Monday, July 02, 2007

Jawab jangan tak jawab

Berdasarkan berita akhbar harian milik parti pemerintah, Majlis Tertinggi UMNO yang juga boleh di panggil Empty (MT) UMNO akan menyediakan penulis-penulis untuk menjawab tulisan-tulisan di laman blog atau laman web di dalam Internet yang menyentuh soal-soal UMNO khasnya tohmahan kepada pembesarnya yang sedang memerintah Malaysia dalam Kerajaan Tiga Beranak.

Penulis blog atau juga pengendali laman web sama ada dari parti politik bukan Barisan Nasional atau laman berita alternatif yang bertujuan menulis dan memaparkan berita akan kisah penyelewengan dalam pentadbiran Kerajaan Tiga Beranak di bawah pimpinan Abdullah Hj Ahmad membaca berita itu sebagai satu kemenangan awal dalam satu perjuangan yang panjang.

Mengapa tidak? Jika setiap kali berjumpa dengan ahli UMNO yang sara hidupnya ditanggung dengan berpolitik terutama yang telah mendapat tempat jadi Menteri, Menteri Besar atau apa-apa jawatan yang prestij bukan kerana cerdiknya kerana ada jawatan dalam UMNO Bahagian atau Cawangan atau dilantik oleh pembesar UMNO akan mengatakan bahawa kesemua tulisan atau apa sahaja yang dipaparkan oleh penulis blog atau laman web tidak dibaca orang khasnya orang kampung.

Inilah satu kelemahan cara berfikir orang yang ada jawatan dan pangkat di dalam UMNO dari Presiden Partinya membawalah ke ahli yang buta huruf politik. Dari zaman Napoleon Bonaparte lagi sudah disebutkan akan takutnya surat khabar atau sekarang dipanggil media dari pada pedang yang berjumlah lebih banyak dari surat khabarnya. Tetapi pembesar UMNO tidak pernah mengambil iktibar kenyataan Napoleon itu dan sekarang setelah dia sedar bahawa perjuangan melalui Internet dikalangkan pejuang siber bukan bertujuan untuk menang sekarang tetapi mencari kemenangan secara bertahap.

Selama ini UMNO sudah mengusahakan untuk menjawab persoalan atau tulisan yang ditulis dalam laman blog atau laman web yang lebih merupakan "character assasination" yang ditulis melalui budak suruhannya dalam blog dan laman web naungannya sama ada dari ibu pejabat UMNO atau dari pejabat Azalina Othman Said sendiri.

Jika diteliti tulisan-tulisan tersebut, jawapan itu dari sudut psikologinya bukan sahaja orangnya yang menulis tetapi UMNO itu sendiri telah mengalami virus Homo Sovieticus kerana ciri utamanya adalah skizofrenia. Virus Homo Sovieticus asalnya dari Russia yang bulan lalu di kunjungi oleh Abdullah Hj Ahmad dan istilah itu datang sebaik sahaja USSR dibubarkan, ia memberi pengertian lebih kurang, jika tembok Berlin sudah runtuh tetapi tembok dalam kepala Jerman Timur tetap kukuh, Uni Soviet sudah bubar, tetapi sejenis keperibadian hasil bentukan di zaman komunis tetap bertahan.

Singkatnya pengertian Homo Sovieticus ialah mempunyai keperibadian yang terpecah dua. Ia mempunyai dua wajah: wajah awam dan wajah peribadinya. Kedua wajah ini bertentangan, tetapi hidup berdampingan. UMNO dalam masa yang sama mempunyai teras memperjuangkan halusnya bahasa dan budaya tetapi dalam menjawab tulisan lebih banyak menyentuh peribadi daripada menjawab persoalan. Dan penulis-penulis ini akan merasa megah dan tentu mendapat imbuhan dari tuan-tuannya tanpa dia menyedari dia hanya sekadar anjing pemburu yang akhirnya Tuan-tuan mereka akan memberi tulang-tulang sebagai upah pembunuhan karakter kepada penulis blog dan laman web.

Mereka tidak berilmu, mereka tidak mengetahui dengan banyaknya menulis bercorak "character assassination" sebagai menjawab tulisan blog sebenarnya membawa kemenangan juga kepada penulis itu. Kerana penulis UMNO hanya sekadar Muslim dan bukan mukmin, jika dia mukmin dia pasti menyedari bahawa Nabi Muhamad s.a.w. sendiri pernah menyatakan "bahawa kamu dengar apa dia cakap bukan kamu tengok siapa yang bercakap". Ini memberi pertunjuk siapa pun berhak bercakap dan berhak didengar. Soal kemaksiatan telah dijelaskan oleh Imam Ahmad Hambal, ambillah yang bermaksiat itu menjadi panglima perang kamu kerana dia berani, kerana beraninya untuk Islam tetapi maksiat untuk dirinya dan kamu tolak yang alim tetapi penakut kerana alimnya itu untuk dirinya dan penakutnya keburukan kepada Islam.

Seperti yang tulis oleh penulis kolum Indonesia "Rakyat suatu bangsa itu selalu diam, tetapi ia mencatat dan tidak pernah lupa. Rakyat itu seperti ular naga yang keberatan badan, melingkar saja dalam keheningannya sendiri, tetapi panca inderanya tajam dan intuisinya kuat. Jangan sekali-kali melukainya, apa lagi melukainya berkali-kali, maka sekali ia bangkit, akan rosaklah malapetaka yang ditimbulkannya".

Sewajarnya Abdullah Hj Ahmad menyedari bahawa Malaysia yang akan menyambut 50 tahun Gemilang Malaysia sebagai sebuah negara Merdeka belum lagi melahirkan pemimpin yang datang daripada rakyat. Kesemua pemimpin datang kerana permasalahan yang berlaku ke atas pemimpin yang ada. Tunku Abd. Rahman Putra tidak lahir sebagai pemimpin Melayu, dia terpaksa bertanding jawatan Presiden UMNO setelah dikosongkan oleh Dato Onn Jaafar, yang sebelum itu dilantik menjadi Presiden UMNO kerana dia memulakan penentangan Malayan Union dan menubuhkan UMNO.

Tun Razak Hussein menjadi Perdana Menteri kerana Tunku Abd. Rahman Putra sudah mengetahui bahawa dia sudah tidak popular lagi dan kerana insiden Mei 13 dan dia adalah orang yang bertanggung jawab berlaku peristiwa itu. Hussein Onn jadi Perdana Menteri kerana kematian Tun Razak Hussein, Tun Hussein Onn pula meletakan jawatan kerana terasa malu untuk duduk semeja dengan Harun Idris yang menang Majlis Tertinggi UMNO walau pun dalam penjara dan ramalannya tepat bahawa Harun Idris akan menang jawatan Naib Presiden pada pemilihan 1981 dan keluar dari penjara. Maka terpilih Dr Mahathir Mohamed sebagai Timbalan menjadi Perdana Menteri dan begitulah juga Abdulllah Hj Ahmad terpilih menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana tersingkirnya Anwar Ibrahim dan menjadi Perdana Menteri kerana Dr Mahathir Mohamed juga seperti Hussein Onn yang tidak bersedia untuk menerima kenyataan bahawa Anwar Ibrahim akan dibebaskan dari penjara di tahun 2005.

Inilah sekarang yang perlu diterapkan kepada orang Melayu dan Rakyat Malaysia bahawa setiap mereka yang menjadi Perdana Menteri di Malaysia dia bukanlah pilihan terus rakyat dan pengundi. Demokrasi songsang ini mesti diperbetulkan. Seorang Perdana Menteri hanya akan datang dari siapa yang memegang jawatan Presiden UMNO dan dia dilimpahkan kuasa setanding dengan Firaun yang berbeza dengan hanya sekadar dia tidak mengaku tuhan tetapi mengaku dirinya Perdana Menteri dan segala kuasa berpusat kepadanya.

Anehnya dalam budaya UMNO yang karut marut sekarang, seorang Presiden UMNO disokong diperingkatkan UMNO Bahagian yang mempunyai Ketua UMNO Bahagian. Ini bererti merekalah yang memberi kuasa kepada seorang Presiden tetapi sebaik sahaja kuasa diberi kepada seorang Presiden UMNO, pemberi kuasa menjadi seorang penakut, pengecut dan terkena virus sindrom bisu. Itu sebab Mesyuarat Majlis Tertinggi terpaksa ditangguhkan hampir sejam kerana menunggu Presiden UMNO datang tetapi setelah diketahui dia masih tidur maka terpaksa dipengerusikan oleh Timbalannya, begitu juga Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Kepala Batas terpaksa bertafakur hampir satu jam kerana Pengerusi Mesyuarat, yang juga Ketua UMNO Bahagian dan Presiden UMNO dan Perdana Menteri tertidur.

Perlu sekarang dicari perbezaan antara pemimpin dan pemegang jawatan. Pemegang jawatan, setelah selesai dari posisi jabatannya, seperti filem video yang sudah masuk kotak sehingga tidak dikenang lagi sebagai pemegang jawatan. Apalagi bila dalam masa memegang jawatannya ia memanfaatkan posisi jabatannya untuk menggelembung ego sendiri mahu pun nepotisme keluarganya.

Sang Kelembai: Akan terus berjuang menjatuhkan Abdullah Hj Ahmad, Perdana Menteri 100% Munafik dengan membuka minda rakyat jangan mengundi Barisan Nasional dan akan berpegang kepada "Kemenangan kecil yang diketahui oleh seribu orang, jauh lebih bernilai daripada kemenangan besar tetapi hanya disaksikan oleh seratus orang" Dengan jumlah pusingan 1.5 juta pelayar memberi perangsang kepada penulisan seterusnya.

14 comments:

MELAYU NUSANTARA said...

Salam Perjuangan,

Begitu menarik sekali perkembangan dan perhatian sekarang yang diberikan kepada penulisan Blog. Sebelum ini pihak kerajaan tidak begitu memandang serius akan impak yang diberikan oleh penulisan Blog namum mungkin setelah kajian dilakukan, agak nya besar dan berpengaruh juga penulisan Blog dalam menentukan cara berfikir dan trend sokongan rakyat. Maklumlah pilihanraya dan pun makin hampir.

Apa yang pasti, jika wujudnya laman Blog bagi menjawab dan menyampaikan pendirian dipihak kerajaan kita tidak perlu gusar sebaliknya itu lebih baik daripada unit "cyberwar UMNO dan BN" menggunakan kaedah menghantar virus computer atau menggodam laman web yang dirasakan mengancam kedudukan mereka.

Rakyat juga dapat membaca dan menilai sendiri fakta yang dikemukakan dan membuat keputusan. Namun keputusan atau sokongan wajib berasaskan fakta yang dikemukakan bukan hanya disebabkan emosi.Kita mestilah terbuka dan menilai secara bijaksana dengan menilai dan menerima maklumat yang tepat, benar dan terlus sebelum membuat keputusan.

Walaupun wujudnya perbezaan pegangan "IKHTILAF" atau perbezaan pendapat dikalangan kita namun itu merupakan satu Rahmat kepada kita kerana ia dibenarkan oleh ALLAH SWT seperti yang telah di tegaskan didalam Al-Quran supaya kita dapat mencari jalan terbaik untuk Kemashatan dan Kesejahteraan ummat ISLAM.

Namun begitu kita harus mencari dan cuba menyelesaikannya dengan "WAHDATUL-'FIKR" atau penyatuan minda seterusnya bersatu dalam "WAHDATUL-AMAL" atau penyatuan dalam tindakan untuk memastikan perselisihan yang berlaku tidak melemahkan seterusnya menghancurkan UMMAT ISLAM.

InsyaALLAH jika niat kita ikhlas dan penulisan ini semata-mata kerana ALLAH SWT demi menambah baik keadaan masyarakat dan negara kita tidak perlu takut dan gusar kerana kita di pihak yang benar. Hanya mereka yang berada di pihak yang salah akan berasa takut, bimbang dan gusar.

Selamat berjuang dan menulis demi memartabatkan ISLAM, MASYARAKAT DAN NEGARA, Salam perjuangan

http://www.negerimelayu.blogspot.com

Sagaladoola said...

HIGHLIGHT:
Jawab jangan tak jawab

KOMEN:
Yang tidak patut dibuat, dibuat
Yang patut dibuat, tidak dibuat
Yang tidak perlu dijawab, dijawab
Yang perlu dijawab, tidak mahu jawab

Siapa yang selalu "membangkang" rakyat, saya pun dah keliru ....

Sekian,
http://sagaladoola.blogspot.com

Anonymous said...

Sdr SK,
Saya rasa tiada apa yg perlu dijawab sebabnya semua gossip menjadi kenyataan. Habis apa nak di jawab lagi. Nak bukak pekong didada. Contoh terdekat adalah gossip perlumbaan memberikan nama bunga dan anugerah kpd Datuk Wira Utama Jeanne kepada isteri Paklah. Terperanjat saya sabtu lepas apabila melihat poster mengalu-alukan kedatangan mempelai baru ke Melaka. Keesokkannya confirm apa yang ditulis oleh Blogger. Apa nak Jawab lagi Dah Terang Lagi Tersuluh.
Persoalannya tidak puaskah dengan gelaran Datin seri hinggakan perlu adanya anugerah Datuk Wira Utama. Pening kepala dibuatnya. Kalau `Ah Long' ada jugak sumbangannya (AngPau) untuk dapatkan Dato'. Ini pula baru kahwin dgn Paklah dah dapat belum pun habis berbulan madu. kot-kot atas jasa menjadi Manager Sri Perdana.
Jadi saya rasa tak perlulah ditubuhkan satu kumpulan penulis untuk menjawab apa yang ditulis oleh blogger kerana ternyata ada kebenarannya.
Apa yang saya membuatkan saya jelik ialah fungsi PM merasmikan Taman 1000 Bunga sungguh tidak bersesuaian. Panggil je tukang kebun. PM sepatutnya perlulah menitikberatkan keutamaan dan benda berkepentingan nasional serta bukan benda remeh temeh.
Malaysia Malaysia bilalah ko nak MATANG.

The Brilliant Politician said...

Bebalisme Dak Dol tak terbendung lagi. Harga yang perlu dibayar oleh Rakyat cukup tak tertanggung. Pekung kabinet 3 Beranak melunas melanos!

Kudis dah jadi tokak. Barah kian bernanah. Hati Rakyat telah lencun! Rakyat dibalun macam bola golf yang Dak Dol dok hayun saban waktu tu.

Kepala Bapak Segala Raja Rasuah diterajui oleh Dak Dol sendiri. Lihatlah rasuah terang-terangan di Kubang Pasu di biar membisu membatu. Kaki tangan mulut mata telinga kerajaan 3 beranak baru je dilahapkan kenaikan gaji 15% - 35% sebagai upah Rasuah Najis Mughallazah pangkah dacing Dak Dol. Malangnya dacing Dak Dol buahnya dah termasuk dalam. Bangsat kau Dol! bangsat kau KJ! Bangsat kau Kali! Bangsat kau Ludin! Aku haramkan titik peluh nenek moyang aku yang teroka tanah air leluhur ini bagi setiap suap nasi yg kau org lahap! Bagi setiap hembus asap kereta mewah kau org yg menjalar. Bagi setiap kesenangan kemewahan tetiba kau org di segenap alam menghimpun kekayaan. KAU INGAT KEPALA BAPAK KAU PUNYA NEGARA NI SIAL! ANJING DAN BABI PUN TAHU MALU! BANGSAT KAU DOL ANAK BERANAK! SEMBAH SINGAPORK! CIUM JILAT BONTOT YAHUDI! BANGSAT KAU DOL! KAU HANYA LAYAK JUAL KEBAYA KAT PASAR MALAM JE. BANGSAT KAU DOL.

MELAYU NUSANTARA said...

Salam Perjuangan,

Begitu menarik sekali perkembangan dan perhatian sekarang yang diberikan kepada penulisan Blog. Sebelum ini pihak kerajaan tidak begitu memandang serius akan impak yang diberikan oleh penulisan Blog namum mungkin setelah kajian dilakukan, agak nya besar dan berpengaruh juga penulisan Blog dalam menentukan cara berfikir dan trend sokongan rakyat. Maklumlah pilihanraya dan pun makin hampir.

Apa yang pasti, jika wujudnya laman Blog bagi menjawab dan menyampaikan pendirian dipihak kerajaan kita tidak perlu gusar sebaliknya itu lebih baik daripada unit "cyberwar UMNO dan BN" menggunakan kaedah menghantar virus computer atau menggodam laman web yang dirasakan mengancam kedudukan mereka.

Rakyat juga dapat membaca dan menilai sendiri fakta yang dikemukakan dan membuat keputusan. Namun keputusan atau sokongan wajib berasaskan fakta yang dikemukakan bukan hanya disebabkan emosi.Kita mestilah terbuka dan menilai secara bijaksana dengan menilai dan menerima maklumat yang tepat, benar dan terlus sebelum membuat keputusan.

Walaupun wujudnya perbezaan pegangan "IKHTILAF" atau perbezaan pendapat dikalangan kita namun itu merupakan satu Rahmat kepada kita kerana ia dibenarkan oleh ALLAH SWT seperti yang telah di tegaskan didalam Al-Quran supaya kita dapat mencari jalan terbaik untuk Kemashatan dan Kesejahteraan ummat ISLAM.

Namun begitu kita harus mencari dan cuba menyelesaikannya dengan "WAHDATUL-'FIKR" atau penyatuan minda seterusnya bersatu dalam "WAHDATUL-AMAL" atau penyatuan dalam tindakan untuk memastikan perselisihan yang berlaku tidak melemahkan seterusnya menghancurkan UMMAT ISLAM.

InsyaALLAH jika niat kita ikhlas dan penulisan ini semata-mata kerana ALLAH SWT demi menambah baik keadaan masyarakat dan negara kita tidak perlu takut dan gusar kerana kita di pihak yang benar. Hanya mereka yang berada di pihak yang salah akan berasa takut, bimbang dan gusar.

Selamat berjuang dan menulis demi memartabatkan ISLAM, MASYARAKAT DAN NEGARA, Salam perjuangan

http://www.negerimelayu.blogspot.com

Anonymous said...

Alangkah bagusnya kalau makcik dan pakcik kat kampung saya yang tak tahu berinternet dapat dengar semua hujah SK.

NoraHash said...

Alangkah bagusnya kalau mak cik dan pakcik kat kampung saya yang tak tahu apa itu komputer dapat membaca laman SK ni....setiap kali baca blog anda saya semakin benci kerajaan sekarang....pilihanraya ni saya nak undi PAS atau susah sangat saya join PUNDAK !

Anonymous said...

sejak ader bloger ni...saya rasa aper yang saya jangkakan terhadap pak lah semuanya benar belaka...teruskan perjuangan mu pak lah...semoga terus cemerlang, gemilang, terbilang dan akhirnya tunggang langgang.....

Anonymous said...

Assalamualaikum-bersama2lah kita nantikan PRU yang dijangkakan dalam bulan November atau Februari 2008 ini utk kita bersama2 memastikan ketuanan Imam Besar IAHAH ini jatuh terlingkup.

Imam Besar ini masih tidak sedarkan diri bahawa rakyat jelata sudah jijik melihatnya dan tidak berkehendakkan kepada kepimpinannya lagi. Kecualilah segelintir kaki bodek/ampu yang masih bergantung harapan kepadanya.

Begitu juga kpd KJ yang berhasrat utk menjadi PM dalam masa yang terdekat; janganlah bermimpi di siang hari. Rakyat jelata semuanya sudah tahu akan tingkah laku burukmu menguasai semua projek besar negara dengan sokongan dari bapa mertuamu.

Rakyat jelata semuanya tahu tidak apa yang boleh dibuat di masa ini hanya mengharapkan agar PRU segera diadakan.

Melalui PRU yang diadakan, UMNO yang disanjung tinggi sebelum ini sebagai pembela nasib orang Melayu akan mendapat nasib yang sama seperti Parti GOLKAR di Indonesia.

Masa itu Imam Besar IAHAH anak beranak akan dicop dan dimeterikan dalam sejarah sebagai penyebab utama kejatuhan UMNO.

Tapi apa hendak dikisahkan oleh mereka ni semua; kantung khazanah keluarga telah pun melimpah ruah; tempat persinggahan sudah pun disediakan di Australia; kalau hendak pergi belayar ke Australia pun sudah ada kapal mewahnya; kapalterbang Airbus JUMBO 380 pun boleh diusahakan. Apa yang hendak dibimbangkan .... contohnya macam Thaksin, masih boleh hidup mewah walaupun bukan di tanah air sendiri.

Yang merana pada masa itu adalah orang Melayu sendiri ... syarikat GLC telah pun dikuasai oleh orang asing; aset-aset strategik negara telah pun berpindah tangan kepada orang asing; peluang pekerjaan untuk orang Melayu yang sekarang ini berkurangan akan langsung dilenyapkan; semua sumber negara telah pun dimiliki oleh perbadanan atau syarikat yang ada kaitan dengan Imam Besar anak beranak.

Seruan kepada semua-renungilah nasib kita anak beranak sebelum kita masih memangkah DACING dalam PRU yang akan datang. Di masa itu kita akan memberi pengajaran yang tidak ternilai dengan wang ringgit kepada pemimpin2 UMNO yang masih lagi tidak bangun dari tidur diulit mimpi indah bersama Imam Besar IAHAH anak beranak.

WASSALAM.

Anonymous said...

askum sk,

kalau boleh saya bertanya, kenapa sk tidak bersama2 bertemu seorang 'pemimpin mediocre' UMNO yang berjumpa bloggers itu hari...?

'pemimpin mediocre' tersebut nak tunjuk pada PL dia seorang yang berani ke apa? atau sengaja nak menampilkan kebaholan seorang pemimpin muda UMNO...

Anonymous said...

encik tak takut ke terima nasib yang sama dengan Mr Nat Tan...FREE NAT

Anonymous said...

Hari Nathanial Tan ditahan atas OSA.

Ini kah cara menjawab?

Anonymous said...

sk, sey org kampung, baru belajar bukak intrnet. bilo sey baco tulisan2 kau, tak sontoh pun pasal the montori bosar nogori 9 yang sey raso samo mcm pemimpin 3 branak. sk tak tau crito ko psl n 9 ni? sini pun samo, dio kontrol sumo.ctito lah sikit.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia