Tuesday, August 15, 2006

Sang Kelembai 14082006


Pendekar dalam budaya Melayu adalah seorang yang handal dan teruji pernah mengalahkan musuh secara perseorangan. Tidak dinama pendekar kalau dia berkumpulan. Seorang pendekar bukan sahaja boleh mengalahkan musuh dengan senjata tetapi pendekar juga boleh mengalahkan musuhnya dengan lidahnya dan terpenting seorang pendekar mestilah pandai menggunakan akal dan fikiran.

Hang Tuah sebelum menjadi Laksamana terlebih dahulu menjadi pendekar. Bacalah buku Hang Tuah walau itu hanya satu epik sejarah. Bagaimana dia mengalahkan pahlawan Jawa? Begitu juga bagaimana beliau berjaya melarikan Tun Teja dan akhirnya bagaimana dia membunuh Hang Jebat. Bukankah dia menggunakan akal? Jika dia tidak menerima tawaran Hang Jebat, bertukar keris. adakah pasti beliau akan berjaya membunuh Hang Jebat?

Pendekar sebenarnya sudah dilahirkan oleh UMNO dalam masa UMNO sedang bergelut dengan krisis yang ada sekarang ini. Dari namanya sahaja beliau memang berdarah Jawa. Segala keputusan yang dibuatnya hari membuktikan ada pertembungan generasi dalam masyarakat Melayu. Beliau merupakan Menteri Besar pertama dibawah generasi anak merdeka. Beliau lakukan berbeza dengan daya fikiran berbanding dengan rakan - rakan sejawatnya di negeri lain yang kesemuanya adalah generasi pasca kemerdekaan.

Sebagai anak Merdeka, Dr Mohd Khir Toyo membuat pendekatan berhikmah. Beliau tidak membuat kenyataan yang boleh menyinggung perasaan orang, beliau tidak perlu merayu supaya Dr Mahathir Mohamed jangan datang ke Negeri Selangor untuk membuat kacau sebaliknya beliau serahkan kepada ahli-ahli UMNO yang mempunyai Ketua di semua peringkat untuk membuat penilaian sendiri dan kerana itulah Dr Mahathir Mohamed tidak minta beliau di undang tetapi jika ada yang menjemput beliau akan datang.

Sebenarnya itu mungkin hasil didikan politik dan kehidupan yang diberi oleh orang tuanya. Dia berpegang kepada yang muda disayang, yang tua dihormati. Ini bukan soal Dr Mahathir Mohamad mahu merebut jawatan Menteri Besar Selangor atau Presiden UMNO tetapi ini adalah ketetapan dalam Islam yang mengatakan. "jika ada dua orang yang bersengketa, hendaklah kamu mendengar keterangan kedua-duanya, supaya kamu boleh berlaku adil". Inilah yang sebenar perlu kita turut dan lakukan. Kita memberi keadilan agar kita tidak menyimpang dari apa yang digesa kita lakukan oleh agama.

Dalam pada itu ada pula yang mengatakan bahawa Dr Mahathir Mohamed mengidap penyakit "postpower syndrome" tetapi tidak pula kelihatan adanya simptom untuk penyakit tersebut. Adakah Mahathir dikatakan menghidap post power syndrome hanya sekadar bertanya mengenai perubahan beberapa perkara dasar yang dibuatnya waktu dia berkuasa.

Kemungkinan beliau hanya mahu supaya jangan beliau dipersalahkan sekiranya pembatalan beberapa perkara dasar yang dibuatnya menimbulkan masalah kerugian kepada negara kelak. Itu sahaja. Kerajaan sekarang harus mengambil tanggungjawab atas semua keputusan dengan tegas dan tidak menyalahkan Dr Mahathir dalam keputusan - keputusan yang pernah beliau buat sewaktu memerintah. Yang menjadi masalah ialah apabila kerajaan sekarang mengambil jalan mudah untuk seolah - olah menyalahkan Dr Mahathir dalam kebanyakan keputusan yang dibuat, seolah - olah beliau gagal dalam mentadbir negara ini selama 22 tahun.

Jika diperingkat awal jika Abdullah Badawi bangkit dan mengatakan dengan tegas bahawa kesemua isu tidak kena mengena dengan Dr Mahathir Mohamed sebalik dia mengambil tanggungjawab atas apa sahaja yang ada diwaktu pemerintahan beliau, kemungkinan Dr Mahathir Mohemed boleh berulang alik ke surau dan masjid untuk mendalami ilmu agama, untuk menambah bekalan perjalanan ke akhirat nanti, seperti kehendak penyokong-penyokongnya dahulu yang sekarang memusuhi beliau. Tetapi yang terjadi semua keputusan itu seperti mengatakan bahawa Dr Mahathir Mohamed sebagai seorang Perdana Menteri yang bodoh, tidak hadhari, jauh sekali mencari Al-Ghazali atau Shafie.

Bila Dr Mahathir Mohemed diserang, serangan balas yang dibuat oleh UMNO lebih merupakan melarikan isu sebenarnya. Jika senario seperti ini dibawa ke mahkamah , kemungkinan perkataan "tidak relaven" akan yang memecahkan rekod Guinness Book of World Records selepas perbicaraan Anwar Ibrahim.

Adakah jawapan kepada persoalan mengenai penjualan Agusta, siapa yang sebenar menawar pasir, ruang udara ke Singapura dan sebagainya adalah usaha hendak menjatuhkan Abdulah Badawi sebagai Presiden UMNO atau Perdana Menteri? Ironis sekali sekiranya persoalan Dr Mahathir mengenai jambatan bengkok, penjualan Agusta, penawaran pasir dan ruang udara dijawab dengan jawapan seperti, "ini adalah satu usaha menjatuhkan Pak Lah", "satu usaha mahu kembali berkuasa", "satu usaha mahu menghancurkan Umno" dan menyamakan tindakan itu sebagai satu usaha iblis dan kemungkinan itu merujuk kepada Dr Mahathir.

Kebiasaanya Iblis ini dalam sirah Islam hanya dikenali oleh Nabi Muhamad S.a.w. dan jika Abdullah Badawi sudah sampai peringkat mengenal iblis, maka mungkin benar kata Mohamed Taib, Ketua Penerangan UMNO bahawa Abdullah Badawi adalah ambia dan ariffbillah.

Maka menjadi tanda tanya sekarang, semasa Abdullah Badawi menjadi Timbalan kepada Dr Mahathir Mohamed, adakah masa itu Dr Mahathir Mohamed tidak mempunyai ciri-ciri Iblis, atau adakah sekarang Dr Mahathir Mohamed menjadi Iblis? Sekiranya ciri - ciri Iblis itu wujud semasa beliau menjadi Timbalan, ini memberi makna Abdullah Badawi juga pernah menjadi Timbalan Iblis. Kini terlalu banyak celaan Hadhari terhadap Dr Mahathir Mohamed. Beliau dikatakan oleh menantu Pak Lah sebagai beruk yang menggoncang pokok dan kemudian menjadi anjing yang menyalak bukit dan akhirnya bapa mentua sendiri menyindir dengan mengatakan Dr Mahathir Mohamad sebagai Iblis.

Bagaimana pun kita jangan marah dengan perangai dan cakap bapak dan menantu ini. Bapak memang dikenali bukan seorang Melayu jati. Kesemua orang tuanya datang dari keluarga China di Tanah Besar China, mungkin sekampong dengan Laksama Cheng Ho. Menantu anak seorang diplomat, yang semua orang tahu seorang semasa hayatnya bergantung kepada arak dan ada mengatakan bahawa bapak si menantu ini mati dalam keadaan yang aib untuk diceritakan. Oleh itu sesuai sangat seorang bapak dan seorang anak menantu yang berkuasa memenangi isu melayu cara yang tidak tertib atau ringkasnya kurang ajar.

Hari ini orang-orang Melayu melihat dari jendela tingkapnya dengan kehairanan atas sikap orang-orang UMNO yang dikatakan membela Melayu. Berbeza dengan Dr Mahathir Mohamed yang bapanya seorang India Muslim asal India yang mungkin keturunan Islam se zaman dengan Iskandar Zulkarnain yang lebih awal Islam, ialah mereka telah membuktikan peribahasa "dimana bumi dipijak disitu bumi dijunjung" sebagai lafaz kesetiaan mereka.

Bila Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, kita ibaratkan beliau seperti menjaga reban ayam yang sering diganggu oleh musang. Hari ini reban ayam itu sudah dijaga oleh Abdullah Badawi. Sebagai orang yang selama 22 tahun menjaga reban, sudah pasti Mahathir mengenali jenis-jenis musang yang akan datang untuk masuk ke dalam rebannya. Bila beliau melihat reban-reban ayam yang dibuatnya, dipecah masuk oleh ayam - ayam yang sepatutnya tidak boleh berada didalam reban itu, maka Mahathir cuba memaklumkan kepada penjaga reban yang baru itu mengenai isu ini. Malangnya penjaga reban yang ada sekarang ini bukan sahaja tidak tahu berterima kasih kepada Dr Mahathir Mohamed malah sebaliknya hampir membenarkan musang untuk masuk ke dalam reban.

Bila musang sudah ada dalam reban, sepatut ayam-ayam bertindak menghalau musang kerana musang yang ada sekarang adalah "musang berbulu ayam". Apa yang berlaku sekarang ialah bila Dr Mahathir Mohamad memberitahu ada musang didalam reban, ayam-ayam dalam reban bukannya mahu berwaspada tetapi ada pula ayam-ayam jaguhan ini mahu menunjukan taji ajak berlawan dengan Dr Mahathir Mohamad seperti Mohd. Nazri Aziz. Akhirnya musang amat gembira kerana yang mengenal dia, dihalau dan dimaki hamun oleh ayam-ayam dalam remban, kerana ayam-ayam tersebut semua ayam daging sahaja.

Bagaimana pun ayam-ayam kampong yang lain terpaksa mencari makan, "kais pagi makan pagi dan kasi petang makan petang" menerima amaran Dr Mahathir Mohamed. Itu adalah satu isyarat kepada mereka. Mereka sudah tahu siapa musang yang sebenarnya.

Ayam kampong kini juga sudah berada dibandar, mereka lihat dan perhatikan sahaja akan gelagat semua mereka yang berada dihadapan. Ayam-ayam ini kini boleh berfikir dan tiba masanya untuk mereka menentukan untung nasib kehidupan mereka dan adalah penting untuk kita mengetahui bahawa pra syarat untuk menghapuskan musang hendaklah terlebih dahulu disingkirkan penjaga reban, kerana peluang musang berkeliaran di reban adalah kerana penjaga reban. Musang mungkin tak makan ayam dalam reban sekarang tetapi musang sudah menguasai reban.

Sang Kelembai: Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya manusia itu seperti unta, dalam seratus unta belum tentu terdapat unta raahilah,"(Hr Bukhari). Unta raahilah adalah unta yang kuat dan boleh berjalan dengan cepat. Unta seperti ini susah untuk didapatkan, begitu dalam soal kepemimpinan. Kita jarang ditemukan dengan seseorang yang berwibawa, berani dan konsisten serta memiliki sifat - sifat yang lurus.

11 comments:

Anonymous said...

tulisan ini akan dilihat lebih bijak jika tidak menyentuh peribadi orang secara keterlaluan.

bijak memetik hadis sesedap rasa, tetapi sayang keceluparan menyerang peribadi manusia hanya menggambarkan saudara sebagai pelacur agama.

Anonymous said...

Padan muka KJ. Kata graduan universiti terkemuka tapi tak reti kira berapa dia rugi bila jual saham ECM Libra. Ini sebagi tambahan kpd cerita Sang Kelembai.
Pak Lah kelulusan apa dari UM? Tapi mula masuk UM buat program ekonomi. Apa makna semua ini. Tak mampu nak teruskan pengajian ekonomi? Mcm mana nak mentadbir negara.

Anonymous said...

Aku rasa lebih bagus piliharaya kali ni byk kerusi parlimen dan ADUN jatuh ke tangan pembangkang....aku dah bosan kerajaan UMNO yang byk menipu rakyat...semua pemimpin tertinggi UMNO skrg hanya berfikir kepentingan peribadi drpd masalah rakyat....zaman skrg ni bukan zaman kerajaan bagi beras kita undi BN....sorry rakyat dah buka mata....semoga ALLAH beri balasan setimpal kepada mereka-mereka yang gagal melaksanakan tanggujawab sebagai pemimpin....semoga duit haram hasil keringat rakyat yang disalah guna akan membawa kemusnahan kpd akhlak anak2 dan cucu2 mereka...AMIN.

Anonymous said...

Bagi saya tulisan sang kelembai ini layak jadi sampah aje. Bagi saya orang ini sebenarnya tak dapat projek dari pak lah kot. Percayalah sang kelmbai mahu tunggu sampai org tak tahan lalu panggil dia. lepas itu ko orang tengok le mesti melutut pada pak lah punya. ini adalah tokoh - tokoh penulis pelacur yang banyak merebak dalam dunia politik hari ini. saya nasihatkan semua pembaca jgn layan pelacur macam ini. Bagi dia duit aje penting , moral tolak tepi.

Anonymous said...

Senang sahaja, kalau tak mahu komen apa2 tulisan Sang Kelembai, tak usah dibaca. Sebab bila kita komen yang bukan isu, bererti kitalah sebenarnya kelakuan yang kita tuduh pada sang kelembai. Sebab kita dapat projek, kita fikir semua orang macam itu. Dia tulis, itu hak dia. Kalau agak tak setuju, kita buat argumentasi kita. Macam mana pun Sang Kelembai terus menulis kerana yang komen-komen secara tak berakal tu macam diupah dan tak ada alasan yang nak menafikan tulisan. teruskan menulis. setakat komen seorang dua itu, pedulikan, beribu lagi yang membaca.

Anonymous said...

nampaknya kuah lebih dari nasi dalam hal ini.Budi bahasa budaya kita.pihak-pihak tertentu terutamanya N A jangan jadi kacang lupakan kulit.Jgn guna bahasa yang menggambarkan kebodohan anda dalam mengkritik Tun.Boleh kritik balik tetapi jaga mulut tu sikit.

Anonymous said...

Tak pernah dlm sejarah hidup ni perit sebegini...dahlah minyak naik...letrik naik...air pun naik!!!pendek kata semua bolh naik!!
Biarlah tukar aliran sebegini...tukarlah dari BN(boleh naik) ke BA(boleh aman)
Aman dan makmurlah kita kembali eh??

Anonymous said...

Guna pendekatan hadis untuk memburukkan orang yang seagama... Macam manalah orang nak tertarik dengan UMNO.. pengikut kutuk pemimpin.. pemimpin kutuk mufti...
Berilah contoh yang baik kepada rakyat

Anonymous said...

Sang Kelembai (SK) begitu sinonim dengan masyarakat kampung dan orang asli suku kaum Batek dan Semelai di Kuala Tahan. Sejak berdekad, kisah Sang Kelembai (seorang manusia berbadan besar dan tinggi dipercayai boleh sampai ke Terengganu dari Pahang dengan hanya beberapa langkah sahaja) menjadi santapan kisah hiburan dongeng di Kuala Tahan. Sama ada kisah ini benar atau hanya dongengan semata, ianya terus menjadi misteri.

Anonymous said...

Firman Allah swt dalam Surah An-Nisaa’ ayat : 138-146 :

"Khabarkanlah kepada orang munafiq bahawa mereka akan mendapat siksaan yang pedih, iaitu orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang Mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang-orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. Dan sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu didalam al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir) maka janganlah kamu duduk berserta mereka sehingga mereka memasuki perbualan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian) tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafiq dan orang-orang kafir di dalam Jahannam iaitu orang-orang yang menunggu-nunggu apa yang terjadi kepada kamu (orang-orang mukmin). Maka jika kamu mencapai dari Allah, mereka berkata, "Bukanlah kami turut berperang beserta kamu?" Dan jika orang-orang kafir mendapat kemenangan, mereka berkata, " Bukankah kami turut memenangkan dan membela kamu dari orang-orang Mukmin?". Maka Allah akan memberi keputusan diantara kamu pada hari Qiamat dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman. Sesungguhnya orang-orang munafiq itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk bersembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka bersembahyang dengan riya’ (menunjukkan kepada orang). Dan tidaklah mereka menyebut Allah melainkan sedikit. Mereka dalam keadaan ragu-ragu antara yang demikian (iman atau kafir): tidak masuk ke dalam golongan ini (orang-orang Mukmin) dan tidak pula ke dalam golongan itu ( orang-orang kafir). Barangsiapa yang disesatkan Allah maka kamu sekali-kali tidak akan mendapat jalan (petunjuk) baginya. Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang Mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu). Sesungguhnya orang-orang munafiq itu ditempatkan pada tingkat yang paling bawah dari neraka, dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong bagi mereka. Kecuali orang-orang bertaubat dan mengadakan kebaikan dan berpegang teguh dengan agama Allah dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka kerana Allah. Maka mereka itu adalah bersama orang-orang yang beriman dan Allah akan memberikan kepada orang-orang yang beriman itu pahala yang besar."

Anonymous said...

BERITA UTAMA
Selasa, 01 Oktober 2002




Adu Domba
KALANGAN wartawan di seluruh dunia mengenal ungkapan, ”Kalau anjing menggigit orang, bukan berita. Yang berita, adalah kalau orang menggigit anjing”.

Entah memang pernah terjadi orang menggigit anjing, entah tidak. Yang benar-benar pernah terjadi, adalah orang ditubruk domba aduan miliknya sendiri, sehingga meninggal. Yang jadi korban, adalah Bah Madta, penduduk Kampung Pasir Beutis, Desa Nagrak Kaler, Kecamatan Nagrag, Kabupaten Sukabumi. Sang domba menubruk majikannya, Bah Madta, ketika sedang dituntun menuju ke arena adu domba di Desa Nagrag Kidul. (Lihat berita PR tanggal 24 September 2002).

Tidak diketahui, apa yang menyebabkan sang domba berbuat demikian. Apa mungkin sebagai pernyataan protes atas perlakuan manusia yang menjadikan adu domba sebagai hiburan, dan jangan-jangan dilengkapi perjudian sebagaimana terjadi pada permainan sabung ayam.

Tapi saling mengadu kekuatan kepala sepertinya sudah tabiat domba jantan. Kalau dua ekor domba jantan sudah berlaga tidak mudah melerainya. Saya hafal betul tabiat domba, karena ketika masih duduk di SD salah satu pekerjaan saya, adalah memelihara dan menggembalakan domba. Pernah jumlahnya mencapai 20 ekor. Dua di antaranya jantan. Saya bisa punya sepeda, membeli pakaian dan keperluan sekolah, dengan menjual domba.

**

DALAM ajaran agama, perlakuan terhadap binatang pun ada etikanya. Ada tujuh etika yang harus ditaati. Satu di antaranya tidak menyiksa binatang dengan membuatnya lapar, atau dengan memukulnya, atau membakarnya hidup-hidup. Pendek kata, dengan cara apa pun, termasuk tentunya menjadikannya binatang aduan atau sabungan.

Menyembelih domba, kerbau, sapi, ayam, pun ada etikanya. Antara lain harus dengan pisau yang sangat tajam, agar tidak menderita.

Nah, kalau mengadu domba dalam arti yang sebenarnya saja terlarang, maka apalagi mengadu domba sesama manusia. Larangan mengadu domba tersirat di dalam firman Allah SWT, ”Dan janganlah kamu tunduk kepada orang yang suka sumpah, lagi hina, yang suka mencela orang, yang berjalan ke sana ke mari dengan mengadu domba” (Al-Qalam ayat 10-11).

Menurut Imam al-Ghazali, pengadu domba atau penyebar fitnah adalah perusak umat, pengotor dan pemecah belah masyarakat. Maka, kata Imam al-Ghazali, sangatlah sepadan balasan yang disabdakan oleh Rasulullah SAW bagi pengadu domba, yaitu masuk neraka, ”Tidak dapat masuk surga seorang yang suka mengadu domba.” (HR Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW bersabda pula, ”Bukan masuk golonganku (umatku) orang-orang yang hasud (iri hati), dan yang gemar memfitnah (adu domba) dan orang yang ahli kedukunan, dan akupun bukan daripadanya (bukan termasuk golongan orang-orang tersebut.” - (HR Imam Thabrani).

Menurut Hadits lainnya, Rasulullah SAW bersabda, ”Sebaik-baik umatku ialah mereka yang bila dilihat, langsung teringat pada Allah, dan sejahat-jahat umatku adalah, orang yang berkeliaran menyebar fitnah, dan memisahkan kekasih (saudara), orang-orang yang suka menuduh jahat terhadap orang-orang yang tidak bersalah.” (HR Imam Ahmad).

Agar kita secara sadar atau tidak sadar menjadi domba adu, ikutilah nasihat dari Imam al-Ghazali yaitu, jika kita diajak bicara oleh seseorang yang patut kita curigai sebagai pengadu domba, kita jangan tergesa-gesa mempercayai/menyangka, bahwa apa yang dikatakannya itu benar. Kita harus menyelidiki kebenarannya.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia