Wednesday, March 19, 2008

Kabinet filem " Tiga Abdul"

Kabinet Kerajaan Tiga Beranak sudah pun di umumkan dan di antara yang masuk dan yang keluar menyertai Pasukan Kabinet “Saya Perdana Menteri” yang selalu tidur Abdullah Hj Ahmad, yang memeranjatkan sekali keputusannya adalah untuk tidak melantik sesiapa ke jawatan Setiausaha Parlimen dan tugas itu akan tertanggung kepada Timbalan Menteri atau Menteri yang berkenaan.

Jawatan Setiausaha Parlimen telah diwujudkan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan di iktiraf sebagai satu jawatan “anggota pentadbiran awam” selepas Timbalan Menteri dan kemudiannya ialah Setiausaha Politik.

Tugas dan tanggung jawab Setiausaha Parlimen di era Tunku Abd, Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein ialah menjadi orang perantaraan antara Ahli-ahli Parlimen dan Kementerian yang mengujudkan satu Jawatankuasa Parlimen yang di anggotai oleh ahli-ahli Parlimen yang terdiri dari Parti Kerajaan atau persetujuan Perdana Menteri dari Parti Pembangkang.

Itu sebab semasa Malaysia mempunyai Perdana Menteri seperti Tunku Abd Rahman Putra, Tun Razak Hussein dan Datuk Hussein Onn banyak isu-isu Kementerian tidak terdedah di dalam perbahasan Parlimen termasuk isu-isu Jawatankuasa Kewangan Awam atau PAC-Public Account Comittee kerana sudah diatasi oleh Jawatankuasa Parlimen yang menganggotai mana-mana Kementerian yang kebiasaan bermesyuarat sekurang dua bulan sekali atau bila-bila masa di mana ada keperluan.

Jawatan Setiausaha Parlimen sebagai Setiausaha kepada Jawatankuasa Parlimen tidak lagi berfungsi seperti asal bagaimana mula ditubuhkan sebaik sahaja di ambil alih oleh Dr Mahathir Mohamad, bila mana Setiausaha Parlimen telah berfungsi sebagai anggota pentadbiran awam, hanya membantu tugas Menteri atau Timbalan Menteri dan Jawatankuasa Ahli Parlimen bagi satu Kementerian sudah tidak diwujudkan lagi.

Bila mana Abdullah Hj Ahmad tidak mengisi jawatan itu, jelas membuktikan bahawa Abdullah Hj Ahmad tidak memberi perhatian kepada peranan Parlimen khasnya Dewan Rakyat yang ahlinya dipilih melalui satu pilihan raya yang bebas. Jika dilihat pengalaman Abdullah Hj Ahmad kemungkinan untuk mengambil tindakan yang drastik ini tidak akan lahir seperti mana yang selalu diucapkan ia itu “ini ide saya” di samping saya Perdana Menteri.

Maka siapakah yang memberi cadangan atau ide itu?, Jawapannya mudah dan semua orang tahu jawapannya. Sudah pasti jawapan cadangan itu datangnya dari Kharyi Jamaludin Abu Bakar, anak menantu yang sudah diketahui umum akan bersama membuat dasar dalam Kerajaan Tiga Beranak yang dipimpin olehnya.

Maka bertanya semua orang yang memahami strategi di mana agaknya kolej strategi seperti Defence Imperial Collage di London Abdullah Hj Ahmad belajar? Kerana semua orang yang memahami strategi akan memahami bahawa jika keadaan kekuatan lemah maka pembesaran adalah penting dan bukanya memperkecilkan seperti yang dilakukan dalam kabinetnya.

Dari senarai nama-nama yang di masukan dalam barisan Pasukan Islam Hadhari ini jelas menunjukkan kesemua yang mewakili UMNO mempunyai susun galur atau kepentingan perniagaan anak dan menantunya. Shaziman Abu Mansor yang diberi tanggung menjaga Tenaga Nasional Berhad, anaknya Kamalludin Abdullah adalah pembekal bahan bakar arang batu bagi menjaga tenaga.

Ismail Sabri yang dilantik menjaga Belia dan Sukan, semua orang tahu bahawa Khairy Jamalludin Abu Bakar sendiri di samping sebagai Timbalan Presiden FAM, juga mempunyai Pasukan My Team. Maka dengan sendirinya Bahagian Sukan akan diperalatkan untuk kepentingan memasyhurkan namanya dalam sukan bola sepak dan segi politiknya bantuan sukan dan belia akan digunakan untuk tujukan memberikan bantuan sukan dan belia.

Zaid Ibrahim yang diberi tugas untuk mereformasi dan memberi keyakinan perlaksanaan keadilan di Mahkamah, seperti dikata oleh Ibrahim Ali sebagai seorang peminum arak yang tegar, di rumahnya sendiri mempunyai BAR arak, juga diketahui umum bahawa Firma guamannya terlibat dalam merangka Akta Pembangunan Koridor sekarang seperti Akta WPI-Wilayah Pembangunan Iskandar di mana syarikat perunding kesemua projek tersebut diberikan kepada Ethos Consultant Sdn Berhad yang Khairy Jamalludin Abu Bakar ada kepentingan.

Zahid Hamidi, walau bekas Setiausaha Politik Najib Tun Razak dan sekarang diberi portfolio menjaga Hal Ehwal Islam dan Islam Hadhari hanya sekadar “camouflage” kepada orang-orang Najib Tun Razak akan agenda tersembunyi Khairy Jamalludin Abu bakar yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri di bawah usaha 40 tahun.

Kabinet KJ-Khairy dan Jeanne ini jelas menunjukkan akan secara nyata beberapa orang Najib Tun Razak disingkirkan bagi tujuan untuk memberi isyarat kepada Najib Tun Razak, di mana setengah orang mengatakan bahawa dalam sejarah politiknya kesemua jawatan yang disandang diberikan secara percuma supaya menunjukkan reaksinya. Dan dari segi reaksinya dan ke tidak hadiran Najib Tun Razak dalam mengisytiharkan kabinet Abdullah Hj Ahmad jelas menunjukkan masa depan UMNO tidak akan terjamin jika Abdullah Hj Ahmad disingkirkan sama ada melalui undi tidak percaya atau di kalah dalam jawatan Presiden UMNO kerana Najib Tun Razak sendiri mempunyai luka-luka yang mudah dibuka plasternya oleh Parti Pembangkang.

Persoalan hari ini dengan wujudnya Kabinet yang tidak berorientasi mewakili negeri-negeri seperti amalan biasa, dengan tidak terdapat wakil Perlis, Kedah, Kelantan(kerana Zaid Ibrahim bukan Ketua UMNO Bahagian) Pulau Pinang (kecuali Abdullah Hj Ahmad Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas) dan Melaka yang hanya mempunyai dua Timbalan Menteri jelaslah membuktikan Abdullah Hj Ahmad lebih mementingkan kepentingan perniagaan anak, menantu dan adiknya dan termasuknya tidak ada wakil Pergerakan Wanita UMNO dalam kabinetnya. Ini belum termasuk Wilayah Persekutuan yang mempunyai 13 kawasan Parlimen hanya diwakili oleh satu orang Menteri.

Dan yang agaknya aneh, ialah Selangor di mana negeri yang UMNO/Barisan Nasional kalah teruk terdapat tiga orang Menteri dan juga Perak yang mempunyai dua Menteri dari UMNO tetapi Sabah yang menang hamper 100% calon-calon UMNO hanya mempunyai satu Menteri dan dua Timbalan Menteri sebaliknya Johor mempunyai Menteri dan Timbalan Menteri teramai sekali.

Maka terserahlah kepada ahli-ahli UMNO di Perlis, Kedah, Kelantan, Wilayah Persekutuan untuk memikirkan masa depan UMNO, sama ada berdoalah selalu supaya Anwar Ibrahim diberikan hidayah untuk bertanding awal supaya jangan menjadi de facto Barisan Alternatif yang akan dirasmikan nama Barisan Rakyat dalam sistem dua parti kerana jika beliau tidak bertanding awal sebaliknya menunggu empat tahun yang akan datang, beliau bertanding mana-mana Parlimen dengan sendiri rakyat dan para pemilih akan mengetahui dia akan bakal menjadi Perdana Menteri dan menyokongnya.

Dan masa itu eloklah UMNO beramai-ramai termasuk Abdullah Hj Ahmad membawa cangkul pergi ke mana-mana tanah lapang dan kalau boleh mencari tanah kubur untuk menggali bagi menanam diri sendiri.

Sentimen perkauman dan nasionalis perkauman yang dibakar kepada orang Melayu oleh UMNO sudah tidak relevan lagi. Jika parti yang dipimpin bukan Islam boleh menerima konsep Islam sebagai payung kepada kepentingan kehidupan berbagai kaum, maka orang Melayu hanya mempertahankan kepentingan Islam dan kemungkinan isu Islam tidak akan dibawa oleh Parti Pembangkang bukan Islam kerana mereka sudah diberikan penjelasan oleh PAS, apa kah maksud Negara Islam dalam konteks PAS dan perbezaannya dengan UMNO.

Gelombang menolak UMNO/Barisan Nasional seperti Tsunami, begitulah UMNO yang hanya berbeza punca Tsunami kerana kerekahan di perut bumi dan UMNO kerana kerekahan perut pemimpin nya seperti Abdullah Hj Ahmad. Dan semua orang bertanya kenapa PRU-Pilihan Raya Umum yang lalu untuk pertama kali dalam sejarah kempen PRU, di samping gambar poster Abdullah Hj Ahmad terdapat juga gambar poster Najib Tun Razak tetapi waktu pengumuman kabinet ke mana hilangnya Najib? Adakah dia memprotes senarai kabinet itu?

Jika Abdullah Hj Ahmad masih mengamalkan konsep macam Filem Tiga Abdul menguruskan UMNO dan Kerajaan bila hendak menjadi menantu Saddiq Sega Raga tak boleh marah-marah nanti kena jual. Maka cuba tukarkan Ismet Ulam Raja itu Tun Dr Mahathir, Saddik Sega Raga itu Abdullah Hj Ahmad. Dan ketiga anak Ismet Ulam Raja itu siapakah yang agak sesuai memegang watak P. Ramlee yang menjaga harta bapak dan maruah keluarga dari harta tergadai dan siapa yang sesuai menjadi Haji Mahadi dan S. Kadisman, yang tergila-gila nak berbini sehingga tergadai harta pusaka bapak kerana semua orang boleh meneka dengan tepat siapa dia yang berwatak Mr Kassim Patalon (Salleh Kamil) yang hanya memikirkan apa dilakukan ialah mesti ada komisen atau keuntungan kepadanya kalau tidak Khairy Jamalludin Abu Bakar.

Sang Kelembai: Dialog-dialog yang sesuai dalam Kabinet 2008 ini ialah Dialog P. Ramlee kepada Sarimah yang mengatakan, abang-abang di sini penyamun, bapak di sinun penyamun, elok sangatlah tu... penyamun bertemu penyamun

12 comments:

MYSON said...

good post sang kelembai

loved it...very entertaining

may i post it in my blog

duagelasteh said...

(1) "Zaid Ibrahim yang diberi tugas untuk mereformasi dan memberi keyakinan perlaksanaan keadilan di Mahkamah…"

KOMEN: Tukang-tukang kipas termasuk media perdana menyebar luas perlantikan Tuan Zaid dan Tuan bekas CEO Mayban itu, seolah-olah dalam seluruh kabinet ituhanya dua orang ini saja yang bisa dipakai untuk membawa perubahan pesat....

Depa lupa bahawa pentadbiran sesebuah negara adalah jauh lebih meluas, besar, rumit, sukar...dpd pengembalian keyakinan kepada Badan Kehakiman ( tugas baru Tuan Zaid ) dan pengukuhan/pemantapan EPU ( tugas utama tuan bekas CEO Maybank).

Buat apa EPU dimantap/dipermantapkan? Itu cuma unit perancangan; belum masuk ke peringkat pelaksanaan. Apa yang dilakukan oleh Pak Lah PM sebelum March 2008 itu semuanya pengumuman rancangan2 pembangunan/koridor tah apa2 --on papers saja, kata orang putih.

Patutlah rakyat (majoriti) menolak Umno/BN kerana rancangan2 kertas itu bagi mereka satu sen pun tak bisa dipakai/dimanfaati....

Yang mengecewakan lagi ialah Pak Lah berkata sekarang baru mahu utamakan pelaksanaan rancangan2 itu - ini akan ambik masa 4-5 tahun... kalu lagu ni mentadbir negara, sampai hari kiamat kita duk sibuk dgn DEB,DPN,Wawasan 2020....

Kalu Pak Lah mahu kedudukannya selamat, beliau perlu ajak semua kawan dan musuh politik masuk ke dalam BN sekarang-tak kira Bung Anwar, sdr Husam Musa, Dr Syed Husin Ali, Ku Li, dll yang berkaliber (macam pistol Magnum!)....

Seni memimpin negara, kata ahli2 cerdikpandai zaman dulu, bukan susah sangat. Kamu hanya perlu mencari "the best brains" menjadi kuli kamu, dengan syarat kamu ada bagi arahtuju yang betui....

Yang nyata, Pak Lah, sorry to say this, telah gagal memimpin Malaysia. Beliau Mr. Nice Guy, maka sebab itu beliau segan silu nak suruh kuli bekerja untuk dia....

Belajaklah dpd Tun Dr Mahathir yang pandai mencari bakat2 bekerja untuk beliau(sebenarnya untuk bangsa,negara dan agama!). Buat apa nak segan silu - sampai kena memimpin secara auto-pilot dan kasi orang lain remote-control?

Kalu PM duk buat lagu ni, saya bimbang: TAK LAMA LAH!

(2) "Sentimen perkauman dan nasionalis perkauman yang dibakar kepada orang Melayu oleh UMNO sudah tidak relevan lagi. Jika parti yang dipimpin bukan Islam boleh menerima konsep Islam sebagai payung kepada kepentingan kehidupan berbagai kaum..."

KOMEN: Sungguhpun saya dapati ramai bukan-Muslim sudah menyokong Pas, namun ini tidak bermakna mereka sudah menerima/memahami Islam dengan betuinya....Mereka memangkah Pas kerana sebenarnya bencikan Umno/BN.

Saya kira dakyah Umno mengenai kejahatan Pas dan agenda Islamnya masih mempengaruhi minda bukan-Muslim di negara ini, sehingga mereka masih menolak konsep negara Islam....

Bagaimanapun, sikap bukan-Muslim menyokong Pas/PKR merupakan sedikit kemajuan dalam merubah minda/mentaliti mereka yang sebelum negatif.

Jadi soal kita sekarang di Malaysia bukan masalah perkauman/ras, melainkan isu-isu rasuah, penyelewengan, kronisme, nepotisme,kelemahan mentadbirkan negara,pekak badak pemimpin terhadap penderitaan rakyat kelas bawahan dsbnya.

Ada penulis yang menuduhkan pengundi2 Cina menyokong pembangkang kerana mereka membenci Umno Melayu. Ini pandangan yang sudah tentu meleset.

Sebahagian besar mereka menentang rasuah, kelemahan Pemerintah dalam beberapa segi,pengumpulan harta di kalangan sanak saudara dll -- tanpa mengira mereka yang mengkhianati negara itu Melayu, Cina atau India....

Jika betui mereka membenci ketuanan Melayu/Umno-Melayu @ Muslim, sudah tentu yang menang besak hanyalah DAP, dan bukan Pas serta PKR.

3. Malaysia masih bisa diselamatkan; tergantung pada pemimpin yang membimbing rakyat: Kalu duk perangai macam ibu ketam, tak lama kemudian rakyat pelbagai kaum akan memberontak.

Syabas sdr Zahrin kerana paparkan pandangan2 yang tajam, bernas, berani kerana benar --sungguhpun menusuk kalbu mereka yang menjadi sasaran pena sdr.

SALAM HORMAT.

duagelasteh said...

Sdr Zahrin,

Izinkan saya perturunkan seruan Datuk Mufti Perlis:

"Sekali lagi saya ingin sebut, seperti yang sering nyatakan dalam berbagai tulisan dan kenyataan saya, bahawa “laksanakanlah keadilan dan ketelusan, di situlah akan lahirnya cinta rakyat dan keberkatan Allah.

"Jangan ulangi segala bentuk penyelewengan dan kebongkakan yang pernah dilakukan oleh mereka yang lain sebelum ini, kerana pada bongkah, sombong dan tidak telus itu mengundang kebencian rakyat dan kemurkaan Allah”. "

Saya yakin para pengundi bukan-Msulim pun bersetuju sangat dengan pandangan beliau itu.

HIDUP MALAYSIA.

Pak Ma'on said...

united malay nation organisation adalah sebuah pertubuhan yang tidak semua melayu berminat menyertainya, yang hari ini kelihatan sebagai sebuah kumpulan sarkas kampung-mempersembahkan sandiwara khas sarkas 'barisan kabinet sarkas'..pada kebanyakan bangsa melayu di malaysia, united malay nation organisation hanyalah sarkas untuk diketawakan oleh kaum lain...alhamdulillah saya bukan salah seorang dari badut badut sarkas itu..

Anonymous said...

if you really think outside the box,what our mr sang kelembai wrote does make sense.

read again once more and try to 'reunderstand'.

the indie story said...

KU LI PALU GENDANG PERANG!

Gedang perang telah dipukul bertalu-talu. Gegak gempita Tanah Malaya. Muncung-muncung meriam sedang dihalakan ke Mahligai Putra Jaya. Serunai ditiup sayup-sayup bunyinya. Bala tentera telah berada diperbatasan terakhir…

Inilah saki-baki bala tentera yang masih setia kepada Anak Raja berjiwa rakyat. Percubaan terakhir untuk menakluk hieraki kepimpinan UMNO. Setelah dimalu dan diaibkan semenjak sekian lama; Tengku Razaleigh Hamzah bangkit menuntut kembali takhta singahsana UMNO yang dirampas darinya semenjak diakhir tahun 70an lagi.

Bapa Ekonomi Orang Melayu masuk kembali kegelanggang sebagai seorang Panglima Melayu berpantang undur sebelum ajal. Semenjak kembali semula kepada UMNO pada tahun 1996, Ku Li dilayan saling tak tumpah sebagai Ashkar Gurkha. Segala jasa dan budi beliau kepada ekonomi orang melayu dan pembangunan Malaysia tidak pernah langsung disebut oleh media massa. Legasi beliau terhakis sedikit demi sedikit setelah mengalami ‘kekalahan bermaruah’ hanya 43 undi di Perhimpuan Agung UMNO pada tahun 1987 kepada rakan sekapal Dr. Mahathir Mohammad.

PETRONAS yang menjadi salah satu syarikat petroleum gergasi didunia pada hari ini siapa yang menubuhkannya? Bank Bumi Putra Malaysia Berhad yang banyak menyokong usahawan-usahawan melayu yang baru mula hendak belajar berniaga, siapa yang menubuhkannya? Bangunan UMNO dan PWTC hasil usaha siapa? Anda tidak tahu bukan. Maka rajin-rajinlah mengkaji sejarah. Malah banyak lagi jasa Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak cukup untuk disebutkan disini.

( Sila baca artikel selebihnya di:
http://theindiestory.blogspot.com/ )

Anonymous said...

Wahai SangKelembai,

Rasanya "Saya Perdana Menteri" harus diingatkan akan pesanan ini...

http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2003&dt=1101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Anonymous said...

Rasanya saudara tertinggal satu nama lagi dibelakang semua ini iaitu NORI.

Anonymous said...

Perlantikan Zaid Ibrahim sebagai Menteri Undang2 ada lah tidak menasabah langsung saperti juga banyak ahli2 kabinet yang lain. Nampak nya, ia di buat oleh orang2 yang kurang sangat pengalamnya dalam politik dan kemungkinan besar di bawah umur 35 tahun (bundak2 berhingus dalam umur politik!!).

Zaid tidak layak kerana:
1. telah di sahkan sendiri oleh UMNO sebagai korup dan sedia mengunakan apa saja jalan utk sampai pada matlamat.

2. Kaki botol. Beliau telah di lihat juga meraikan hari lahirnya 3 tahun yang lalu dalam satu bar di Bangsar dengan kuncu2 kaki botolnya. Betul kata Ibrahim Ali (bukan bapaknya kerana Zaid Mamak Kelantan) ada BAR arak di rumahnya. Ada juag BAR dlm pejabatnya. Dalam satu majlis makan mlm SESB di Sabah(Zaid lembaga pengarah), Leo Moggie anak Irok mengimpikan untuk mengekspot Tuak (arak Iban) ke luar negara tetapi tidak tahu processnya....Zaid yang duduk semeja dengannya mencelah dia boleh mendapatkan lesen mengespot arak untuknya dan akan membantunya.

3. Zaid juga mempunyai pandangan2 yang liberal dan hampir anti mainstream Islam mengenai banyak isu berkait dgn Islam spt hak murtad,IFC dan kedudukan istemewa Islam dalam perlembagaan dsg. Dia juga aktif menyertai forum sebaris dengan aktivis yang jelas anti Islam.Kita tidak boleh salahkan dia secara toto kerana yg menyebabkan ini adalah hirupan berzaman Johnny Walker, beer, wiskey dan lain2 oleh seorang peminum arak tegar.

4. Zaid juga bangga dengan syarikat Guamannya. Ramai mungkin tidak tahu yg dia mendapat banyak kontrak kerana kronisma nya dgn ahli2 politik korp tempatan. Juga hubungan bisnes sulitnya dengan Arther Anderson consulting dimana dia memberi kickback atau rasuah utk kontrak guaman yg de perolehinya dpt AAndersan. Ini adalah kesalahan yg nyata dan boleh membawa kpd kehilangan lesen dia sebagai peguam.......

sekian.....tk

lordmusan said...

Dear Friends,

I have just read and signed the online petition:

"We Need Tun Dr.Mahathir To Be Involved In Government Again"

hosted on the web by PetitionOnline.com, the free online petition
service, at:

http://www.PetitionOnline.com/nbe9009/

I personally agree with what this petition says, and I think you might
agree, too. If you can spare a moment, please take a look, and consider
signing yourself.

Best wishes,

Roslan Mohamed Shapri

Anonymous said...

PAK LAH & KJ,
BERSIH SUCI ?

Merundum UMNO/BN diakui
Memiliki 140 dari 222 kerusi
DAP,PAS dan PKR riang hati
Ahli UMNO/BN sebalik lalui

Jika kata UMNO bagai bahtera
Nakhoda dan anak kapal bahaya
Kesan pukulan tsunami tak reda
Gegeran dalam bahtera terus ada

Konon inkuiri bebas atasi bahana
Yang dipasti kosnya murah tiada
Siasatan bebas akan makan masa
Segala rahsia parti dibuka belaka

Selaku NP, muhyidin sokong aja
Setuju inkuiri bebas buat segera
NP UMNO begini gugurkan dia
Tolak KJ, boleh pilih sebaiknya

Kes Politik Wang ahli, ikuti cara
UMNO hebat, veteran ahli guna
Walau hasilnya buatkan kecewa
Perlu disiplin ahli, presiden juga

Rosotan UMNO amat luar biasa
Kaedah rawatan pun begitu juga
Himpunan luar biasa buat segera
Sekali jumpa akan dijimat masa

Andaikata inkuiri bebas yakini
Kemungkinan buruk boleh jadi
Tergambar dapatan mencurigai
Pak lah & KJ dilihat bersih suci

serling
[22.03.08]
sabtu
.....

Anonymous said...

JIKA ZAID IKHLAS !

Jika rajin semak perundangan
Semaklah apa pak lah katakan
Hal jambatan bengkoh batalkan
Undang2 antarabangsa akurkan

Siapakah pakar undang2 rujukan
Ketika Tun sebagai PM sarankan
Tidak relevan pak lah khuatirkan
Pak lah anggota kabinet akurkan

Tetiba bila Pak Lah jadi PM kita
Kerja2 awal bina telah bermula
Kata batal pak lah, kita terpingga
Kata takut didakwa oleh singapura

Terangkan pada rakyat kadar segera
Fasal keberapa undang2 pak lah kata
Barulah tabik kepada zaid dari hamba
Tak caya tanpa fakta undang buktinya

serling
[26.03.08]
rabu
......

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia