Parti Pas melalui Naib Presidennya Husam Musa menyatakan bahawa Partinya akan berusaha menangi kerusi Dewan Rakyat dalam PRU- Pilihan Raya Umum ke 12 akan datang dengan sekurangnya berjumlah 40 kerusi dari jumlah 219 kerusi Dewan Rakyat yang akan dipertandingkan. Jika dibahagi dua ini bererti sesiapa yang mendapat kerusi 110 kerusi, maka bolehlah parti atau individu itu membawa surat sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat yang bersetuju seorang penama kepada Ketua Setiausaha Negara untuk disembahkan kepada Yang Di Pertuan Agong bagi dilantik sebagai Perdana Menteri dan seterusnya menubuhkan kerajaan.
Malaysia telah meletakan Keluhuran Perlembagaan sebagai prinsip Ketiga dalam RUKUNEGARA selepas Kepercayaan Kepada Tuhan dan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Tetapi sehingga hari ini Perlembagaan selalu di perlecehan oleh Pembesar UMNO setiap kali PRU diadakan. Apa tidaknya, sebaik sahaja keputusan PRU diumumkan dan UMNO dan sekutunya akan terus membenarkan Perdana Menteri dalam kerajaan "care taker" tersebut terus melulu ke Istana Negara bagi mengangkat sumpah. Belum pernah kita terdengar satu kenyataan dari Ketua Setiausaha Negara dan Setiausaha Kerajaan Negeri menjemput Perdana Menteri atau Menteri Besar atau Ketua Menteri untuk datang ke Istana Negara bagi menghadap yang di Pertuan Agung atau ke Istana negeri-negeri Melayu Beraja atau Yang Di Pertua Negeri.
Bukankah Perlembagaan meletakan tertibnya bagi menubuhkan kerajaan dan antara lain nya menyebut akan mempercayai bahawa orang yang dilantik itu adalah seorang mendapat kepercayaan Ahli Dewan Rakyat dan yang terpenting ialah dia seorang Ahli Dewan Rakyat yang menang satu Pilihan Raya.
Soalnya bagaimana jika seorang bakal Perdana Menteri untuk pertama kalinya menjadi ahli Dewan Rakyat dan kemudian ditunjuk menjadi Perdana Menteri, kerana sekian lama Perdana Menteri yang mengangkat sumpah adalah Perdana Menteri sebelumnya PRU. Yang menjadi tanda tanya ialah Perlembagaan 1957 mengatakan seorang Ahli Dewan Rakyat sahaja yang boleh di lantikan menjadi Perdana Menteri dan ini bererti seseorang itu perlu mengangkat sumpah di Dewan Rakyat dahulu bagi mengesahkan dia sebagai seorang Ahli Dewan Rakyat yang telah melalui proses Perlembagaan.
Pencemaran Perlembagaan ini mestilah dibetulkan, ada dua frasa yang perlu diperbuat sebelum seorang dilantik menjadi Perdana Menteri. Pertama Dewan Rakyat mestilah bersidang dahulu untuk memilih seorang Perdana Menteri dan Parlimen hendak menyembahkan nama itu melalui Ketua Setiausaha Negara kepada Yang Di Pertuan Agung. Dan YDP Agung akan menitahkan bila bakal Perdana Menteri masa yang sesuai masuk menghadap dan mestilah disusulkan dengan titah untuk menubuhkan kerajaan.
Moralnya di sini, ialah PAS yang bercadang untuk menang 40 kerusi sahaja bukan tidak bererti PAS tidak boleh memerintah Malaysia secara amalan demokrasi tetapi sekiranya PKN - Parti Keadian Nasional juga boleh menyumbang 40 kerusi dan DAP-Demoratic Action Parti juga 40 kerusi ini akan menjadi 120 kerusi Pembangkang di Dewan Rakyat dan dengan sendiri kerajaan akan bertukar tangan.
Itu sebab, amalan melantik seorang Perdana Menteri atau Menteri Besar dan Ketua Menteri mestilah mengikut lunas-lunas Perlembagaan 1957. Ini adalah kerana setelah 50 tahun Merdeka rakyat telah menyaksikan aksi lucu pelantikan seorang Perdana Menteri, contohnya bila ada kematian dan peletakan jawatan Perdana Menteri, seorang Timbalan Perdana Menteri akan terus ke Istana Negara mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dengan tidak terlebih dahulu memanggil sidang Dewan Rakyat. Tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan yang memastikan seorang Timbalan Perdana Menteri, satu jawatan haram di sisi Perlembagaan 1957 akan terus mengambil alih jawatan Perdana Menteri, jika berlaku sebarang kematian dan peletakan jawatan kepada penyandang.
Bila cita-cita Pas itu disuarakan, maka berkatalah Muhyiddin Yassin yang bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri jika berlaku apa-apa kepada Najib Tun Razak bahawa kenyataan Pas itu seperti "Angan-angan Mat Jenin". Berdasarkan latar belakang Muhyiddin Yassin semenjak bekerja dengan Perbadanan Ekonomi Johor yang melingkupkan satu syarikat subsidiarinya masa dia diberikan tanggung jawab menjaga,kemudiannya dia masuk politik kerana kematian Syed Nasir Ismail dan terkenal dengan sikapnya menggigit semula tangan orang yang menyuap nasi ke mulutnya seperti bagaimana dia melawan semula Othman Saat sebagai Ketua UMNO Bahagian, bagaimana dia mengata Tun Dr Mahathir Mohamed dan juga bagaimana zaman dia menjadi Menteri Besar memberikan tanah-tanah tadahan air kepada Singapura.
Sebenarnya Muhyiddin Yassian bukan sahaja seorang Menteri Besar yang gagal tetapi seorang Menteri yang "menghabiskan beras sahaja" dalam Kerajaan Tiga Beranak pimpinan Abdullah Hj Ahmad. Kalau dia tahu apa yang dia cakap, sudah pasti dia tidak bercakap mengandaikan kenyataan Pas itu sebagai Angan-Angan Mat Jenin. Tahu kah dia siapa Mat Jenin? Mat Jenin seorang pemalas, tak mahu bekerja dan asyik berangan. Sebagai anak seorang yang dihormati dalam masyarakat Muar, di Johor kerana bapanya seorang guru agama, tak kan dia sebodoh itu. Angan-angan yang baik dan mimpi adalah satu perkara dalam nas Al-Quran, Hadis dan Sunnah yang tidak dilarang dalam Islam. Tidak ada dosa kepada siapa yang berangan dan bermimpi.
Tahukah Muhyiddin Yasin bahawa yang melahirkan dan membesarkan Mat Jenin adalah kerajaan UMNO sendiri, anggota parti PAS tidak malas dan menunggu bulan jatuh ke riba, mereka berusaha siang dan malam meyakinkan orang Melayu akan perjuangan menegakkan daulah islamiahnya. Sebalik yang pemalas ialah ahli-ahli UMNO yang selalu berangan jika dapat pegang jawatan akan berubahlah hidupnya sehingga UMNO sudah menjadi alat kepentingan kehidupannya dan bukannya UMNO itu sebagai alat memperjuangkan kepentingan Melayu.

Dan anehnya semangat Mat Jenin itu dipupuk dan disokong oleh UMNO termasuk Muhyiddin Yassin sendiri, sehingga sekarang tidak ada tindakan radikal untuk menghapuskan penjualan judi tikam ekor di kalangan orang Islam. Kenapa orang-orang Islam membeli tikam ekor, jawapannya adalah kerana mereka nak mudah dapat wang. Tetapi bila kita tanya dengan pembeli nombor tikam ekor yang Melayu dan pasti beragama Islam, tidak kah dia sedar bahawa tikam nombor yang dianggap judi diharamkan dalam Islam?. Mereka pasti akan menjawab bahawa dia tidak membeli nombor tikam ekor sebaliknya membeli angan-angan, kalau kena dapat duit banyak ini, dan dengan wang itu mereka akan beli benda – benda yang diinginkan dan banyak selesai masalah kerana dapat wang tidak dari hasil merompak. Maka beramai-ramai lah orang Melayu beli nombor ekor dengan tujuan membeli angan-angan.
Malah Muhyidddin Yassin tidak memperjuangkan supaya Kerajaan Islam Hadhari- ada had dan ada hari ini membetulkan semula notis-notis macam "janji ada" di kedai premis empat nombor ekor dan di kertas judi itu perkataan "Judi adalah haram di SISI Islam" maknya dalam pengajaran Islam Hadhari ini, judi hanya sekadar haram dalam sisi Islam dan bukannya hukum Islam.
Seperti mana yang dilakukan oleh Imamnya bernama Abdullah Hj Ahmad yang beristeri baru, yang enggan bertudung tetapi meletakan selendang yang menjadi budaya Melayu dengan cara di ikat di beg tangan. Penghinaan yang dibuat Abdullah Hj Ahmad lebih buruk daripada penghinaan yang dibuat oleh budak separuh masak fasal lagu negara ku. Sepatutnya pemimpin UMNO perlu menegur Abdullah Hj Ahmad yang telah sesat dengan ajaran mazhab Islam Hadhari nya itu.
Cuba perhatikan apa yang dikatakan oleh Azlina Othman, Menteri Belia dan Sukan mengulas masalah budak itu seperti mana yang tersiar dalam Utusan Malaysia. 12hb Ogos 2007 ‘‘Sebagai generasi muda, apa yang dia tahu tentang erti kemerdekaan? Apa rasional dia meletakkan bendera Malaysia di belakangnya? Jangan ingat dengan menggunakan bahasa Cina,masyarakat tempatan kita tidak faham?
‘‘Dia perlu bertanggungjawab atas segala perbuatan melampau itu yang menyebabkan kita boleh ambil tindakan menangkap dan mendakwa dia kerana menyebabkan gangguan keamanan dan menggugat keselamatan negara.
Tidak dia sedar bahawa berlaku insiden itu kerana kegagalan Kementerian terhadap belia-belia bukan Melayu, yang biasa kita dengar hanya Belia 4B dan MYAC, pernah kita dengar pertubuhan belia bukan Melayu. Kalau pertubuhan belia mungkin Melayu disokong dan diberikan peruntukan kewangan yang cukup tanpa diskriminasi, sudah pasti insiden itu tidak berlaku, dan malangnya dalam ajaran Islam Hadhari bahawa mohon maaf bukan satu budaya yang diterima walau pun Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad dengan wahyu Allah membesarkan pahala kepada pemaaf tetapi dalam ajaran Islam Hadhari yang diwahyukan oleh Abdullah Hj Ahmad, memaafkan yang memohon maaf harus ditolak dan perlu dihukum dan jika di dalam UMNO, mesti dipecat. Itu Islam Hadhari, Islam yang ada had dan ada hari.
Kesimpulan Muhyiddin Yasin ini macam Menteri dalam Kerajaan Berok Mat Yeh. Kalau Mat Jenin panjat pokok kelapa dan kemudian berangan dan dalam berangan terlepas memeluk pokok kelapa yang disangka Tuan Puteri yang akan dikahwini, jika dia kaya hasil panjat buat kelapa dan terus mati. Muhyiddin Yassin adalah semacam berok Mat Yeh yang tidak berguna lagi yang disimpan oleh Mat Yeh atau Mat Idris, sudah tidak boleh lagi memanjat kelapa kerana sudah tua, maka Mat Yeh pun jadikanlah dia macam lawan untuk bercakap walau Beruk itu tak tahu bercakap. Bila Berok ini diberi peluang naik basikal berjalan dalam kampung sudah pasti dia duduk di hadapan dan kebiasaan berok Mat Yeh ini akan memegang “handle” basikal dan dialah akan berangan memandu basikal itu sehingga Mat Yeh susah hendak mengendalikan basikal itu, itu sebab sekarang berok-berok seangkatan Mat Yeh semuanya duduk di belakang basikal. Dan Muhyiddin Yassin adalah sebahagian spesies Berok Mat Yeh yang ada di dalam UMNO setelah blogger dipanggil monyet , ini membawa erti, Abdullah Hj Ahmad sedang memerintah satu “kingdom” yang mengandungi Berok, Monyet, Kera dan spesies yang sama dengan dan dia sebenarnya adalah Gorilanya yang biasanya dipanggil King Kong.
Sang Kelembai: Kalau Muhyiddin Yasin pergi “shopping” kat KLCC, jangan beli baju dan kasut yang mahal-mahal sahaja, pergilah ke kedai buku di tingkat empat dan nanti beli buku Samuel Huntington bertajuk "The Third Wave: Democratization in the Late Twentieth Century" akan terbaca rumusan Hutington bahawa demokrasi berdasarkan praktik-bukan dengan slogan, seperti dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Demokrasi diertikan bukan "kehendak rakyat" (the will of the people), melainkan memerintah melalui perjuangan kompetitif dalam rangka merebut suara rakyat. Kerana itu oposisi atau pembangkang merupakan keharusan dalam demokrasi. Acuan Hutington adalah empiris, bukan "emosional".
13 comments:
Sdr S.Kelembai,
Saya tak fikir Muhyidin Yasin (MY) akan menjadi TPM. Apa kebolehan dia? Dia bukan ada grass root. Saya berpendapat, nak kekal jadi Naib Presiden pun susah.
Saya bekerja dengan nya pada satu masa lalu. Bila saya bandingkan idea dia dengan TS Sanusi Joned dan Datuk Effendi, saya lihat dia "kosong" tak ada pendirian dan tak tau nak bawa kemana Kementerian ni.
Saya tak nampak dia bekerja keras untuk membantu petani, penternak dan nelayan. Saya tidak lihat sokongan petani dan peladang atas usha2 dia. Kementerian bawah pimpinan beliau juga agak tandus, mana ada pegawai yang benar2 berpengalaman dalam sesuatu bidang?Saya melihat, Kementerian beliau ini memainkan peranan utama dalam penyediaan makanan. Mana pegawai dalam bidang makanan dilantik? Mana ada pakar pemakanan? Pegawai-pegawai sebeginilah yang perlu diperbanyakkan disetiap agensi Kementerian nya supaya mereka dapat memberi tunjuk ajar kepada petani dan nelayan menghasilkan makanan dan meningkatkan PKS. Dengan cara itu ekonomi luar bandar akan berkembang dan kampung-kampung serta desa nelaya akan jadi pusat ekonomi baru. Kita dapat mengekalkan penduduk kampung dari berhijrah kebandar menjadi jaga dan kerja kilang.
Memang MY tidak cerdik langsung. Malahan dia sendiri pun tak tau apa agensi dia buat. Apa tidaknya, kalau tak silap beberapa bulan lalu, ada pertengkaran Pengerusi dan Ketua Pengarah agensinya masaalah RASUAH. Ini menjejaskan kredebeliti Menteri. Kalau di Jepun, sudah pasti Menterinya meletak jawatan.
Memang tidak dinafikan, ada yg berjaya dalam bidang pertanian. Kejayaan mereka ini bukan 100% hasil usaha Kementerian MY. Malahan, Kementerian lain spt KKLW yang memainkan peranan lebih utama menjayakan nya.
Dengan ini saya cadangkan pada MY supaya pegawai2 di peringkat Kementerian dan agensi dibawah nya mengambil pegawai berpengalaman, berpengetahuan dalam industri makanan, pemerosesan, teknologi makanan bagi meningkatkan pengeluaran makanan negara serta mengujudkan halal hub di Kementerian MY dengan segera supaya imej nya tidak tercalar!
Harap maaf.
Empiris bukan satu kesempurnaan dalam demokrasi. Kita harus lebih berani mempersoalkan demokrasi dari sudut keperluan masyarakat dari hanya tahu mengutip terma yang dapat menunjukkan perbedaan untuk hujah yang menguntungkan. Sebenarnya saya ingin cabar Sang Kelembai dalam laman dia sendiri untuk memperkatakan mengenai empiris dan emosional. Dalam petikan tulisan Sang Kelembai nyata apa yang di tulis adalah bersifat emosional dan dengan tujuan dan matlamat tertentu. Kita buka topik cabaran saya dengan Sang Kelembai secara maya untuk kita bincangkan bukan sahaja personaliti politik seperti dia tetapi juga kedudukan UMNO dalam perjuangan orang - orang Melayu. Satu syarat perbincangan JANGAN SENSOR tulisan saya - SETUJU? nama saya Mohd Firdaus Hashim, berani ambil cabaran.
Saudara SK, panjang sangatlah artikel anda ! Kalau boleh splitkan kepada isu2 agar senang memahaminya. Memang tulisan anda mempunyai point yang penting untuk di fahami. Ini hanya saranan orang bodoh aje!!
Pada sabtu 11 Ogos, saorang Menteri kanan kerajaan 3-beranak (pinjam u punya!) terang2 mengaku tak ingat ataqu tidak hafal Rukun Negara, ketika merasmikan Mesy Agong UMNO disekitar KL. Orang2 Umno malu teripu2 kerana orang besar sendiri tidak perihatin untuk menghafal Rukun Negara apatah lagi ubtuk menghayatinya!!! U lebih layak jadi menteri, SK !!!!
sdr mfh,
pandangan dan pendapat setiap maknusia adalah berbeza. Malah dalam Islam pun ada pandangan berbeza, lalu timbullah ahlil sunnah waljamaah dan syiah. Wujud puak dan kaum serta kumpulan, wujud imam maliki, shafie, hambali dsbnya.
Sang Kelembai mempunyai persepsi nya twersendiri. Persepsinya berdasarkan fakta dan pengalaman beliau sebagai seorang ahli politik yang di cantas. Pandangan Tun Mahathir dan Pak Lah pun berbeza. Tun bercakap berdasarkan realiti dan fakta. Pak Lah bercakap kadang ulang berulang sampaikan tak faham maksudnya. Itu namanya pandangan. Mengapa harus diperdebatkan?
sdr anonymous, saya sependapat dengan saudara. Muhyiddin Yassin kalau jadi org no.2 memang ahli UMNO bangang tak dapat nak membezakan antara kaca dan batu permata. 100kali lebih elok dan baiknya Tengku Razaleigh Hamzah menjadi orang No.2 walaupun jika di takdirkan Najib jadi PM. Tidak ada salahnya gandingan Najib dan Ku Li. Kedua2nya memang berpengalaman membawa Malaysia kearah kegemilangan. Tunku, Tun Razak, Tun Dr Ismail, Tun Hussain Onn, Tun Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah adalah bapak pembangunan ekonomi Malaysia terhebat dalam sejarah Malaysia. Sementara Dato Onn pula adalah perintas membuka minda bangsa melayu.
Wahai Sang Kelembai
Masaalah besar yang menimpa orang melayu UMNO adalah sindrom angguk yang di paksa oleh pmpinan tertinggi umno keatas orang melayu umno. Agak sukar bagi semua ahli MT mengkritik Pak Lah kerana budaya yang mendalam ini.
Seandainya ada seorang yang sanggup kedepan menyoal Pak Lah dlm bentuk hujjah tentang apa yang dipaksanya keatas orang melayu, Malaysia akan selamat!
Ambil Islam Hadari, Bahasa Inggeris utk sains dan Matematik di semua sek. keb.(melayu dan india) kecuali sek. ren jenis keb (cina),deb baru, wpimperialis dll, saya fikir kita akan jadi hebat. Tapi malang tiada yang handal dan mahu berhadapan dengan menyoal Pak Lah! Akhirnya Pak Lah hanyut, UMNO kecutperut, Melayu reput, Aqeedah Islam lingkup, Malaysia berserabut!
Nah!
Kena di galakan pemikiran saintifik dikalangan pemimpin UMNO agar ahli UMNO terbela dgn menghidupkan serta menginstitusikan kaedah "critique" membina buka ktitik dalam pahaman biasa orang UMNO.
Kenyatan MY, Azalina, Rais, Zam,Nazri dan opportunis yang ada sekarang jelas menunjukan pemikiran tidak matang, kebudakan, kadangkala memalukan bangsa!
Sebagai contoh terang, tidakah orang melayu UMNO tahu dan yakin bahawa penutupan 'aurad wanita itu wajib di khalayak? Tahu bukan? Habis kenapa diam? Tidakah ini mencemar Pak Lah dlm usha gigihnya menghadarikan melayu umno. Kini Jeanne Danker menjadi liabiliti kepada Pak Lah dunia akhirat jika tidak berubah!
Jika nabi Musa AS sanggup critique nabi Mohammad SAW sewaktu pulang dari pertemuan dgn Allah SWT, tak kan langsung seorang pimpinan umno tak sanggup critique Pak Lah?
Oleh kerana critique nabi Musa AS itulah (critique dlm pemahaman saintifik spt terdapat dlm world flattening karangan T Friedman)maka hari ini kita beroleh hanya 5 waktu sehari semalam walaupun diganjarkan dgn 50 ganda! Jika tidak terpaksa 50 waktu, kan perit?
Jika yang mengarah itu ALLAH, yang membawa arahan nabi MOHAMMAD SAW dan matters yg dibawa itu SOLAT... pun masih bolih di "critique", apalah sangat Pak Lah dan modal insan nya, islam hadarinya, WPI, dll? yg belum tentu hujung pangkal betul atau tidak!
Marilah saya meng "critique" agar semua pimpinan umno melaksanakan proses peMusaan seperti yang dipamirkan oleh nabi Musa AS sedangkan kita masih di bulan Rajab, bulan critique!.
Saya tidak fikir Nabi Musa mengkritik Nabi Muhammad. Baginda memberi pandangan dan pendapat dan Nabi Muhammad menerimanya.
Pemimpin kita hari ini tidak dapat menerima pandangan dan nasihat orang lain. Malah dianggapnya sebagai mengkritik!
Mana mohammadnizarjamaluddin belajar ni yang Nabi Musa AS boleh kritik Nabi Muhammad AS? Ada kitab lain ke yang kami perlu tahu atau selidiki terlebih dahulu sebelum "terjun" dalam perbincangan ini?
Kitab mana si mamat (mohammadnizarjamaluddin)ni baca? Ade ke Nabi Musa AS kritik Nabi Muhammad? Tolong bagi title kitab ni pada semua. Get your facts straight first before you talk!
Salam semua rakyat malaysia;
saya terpanggil utk memberi komen setelah membaca sedikit sebanyak komen kelian, semetah yg berkait dgn hal agama dlm komentar politik anda. Berkenaan tutup aurat, ia semestinya dilaksanankan dgn segera jika betul2 mahu menujudkan Islam Hadhari, namun jgn berhenti setakat itu, merokok juga haruslah disisihkan! kerana ianya jelas 'Haram' di sisi agama islam dgn akibatnya laksana 'membunuh diri' Cadangan saya kakitangan kerajaan haruslah dilantik dari bangsa melayu wanita yg menutup aurad dan rakyat malaysia yg tidak merokok, barulah Islam hadhari bawaan PM kita menjadi betul2 SUCI!
Sekian: conanqursany@yahoo.com.my
MALAYSIA ..
TERAMAT INDAH INDAH BUMI MU
AQIDAH ISLAM WAJIB BAGI BANGSA KU
50 TAHUN USIA MU
LAHIR MU BUKAN KERANA
MALAYU CINA INDIA DAN LAIN NYA
MENJADI ANAK ANAK MU..
ADA KALA MEREKA LUPA BAHAWA KAU MALAYSIA
TELAH TERAMAT BANYAK BEJASA KEPADA MEREKA..
AMAN DAMAI.. HIDUP DI BUMI MU..
AKU BAHAGIA MENJADI ANAK MU.. MALAYSIA
KAN KU PASTI ..ANAK ANAK KU BERSEDIA ..
UNTUK MENJADI ANAK ANAK YANG BERGUNA
UNTUK MU MALAYSIA..
MALAYSIA KU SEJAHTERA..
"sesungguh hanya ALLAH yang maha mengetahui"
team WAWASAN yang mula melingkupkan perjuangan umno..
selepas mereka perpecah
masing masing sibuk
nak menunjukan perjuangan..
cuba kita tanya team wawasan
apa kah mereka lupa 1993..
apa mereka laku kan untuk menang..
ketika tu saudara seorang saja menyokong TUN GAFAR BABA.
di rumah bangsar...
ramai la yang berada..
tok nan ,dolah kok lanas, TUN datu mustafpa pun ada.. ,azman saleh {dato azman saleh }pun ada...
masa sudah.. saya ingat lagi peristiwa."tok nan kata kat saya.. non.. saya dah lama makan tauge. kalau nak makan balik tak ada masalah.."
"RAMLI NGAH TALIB.. maki hamun saya bila saya bawa ketua umno kepala batas ke perak.. saya ingat lagi husni hanazlah baru menang ketua umno bahagian,, pada masa itu
pak shiek jadi kekasih mereka..
1993... 2007..
bukan nya lama sangat {zaharin} macam mana mereka nak lupa dengan indoctrinasi anwar ibrahim..
hari tu bila anwar ibrahim keluar jail// KJ tolong buat passport// hari ini mereka pakat maki hamun..
sesama sendiri.. menarik sungguh
{BUDAK BILA ...ni UMNO...}
umno zaman mahathir ..zaman anwar...zaman pak lah.. saudara zaharin masih lagi menentang..saya pun tak paham..
apa pun saya tahu saudara seorang perjuang .. bangsa.
arwah TITO..pernah berkata kepada saya.."zaharin ni nak kena jaga..kalau tak pening kita di buatnya"
saya masih ingat lagi mat uyang kata pada saya ." nal umno dah berubah.. nasi lemak bungkus je.. tak boleh jadi..steak juga yang mereka cari.."
apa pun selamat menyambut bulan ramadhan..
Assalamualaikum ,
Saya Mohd Fakarudin Bin Md Farok ingin menyahut cabaran Sdra Mohd Firdaus Hashim dalam membincangkan soal peranan UMNO dalam memperjuangkan nasib orang orang Melayu secara maya . Ws
Dalaml Utusan Malaysia 30.8.2007, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, unjuran awal pertumbuhan Keluaran Negara Kasar (KDNK) bagi keseluruhan tahun ini iaitu 6% dijangka mampu dicapai, di sebalik isu-isu yang menggugat ekonomi global termasuk krisis subprima Amerika Syarikat (AS).
Indeks Ekonomi Malaysia dikatakan terus menunjukkan prestasi mapan apabila mampu mencatat pertumbuhan bagi suku kedua tahun ini sebanyak 5.7% berbanding 5.5% pada suku pertama tahun lalu.
Kenyataan ini membingungkan kakitangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seperti yang diberitahu oleh seorang sahabat saya.
Beliau yang kini kurang sihat telah berkhidmat hampir 30 tahun telah ditamatkan perkhidmatan tanpa sebarang ganjaran.
Lebih memeritkan lagi ialah kemudahan rawatan juga telah ditarik balik dan hasil risikan yang dibuatnya tindakan tersebut adalah disebabkan BSN kini dikatakan sedang menghadapi krisis kewangan yang teruk.
Oleh itu hal ini ternyata sangat bercanggah dengan kenyataan Gabenor Bank Negara yang dilihat sebagai cakap politik dekat pilihanraya.
BSN adalah agensi Kementerian Kewangan yang tertakluk kepada Akta Parlimen 146 1974. Sebelum ini sahabat saya itu berkata BSN mempunyai lebih 600 cawangan di seluruh Malaysia, tetapi kini separuh daripada jumlah itu telah ditutup.
Apa yang dah jadi?
Perdana Menteri atas kapasitinya selaku Menteri Kewangan seharusnya prihatin dengan masalah ini. Usah biarkan orang-orang bodoh seperti saya ini terus terkeliru dengan cakap-cakap politik lebih-lebih lagi ketika hampir pilihanraya umum!
Post a Comment