11hb Mei setiap tahun diraikan sebagai hari ulang tahun UMNO. UMNO kini berusia 61 tahun, maka kebiasaan orang yang sudah berumur begitu tidak lagi begitu ghairah untuk menyambut hari jadinya. Ini disebabkan kerana “dia” sudah kekurangan usia, baki untuk hidupnya sudah masuk ke peringkat angka puluh sahaja dan tidak berpuluh lagi. Lebih malang lagi jika hanya sekadar angka tunggal dan tidak sampai ke belas, baki usianya.
UMNO sebenarnya pada 11hb Mei 1946 ialah sekadar Mesyuarat Pertama Penubuhannya bagi membentuk satu Jawatankuasa yang sah tetapi dari segi hakikatnya UMNO ditubuhkan pada 1hb Mac 1946 sewaktu diadakan Kongres Melayu Setanah Melayu di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur bagi menentang Malayan Union dan usul penubuhannya dibawa oleh Orang Kaya Menteri Hamzah Abdullah dari Persatuan Melayu Selangor. Kongres itu terpaksa diadakan bagi melawan satu Kongres lagi yang hendak diadakan oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya-PKMM yang dipelopori oleh Dr Burhanuddin Helmi yang beribu pejabat di Ipoh, Perak bagi menyokong gagasan Malayan Union.
Perlulah diperbetulkan bahawa Kongres di Kelab Sultan Sulaiman itu bukan dianjurkan oleh Dato Onn Jaafar seperti mana yang ditulis dalam buku-buku sejarah sebaliknya beliau adalah dipilih Pengerusi yang dianjurkan oleh Persatuan Melayu Selangor yang dipimpin oleh Haji Zainal Abidin Bin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Za'aba yang digelar sebagai pendeta menggantikan Tengku Ismail Lawyer yang meninggal dunia dizaman pemerintah Jepun untuk menjadi Pengerusi Kongres tersebut.
Tidaklah adil bagi Ibu Pejabat UMNO cuba untuk menghapuskan beberapa nama dalam buku "Perjuangan UMNO Bersama 50 tahun Kemerdekaan yang diterbitkan dan diedarkan kepada yang hadir pada majlis sambutan 61 tahun UMNO 11hb Mei 2007. Dalam buku tersebut muka 24, ia tidak menyenaraikan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya sebagai pertubuhan yang hadir, yang mana PKMM tersebut diketuai oleh Dr Burhanuddin Helmi dan antara yang turut hadir ialah Ahmad Boestamam termasuk Musa Ahmad sebagai pemerhati, yang kemudian diketahui sebagai Pengerusi Parti Komunis Malaya-PKM, dan juga satu pertubuhan yang bernama Pembantu Indonesia Merdeka Se Malaya. Tetapi anehnya dalam muka 36 antara 29 Pertubuhan yang menyertai UMNO (dahulunya UMNO satu pertubuhan gabungan) tertulis dalam para 28 nama Dr Burhanuddin Mohamed Noor dari Parti Kebangsaan Melayu Se Malaya.
Maka sewajarnya daripada menamakan satu Dewan di Ibu Pejabat UMNO itu atas nama Endon Mahmood yang tidak menyumbang apa-apa jasa dengan UMNO, sesuailah dewan itu dinamakan dengan nama Dewan Hamzah Abdullah dan jika ditanya orang siapa dia, jawapannya, adalah yang membawa usul cadangan menubuhkan "Pertubuhan Melayu Bersatu" dan kemudian ditambah perkataan kebangsaan oleh seorang wakil Mohd Arus Lafazd dan bernamalah dia Pertubuhan Kebangsaan Melayu Besatu - Pekembar tetapi akronimnya digunakan United Malay Nasional Organisation - UMNO kerana kehendak inspirasi penubuhan UMNO ada kaitan dengan tertubuhnya United Nation Organisation-UNO atau UN dan dikenali dengan nama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Bagaimana pun nama Dato Hamzah Abdullah diabadikan di Klang dengan nama Dewan Hamzah sebahagian kompleks Majlis Perbandaran Klang.
Orang-orang UMNO mestilah mengetahui bahawa jawatankuasa penaja penubuhan UMNO sebelum dibentangkan pada 11hb Mei 1946 terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Abd Wahab-Panglima Bukit Gantang, Nik Ahmad Kamel Mahmud-Dato Sri Setia DiRaja, Dato Hamzah Abdullah-Menteri Besar Selangor dan Haji Zainal Abdiin Ahmad- pendeta Za'aba. Tetapi nama-nama itu tidak pernah tertulis di dalam Sejarah UMNO.
Selepas penubuhan UMNO, yang agendanya bagi membahaskan Malayan Union dan jika dibaca perbahasan itu jelaslah menunjukkan bukan soal Malayan Union itu yang ditentang tetapi "kertas putih" terhadap Malayan Union itu termasuk kepada perjanjian-perjanjiannya. Bagaimana keseluruhan perbahasan bukannya minta satu kemerdekaan bagi Malaya tetapi meminta peluang yang lebih adil kepada orang Melayu dan sehingga Za’aba sendiri meminta tempoh 50 tahun dari tarikh itu supaya orang Melayu dilatih untuk jawatan pentadbiran, undang-undang dan teknik.
Malayan Union bukan satu perkara baru selepas perang dunia kedua. Isu Malayan Union bagi penggabungan semua negeri-negeri Melayu kecuali Penang, Melaka dan Singapura sudah dibincangkan dalam tahun 1922. Tetapi sebilangan raja-raja Melayu telah menolak cadangan itu kerana semasa itu kedatangan British ke Tanah Melayu lebih merupakan sebagai penasihat dan bukan penjajah. Bagaimana pun sebaik sahaja British datang semula ke Tanah Melayu atau BMA, beberapa raja telah disingkirkan kerana sebahagian darinya dilantik oleh Jepun.
Sebenarnya sejarah Tanah Melayu selepas perang dunia ke 2 yang belum berusia seratus tahun terlalu banyak diputar belitkan sama ada oleh penulis sejarah asal penjajah tetapi juga oleh penulis sejarah anak watan. Tidak siapa yang hendak menyiasat kenapakah British membantu Parti Komunis Malaya-PKM bagi mengujudkan Malayan People Anti Japanese Army-MPAJA atau dikenali dengan nama Pasukan "Bintang Tiga". Tidakkah itu dirancang sendiri oleh British untuk menjadikan Tanah Melayu selepas perang sebagai sebuah negeri yang huru hara bagi membolehkan British masuk semula ke Tanah Melayu dengan penjenamaan barunya British Military Administration-BMA.
Dari segi teorinya pergaduhan kaum selepas Jepun menyerah diri, tiada mempunyai sebab-sebab yang munasabah walau diberi alasan kerana kemarahan MPAJA kepada kedua kaum ia itu Melayu dan Cina yang telah khianat dengan bekerjasama dengan Jepun. Mengikut dokumen sulit perisikan bahawa pada 18hb Disember 1941 telah wujud pertemuan antara Lai Tek Setiausaha PKM masa itu dengan pegawai-pegawai British di Lorong-Lorong belakang di Singapura. Kenapa British melatih 2000 orang China sebagai Gerila dan kemudian memberikan bantuan logistik senjata, termasuk ubatan dan wang? Kenapa satu kajian terperinci tidak buat terhadap Lai Tek atau juga Loi Teck yang menghilangkan diri pada tahun 1947 sebelum tindakan penyingkiran dibuat oleh Chin Peng. Kenapa Ibrahim Yaakob pemimpin KMM dan juga Pembela Tanah Air-PETA menyebut akan perkataan "Sejarah Kemerdekaan Kebangsaan (Malaya) seharusnya menyalah Lai Tek dan rakan-rakanya.
Maka bolehlah dibuat kesimpulan bahawa peristiwa selepas Jepun menyerah kalah yang dikenali oleh orang-orang tua-tua "Peristiwa 14 Hari" sebenarnya adalah Grand Design British untuk menguasai semula ke Tanah Melayu kerana bimbang Ibrahim Yaakob yang pro Indonesia mengisytiharkan Malaya merdeka dan bergabung dengan Indonesia seperti mana persetujuan perjumpaan di Taiping dengan Ir Soekarno. Oleh itu tidak sewajarnya orang-orang Melayu dibakar semangat perkauman kerana insiden tersebut kerana jelas yang menjadi mangsa bukan sahaja orang Melayu tetapi tidak kurang juga kepada orang Cina. Dan mestilah difikirkan jika perjuangan PKM masa itu kerana kepentingan orang-orang China sudah pasti tidak akan diterima pemimpin Melayu dalam PKM yang kemudian diharamkan oleh British.
Sang Kelembai: Berapa orang agaknya yang tahu bahawa sistem Raja Berperlembagaan ini adalah idea yang dikemukakan selepas perang dunia kedua oleh Persatuan China Seberang Laut, yang dipengerusikan oleh Tan Cheng Lock dan seorang anaknya Tun Tan Siew Sin kemudian menjadi Menteri Kewangan pertama selepas Merdeka sebagai cadangan mengatasi kebuntuan Malayan Union. Oleh itu ini bukan idea UMNO dan jauh sekali idea saya seperti yang selalu dikatakan oleh Abdullah Hj Ahmad yang juga dikenali Dollah Baju Kebaya di samping Imam Besar Islam Hadhari.
9 comments:
Assalamualaikum-catatan sejarah boleh diubah2 kerana orang yang mencatatnya adalah golongan orang yang dibayar oleh orang yang berkepentingan terhadap catatan tersebut. Kecualilah penulis tersebut seorang yang berpendirian teguh tapi bagaimana pula hasil catatannya hendak dibukukan sekiranya tiada sokongan kewangan yang mencukupi.
Bagaimanalah pulak sejarah Imam Besar IAHAH @ Altiduri nanti ya. Mungkin sekiranya ditulis semasa pemerintahannya sudah tentulah begitu menarik dan menawan sekali.
Segala onar yang dibuat oleh beliau sekeluarga akan tiada dalam catatan sehinggakan mempromosikan produk batik tinggalan arwah isterinya Endon pun akan dicatatkan sebagai satu sumbangan yang amat besar kepada industri batik negara. Begitu sayangnya Imam Besar IAHAH @ Altiduri ni pada arwah isterinya hinggakan perasmian pameran batik di Melbourne pun boleh pergi ... jauh tu. Tapi tak pe ... jet mewah kan baru beli ... bolehlah pergi ke mana2.
Bolehlah dicatatkan juga bahawa Pak Lah ni dijadikan contoh suami mithali ... lepas tu bagi pulak anugerah "SUAMI MITHALI". Lupalah orang pada Nabi Besar Muhammad SAW yang sepatutnya dijadikan contoh suami mithali.
Kisah kekerapan pertidurannya pun akan dilenyapkan malahan kekerapan beliau bertandang ke luar negara terutama Australia pun akan dicatatkan sebagai satu sumbangan dalam meningkatkan hubungan dagang dan persahabatan antara dua negara.
Kisah kebaikan beliau kepada negara jiran Singapura pula pun akan dicatatkan sebagai satu usaha yang baik dalam merapatkan hubungan antara Malaysia dan Singapura. Jikalau tak dapat jual pasir dari Johor ... jual batu kuari dari Negeri Sembilan pun bolehlah ... kan KJ tu anak Negeri Sembilan ... maka tak susahlah Kerajaan Negeri nak bagi permit keluar batu kuari pada syarikat yang mana orang-orang ni ada kepentingannya.
Betul tak Pak Zaharin ... malangnya kita ni takde orang yang nak bukukan hasil nukilan para2 blogger semua. Kalau ada pun takkan lama di pasaran sebab akan diharamkan oleh konco2 Imam Besar IAHAH@Altiduri ni terutama sekali Pak Aziz Johari. Hasil siasatan rasuah Pak Aziz Johari pun akan dicampakkan ke dalam lautan pasifik atau lebih jauh lagi di khutub utara supaya sukar nak dakwa di Mahkamah.
Tapi Allah tu Maha Berkuasa dan akan menolong orang2 Islam yang ikhlas hendak menegakkan kebenaran.
Ameen.
Wassallam.
Sudah sampai masanya kebenaran sejarah negara dikaji dan dipertontonkan kepada genarasi sekarang. Puas dan gembira pada kebenaran bukannya gemilang yang direka-reka.
askum..takteh sini. belum baca lagi catatan sang kelembai. drop some words @ your blog dulu. will upload MAHATHIR + UMNO Taiping @ http://takteh.fotopages.com soon :))
very informative.....rupanya byk fakta dalam buku sejarah yg dibelitkan...
kita yang tak tahu mudah bebenor ditipo oleh malaun dalam umno yang penuh dengan tipu muslihatnya.
Tapi sy ada satu kemusykilan. Bukankah umeno dah diharam, lak tu, TDM buek umneo baru jadi, bukanlah 11 mei yang dirai ulangtahunnya. sepatutnya umeno TDM buat tuh patut diraikan..
alahai umeno..lain yang dibuat lain yang disambut! pegi tengok sejarah umeno woiitr, orang umeno.
tahniah atas pembetulan fakta sejarah yang selama ini diajar kepada anak2 selepas merdeka di sekolah2 menengah kebangsaan. sepatutnya dimuatkan dalam buku sejarah tingkatan 1-5.
assalamualaikum
(saya amat berharap agar komen saya dikeluarkan dalam blog saudara)
Saya telah membaca buku "Perjuangan UMNO bersama 50 tahun kemerdekaan" dan saya juga telah membaca tulisan saudara tentang buku tersebut.
Apa yang nak saya kongsikan bersama saudara dan saudara pembaca di sini, berkaitan fakta tentang penubuhan UMNO...bacalah buku-buku sejarah yang lain juga, Kongres Melayu pertama yang diadakan di Kg. Baru, Kuala Lumpur memang menyatakan idea tentang penubuhan tentang sebuah kesatuan yang dianggotai oleh orang-orang Melayu. Malah kawat keputusan kongres tersebut menyatakan:
1. Bahawa surat-surat perjanjian yang telah ditandatangani oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang bermakna memberi kuasa penuh kepada Duli Yang Maha Mulia lagi Maha Besar King Great British dan akan menjalankan kuasa yang penuh itu. Kerajaan Baginda King mencadangkan hendak menjalankan kuasa yang penuh itu di dalam lingkungan Negeri Melayu yang tersebut dan menghapuskan kuasa-kuasa Sultan-sultan itu di dalam negeri mereka masing-masing daripada suatu keadaan Raja-raja yang merdeka sebagai yang telah terdiri tidak diperbuat mengikut undang-undang tubuh adat lembaga kebiasaan Melayu yang sah dan batal dan tidak wajib ditaat oleh Yang Maha Mulia Sultan-sultan dan rakyat-rakyat mereka.
2. Bahawa yang sebagaimana surat-surat perjanjian telah diperbuat dengan tiada diketahui dan berlawanan dengan kemahuan-kemahuan rakyat-rakyat Duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan dan sebagaimana cadangan kerajaan Baginda King hendak menjalankan kuasa penuh di dalam negeri-negeri Melayu tiada diredhai oleh rakyat-rakyat Duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan. Bahawa Persidangan Agung ini menyatakan bahawa perbuatan itu berlawanan dengan kaedah-kaedah Demokrasi dan iaitu tidak boleh diterima sama sekali.
3. Bahawa cadangan Kerajaan Baginda King hendak menjalankan kuasa penuh di dalam negeri-negeri Melayu yang tersebut dan menidakkan kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan bermakna dirampas sama sekali negeri-negeri Melayu di dalam Semenanjung Tanah Melayu iaitu berlawanan dengan semangat dan kehendak Atlantic Charter.
4. Bahawa cadangan Kerajaan Baginda King seperti yang dicadangkan di dalam Kertas Putih yang dikeluarkan di dalam bulan Januari 1946 yang antara beberapa perkara mencadangkan:
• Menjadikan suatu tubuh dinamakan Malayan Union bagi menggantikan Negeri-negeri Melayu yang beraja, mereka terkeluar daripada tubuh itu Pulau Pinang dan Melaka pula.
• Menjadikan suatu hak kerakyatan dengan hak-hak yang sama dengan tidak tilek pandang kepada Bangsa atau Agama akan menghapuskan sama sekali daripada hidupnya:
i Negeri Islam Melayu yang merdeka iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang pendiriannya seperti itu telah diakui oleh Kerajaan Baginda khasnya dan oleh sedunia amnya.
ii Bangsa Melayu mempunyai Negeri dan Raja.
iii Segala Treaty-treaty yang ada di antara Kerajaan Baginda King dan Duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan dan dengan perbuatan yang memecahkan kehormatan treaty-treaty yang baginya bangsa-bangsa yang bersekutu telah berjuang di dalam sesuatu peperangan yang terlebih dahsyat di dalam tawarikh dan iaitu mengambil daripada orang Melayu hak-hak mereka itu yang semulajadi itu dinyatakan menjadi suatu timpaan yang amat dahsyat kepada mereka-mereka pula yang selama-lamanya taat setia kepada Baginda King.
5. Bahawa Persidangan ini menjemput Kerajaan Baginda King kepada suatu peperiksaan yang penuh di atas keadaan yang ada pada masa ini di dalam Semenanjung Tanah Melayu dan keadaan-keadaan itu jika diketahui oleh Kerajaan Baginda King tentu akan menangguhkan cadangan yang tersebut itu.
6. Bahawa disebabkan oleh perkara-perkara yang tersebut itu Persidangan Agung ini meminta kepada Kerajaan Baginda King menarik kembali cadangan itu dengan serta-merta dan kembalikan pendirian negeri-negeri Melayu dengan tidak ada sebarang perubahan daripada keadaan yang telah lalu.
Seterusnya, saudara menyatakan bahawa dalam halaman 24, ia tidak menyenaraikan pertubuhan kebangsaan melayu malaya (PKMM) sebagai pertubuhan yang hadir...sila semak semula buku tersebut kerana ia tersenarai di halaman 25, iaitu petubuhan dari Tanah Melayu.
Dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang ahmad boestamam, saya minta saudara serta pembaca sekalian bacalah buku memoir Ahmad Boestamam:merdeka dengan darah dan api yang diterbitkan oleh Penerbit UKM (2004). Dalam buku tersebut detail tentang kisah beliau hingga beliau keluar dan tidak menyokong perjuangan UMNO.
Berkaitan dengan Hamzah Abdullah pula, sememangnya jasa beliau tidak dapat dinafikan lagi. Nama beliau bukan sahaja diabadikan di Dewan Hamzah, Klang sebaliknya untuk pengetahuan saudara nama beliau turut menjadi nama dewan di Dewan Hamzah, Kg. Baru dan Jalan Hamzah Kg. Baru.
Sesungguhnya, memang bagus kerana ada orang yang sangat prihatin dengan fakta sejarah. Setiap pertikaian perlu ada bukti. Dan saudara perlu ingat bahawa buku tersebut tentunya Ibu Pejabat UMNO terbitkan sebagai satu oleh2 atau cenderamata bagi mereka-mereka yang selalunya gagal menginagt tarikh dan peristiwa....
"Perlulah diperbetulkan bahawa Kongres di Kelab Sultan Sulaiman itu bukan dianjurkan oleh Dato Onn Jaafar seperti mana yang ditulis dalam buku-buku sejarah sebaliknya beliau adalah dipilih Pengerusi yang dianjurkan oleh Persatuan Melayu Selangor yang dipimpin oleh Haji Zainal Abidin Bin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Za'aba yang digelar sebagai pendeta menggantikan Tengku Ismail Lawyer yang meninggal dunia dizaman pemerintah Jepun untuk menjadi Pengerusi Kongres tersebut"
another version:
"Mesyuarat jawatankuasa Pergerakan Melayu Semenanjung, Johor telah diadakan pada 14 Februari 1946 di rumah Dato' Onn (masa tu sebagai D.O) di Batu Pahat bagi merancang dasar ‘Kongres’ yang akan diadakan. Kongres tersebut akan diadakan selama empat hari dari 1 hingga 4 Mac. Pada awalnya, dirancang diadakan di Melaka kerana hendak mengambil semangat kegemilangan kerajaan Melaka abad ke-15 tetapi tidak dapat diadakan atas sebab Kesatuan Melayu Melaka kekurangan tenaga. Kemudian, Dato’ Onn meminta Persatuan Melayu Selangor pimpinan Zainal Abidin Ahmad (Za’aba) untuk mengendalikan kongres tersebut di Kuala Lumpur".
Fakta ni yang didapati dalam sebuah buku tak betul rupenye... fakta sang kelembai yang betul ye...
saya sebagai generasi yang baru agak kabur dengan apa yang dikatakan, sejarah yang di putarbelitkan sama ada oleh penulis zaman dahulu atau zaman sekarang. kalau boleh saya ingin tahu kebenarannya...
kami pada generasi baru tidak banyak didedahkan dengan sejarah atau fakta fakta yang tepat..atau sebenarnaya kami di beri fakta yang salah??
Post a Comment