Saturday, December 08, 2007

Rakyat semakin pening

Bagi mereka yang bersembahyang lima waktu, khasnya mereka yang bersembahyang subuh dan mengamalkan apa yang disunatkan bertafakur iaitu sujud sekurang kurang seminit selepas membaca doa, mengikut perubatan Islam perlakuan ini boleh mengelak kita dari pening atau migrain.

Ini dibuktikan oleh para saintis yang membuat kajian, kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah dan dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Tetapi hari ini rakyat Malaysia semuanya pening. Bukan pening kerana ruangan di kepala yang tidak dipenuhi darah seperti hasil penyelidikan sains tetapi pening kerana beberapa kenyataan pemuka kerajaan, dari seorang Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Peguam Negara, Ketua Polis Negara, dan juga pesara politik berhubung dengan isu Hindraf -Hindu Rights Action Force yang pada asalnya hendak menghantar surat kepada pejabat Suruhanjaya Tinggi British dan kemudian bertukar menjadi demonstrasi jalanan.

Di Batu Pahat, seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 7hb Disember, Abdullah Hj Ahmad telah mengarahkan PDRM- Polis Diraja Malaysia supaya sentiasa memantau rapi semua kegiatan Hindraf termasuk mengenai kaitannya dengan gerakan pengganas antarabangsa

Ditanya apa bentuk tindakan hasil pemantauan pihak berkuasa setakat ini terhadap Hindraf memandangkan kumpulan ini dikatakan boleh mengancam keselamatan negara, Perdana Menteri berkata: “Bila sudah sampai tahap berbahaya, kita tahu apa kita akan buat.

Apakah maksud sudah sampai tahap berbahaya yang dikatakan oleh seorang Perdana Menteri yang terkenal dengan tidak membaca dan lebih mementingkan tidur dan “holiday” dari hendak mengetahui soal pentadbiran dan keselamatan negara. Bukankah kepimpinan dalam Islam tidak pula diketahui ini terkandung dalam ajaran Islam Hadhari- ada had dan ada hari, telah mengajar pemukanya supaya membuat keputusan dalam dua perkara, ia itu masuk akal dan informasi yang diperolehnya.

Rakyat memang tidak tahu cara mana Polis menyiasat mereka yang terlibat dalam Hindraf. Adakah seperti di zaman Rasulullah SAW dalam perang Badar bila tertangkap penggembala Quraisy dan bila ditanyakan jumlah Pasukan Quraisy dan penggembala tidak menjawab dengan baik, maka dipukul oleh para sahabat, hingga Rasulullah SAW menanyakan sendiri kepadanya, “Berapa ekor unta yang mereka sembelih” lalu dijawab penggembala itu, “Antara Sembilan hingga sepuluh.” Rasulullah lalu berkata, “Kalau begitu kekuatan mereka antara sembilan ratus hingga seribu orang.”

Soalnya sekarang berapa orang yang betul-betul terlibat dalam Hindraf, jangan dikira yang berdemonstrasi kerana mereka datang menyertai perhimpunan itu tidak mustahak dikira tetapi yang hendak diketahui siapa penggeraknya?

Jika soalan ini hendak dijawab, tidak seorang pun boleh menjawab tepat termasuk PDRM sendiri kerana perkara atau isu ini, pada awalnya perkara keselamatan dan ketenteraman awam sudah menjadi perkara politik dan sudah dilupakan perkara keselamatan. Mengikut kata sarjana dan ulama Islam terkemuka asal Palestine - Taqiyuddin An-Nabhani dalam Ilmu berfikir menyatakan:

“Sedangkan berfikir politik, di samping memerlukan informasi terdahulu yang setaraf dengan pemikiran yang sedang di bahas, juga memerlukan informasi terdahulu pada topik yang sedang dibahaskan itu sendiri, tidak cukup hanya yang berkaitan atau yang mirip dengan pemikiran yang sedang di bahas, atau yang biasa digunakan untuk mentafsirkan proses berfikir. Kerana itu berfikir tentang teks-teks politik termasuk jenis proses berfikir tentang teks-teks pemikiran.

Apabila berfikir politik, ini merupakan proses berfikir tentang berbagai berita dan kejadian dan pengaitannya dengan berbagai peristiwa, maka berfikir politik seperti ini berbeza dari jenis proses berfikir lain yang ada. Tidak mudah diterapkan satu kaedah pun dalam proses berfikir politik ini, bahkan hampir-hampir tidak boleh dihubungkan dengan suatu kaedah (aturan berfikir-the rule of thinking). Kerana itulah, berfikir politik termasuk jenis proses berfikir yang paling tinggi dan sulit.”

Kesimpulanya bila KPN-Ketua Polis Negara membuat kenyataan seperti boleh berunding dengan pemimpin Hindraf, pada realitinya mereka sudah dituduh dalam mahkamah dan ada yang telah mendapat perintah injunksi dilarang berada di kawasan pejabat Suruhanjaya Tinggi British. Keduanya bila mengatakan bahawa proses memohon permit perhimpunan sebagai sebahagian Perlembagaan dan akhirnya mengatakan bahawa Hindraf, satu pertubuhan tidak berdaftar dan belum termasuk lagi soal hubungan dengan pihak militan di luar negeri maka kenyataan KPN tersebut oleh diibaratkan sebagai menghina minda.

Jika kita membaca Seksyen 27.(2) dalam Akta Polis 1967 atau dikenali Akta 344 dengan jelas menyebut bidang kuasa KPD-Ketua Polis Daerah “dan jika pegawai polis itu berpuas hati bahawa perhimpunan, perjumpaan atau perarakan tidak mungkin memudaratkan kepentingan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau membangkitkan kekacauan keamanan, dia hendaklah mengeluarkan suatu lesen dalam bentuk yang ditetapkan dengan menyatakan nama pemegang lesen itu dan menerangkan syarat-syarat atas perhimpunan, perjumpaan atau perarakan itu dibenarkan:

Dengan syarat bahawa pegawai polis itu boleh pada bila-bila masa membatalkan lesen itu atas apa-apa alasan yang membolehkan lesen tidak dikeluarkan di bawah subseksyen ini.”

Yang menjadikan orang awam atau yang berminat dalam isu Hindraf ini ialah cara-cara Kerajaan khasnya Polis menangi isu Hindrah ini dan ada masanya tindakan Polis itu sama seperti dikatakan orang “mabuk todi” atau bercakap selepas secara tidak siuman seperti semua buta dia seorang sahaja yang ada mata, maka jadilah dia raja. Cuba dibaca dengan teliti Subseksyen (2a) dalam Akta yang sama:

“2A)Sesuatu permohonan untuk mendapat lesen di bawah subseksyen (2) hendaklah dibuat oleh suatu pertubuhan atau bersama oleh tiga orang individu.”

Dan jika dibaca Subseksyen 2(B) dengan jelas bahawa Polis boleh menolak permohonan yang dibuat oleh tiga orang individu jika berpuas hati permohonan tersebut sebenarnya dimaksudkan untuk diadakan, dikumpulkan atau dibentuk oleh sesuatu pertubuhan.


Banyaklah orang bertanya pula, kenapa Polis pada mula lagi sebelum perhimpunan itu diadakan, tidak memberi tahu kepada semua orang melalui media sama ada akbar atau televisyen bahawa Polis tidak akan mengeluarkan lesen perhimpunan tersebut kecuali kebebasan individu tertentu untuk menghantar suratnya ke pejabat Suruhanjaya Tinggi British kerana terikat dengan Subseksyen (2D)

Sebaliknya Polis lebih senang dengan cara provokasi dengan membuat sekatan Jalan Raya seluruh pintu masuk ke Kuala Lumpur dan hanya sekadar mengingatkan perhimpunan itu ialah perhimpunan haram yang tak diberikan lesen tanpa memberi tahu lesen tidak dikeluarkan kerana Hindraf itu pertubuhan haram. Cuba baca pula sepenuhnya Subseksyen 2(D)

“Tiada lesen boleh dikeluarkan di bawah subseksyen (2) atas permohonan suatu pertubuhan yang tidak didaftarkan atau selainya diiktiraf di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat-kuatan di Malaysia”

Bukankah mudah pengurusan krisis jika berterus terang. Jika sudah dinyatakan bahawa satu pertubuhan yang tidak berdaftar dan lesen tidak dikeluarkan kerana sebab tertentu, agak-agak hendak ke rakyat keturunan India akan datang ke Kuala Lumpur dan berhimpun?

Dan rakyat yang menjadikan kedaulatan undang-undang sebagai pegangan sudah pasti akan marah. Tetapi kenapa KPN sembunyikan fakta ini, dan selepas menjadi huru-hara, barulah disebutkan bahawa Hindraf tidak berdaftar. Apakah tujuan konspirasi ini? Hanya sekadar untuk menjadikan isu ke arah perpaduan nasional atau mengalihkan isu.

Isu tidak popular pentadbiran Abdullah Hj Ahmad bukan boleh dibetulkan macam air banjir di Johor ia itu di alihkan atau diluruskan sungai atau parit. Sampah sarap yang ada dalam pentadbiran cucu Ulama Arifbillah-orang yang mengenal tuhan dan anak tokoh ugama ini sudah menjadi bukan sekadar bukit sebaliknya sudah menjadi gunung, dengan kepentingan anak dan menantu, rasuah yang bermaharajalela lela, dan keadaan “hilang kawalan”

Janganlah menghina cara berfikir rakyat, janganlah kita bangga melahirkan angkasawan dalam masa yang sama angka-angka orang kena penyakit sawan terus bertambah. Hentikan kesemua polemik yang tidak menguntungkan negara ini.

Janganlah tunggu nasi menjadi bubur. Jika perlu mereka dalam Hindraf perlu ditahan dalam Akta Keselamatan Dalam negeri tetapi dalam yang sama jangan pula kita sediakan pula untuk mereka mendapatkan habeas corpus seperti lebih awal menyatakan bahawa Hindraf sudah terlibat dengan satu pergerakan pengganas di Sri Langka.

Jika terdapat orang-orang Malaysia keturunan India terlibat dengan keganasan di Sri Langka, jika dia memberi bantuan kewangan, itu bukan satu perkara pelik. Malaysia pun pernah membantu negara - negara dan pertubuhan Islam lain atas nama Islam tertindas tetapi jika mengatakan Hindraf minta bantuan dari luar negara, sewajarnyalah tindakan pembuktian perlu dibuat dengan mendakwa mereka-mereka.

Janganlah pemikir keselamatan yang terdiri dari orang-orang Melayu dan Islam mengeruhkan suasana dengan sengaja untuk kepentingan segelintir orang yang gila kuasa. Rakyat Malaysia tetap menolak keganasan. Rakyat Malaysia tidak akan berkompromi dalam isu-isu melibatkan perpaduan, keamanan, kemakmuran dan keselamatan negara hanya kerana seorang yang bernama ABDULLAH HJ AHMAD.

Sang Kelembai: Dalam Al-Quran di ayat Hud ayat 118 Allah SWT berfirman "Jika tuhan menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih (pendapat). Barang siapa yang tidak mampu berinteraksi dengan hukum itu, dia pasti akan kehilangan banyak hal, dan akan menimbulkan faktor-faktor konfrontasi dan perlanggaran sesama kita. Abdullah Hj Ahmad akan mengira, bahawa kebenaran hanya ada pada mereka, dan kebenaran hanya milik mereka.

7 comments:

Anonymous said...

Tak lama lagi, negara ini akan musnah akibat cara negara ini diuruskan.

Rasuah maksima, orang orang teratas memang bodoh sundal, kepala otak tak center.

Anak anak iblis yang menjilat dan memakan hasil negara untuk sekumpulan anak anak maksiat, dan rakyat dipinggirkan seperti tahi.

Pantang Dicabar katanya, eh bodoh, baik bangun dan perhatikan bahawa negara ini dalam masalah besar.

Rakyat cabar bukannya nak main cabar bodoh, rakyat cabar atas prinsip prinsip rukun tetangga dan penyalahan guna kuasa oleh kutu kutu negara ini.

Rasis rasis dalam parti anda dah melampaui batas, merogol hak hak semua orang malaysia dan pencinta tanahair. Baik beredar sebelum hari kiamat, kerana semua yang menyakiti bumi ini dan rakyatnya pasti ditenggelami oleh api neraka.

"A CHANGE IS NEEDED" you bloody fool!

Anonymous said...

Salam Sang Kelembai,

Dear Mr. Sang kelembai...sujud selepas solat adalah tidak dibolehkan melainkan ada tujuan tertentu, antaranya jika mendapat berita baik (syukur) dan mendengar perkataan al-Quran yang bermaksud sujud. Itu apa yang saya ketahui (jika silap tolong betulkan).

the indie story said...

Dengan izin Tuan punya blog

Salam SANG KELEMBAI serta Rakan-Rakan yang dirahmati Allah swt sekelian.

kalau ada kelapangan masa, jom masuk blog KAMI. mungkin kita boleh bertukar fikiran dan pendapat secara rasional tanpa mengharapkan kesan glamour dan populariti daripada Astro.

Optimis mungkin.

Anonymous said...

Saya amat berterima kasih dengan pendedahan yang tulus dari saudara penulis. Sebagai rakyat Malaysia, saya begitu kagum dengan keamanan dan keharmonian yang kita nikmati pada hari ini. Sejarah perjuangan tokoh-tokoh dan orang-orang Melayu dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan bangsa amat jelas dibayang di ruang mata. Usaha keras dan semangat yang jitu akhirnya kemerdekaan yang selama ini diidamkan oleh setiap lapisan masyarakat di Malaysia akhirnya dapat kita kecapi bersama sehingga kehari ini.

Pada bulan Ogos 2007 yang telah berlalu telah mencatatkan betapa pentingnya kemerdekaan kepada setiap warga Malaysia. 50 tahun kemerdekaan ini bererti selama 50 tahun juga kita menghirup udara keamanan dan keharmonian negara dalam perpaduan dari berbilang bangsa.

Namun apa yang menyedihkan keamanan dan keharmonian yang selama ini kita kecapi semakin hamis aromanya. Masih ada dikalangan kita yang buta akan erti kemerdekaan yang sebenar. Buktinya sehingga mereka sanggup mengadaikan keamanan dan kehormanian itu dengan raptai-raptai ketidakpuasan hati mereka. Apa lagi yang mereka mahu ? Apa lagi yang mereka cari ? Segala-galanya terlah tersedia dan terhidang. Namun mereka masih tidur. Ternyata perjuangan yang mereka laungkan hanyalah demi kepentingan peribadi semata-mata.

HINDRAF, sekelip mata muncul. Bila didaftarkan ? Siapa pucuk pempinannya ? Semua menjadi tanda-tanya. HINDRAF tiba-tiba bangkit. Kononnya untuk meminta hak mereka. Hak apa ? Tidak cukupkah lagi segala-gala yang mereka kecapi di hari ini. Perjuangan apakah yang mereka laungkan ini ? Untuk siapa ?
Semuanya ini adalah perjuangan yang memihak kepada keuntungan peribadi semata-mata.Kelancangan HINDRAF nampaknya semakin polos. Namun masih ada di kalangan pemimpin kita yang masih tidur. Tidakkah sebagai pemimpin yang dilantik oleh rakyat kita perlu bersikap sensitif ? Terutamanya apabila timbulnya sesuatu isu yang mencalar maruah kemerdekaan negara yang kita pertahankan selama ini.

Cakap tak serupa bikin, masih ramai lagi pemimpin kita yang bercakap tak serupa bikin. Kalau di hadapan bukan main lagi suaranya. Tegas berkobar-kobar. Sayang seribu kali sayang apabila bercakap tentang maruah kemerdekaan dan kedaulatan undang semuanya tahu. Tapi apa tindakan mereka apabila isu HINDRAF timbul. Kononnya 'biar putih tulang, jangan putih mata,'-bohongan semata-mata. Inikah pemimpin yang mampu menjulang maruah bangsa ke pesada dunia. Pemimpin seperti inilah pemimpin yang akan membunuh masa depan anak bangsanya sendiri.

Bukan nak menudah atau pun mengata. Saya amat tertarik sekali dengan bidasan saudara yang memetik tentang sikap pemimpin yang malas membaca. Mungkin agaknya mereka sudah pandai, sudah cerdik, sudah di atas sebab itulah mereka malas untuk membaca. Membaca adalah jambatan ilmu. Malah kerajaan telah menghabiskan berbilion-bilion ringgit untuk memupuk semangat minat membaca di kalangan rakyat di negara ini. Sayang, sikap dan minat suka membaca di kalangan rakyat Malaysia tetap rendah dan merosot. Siapa yang harus dipersalahkan ? Tentunya pucuk pimpinan yang bersalah,sandiwara ini tak ubah seperti bak kata pepatah ketam mengajar anak-anaknya supaya berjalan lurus, sedangkan dia sendiri masih ke kiri dan ke kanan.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua pemimpin dan rakyat Malaysia supaya tidak mudah terpengaruh dengan kebudayaan songsang yang dibawa oleh mana-mana pemimpin yang bodoh dan cetek pemikirannya.
Sebagai negara yang aman dan bebas merdeka, kita adalah rakyat yang bebas untuk menyuarakan hasrat hati. Namun setakat mana kebebasan itu. Nyata kita masih terkurung dan terpenjara. Berhimpun, salah. Berceramah pun salah. Berdakwah apatah lagi. Kebebasan yang mengundang padah. Oleh itu, sebagai seorang rakyat yang sedia menyedari hakikat ini lemparkanlah suara hati anda kepada mana-mana ruangan dan kepada sesiapa yang sudi mendengar. Tapi ingat. ' cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar.

Bulat air kerana pembentung. Bulat masyarakat kerana maufakat.
Usah cemari kedaulatan dan kemerdekaan ini dengan cerita-cerita tidak berasa dari pemimpin yang berfikiran dan berwawasan rendah.
Fikir dahulu sebelum laksana. Pasti kejayaan itu adalah hak milik kita selamanya di negara Malaysia bumi bertuah.

Anonymous said...

'Kemerdekaan' yang macam mana Man nampak di negara kita? Kalau dari segi pembangunan, kemewahan dan destinasi pelancongangan, semua orang nampak. Sedangkan negara besar seperti Amerika yang hebat dan mewah segala nampak juga cacat celanya seperti rakyatnya yang homeless tidur di kaki lima dan bangku, tapi esok paginya keras kaku (dah mati) akibat kesejukan dan penyakit.

Apa yang saya nampak sekarang penyakit sosial yang sedang bernanah merebak di kalangan masyarakat kita. Cuba lihat orang-orang Melayu kita yang masih muda. Saya hairan kenapa mereka sanggup melakukan zina dan selepas itu merakam aksi 'zina' mereka yang boleh ditonton di telefon bimbit dan internet. Otak sewel kot! Rasuah menjadi-jadi di kalangan polis. Kawan saya ditahan polis kerana memandu laju tapi polis minta 'disuap' sahaja, kalau tidak kena saman. Cuba lihat pemimpin kita pula...seorang MB dari sebuah negeri dengan megahnya menunjukkan bahawa beliau berjaya 'membeli' nombor plet kereta dengan harga yang mahal, sedangkan ada rakyat yang mungkin masih makan siput lagi. Kenapa harga minyak naik, harga barang naik semata-mata nak mengkayakan lagi the so-called 'pemimpin' rakyat. Kenapa sekarang ni pisang berbuah dua kali di Johor apabila banjir yang terus melimpah ruah, tiada tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri untuk sekurang-kurangnya mengelakkan rakyat kerugian harta benda yang tak boleh dibandingkan nilainya dengan harta kekayaan the so-called pemimpin rakyat.

Apa yang saya nampak lagi ialah sebenarnya rakyat kita masih dijajah pemikiran dan budaya rakyatnya. Lihatlah budaya orang Melayu moden sekarang...orang Melayu tanpa segan silu cuba mencedok bukan sahaja yang baik tapi yang buruk juga dari luar.

Saya sedih lihat keadaan sekarang. Di manakah letaknya peranan agama rasmi kita sebagai cara hidup kita? Islam bukan hanya agama tapi cara hidup. Tapi orang Islam kat Malaysia ni nama saja Islam tapi budaya, ntah apa-apa!

Anonymous said...

Kalau diamat-amati tuntutan Hindraf ini adalh mengenai apa yang mereka rasa tidak puas hati dan kepada Kerajaan British dan bukan kepada Kerajaan Malaysia. Adalah hak mereka untuk menuntut dan hak mana-mana rakyat Malaysia untuk menuntut dalam sebuah negara Demokrasi seperti di Malaysia ini.

Tetapi malangnya UMNO melalui media arus Perdana nya mensensasikan tuntutan Hindraf ini sehinggakan hari ini nampak macam tuntutan Hindraf kepada Kerajaan Malaysia. Para penganjur Hindraf ini di provokasi sedemikian rupa sehingga digambarkan sebagai MENCABAR ORANG MELAYU. Dan rata-rata orang Melayu yang dunggu dan bodoh sedang marah kepada Hindu-hindu di Malaysia. Pimpinan UMNO/BN terus memainkan isu Hindraf bagi tujuan untuk membangkit semangat amok Kemelayuan yang kolot itu, dan kemudian UMNO akan muncul sebagai juara bagi mempertahankan hak-hak orang Melayu.

UMNO/BN adalah suatu parti kolot diMalaysia yang hanya akan survive diatas krisis-krisis perkauman.

Inilah kejahatan UMNO/BN yang ramai orang Malaysia masih tidak nampak.

Walhal jika ditanya mana-mana Hindu, apakah mereka mahu bunuh membunuh atau berperang dengan orang Melayu, sudah tentu mereka akan berkata 'TIDAK MAHU'. Tetapi mana-mana bangsa atau mana-mana orang sekalipun apabila diprovoke demikian rupa sudah tentu akan menjadi marah dan marah tersebut sudah tentu akan menimbulkan rasa dendam dan sakit hati dan akhirnya akan membawa kepada pergaduhan.

Ini-lah sebenarnya yang dikehendaki oleh Pimpinan UMNO/BN.

13 Mei 1969, adalah satu contoh bagaimana hasutan dan cabar mencabar ini membawa kepada rasa marah dan akhirnya kerugian kepada semua. Tetapi yang terlibat secara langsung dalam peristiwa 13 Mei adalah Melayu UMNO dan Cina DAP.

Jadi janganlah rakyat Malaysia sekali lagi tertipu oleh dakyah UMNO/BN ini yang mana merekalah parti Politik perkauman sempit.

Sudah tiba masanya UMNO/BN diganti dalam pilihan raya akan datang. Mereka tidak lagi mampu memerintah negara Malaysia ini yang mana kehancuran Malaysia sudah tidak dapat dielakkan lagi jika UMNO/BN terus memerintah.

Anonymous said...

"dengan nama allah yang pengasih lagi maha penyayang"

Saudara,

Hidup ini adalah berjuangan, perjuangan hingga mencapai matlamat. Perjuangan yang tidak ada matlamat itu perjuangan taik kucing, Kita kononnya hari ini ingin memperjuangkan keadilan, sehingga kenyataanan ketua hakim KHN tersasul hanya "buat kerja", Baguslah tu, dulu dulu hakim semau tak buat kerja, jadi sekarang kene buat supaya kerja kerja dapat dibereskan.

Apakah definasi keadilan? Dan dimana nak tuntut keadilan nih!... tahu kah kita bahawa seadil adil keadilan hanyalah kepada Allah, adakah kita disaran supaya adil.? Kalau ada, maka beberapa kerat manusia ini sanggup memikuil keadilan seperti semua para hakim hakim yang ada sekarang ini. Justru skop keadilan ini sangat luas, maka bila luas pasti banyak "ruang kosong" maka ruang kosong ini menjadi keadilan yang sebenar bagi mereka.

Kita jangan hairan, apa saja dakwaan penulis blog ini kita jamakkan semua betul lah, tetapi adilkan beliau kepada yang didakwa? Apakah persepsi yang kena dakwa dalam hal ini?, tapi lantaklah dan hantam apa nak kata kata lah. Sebab yang mendakwa itu cicak mengkarong je. Jadi…apa peduli dan apa yang disusahkan kan sangat. PM ke, Menteri ke, pencacai politik ke, ahli UMNO ke, atau Barisan Nasional ke. Mereka dalam kelompok elit yang "high Time". Mereka di pilih cara demokrasi, majoriti memberi mereka mandat yang besar untuk memerintah, maka mereka perintahlah ikut cara mereka....soal keadilan esok esok lah jawab. Sebab sekarang nak perintah dulu.

Saya tidak neutral dalam memberi pandangan, saya nyatakan apa yang saya tahu. . . dan belajar daripada yang mengetahui maka saya lebih memihak kepada Islam secara menyeluruh, dengan pakej yang sudah dilengkapkan oleh Allah swt, yang sudah di sampaikan oleh Rasulullah saw, kepada semua umat, soal ikut ke? tak ke? Adil ke?.....Allah tak Tanya sekarang, Allah tak siasat berapa harga jam, kat mana beiI?, jenama ape? atau sapa bagi? Tapi kalau bagi….apa sebab bagi?...banyak soalan cepu mas yang letih nak dijawab, dan semua tu Allah tak tahu ke? Atau harap harap esok Allah lupa….

Jadi bagi saya soal pemerintahan, soal Pak Lah, soal Isterinya pakai jam mahal, soal Kalimullah, soal tiga serangkai, soal badan kehakiman, soal SPR, soal peguam Negara yang letih dan macam macam soalan nih….dah lazim sangat, macam hafal surah lazim! Macam solat yang kene tonggang tonggek akan tetapi semua kita tak faham maka akhirna penat, letih dan lesu. Tetapi pahala tak dapat, bila tak dapat rugi lah bodoh lah, buat benda yang sia sia. Kerana perbuatan akal fikiran yang tak tentu hala, Allah tak suruh fikir yang susah susah, kerana semua Allah dah ajar dan tunjuk dalam Al'Quran dan Sunnah. . . . .Semua kesusahan bagi kita sudah Rasulullah selesaikan, yang kita bodoh nak fikir susah susah ni kenapa? Bacalah Al'Quran, rujuk sunnah kalau tak faham Tanya pada yang mengetahui, maka jawapan semua dah ada, kalau tak ada gak maka itjihad, asal kanun syarak tidak dilanggar

Kepimpinan tertinggi seperti Pak Lah, umpama berjalan diatas benang, ke kiri neraka, kekanan syurga…biak pii… lah dia nak buat apa pun. Kalau Pak Lah tahu mana nak rujuk dan tanya .. maka dapat lah penasihat seperti Tengku Adnan, VK Lingam atau Jeanne, atau KJ. Mereka ini penasihat yang tidak layak dari syarak, macam mana nak dapat keputusan yang baik. Mana nak letak kewibawa pemimpin jika sesuatu keputusan orang lain yang buat. Lemah lah kepimpinan, bila lemah maka susah lah sikit nak dapat pertunjuk dari Allah. Bila tak berdamping mana dapat petunjuk, mana dapat ilham. Justru kabur lah mata hati. Maka berlegarlah pemikiran untuk memikirkan apa yang nak di buat.

Ingatlah bahawa pemimpin adalah yang paling hampir dengan Allah swt, maka perdampingan dengan Allah bagi pemimpin adalah mandatori, pemimpin bukannya perlu "friendly" apa lagi Pak Lah, yang "friendly" sangat sampai bersentuhan dan pegang pegang kulit yang tak berbalut tu kenapa? Apa hal nak pegang…friendly sangat ke?, Maka gelagat itu lah yang payah kita nak hormat, pemimpin kena garang, kena wibawa dan gagah dalam menghadapi situasi perang. Itu kepimpinan, tapi kalau memimpin minta nasihat cicak mengkarung, maka taik cicak lah dia dapat. Ini lah kelemahan yang jelas, nyata dan yang perlu direvolusikan.

Allah yang memberi kerajaan kepada insan yang dipilih. Tetapi kerajaan subahat pun Allah bagi gak, pemerintah yang zalim pun Allah bagi gak, tetapi ingat! Allah bagi ada sebab, dan bersediakan mengahadpi ujian. Jika tidak bersyukur dan bersabar dan melaksanakan keadilan seperti tuntutannya, maka tunggulah apabila ujian dari Allah, satu demi satu datang keatas kamu. Maka hati pada masa itu sudah tidak tetap maka anasir jahat pun masuk sehingga membawa kekesatan.

Jumpa lagi..

evolusiumno@gmail.com

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia