Monday, February 26, 2007

Abdullah Hj Ahmad, Perdana Menteri Terkaya?


Abdullah Hj Ahmad bertanya, "Apa lagi yang rakyat hendak" Ini adalah kerana beliau mengira beliau sudah menjadikan Malaysia sebuah negara hebat dalam masa tiga tahun 5 bulan pemerintahannya. Berbeza dengan Tun Dr Mahathir Mohamed yang memakan masa hampir 22 tahun demi memajukan negara, dia telah menunjukkan bahawa dia seorang yang hebat, sehebat sikap nya yang kuat tidur dan sudah diterima pakai bahawa bila dia berucap dalam mana-mana majlis, semua yang mendengar tidak akan faham apa dia cakap dan terpaksalah menunggu esok apabila akbar khasnya dari NST Group menyiarkan berita itu.

Kalau di kampung bila kenduri kendara, banyak orang akan mengeluh jika begitu banyak kelapa yang dikukur, santan masih tidak mencukupi atau tidak cukup pekat, begitulah ucapan Abdullah Hj Ahmad, jika berucap sampai 2 jam, yang boleh masuk dalam kepala pendengar hanya hanya sekadar 60 saat, itulah jumlah masa yang diperlukan oleh dia untuk berucap.

Maka jawapan persoalan "apa rakyat hendak lagi" adalah mudah. Jawapannya adalah untuk dia berhenti sahaja dari Jawatan Perdana Menteri. Dia tidak layak menjawat jawatan itu. Kalau zaman dia jadi PTD dahulu boleh pergi ke pangkat Jawatan Timbalan Ketua Setiausaha, kerana masa itu jumlah PTD terlalu kurang dan tidak banyak yang cerdik. Tetapi kalau sekarang, jika mengikut standard pemikiran dia, dia hanya layak ditempatkan di swimming pool kat JPA atau pun dihantar untuk menjaga perpustakaan di Kementerian Kesihatan seperti yang pernah berlaku kepada Anuar Zaini, penasihat dan hulubalang dia, satu masa dulu bila tidak menjadi Setiausaha Sulit Kanan Musa Hitam.

Abdullah Hj Ahmad kena sedar, bahawa dia berada dalam hieraki UMNO dan menang jawatan Naib Presiden UMNO semenjak tahun 1987 kecuali tahun 1993 adalah kerana dia orang Musa Hitam dan orang Musa Hitam semua tidak berapa suka dengan Dr Mahathir Mohamed. Ditambah pula orang-orang yang diketepikan oleh Anwar Ibrahim, dengan orang-orang serpihan Musa Hitam, Anti Anwar Ibrahim dan kemudian orang serpihan penyokong Tengku Razaleigh Hamzah yang marah dengan Dr Mahathir Mohamed, maka dia disokong oleh wakil-wakil kelompok ini untuk jawatan Naib Presiden dan dia menang jawatan Timbalan Presiden kerana dia sudah didahulukan memegang Jawatan Timbalan Perdana Menteri. Kalau buat formula 1981 oleh Dr Mahahthir Mohamad untuk dilantik jadi TPM, belum tentu dia menang lagi.

Hari ini dia berkelakuan angkuh, sehingga pentadbiran negara tidak tersusun. Sudahlah TPM sekarang berada di Saudi selama seminggu dan di ikut oleh dia sendiri berada di Syria dan Yamen, maka negeri ini tidak ada siapa yang menjaga. Sepatutnya salah satu orang mesti berada dalam Negeri ini. Perlembagaan Persekutuan melarang Yang Di Pertuan Agung meninggalkan Malaysia melebihi 15 hari tetapi Perdana Menteri boleh meninggalkan negeri bila-bila masa yang dia suka. Bayangkan apa akan terjadi jika berlaku malapetaka kepada negara ini dan satu keputusan perlu dari seorang Perdana Menteri?

Kenapa tidak diambil iktibar kematian Tun Dr Ismail Abd Rahman pada tahun 1973. Dimana Tun Razak Hussein berada di Canada kerana menghadiri sidang Komenwel. Akhirnya untuk beberapa ketika menjadi pertikaian siapa yang layak untuk mempengerusikan mesyuarat kabinet bagi istiadat pengkebumian Tun Dr Ismail Abd Rahman, walau pun Barisan Nasional belum wujud tetapi kerajaan ditabir oleh parti campuran selepas Perikatan, ada PAS dan berapa parti di Sabah dan Sarawak. Akhirnya Datuk Asri Hj Muda dari PAS terpaksa menjadi Pengerusi mesyuarat kabinet tersebut kerana kerusinya di Parlimen dikira lebih banyak selepas UMNO dan UMNO pula tidak boleh mempengerusikan kerana Naib Presiden berjumlah tiga orang dan jika salah satu dilantik bererti dia akan memangku jawatan Timbalan Presiden UMNO. Ini bereri Datuk Asri Hj Muda pernah diterima sebagai Pemangku Perdana Menteri.

Malang selepas keputusan dibuat untuk Tun Dr Ismail Abd Rahman dikebumikan di Makam Pahlawan dan lubang lahat digali sebelah luar kawasan berbumbung dan bila Tun Razak Hussein kembali dari Canada, beliau mengarahkan semula penggalian kubur ditapak yang sedia ada sekarang, maka terpaksalah mayat itu ditunda tanam untuk beberapa jam bagi membolehkan pihak JKR menggalinya. Itu sebab bagi orang yang faham, bagaimana kedua orang pembesar negara ini boleh berada serentak ke luar negeri? Yang seorang ambil kesempatan membuat umrah dan mungkin berdoa minta keampunan atau bertaubat, wallah wa alam tetapi seorang lagi ke Syria. Kenapa sekarang pergi ke Syria? Khabarnya dari cerita orang, Kerajaan Syria semenjak bertukar dasar luarnya hendak mengeluarkan tender membeli atau menyewa kapal tangki LPG yang banyak jumlahnya dan antara syarikat yang masuk dalam tender itu adalah Scommi, sebuah syarikat milik Kamaludian Datuk Seri Diraja Bendahara Maharaja Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia.

Betapa pun secara langsung Abdullah Hj Ahmad tidak bercakap perkara ini dengan Pembesar Syria tetapi Scommi akan membawa aura Perdana Menteri Malaysia itu macam anak-anak Soeharto yang pernah dapat beberapa projek Lebuhraya di Malaysia.. Akhirnya apa rakyat Malaysia hendak? Setelah tidak mahu melepaskan jawatanya sebagai Perdana Menteri, beliau mahu pilihanraya. Tidak terdapat fakta yang pilihanraya akan adakan kerana ekonomi baik kerana itu tidak kekal tetapi pilihanraya perlu untuk tujuan dapat mandat baru.

Seperti mana yang dikatakan dahulu, UMNO menangguhkan pemilihan UMNO hanya untuk kepentingan Abdullah Hj Ahmad sahaja bagi membolehkan anak menantu kesayangan dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya atas sifatnya masih Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, kerana jika ada pemilihan Pemuda UMNO tahun ini belum ada jaminan menantunya boleh menang semula jawatan itu.

Dalam sejarah UMNO, kesemua Presiden UMNO dikritik oleh ahlinya, Onn Jaafar keluar dari UMNO secara bermaruah bila usulnya membuka pintu kepada orang bukan Melayu ditolak. Diganti oleh Tunku Abd Rahman Putra, walau pun ada keputusan tidak popular dalam menjalan tugas sebagai Presiden UMNO, rekod dia berkorban dengan perkataan dan perbuatan tidak ada siapa yang boleh menandingi termasuk Dr Mahathir Mohamed dalam soal mengorbankan harta benda yang terdiri dari rumah, tanah dan sebagai untuk membiayai perbelanjaan UMNO peringkat awal perjuangan Kemerdekaan. Jika dia tidak masuk politik, dia mungkin menjadi Ketua Hakim Negara yang pertama selepas Malaya merdeka.

Begitu juga Tun Razak Hussein, walau pun singkat sebagai Perdana Menteri, diakui beliau sebagai Perdana Menteri yang miskin, kalau anaknya belajar luar neger, dia tidak pakai biasiswa kerajaan, duit gaji sendiri sehingga kisah-kisah kehidupan sebagai Perdana Menteri yang tidak mewah diakui orang yang pernah bersamanya. Namun dia konsisten dalam memerangi rasuah, walau pun melibatkan orang seperti Harun Idris, dia tidak menghalang penyiasatan BPR. Tun Razak Hussein cuba membantu menjaga imej Harun Idris, tetapi dia degil dan Harun Idris terpaksa menghadapi hampir 60 tuduhan salahguna kuasa yang melibatkan pemberian tanah kepada keluarganya tetapi yang didakwa dalam isu pemberian wang untuk UMNO Selangor bagi membolehkan imej rasuah dia adalah kerana kepentingan UMNO sementara kesemua kes rasuah yang lain ditarik balik.

Dua pemimpin itu cukup untuk membuat perbandingan dengan Abdullah Hj Ahmad yang sekarang cuba membawa jika bukan agama baru tetapi pendekatan baru Islam yang dipanggil Islam Hadhari yang tidak menggunakan Islam berpandukan Al-Quran. Dan hari ini Islam yang ada had dan ada harinya itu diketawakan orang termasuk isu skodeng yang di arahkan jangan dilaksanakan. Kalau dia tidak tidur selalu, mungkin dia tahu bahawa skodeng itu hanya sebagai "istilah" sahaja tetapi skodeng sangat diperlukan untuk membenteras apa sahaja bentok pelanggaran syariah Islam. Jika skodeng dipanggil pasukan Amal Maaruf Nahi Mungkir, adakah ini juga dilarang? Skodeng bukan sahaja isu maksiat yang berbentuk melihat orang "beromen" tetapi juga untuk mengetahui mana-mana tempat orang Islam berkumpul dengan perbuatan maksiat seperti minum arak, berjudi dan termasuk tidak pergi sembahyang Jumaat dalam kariah. Tapi tafsiran Abdullah Hj Ahmad,
skodeng adalah mengintai dan mungkin dia juga takut Pasukan Skodeng ini akan skodeng Seri Perdana kerana ada orang kata Jean Danker, seorang janda keturunan Filipina yang bercerai, konon cerita akan dikahwininya berada di situ.

Sang Kelembai
: Tun Hussen Onn jadi Perdana Menteri,dikenali sebagai seorang yang berhati-hati, tidak banyak jasanya yang boleh dikenang tetapi setiap orang ahli UMNO akan mengingati beliau sebagai seorang Presiden UMNO yang dekat dengan ahli UMNO, sehingga disuatu masa, dia sendiri menjadi Ketua UMNO Bahagian di Setapak yang menghadapi krisis berpanjangan.
Berbeza dengan Abdullah Hj Ahmad yang menjadikan UMNO Bahagian sebagai rumah pelacur, itu sebab dia beri RM 3juta, kerana terdapat Ketua UMNO Bahagian macam Bapak Ayam.

19 comments:

Anonymous said...

saudara zahrin,

mmg best baca tulisan saudara. aspek dan pendekatan saudara terhadap kerajaan 3K mmg menarik.

Shai Arif said...

saya memang minat betul dengan blog abang zahrin ni... best betul baca.. adakalanya lawak pun ada.. thanks for all the info and history yang saya sendiri tatau. :)

Anonymous said...

sang sapurba wrote,

Ketua Bhg Ameno mana yg mcm bapak ayam tuh?

Anonymous said...

selain memberi ulasan tentang kerajaan 3 beranak, perlu diselitkan penyelesian kepada permasalahan ini. tahniah!
- urban

Anonymous said...

bagi saya,tulisan saudara cukup terang untuk menggambarkan ke-bangangan dan ke-bodohan Pak lah. Tahniah saudara...

de_kerinchi said...

Sebenar nya sekarang ni hamba, tidak berminat untuk mengikuti apa yang nak PM ucapkan...kerana ia amat membosankan dan tiada perkara yang boleh difahamkan dengan segera...yang paling jelik, apabila apa yang dicakap kan belum tentu benar, esok atau lusa mungkin ada perubahan...benar kata tuan hamba, penerangan yang jelas hanya boleh didapati apabila ucapan itu diulas oleh akhbar-akhbar tempatan....Nampak PM berucap terus tukar channel lain..entahlah kenapa hobi ini berlaku sejak akhir-akhir ini...

Anonymous said...

saudara,

paparan saudara adalah sejarah untuk masa depan maka saya syorkan saudara bukukan kerana saya seorang mengumpul buku untuk generasi akan datang.

godfather.

Anonymous said...

betui ka imam hadhari dah kawin?

Anonymous said...

Assalamualaikum-Pak Lah Meminta Kerajaan Negeri Trengganu Membatalkan Penggunaan Ejen (Pengintip) Perlakuan Maksiat-Sahlah bahawa Imam Besar IAHAH ni dah lari jauh dari ajaran Islam yang sebenar iaitu Amr Makruf Nahi Munkar.

Diimbas kembali dahulu JAWI Putrajaya pernah bercadang utk mengadakan Unit Amr Makruf Nahi Munkar bertujuan utk menasihati para remaja yg berpeleseran di taman-taman di Putrajaya. Niat baik ini walau bagaimanapun mendapat kritikan hebat daripada kabinet Imam Besar IAHAH dan cadangan tersebut senyap sahaja selepas itu.

Imam Besar IAHAH ni tak faham agaknye kalau tiada "informer" bagaimana sesuatu perlakuan jenayah atau maksiat itu boleh diketahui oleh pihak berkuasa. Dahlah kakitangan Jabatan Agama Islam yang tidak mencukupi, tindakan proaktif mereka menyerbu kelab2 malam pun mendapat kritikan hebat daripada Imam Besar IAHAH ni.

Apa nak jadi dah dengan Imam Besar IAHAH ni. Ajaran Islam mana yang dia pegang dan diikuti ni.

Kalau Polis ada unit SB atau Cawangan Khas yang melakukan risikan dan pengintipan, Kastam pun begitu juga "informer" malah diberi reward atas maklumat yg diberi, begitu juga BPR pemberi maklumat perlakuan rasuah dilindungi di bawah Akta Pencegahan Rasuah.

Agaknye Imam Besar IAHAH ni dah tak menganggap maksiat itu satu perlakuan jenayah dalam Islam agaknye. Ajaran mana yang dia belajar ni. Kalau ditanya keturunan dia yang banyak terdiri dari Alim Ulama, mereka semua gerenti jawab 100% bahawa "perlakuan maksiat itu adalah perlakuan jenayah dalam Islam".

Maka sekiranya begitu perlulah diambil tindakan dan perhatian yang sama sepertimana diberi kepada polis, kastam dan BPR yang menggunakan khidmat "informer" sudah sekian lama.

Apa Imam Besar IAHAH ni ingat orang yg melakukan maksiat ni akan membuat pengumuman bahawa beliau akan melakukan maksiat di hotel xxx dan nombor bilik xxx, di dalam kereta di jalan xxx atau dalam semak di taman xxx. Mimpilah nak dapat maklumat yang tepat macam tu.

"Informer" perlakuan maksiat ini bukan sahaja mendapat reward di dunia malahan juga di akhirat. Jadi apalah salahnye utk mereka berkhidmat memberikan maklumat utk kebahagian hidup mereka di akhirat.

Seruan saya kepada Imam Besar IAHAH ni bertubatlah segera sebelum terlambat. Ingat2lah sikit sekarang ni dalam diam Sri Perdana dah kata "Pergi Berambuslah Cepat" dan Sri Kubur pula dah kata "Hurry and Welcome To Me".

Wassalam.

Anonymous said...

Saudara Sang Kelembai!
Membaca tulisan anda, menambah kesal dgn bangsa kita. Cara kita org melayu memiliki dan memilih pemimpin mengambarkan tahap dan tamaddun bangsa kita.
Melayu tidak dapat membezakan diantara pemimpin yang baik dgn yg terbaik, bahkan yg buruk dgn yg baik. Mereka hanya mahu menjadi hamba dan tukang angguk kpd pemimpin.
Bila kuasa barat berkuasa, mereka sedia menjadi hamba yang setia, walaupun mereka memiliki kekuatan dari segenap segi. Tapi minat nak jadi hamba dan pak angguk tertanam teguh dalam jiwa raga mereka.
Pertukaran kuasa tidak berlaku kerana perubahan dan kehendak org melayu utk menjadi manusia bebas, namun pertukaran kuasa di antara kuasa-kuasa barat hanya berlaku bukan sebab pemberontakan org melayu, bahkan kuasa barat sendiri yang melakarkanya. Jatuhnya Portugis dan Belanda bukan disebabkan orang bangkit untuk membebaskan negara mereka, bahkan disebabkan pertukaran kuasa dan di kalangan mereka. Larinya Jepun bukan disebabkan tentangan org melayu, bahkan disebabkan Jepun kalah perang dgn Inggeris. Gagalnya bintang tiga bukan disebabkan org melayu tak setuju dgn mereka, bahkan disebabkan Iggeris masih mahu menjadikan kita sebagai hambanya.
Merdekanya kita pun bukan sebab kita bangkit menghalau kuasa Inggeris, bahkan disebabkan mereka dah puas dan tak mahu lagi menjadikan kita sebagai hamba.
Jgn salahkan sesiapa! memang kita telah ditakdirkan mempunyai minat untuk menjadi hamba.

Anonymous said...

Sang Kelembai

Terbang sana terbang sini Si Gagak Putih mencari cari Tunggau Tunggau di jalanan, namun tidak juga kesampaian hajat menggaru garu Kepala Otak Punyea Olang.

Sesungguhnya setiap umat umat yang di lahir kan di bumi ini, di lahirkan bersih lagi putih hati nya. Masa dan Umur umat umat tersebut menentu kan hala tuju Syurga dan Neraka nya; bagai kan Pirate Of The Carribean, si Toye' lagi Benggap telah terbang seperti Gagak ke Syria hanya untuk ber temu dengan kawanan yang lagi Toye' atau se taraf dengan nya.

Masa kan Se ekor Gagak dapat menyamai Se ekor Helang jika kawanan nya hanya lah Gagak Gagak belaka, baik Gagak Hitam dan serta Gagak Putik Kuning di Kuala Lumpur, mau pun di Timur Tengah atau pun di Arfica. Gagak tetap Gagak - Hodoh, Toye' , Benggap lagi Bahalol.

Apa lah nak jadi di Malaysia jika ianya di tadbir oleh Gagak Gagak Putih Gelap dan Hitam yang takut ber hubungan dengan rakyat nya secara terang terangan, tetapi hanya bertempiaran lari kesana kesini dalam kegelapan kenderaan proton V12, mencari cari tong sampah yang tidak di bersihkan of pengaut pengaut miskin DBKL.

Apakah kita rakyat yang ber akal hanya ingin hidup secara mengintai gintai seperti Gagak Gagak toye' ber makanan bangkai bangkai biawak ataupun menjadi manusia yang perlu di teladani oleh umat umat bukan Islam.

Renungi lah.

Berita dari gunung said...

Perdana Menteri Terkaya?. Jika berpegang pada prinsip sapa cepat dia dapat, dan kuat berusaha akan berjaya, memang hakikat "kaya" tidak menghairankan.

Tapi rakyat akan rasa terkilan.

Anonymous said...

Oh Si Ketua Imam Al-Had Al-Hari...

Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta hitam ber cermin gelap BMW X-5 4.4V8, lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh nafasku
sesak. Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.

"Mengucap sayang mengucap...

Asyhaduallailahaillallah........."

ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu (tapi ia telah lama tiada di ingatan ku). Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil. Sehingga kini, tua ganyut, aku masih tidak sedar... ketamak kan ku untuk menguasai harta dunia bagai kan Pharaoh of The East.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat", jawab doktor dengan ringkas. "Itu 'kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha".

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. datanglah.....

Tapi mataku.......semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini. Mana kapal terbang ku, BBJ ku, Sampan Turki ku.... banglow banglow ku serta Nasi Nasi Kandar setaraf makanan Queen Elizabeth III.... ku??

"Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah. "Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu menangis saja. dan bila tiba saatnya, kita akan
berpisah. Tapi, ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu, selamatkan lah daku.

"Yassin......". bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut? Aku takut!!!!!!!

Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut dtang. Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.

Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan.

"Panas, dahaga, haus, panas....". tapi tiada siapa pun yang peduli.
Nenekku datang, "Nenek...........".
"Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air?? Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minum air ini".

"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. "Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.....".

Ayah.......kau datang ayah.......".
"Matilah dalam agama yahudi anakku. matilah dalam agama nasrani
Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

"Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi?? Kenapa kau berubahlaku? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang, mengucap. Asyhaduallailahaillallah......".

Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya "Mari ikut kami, Datuk Seri". cahaya putih datang. datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. "Apa ini, apa ini?. Akulah sakaratul maut.......untuk menjemput kelasan Datuk Datuk Seri sahaja !!!!!!".

Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk. dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.

"Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah.......". Aku tersentak. Roh ku berselerak di dalam tubuhku. Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun....

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Mana DBKL, Mana MPPJ???

Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya.".

"Assalamualaikum......".

"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku". "Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor, dan sebusuknya di dunia ini. rambutnya yang tidak terurus, baju yang di pakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa di pedulikannya...... jijik, loya, aku rasa........teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".

"Tidak,jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".

"Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari".

"Bohong!". Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.

"Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini". Mana SB SB aku... "What??? You mean Siput Babies?"

"Akulah amalanmu yang keji.......".
Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya! aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.

Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia, akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh
nanti.

Oh! Tuhan, aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan, dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!!

Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku. Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!! Kenapa ramai orang melihat aku???

Aku malu... malu... malu....!".

Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. kapas di bubuh di celah-celah badanku. Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu.

"Nanti, tunggu!! jangan bungkus aku - Aku Datuk Seri!!!. Kenapa kalian semua buat aku macam ini?

Tolong rimas....panas........".

Kemudian aku di letakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.

Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Aku Imam Besar Ada Had Ada Hari..... lah!

Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.

"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru
aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat.

Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu. Kotak apa ini?" Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak".

"Al-Fatihah! "Keengaran suara tok imam - Eh!!!! Aku adalah Si Ketua Imam bagi mu semua????. Kelihatan bayangan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang. tapi kemana dia bawanya aku?".

Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku.

"Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!".
Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku, dan aku di turunkan ke dalam liang itu.

"Perlahan-lahan", aku terdengar suara tok imam memberitahu.

"Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!". Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?".

"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".

"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun..... Dari Allah kita
datang,dan kepada Allah jualah kita kembali".

Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. "Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan
neraka itu jua benar....".

Sayup sayup aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama, makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sdikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku. Terasa semakin gelap dan.... aku kini keseorangan.

"Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah, ibu! Jangan tinggalkan aku seorang. Aku takut!!! Gelap!!!Panas!!! Tolong !!!!

Aku Datuk Seri....lah!

Sagaladoola said...

Sebenarnya pasal Pak Lah, memang kita dah rasa "boring".

Syabas Sang Kelembai, teruskan perjuangan anda.

Anonymous said...

Syabas, saudara Zaharin kerana berani mengkritik Pak Lah. Memang benar Pak Lah kuat tidur. Soalnya apakah beliau sendiri mengetahuinya?

Saya tak hairan jika suatu hari bila negara Malaysia berkecai hancur gara-gara wang simpanan negara habis dirompak maka Pak Lah dan sekeluarga akan berhijrah ke Australia. Malah foundationnya sudahpun dibina dengan rumah USD$5 juta. Malah John Howard akan tersenyum puas jika Pak Lah dan sekeluarga berhijrah ke Perth.

Kalau seorang manusia sudahpun rosak maka dia akan terus meneruskan amalannya hingga ke akhir hayat. Akhirnya yang terpaksa menanggung penderitaan tidak lain tidak bukan rakyat sendiri.

Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

saudara zahrin,

boleh x saya minta saudara tolong kupas dgn jelas kenapa kerajaan sekarang PERLU @ WAJIB @ HARUS mengadakan pilihan raya? byk blog dah sy baca, tp sy masih kurang arif alasan yg kukuh kenapa perlu adakan pilihan raya sekarang walhal kerajaan mempunyai mandat sehingga 2009? Apa kejadahnye semua ni? sy masih muda, baru 26 tahun, masih kurang arif ttg senario politik, tp sy MEMPUNYAI HAK memilih siapa KERAjaan yg bakal memimpin negara dan saya adalah PENGUNDI UMNO dan BN dlm pilihanraya 2004 dan SELAYAKnya sy perlu tahu atas kebodohan apa KERAjaan yg sy pilih ni memimpin Malaysia sekarang. Sya berada di luar negara, dan sy sentiasa membaca blog saudara perihal keadaan politik semasa di Malaysia. Terima kasih.

spycatcher03 said...

Sdr, tulisan anda telah mempamirkan kematangan dari segi pengolahan fakta. Kita dapat bezakan antara fakta dan tomahan. Nampaknya pengunjung blog sdr tellah mula mengeluarkan komen2 positif terhadap tulisan sdr. Ini bermakna sdr dapat meyakinkan pengunjung bahawa anda tidak tulis secara somberano, ada jalan cerita dan meyakinkan! Teruskan blogging tanpa takut kerana sdr tak mungkin menjadi sasaran ISA oleh Pak Lah.
Saya ni tidak gemar baca tulisan yang panjang2 kerana saua suka membaca intipati tulisan . Jadi kalau Sdr pendekkan tulisan sdr yang penuh informasi itu , saya amat berterima kasih.

spycatcher03 said...

Sdr, tulisan anda telah mempamirkan kematangan dari segi pengolahan fakta. Kita dapat bezakan antara fakta dan tomahan. Nampaknya pengunjung blog sdr tellah mula mengeluarkan komen2 positif terhadap tulisan sdr. Ini bermakna sdr dapat meyakinkan pengunjung bahawa anda tidak tulis secara somberano, ada jalan cerita dan meyakinkan! Teruskan blogging tanpa takut kerana sdr tak mungkin menjadi sasaran ISA oleh Pak Lah.
Saya ni tidak gemar baca tulisan yang panjang2 kerana saua suka membaca intipati tulisan . Jadi kalau Sdr pendekkan tulisan sdr yang penuh informasi itu , saya amat berterima kasih.

Anonymous said...

Haha, banyak betul cerita dari pandangan kritis disini, komen-komennya juga hangat banyak anonymous. Harap dapat guna nama jangan takut-takut.
Gambar poster 'parody' kelakar sangat.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia