Di tahun baru Hijrah 1429 atau di tahun Masihi 2008 kita saksikan ulangan setiap seratus tahun yang mana akan berlaku di tahun Masihi, Tahun Hijrah akan diraikan dua kali dalam kalender tahun Masihi.
Semua orang mengetahui kecuali yang tidak membaca sirah Islam bahawa tarikh tahun hijrah Islam diambil daripada perpindahan Nabi dari Mekah ke Madinah. Hasil cadangan dari Ali Bin Abu Thalib, para sahabat waktu itu memutuskan kahwa permulaan kiraan tahun hijrah dimulai dari perpindahan Nabi Muhammad Saw. Berhijrah dari Mekah menuju Madinah adalah untuk kebebasan dari sistem yang menindas, kesengsaraan struktural, dan kekerasan-kekerasan fizikal yang dilakukan kaum elit Quraisy pada saat itu. Hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah juga tidak sekadar perpindahan secara dari satu tempat ke tempat yang lain, melainkan perpindahan secara psikologi untuk membangunkan diri di masa depan.
Dari segi perspektif orang Melayu dan rakyat Malaysia khasnya yang beragama Islam sewajarnya banyak iktibar yang sesuai di ikut dan di teladan diambil dari kisah Hijrah Nabi Muhamad s.a.w. dari kota suci Mekah kepada Madinah.
Sebenarnya siapa sahaja di Malaysia dalam era “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad, Imam Besar Islam Hadhari- ada had ada hari dalam Kerajaan Tiga Beranaknya mesti menyedari bahawa mereka sudah terikut dengan kepimpinan melalui teladan yang dibawanya ia itu “tidur”
“Saya Perdana Menteri” akan tidur selepas menyudahkan kerja memberi dan mengagihkan harta negara ini. Pengagihan ini dibuat semacam negara ini adalah harta peninggalan datuk dan emak bapaknya yang di faraid mengikut suka hatinya melalui projek kepada anak, menantu dan kroni seperti yang berlaku pada projek di Terengganu. Di Terengganu beberapa projek di peroleh oleh Setiausaha Politiknya yang bernama Wan Farid seorang Senator yang tidak pernah bercakap walau sekali di Dewan Negara semenjak di lantik mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu. Hanya rakyat yang tidur dengan mimpi-mimpi yang diberi oleh “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad atas nama “Ini ilham atau cadangan saya” tidak mengerti perbuatan munafik “ saya Perdana Menteri” ini.
Tetapi rakyat Melayu dalam setahun dua ini, sudah kelihatan pertanda terjaga dari tidur yang di ulit mimpi sajak atau puisi “Aku Mencari Damai Abadi” yang tidak berkesudahan. Apa yang ditulis dan dituturkan dalam puisi itu adalah sebaliknya, yang amat ketara ialah “aku tidak mencari harta bertimbun” tetapi sebenar dia tengah menimbunkan harta dan “Aku tidak mencari kawan berfoya-foya, itulah sebenar identiti dia mencari kawan untuk berfoya dengan menaiki bot mewah bintang filem James Bond yang telah berlaki. Tidak ada satu pun bait puisinya yang boleh dianggap sebagai bermoral dari kenyataan.
Sekarang orang Melayu sudah mula terbangun dari mimpi yang menakutkan ini. Betullah agaknya yang dikatakan dalam perspektif Sigmund Freud, mimpi ada pancaran gambaran psikologi yang berasal dari pengalaman-pengalaman pahit yang disedari dan dipendam di bawah alam tak sedar. Maka, semasa tidak bermimpi, pengalaman pahit itu akan meledak dan memicu kekacauan hidup semenjak era “saya Perdana Menteri” dari tahun November 2003 hingga sekarang.
Ketika rakyat dibelenggu dengan beberapa kenaikan harga barang makan dan keperluan asas kehidupan dengan tidak ada kawalan lagi, dan menjadikan orang seperti Shafie Apdal sebagai kambing hitamnya untuk disembelih bagi tidak ternampak siapa “culprit” yang sebenarnya, harga barang terus menerus naik, sehingga Barisan Nasional yang akronimnya BN sudah menjadi Barang Naik, dan secara jenakanya bila ditanya kenapa dan bila naik minyak masak naik, walhal Malaysia pengeluar kelapa sawit terbesar, jawapan mudah ialah kenaikan berlaku semenjak “Saya Perdana Menteri” yang berusia 68 tahun yang kematian barang naik semasa isterinya hidup dan sekarang sudah berkahwin lain hingga menyebabkan barangnya naik. Semuanya naik.
Ada juga cerita-cerita sembang kosong yang menyokong Chua Soi Lek yang kononnya menjadi mangsa Dvd sexlife kerana menjadi tukang cuba hasil penyelidikan perubatan “ubat kuat” bio-teknoloji untuk diluluskan dalam pasaran, dan jika lulus kepada dirinya yang berusia 60 tahun, maka dia akan mencadangkan kepada Perdana Menteri dan rakan-rakan kabinetnya khasnya macam Azmi Khalid dan Sammy Vellu memakan ubat tersebut, kerana dia telah mencubanya.
Bagi mereka yang miskin, agaknya mereka lebih suka bermimpi daripada menghadapi hidup di dunia nyata, kerana setiap kali bangun dari tidur akan ada pengumuman barang naik dan ini ada skripnya seperti isu Hindraf. Apa yang kita lihat adalah retorik isu seperti barangan sudah tidak dalam pasaran, kekurangan dan juga mungkin AP belum lagi diluluskan seperti isu gula dahulu.
Dan hari ini Beras Nasional sudah pun menghantar kapal berisi beras di beberapa pelabuhan tetapi tiada AP sehingga Kastam yang bebas rasuah menolak untuk “menutup mata” akhir dengan runding-runding diluluskan juga oleh Muhyiddin Yassin, penyangak politik yang menyorok kuku rasuahnya. Dan orang inilah yang hendak dilantik selepas PRU nanti menjadi Timbalan Perdana Menteri, jika akhirnya Najib Tun Razak akan didedahkan dengan kes Altantuya oleh permainan Khairy Jamalludin. Samada Najib Tun Razak terlibat atau tidak, salah atau tidak, sebaik sahaja Najib Tun Razak dipanggil ke Mahkamah dalam masa pembelaan OKT-orang kena tuduh nanti, maka dia perlu “bersemangat jantan” macam Chua Soi Lek untuk melepaskan semua jawatan.
Maka sebab itu terdapat banyak orang Miskin dan orang Melayu lebih suka hidup dalam alam mimpi meski pun dikejar-kejar hantu yang menyeramkan, daripada harus hidup dalam dunia kenyataan yang menyengsarakan.
Seorang penulis Indonesia dan penulis analisis politik terkenal Ignas Kleden dalam tulisan di akbar Kompas 6hb Jun 2007 telah mengatakan.“Kalau demokrasi sebagai sistem politik, maka pemimpin yang demokratis adalah seseorang yang berasal dari rakyat (bukan dari kalangan bangsawan), diawasi oleh rakyat (bukan mengawasi dirinya sendiri), dan bekerja untuk rakyat (bukan untuk dirinya sendiri dan kelompok yang dekat dengan dirinya)” dan sifat-sifat ini tidak ada kepada “Saya Perdana Menteri’ Abdullah Hj Ahmad, ketua Kerajaan Tiga Beranak.
Betapa harapan orang Melayu semenjak perjuangan kemerdekaan bangsa ini memang memerlukan teladan pemimpin yang rela sengsara terlebih dahulu sebelum rakyatnya sengsara seperti Tunku Abd Rahman Putra yang menjual hartanya untuk UMNO dan terpaksa menggunakan pemain bangsawan seperti Ahmad Belon mencari wang tabung UMNO, yang sehingga ini tidak dikenang dan dipedulikan oleh sesiapa. Atau kehadiran seorang manusia/pemimpin yang boleh dijadikan pusat perhatian kerana penuh keteladanan (exemplary center). Seperti Tun Razak Hussein, Tun Ismail Abd Rahman, Tun Hussein Onn dan lain-lain. Dan hari ini tidak semestinya dari kalangan anak atau cucu ulama dalam bidang falak, melainkan mampu tidak kerja kepimpinan di awasi dan dipersembahkan untuk rakyat. Tapi, akan adakah akan wujud model pemimpin seperti itu di bumi Malaysia? Yang ada ialah “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad, merupakan Perdana Menteri Malaysia dalam World Guinnes Record yang paling terbanyak merasmikan model-model seperti mana yang selalu di siarkan dalam Televisyen dan akbar.
Itu sebab ditulis orang bijak pandai bahawa hijrah Nabi dari Mekah ke Madinah sebagai "pembuka pintu baru dalam kehidupan politik." Pada masa hijrah inilah Nabi mencanangkan dasar peradaban yang menjunjung, menghormati martabat dan hak asasi manusia. Dasar-dasar itu antara lain menetapkan kepada orang-orang Arab sebelum menerima Islam sebagainya agamanya "menetapkan adanya kebebasan beragama, kebebasan menyatakan pendapat, tentang keselamatan harta benda, dan larangan orang melakukan kejahatan"
Bersama kita, rakyat Malaysia khasnya yang beragama Islam yang baru pulang dari mengerjakan haji, dan antara rukun haji ialah wajib melontar jamrah sebagai simboliknya memusuhi syaitan tetapi bila ke Malaysia masih kekal memberikan sokongan kepada pemimpin berpandukan syaitan yang memakai topeng Islam seperti mana dalan Kerajaan Tiga Beranak. Kembalilah kepada pesan hijrah, perlu kiranya tema dan isinya diarahkan pada sasaran yang lebih bersifat universal dan yang sedang dirasakan bersama. Dalam hal ini ada beberapa perkara yang perlu segera dipecahkan bersama.

Pertama, stigma terbenamnya bangsa Malaysia khasnya orang Melayu yang bila terus berpanjangan tidak menyedari musuh-musuh Melayu/Islam akan berakibat berkurangnya rasa percaya sehingga memperlemah membuat keputusan dalam berbagai-bagai tuntutan (ekonomi dan politik, bahkan kebudayaan), baik di forum-forum regional mahupun internasional. seperti tertipunya dengan projek WPI-Wilayah Pembangunan Iskandar, yang mana sebenarnya tidak ada wang Singapura yang masuk ke Malaysia melalui pelaburan sebaliknya beberapa Saudagar Cina seperti YTL memasukan wang untung TNB RM400 juta setahun ke Singapura dengan pembelian harta tanah di Singapura dan melalui modes operandi memutihkan wang haram, mereka melabur balik ke WPI dengan beberapa syarat yang menguntungkan mereka tanpa membayar sesen pun cukai dan mudah mendapat harta tanah milik orang Melayu di WPI. Sama ada Special Branch Malaysia yang jaga ekonomi sedar atau tidak, tidaklah diketahui tetapi mereka jika tidak melaporkan, terimalah dosa terhadap orang Melayu yang tiada siapa boleh memaafkan.
Kedua, bertambahnya konflik. Amat memprihatinkan, konflik antara sesama masih berterusan. Bahkan dalam berbagai tingkat pergaulan dan hubungan sampai mencapai jumlah tinggi sehingga kurang mendukung keharmonian dan mengancam integrasi sosial. Soalnya juga adalah penting seperti isu Hindraf yang akhirnya beberapa tuntutan yang bertahun-tahun tidak dilaksanakan dengan kelemahan "Saya Perdana Menteri" Abdullah Hj Ahmad menerima bulat-bulat beberapa tuntutan yang tidak munasabah, dan anehnya dalam keadaan Orang Asli yang duduk di hutan belantara, dan peribumi ribuan tahun tidak dilayan seperti apa yang dituntut oleh Hindraf, malah tanah dan hutan mereka dirogol dan di sondol sesuka hati oleh Kerajaan tanpa langsung ada perasaan belas kasihan.
Ketiga, krisis moral dan etika. Dalam berbagai paparan kehidupan, cukup banyak kita lihat kekurangan menjaga martabat dan kurang disiplin dan ini adalah satu isu yang menjadi topik perbincangan dan boleh dijadikan alasan untuk rakyat menolak Kerajaan Barisan Nasional. Bayangkanlah gambar yang tertera di Kuala Terengganu sebuah negeri yang diperintah bukan sahaja oleh Islam Hadhari-ada had dan hari, malah Menteri yang menjaga Islam pun datang dari sana, kalau dalam negeri dia gagal untuk mentarbiahkan anak muda lebih baik dia ikut sahaja "Saya Perdana Menteri" yang melantiknya, ia itu menggemukkan badan dan tidur.
Keempat, pudarnya identiti bangsa. Dalam hal ini semangat dan komitmen politik untuk memelihara persatuan bangsa yang bersatu dalam erti sosial dan budaya mengalami hakisan. Bahkan menjurus ke keretakan. Dan inilah masalah yang berterusan tetapi sebenarnya usah bimbang kerana dalam keadaan sekarang, nampak kelihatan cita-cita Onn Jaafar untuk menyatukan orang di Tanah Melayu menjadi satu bangsa Melayu gagal tetapi untuk menjadikan satu parti berbagai kaum, di mana orang bukan Melayu boleh menerima orang Melayu menjadi pemimpin Parti dan inspirasinya sudah ada penerimaan, walau mereka sebilangan dari rakyat berbagai kaum dalam kelas menengah dan rendah. Kemungkinan jika tidak sekarang tetapi akan datang akan terbentuk satu tembok kelompok yang miskin terdiri berbagai bangsa akan menentang si kaya yang juga berbagai bangsa.
Soalnya sekarang sampai bilakah rakyat yang miskin khasnya orang-orang Melayu di luar bandar menyedari bahawa partinya UMNO adalah sebuah parti yang didukung oleh orang miskin tetapi semua pemimpinnya kaya, tetapi orang-orang kaya di bandar yang berpendapatan tinggi, jika diteliti di Peti Undi kawasan elit, semuanya Barisan Nasional jika tidak kalah tetapi tidak menang selesa.
Menghadapi kenyataan itu, roh dan semangat hijrah perlu dihidupkan kembali. Pesan hijrah dari Mekah ke Madinah patut dikedepankan dan diwujudkan.
Pertama, gerakan menatap masa depan disertai sikap dan tindakan positif-konstruktif- Jangan Undi Barisan Nasional kerana itu bererti memberi bertambah kayanya keluarga "Saya Perdana Menteri" Abdullah Hj Ahmad
Kedua, gerakan membangun watak “multi cultural”, ramah menyapa perbezaan sosial, budaya dan agama- Jangan Undi Barisan Nasional kerana "Saya Perdana Menteri" Abdullah Hj Ahmad adalah jenis spesies yang tidak ambil kisah, kerana dia hanya memerlukan banyak tidur.
Ketiga, gerakan mengutamakan akhlak mulia dan budi pekerti luhur dalam pergaulan antara sesama. Jangan Undi Barisan Nasional kerana ini menyokong "Saya Perdana Menteri" yang sudah tidak berakhlak baik bila kedapatan berdua-duaan dengan kekasihnya yang kemudian dinikahinya.
Keempat, gerakan spiritualisme watak kebangsaan yang dilandasi nilai iman dan takwa dalam tatanan hidup sebagai bangsa merdeka dan beradab. Jangan undi Barisan Nasional kerana Mazhab Islam Hadhari adalah tipu daya Yahudi untuk memutar kepada Ahli Sunnah Wal Jaamh yang akhirnya akan melingkupkan Islam dengan menggunakan lambang-lambang pembinaan masjid yang berharga ratusan juta ringgit tetapi anak-anak Islam yang hendak belajar dan menuntut Ilmu di tiadakan sebarang biasiswa sebaliknya diberi pinjaman untuk melahirkan cerdik pandai Islam yang dililit dengan hutang.Patut digarisbawahi, seputar isi, jiwa, dan semangat "kesepakatan parti politik peserta Pemilu 2004" sehingga Pilihan raya Umun yang akan datang berlangsung dengan bukan setakat damai tetapi bersih dan aman. Apalagi bila hasilnya dapat memberi legitimasi guna membuka pintu baru kehidupan politik dan menghijrahkan kita semua rakyat Malaysia dari kerakusan kuasa oleh "Saya Perdana Menteri" Abdullah Hj Ahmad dari bersubahat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasanya dengan sifat munafiknya ke satu kejayaan. "Sungguh, Allah tidak akan mengubah keadaan suatu bangsa sebelum mereka mengubah dirinya sendiri" (Surah Ar-Ra’d: 11)
Sang Kelembai: Tahu tak rakyat bahawa sebilangan besar pemimpin dalam UMNO/MCA/MIC mempunyai harta di luar negeri termasuk Abdullah Hj Ahmad, selepas merompak negara ini dan jika tidak berkuasa nanti berada di sana. Maka yang tinggal ialah rakyat-rakyat yang bodoh untuk berfikir. Berhijrah dari bodoh ke bijak sana.
6 comments:
abang...yang sebenarnya..
semua kita sebagai rakyat perlu bertanggungjawab..MKT dalam UMNO pun sudah tidak berdaya..ini kerana mereka lebih takut hilang jawatan dari takut dan taat kepada ALLAH swt.
menteri banyak harta kat luar negara?
menteri berkenaan rakyat malaysia ke atau rakyat asing?
kalau rakyat negara malaysia, kenapa harta kat luar negara?
tak leh nak letak kat malaysia?
nanti kena curi? di malaysia banyak perompak ke?
memang malang sungguh pemimpin malaysia bukan rakyat malaysia.
"Sang Kelembai: Tahu tak rakyat bahawa sebilangan besar pemimpin dalam UMNO/MCA/MIC mempunyai harta di luar negeri termasuk Abdullah Hj Ahmad, selepas merompak negara ini dan jika tidak berkuasa nanti berada di sana......"
Saya minta Sang Kelembai cek maklumat yang menyatakan bahawa tiap2 akhir bulan KJ menggunakan staf ECM Libra untuk mendepositkan wang di bank2 multinational di Singapura!!
Macam mana kita nak tinggalkan kerajaan tiga beranak ni kalau kita tak bersatu hati dan kita sendiri tak tunjuk 'people's power' untuk merubah tampuk pemerintahan negara sekarang? Masalahnya, bila setiap kali pilihanraya umum, BN (barang naik) juga yang ada kelebihan sebab SPR pun di bawah telunjuk kerajaan. Dan tak dinafikan juga, BN guna taktik paling kotor untuk menyelamatkan diri dan menang majoriti besar. Tapi saya tetap berdoa semoga tak kira bila pun pilihanraya umum akan diadakan, akan ada pemimpin lain yang benar-benar berjuang untuk rakyat, bukan hanya setakat cakap saja, tapi kena buat juga. Beri peluang pemimpin yang meletakkan Islam sebagai tonggak utama pemerintahan negara.
Tuan SK.
Berdasarkan kepada hujahan tuan, tidak syak lagi kita perlu menolak kerajaan BN yang ada sekarang. Namun realitinya, dilema melayu yang masih sayangkan agama, bangsa dan negaranya, tidak tergamak rasanya untuk memberi undi kepada pembangkang - baik PAS,DAP atau Keadilan, yang rata-ratanya retorik semata2. Kita sayangkan UMNO namun Paklah perlu ditumbangkan. Ibarat ditelan mati emak diluah mati bapak. Pastinya Paklah juga akan meletakkan menantu baruanya KJ bertanding untuk mana-mana kawasan parlimen tahun ini. Kesiannya orang melayu !!
maka yang demikian saya mengesyorkan agar paklah ditumbangkan di kawasan parlimennya - di kuala batas *(kalau beliau tak berpindah lari!) dan pastinya tuan dapat melogikkan tindakan ini agar semua melayu "cyber" membuka mata khasnya orang sbrg prai untuk menolak paklah dan ajaran islamnya yang songsang itu.
Hidup Melayu !
another success story of thaksin alikes
leaders should have their property overseas... in-case of coupe or mismanagement of country fund's
walk-away(aka runaway) is the best choice around when people want their rights back
Post a Comment