Monday, November 19, 2007

Tamat kah perjanjian Sang Sapurba

Dalam satu kenyataan pada Jumaat 16 November 2007,, Yang di-Pertuan Agong melahirkan rasa kesal Seri Paduka terhadap pihak tertentu yang mendakwa baginda memberi perkenan dan menyokong perhimpunan itu yang dianjurkan oleh sebuah badan dikenali BERSIH dan disokong parti-parti pembangkang.Seri Paduka yang amat kecewa dengan penganjuran perhimpunan haram itu menegaskan, baginda dan Istana Negara tidak pernah pada bila-bila masa memperkenankan atau memberikan apa-apa sokongan secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana pihak yang menganjurkan atau terlibat dalam perhimpunan itu.

Jika memang benar bahawa Yang Di Pertuan Agong sudah mengarahkan petugasnya membuat kenyataan itu seperti yang dilaporkan di atas maka anak Melayu yang berada di dalam Kerajaan Melayu Beraja akan mula tertanya-tanya kepada dirinya sendiri mengenai beberapa perkara yang melibatkan institusi beraja ini.

Semenjak zaman bermulanya Kerajaan Melayu Beraja yang tertulis dalam Sejarah Melayu, sama ada yang ditulis oleh Tun Sri Lanang atau digubah semula oleh W.G.Shellebear berdasarkan tulisan yang diterjemahkan oleh Abdullah Munsyi, akan adanya seorang Raja Melayu bernama Sang Sapurba bermula dari Bukit Seguntang, Mahameru, di Sumatera atau tepatnya di Palembang, berasalnya Raja Melayu dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain yang punyai hubungan dengan Nabi Sulaiman a.s.

Dan bila Raja itu meminta mana-mana Raja yang punya anak untuk dikahwinkannya, ramailah Raja yang memberikan anak perempuannya kepada Sang Sapurba tetapi selepas pasangan itu berhubung kelamin, dengan tidak bersebab isteri Raja itu akan terkena penyakit kulit yang berbelang-belang, sehingga sampai ke 40 orang anak Raja yang dikahwini oleh Sang Sapurba, kesemua selepas ditiduri mengidap penyakit yang sama, dan semua ditinggal atau diceraikan oleh Sang Sapurba.

Sehingga Demang Lembar Daun sanggup menyerahkan anak perempuannya yang cantik jelita untuk dikahwinkan dengan Sang Sapurba tetapi dengan bersyarat jika Sang Sapurba sanggup membuat perjanjian dengannya. Maka ditanya oleh Sang Sapurba: Apa yang dikehendaki oleh bapa ku itu?"

Maka sembah Demang Lebar Daun. 'Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Di Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau berlaku pada hukum syarak'

Maka di persetujui oleh Sang Sapurba akan perjanjian itu dengan Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat terbanyak berbangsa Melayu tetapi Sang Sapurba pula meminta satu janji dengan Demang Lebar Daun..

Maka sembah Demang Lebar Daun, 'Janji yang mana itu, Tuanku?' Maka titah Sang Sapurba, 'Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun'

Maka sembah Demang Lebar Daun, Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah'

Maka titah Sang Sapurba, 'Baiklah, kabullah hamba akan waadat (perjanjian) itu'

Maka baginda pun bersumpah-sumpahan barang siapa mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbungnya ke bawah, kaki tiangnya ke atas. Itu sebabnya di anugerahkan Allah subhanahu Wataala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu; jikalau sebagaimana sekali pun besar dosanya, tiada diikat dan digantung dan difadihatkan dengan kata-kata yang jahat. Jikalau ada seorang raja memberi aib seorang hamba Melayu, alamatnya negerinya akan binasa. Syahadan, segala anak Melayu pun di anugerahkan Allah subhanahu Wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada rajanya, jikalau jahat sekali pun serta aniaya

Maka Sang Sapurba berkahwin dengan anak Demang Lebar Daun yang bernama Wan Sendari dan keesokan hari tidaklah terjadi penyakit kedal atau penyakit kulit yang berbelang belang berkat perjanjian antara kedua pihak. Maka selepas itu Sang Sapruba jadi Raja di Palembang, dan Demang Lebar Daun pun bertukar jawatan menjadi Mangkubumi.

Moral yang dikutip dari teks Sejarah Melayu di atas dan diterima pakai sebagai sosial kontrak (perjanjian setia) yang pertama orang-orang Melayu kepada Rajanya atau Sultan ialah tidak akan menderhaka selagi Raja dan Sultan Melayu tidak mengubah perjanjian itu.

Dari itu bila mana pejabat Yang Di Pertuan Agong mengeluarkan kenyataan berhubung dengan perhimpunan itu, yang kemudian disalah tafsirkan kenyataan oleh mereka yang berkepentingan, bolehlah dikatakan Yang Di Pertuan Agong sudah dikira tidak siuman seperti Perdana Menterinya jika hamba rakyat yang berhimpun menunjukkan kesetiaan kepada Rajanya dan di dalam perarakan itu melaungkan beberapa kali perkataan "Daulat Tuanku", dimurkai oleh Yang Di Pertuan Agong.

Kita sangat bersetuju dengan pernyataan Abdullah Hj Ahmad bahawa jangan diseret Raja dalam Politik dan Yang Di Pertuan Agong sangat matang dan berfikiran waras dan boleh menimbangkannya.

Selaku "Saya Perdana Menteri" sepatutnya Abdullah Hj Ahmad berkata dan mengulas setelah Memorandum diserahkan kepada Yang Di Pertuan Agong oleh BERSIH, "Bahawa saya mengharapkan Ke bawah Duli Yang Di Pertuan Agong akan memanjang Memorandum itu kepada Kerajaan untuk dilihat dan diambil tindakan yang mana wajar" dan bukan kenyataan yang mempersendakan Yang Di Pertuan Agong yang memberi maksud Yang Di Pertuan Agong telah mempersetujui Perhimpunan itu.

Maka kenyataan yang dibuat oleh petugas Istana Negara itu, bukanlah ditujukan kepada mereka yang berhimpun, kerana yang berhimpun itu bukanlah satu perhimpunan dengan tujuan hendak menderhaka kepada Raja. Soal perhimpunan itu haram atau halal tidak timbul sama sekali.

Perhimpunan itu menjadi haram kerana ia diharamkan oleh orang yang boleh menghalalkan. Bila Polis telah mendengar arahan anak menantu dan di sambut oleh bapak mentuanya yang memegang jawatan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dalam satu perhimpunan politik di mana setelah tiga hari berkhemah tidak ada seorang pun perwakilan pun membangkitkannya, maka tindakan Polis itu sudah tidak di anggap Profesional, melainkan mengikut kehendak orang politik.

Maka bila Polis yang berstatus Di Raja sudah menyekat dan menghalang Rakyat Raja untuk menunjukkan ikrar taat setia kepada Raja dengan meminta perlindungan kuasa yang diberi oleh Perlembagaan Malaysia, maka sudah pasti sebagai Raja yang berdaulat, Yang Di Pertuan Agong merasa kesal perhimpunan itu dikaitkan dengan politik dan beliau di seret sebagai menyokongnya kerana soal Yang Di Pertuan Agong menyokong atau tidak, tidak timbul sama sekali tetapi yang penting rakyatnya sudah dihalang dengan kekerasan oleh Polis Di Raja kerana kehendak Politik.

Oleh itu semua pihak tidak sewajarnya menyerang petugas Istana Negara yang membuat kenyataan berhubung kekesalan Yang Di Pertuan Agong, kerana semua mesti faham antara peribadinya dan institusi Yang Di Pertuan Agong dua perkara yang berlainan. Sebagai peribadinya sebagai Raja dia sedar akan perjanjian Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba yang tertulis tadi tetapi sebagai institusi Yang Di Pertuan Agong dia tidak semesti mencampuri hal ehwal politik kerana semua rakyat sama ada di berparti UMNO atau PAS, DAP dan PKR adalah rakyat Yang Di Pertuan Agong dalam Kerajaan Malaysia Beraja dan Raja Melayu dalam negeri Kerajaan Melayu Beraja.

Sebagai peribadinya Raja Melayu.. dia tidak ada halangan menerima memorandum atau surat dari mana-mana aliran politik dan dia telah membenarkan surat itu diterima oleh pegawai istananya. Sebagai Yang Di Pertuan Agong memang benar dia tidak pernah memberikan sokongan secara apa pun akan perhimpunan itu dan tidak ada pula mana-mana pihak yang menganjur yang menyebutkan bahawa perhimpunan itu atas persetujuan atau disokong oleh Yang Di Pertuan Agong.

Yang dikesalkan oleh Yang Di Pertuan Agong, mungkin ialah kerana parti-parti politik yang menjadi pemerintah dalam Kerajaan Tiga Beranak sudah membabitkan dan menuduh Yang Di Pertuan Agong adalah dalangnya dan selaku Kuasa Pemerintah Persekutuan yang termaktub di bawah Perkara 39 Perlembagaan Malaysia tentulah Yang Di Pertuan Agong merasa tersinggung jika dia tidak diberi taklimat sepenuhnya oleh Ketua Polis Negara atau Panglima Angkatan Tentera yang mempunyai Badan atau Agensi Perisikan beberapa hari sebelum perhimpunan itu sehingga Istana Negara kena membuat kenyataan sendiri.

Dan terserahlah kenyataan Istana Negara itu untuk mereka yang mentafsirkan mengikut akal masing-masing.

Sang Kelembai: Dalam Sejarah Melayu Moden hanya berlaku dua perkara besar masalah Raja dan Rakyatnya. Kesultanan Melaka menjadi terhapus bila Sultan punya penasihat macam cerita Musang Berjanggut dan Kesultanan Johor Riau juga terhapus kerana kisah Sultan Mahmood mangkat di julang, disebabkan buah nangka. Keduanya menyebabkan Melaka dan Johor/Riau terjajah dan berpecah. Berdoalah kita semoga institusi Kerajaan Malaysia Beraja kekal abadi dengan menghambakan diri kepada Raja dengan slogan Raja Adil Raja Di Sembah, Raja Zalim Raja di Sanggah, Dirgahayu dan"Daulat Tuanku"

9 comments:

anu said...

Soalan SPM 1984 Agama Islam menyetuh isu ketua yang benar and ketua yang zalim, I cant recall the exact question but I am sure I answer it corretly as I scored A1. I remembered concluding that seorang ketua baik pemimpin keluarga, pemimpin masyarakat atau pemimpin negara berdaulat sendiri tidak perlu diikuti sekiranya mereka alpa dengan tanggungjawab sebagaimana yang telah diamanahkan kepada mereka. Dari siapa? Daulat Tuanku.

Anonymous said...

Sang Sapurba dan Sultan mahmod kehilangan kuasa dan hartabenda selepas kejatuhan kerajaan mereka. saya percaya our modern day "Sang Sapurba" will retire peacefully in ostralia if his government falls!

Anonymous said...

Bro

Gitu juga jadinya pada Sultan Melayu Singapore lepas Nadim beres isu todak

Anonymous said...

Cabaran Melayu pada hari ini adalah terdapat pihak yang ingin menghancurkan bangsa Melayu dengan memecah belahkan perpaduan Melayu. Seharusnya, bangsa Melayu bersatu tanpa mengira ideologi politik supaya kita terus berdiri teguh menjadi bangsa yang merdeka dan berjaya. Kita mesti berhati-hati dengan anasir jahat yang sentiasa menunggu peluang untuk meruntuhkan tamadun Melayu. Wahai Melayu, belajarlah dari sejarah supaya kita dan generasi kita terus menjadi bangsa yang berjaya. Elakkan perpecahan, kuatkan perpaduan. Setiap perkara kita dianjurkan untuk bermesyuarah. Itulah sunnah Nabi s.a.w. yg menjadi teras kejayaan umat Islam pada zaman dahulu. Sekian. Daulat Tuanku.

Berita dari gunung said...

Saya cuba menghayati perjanjian Sang Sapurba dalam perspektif kerajaan hari ini.

Dimanakah duduknya Raja, Abdullah, Najib, Khairy, Nori, Kamaluddin, Nazri, Norza, Musa, Ramli, Altanthuya, Nurin, Mahathir, Johari, Lingam dan rakyat biasa dalam perjanjian Sang Sapurba Moden?

The Yaslehs said...

Ampun Tuanku,

Dua kali dalam tenure pentadbiran Dr Mahathir Muhammed, institusi KEDIRAJAAN diinjak-injak.

Rakyat tidak menggelombangkan angkatan. tidak menyuarakan bantahan, tidak menggalang-gantikan
diri, merafakkan kesetian.

Demikianlah rakyat ketika itu

Begitu perih dan pedihnya hati, kalbu dan sanubari para kerabat DYMM, seluruhnya.

Pada november 10 07, rakyat yang tidak berani bangkit dahulu itu, telah dengan berani dan penuh setia,SELURUHNYA bepakaian kuning yang tertulis Daulat Tuanku, berduyun-duyun tiba, dalam bilangan puluhan ribu,(dan ratusan ribu lagi yang disekat di seluruh bandaraya Kuala Lumpur) datang berkumpul di hadapan Istana Negara untuk memohon limpah perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong mendengar rayuan dan aduan rakyat untuk menyelamatkan agama, tanahir dan bangsa Malaysia dengan memperbetulkan komponan asas
mekanisma demokrasi, yakni, kebersihan perlaksanaan perlakuan dan pengendalian pilihan raya.

Apakah berkumpulnya puluhan ribu rakyat kebawah Duli Tuanku di hadapan Istana Negara, setelah melepasi azab diugut,ditakut-takutkan, disekat perjalanan olih road block polis di seluruh negara, disembur dengan water cannon berisi asid dan lada, ditembak dengan gas pemedih mata yang membutakan mata;
dan kini,
pada pascanya,
gelombang kuning rakyat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang penuh setia itu, masih lagi diugut akan ditangkap, masih lagi dimomokkan sebagai kelompok maknusia yang mengadakan perarakan dan perkumpulan HARAM.

Apakah takrif haram ini merupakan pengiktirafan yang seharusnya diterima oleh rakyat yang merafakkan taat setia

Kalau demikianlah hakikatnya, ke manakah lagi kami rakyat akan berpayung

Ke manakah lagi kami rakyat hendak menjunjung duli, merafakkan sembah taat setia selain dari ke bawah DYMM Yang Di Pertuan Agong, raja kami yang amat kami sanjung dan kasihi

ke manakah lagi kami rakyat hendak
berpandu selain dari mematuhi tuntutan Rukun Negara

Ke manakah lagi kami rakyat hendak berlindung kalau tidak pada keramatnya keabadian Perlembagaan Negara Kita Malaysia tercinta.

Ampun Tuanku.
Daulat Tuanku!

Adalah patik
Cicit Sang Sapurba,
rakyat Malaysia yang amat mengasihi Tuanku.
Amin.

Anonymous said...

Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong...

Ampun Tuanku, Sembah patik mohon di ampun..

Patik pacal yang hina ini, memohon untuk menjunjung kasih Tuanku apa kiranya Tuanku dapat bersatu dengan Ayahanda-Ayahanda dan Kekanda-Kekanda Tuanku di Majlis Raja-Raja akan datang untuk memikir sedalam-dalamnya tentang masa depan Tanah tumpah darah kita, Bangsa kita dan Agama kita. Insyallah, dengan payung dan berkat kedaulatan Tuanku dengan Ayahanda-Ayahanda dan Kekanda-Kekanda Tuanku , patih percaya, raayat tuanku, terutama orang melayu , akan sanggup bermandi darah untuk mempertahankan kedaulatan Tuanku-Tuanku semua, InsyaAllah.

Sejak Tanah Melayu ini mencapai kermerdekaan patik lihat UMNO bukannya kumpulan yang dapat menjaga keselamatan dan kedaulatan Tuanku-Tuanku kalian. Mereka ini adalah gulungan yang Tamak dan musuh dalam selimut... merka orang melayu yang tak beradat, mereka adalah serepihan kaldai penjajah dan mempunyai budaya penjajah.

Ampun Tuanku, Patik pacal yang hina ini, mohon sangat-sangat agar Raja-raja Melayu dapat bersatu dan sebahasa pendapat, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Patik bukan hendak mecelarukan keadaan atau pemerintahan kerajaan Tuanku tetapi patik tidak rela melihat Kedaulatan Raja-Raja melayu di anggap sebagai lambang istiadat tanpa kuasa yang kesudahannya di lenyapkan di tanah tumpah darah kita ini.

Ampun Tuanku, Sembah patik mohon di ampun.

Daulat Tuanku!

Anonymous said...

quit hoping...grow up! our king is not like brunei's king

Qhadijah said...

Dear all,

post your “yellow activities” here. New casual yellow t-shirts are also available:

http://yellowsunite.blogspot.com/

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia