Friday, January 05, 2007

50 Tahun Negaraku Gemilang


Malaysia melangkah masuk tahun 2007 dengan dua tujuan, pertama 50 tahun Negaraku Gemilang (meminjam ayat RTM Inforia) dan kedua Tahun Melawat Malaysia 2007. Disamping itu Malaysia pasti mengadakan agenda tersembunyi iaitu Pilihanraya Umum ke 12.

50 tahun "Malaysia Negaraku Gemilang" sehingga sekarang tidak mempunyai logo rasmi dan jika dilihat cara yang hendak dilakukan oleh pentadbiran Abdullah Hj Ahmad dalam "kerajaan tiga beranak" nya adalah cubaan menafikan peranan kaum-kaum lain memperjuangkan kemerdekaan negara ini. Sebagai bukti kerajaan cuba melalui Menteri Penerangan dan Menteri Besar Negeri Sembilan meminta pihak yang membina kubu peringatan perang Jepun supaya merobohkan kerana mengandungi unsur perkauman.

Itulah minda menteri dalam Kerajaan Tiga Beranak ini, mahu jadi ahli politik tetapi tidak mahu membaca sejarah maka kenyataan seorang Menteri jadi ejekan bagi mereka yang mempelarjarinya. Bukankah sejarah menyatakan bahawa peperangan yang melibatkan Jerman di Eropah dan Jepun di Timur, disebabkan oleh penghapusan etnik. Jerman cuba menghapuskan bangsa Yahudi dalam negerinya dan berperang dengan negara yang bersimpati dengan bangsa Yahudi manakala Jepun di Timur pula berperang dengan China, musuh tradisinya, sehingga peperangan itu yang pada asalnya untuk membebaskan Asia daripada imperialisma barat bertukar kepada peperangan etnik Jepun-China.

Itulah sebab bila Jepun datang ke Tanah Melayu, beliau terus bertindak ganas dengan rakyat keturunan Cina dan bukan sedikit orang-orang China yang terkorban tanpa sebab atas kekejaman tentera-tentera Jepun dan orang-orang Melayu pula juga bukan sedikit dibunuh oleh tentera Jepun, tetapi kebanyakan mereka menjadi tali barut Imperialis British.

Mungkin Zainuddin Maidin dan Mohamad Hassan tidak mengetahui bahawa jika tidak kerana perjuangan orang bukan Melayu ia itu orang China menuntut hutang darah dengan Jepun, tidak akan lahir Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia atau MISC yang sekarang dibawah kawalan Petronas. Penubuhan MISC adalah pengorbanan rakyat Malaysia keturunan Cina, yang mana mereka bersedia bertolak ansur menerima cadangan Tunku Abd. Rahman supaya Jepun membayar hutang darah dengan pemberian Kapal bagi perdagangan Kargo.

Kita tidak boleh menipu sejarah dan sejarah juga tidak boleh menipu kita. Tapi apa sebenarnya yang telah dilakukan oleh UMNO terhadap peristiwa ngeri di tahun peperangan dunia kedua itu perlu diimbau semula, malah tugu negara yang ada hanya sekadar menunjukan tugu atas perjuangan menentang Pengganas Komunis dan tidak ada satu tugu yang melambangkan orang Melayu dalam perang dunia Kedua.

Mungkin itu ada kebaikan kerana seperti mana kita membodohkan pelajar-pelajar sekarang akan kehebatan Rejimen Askar Melayu dan Lt Adnan Saidi yang berjuang didalam zaman perang dunia kedua di Singapura. Bukankah Rejimen Askar Melayu pada masa itu tidak lain daripada menjadi askar sepoi yang pada asalnya dari India kemudian di Tanah Melayukan. Tidak ada relaven hendak memuji keberanian Askar Melayu atau siapa nama heronya didalam itu kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan penjajah British. Di Indonesia tidak ada satu nama askar rakyat Indonesia di zaman Belanda yang diiktiraf sebagai pahlawan nasional.

Pergilah ke Tugu Peringatan Negara, bacalah nama-nama askar yang tersenarai di batu Tugu itu., tidak ada satu pun nama askar bernama Melayu atau lain-lain kaum sebalik nama orang British . Apakah semua Jeneral-Jeneral di Kementerian Pertahanan buta dan tidak nampak akan nama-nama yang tertulis itu? Sesudah 50 tahun Merdeka, nama-nama penjajah masih lagi bersemadi di batu tugu dan setiap tahun diangguk dan diletakan bunga. Dimana maruahnya Malaysia sebenarnya?

Beralih kepada pentadbiran kerajaan yang mengambil sistem demokrasi dan Perlembagaan sebagai teras pemerintahan mereka. Malaysia masih lagi kebelakang. Kalau kita sorot kembali, setelah hanya merdeka selama 12 tahun Malaysia sudah mula mempertikai Tunku yang berusia 67 tahun sebagai sudah "nyanyuk". Hari ini sejarah Malaysia berulang kembali kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang sama "Nyanyuk" tetapi kerana disokong oleh pemimpin-pemimpin yang penuh rasuah, maka kenyanyokan tidak siapa yang nampak dan berani mengatakan.

Agaknya Tun Dr Mahathir Mohamed yang pernah berhadapan dengan seorang Perdana Menteri yang dipanggil oleh rakyat dan setengah ahli UMNO di zaman itu sebagai "Nyanyok", sudah nampak simptom itu dibadan Abdullah Hj Ahmad. Sebab itu, beliau yakni Tun membuat teguran kerana takut sejarah berulang lagi. Kalau dia tidak "nyanyok" tidak mungkin dalam keadaan ribuan rakyat menderita dengan masalah banjir, bukan sahaja ancaman nyawa tetapi harta benda dan punca pencarian, seorang Perdana Menteri boleh bersukaria dengan anak dan menanti di Luar Negeri dan mengecap kehidupan mewahnya?

Kenyanyokan Abdullah Hj Ahmad yang juga Imam Besar Islam Hadhari sudah terlalu jelas. Ucapan Tahun Baru tidak ada yang terbaru, sama seperti tiga tahun yang sudah, tidak ada pembaharuan fikiran. Agaknya orang Melayu dan rakyat Malaysia yang beragama, memang ditolong tuhan. Apa akan berlaku negara ini jika Endon Mahmood masih hidup? Kemungkinan Malaysia akan punya seorang Farah Diba yang menentukan apa yang Shah Iran hendak lakukan.
Tuhan telah membantu tanpa sebab, mematikan seorang master mind "startegi" politik anak menantunya yang dihempap batu dan hari ini dengan izin tuhan seorang pemikir dituduh dalam kes pembunuhan yang paling sadis selepas kes Mona Afendy terhadap Mazlan Idris.

Tuhan juga membantu, dengan kehendaknya juga, dalam saat Abdullah Hj Ahmad agak selesa tiba-tiba ada kematian seorang Adun di Batu Talam, Pahang. Kepada Adun yang meninggal dunia, kita bacakan Alfatihah, semoga rohnya dirahmati Allah.

Di Batu Talam, samada pembangkang menang atau kalah dalam piliharanraya itu tidak penting, yang penting Batu Talam akan menjadi Forum dan Gelanggang yang dihalalkan oleh Undang-undang untuk Parti Pembangkang men-tarbiyahkan pengundi-pengundi dan tanggung jawab sosial untuk menerima hakikat bahawa memilih UMNO/Barisan Nasional, samalah ertinya mengundi dan mewujudkan seorang Firaun yang Hadhari. Abdullah Hj Ahmad akan menunjukan kesombongan dan keangkuhannya lagi dan tidak akan mengambil peduli membelanjakan wang negara untuk tujuan "berfoya-foya" dengan belanja kapal terbangnya, bodyguard nya dan kabarnya ada orang yang pergi ke sana untuk melobi projek dan meminta tandatangannya bagi kelulusan pembangunan tanah KTM di Bangsar yang dahulunya dipajakan kepada Lever Brothier. Kesian kepada mereka yang tak ada cable dan line untuk berjumpa dengannya.

Dengan hanya satu pilihanraya kecil akan memberi ruang yang terbentang kepada parti pembangkang samada melalui ucapan, poster atau tulisan-tulisan dalam internet yang akan membuka mata para pengundi, tidak kira Melayu, Cina dan India. Bagi Melayu di Felda bukan tidak terasa apa yang ditanggung oleh rakyat makan gaji kerana kemungkinan ada keluarga mereka yang makan gaji. Maka adalah tanggung segala mereka yang keluarga di Batu Talam untuk memberi isyarat supaya berfikir sebelum membuang undi khususnya kepada UMNO/Barisan Nasional.

Kerajaan Tiga Beranak melalui Najib Tun Razak baru-baru ini, betul betul buat rakyat ini macam anak-anak kecil di rumah setinggan atau rumah pangsa. Bila menangis dibelikan atau diberi gula-gula. Tengok sahaja dalam isu Tol, kononnya sebagai mengurangkan beban hidup pemilik kereta motor maka cukai jalan di kurangkan sedikit. Tahukah dia bahawa kekurangan itu hanya sekali dalam setahun tetapi Tol itu melibatkan setiap hari, jadi apa untungnya.
Yang agak lucu ialah, Menteri Kerja Raya berkata, kerajaan tidak ada duit nak bayar pampasan berjumlah RM250 juta tapi dalam yang sama kerajaan boleh kehilangan hasil yang sama kerana penurunan cukai Jalan.

Sang Kelembai: Kerajaan Tiga Beranak memerintah mengikut cita rasa, itu sebab yang diperjuangkan rakyat untuk minta harga turun, tak diturrunkan. Dimana rakyat tak minta dia turunkan, macam harga cukai jalan, bila masanya rakyat minta diturunkan? Agaknya (bukan menuduh) pemilik konsesi akan menderma jutaan ringgit untuk warga penduduk dan pengundi bagi piliharaya Batu Talam. Maka jom kita ramai-ramai memberitahu pengundi di Batu Talam, kalau mereka terima duit dari UMNO, kita tak halalkan dunia dan akhirat.

8 comments:

Anonymous said...

Sang Kelembai

Sesungguhnya mereka mereka yang akan di tentukan di nyanyok kan oleh Allah swt akan tetap menjadi nyanyok; sesungguhnya Allah maha agung lagi maha mengasihani.

Ketua Agama bergaya dengan Kawanan Judi Ada Had Ada Hari ini mungkin belum nyanyok kerana ianya masih belum di nyanyok kan oleh yang maha Esa.

Akan tetapi tingkah laku nya nampak amat men-nyanyok kan; oleh itu beruk beruk di sekeliling nya adalah beruk beruk nyanyok yang cuba berlakon tidak nyanyok... untuk renungan bersama!

Sejarah yang berulang akan menamatkan kerajaan Ayah Pin lalu akan juga menamatkan kisah kisah negara jajahan si nyanyok ni.

Apakah rakyat sudah nyanyok memilih ketua negara nyanyok, atau beruk beruk nyanyok berupaya menipu rakyat supaya menjadi nyanyok???

Macam macam al kisah si pengantok ni...

The Truth said...

BATU TALAM-BATU NISAN UTK KHAIRY.

K.J menantu hantu badawi bakal mengetuai kempen UMNO dalam pilihanraya kecil Batu Talam di Raub Pahang pada 28 Jan 2007. PAS telah melontarkan isyarat sebagai medan utk memanaskan badan dan berazam untuk mengurangkan majoriti UMNO.PAS memilih utk bersikap underdog walhal sebenarnya merupakan sindiran tajam utk UMNO khususnya Qarun Khairy. Badawi tidak mempunyai pilihan selain anak menantunya utk mengetuai kempen pilihanraya kecil ini dan itu tidak menghairankan kerana Badawi sememangnya memegang konsep Kepimpinan Keluarga (Family & Co) dalam jentera pentadbirannya.

Persoalannya apakah strategi dan isu yg bakal dimainkan oleh imam besar hadhari ini.
Jawapannya sudah diketahui umum “saya belum terima laporan dan saya tak tahu”.Jawaban bodoh ini memang telah diketahui rakyat dan rakyat juga mengetahui Badawi hanya menjadi burung belatuk kepada seekor beruk hitam iaitu menantunya khairy.Rakyat mungkin kurang sedar badawi sebenarnya telah dihinggapi “senile dementia” sejenis penyakit nyanyuk disebabkan faktor peningkatan umur dan ini dicirikan dgn simptom-simptom seperti kegagalan mengawal pembuangan air kencing “incontinence of urine”.Disebabkan itulah PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-5 yang cemerlang,gemilang dan temberang ini terpaksa memakai lampin (pampers) kerana kencingnya sentiasa berciciran.

Beruk hitam Khairy sebenarnya adalah master minds dalam segala sepak terajang politik yang membawa bala dan kemurkaan Tuhan dalam era badawi ini.Rakyat buat seketika agak terpana sedikit dengan penampilan hitam berkilat beruk Khairy ini.Kemunculannya secara tiba-tiba dalam usia muda dalam hiraki tinggi kepimpinan UMNO membuat rakyat terlopong dan ternganga ditambahkan pula dengan war-war memiliki sijil tinggi dari oxford .Kemunculan bak jembalang dan dimomokkan pula dengan segala kuasa ditangan menjadikan rakyat marhain menjadi sedikit gerun dan takut yg sebenarnya tidak bersebab,kerana yg paling takut terhadap siberuk ini adalah hulubalang-hulubalang bapak mertuanya yang terdiri daripada menteri-menteri korup yang mempunyai angan-angan untuk kekal dalam jawatan seumur hidup dan mempunyai moto segala titah patik junjung.

Rakyat marhain khususnya rakyat di Batu Talam tidak perlu gusar dan resah diatas segala kuasa yang dimomokkan oleh siberuk hitam ini.dan tidak ada makhluk yang sentiasa bersikap begitu melainkan DAJAL. Pada realitinya siberuk Khairy hanyalah seorang budak berhingus yang diberi pistol oleh babaknya yang nyanyuk yang disangkanya pistol mainan. Oleh itu menjadi tanggungjawab besar rakyat Batu Talam untuk merampas pistol itu dari budak kurang akal dan berhingus ini dan menyedarkan bapanya bahawa beliau sebenarnya telah HILANG KAWALAN DAN TIDAK LAYAK LAGI UNTUK MENJADI PM LEBIH DARI SEPENGGAL.

http://thetruthblogspotcom.blogspot.com/

Anonymous said...

SANG SAPURBA PELIK,

Tanah Melayu@Malaysia merdeka 50thn merdeka,antara lagu kebangsaan Msia dgn Spore lagu manakah yg lebih tulen serta asli dan berentak patriotik?

Anonymous said...

50 Tahun negaraku gemilang? Apa yang gemilang? Pembangunan, kekayaan, kuasa/mandat mutlak....itu dinamakan gemilang? Kalau betul-betul gemilang, rakyat takkan menderita, rakyat takkan mengeluh, rakyat takkan marah, rakyat takkan dizalimi, etc. Demokrasi ala kerajaan tiga beranak....bala turun dari tuhan bertalu-talu pun tak sedar diri lagi, habih...macam mana nak gemilang?

Anonymous said...

gemilang? manalah PM kita? tak perlulah ada PM macam ini...negara ditimpa bencana alam pun boleh terus ber-holiday.
sambil bila kita kena tahan sang bodoh ini?

Anonymous said...

SK, i hope somebody will tag u for '50 Posts To Independence' project. Banyak susur galur sejarah yang saya belajar dari blg u ni.. TQ

Anonymous said...

Aku pun sokong sangat....aku harap sgt pilihanraya kali nie ada anjakan paradigma dari rakyat supaya byk perubahan berlaku...undi je calon bukan BN gerenti tak sakit hati..kita bagi BN goyang kali nie...Takbirrrrrrrrrrrr

Anonymous said...

Assalamualaikum-bercakap mengenai Batu Talam, memanglah tempat tu kubu kuat UMNO bak kata orang Pahang letak sesiapa pun UMNO pasti menang.

Maka disebabkan itu Pak Lah meletakkan KJ utk menerajui kempen UMNO di sana sbb gerenti boleh menang.

Hairan bin ajaib inilah pertama dalam penglibatan saya sebagai ahli UMNO Timbalan Ketua Pemuda dilantik utk menjadi ketua kempen-kenapa tak dilantik Ketua Pemuda sahaja. Ini menunjukkan kurang kepercayaan Pak Lah pada hulubalangnya dan lebih kepercayaan kepada menantu kesayangannya.

Di samping itu utk menaikkan imej KJ menantu kesayangan beliau sebagai persediaan utk ke persada yg lebih tinggi lagi dalam politik UMNO Malaysia iaitu utk menjadi PM termuda Malaysia.

Pesanan saya pada KJ jgn harap dan jgn bermimpi dgn kemenangan di Batu Talam beliau boleh mendabik dada dan rasa dah "poweer". Semua ahli UMNO sejati dah tahu Batu Talam tu kubu kuat UMNO. Lantiklah sesiapapun sebagai ketua kempen UMNO, gerenti boleh menang punya. PAS pun dah mengaku apa yg boleh dibuat hanyalah utk mengurangkan undi sahaja.

"50 tahun Negaraku gemilang" adalah satu momokan dari Pak Lah utk mengaburi mata rakyat oleh kerana yg sebenarnya adalah "50 tahun Keluargaku cemerlang, gemilang dan terbilang". Itulah kenyataan dan hakikatnya ...

Kepada pengundi Batu Talam yang membaca blog dan komen sdr Zaharin jalankanlah tugas anda sebagai pengundi utk memilih wakil yg sebenar2nya ikhlas berjuang utk anda dan bukan utk periuk nasi beliau sendiri. Sekiranya tidak mampu utk berbuat demikian berdiam diri sahajalah kerana undi yang anda berikan itu akan hanya menyebabkan orang Batu Talam secara khususnya dan rakyat Malaysia secara amnya merana dan sengsara.

Wassalam.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia