Wednesday, June 13, 2007

Banjir di Johor, Banjir Di Kuala Lumpur.



Banjir di Johor di awal tahun tidak dipedulikan sangat oleh Abdullah Hj Ahmad kerana sedang bercuti dan mungkin dalam bercinta. Beliau juga terpaksa meninggalkan Johor yang banjir kerana mahu mengejar majlis perasmian Nasi Kandar milik adiknya. Bagaimana pun banjir di Kuala Lumpur yang berlaku baru - baru ini tentu ada kelainannya. Sudah adalah menjadi kebiasaan setiap orang yang yang baru berkahwin, memang meminta hujan turun kerana sebilangan besar rumah di kampung tidak ada alat hawa dingin dan untuk menyejukkan suasana hanya kipas sahaja yang boleh diharapkan. Banyak nikmatnya kalau hujan turun, bukan sahaja menyejukkan udara, sekurang perbualan waktu intim tidak didengar orang. Begitulah agaknya Abdullah Hj Ahmad melihat hujan yang turun sama ada di Putrajaya atau di Kuala Lumpur selepas dia di ijab kabulkan.

Tetapi hujan yang turun pada hari Ahad malam Isnin itu telah membawa padah pada penduduk Kuala Lumpur. Hujan empat jam itu telah menyebabkan banjir di beberapa tempat di Kuala Lumpur dan bukan sedikit kerosakan harta benda yang berlaku sewaktu hujan itu. Malangnya penderita banjir di Kuala Lumpur tidak mendapat nikmat seperti penderita banjir di Johor. Tidak ada bantuan ganti rugi walau pun RM10.00 dari kerajaan. Lebih malang lagi tidak ada arahan supaya semua mangsa yang terlibat membuat laporan polis supaya dapat dinilai kerugian yang sebenar banjir tersebut. Kalau hari ini kita minta data daripada DBKL berapa jumlah kereta yang rosak dan kalau mereka boleh memberi jawapan tepat, maka hebatlah DBKL tetapi yang sudah pasti tidak ada.

Apa yang disibukkan oleh DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan ialah memberi taklimat kepada Abdullah Hj Ahmad dan taklimat hanya sekadar memberi penjelasan kenapa dan bagaimana banjir boleh terjadi. Keseluruhan berpunca konon kerana sistem tambatan banjir. Maka berkatalah Imam Besar Islam Hadhari yang tidak langsung melihat dan mendengar mangsa yang terlibat seperti di Kampong Periok, Kampong Baru bahawa "siapkan segera projek tambatan banjir" kononnya dengan siapanya tambatan itu akan mengurangkan banjir di Kuala Lumpur.

Memang Abdullah Hj Ahmad bukan cerdik sangat, pengajian Universitinya hanya sekadar kelulusan pengajian Islam dan kerana kurang kecerdikan ini beliau dengan mudah dibodohkan oleh pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur-DBKL , Jabatan Parit Saliran - JPS, kononnya berlaku banjir kerana curahan hujan yang tinggi dan juga sungai yang dicemari sampah.

Soalan awam ialah di mana sungai-sungai dan longkang yang tersumbat kerana sampah, kerana jika dia tersumbat sudah pasti sudah dikenal pasti sebelum banjir lagi ia itu sungai dan longkang sudah bertakung air. Bukankah secara logiknya bahawa bila berlaku hujan dengan air yang turun dari celah - gunung dan bukit akan membawa kelajuan derasan yang tinggi. Ini sudah pasti menyebabkan kesemua sampah sarah di dalam sungai tertolak dan hanyut bersama dan dia akan beransur perlahan bila berada di kuala sungai.

Maka tidak benar dan jika ada kebenaran tuduhan itu pun ini bukan sumbangan utama mengenai masalah banjir sungguhpun sebahagian penyebab banjir adalah sampah sarap yang dibuang ke sungai. Tidak adalah langsung soal tambatan dan juga takungan air yang dibuat oleh JPS akan mengurangkan banjir di Kuala Lumpur dan banjir akan terus menyerang Kuala Lumpur selagi perkara yang paling kecil sekali tidak diambil perhatian oleh pihak yang terlibat menangi isu banjir ini.

Sebelum merdeka lagi kerajaan penjajah sudah mengambil perhatian terhadap banjir di Ibu Kota Malaya (sebutan masa itu). Itu sebab mereka telah membelanjakan wang yang bukan sedikit untuk meluruskan Sungai Klang sebagai mengeluarkan air di Kuala Lumpur. Tetapi kerana perancangan yang tidak teratur dan terancang beberapa bekas tanah lombong yang memang dibiarkan oleh kerajaan penjajah dan sebahagian Kerajaan Negeri Selangor selepas Merdeka telah diubah syarat untuk komersial sehingga lombong - lombong yang menjadi tambatan banjir semula jadi bertukar menjadi lombong emas bagi perumahan dan kilang.

Hujan pada pandangan mata umum ialah air, tetapi tidak pernah mereka memikirkan bila berlaku hujan dan pergerakan air dari hulu yang melalui sungai sudah pasti bahan yang dia bawa ialah batu kerikil, pasir dan tanah. Di sinilah segalanya bermula. Itu sebab dahulunya sebilangan besar longkang yang dibuat sama ada kecil atau besar tidak melibatkan “monsun drain” akan dibina mengikut ukuran jarak apa yang dipanggil perangkap pasir atau “sand trap”.

Ketiadaan longkang-longkang yang dipasang perangkap pasir menyebabkan berbagai bahan mineral seperti kerikil, pasir dan tanah lumpur telah menutup longkang-longkang tersebut dan akan menjadi keras apa bila kering. Bertambah pula semenjak pembersihan jalan raya sekarang telah diswastakan kepada Alam Flora yang hanya menyapu sampah sarap jalan tetapi tidak mengambil kisah batu kerikil, pasir dan tanah yang ada di tepi jalan maka masalah banjir akan menjadi masalah kritikal yang akan menyebabkan banyak kerugian. Jika ada pun Alam Flora membersihkan segala kerikil, pasir dan tanah, dia hanya melibatkan jalan-jalan protokol sahaja dan jumlah jentera boleh dikira dengan jari.

Kesimpulannya hujan di Malaysia adalah disebabkan sistem pemendapan air memasuki bumi dan halangan pergerakan air dalam longkang dan saliran. Maka elok Abdullah Hj Ahmad mengarahkan balik semula sistem kejuruteraan lama yang memastikan kesemua longkang sama ada di kawasan perumahan dan jalan raya supaya ada sistem perangkap bahan berat seperti kerikil, pasir dan tanah. Pastikan juga satu penyelenggaraan berkala (rutin) untuk mengorek dan membuangkan bahan berat yang terperangkap itu diadakan.

Telah tiba juga ahli-ahli Parlimen dan Dewan Negeri untuk meminda undang-undang supaya hukuman lebih berat seperti denda yang tinggi dikenakan kepada sesiapa yang membuang bahan berat ke dalam sungai dan longkang atau sekurang-kurangnya diwujudkan pegawai penguat kuasa parit dan saliran bagi tujuan memantau akan kesemua parit dan saliran yang mempunyai risiko menyebabkan banjir. Jika boleh pihak berkuasa kerajaan tempatan membuat laporan kejuruteraan atas sebab banjir di jalan-jalan raya yang tidak terfikir oleh pengguna macam Jalan Ru, Off Jalan Ampang Hilir, kerana Jalan Raya itu adalah satu jalan yang kenaikan airnya adalah pada kadar luar biasa termasuk di Jalan Kampong Pandan hadapan Petronas Taman Maluri.


Dan terakhir setelah kerajaan membeli teknologi yang bukan sedikit jumlah RM Juta malah menghampiri 200 Juta sistem ITIS yang mempamerkan maklumat jalan-jalan di Kuala Lumpur, yang mana tidak berfungsi secara total waktu banjir dan khabarnya tidak berfungsi kerana akibat pencurian kabel dan jika sudah diketahui kabel mudah dicuri kenapa tidak diubah reka bentoknya supaya ciri-ciri keselamatan kabel boleh menghalang dari dicuri. Sistem ITIS mestilah diselarikan dengan sistem amaran banjir yang diperbuat oleh JPS dan kemudian Radio KL sewajarnya memberikan penerangan secara langsung dari bilik gerakan polis atau DBKL perkembangan semasa banjir dan jangan asik menceceh perkara yang tak berkenaan dan memasang lagu sahaja.

Sekadar ingatan semasa JPS di bawah Kementerian Pertanian dahulu dan semasa Menteri Sharif Ahmad (Allahyarham) memegang portfolio tersebut, beliau telah memperuntukkan wang yang banyak juga untuk menjadikan Sungai Klang seperti Monsun “Drain” yang dimulakan kedua arah Sungai Gombak dan Sungai Batu tetapi hari ini hanya sebahagian sahaja Sungai Klang yang mempunyai tebing sungai konkrit. Maka telah tiba masanya Sungai Klang bermula dari mana yang bengkang bengkok diluruskan segera.

Sang Kelembai: Penyelesaian Banjir di Kuala Lumpur tidak akan selesai, banjir akan berterusan di Kuala Lumpurdan yang terpenting sekarang ialah menukar perancangan bangunan dan jalan di Kuala Lumpur termasuk soal-soal kejuruteraannya seperti Dataran Merdeka yang sepatutnya bangunan di kawasan itu sudah dipasang alat penahan banjir yang kalis air untuk tidak meresap ke dalam bangunan . Kesimpulannya pemikir DBKL yang dianggap profesional dah jadi macam otak Abdullah Hj Ahmad dan adalah aneh DBKL membenarkan dibina bangunan komersial dan menutup parit di kawasan Jalan P. Ramlee dan Jalan Pinang.

6 comments:

Anonymous said...

Saudara SK,

Tertarik saya dengan cerita Tuan berkenaan dengan banjir di KL. Saya bersetuju dengan tulisan saudara terutama sekali dengan sikap prihatin Pak BODOlah di dalam memberi komen semasa taklimat banjir kepada beliau oleh DBKL dan JPS. Rata-rata mempersalahkan hujan yang luar biasa.

Bagi saya kalau PM yg pandai, beliau akan memikirkan jangka masa yang panjang. Dalam erti kata yg lain, sesuatu projek itu akan bertahan berapa lama? Kalau SMART tu tidak dapat mengawal banjir sekalipun baru saja dilancarkan, apatah yang akan berlaku di tahun-tahun yg akan mendatang? Dengan fenomena pemanasan global sekarang, rasanya hujan akan jadi lebih luar biasa di masa hadapan.

Tidakkah Pak BODOlah dapat berfikir semasa taklimat itu diberikan?

Ternyata, kalau beginilah sikap PM kita, nescaya akan hancurlah Melayu dan Malaysia di zaman beliau.

Tidakkah kita terfikir bahawa itu adalah petunjuk ALLAH terhadap kemungkiran yg dilakukan oleh Imam Besor ada had ada hari? Kenapakah berlaku di hari minggu? Rasanya kalau berlaku di hari bekerja, pasti akan ada yg terkorban. Allah Maha Kaya dan Mengetahui....

Jadinya, teruskan menngunakan mata pena Tuan di dalam membuka mata semua rakyat yg rajin membaca. Kepada yg lebih suka mengampu dari membaca, lebih baik menjaga lembu kerana tiada bezanya....

Orang Tanjung

Anonymous said...

Sistem ITIS itu memang tidak berguna langsung. Saya berasa CCTV yang dipasang berserta dengan siaran radio lebih bernilai daripada ITIS. Paparan skrin besar ITIS selalunya rosak ataupun maklumatnya langsung tidak dapat membantu. Kalau kita melihat cara Singapura mengendalikan kawalan trafiknya, sistem mereka mampu memberi maklumat masa untuk sampai ke suatu jalan dari dari yang lain. Bukan itu sahaja, mereka menggunakan lampu isyarat segerak. Banyak lampu isyarat kita dipasang tanpa membuat statistik masa menunggu menyebabkan kesesakan lalulintas kerana wujudnya lampu isyarat. Itu yang amat menyedihkan.

Anonymous said...

sekadar teguran
Adalah keterlaluan apabila saudara mengaitkan "ketidakcerdikan" dengan Pengajian Islam secara umum. Adakah ulama-ulama yang lahir dari ariran ini juga dianggap sebagai tidak cerdik?.Sepatutnya ayat tersebut perlu diharmoniskan kerana tidak semua graduan daripada bidang2 lain cerdik2 belaka. Dengan sekelumit ilmu manusia kadang2 boleh merasakan dia sudah terlalu cerdik, suka berlagak cerdik atau lebih parah tidak pasti samada dia cerdik atau tidak.

Anonymous said...

kalau dia setakat cakap speed up, yg duduk tanjang rambutan pun boleh cakap.

lihat kadar resapan air di kawasan DBKL. saya katakan sifar. sebab air hujan tidak boleh diserap langsung ke bumi sebalingnya mengharapkan parit konkrit monsun utk mengalihkan air dari kawasan KL ke luar. Adakah JPS membuat kajian jumlah penjanaan air sedia ada dan jumlah air dari hujan. dengan adanya indikator ini, barulah perancangan mengatasi atau mengurangkan air boleh dibuat. pembinaan terowong smart tidak boleh mengatsi masalah banjir, jika begitu mengapa dibina? rupa2nya untuk mengutip tol sahaja. realiti KL

Anonymous said...

sk,

kira oklah tu, PL nak juga turun ke bilik gerakan terbabit. yang lebih menjadi kronik adalah sikap sang menteri kaki cuti (menteri wilayah) yang tengah sibuk berada di Kota London semasa kejadian banjir.

tak faham tengok sikap sang menteri yang seolah membuatkan kementerian wilayah sebagai 'daerah keluarga dan kroni sendiri' buat sekian lama. apa produk kementerian wilayah...? bendera? retreat? sukan wilayah? apa lagi....

penulis rasa, sang menteri patut pula muhasabah diri...muhasabah sekali pegawai kanan (hashim janggut, mad hashim 'ustik' (ustad politik, dll.)

kalau berada di luar negara, atas alasan tengok anak yang bersekolah di sana....baik tukar ajer sang menteri ni. suruh dia jaga 'seri meraga' lebih elok....dari menukarkan kementerian wilayah dan DBKL jadi 'seri keluarga'.

samalah juga dengan datuk bandar yang lembab dan over.

Anonymous said...

Tuan,
Banjir tu biasalah namapun dah kuala lumpur mestilah rendah. Tapi banyak yang boleh dibuat untuk mengatasi masalah ini sebab banjir yang dihadapi hanyalah banjir kilat dan bukannya banjir bah yang beberapa hari baru surut. Kita pasti bahawa perbelanjaan yang besar digunakan untuk menghantar para pegawai dan jurutera kita untuk mempelajari sistem pencegahan banjir keluar negeri nampaknya gagal.
SMART Tunnel betul-betul TIDAK smart langsung bukan hanya menelan belanja RM1.9billion tetapi lebih menyesakkan jalan keluar ke Seremban hanya satu lorong jam macam nak gila. Kalau tak mati lemas sebab air mungkin carbon diokside. Tujuan asal SMART Tunnel adalah untuk mengatasi masalah banjir tetapi sekarang pengguna pula perlu membayar tol RM2.00.
Persoalannya adalah adakah pemegang konsesi tol menampung semua perbelanjaan tersebut atau ada dapat claim dari kerajaan. Jadi kalau dapat claim dr kerajaan maka berapakah jumlah tanggungan pemegang konsesi daripada jumlah kontrak tersebut. Mungkin hanya ratusan juta sahaja. Kalau begitu mereka pasti untung besar.
Sebab yang pasti adalah Sg. Gombak melintasi betul-betul ditengah bandaraya maka salah satu caranya adalah membuat satu diversion di hulu lagi bukannya di hilir sungai.
Pasang paip-paip besi yang besar (5/10 kaki diameter) 10 batang ke underground untuk divert air tersebut tentu kosnya tidak sampai berbillion.Jangan hanya hendak merancang untuk menjadi yang pertama sahaja seperti Smart Tunnel yang akhirnya menyusahkan diri sahaja.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia