Monday, May 19, 2008

Mahathir dan Lim Kit Siang

Orang-orang politik dikejutkan dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar (bahasa yang sebenarnya berhenti) dari menjadi ahli UMNO walau pun dia mempunyai keahlian 01 jika mengikut senarai ahli UMNO Baru yang ditubuhkan olehnya sebaik sahaja UMNO dibatalkan pendaftaran oleh Mahkamah dalam kes 11 orang vs Setiausaha Agong UMNO berhubung dengan pemilihan jawatan dalam UMNO di tahun 1987.

Sementara itu akhbar Utusan Malaysia hari ini 19hb Mei 2008 pula melaporkan akan perihal Lim Kit Siang selaku penasihat DAP dan ahli Parlimen Ipoh Timor, Perak akan desakan meminta Saya Perdana Menteri, Abdullah Hj Ahmad yang Saya Masih Di sini menarik balik laporan Polis yang dibuat oleh pegawainya berhubung dengan terdedahnya maklumat yang dikira mendahului kerajaan dalam isu Suruhanjaya Di Raja yang menyiasat kes Video Lingam.

Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat pendiriannya untuk tidak menyertai UMNO bagi satu waktu yang bergantung kepada Abdullah Hj Ahmad masih atau berhenti dari menjadi Presiden UMNO dan seterusnya Perdana Menteri. Ini memberi pengertian bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mahu bersubahat lagi dengan apa yang dilakukan oleh UMNO di bawah kepimpinan Abdullah Hj Ahmad yang dirasakan merugikan agama, bangsa dan tanahnya air.

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak salah, sama dari segi perjuangan yang dianutinya atau dari sudut pandang agama. Mungkin kepada tafsiran Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa perbuatan Abdullah Hj Ahmad terus merompak di siang hari oleh keluarganya yang bernama Kamalludin Hj Ahmad satu perbuatan mungkar, belum lagi perkara-perkara lain.

Dalam Islam memang diajar kepada pengikutnya jika ada sesuatu yang mungkar, mesti dilawan melalui tangan, yang mungkin bermaksud berperang atau yang keduanya dengan lidah yang juga bermaksud untuk berkata-kata atau bercakap dan terakhir dan di kira paling lemah ia di dalam hati bagi menyatakan tidak ada persetujuan perkara tersebut.

Bila Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari UMNO mungkin dia telah melalui proses tersebut dan terakhirnya dia membuat tindakan seperti orang Islam yang berada di dalam kumpulan peminum arak, walau pun tidak ikut sama meminum, minuman yang dilarang oleh Islam itu tetapi dia menyedari bahawa hukum berdosa adalah sama dengan yang meminum. Akhirnya di dalam Islam diarahkan bagi tidak terlibat dengan dosa, ditinggalkan sahaja kumpulan yang sedang berpesta dosa itu.

Kesimpulannya Tun Dr Mahathir Mohamad sudah berfikir panjang dalam tindakan itu. Tidak ada siapa perlu sedih dan gelisah atas keputusannya jika memahami apa yang sebenarnya berlaku. Hanya mereka yang dibutakan mata dan ditutup hati untuk tidak berfikir. Biarlah Tun Dr Mahathir Mohamad tenang dengan kematian yang akan menjemputnya bila-bila masa seperti pemimpin UMNO yang mati di luar UMNO sebelumnya kecuali Almarhum Tun Abd Razak Hussein.

Telah tiba masa orang Melayu khasnya ahli UMNO mencari dan mentafsir perkara-perkara yang baru yang tidak disedarinya yang lebih mengancam Melayu atau UMNO sendiri untuk bangun dari katil perbaringannya setelah sakit ditimpa kekalahan dalam PRU yang ke 12 baru-baru ini.

Isu tindakan dan cadangan Menteri yang terkenal sebagai penagih arak tegar untuk mengujudkan Suruhanjaya Kehakiman yang diertikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di masa depan jika Perdana Menteri masih di dalam UMNO, Perdana Menteri itu hanya sekadar seorang posmen yang menghantar surat kepada Yang Di Pertuan Agong.

Dan yang terpenting jika setiap Hakim melalui tapisan luar politik, maka akan terdapat nanti Hakim yang terfikir sudah di putihkan dengan kuasa yang ada akan menjurus kepada rasuah, di mana Hakim itu tidak dipercaya orang mengamalkan rasuah. Begitu juga jika di suatu masa jika Hakim yang tidak lagi mahu mengikut kehendak kepentingan Umum yang digalakkan dalam ilmu Fiqh akan mengikut tafsiran Perlembagaan atas kepentingan undang-undang semata seperti mana berlaku di Pakistan, bila Hakim dan Kerajaan tidak boleh se iring dalam banyak masalah.

Begitu juga hari ini isu yang terpenting dari membincangkan soal Tun Dr Mahathir Mohamed yang keluar UMNO, cuba bincangkan apa sebab nya tanpa sebab dengan tiba-tiba Lim Kit Siang seperti menyokong akbar yang dikira tidak pernah memberi ruang kepadanya sehingga berita sokongannya itu tidak disiarkan dalam akbar yang kena dakwa. Apa permainan politik ini?

Lim Kit Siang, jika dikaji dalam masa sebelum PRU dan selepas PRU ke 12 jarang sekali membangkitkan isu-isu yang melibatkan perniagaan anak Saya Perdana Menteri Abdullah Hj Ahmad yang saya masih di sini. Kenapa kah Lim Kit Siang tidak membangkitkan isu penglibatan Kamalludin Bin Abdullah dalam berbagai perniagaan khususnya penglibatan Scomi dan ECM Libra. Dan juga kenapa tidak meneruskan supaya kerajaan mendakwa Khairy Jamalludin Abu Bakar dalam isu pembelian dan penjualan saham Ecm-Libra.. kenapa dan kenapa?

Banyak orang yang tidak tahu bahawa salah seorang penasihat yang mengatur negara ini yang dimiliki oleh Abdullah Hj Ahmad ialah seorang penagih arak yang bernama Kalimullah anak lelaki Masheerul Hassan disamping seorang lelaki yang pandai menyembunyikan diri atau low profile yang bernama Zulkefli Abdul, sahabat baik Lim Kit Siang.

Perhubungan mereka tidak lah di tempat terbuka tetapi ada masanya mereka akan bertemu juga di Hotel mewah. Maka jika dikatakan bahawa Kalimulllah Masheerul Hassan adalah orang perantara Kamalludin Abdullah yang memiliki berbagai kepentingan perniagaan semasa PRU tempoh hari ada menyumbang wang yang banyak juga kepada tabung PRU DAP. Oleh itu siapa yang mensabotaj UMNO? Satu persoalan yang menarik dan mengapa isu ini ditimbulkan sendiri oleh Abdullah Hj Ahmad dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO? Sendiri mahu fikirlah.

Yang jelas dan nyata, jika kita rajin membaca surat khabar dan berita-berita semasa perihal kerajaan parti campuran di terajui oleh DAP di Pulau Pinang dan juga ucapan-ucapan Lim Kit Siang di Parlimen dalam tempoh persidangan sekarang, jarang terdapat ucapan yang menjurus kepada hentaman atau serangan kepada soal-soal perniagaan keluarga Seri Perdana. Sebilangan besar ditumpukan kepada isu yang lain khas sasaran kepada Najib Tun Razak.

Dan satu persoalan besar kepada Lim Kit Siang ialah di mana anak nya Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang ialah sewajarnya orang-orang Melayu kena bertanya, kenapa projek-projek yang diketahui milik kepentingan Seri Perdana akan diteruskan di Pulau Pinang. Kenapa tidak dibatalkan sahaja? Itu kena di jawab oleh Lim Kit Siang, adakah kaitan dengan Kalimullah anak lelaki Masheerul Hassan!

Kes Altantuya adalah isu popular oleh Lim Kit Siang tetapi pernah kah mereka bertanya, siapa antara polis yang ditangkap di atas tuduhan membunuh itu? Adakah dia juruiring kepada Najib Tun Razak atau Abdullah Hj Ahmad dan kenapa dia di tangkap di Pakistan ?

Bagaimanakah C4 dikaitkan dengan Kementerian Pertahanan eatelah di mahkamah di akui bahawa persenjataan termasuk bahan letupan dikeluarkan daripada Pasukan PDRM.

Kenapa Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang di bawahnya ada Jabatan Imigresen tidak di kaitkan akan kehilangan data-data kemasukan si mati yang dibunuh?

Dan terakhir sehingga sekarang setelah kes dibicarakan dan serangan Lim Kit Siang ialah kepada soal komisen pembelian senjata perang itu tetapi tidak pernah disoalkan oleh Lim Kit Siang, duit kepada siapa di bayar dan di mana duit itu sekarang.

Semua persoalan ini boleh juga di tanya dengan Tun Dr Mahathir Mohamed yang sudah tidak menjadi ahli UMNO, dari mana bermulanya idea pembelian senjata perang itu dan apa yang terjadi sebelum dia bersara menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, pergilah tanya mungkin ada cerita yang tersembunyi.

Sang Kelembai: Berdasarkan komen pembesar UMNO terhadap Tun Dr Mahathir Mohamed yang berhenti sekejap menjadi ahli UMNO Nampak sangat tak cerdik dan memakai akal. Bukan soal keluar menjadi ahli UMNO oleh Tun Dr Mahathir Mohamed secara bersurat dan keputusan muktamad akan terletak kepada Fasal 10.7 Perlembagaan UMNO, bagaimana mereka mendahului Perlembagaan UMNO jika perkara itu tidak dibincangkan dulu di dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi. Agaknya memang UMNO ini ditadbirkan oleh “one man show” Abdullah Hj Ahmad dengan penasihatnya Zulkefli Abdul dan Anuar Zaini.


Saturday, May 10, 2008

Karpal Singh VS Sultan Perak

Nampaknya marah sangat orang-orang Melayu di atas sikap ADR Karpal Singh yang mempertikaikan masalah keputusan Raja di Perak dan ucapan Yang Di Pertuan Agong. Sehingga beberapa perkataan yang agak luar biasa digunakan oleh beberapa orang khasnya pemimpin UMNO dan ada yang berduyun-duyun ke Balai Polis membuat laporan.

Sikap membela Raja itu, adalah satu langkah yang terpuji dan mengikut adab resam orang Melayu tetapi yang menjadi tanda tanya kenapa dengan tiba-tiba orang Melayu hendak membela Rajanya? Semua orang tahu semenjak bertahun-tahun generasi pasca kemerdekaan tidak banyak mengerti apa hubungan Raja dengan dirinya sendiri sebagai rakyat.

Tetapi tidak boleh juga dipersalahkan rakyat, kalau kita rajin membaca tentu akan terbaca tulisan-tulisan yang berbunyi Bandar Di Raja. Apa maksudnya Bandar Di Raja itu? Adakah Raja tinggal di situ atau semua penduduk itu semua orang-orang yang ada hubungan dengan Raja, agaknya beberapa kali dalam setahun Raja itu melawat setiap rumah atau kedai yang ada dalam Bandar Di Raja itu? Atau berjumpa rakyatnya.

Di tanah tumpah Sang Kelembai sejak 56tahun dahulu, walau pun pagar istana Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu hampir rapat dengan rumah pusaka keturunan Sang Selembai belum sekali setelah berumur 56 tahun Sang Kelembai masuk ke dalam Istana yang dinamakan Istana Besar itu. Walau pun Sang Kelembai seorang yang berketurunan dari suku orang lingkungan agaknya kerana Raja sudah tidak memakai lagi perkataan rakyat raja dan rakyat yang dahulu dijaga oleh Raja sebagai pelindung sudah banyak di ambil alih oleh orang lain khasnya orang politik.

Dahulu rakyat boleh masuk dan keluar Istana raja, di Seri Menanti, cerita orang tua-tua dahulu raja yang di panggil Yang Di Pertuan Besar bertindak sebagai wakil rakyat. Raja dengan senyum akan menentukan hari berjumpa rakyatnya, di samping bertanya khabar hal kampung juga mendengar apa pertolongan yang dikehendaki oleh rakyatnya. Maka banyak surat-surat sokongan raja dihantar kepada yang berkenaan, kepada Hospital, Pejabat pelajaran dan kebajikan masyarakat untuk disokong permintaan dan pertolongan rakyat malah sampai ke peringkat meminta kerja.

Tetapi hari ini semuanya sudah tiada, yang ada ialah Raja hanya boleh berjumpa pembesar-pembesar dan orang bergelar sahaja dan jika rakyat hendak berjumpa raja sudah pasti menggunakan orang tengah, dan biasanya orang tengah ini rapat dengan raja tidak akan menyampaikan masalah rakyat kerana masalah rakyat tiada memberi keuntungan maka lebih baiklah pembesar-pembesar istana ini membawa orang-orang yang boleh memberi keuntungan kepadanya khususnya yang sedang melobi nak dapat anugerah yang bergelar Dato.

Itu sebab bila rakyat hendak membela rajanya dia berfikir dua kali, Sudahlah kuasa tidak ada lagi kepada Raja dan Raja pula tidak pernah hendak ambil tahu hal rakyat, kalau tidak mengambil tahu rakyat seluruh negeri sekurangnya ambil tahu soal rakyat di luar pagar Istana. Bagaimana pun semenjak 62 tahun kononnya UMNO sudah menjaga anda ia itu meminjam ayat di kad jemputan UMNO yang terbaharu, selama 62 tahun juga rakyat perlu bertanya setelah 62 tahun orang Melayu membela Rajanya dari Malayan Union hingga ke Kemerdekaan 1957 membawa ke Malaysia dan hari ini tahun Milenium, apa yang Raja jaga rakyatnya khasnya orang Melayu dan ugama Islam? Tanyalah pada Raja yang berada di negeri Melayu beraja.

Karpal Singh mungkin betul dan mungkin salah, tetapi banyak betul dari salah. Soal yang dibangkitkan kepada Raja Perak ialah soal konvensyen Raja Berperlembagaan.

Kalau mengikut kajian Mohd Ashraf Ibrahim dari UKM-Universiti Kebangsaan Malaysia dengan nyata bahawa gagasan mengujudkan Raja Berperlembagaan bukan idea UMNO atau orang Melayu sebaliknya pandangan yang dibuat dalam memorandum Malayan Union oleh Persatuan China Seberang Laut yang diketuai oleh Tan Cheng Lock yang kemudiannya menubuhkan MCA-Malayan Chinese Association.

Orang Cina yang tahu bahawa sebenarnya untuk masa satu kurun lamnya semenjak Inggeris menjadi kolonial yang di undang oleh Raja Melayu, yang sebenarnya yang memerintah ialah Residen dan Penasihat British. Jika asal usul Raja Berperlembagaan yang dicadangkan selepas gagasan Malayan Union yang tidak berjaya diwujudkan oleh British, kemudian bertukar dengan nama Persekutuan Tanah Melayu atau dalam bahasa Inggerisnya Federation of Malaya, konsep yang asalnya Raja Berperlembagaan sebenarnya ialah Raja menjadi penasihat kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat atau dalam sistem demokrasi yang bakal di amalkan dalam Malaya yang merdeka.

Maka di sini, jelaslah bahawa keadaan hari ini sudah menjadi terbalik yang kononnya Raja terpaksa bertindak mengikut nasihat kerana adanya perkataan nasihat khasnya dalam tugas yang di Pertuan Agong. Tetapi sebenarnya nasihat Raja hendak di ambil dalam semua keputusan dan bukannya Raja kena menerima nasihat Menteri Besar atau Perdana Menteri, itu yang sebenarnya semangat Raja-raja Melayu menandatangani persetujuan untuk menjadi persekutuan.

Kenapa nasihat Raja kena diminta dalam semua keputusan orang politik yang memegang jawatan Menteri besar dan Perdana Menteri? Jawapannya mudah kerana orang-orang Melayu yang membuka negeri ini mengikut ilmu bagaimana menjadi satu negeri dan mengangkat keturunan datuk nenek moyang Raja menjadi Raja nya dan jika Negeri Sembilan terpaksa mencari raja di Pagar Ruyong di Sumatera Barat setelah perhijrahan besar-besar orang Minangkabau ke Negeri Sembilan yang dahulunya namanya mengikut nama daerah seperti Rembau, Jelabu dan Naning.

Dalam kes Karpal Singh mempertikaikan keputusan Sultan Perak dalam pelantikan seorang Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, kedua pihak ia itu Kerajaan Perak dan Sultan Perak di mana Sultan hanya menentukan hukum hakam agama Islam dan pentadbirannya tetapi kerana Setiausaha Majlis kebiasaannya ialah Pengarah Jabatan Agama Islam, maka Raja berpendapat bahawa dia berkuasa untuk melantik Pengarah, Jabatan Agama Islam, sebenarnya Raja telah membuat satu kesilapan bila dia melantik Pengarah, sewajarnya dia melantik Setiausaha Majlis Agama Islam Perak dahulu dengan sendirinya dia akan menjadi Pengarah Jabatan Agama Islam bukanya dia melantik Pengarah seperti amalan biasa.

Dalam kes Karpal Singh vs Sultan Perak, bukankah isu besar sangat, dia menjadi besar kerana kurang cerdik Pembesar UMNO menjawabnya. Bukankah mudah jika pemimpin UMNO ini cerdik sikit hanya sekadar berkata,
Kita(orang-orang Melayu/Islam) bersyukur dengan Allah kerana sudah dibukakan hati Karpal Singh untuk menerima Negara Islam kerana dahulu dia pernah berkata langkah mayat saya dulu untuk menegakkan Negara Islam, kerana bukan kerana keyakinan kepada Negara Islam tentulah tidak mungkin Pengerusi DAP bermati-matian memperjuangkan kehendak Menteri Besar Perak dari PAS bagi menukarkan Pengarah Jabatan Agama Islam itu, Apa sekali pun walau dan apa caranya Islam yang hendak di bawa oleh PAS di Negeri Perak, UMNO memberikan sokongan kepada tindakan DAP mempertikaikan keputusan itu.

Sang Kelembai: Dalam akta tugas Menteri dan Timbalan Menteri ada menyebut bahawa Menteri hendak dibantu oleh seorang Ketua Setiausaha yang akan memberikan nasihat tetapi Menteri boleh menolak nasihat itu. Pergi tanyalah semua Menteri-menteri berapa banyak yang mendengar nasihat Ketua Setiausaha yang mewakili perkhidmatan awam dan profesion masing-masing sebaliknya semua tidak mahu mendengar nasihat Pegawai Kerajaan, itu sebab UMNO/Barisan Nasional ditolak rakyat kerana lebih banyak mendengar nasihat dari anak, anak menantu, saudara mara dan khasnya pegawai Tingkat Empat (bukan west wing) Perdana Putra, Putrajaya.

Monday, May 05, 2008

Sang Kelembai - RTM rancangan Blog


Sunday, April 27, 2008

Malaysia jadi sosialis

Dewan Rakyat mula bersidang. Bagaimana agaknya anggota pentadbiran awam dan penyokong kerajaan Barisan Nasional akan berdepan dengan 82 orang pembangkang yang terdiri dari berbagai aliran politik yang menamakan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat hampir sama dengan muafakat yang memberi maksud sudah dipersetujui satu-satu maksud dan perkara untuk dilaksanakan. Dan biasanya pakatan dan muafakat bercorak sementara. Dengan itu jika diterjemahkan ke Bahasa Inggeris dia lebih kurang dikenali sebagai konspirasi rakyat atau “conspiracy” satu perkataan yang begitu popular di tahun reformasi 1998.

Kerana UMNO punya Presiden dan Malaysia punya Perdana Menteri jika di ibarat sebagai sebuah komputer yang CPU nya berasingan, apa akan terjadi kepada komputer itu? Sudah pasti tidak boleh menerima arahan. Begitulah “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad yang “Saya Masih Di sini” kerana CPU berada di Tingkat Empat, Perdana Putra, dan orang-orang yang berada di Tingkat 4 itu hanya memikirkan bagaimana hendak mengaut dan mencari kekayaan sementara Abdullah Hj Ahmad masih berkuasa terutama “master main” nya Kamalludin Ahmad dan Khairy Jamalludin Abu Bakar banyak soalan tidak menjawab soalan.

Pertanyaan dan persoalan utama sekarang adakah benar ADR-Ahli Dewan Rakyat dari Barisan Nasional akan melompat menyokong parti campuran dalam Parti konspirasi yang di Ketuai oleh Anwar Ibrahim?

Jika benar mereka di Tingkat 4, kelulusan hebat-hebat khasnya seorang lelaki Cina yang bernama Vincent Lim Kian Tick; dan berjawatan Setpol - Setiausaha Politik kepada Abdullah Hj Ahmad, sudah lama desas desus itu ditamatkan atau sudah tidak lagi menjadi gosip politik sehingga menyebabkan semua orang menggelabah dan ada yang mengatakan tidak boleh dipandang ringan.

Kenapa Barisan Nasional kalah teruk di enam negeri yang termasuk Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur . Jawapannya mudah? Kerana sekian lama Barisan Nasional memerintah semenjak 50tahun yang lalu, bukan kah dari Perikatan ke Barisan Nasional dan sebelumnya di zaman penjajah, musuh utama pemegang kuasa samada British atau UMNO/Barisan Nasional ialah “perang kelas” dalam masyarakat Malaysia dalam di semua peringkat kaum.

Kerana pemikir seperti Zulkefli Abdul, Anuar Zaini dan penagih arak Kalimullah Meor Hassan yang gambar menengok arak tersiar dalam satu blog, apakah agaknya yang di nasihatkan kepada Abdullah Hj Ahmad yang menjadi Imam Besar, Islam Hadhari-ada had dan ada harinya. Mereka-mereka ini agaknya yang mencadangkan PAT- Penagih Arak Tegar Zaid Ibrahim menjadi Menteri, kerana kemungkinan Tingkat 4 dan nama-nama di atas adalah sewaktu dengan penagih arak dan bolehlah diambil kesimpulan selama ini Abdullah Hj Ahmad mendapat nasehat dari orang mabuk yang lebih merupakan “air berkata-kata”

Berbalik kepada soalan dakwaan akan terdapat ADR yang sudah bersedia melompat ke pihak pembangkang, jawapan tidak mungkin kerana bagi mereka yang tahu ilmu politik akan menyedari ideologi yang di pegang oleh parti-parti yang menguasai kerajaan dan pembangkang.

Barisan Nasional sebuah parti walau pun di dominan oleh UMNO yang mendakwa sebagai Parti Nasionalis Melayu, dia tidak ada kurangnya dengan 14parti yang lain kecuali PGRM-Parti Gerakan Rakyat Malaysia khasnya sekutu rapat MCA dan MIC ia itu sebuah Parti yang melambangkan klas kapitalis dan birokrat.

Itu sebab bakal pemimpin UMNO mesti di kalangan orang yang bersekongkol dengan sistem kapitalis yang menjadi asas perjuangan dan dipertahankan oleh UMNO. Kerana perwujudan kelas dalam UMNO itu yang menyebabkan berpuluh tahun ahli-ahli UMNO menjadi hamba kepada penguasa yang memiliki harta dan kekayaan. Dan sistem kapitalis dan borjuar pegangan UMNO inilah menjadikan mereka yang tidak setaraf di anggap musuh atau hanya perlu digunakan sahaja untuk mengekalkan kuasa si penguasa.

Sudah beberapa kali dikatakan akan tiba masanya, lembu-lembu UMNO akan sedar dirinya membesarkan UMNO, pada awal nya tanah yang kering kontang, ahli-ahli UMNO setaraf lembu ini yang menjadi pembajaknya tetapi bila tanah menjadi sawah atau hasil pertanian, kesemuanya hasil pembajakan itu tidak dinikmati oleh ahli-ahli UMNO setaraf lembu ini sebaliknya mereka disembelih oleh tuan-tuan tanah yang terdiri dari pemimpin UMNO yang bertaraf pemimpin UMNO seperti Perdana Menteri dan Menteri Besar kerana mempunyai lembu baru.

Kekalahan UMNO kerana dasar-dasar terlalu mempertahankan sistem kapitalis dan pemilik tanah seperti yang dilakukan oleh Mohd Khir Toyo tanpa rasa dan perasaan kemanusiaan menggunakan kekuatan Kerajaan Selangor mengusir setinggan-setinggan tidak kira Melayu, China atau India atas nama pembangunan towkey - towkey pemilik tanah, lainlah tanah-tanah itu untuk kepentingan projek kepentingan awam saperti membuat sekolah atau hospital yang boleh dimaafkan.

Kebanyakan tindakan UMNO dan Barisan Nasional dalam bentuk ekonomi tidak menguntungkan kepentingan rakyat seperti mana aspirasi bapak dan datuk mereka yang berjuang untuk Kemerdekaan ini, sebaliknya nikmat kemerdekaan hanya diperoleh oleh segelintir orang termasuk pemimpin-pemimpin UMNO atau untuk anak dan menantu, itu sebab jarang didapati pemimpin UMNO di peringkat Bahagian yang tidak memiliki rumah dengan harga sejuta ringgit, walau pun rakyatdan orang ramai tahu latar belakangnya.

Kehadiran PKR - Parti Keadilan Rakyat yang mana gabungan saki baki pemimpin Parti Rakyat Malaya yang berpegang kepada ideologi Sosialis Saintifik atau sosialis ilmiah yang bersemboyankan Keadilan, sudah pasti PKR akan meneruskan ideologi yang sama dan sekarang bekerjasama dengan DAP-Demokratik Action Parti atau Parti Tindakan Rakyat yang berfahaman Sosialis Demokrat, dan untuk sementara waktu ini PAS-Parti Islam Setanah Melayu yang dahulunya berjuang untuk kepentingan fundamentalis Islam, ikut sama secara diam kecuali di Kelantan mengamalkan sosialis Islam.

Ini memberi pengertian bahawa sikap Pakatan Rakyat itu ialah mendasari tujuan-tujuan kelas dan memperjuangkan menghapuskan pengenalan kelas tampa mengira kaum, agama dan sebagainya. Bila DAP menawarkan satu jawatan kepada bekas anggota Gerakan, dia bukan satu yang pelik dan menghairankan kerana pada asal penubuhannya PGRM - Parti Gerakan Rakyat Malaysia atau dikenali dengan nama Gerakan ialah mempertahankan penindasan kaum buruh dan perjuangan kelas di tahun menjelang PRU 1969 kerana UMNO dianggap sebuah parti feudal yang tidak membela kaum buruh. Boleh dikatakan tindakan itu macam sirih pulang ke ganggang.


Malaysia sudah melihat bahawa masyarakat kelas menimbulkan banyak masalah dalam proses 50 tahun Kemerdekaannya. Kerana prasangka-prasangka dari golongan yang berkuasa atau kelas menengah misalnya yang tidak wujud di Malaysia selepas DEB-Dasar Ekonomi Baru ditamatkan. Maka itu sebab kelas-kelas ini telah bergabung dalam PRU ke 12 menumbangkan penguasaan 2/3 UMNO/Barisan Nasional di Parlimen.

Kesimpulannya jika ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional hendak menyokong Parti Pembangkang sehingga menyebabkan kerajaan Barisan Nasional tumbang dengan undi tidak percaya, ini memberi pengertian bahawa mereka sudah bersedia untuk hidup dalam era yang berbeza, dari kapitalis kepada sosialis. Dan diharapkan isu perkauman sudah tidak menjadi agenda besar bagi Malaysia yang akan menjadi negara maju.

Maka janganlah sekarang ada orang-orang Melayu yang kaya, begitu juga orang kaya lain sama ada dia China, India akan marah dengan negeri-negeri yang dikuasai oleh Kerajaan Campuran akan tindakan-tindakan yang merugikan mereka seperti tanah mereka akan diambil, lesen mereka mungkin dibatalkan kerana dalam sebuah negeri sosialis, tidak akan wujud lagi kehidupan yang merupakan pengasingan kelas antara proletariat yang mewakili rakyat miskin dengan borjuis yang mewakili golongan kaya.

Sang Kelembai: Barisan Nasional perlu menerima hakikat bahawa kebangkitan rakyat kerana perjuangan kelas dalam PRU 12. Telah tiba masanya Barisan Nasional mencari pemikir membincangkan aliran perjuangan kelas di Malaysia, jika rakyat menerima Pakatan Rakyat atas sebab bagi membuktikan bahawa sudah tamat isu perkauman dan tidak perlu lagi perjuangan untuk Melayu, China dan India. UMNO/Barisan Nasional harus bangga kerana itu adalah satu kejayaannya walau pun UMNO/Barisan Nasional terpaksa di pindahkan ke Muzium Negara.

Sunday, April 20, 2008

Undang-undang dan anda

Penjelasan salah seorang dari 11 orang ahli UMNO yang membawa kes ketidakpuasan hati keputusan pemilihan UMNO tahun 1987 yang kemudian dengan nama “Kumpulan 11” menafikan Abdullah Hj Ahmad yang masa itu salah seorang Naib Presiden UMNO yang menang memberikan sokongan moral kepada tindakan membawa kes itu ke Mahkamah.

Dari segi logik, memang betul Abdullah Hj Ahmad yang hari ini “Saya Perdana Menteri” dan “Saya masih di sini” hendak menyokong tindakan itu kerana dia menang dalam jawatan Naib Presiden dari kumpulan Team B. Tetapi jauh di sudut hatinya mungkin begitu kecewa bila Dr Mahathir Mohamed (panggilan masa itu) menggugurkan dia menjadi Menteri. Malah mengikut kata Allahyarham Tun Ghafar Baba bahawa dialah yang meminta Abdullah Hj Ahmad di panggil dalam perbincangan penubuhan UMNO Baru setelah Dr Mahathir Mohamed sendiri tidak berminat memanggilnya.

Ini memberi pengertian jika tidak secara langsung Abdulah Hj Ahmad memberikan sokongan juga kepada usaha membawa ke Mahkamah di samping peguam seperti Radzi Sheikh Ahmad dan Rais Yatim. Di sinilah yang memberikan penjelasan perlu menerangkan siapakah yang sebenarnya yang terlibat dalam membawa UMNO ke Mahkamah dan yang terpenting siapa yang membayar bil-bil kos Mahkamah?

Soalan sama ada Abdullah Hj Ahmad terlibat atau tidak, sudah tidak relevan untuk dibincangkan dalam kemelut politik UMNO sekarang. Fokus banyak orang sekarang kepada “maneuver” yang dilakukan oleh Abdullah Hj Ahmad dalam isu Salleh Abas yang seperti dikatakan oleh Menterinya yang juga Penagih Arak Tegar Zaid Ibrahim dan diharapkan kata-kata itu tidak air berkata-kata bahawa satu percintaan tidak perlu untuk meminta maaf jika mencintai.

Perlucutan jawatan Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara, mahu atau tidak mahu atau di nafikan oleh sesiapa pun termasuk Anwar Ibrahim yang masa itu Naib Presiden UMNO ada kaitan dengan permasalahan keputusan kehakiman luar jangka. Di mana yang di tuntut ialah pemilihan semula tetapi Hakim bicara memutuskan UMNO di batalkan pendaftaran kerana melanggar Akta Pertubuhan yang melarang penubuhan UMNO Cawangan yang tidak didaftarkan dan mengambil bahagian dalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian dan seterusnya Perhimpunan Agung UMNO.


Tidak ada keperluan bagi membincangkan siapa salah dan apa tujuan yang Abdullah Hj Ahmad yang juga Imam Besar Islam Hadhari - ada had dan ada hari membuat keputusan itu dengan persetujuan Kabinet Dinamik tetapi lembik itu. Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri mungkin ada keperluan masa itu untuk tidak bersetuju tindakan Salleh Abbas hendak meletakan secara sepenuhnya 9 orang hakim bagi mendengar rayuan kes pengharaman UMNO itu, di mana jika 5 orang Hakim bersetuju bahawa Hakim Bicara sudah salah membuat keputusan permintaan tuntutan dari pemilihan UMNO yang tidak sah dan batal kepada pembatalan penubuhan UMNO.

Dengan berkeputusan UMNO boleh dipulihkan semula mengikut kuasa Menteri Dalam Negeri yang menjaga Akta Pendaftaran Pertubuhan, lebih baik Mahkamah memutuskan supaya dipanggil semula Pemilihan UMNO di semua peringkat dan mana-mana Cawangan yang tidak berdaftar dilarang untuk mengambil bahagian dalam sebarang mesyuarat.

Tetapi sebaliknya Dr Mahathir Mohamed walau pun di rayu di dalam Parlimen oleh Tengku Razaleigh Hamzah supaya menggunakan kuasanya bagi memulihkan UMNO dia masih berhati keras. Sikap berhati keras memang menjadi amalan setiap Presiden UMNO kecuali Tun Razak Hussein. Maka UMNO tidak dipulihkan semula dan kekal dengan penubuhan UMNO Baru. Tetapi dalam isu ini Dr Mahathir Mohamed pandai menggunakan kuasanya menubuhkan UMNO Baru dan menolak penubuhan UMNO Malaysia yang dicadangkan oleh Almarhum Tun Abd Rahman Putra.

Bagaimana pun kemungkinan Dr Mahathir Mohamed menggunakan ilmu fiqh yang menyebut bahawa dalam kes kepentingan awam, tindakan Dr Mahathir Mohamed dibenarkan tetapi ada persoalan di sini jika Masalah Umum ini digunakan jika ada kepentingan diri seperti jika ada pemilihan semula UMNO Dr Mahathir Mohemad akan kalah adalah ilmu fiqh membenarkan?. Biarlah isu dijawab oleh orang yang arif dalam soal fiqh.


Berbalik kepada soal keputusan membayar ex-gratia kepada semua hakim yang terlibat sama ada yang hidup dan yang sudah mati, sudah pasti rakyat yang buta undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan akan bertanya, adakah masa itu Yang Di Pertuan Agong telah menerima bulat-bulat kehendak Perdana Menteri dengan tidak mengambil kira bahawa tindakan itu merugikan rakyat, ekonomi dan hanya kepentingan politik? atau bagaimana pula keadaan mereka yang menduduki Tribunal itu? Walau salah seorang darinya khabarnya tengah koma atau nazak sudah berbulan dan dirahsiakan kepada pengetahuan umum oleh keluarganya.

Jika dikira kepada perkataan Yang Pertuan Agong bertindak atas nasihat kes Salleh Abbas, keperluan satu kajian di buat bagi menambahbaikkan tugas-tugas Yang Di Pertuan Agong terpaksa dimulakan sekarang. Kerana walau apa pun lontaran dan kesalahan dibuat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu ini, Yang Di Pertuan Agong masa itu Sultan Mahmood Iskandar dari Johor mempunyai saham yang agak besar bagi menanggung kesalahan ini secara bersama.

Semua orang tidak berapa peduli berapa banyak duit pembayar cukai akan digunakan untuk membayar ex-gratia ini tetapi yang terpenting ialah janji Abdullah Hj Ahmad bagi memastikan kebebasan kehakiman dalam kes pengadilan undang-undangnya termasuk dalam kes pembunuhan warganegara Mangolia yang melibatkan VVIP. Dan bolehkah Abdullah Hj Ahmad menerima hakikat bila dia tidak berkuasa nanti bahawa ada keluarganya yang perlu turun naik ke Mahkamah?

Hakim adalah manusia, juga ada nafsu zahir batin, dia bukan malaikat yang didatangkan dari langit. Dalam kes Video Lingam telah membuktikan beberapa kes Hakim terlibat dengan rasuah, tetapi sehingga hari ini BPR-Badan Pencegah Rasuah belum lagi melanjutkan penyiasatan dalam beberapa kes yang dilaporkan dalam akbar termasuk kisah seorang Hakim dari Melaka itu.. Dan yang agak menggelikan hati ialah ada hakim terkilan kerana tidak mendapat anugerah Tan Sri.


Sang Kelembai
: Episod sistem kehakiman dalam tindakan yang baru ini mungkin boleh melegakan sedikit tekanan tetapi bagaimana pula dengan sistem pendakwaan. Dalam TV keluar beberapa berita akan perihal penangkapan pengedar dadah tetapi berkesudahan tidak pernah ada liputan dari kes yang mendapat liputan, ke mana hilangnya orang yang di uar-uarkan oleh Polis sudah ditahan. Sudah tiba masanya BPR memantau semua liputan akbar dan media kes-kes yang demikian dan di mana kesudahannya.

Friday, April 18, 2008

Agenda Melayu giliran PAS



Masalah yang terbesar dihadapi oleh Saya Perdana Menteri Abdullah Hj Ahmad yang “Saya Masih Di sini” ialah ketergantungan dengan nasihat dan pandangan anaknya Kamalludin Abdullah dan menantunya Khairy Jamalludin Abu Bakar dan penasihat di belakang tadbirnya yang bernama Zulkefli Abdul yang pernah mengetuai BTN-Biro Tata Negara dan dua orang korporat penyamun yang bernama Anuar Zaini dan Kalimullah Meor Hassan.

Itu sebab sebagai seorang Perdana Menteri dalam kerajaan majoriti mudah dan Presiden UMNO, dia langsung tidak mahu memberi respons atau memberikan sokongan balik kepada kenyataan Presiden PAS, Haji Hadi Awang yang bersedia memikirkan soal Melayu dengan terlebih dahulu membetulkan pentadbiran negara.

Jika orang berakal, kenyataan Haji Hadi Awang adalah satu hantaran yang baik dalam satu perlawanan bola dan jika penerima nya pasukan lawan sudah pasti bersedia untuk menendang terus di dalam gol tetapi Abdullah Hj Ahmad hanya membiarkan sahaja bola itu masuk kepada gol sendiri.

Kenapa tidak lebih daripada 24 jam selepas kenyataan itu, tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang hendak menjawab akan kenyataan dari Haji Hadi Awang berkaitan perpaduan Melayu. Kalau takut sangat kerana belum di dahului oleh komen Abdullah Hj Ahmad, sekurang-kurang selepas berani bercakap dengan orang yang tidak hadir dalam perjumpaan dengan pemimpin UMNO untuk meminta Abdullah Hj Ahmad meletakan jawatan, jika sekadar berani membentangkan kain rentang, baik tak payahlah bercakap banyak pemimpin UMNO dalam soal Abdullah Hj Ahmad didesak meletakan jawatan sebalik teruslah sokong.

Jika Abdullah Ahmad yang menjadi robot yang dipandu arah oleh Tingkat 4, Perdana Putra dan Zulkefli Abdul tidak mengambil peluang atas kenyataan Haji Hadi Awang maka jelaslah UMNO sudah memang benar tidak relevan dalam perjuangannya sebaliknya di samping memperjuangkan perjuangan asal PAS yakni melaksanakan kehendak-kehendak ajaran Islam dalam kehidupan dunia ini dan meminta seorang Islam ingat hari akhirat, PAS sudah bermula memikirkan soal Melayu.

Persoalan Melayu sewajarnya bukan lagi dalam soal sempadan politik dan kepentingan individu seperti yang difikirkan oleh ahli fakir Abdullah Hj Ahmad yang bernama Zulkefli Abdul ini. Selepas PRU-12 8Mac08 orang-orang Melayu sudah mula melihat dirinya sendiri atas keputusan yang di lakukan.

Dan keadaan terus bertambah menjijikkan bila mana dalam masa beberapa blog yang dikenali sebagai ahli UMNO menghentam dan menulis apa sahaja yang ada kaitan dengan keburukan pentadbiran Abdullah Hj Ahmad sebelum PRU-12 8Mac08 dihina dan dikutuk oleh pemimpin UMNO malah ada antara Ketua-ketua UMNO Bahagian termasuk Menteri-menteri yang tak mahu bercakap dengan blogger asal UMNO ini.

Tetapi hari ini, mereka yang sanggup bangun empat pagi untuk pergi ke Air port TUDM Subang kerana sama ada hendak menghantar dan menjemput Abdullah Hj Ahmad pergi dan balik dari luar negeri yang jadual pada jam 6 pagi dan berhimpit-himpit dengan berebut dan ada yang bertampar tangan siapa yang dapat dulu mencium tangan Abdullah Hj Ahmad kini orang yang sama memaki hamun Abdullah Hj Ahmad dan meminta dia salahkan sebagai penyebab kekalahan UMNO/Barisan Nasional.

Aneh perangai pemimpin UMNO ini dari atas hingga ke bawah. Itu sebab dengan tiba-tiba penyangak politik yang pandai mencari kesempatan Muhyiddin Yassin bercakap agaknya luar biasa, walhal antara panglima perang Abdullah Hj Ahmad adalah dia sendiri. Orang seperti ini kah yang boleh dipercayai memperkukuhkan UMNO. Takut-takut penyangak politik inilah akan menambahkan banyak tanah yang akan diberikan kepada Singapura seperti mana dia berkuasa bila menjadi Menteri Besar Johor dahulu.

Berbalik dalam soal perbincangan agenda Melayu, saranan Haji Hadi Awang sewajarnya di sokong oleh Abdullah Hj Ahmad dan UMNO sendiri kerana dari Melayu terpinggir di bawah pentadbiran Abdullah Hj Ahmad dan UMNO kecuali orang-orang yang terdekat dengan Abdullah Hj Ahmad seperti penyangak korporat Anuar Zaini dan Kalimullah Hassan, elok sangat masalah orang Melayu yang secara sendiri sudah pasti Islam diperjuangkan oleh PAS pula seperti harapan orang-orang Melayu sekarang.


Sudah sekian lama UMNO mendabik dada sebagai pejuang Melayu, jika sekadar Hishamuddin Hussein hendak memperjuangkan untung nasib Melayu sekadar menunjukkan keris hanya nanti tinggal kenangan dan mimpi indah. Malah dia sendiri seorang yang mementingkan pangkat sahaja bila mana mengosongkan jawatan Ketua Pemuda UMNO supaya membolehkan Khairy Jamalludin Abu Bakar menjadi Ketuanya. Apa jawatan pun yang akan di tanding olehnya dan orang UMNO memberikan undi kepada Hishamudin Hussein, samalah seperti orang orang Melayu menyorong tengkuknya untuk disembelih sekali lagi.

Orang Melayu dan ahli UMNO sekarang dari dahulu memang seperti tinggal dalam perut buaya, walau pun ditelan buaya tetapi tidak dikunyah kecuali zaman Abdullah Hj Ahmad dan hari ini UMNO cuba hendak keluar dari mulut buaya tetapi sudah pasti dia akan masuk ke mulut Singa pula dan kebiasaannya Singa akan melapah dulu sebelum mengunyah sebelum masuk ke dalam perutnya. Ini memberi pengertian bahawa pemimpin UMNO akan terus memperkayakan diri mereka sebelum UMNO hilang kuasa keseluruhannya.

Akhirnya orang-orang Melayu kena menerima bahawa UMNO tidak ada kelainan jika Abdullah Hj Ahmad dipaksa meletakan jawatan dan kemudian diganti oleh Najib Tun Razak. Kecuali satu reformasi besaran dilakukan di dalam UMNO ia itu membuang semua Ketua UMNO Bahagian yang ada sekarang kerana merekalah sebenarnya penyebab utama kekalahan UMNO dalam PRu-12 8mac08 kerana melaporkan dalam Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO semua sudah siap sedia dan dengan kebodohan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri pula melaporkan dalam Mesyuarat MT bahawa sudah boleh di ada PRU yang ke 12. Dan berdasarkan poster di atas sama-samalah kita tengok berani tidak sesiapa dalam UMNO menafikannya.

Sang Kelembai: Sabotaj dalam UMNO bukannya susah sangat hendak diketahui. Mula-mula Ibu Pejabat UMNO pereka balik bantuan kewangan yang diberikan kepada Ketua UMNO Bahagian dan kemudian tanya berapa banyak wang itu diagihkan kepada gerakan Pilihan raya tetapi nak salahkan mereka pun tak boleh kerana semua cek-cek diberi atas nama peribadi mereka dan ada Setiausaha Badan Perhubungan yang meminta jangan belanja banyak-banyak kerana BN akan kalah PRU, sebaliknya gunakan duit itu itu Pilih raya Jawatan UMNO. Contohnya UMNO Wilayah Persekutuan.

Friday, April 11, 2008

Garang tak bertempat

10 April 08 baru lalu, bertempat di Kelab Golf Cinta Sayang Sg Petani Kedah satu perjumpaan tertutup antara ahli MKT yang diketuai oleh Dato Seri Najib dengan semua Ketua, Timbalan, Naib,Ketua Pemuda,Wanita,Puteri,Setiausaha,Bendahari dan Ketua Penerangan Bahagian telah berlangsung dalam keadaan yang panas, tegang tetapi tenteram.

Sebaik sahaja selesai ucapan DS Najib lantai dibuka kepada semua hadirin untuk membuat soalan. Orang pertama membuka tirai ialah Setiausaha Bahagian Sungai Petani. Beliau dengan lantang mengkritik Pak Lah, Mahdzir Khalid dan Setiausaha Politik MB Sdr Ali Yahaya dan antara kritikannya ialah PAK LAH tidak layak memimpin UMNO dan perlu serah jawatan Presiden kepada D S Najib dengan segera.

Satu contoh kesilapan Pak Lah dan DET KHALID ialah membelakangi perlembagaan UMNO semasa memilih calon untuk bertanding dalam pilihan raya. Bahagian tidak pernah diminta untuk menghantar nama calon yang dipilih oleh Bahagian untuk dipertimbangkan oleh Perhubungan Negeri, MKT dan Presiden. Apa yang berlaku ialah MB buat pilihan sesuka hati tanpa menghiraukan perasaan ahli akar umbi.

Seterusnya keadaan menjadi makin gawat apabila Ketua-Ketua Bahagian mula berucap, kesemuanya menyatakan PAK LAH merupakan punca kekalahan teruk yang pernah dialami oleh UMNO. Mereka tanpa berlapik dan berselindung dan dengan nada keras menuntut PAK LAH dan mantan MB Kedah letak jawatan. Mereka juga mohon semua Bahagian mencalonkan D S Najib sebagai PRESIDEN dan Tan Sri Mahyudin Yasin sebagai Timbalan Presiden.

Kenyataan di atas di salin sepenuhnya dari web yang Pro UMNO tetapi tidak berkenan kepada “Saya Perdana Menteri”, Abdullah Hj Ahmad yang saya masih di sini.

Nampaknya garang mereka-mereka semua. Baguslah tetapi garang buat apa dalam keadaan Abdullah Hj Ahmad sudah jalan pun terhuyung-hayang. Kalau garang sangat kenapa tak tegur perkara ini sebelum PRU ke 12. Itu baru nama nak selamatkan UMNO dari hancur punah oleh mereka-mereka di Tingkat 4, Perdana Putra, Putera Jaya dan anak dan menantu kesayangan yang syok sendiri menganggap mereka hebat-hebat cari fikir mereka. Maklumlah semua mereka di Tingkat 4, Perdana Putra itu hasil produk kilang di luar negeri berbeza dengan ahli-ahli UMNO yang hasil produk kalau tidak dari kilang yang ada ISO, kemungkinan dari kilang haram atau industeri belakang rumah.

Hari ini, kenapa nak marah-marah dengan Abdullah Hj Ahmad, bukankah orang yang sama tahun-tahun dahulu menjulang Abdullah Hj Ahmad, pemimpin yang berasal dari anak ulama dan cucu ahli fatwa yang ariffbillah. Jika diperiksa wakil-wakil UMNO Kedah yang ada sekarang, tidak ada satu pun dari mereka yang boleh disenaraikan sudah bercakap apa akan terjadi jika Abdullah Hj Ahmad terus dengan sikapnya lebih mementingkan mendengar cakap budak-budak di Tingkat 4, Perdana Putra yang boleh dikatakan semuanya di Tingkat itu sudah bergelar Datuk.

Dan mereka diberi anugerah Datuk kerana jasa-jasa bakal menjahanamkan UMNO. Kalau nak sebut monyet-monyet ini panjang senarainya. Terutama orang yang bernama Kamal yang hampir sama dengan nama anak lelaki tunggal Abdullah Hj Ahmad yang boleh di anggap sebagai Perdana Menteri “De Facto” yang memerintah Kerajaan Tiga Beranak sekarang.

Dari menyerang Abdullah Hj Ahmad yang duduk di sebelah tembok macam tembok Berlin yang dibina oleh pegawai-pegawai di Tingkat 4, Perdana Putra, baik menyerang terus atau beri kata dua kepada Abdullah Hj Ahmad sama ada hendak mendengar pandangan Ahli Majlis Tertinggi UMNO atau mereka di Tingkat 4. Perdana Putra dan penasihat yang lebih tepat di panggil “punahsehat” yang bernama Anuar Zaini, Kalimullah Hassan dan seorang Jenderal yang tidak punya askar di Ibu Pejabat UMNO itu.

Dahulu di tahun 70an, Pergerakan Pemuda UMNO dan UMNO sendiri memikirkan soal Melayu dan UMNO itu sendiri. Dan kerana itu Pemuda UMNO mengambil pendekatan tidak peduli sejauh mana jasanya seorang Pemimpin jika tindak tanduknya boleh merugikan UMNO. Pemuda UMNO melalui Saadon Jubir sendiri meminta Tun Razak Hussein menyampaikan hasrat supaya Tunku Abd Rahman Putra meletakan jawatan sebagai Presiden UMNO selepas kekalahan teruk UMNO/Perikatan di tahun 1969.

Tunku, Tun Razak Hussein dan Saidon Jubir sama-sama berjuang untuk Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, tapi bila sampai ke soal prinsip hidup mati orang Melayu mereka tidak teragak membuat keputusan yang melupakan soal berkawan, soal jasa dan soal kamu siapa dalam UMNO. Semuanya sama. Maka Tunku Abd Rahman Putra bersedia meletakan jawatan dan UMNO memikirkan cara “menang-menang” situasi bagi mengumumkan peletakan jawatan dan dipilihlah kerana sebab Sultan Kedah menjadi Yang Di Pertuan Agong, tidak sesuailah bapak saudara hendak menyembahnya di mana kesemua itu secara kebetulan.

Hari ini Pemuda UMNO bukan tidak ada telor dalam seluarnya bagi mengasingkan dia untuk dikenali lelaki atau perempuan tetapi mungkin terlebih telur menjadi tiga atau terus tiada telur yang boleh mengakibatkan dia di panggil pondan. Itu sebab sakit tak sakit cara berfikir Pemuda UMNO khasnya yang datang dari Negeri Sembilan dan Perak bila mana hendak juga mencalonkan Khairy Jamalludin Abu Bakar sebagai Ketua Pemuda UMNO jika ada kekosongan jawatan itu, jika benar Ketuanya yang ada sekarang tidak mahu mempertahankannya.

Sebabnya, bukankah satu Malaya tahu bahawa punca segala kebencian orang ramai kepada UMNO dan Barisan Nasional bukan sahaja rakyat tetapi juga ahli UMNO termasuk yang berada di majlis dialog di UMNO Kedah itu sendiri ialah kerana peranan Khairy Jamalludin Abu Bakar, kebencian itu menyebabkan tertempias kepada Abdullah Hj Ahmad. Maka di proteslah dengan cara mengundi pembangkang yang berakhir mereka semua seperti orang yang menembak pelanduk tetapi bila di lihat gajah yang mati.

Dan orang yang bernama Mohd Najib Tun Razak itu cubalah berlagak sebagai ahli UMNO kalau tidak mahu berlagak sebagai Timbalan Presiden UMNO kerana takut sesuatu. Berilah tahu lah kepada Abdullah Hj Ahmad bahawa jika Mesyuarat Pengurusan UMNO pun dia menghantar Pegawai Khasnya yang bernama Ahmad Zaki Zahid hadir dalam mesyuarat itu pengurusan UMNO yang mana dia tidak berhak hadir,lebih baik tak perlu ada Jawatankuasa Pengurusan. Dan orang inilah yang telah memberi salinan surat dari Rafidah Aziz kepada Abdullah Hj Ahmad untuk bacaan emak Khairy Jamalludin Abu Bakar yang bernama Rahmah sehingga terkeluar maki dan hamun dalam SMS antara kedua mereka dan berkesudahan Rafidah Aziz dikeluarkan dalam kabinet oleh mereka di Tingkat 4. Perdana Putra.

Sang Kelembai: Ramai buat tafsiran mengikut andaian diri mereka bila Sang Kelembai bersalam, mencium tangan, berpeluk dan memohon maaf dengan Abdullah Hj Ahmad, jika bersalam, mencium tangan dan berpeluk menjadi salah atau haram dalam konteks Islam, Sang Kelembai kena cari agama lain yang boleh menghalalkannya. Lagi pun Abdullah Hj Ahmad itu berkawan dengan Sang Kelembai dalam zaman belia lagi. Dan jika ada orang bertanya, apa yang di mohon maaf, walau pun tidak ada siapa pula yang bertanya, yang dimohonkan maaf itu apa? Jawapan nya mungkin Sang Kelembai antara penyumbang kekalahan UMNO/Barisan Nasional. Ini memberi pengertian walau pun yang bersalah itu Abdullah Hj Ahmad kerana menyingkirkan Sang Kelembai dalam UMNO, biarlah Sang Kelembai umpama menikam tanpa pisau kepada Abdullah Hj Ahmad tetapi dengan tiba-tiba darah sahaja yang kelihatan.

Kenapa tidak di ambil iktibar macam mana Yasser Arafat bila bertemu Yizhak Rabin walau mereka bermusuh tetapi tetap berpeluk dan bercium pipi bila berjumpa atau memulakan mesyuarat, adakah Yasser Arafat berhenti melawan dan serangan atau menggadaikan Palestine kepada Israel?

Bagaimana pun Sang Kelembai tetap berterima kasih kepada SMS, email, dan blog-blog yang menulis peristiwa itu, dan pesanan suara yang mana sesungguhnya menghiburkan. Nasihat Sang Kelembai, berhentilah kita orang-orang Melayu membincangkan perkara yang konvensional seperti dari memikirkan siapa dulu yang keluar, ayam atau telur? Bukankah lebih baik kita berfikir nilai tambah secara kontemporari, ia itu memikirkan boleh tidak ayam terus mengeluarkan telur dan telor boleh tidak menetaskan anak ayam lagi.

Begitu juga kepada ahli-ahli UMNO di seluruh negara, janganlah salahkan sesiapa sebaliknya salahkan diri sendiri, dan jangan garang tak bertempat khas nak ditujukan Abdullah Hj Ahmad yang sudah seperti "orang tiga serender" kata orang kampung. Buat macam Sang Kelembai melawan semasa “Saya Perdana Menteri” yang punya 2/3 Majoriti dalam Parlimen dan terlalu kuat dalam masa semua orang mempertahankannya dan berebut-rebut hendak mencium tangannya. Tetapi hari ini Sang Kelembai tengok lagak orang UMNO macam kura-kura, bila pokok kelapa sudah condong semua nak panjat. Mana maruahnya!!!.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia