ditawarkan oleh kerajaan iaitu Pantai Medivest yang menjalankan perkhidmatan sokongan hospital dan Fomema (perkhidmatan pemeriksaan kesihatan pekerja-pekerja asing).

Maka bila PDRM-Polis DiRaja Malaysia ditanya isu tersebut, seperti biasa dia akan bercakap dengan kenyataan yang tidak berinovasi. Kenyataan hanya untuk menyiasat siapa yang mengedarkan Dvd itu sama seperti isu dua orang yang ditembak polis di Kuala Terengganu, di mana Polis lebih berminat mengambil tindakan kepada dua orang yang kena tembak daripada membuat siasatan dalaman akan perihal anggota Polis yang menembak membabi buta, kerana pernah ada insiden di simpang Jalan Raja Abdullah sewaktu era reformasi 1998 terpampang gambar seorang pegawai Polis menghunus pistolnya dan cermin matanya macam nak terpelanting dan jelas gambar orang menerkamnya, tidak pula sehingga hari ini orang itu ditangkap atas tuduhan yang sama kepada dua orang di Terengganu, itulah benda pelik tetapi benar.

Apakah yang dikatakan Polis mesti berinovasi kerana dalam isu Dvd Chua Soi Lek siasatan hanya akan dibuat jika ada laporan, Maka tidaklah diketahui sama ada dalam badan organisasi PDRM terdapat satu sayap yang bernama Cawangan Khas atau Special Branch, satu badan perisik yang dikenal siapa anggotanya dan setiap entiti sama dia bertugas di bandar atau di kampung/ dalam pasukan itu dan dia tidak pernah dipanggil agen sebaliknya walau apa pun pangkat mahu pun konstabel dia tetap dipanggil Pegawai Special Branch’

Jika mengikut kenyataan pembesar polis, siasatan akan dibuat jika ada laporan. Maka dengan sendirinya Badan Perisik Malaysia yang ditugas kepada PDRM sudah pasti tidak akan membuat siasatan kerana tidak ada laporan dan jika ada laporan pun hanya menjurus kepada pengedaran Dvd itu yang ditentukan oleh kanun keseksaan.

Tidakkah Perisikan negara terfikir kemungkinan dua, ia itu sama ada isu Dvd ini ada kaitan dengan soal keselamatan dan ancaman negara daripada perisikan asing? Kita harus bermula, dengan semua mahu tahu latar belakang perempuan yang sanggup berbuat apa sahaja untuk gambarnya di ambil walau pun berbentuk kamera litar tertutup. Siapa dia? Adakah benar dia hanya sekadar untuk suka-suka melakukan hubungan jenis dengan lelaki tua?

Bukankah dalam tempoh satu tahun semenjak Disember 2005, telah berlaku cerita skandal seks sama ada yang nampak atau ada bukti atau sekadar andaian. Dia bermula apabila “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad sudah diketahui umum akan kisah asmaranya dengan bekas orang gaji yang dinaikkan taraf sebagai penyelia kediaman rasminya. Beberapa blog telah menceritakan akan perihal Imam Besar Islam Hadhari telah kedapatan bersama orang gajinya dalam bilik peribadinya di rumah percutian di Austarlia oleh anak perempuannya sendiri dan cerita mulut ke mulut yang dibawa, konon terdapat seluar dalam dan coli yang tersidai di atas katil dalam bilik itu.

Disebabkan dengan jolokan Mr Clean dan anak ulama besar ariffbillah, cerita-cerita dalam blog dan Internet kisah skandal itu tidak di percaya orang. Malah ada orang menafikan bahawa gambar pegang bahu seorang pelakon yang telah menjadi bini orang itu sebagai gambar palsu dan direka, walhal gambar sebenarnya keluar dari laman rasmi penganjur Monson Cup itu sendiri.

Bagaimana perkara itu sudah terjawab sembilan bulan kemudian, walau pun tidak ada kamera litar tutup dan gambar yang menjadi bukti berapa mesranya “Saya Perdana Menteri” yang kematian isteri dengan orang gajinya asal bekas birasnya, tetapi dengan tidak sengaja pelakon filem James Bond itu memperakui dalam catatan kisahnya yang dia merasa bangga di gerbang tahun baru bercuti dengan kapal layar mewahnya bersama dengan Imam Besar itu.

Bagi kita (rakyat Malaysia ) mungkin tidak ambil peduli akan kisah atau video lucah aksi bekas menantu Samy Vellu, kerana menantunya itu sudah diceraikan oleh anaknya. Kerana tidak apa-apa kepentingan dari segi apa pun kecuali gambar video 3G yang tersiar dalam Internet itu menujukan lelaki itu ialah bekas bapak mentuanya ia itu Samy Vellu sendiri, maka gambar video 3G yang boleh dilihat dalam Internet hanya sebagai hiburan sahaja.

Tetapi tidak dengan rakaman CCTV atau kamera litar tertutup Menteri Kabinet Islam Hadhari ini yang dijadikan DVD. Kita (rakyat Malaysia ) mahu pihak Polis mendedahkan maklumat selengkapnya mengenai perempuan simpanan bekas menteri itu walau dia mengaku sebagai kawan karibnya. Dia menjadi persoalan kenapa begitu lama, baru sekarang rakaman itu didedahkan, adakah tolak ansur dan ugutan dilakukan sebelum ini kepada Menteri itu.

Sekiranya kita rajin membaca interviu atau wawancara media dengan Menteri ini, banyak terdapat perkara yang boleh ditafsirkan dari setiap patah jawapannya. Rakyat mesti menyedari bahawa Malaysia sekarang terdedah kepada serangan perisikan antarabangsa, dan kita punya kepercayaan bahawa CIA tidak akan menggunakan agen-agen dari kalangan orang Melayu/Islam sendiri untuk mencari maklumat perisikan secara terus kerana terlalu sukar untuk mempercayai sekiranya CIA memberikan tugas perisikan itu kepada orang Melayu sebagai agennya kecuali mereka Melayu tetapi nipis Islamnya, kerana tugas perisikan bukan sahaja pengkhianatan kepada negara tetapi menjadi pengkhianat agama.

Maka kita berbalik kepada andaian atau konon-kononya, jika “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad yang berduaan dengan kekasih hatinya dan kemudian di nikahi selepas enam bulan isu itu berpusing dari mulut ke mulut dan dari blog ke blog dalam Internet, sekiranya terdapat perisikan Australia merakam aksi-aksi kemesraan itu tanpa disedari oleh perisik Malaysia yang mengiringnya seperti gambar-gambar photo malam Krismas yang dikatakan oleh setengah orang bahawa Imam Besar ini dalam keadaan mabuk, kalau kita ditanya sampai tak gambar itu kepada CIA? Semua akan menjawab ya! Dan jika CIA menyimpan video atau photo itu, sampai atau tidak kepada agen Israel “Mossad” satu singkatan perkataan Ibrani yang bermaksud The Institute for Intelligence and Special Operation atau dalam Bahasa Melayu bermaksud Institut Perisikan dan Operasi Khas. Maka jawapan Ya! Juga.

Dan apa kena mengena Mossad dengan skandal DVD Chua Soi Lek, maka kita semua perlu mengkaji semula hubungan isu pemilikan PMC –Pantai Medical Centre dahulu oleh syarikat Singapura dan mencari siapakah pemilik Parkway Holding di Singapura dan pemegang sahamnya. Jawapan hanya boleh diketahui jika PDRM melalui badan perisiknya menyoal dan merisik siapa perempuan pengubah bunga itu?

Siapa “behind conspiracy” ini. Semua orang tahu bahawa Singapura bergantung hidup-hidup dengan tunjuk ajar pertahanan dari Israrel dan akhir-akhirnya ini kesemua pegawai perisikan Singapura dilatih oleh Mossad. Adakah percubaan untuk menguasai PMC dahulu tidak mengurangkan nafsu Singapura untuk mencari data maklumat tahap kesihatan pemimpin dan profesional Malaysia khasnya orang-orang Islam yang menjadi ahli Sains terkenal yang tidak sedar diri, di mana menggunakan khidmat PMC, di mana maklumat kesihatan diperlukan untuk tujuan menyimpan data perisikan.

Dan di sinilah soalnya. Kita semua mahu tahu dari mulut Dr Chua Soi Lek bahawa adakah perempuan itu hanya sekadar “one night stand” atau semenjak hubungan intim itu, dengan tidak disedari di samping membuat seks “oral” dalam masa yang sama segala maklumat kerajaan termasuk data-data kesihatan setiap pegawai kerajaan di reload dalam komputer yang dibawa bersama semasa aksi di atas ranjang itu.

Kesimpulannya kita kena bertanya dalam soal isu ini, apakah isyarat yang hendak diberi oleh mereka yang melakukan rakaman tersebut dan kemudian mengedarkan nya. Kenapa sekarang? Kalau benar seperti dikata orang bahawa perempuan itu, isteri seseorang, adakah suaminya pernah mengugut Chua Soi Lek atau juga dalam tempoh dua tahun dan sebelumnya siapa yang tinggal di hotel itu, adakah tidak pegawai tinggi kerajaan, polis dan tentera atau juga orang-orang politik, adakah tidak mereka juga di rakaman di dalam bilik itu.

Seiring dengan perkembangannya, politik kini telah menjadi suatu alat untuk menggapai suatu kekuasaan namun tidak dapat ditolak bahawa politik sering kali ditunggangi dengan kepentingan peribadi sehingga dengan segala cara ditempuh guna mencapai tujuan tersebut. Sejarah berkata bahawa politik, tidak boleh dilepaskan dengan seks (wanita). Dengan seks (wanita) seseorang politikus boleh menanjak kerjaya politiknya atau boleh sebaliknya, bahkan dengan menggunakan media seks (wanita) bisa menimbulkan suatu pemberontakan, sehingga ada pepatah yang mengatakan bahawa di belakang orang besar adalah wanita. Dan telah banyak masalah tersebut diangkat dalam filem salah satunya adalah filem Troy, filem tersebut menceritakan tentang perebutan kekuasaan yang di belakangi skandal dengan seorang wanita

Di dalam dunia Islam sendiri kenyataan tersebut telah dimulai sejak zaman dinasti Abbsiyyah , seorang wanita yang bernama Dzat al-Khal dia mahu dijadikan perempuan simpanan oleh Harun ar-Rasyid setelah khalifah mahu bersumpah untuk memenuhi apa pun permintaan perempuan itu, iaitu di antaranya mengangkat suaminya menjadi seorang gabenor. Dan di Indonesia dalam tahun 2006 juga gambar video 3G hubungan seks di ranjang seorang Ahli Parlimen dari GOLKAR (yang baru-baru ini UMNO hendak berguru dengannya) bernama Yahaya Zaini dengan seorang penyanyi dangdut Maria Eva menyebabkan dia meletakan jawatan serta menghancurkan kerjayanya politik

Sang Kelembai: Kalau sekali fikir mereka yang biasa-biasa pergi bersantai dalam Pub atau Bar di Hotel Shangrila di Jalan Sultan Ismail akan nampak aksi-aksi Mohd Nazri Aziz seorang Menteri Kabinet Islam Hadhari tengah bersuka-suka dengan perempuan bertaraf GRO dan Bohsia, agak-agaknya ada tak orang yang merakamkan aksinya itu.

7 comments:

Anonymous said...

Kemungkinannya ada seperti yang didedah sang kelembai. malah dr chua akui bahawa oleh kerana dia terlalu laju orang bimbang dia akan naik jadi timbalan presiden mca dan akhirnya jadi presiden mca.jika benar benda ini dirancang oleh agen luar,semua menteri hendaklah berhati-hati bila tidur di hotel kot-kot ada kamera. malah sang kelembai juga kena berhati-hati bila bawa perempuan tidur di hotel

duagelasteh said...

Syabas, sdr SangKelembai.

Renungan sdr tu cukup mendalam, jauh dan inovatif.

Tapi siapa itu Dr Chua Soi Lek yang begitu diminati ejen-ejen asing?

Dr Chua hanya jaga Kementerian Kesihatan. Kementeriannya memantau operasi hospital2 swasta tetapi tidak pula memiliki bidangkuasa mengawal struktur ekuiti hospital2 itu. Bidangkuasa ini terletak di bahu Kementerian Kewangan/Treasury.

Saya kira ejen-ejen asing tak akan buang masa dan wang ( untuk upah Angeline Yam @ A. Yam @ ayam betina - pinjam pendedahan Batu Berpahat dari "malaysia-today.net" ) ke atas Dr Chua.

Kalu ramai penulis yang duk kutuk Pak Lah itu khuatir/percaya ejen-ejen asing dan/atau mafia Cina sudah menular ke Putrajaya, buat apa lagi ejen-ejen tu pi kasi "A.YAM" kepada Dr Chua di Batu Pahat?

MOTIF SEBENAR DI BELAKANG PEMBIKINSN DVD BATU PAHAT:

Saya lebih cenderung melihat pembikinan DVD seks ini sebagai suatu cubaan musuh2 politik Dr Chua - baik yang ada di luar bilik, di dalam SELIMUT mahupun di dalam SELUAR DALAMnya - menjatuhkan beliau.

Itu saja.

Ini kerana Dr Chua ni, sejak menjadi Menteri Kesihatan dan Naib Presiden sudah lupa daratan.

Bila bercakap kepada media pun beliau bernada angkuh, mengejek rakan2 politik lain sebagai "tak ada teloq" dalam perjuangkan hak2 Cina dsbnya....

Maka dengan keangkuhannya itu beliau sudah TERPIJAK EKOK SINGA.

Tanpa menyedari perkara itu, Dr Chua maju setapak lagi dengan mencuba MENCABUT MISAI SINGA!

Tindakan Dr Chua itu, dalam politik, kita panggil "CARI NAHAS"!

Di dalam "market" dalam 2-3 tahun kebelakangan ini, sudah ada "cakap-cakap" di kalangan macai para pemimpin MCA bahawa:

(1) Dr Chua sudah beregu dengan Donald Lim dalam pasukan Team B untuk menyaingi regu OKT-CKC;

(2) Dr Chua secara solo berhasrat mencabar Timb Pres CKC dalam pemilihan parti mendatang;ini menyinggung hati CKC dan juga Presiden parti;

Saya kira Dr Chua pun sudah sedar akan "cakap-cakap" ini di market. Sila rujuk kenyataannya semalam (3-1-08).

SIAPA CUBA LAWAN TAUKE, itulah nasib politiknya.

SPECIAL BRANCH PDRM:

Setahu saya, SB kita ada banyak ranting/sub-branches.Jadi saya difahamkan ada satu "desk" yang bernama "Anti-espionage".

Maka "desk" inilah yang duk buat kerja perisikan terhadap penularan/kegiatan ejen-ejen asing di negara kita.

Depa kalu ada mengesyaki sesuatu pun, laporan depa takkan diumumkan/tersebar.

Jadi janganlah kita anggap depa tak/tak cekap menjalankan tugas perisikan....

KESIMPULAN:

Ussahlah kita duk pikiaq jauh2. Nanti susah nak terlena, wahai sdr SangKelembai.

Salam hormat.

Anonymous said...

Saya rasa sdr agak menyimpang jauh dalam memaparkan kemungkinan penglibatan ajen perisikan luar dalam episod DS DR Chua ini. Kita semua tahu siapa yang berperanan dalam pengambilalihan Pantai holding oleh Parkmay (Tumasek). Tak payah lah saya nak sebut nama.
Dalam kes Dr Chua, ada dua kemungkinan. Pertama masalah intra parti. Sampai hari ini MCA masih mempunyai dua kumpulan. Mungkin ada dikalangan mereka yang mahu melihat MCA dibawah pimpinan DS Ong Ka Ting lebur!! Keduanya, kemungkinan besar ianya dilakukan oleh mpenjenayah yang ingin memeras-ugut untuk mendapat wang! Disebabkan usaha untuk memeras-ugut itu gagal, maka didedahkan DVD tersebut dengan tujuan menghancurkan karya politik DS Dr Chua!!!

duagelasteh said...

Renungan sdr tu cukup mendalam, jauh dan inovatif.

Tapi siapa itu Dr Chua Soi Lek yang begitu diminati ejen-ejen asing?

Dr Chua hanya jaga Kementerian Kesihatan. Kementeriannya memantau operasi hospital2 swasta tetapi tidak pula memiliki bidangkuasa mengawal struktur ekuiti hospital2 itu. Bidangkuasa ini terletak di bahu Kementerian Kewangan/Treasury.

Saya kira ejen-ejen asing tak akan buang masa dan wang ( untuk upah Angeline Yam @ A. Yam @ ayam betina - pinjam pendedahan Batu Berpahat dari "malaysia-today.net" ) ke atas Dr Chua.

Kalu ramai penulis yang duk kutuk Pak Lah itu khuatir/percaya ejen-ejen asing dan/atau mafia Cina sudah menular ke Putrajaya, buat apa lagi ejen-ejen tu pi kasi "A.YAM" kepada Dr Chua di Batu Pahat?

MOTIF SEBENAR DI BELAKANG PEMBIKINSN DVD BATU PAHAT:

Saya lebih cenderung melihat pembikinan DVD seks ini sebagai suatu cubaan musuh2 politik Dr Chua - baik yang ada di luar bilik, di dalam SELIMUT mahupun di dalam SELUAR DALAMnya - menjatuhkan beliau.

Itu saja.

Ini kerana Dr Chua ni, sejak menjadi Menteri Kesihatan dan Naib Presiden sudah lupa daratan.

Bila bercakap kepada media pun beliau bernada angkuh, mengejek rakan2 politik lain sebagai "tak ada teloq" dalam perjuangkan hak2 Cina dsbnya....

Maka dengan keangkuhannya itu beliau sudah TERPIJAK EKOK SINGA.

Tanpa menyedari perkara itu, Dr Chua maju setapak lagi dengan mencuba MENCABUT MISAI SINGA!

Tindakan Dr Chua itu, dalam politik, kita panggil "CARI NAHAS"!

Di dalam "market" dalam 2-3 tahun kebelakangan ini, sudah ada "cakap-cakap" di kalangan macai para pemimpin MCA bahawa:

(1) Dr Chua sudah beregu dengan Donald Lim dalam pasukan Team B untuk menyaingi regu OKT-CKC;

(2) Dr Chua secara solo berhasrat mencabar Timb Pres CKC dalam pemilihan parti mendatang;ini menyinggung hati CKC dan juga Presiden parti;

Saya kira Dr Chua pun sudah sedar akan "cakap-cakap" ini di market. Sila rujuk kenyataannya semalam (3-1-08).

SIAPA CUBA LAWAN TAUKE, itulah nasib politiknya.

SPECIAL BRANCH PDRM:

Setahu saya, SB kita ada banyak ranting/sub-branches.Jadi saya difahamkan ada satu "desk" yang bernama "Anti-espionage".

Maka "desk" inilah yang duk buat kerja perisikan terhadap penularan/kegiatan ejen-ejen asing di negara kita.

Depa kalu ada mengesyaki sesuatu pun, laporan depa takkan diumumkan/tersebar.

Jadi janganlah kita anggap depa tak/tak cekap menjalankan tugas perisikan....

KESIMPULAN:

Ussahlah kita duk pikiaq jauh2. Nanti susah nak terlena, wahai sdr SangKelembai.

Salam hormat.

Anonymous said...

Sdr SK,
Isu skandal seks menetri lebih merupakan isu peribadi memandangkan pihak yang terlihat melakukannya suka sama suka. Apo nak dikato.

Tapi apa yang memualkan adalah tujuan pendedahan dan cara digunakan. Tidak perlulah hingga ke tahap pendedahan sedemikian disebabkan politik. Yang nyata ini bukan kerja pembangkang tetapi dari parti beliau sendiri.

Nampaknya TMM 2007 gagal beberapa hari sebelum penutupan tirainya. Saya BOIKOT dari menginapi sebarang hotel di negara ini sehinggalah mendapat jaminan pihak berkuasa bahawa hotel-hotel kita selamat dari provakasi privacy individu. Jangan salahkan Dr. Chua tetapi kepada sistem yang ada sehinggakan beliau percaya kepada perlindungan hak individu begitu bagus di negara ini. Tetapi sebaliknya yang terjadi.

Nasihat yang terbaik adalah bawa khemah atau gebar besar sekali jika nak check in hotel di M'sia kerana phobia dirakam dan diedar video di seluruh negara oleh sindiket. Mungkin pasangan kita adalah isteri sah kita tetapi mampukah kita menanggung aibnya.
Fikir-fikirkanlah rakyat M'sia. Tangkap orang yg bertanggungjawab. BN perlu lebih berhati-hati kerana gunting berada dalam lipatan kain mereka. Dahsyat sungguh.

Anonymous said...

ingin saya menambah satu lagi kemungkinan, dimana sebelum beberapa hari cerita video itu terpapar, terdapat satu artikel dalam blog yang menyoalkan bolehkah MCA mempertahankan quota menteri dari parti kaum cina dalam barisan kabinet diMalaysia. Persoalan dan kehairanan saya, ialah, jika cerita video ini telah lama terdapat dan diwar-warkan dahulu samaada digunakan oleh puak pecahan team A & team B dalam pemilihan agung MCA terdahulu, kenapa ianya tidak disiarkan? Mungkinkah kerja pengedaran video ini dilakukan oleh puak UMNO, yang mungkin berhasrat merampas kerusi Kementerian tersebut, samaada bagi mengambil kembali kepentingan yg terlepas? Atau permainan politik bagi mendapatkan sokongan kaum Cina dengan cara UMNO menunjukkan sokongan kepada MCA secara mengekalkan quota mereka? Sebab blog yg mengutarakan persoalan tersebut bagai menciumi permainan dan tekaan siapa yang dibelakang angkara video tersebut, iaitu mungkin dimainkan oleh pihak UMNO sebab video tersebut tidak digunakan oleh puak MCA untuk menjatuhkan team yang lain.
Sekian, sekilas pandangan dari saya.

Anonymous said...

Chua soi lek atau MOSSAD ke CIA ke...

Khalifah Harun Ar Rasyid tu jangan dibuat main2..
sila sampaikan cerita yang sepenuhnya.
jangan tinggal sebarang tanda tanya.
sejauh dia kah perjuangan kita terhadap ISLAM?
Sejauh dia kah amalan kita?
Adakah kita tidak menggunakan harta public ketika menjadi khalifah seperti beliau, yg secara total menolak penggunaan harta awam utk penggunaan dia dan anaknya.

sila sampaikan cerita secara penuh.jazakallah

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia