Sunday, June 17, 2007

Tun Razak Seorang Sosialis




Pemuda UMNO mengadakan seminar legasi Tun Razak Hussein dan beberapa orang yang pernah bekerja atau mengenal beliau dijemput untuk memberi pandangan. Maka seminarnya itu bertukar menjadi majlis nostalgia termasuk oleh anaknya sendiri Najib Tun Razak. Tidak ada seorang pun pengkaji politik yang dijemput membentangkan kertas kerja atas sikap dan pendirian politik Tun Razak Hussein.

Pemuda sebagai orang muda, di saat kematian Tun mungkin baru berusia empat tahun dan tidak mengerti apa-apa terhadap kematian itu. Sekiranya benar pengerusi penganjur seminar itu Khairi Jamalludin berkata, bahawa baru dia sedar kenapa Allahyarham ayahnya yang menjadi duta ke Kuwait terlalu sedih dan hiba pada 14hb Januari 1976 apabila Boeing 707 milik MAS yang menghantar pulang jenazah Tun Razak singgah di Kuwait kerana mengisi minyak. Semua orang tahu bahawa Khairy Jamalludin baru berusia 30 tahun sekarang dan Tun Razak Hussein telah meninggal 31 tahun. Bagaimana agaknya dia mampu ingat. Kalau dia berumur 40 tahun sekali pun jika dia boleh ingat maka memanglah dia seorang genius.

Satu perkara yang tidak di ambil ingatan dan tidak dipedulikan orang yang mendengar Berita di TV3 akan kisah Tun Razak Hussein ialah beliau pernah berjalan kaki dan berkaki ayam bila bersekolah di kampung asal di Langgar Pekan, Pahang. Bagi orang yang berfikiran waras, mereka akan bertanya, bukankah Tun Razak Hussein anak seorang pembesar Pahang yang bergelar Orang Kaya Indra Shahbandar, antara orang berempat Keluarga Diraja Pahang? Kenapa dia begitu miskin dan tak mampu membeli kasut?

Di sinilah sepatutnya kita ambil kira sikap politik Tun Razak Hussein. Beliau bukan sahaja idola, mentor atau sumber inspirasi kalangan orang politik tetapi juga kepada anak-anak yang terbiar. Jarang hendak diperkatakan orang bahawa ayahnya Dato Hussein Bin Mohd. Taib walau pembesar di Negeri Pahang tetapi berkahwin dua. Semenjak dia beristeri baru di Bentong, Pahang dan telah mendapat anak, antara anaknya adalah Zainun Hussein yang menjadi isteri kepada Hamzah Abu Samah, Bekas Peguam Negara dan Menteri Undang-undang. Keluarga Tun Razak Hussein mempunyai seorang adik perempuan lagi yang kemudian berkahwin dengan Mohamad Jusuh dan pernah menjadi Menteri Besar Pahang. Malangnya ini tidak diambil kisah oleh ayah Tun Razak Hussein dan dia membesar dengan pemberontakannya terhadap sikap ayahnya sendiri.

Itu sebab bila belajar di England, Tun Razak menyertai Parti Buruh dan dengan minat yang mendalam dalam soal-soal politik, bila dia balik ke Malaya dan dia telah menyertai MCS-Malayan Civil Service. Tun Razak Hussein menyertai UMNO kerana galakan kerajaan penjajah masa itu supaya pegawai-pegawai kerajaan termasuk MCS menyertai UMNO bagi mengaburkan mata orang-orang Melayu bahawa UMNO sebuah parti yang disokong oleh kerajaan dan siapa menyertai UMNO akan dikira selamat kerana, di luar UMNO terdapat beberapa parti lain termasuk gerakan berhaluan kiri yang ditekan oleh British termasuk PKMM yang diharamkan.

Perlu di ingat Tun Razak Hussein bukan Tunku Abd. Rahman Putra kerana Tunku terus meletakan jawatan sebagai pegawai Jabatan Kehakiman atau masa itu hendak ditukarkan menjadi Pegawai Pendakwa Raya. Sebaliknya Tun Razak Hussein kekal sebagai pegawai MCS walau seketika menjadi Menteri Besar Pahang. Tun Razak Hussein memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO dan kemudian bertukar jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dengan Sardon Jubir dan meletakan jawatan MCS bila beliau dipilih bertanding dalam PRU- Pilihan raya Umum 55 dan kemudian dilantik menjadi Menteri Pelajaran.

Jawatan Menteri Pelajaran kekal selepas Merdeka dan beliau tidak pernah secara automatik dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sebaik sahaja Malaya merdeka. Tunku Abd. Rahman Putra tidak melantik Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana semasa itu sudah terdapat desakan supaya lantikan seorang Timbalan Perdana Menteri adalah perlu dari orang bukan Melayu. Akhirnya Tunku membuat helah untuk bercuti kerana hendak berkempen menghadapi PRU 1959 dengan meletakan jawatan dan melantik Tun Razak Hussein sebagai Perdana Menteri dan selepas kemenangan itu, Tun Razak Hussein terpaksa menyerah balik jawatan Perdana Menteri kepada Tunku dan baru Tunku Abd Rahman mengumumkan Tun Razak Hussein sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Timbalan Perdana Menteri.

Pendedahan Tun Razak Hussein sebagai anggota Parti Buruh banyak membantu beliau menguruskan dasar pembangunan negara ini. Kerana dia faham sangat bahawa sebuah negara demokrasi yang mana sistem kekuasaan di tangan rakyat dan jika rakyat hendak menyokong kepada suatu parti maka prinsip negara bertanggungjawab atas kesejahteraan rakyat mestilah dilaksanakan. Walau pun Tun Razak Hussein dilihat sebagai "otoritet" dalam menguruskan pembangunan negara ini, beliau melaksanakan kepentingan bersama atau lebih tepatnya "kepentingan negara"

Garisan panduan DEB-Dasar Ekonomi Baru melalui serampang dua matanya jelas menunjukkan ada pemakaian sistem sosialis, di dalam sosialisme yang mana setiap orang diperlakukan sama oleh negara dan tidak ada kekuatan lain yang selain kekuatan negara. Bagi melaksanakan DEB, satu mekanisme sokongan diwujudkan yang dinamakan RUKUN NEGARA. Ini memberi maksud apa yang dilakukan mesti dalam garis lima prinsip yang ada dengan mukadimah masyarakat adil dan kemajuan berasaskan sains dan teknologi.

Prinsip tersebut hampir menyerupai dan hampir dengan prinsip komunisme yang dikembangkan oleh Karl Marx dan Friederich Engels. Marx dan Engel memutlakkan prinsip sosialis dengan mengatakan bahawa keadilan dan berkemakmuran hanya tercipta kalau dalam masyarakat tidak ada kategori atas dasar kelas, lebih tepat disebut sebuah "masyarakat tampa kelas" (no class society)

Tun Razak Hussein menyedari dari segi Malaysia, sebelum atau selepas Merdeka tetap tidak boleh menerima fahaman komunis tetapi mungkin beliau memikirkan sama seperti yang ditulis oleh William Ebenstein di dalam bukunya Today Isms bahawa ideologi sosialis dalam negara yang baru hendak maju sangat penting. Maka Tun Razak Hussein membina DEB berlandaskan fahaman sosialis kerana menyedari Malaysia hendak mencapai pertumbuhan ekonomi yang cepat. Tanpa kemajuan ekonomi bererti Malaysia tidak akan ada kemerdekaan politik dan kepimpinan internasional yang sejati.

Bila Abdullah Hj Ahmad mengatakan dia ahli politik yang dilahirkan oleh Tun Razak Hussein, apa yang kita lihat bertentangan dengan akuan yang dibuat oleh Abdullah Hj Ahmad. Beliau hanya seorang pegawai MCS yang berketuakan Ketua Pegawai Eksekutif MAGERAN yang dipegang oleh Jeneral Ibrahim Ismail dan beliau bukan orang yang membuat dasar serta jika tahu apa yang di bincang dalam MAGERAN itu hanya kerana dia hadir di dalam mesyuarat-mesyuarat itu sebagai Pembantu Peribadi, sebab bila MAGERAN di mansoh kenapa dia dihantar menjadi Pengarah Belia, kenapa tidak ke Jabatan lain khasnya di Jabatan Elit Unit Perancang Ekonomi.

Percantuman idea sosialis itu yang menuntut sebuah kerajaan demokrasi supaya melaksanakan "negara memenuhi keperluan rakyat" atau sebuah negara yang dipanggil “walfare state” dan bukan terjemahan langsung negara kebajikan tetapi negara kesejahteraan. Dan sebuah negara kesejahteraan memiliki pandangan bahawa negara harus memberi subsidi kepada keperluan pokok iaitu rakyat terutama di bidang-bidang yang terbabit dalam mengolah dasar mendasar seperti pendidikan, pengangkutan awam, minyak dan makanan keperluan utama sapersi yang di sasarkan oleh William Ebenstein.

Bila Abdullah Hj Ahmad dalam kerajaan tiga beranaknya sekarang menarik semula subsidi yang pernah dijadikan dasar oleh Tun Razak Hussein, maka jelaslah dia bukan ahli politik yang dilahirkan oleh Tun Razak Hussein. Jika Najib Tun Razak sendiri yang punya DNA Tun Razak tidak punya genetik Tun Razak, siapa Abdullah Hj Ahmad yang hanya sekadar imam besar mazhab Islam hadhari yang sudah pasti jika sudah tidak menjadi Perdana Menteri, mazhab itu akan dibawa bersama ke kuburnya dan tidak diteruskan seperti berlaku kepada Anwar Ibrahim dengan masyakat madaninya.

Sang Kelembai: Kalau Abdullah Hj Ahmad rapat dengan Tun Razak dan dia jenis membaca dan bukan kaki tidur sudah pasti dia akan terjumpa satu catatan Tun Razak Hussein selepas balik dari lawatan pertama ke China sebelum PRU 1974, bahawa dia hanya hendak menjadi Perdana Menteri sepenggal sahaja dan selepas itu bersara dan balik ke Pahang. Tidak macam dia yang marah-marah bila rakyat mengatakan dia hanya layak menjadi Perdana Menteri sepenggal.

9 comments:

The Ancient Mariner said...

Saya amat hairan kenapa Pak Lah pandai pandai mengaku 'political son of Tun Razak'. Tidak kah ini yg mungkin di maukan oleh Najib sendiri- biological AND political son utk masa depan politiknya?

lamandau said...

Hairan mengapa euphoria tentang TARz dalam dua tiga hari ini? Selama ini tiada yang sempat menilai sumbangan allahyarham kepada negara ke? Atau ini hanya satu sendiwara oleh KJ untuk memperlekehkan sumbangan TDM? Atau adakah ini menunjukkan rekonsilasi Najib, AAB dan KJ benar2 berlaku! You scratch my back I'll scratch yours!!! Atau menyesal kerana balon Najib begitu kuat dalam kes razak baginda?
Macam budak2 aje. Semua pemimpin terperangkap dgn mainan budak2, termasuk Zam, Najib, dan prof itu prof ini!!!Betul lah kita mempunyai mentaliti kelas dunia ketiga , sama taraf dgn negara2 dibenua afrika!!!

Kan Tg Razaliegh dah buat di UM tidak berapa lama dulu? Ucapan Tg meliputi semua aspek Tun Rzk, kerana beliau adalah anak didik Tundan terlibat sama dalam perancangan dan implementasi DEB! Mengapa beliau tidak di undang? Nampak sangat KJ nak ujudkan 'peaceful co-existance ' dgn DS Najib!! Mungkin terasa kedudukannya telah tergugat dgn kehadiran orang baru dlm keluarga!!!

SK, buat research banyak2 tentang Allahyarham Tun untuk dihayati oleh generasi sekarang dan masa depan!

Anonymous said...

Menarik blog ni. Sape yang tak nace, rugi. Tahniah.

Anonymous said...

Let me tell you, i dont bother if this posting will be publish or not. Tun Razak is truelly the one to be blamed. He is the one who created DEB the father of all discrimination policy. Is that not the TRUTH.

Anonymous said...

Zahrin,

Sebenarnya Tun Abdul razak mempunyai apa yang ada pada pemimpin , mengukir jalan untuk yang lain mengikut sedangkan Pak Lah menutup laluan supaya orang tidak boleh tahu arah mana yang dimahu tuju. Akhirnya pengikutnya jadi hura hara tak tahu jalan mana. Ini sebenarnya menyebabkan kita patut menilai semula Pak Lah.

Anonymous said...

Yang Dihormati SK,
Selepas mengikuti tulisan tuan dalam blok ini untuk beberapa waktu bolehlah saya katakan bahawa tuan amat KRITIKAL terhadap apa jua percakapan; pergerakan dan tindakan Paklah. Saya ingin mencadangkan bahawa tuan buat declaration hari ini juga akan menentang Paklah semasa GE nanti. Kalau kita merasakan bahawa pemimpin kita tidak betul maka sepatutnya tuan declare sekarang untuk menjadi calon menentang Paklah semasa GE nanti. Kalau tuan mendapat 1001 ke atas maka dikira tuan sudah menang. Bagaimana? Berani! atau hanya berani menulis di blog sahaja. Yang pasti tetap akan ada pengundi yang akan mengundi tuan di Kapala Batas nanti.

Anonymous said...

KJ dilahirkan pada 10 Januari 1976, iaitu 4 hari sebelum Tun Razak meninggal dunia. Dan nampaknya KJ sangat genius! Ha ha ha~!

membaca untuk menilai said...

Saudara SK,
Setiap pemimpin negara ada kelebihan dan jasa mereka. Mereka juga ada kelemahan masing-masing seyperti kita. Janganlah kalau kita suka kita hanya akan mengenengahkan sudut positif org tersebut sahaja tetapi jika kita membenci individu tersebut yang kita nampak dan ketengahkan hanyalah sudut negatifnya sahaja.saya suka membaca komen anda bila ianya bersifat analytikal tetapi banyak ketikanya lebih bersifat permusuhan peribadi dgn AAB & Family sehingga kelihatan AAB seperti tak ada jasa dan "not worth" sesen pun. Maaf sekiranya tafsiran saya salah.

Little J said...

Worth to read and assimilate.

Foreign capital doesn't have to put up with NEP

Feroz Qureshi
Jun 26, 07 4:39pm

I refer to the malaysiakini report EU envoy summoned to explain NEP criticism . After reading the comments made by the European Commission's top envoy to Malaysia, I can't help but put my two cents worth into the fray.

I have worked and lived in Malaysia and am well accustomed to its social fabric and political system. As a foreigner, I have a better understanding than Westerners on this issue because I speak Bahasa Malaysia and have been exposed to Malay culture and traditions from young. Still, I am perplexed by the NEP and its predictable ills especially coming from an environment where 'meritocracy' is, to a small extent, worshiped.



Essentially, all societies are unequal in some form or other but few in the developing world would attempt to make more equal by legislating a heavy-handed unequal-ness. This is what Malaysia has done. The extreme of this ideology has to be Mugabe's confiscation of white-owned farm lands in Zimbabwe.

To me and others who swear by free competition, the NEP is flawed from its conception in 1970. What baffles me is that the Malay political elite remains adamant that a redistribution of wealth via such means is the one and only solution.

In my dealings with the Malaysian government, I have learnt that there is a feeling of 'entitlement' among Malays that makes for a curious insight. Their behaviour can be as patronising and feudal as kings of old who place themselves above all others on a misguided notion that they were born into the 'right group'.

All throughout history, when a group of people are content with the status quo, it is only because they are its prime beneficiaries! To the point that even when they see injustice in the system, they are unlikely to get rid of it.

And believe me, education doesn't change a thing. Human nature is such that when one enjoys 'unfair advantages' - be it through the NEP, farm subsidies from the EU or simply having wealthy parents - one is somehow driven to rationalise these advantages as deserving and good.

Malaysia is now experiencing its second generation of NEP legislation and this is where grave danger lies, for it will, if not already, be deeply entrenched in the psyche of the Malay. Far from being more even-handed in its application, the young educated Malays will hijack the NEP. There is already much rhetoric coming from Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi's own son-in-law towards this end.

Efforts by the present government to weed out corruption (smokescreen or otherwise) will be seen in some quarters as depriving new Malays from benefits their parents enjoyed. The late Peter Drucker once famously said, 'It is foolish to expect change from those who have benefitted from the old order'.

This development, nay, stubborn continuation of a poorly-conceived set of laws, does not auger well for Malaysia among its non-Malay citizens. And although they have put up with it, foreigners and foreign capital don't always have to. The moment profits are not good enough and the NEP erodes margins, they will pack and go. Thus, the government now finds itself in a quagmire – expectations from both sides are beginning to exceed the ability to deliver.

While there is strong political will to maintain the NEP, the system itself is headed for collapse in the foreseeable future. Fast-forward 30 to 40 years and you will arrive at the same disturbing scenario as a few socialistic European governments of today – overbloated and inefficient civil service, pension schemes defaulting, government subsidies propping up unsustainable businesses, high unemployment from lack of new jobs, healthcare crises, etc, etc.

The lesson here is a simple one. When you do not allow the best and brightest to rise or lead, then you degrade society as a whole.

My assessment of this issue is that the Malay-educated is obsessed with getting a bigger slice of the domestic pie that this outlook seems insular and resentful. His perception of the NEP is nothing short of ridiculous – a sense of righteousness amidst misplaced ideology, borne out of fear and resentment towards others who seem better off economically. It lies somewhere along the lines of, 'If the Chinese and Indians are unhappy with it, they can leave Malaysia'.

And this belies one of the tragedies of Malaysian society – it is never short of able and bright minds, but ethnic suspicions make all Malaysians under-perform as a collective. Perhaps the NEP should be phased out to blur the lines of ethnicity in the country, albeit gradually to lessen the shock impact.

And my conclusion is that as long as the NEP remains in its present form, the Malay-educated can never rise fully. At best, they become 'big fish swimming in small ponds' and will never be able to compete at an international level. Hence, I will not be surprised if Malaysia's economic pie vis-à-vis the rest of the world's grows insignificantly. After all, fish in ponds will drown in the ocean.

I use a business pitch when differentiating from Malaysian firms and companies. I tell my clients that in Singapore, everything from education to jobs to business and government contracts, we have to compete with the rest of the world. In Malaysia, the Malay only needs to be better than other Malays.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia