Kemajuan akal dan fikiran manusia kini telah mencipta internet yang asal hanya untuk untuk keperluan peperangan sehingga menjadi satu keperluan manusia yang sejagat. Dalam pengisiannya tercipta ruang untuk manusia berkomunikasi sesama mereka dan akhirnya terbinalah apa yang dipanggil "Blog".
Dunia blogger adalah dunia baru bagi masyarakat Malaysia sungguhpun ianya sudah agak lama bagi yang menciptanya. Bila blogger menulis, mereka sebenarnya menzahirkan apa yang ada dalam fikirannya dan ini sudah pasti mereka mempunyai misi dan visi mereka tersendiri. Setiap blogger tidak memaksa orang untuk melayari laman blognya. Terserahlah kepada individu untuk membuat keputusan dan segala tindakan menekan tombol keyboard bergantung kepada arahan otaknya. Jika dia tidak berminat, maka dia tidak perlu membuka blog tersebut tetapi jika sebaliknya dia menggatal maka terimalah akibatnya.
Blog ditulis berdasarkan apa yang ingin penulis zahirkan, berkisar dalam semua aspek kehidupan. Yang membaca sudah pasti membuat keputusan tersendiri sama ada dia berminat atau tidak, samada dia bersetuju atau pun tidak dengan apa yang ditulis oleh pemilik ruang Blog tersebut. Keputusan itu akan mempengaruhinya untuk kembali melayari laman itu ataupun tidak.
Di Malaysia, pembaca blogger adalah orang yang cerdik dan mempunyai daya intelektual yang tinggi serta tidak mudah untuk ditipu. Mengapakah pihak yang berkaitan, seperti pegawai yang memantau Internet termasuk website dan blogger tidak bertanya soalan berikut : kenapa orang ramai atau rakyat mahu membaca website dan blog yang dikatakan mengarut atau diklasifikasikan oleh mereka sebagai alat penyebaran fitnah? Dan pernah penulis Blogger digelar oleh kerajaan sebagai "penembak curi" kerana beberapa tulisan yang menjurus mengkritik dan memperkata segala kecurangan yang kerajaan "Tiga Beranak" lakukan sekarang.
Dunia blogger adalah dunia baru bagi masyarakat Malaysia sungguhpun ianya sudah agak lama bagi yang menciptanya. Bila blogger menulis, mereka sebenarnya menzahirkan apa yang ada dalam fikirannya dan ini sudah pasti mereka mempunyai misi dan visi mereka tersendiri. Setiap blogger tidak memaksa orang untuk melayari laman blognya. Terserahlah kepada individu untuk membuat keputusan dan segala tindakan menekan tombol keyboard bergantung kepada arahan otaknya. Jika dia tidak berminat, maka dia tidak perlu membuka blog tersebut tetapi jika sebaliknya dia menggatal maka terimalah akibatnya.
Blog ditulis berdasarkan apa yang ingin penulis zahirkan, berkisar dalam semua aspek kehidupan. Yang membaca sudah pasti membuat keputusan tersendiri sama ada dia berminat atau tidak, samada dia bersetuju atau pun tidak dengan apa yang ditulis oleh pemilik ruang Blog tersebut. Keputusan itu akan mempengaruhinya untuk kembali melayari laman itu ataupun tidak.
Di Malaysia, pembaca blogger adalah orang yang cerdik dan mempunyai daya intelektual yang tinggi serta tidak mudah untuk ditipu. Mengapakah pihak yang berkaitan, seperti pegawai yang memantau Internet termasuk website dan blogger tidak bertanya soalan berikut : kenapa orang ramai atau rakyat mahu membaca website dan blog yang dikatakan mengarut atau diklasifikasikan oleh mereka sebagai alat penyebaran fitnah? Dan pernah penulis Blogger digelar oleh kerajaan sebagai "penembak curi" kerana beberapa tulisan yang menjurus mengkritik dan memperkata segala kecurangan yang kerajaan "Tiga Beranak" lakukan sekarang.
Sikap "paranoid" ini telah menyebabkan ada usaha yang bakal dan telah diambil untuk mendakwa si Blogger tersebut. Walau pun bermacam ancaman diberi kepada si Blogger, penulis blog terus menulis dan jumlah pembaca juga bertambah setiap hari dan bagi blogger yang dikenali identitinya, mereka dikira sebagai penembak tepat dan blog adalah seperti sebahagian dari makanan disarapan pagi atau minum petang dan ada juga yang membuatnya seolah - olah seperti membaca doa sebelum tidur, kerana setelah membaca bukan satu mungkin berpuluh blog lain, barulah dia masuk tidur. Dia puas dengan bahan yang dibaca dan jika dia mati dalam tidur, dia tidak kesal yang apa yang berlaku didunia ini.
Sebenarnya kemuncak penulisan di website dan blog yang bertambah sekarang tidak akan berlaku sekiranya tidak disokong oleh kerajaan baik secara langsung mahupun tidak. Penambahan pembacaan dalam internet oleh rakyat khasnya dalam isu politik adalah kerana sikap atau dasar kerajaan dalam menyampaikan maklumat. Didalam media yang terdiri dari surat khabar dan media elektronik milik UMNO Link Company, rakyat diperbuat seperti katak di bawah tempurong. Rakyat atau orang ramai dari sudut mata kerajaan, masih ada ditahap tahun 50an,60an sehingga awal tahun 80an dan ironisnya kerajaan yang membuat dasar mencerdikkan rakyat masih menganggap rakyat itu hidup dalam dunia yang buta huruf.
Zaman kerajaan melalui Jabatan Penerangan masuk ke kampung-kampung dengan mengumpan rakyat melihat filem proganda atau filem- filem cerita macam Kisah Kampung Kita, filem-filem tauladan keluaran Malayan Filem Unit atau Filem Negara dan kemudian berceramah masih kekal sehingga hari ini. Fikiran itu masih wujud sekarang dalam dunia yang penuh kemodenan ini. Jika dahulu Televisyen terpaksa menayangkan filem-filem berita macam "Malaysia Seminggu" atau "Peristiwa", hari ini semua media elektronik membuat liputan mirip macam yang pernah berlaku zaman silam walau pun Malaysia mendakwa sudah merdeka 50 tahun.
Hari ini bilangan generasi pertama hampir pupus, generasi kedua sudah mula menjadi minoriti, generasi ketiga dalam keadaan meraba dan generasi ke empat dalam kedudukan tidak tahu apa-apa terhadap negara ini. Malaysia sudah mula diancam dengan tuntutan kebebasan, demokrasi dan keadilan. Keadaan itu bertambah parah lagi bila rakyat sudah mula dibodohkan dengan maklumat yang se pihak dan akhirnya lahirlah di kalangan rakyat jiwa yang memberontak dan memilih berita alternatif melalui internet atau akhbar parti-parti pembangkang. Kesan dari tindakan menyembunyikan fakta dan tidak menyiarkan berita yang telus lagi adil maka padahnya diterima sekarang.
Akhbar milik Parti Pembangkang seperti Harakah ditekan dengan berbagai alasan setelah Kerajaan (sebenarnya pemimpin UMNO) menyedari kesan dari pada berita-berita yang keluar itu. Maka berbagai syarat diberi kepada Harakah oleh Pegawai yang menjaga Permit Penerbitan sebagai kehendak kerajaan tetapi sebenarnya kehendak orang politik.
Bagi orang yang mengetahui, perbuatan orang politik itu sebenarnya akan membantu kemajuan dan minda rakyat dan orang ramai yang tidak bersetuju dengan dasar-dasar tertentu itu akan pasti berusaha untuk menumbangkan kerajaan melalui proses demokrasi. Sebagai contoh, cuba dilihat apa "kesudahan cerita" atau "ending story" keputusan pengampu Presiden Jenderal Soeharto, pemerintah paling berkuasa di Indonesia. Walau bermacam alasan dan penyebab beliau dipaksa turun dari taktanya dan parti Golkar yang ada hari ini menjadi Parti serpihan.. segalanya bermula dengan perbuatan Harmoko yang masa itu menjawat Menteri Penerangan Indonesia menutup atau menarik balik permit beberapa buah akbar dan majalah yang dianggap mengancam Soeharto dan Kerajaan Indonesia. Kalau di Malaysia tugas ini adalah tugas Kementerian Dalam Negeri.
Akhirnya bila rakyat Indonesia sudah tidak percaya lagi dengan akbar dan media eletronik maka berita yang datang dari "face to face" yang dibawa oleh penentang-penentang Soeharto melalui ceramah dan perjumpaan telah membuah hasil dengan kebetulan datangnya hikmah kejatuhan ekonomi Indonesia.
Di Malaysia, tidak mustahil akan berlaku seperti ini, jika tidak semalam, hari ini, kalau tidak hari ini mungkin esok, akan datang satu kebosanan terhadap sikap kerajaan yang masih lagi cuba menyekat akhbar-akhbar yang diterbitkan tetapi tidak sewaktu dan sealiran dengannya. Kenapa negara lain khasnya dunia ketiga yang merdeka selepas perang dunia kedua tidak berlaku seperti di Malaysia. Singapura yang dilihat sebagai ancaman keselamatan negara Malaysia dimasa depan dengan misi pelaburannya dan penguasan ekonominya, mula menggunakan TV antarabangsa miliknya untuk memberikan dan penyampaian berita yang tepat tetapi di Malaysia ucapan Tun Dr Mahathir Mohamed di Johor Baru, tidak disiarkan secara meluas di saluran tempatan tetapi mendapat tempat pada media lain seperti TV Singapura wal hal ucapan Tun Dr Mahathir Mohemad berkisar memperkataan Singapura. Senario berita negara lain berbeza tetapi di Malaysia bukan sahaja berita TV, malah akbar UMNO GLC tidak menyiarkan berita tersebut dan jika dikeluarkan pun untuk tujuan menyindir atau berita yang menguntungkan beberapa kerat mereka.
Maka jika kerajaan masih berfikir bahawa media satu ancaman kepada kekukuhan kerajaan sekiranya diberi kebebasan, maka ini adalah satu kesilapan besar. Adakah sebenarnya mereka menghalang kebebasan media atau kebebasan untuk mengeluarkan pendapat.
Dengan pihak berkuasa agensi kerajaan seperti Polis hari ini sudah menerima pakai maklumat yang diperbuat dalam internet terhadap apa yang dipanggil salah laku, ini menunjukkan satu perkembangan yang sihat. Rakyat sudah menggunakan saluran yang betul mendedahkan perkara yang tidak betul yang dilakukan oleh orang politik dan pegawai kerajaan sendiri.
Akhirnya kerajaan terpaksa menggunakan senjata paling ampuh lagi berkesan dan jauh lebih baik dari senjata nucklear bagi menjawab perkara-perkara tulisan blog atau website. Mereka akan katakan ini adalah satu fitnah.
Dan semua orang tahu kebiasaan orang yang kena fitnah jika dituduh dengan lima tuduhan tersebut maka mereka akan mencari jalan untuk menjawab salah satu tuduhan yang tidak tepat untuk membenamkan empat lagi pertuduhan dengan cara membisu atau tidak menjawap persoalan dan tuduhan tersebut..
Maka bertanyalah semua orang, apakah itu fitnah?
Sang Kelembai: Amalan yang digunakan untuk menjawab fitnah bukannya menuruti sabda Nabi Muhamad SAW. "Fitnah lebih buruk dari membunuh" sewajarnya diam kerana ada juga pengajaran yang mengatakan "Diam itu emas". Kalau kita difitnah lebih baik diam, kerana perkara yang tidak betul tetap tidak betul dan kalau kita menjawab bererti ada sedikit betul walau pun tidak semuanya betul.
3 comments:
Islam Hadhari hanya retorik politik...aku dah sedia maklum....skrg ni aku tgk Paklah dah tak bleh control situasi ini....mungkin dia terlalu ikut plan KJ yg masih mentah dlm politik....yg akhirnya menjerat diri sendiri....
zaman Tun M dulu perkara2 mcm ni biasanya undercontrol dikalangan diorg...
nampaknya mcm ada pihak didlm UMNO sendiri sedang mengkucar kacir Paklah dan kabinetnya...mungkin sbb periuk nasi diorg KJ dah tabur pasir...
aku dgr Syarikat Pembinaan BLT (anak syarikat kementerian Kewangan) adalah syarikat makan untung atas angin ciptaan KJ utk control projek kuarters2 polis dan kerajaan...
Bukan itu sahaja KJ juga sudah masukkan org dia untuk control FELDA (manager2 dan executive FELDA tahu perkara ni)...yg lain2 tu tak kira lagi...tinggal Petronas yg kaya raya tu je KJ tak berpeluang lagi sbb Tun M kan Chairman Petronas...
Pandangan aku di atas berasas..aku berharap sgt semua isu2 ni dijadikan senjata utama BA utk menyerang BN pd pilihanraya akan dtg...
Rakyat Malaysia memerlukan pejuang sejati.
Assalamualaikum-apabila perkara yang benar itu dikatakan fitnah manakala orang yang mengatakan sedemikian kata-katanya diterima bulat-bulat tanpa terlebih dahulu memeriksa kesahihan perkara yang dikatakan sebagai fitnah itu maka ketahuilah ianya adalah satu tanda akhir zaman.
Dimana orang yang menjadi pemimpin tidak lagi amanah kepada tugasnya dan mementingkan kaum keluarganya, maka pemimpin yang sedemikian akan membawa kepada kehancuran.
Marilah kita bersama2 membuat satu tekad untuk tidak turun mengundi atau mengundi pembangkang PAS. Sekurang-kurangnya kita pasti agama Islam dan ajarannya akan terbela di Malaysia ini.
Wassallam.
Sang Kelembai
Sesungguhnya hancur lah sesuatu kaum atau bangsa itu jika kaum atau bangsa itu tidak mengubah nasib hidupnya.
Satu demi satu trajedi buruk telah menimpa negara tercinta Malaysia ini, namun rakyat masih angkuh dan dalam awang ke awangan ber mimpi tiada Dajal akan datang menghancur kan tanahair ini.
Dan ketahui lah bahawa Dajal Dajal itu wujud di antara orang orang kaum kamu, maka mereka mereka yang percayakan ALLAH SWT itu Satu dan Maha Agung, alam kehidupan nya dan alam kematian nya tiodak lain hanyalah untuk kebenaran.
Apa yang berlaku kini adalah akibat Dajal ber muka kan manusia sehingga menutup penipuan dengan mengata kan nya ianya suatu kebenaran.
Masakan khinzir khinzir dapat bersekongkol dengan lembu lembu sekandang.
Di situ kebaikan, maka di situlah di cemuhi - mereka mereka ini akan di laknati oleh ALLAH SWT, hanya masa yang menentu kan.
Akhir akhir ini satu satu ahli UMNO meninggal dunia akibat kemalangan, penyakit atau pun sakit tua. Apa pun, kematian itu benar and mereka mereka yang angkuh akan mati dengan cara yang amat buruk sekali.
Hanya mereka mereka yang memahami Hukum and Ayat Ayat ALQuran dan AlSunnah memahami segala kejadian yang di alami oleh negara dan ahli ahli UMNO ini.
Sedar lah sebelum terlambat.
Post a Comment