Friday, April 20, 2007

Siri Ijok Yang Bergelora Bil:2


Setelah melepasi 24Jam, Tun Dr Mahathir Mohamed meminta maaf kerana ucapan yang menyebut Abdullah Hj Ahmad mempunyai rumah di Perth, Australia yang berharga RM60 juta sebagai tidak tepat, sehingga ke saat ini Abdullah Hj Ahmad tidak membuat apa-apa kenyataan apatah lagi mahu mengucapkan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamed.

Inilah kesombongan dan sikap bongkak yang ditunjuk oleh Imam Besar Islam Hadhari yang dipuja oleh orang-orang yang tidak berakal. Mungkin betul juga, tindakan dia tidak mahu mengucapkan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamed dan tidak seperti kenyataan dia, bila dibangkitkan isu kapal layar pemberian pemilik Astro dan Maxis untuk kemudahan dia untuk memancing ikan atau berbulan madu nanti. Abdullah Hj Ahmad tegas meminta minta surat khabar yang menyiarkan dan membetulkan kenyataan yang dia menafikan pembelian itu, tetapi sehingga hari ini akbar Turki itu tidak pernah membetulkan atau memohon maaf, jauh sekali di saman oleh Abdullah Hj Ahmad.

Kesimpulan bila dia tidak mahu berterima kasih maka dia sendiri menyedari bahawa permohonan maaf itu hanya sekadar untuk membuktikan memang ada rumah itu di Perth yang pernah didiami waktu bercuti. Dan dia pun terperangkap, bila kenyataan anak menantunya dalam kerajaan tiga beranak yang dipimpinnya sudah mengesahkan rumah itu milik abang iparnya atau anak Abdullah Hj Ahmad yang bernama Kamalludin salah seorang master mind selepas Kalimulah dalam operasi pentadbiran negara ini. Dan setelah disiasat didapati rumah itu kepunyaan isteri kepada Patrick Lim yang mempunyai kepentingan perniagaan jutaan ringgit di Terengganu dan orang yang dapat nikmat wang Ehsan Petronas dan sepupu kepada isteri Kamalludin Abdullah.

Sekarang segalanya akan diserahkan kepada pengundi di Pilihan Raya Kecil - PRK di Ijok, Selangor. Adakah dia akan kekal menyokong Barisan Nasional dan dalam masa yang sama menyokong amalan rasuah kepimpinan kerajaan tiga beranak yang diketuai oleh Abdullah Hj Ahmad sendiri, yang secara moralnya sudah boleh dikatakan bapak segala perasuah. Kalau seorang Perdana Menteri sudah boleh menerima sebuah rumah walau pun bukan namanya dan setiap ada masa terluang bercuti ke sana, sehingga saat negara menghadapi banjir, rakyat ditinggalkan, ini memberi erti rakyat dan pengundi di Ijok sudah sakit jika masih nak memangkah Barisan Nasional.

Bila melihat berita TV3 yang menyiarkan kisah yang disebutkan peristiwa tercemar waktu penamaan calon, yang anehnya hanya disiarkan kenyataan dari pemuda Barisan Nasional dan TV3 telah menghukum awal dan meletakkan kesalahan itu pada Parti Keadilan Rakyat-PKR. Ke tidak bijaknya cara publisiti itu dengan sendirinya membuktikan akan berat sebelah cara pemberitaan TV3, apa salah jika komen juga diminta dari pemimpin kanan PKR termasuk Ketua Angkatan Mudanya.

Cara perang saraf sedemikian lebih banyak merosakkan kredibiliti agensi kerajaan sendiri khasnya Suruhanjaya Pilihan raya - SPR dan Polis Diraja Malaysia -PDRM dan agensi seperti Majlis Daerah Kuala Selangor. Tidaklah sebodoh itu, pasukan perisikan Cawangan Khas-SB PDRM atau perisikan Tentera -MIO yang tidak dapat membaca dari segi semangat kedua parti lawan dan yang terpenting adalah sentimen yang dibawa masing - masing. Belum ada dalam sejarah Pilihan raya Umum - PRU atau PRK, pihak yang bertanggung jawab mengaturkan rombongan menghantar calon seperti yang dibuat di PRK Ijok meletakan kedudukan rombongan parti yang bertanding macam askar-askar dalam "The Last Samurai" secara bertentangan.

Soalnya apakah agenda pihak berkuasa ini? Sendiri-sendiri fikir dan menjawabnya. PRK Ijok menyaksikan pertandingan satu lawan satu, antara PKR calon Melayu, dan Barisan Nasional MIC yang calonnya India. Maka berkata Najib Tun Razak , bahawa BN tidak perkauman. Maka ditanya oleh pengundi di Ijok, bilakah isu perkauman Melayu/India ini dibangkitkan, kerana proses demokrasinya ialah kebebasan rakyat dengan hak yang diberi oleh Perlembagaan Malaysia 1957 untuk mengundi wakil rakyat bagi dihantar ke Dewan Negeri atau Dewan Rakyat. Kalau ini adalah isu perkauman di PRK Ijok, sudah pasti masa insiden pembalingan air botol dan kayu di hari penamaan calon melibatkan pemuda India di Barisan Nasional membaling pemuda Melayu di PKR tetapi sebaliknya yang dilihat atau ditonton di kaca TV ialah pemuda Melayu BN membaling kepada pemuda Melayu di PKR. Dan yang bercakap pun di TV semuanya pemuda-pemuda Melayu dalam BN dan tak ada pun pemuda MIC yang bercakap dalam isu yang dikatakan "mencemarkan" itu.

Maka dengan itu, isu perkauman Melayu/India sebenarnya tidak berbangkit di Ijok dan di mana - mana pun. Yang penting siapa pun yang menjadi wakil rakyat jika dapat memikat hati rakyat semua kaum, jika mati atau tidak terpilih menjadi calon, dia sebenarnya memudahkan pengantinnya untuk menang dalam pilihan raya. Sebagai contoh ialah Samy Vellu yang mengambil alih Parlimen Sungai Siput dari S. Sambanthan dan bagaimana S Sambanthan diterima oleh Melayu di Sungai Siput, bukan sahaja sebagai seorang pejuang kemerdekaan Malaya 1957 tetapi dia rapat dengan penduduk Melayu dan bila di ganti oleh Samy Vellu, dia diterima oleh pengundi Sungai Sipot dan ditambah dengan layanan Samy Vellu kepada penduduk Melayu kadangkalanya melebihi cara dia melayani orang India, hingga ada orang Melayu yang sanggup mati kerana Samy Vellu dan jika Samy Vellu tidak lagi bertanding maka orang yang menggantinya dengan mudah diterima dan disokong oleh pengundi berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh Samy Vellu.

Tetapi masalah di Ijok, tidak seperti itu. Wakil BN yang mati itu, dengar khabarnya jarang sekali hendak menyelesaikan masalah pengundi-pengundi Melayu sebaliknya meminta orang Melayu di Ijok berjumpa dengan pemimpin UMNO di Parlimen Kuala Selangor. Kerana kedudukan politik UMNO Kuala Selangor tidak bersatu, maka terlalu sukar untuk ahli-ahli UMNO yang terlibat dalam fraksi semenjak Abu Hassan Omar dulu untuk mendapat pembelaan kecuali mereka-mereka kroni Ketua UMNO Bahagian.

Itulah yang berlaku di Ijok, orang-orang Daud Tarehep yang mengharapkan wakil rakyat MIC boleh membantu atau menyelesaikan masalahnya, diminta oleh wakil rakyat itu berjumpa dengan UMNO dan sebaliknya Ketua UMNO Bahagian yang dahulunya mengalahkan Daud Tarehep tidak mahu melayan kerana mereka bukan penyokongnya. Akhirnya apa akan terjadi kepada lebih kurang 3000 pengundi UMNO... berapa banyak kah yang menyokong BN-MIC dan pada PRU 2004, Ijok menyaksikan peti undi Melayu dan majoriti pengundi UMNO telah mengundi PKR.

Itu sebab agak aneh bila Mohd Khir Toyo menimbulkan isu anak tempatan sebabnya di Selangor sendiri dapat dilihat limpahan bukan anak tempatan. Aziz Shamsudin yang bertanding di Parlimen Shah Alam, bila masa dia di lahir Shah Alam, Zakaria Mohd Deros juga begitu, bila masa dia lahir di Klang? Malah sekarang tengah sibuk menguruskan chalet di Melaka,, kenapa tidak melabur di Morib atau Bagan Lalang, begitu juga Mohd Khir Toyo, kita minta dia senaraikan wakil-wakil dari MCA dan MIC dan juga PGRM anak tempatan.

Inilah budaya dalam UMNO, mereka selalu lupa, bukankah Khalid Ibrahim masa dia menjadi tokoh korporat dahulu pernah menawarkan diri untuk berbakti di tanah tumpahnya di Kuala Selangor, untuk apa sahaja jawatan yang dia bertanding dalam UMNO Kuala Selangor. Pada waktu itu Abu Hassan Omar , Ketua UMNO Bahagian sedaya upaya menggunakan kuasa dan wang ringgit mengalahkannya dan kemudian tidak pernah melantik dia untuk apa jawatan dalam UMNO Bahagian.. tetapi dari segi kepentingan negara dia lantik dalam berbagai jawatan. Benarlah mungkin dia tidak berbakti atau membantu penduduk Ijok tetapi jangan kita ketepikan sumbangannya dalam Amanah Saham Nasional, dia antara perintisnya

Sang Kelembai: Nak kena tanya kat Mohd Khir Toyo yang tak nampak jawa lagi semenjak buat baik pulih mukanya. Agaknya berapa ramai tokoh korporat yang macam Khalid Ibrahim itu di masukan dalam Jawatankuasa UMNO Bahagian di Selangor. Dan kalau nak naikkan kroni, perlu ke dibunuh kerjaya politiknya macam yang dilakukan kepada Daud Tarehep, berjuang hampir 25 tahun dalam UMNO dengan berbagai duri dan onak ditempohkannya, kalah kerana perwakilan Kuala Selangor dipanggil ke Bukit Melawati untuk jangan menyokongnya.

8 comments:

Anonymous said...

Biarlah terus bergelora. UMNOlah 'perjuang' bangsa (termasuk india), agama (termasuk hindu) dan negara (termasuk negara India). apa bleh buat.

lamandau said...

Adalah tidak benar kalau nak diselarkan AAB sebagai sombong dan bongkak kerana tidak memberi respon kepada pernyataan maaf TDM. Kalau kita amati betul2 pernyataan TDM itu, kita harus membaca sama diantara barisnya(in between the lines). TDM bukan setakat minta maaf,tetapi memberi mesej yang lebih besar lagi.

Kalau bukan AAB yang empunya mahligai di Perth mengapa setiap kali AAB bercuti di Australia, rumah ini menjadi tempat penginapan nya? Siapa Patrick Lim ? anak?anak angkat? anak buah? atau kroni? Pada kebiasaan nya percutian PM dibiyai sepenuhnya oleh kerajaan. Adakah penginapan di mahligai kepunyaan Patrick ini dikenakan (charge) kepada kerajaan? Kalau tidak, atas dasar apa disediakan tempat penginapan tersebu oleh Patrick? atas dasar persahabatan? Kerana mendapat projek? kan ini sudah tergulung dalam kes rasuah? Kalau nak tahu semak dengan JPM adakah tuntutan elaun makan dan penginapan dibuat oleh PM ketika bercuti diPerth.

Ini merupakan mesej yang kita harus terjemahkan dari pernyataan maaf TDM itu. Oleh itu adalah agak sukar bagi AAB untuk memberi komen. Nak kata terima kasih, adakah rumah tersebut betul2 bukan dia punya? Jadi baik diam dengan harapan biar orang ramai sahaja menilai situasi ini dengan mengambil kira pernyataan menantu nya yang mengesahkan rumah tersebut kamal punya!

Lain kali AAB kalau nak bercuti sewa hotel atau apartmen sahaja spt yang selalu dibuat oleh TDM semasa mewnjawat jawatan PM dulu!!! Yang buat pembayaran nya ialah JPM melalui Kedutaan kita.

Anonymous said...

Assalamualaikum-nasib baiklah Ijok ADUNnya dari dulu MIC kalau tidak muka JAWA lah ....

Boleh tanya sikit pada Mat Khir, kenapa banyak sangat muka JAWA dalam DUN Selangor walhal Selangor ni kan Melayunya berbilang jenis ada Bugis, Banjar, Mendailing, Bangkahulu, Minang dan sebagainya. Dengar cerita YM Sultan Selangor yang berketurunan Bugis pun dah naik murka sebab muka JAWA aje yang banyak dalam Dewan. Tidak lama lagi bahawa JAWA pun akan menjadi bahasa Dewan. Oleh sebab itu jugalah mungkin muka Mat Khir dah diubah menjadi lebih Melayu sikit dengan bantuan BOTOX agaknye supaya tak nampak muka JAWAnya.

Lagi satu banyak jugak doktor gigi ... ni tentu pasal kroni dan kawan2. Walaupun isu ni dah lapuk tapi kali ini mesti ditimbulkan sebab tingkah laku Mat Khir ni dah melampau sangat. Itu tak masuk lagi cerita projek PKNS yang diberikan kepada syarikat kroninya untuk dimajukan. Nama aje projek PKNS tapi sebenarnya projek kroni ... kelulusan diberikan untuk PKNS memajukannya tapi bila dah lulus lain pulak perginya ... boleh diberikan kepada syarikat lain pulak. Itulah sebabnya PKNS sekarang ini tak berkembang masih di takuk lama jugak.

Mengenai calon MIC diletakkan di Ijok pun dah jadi satu cerita sedih, kan marjoriti di Ijok banyaknya Melayu macamana pulak bagi kat MIC. Kalau dulu mungkin bolehlah tapi sekarang mungkin tak sesuai sebab isu mengenai Abdullah Altiduri @ Imam Besar IAHAH ni terlampau amat banyaknye.

Untuk Khalid ... mungkin beliau tersilap memilih platform kalau PAS tu mungkin ada kemungkinan besar menang tapi kalau Keadilan tak tentu lagi, mungkin 50-50 sebab Anwar ni tak popular di Selangor lagi pun kisah lamanya orang pun dah tahu jadi janganlah mengaku jadi orang bersih pulak.

Wassallam.

Anonymous said...

Patutlah Pak Lah tak kata apa-apa bila Tun mintak maaf! Tapi rakyat bukanlah bodo macam Pak Lah sebab dia ingat kalau dia diam rakyat boleh nilai sendiri dan tahu sendiri. Tapi dia diamkan saja, makna betullah dia punya rumah walaupun atas nama anak dia. Bangang sungguh Pak Lah!

Aku perasan muka Khir Toyo ni dah nampak lain bila aku tengok muka dia di TV. Bertambah licin dan berseri-seri tapi masih ada muka Jawa dia. What has he done to his face? Botox or what? Tapi aku rasa dia buat macam mana pun masih kelihatan Jawa dan sebab tu kot Sultan Selangor murka banyak sangat muka Jawa. Patutnya ada juga muka bugis, Melayu, Mendailing dll. Memamg dasar kronilah kau, Khir Toyo!

Roy Eusoffe said...

Bro,

Satu analisis yang bagus. Harap diteruskan.

Sila juga melawat ke laman blog saya.

http://polanalisa.blogspot.com

Roy Eusoffe said...

Bro,
Satu analisis yang baik. Harap dapat diteruskan.

Sila juga lawat ke laman blog saya.

http://polanalisa.blogspot.com

Anonymous said...

Dengar cerita ada majlis dihadiri AAB, awal-awal lagi JPM minta media jangan tanya AAB pasal permohonan maaf TDM, betul ke... ada sesiapa bolehh confrim

Anonymous said...

politik malaysia terutamanya yg diamalkan BN tak ubah seperti politik cerita2 tamil....tak percaya sekali sekala layan lah cerita tamil hahaha...aku betul2 kecewa...

takkan negara dah kacau bilau dan harga minyak naik sampai RM3/liter baru rakyat nak sedar....

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia