Wednesday, March 26, 2008

Dari Bodoh ke Nyanyuk.

KUALA LUMPUR 25 Mac “ Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang juga Sultan Terengganu bagi menyelesaikan isu pelantikan Menteri Besar negeri itu.

“Saya akan pasti menemui Sultan (Mizan)” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu pada sidang akhbar sempena Persidangan Pelaburan Malaysia 2008 di sini hari ini-Utusan Malaysia 26hb Mac 2008.

Jika rakyat kata bahawa “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia yang paling bodoh mungkin keterlaluan dan dianggap kasar tetapi apa yang dikatakan oleh dia nampak tidak cerdik dan tidak pandai dan adalah tahap terakhir sebelum dikatakan bodoh, sehingga beberapa SMS yang dikirim dan beredar menyebut dia sebagai Abdullah Bodohwi dan bukan Abdullah Ahmad Badawi.

Kenapa dia tidak dikira sebagai orang bijak dan sebaliknya sudah sampai ke peringkat bodoh dan menunggu masa ke arah dipanggil nyanyuk, kerana berdasarkan kenyataan di atas yang hanya ikut sedap mulutnya. Tidak ke dia selaku Perdana Menteri tidak mengetahui bahawa Perkara 34. Ketidakbolehan Yang di-Pertuan Agong, mengikut apa yang tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan dengan jelasnya yang bertulis:


Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsinya sebagai Raja Negerinya kecuali fungsinya sebagai Ketua Agama Islam.


Maka untuk tujuan apa Abdullah Hj Ahmad untuk menghadap Yang Di Pertuan Agong? Sekiranya apa yang berlaku sekarang di Terengganu selepas majlis menghadap itu maka dengan sendiri Yang Di Pertuan Agong sudah melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Majlis Raja-Raja kenalah bermesyuarat untuk menggugurkannya.

Tetapi Yang Di Pertuan Agong, Sultan Mizan dengan dibantu oleh Ayahandanya Sultan Perak yang juga bekas Ketua Hakim Negara atau Raja-Raja lain yang berpengalaman kemungkinan Yang Di Pertuan bagi perkenan menghadap kerana membincangkan perkara negeri Terengganu tidak mungkin akan berlaku, kecuali sambil-sambil menghadap dalam soal pentadbiran negara Abdullah Hj Ahmad menyentuh perkara Terengganu kemungkinannya ada tetapi itu pun menjadi satu kesalahan.

Abdullah Hj Ahmad sewajarnya mencari sebab musabab kenapa boleh berlaku insiden yang memalukan ini. Sudah beberapa kali ditulis dalam blog dan laman web oleh mereka yang mempunyai kebebasan akal dan fikiran akan perihal Abdullah Hj Ahmad ini bergantung akal fikiran dari anaknya Kamalludin dan menantunya Khariry Jamalludin. Itu sebab selaku ketua Parti, dia perlu mengambil iktibar bahawa cara menyelesaikan sebarang isu ialah dengan mencari puncanya.

Punca di sini ialah tidak dilantik seseorang yang dicadangkan oleh Abdullah Hj Ahmad untuk menjadi Menteri Besar sebaliknya kerana masih lagi hendak bertahan atas nama prinsip, nama yang dicadangkan dikekalkan. Di sebelah Raja dengan kuasa Perlembagaan Undang-undang tubuhnya dia berhak untuk melantik sesiapa yang dipercayai dipersetujui atau disokong oleh ahli Dewan Negeri.

Majlis Pemangku Raja Terengganu yang dipengerusikan oleh seorang yang mempunyai hubungan darah dengan Sultan Mizan dan dibantu oleh orang yang berpengalaman termasuk bekas seorang Hakim, peratus kebodohan memang tidak ada, bila melantik seorang Ahli Dewan Negeri dari UMNO/Barisan Nasional menjadi Menteri Besar.

Pelantikan itu menjadi kontroversi bukan soal Perlembagaan seperti yang dikatakan oleh Abdullah Hj Ahmad. Perhatikan senario yang berlaku di Perak dan Perlis. Keduanya ada ketegangan pada awal pelantikan Menteri Besar tetapi berakhir hanya dengan satu perkataan sahaja yang berbunyi “saya sokong”. DAP dan PKR yang kerusi lebih dari PAS yang dilantik menjadi Menteri Besar boleh diterima kerana Menteri Besar dari PAS di sokong oleh kedua parti yang berkenaan. Begitu juga Dr Mohd Isa Sabu dengan selesa menjadi Menteri Besar Perlis kerana di sokong oleh Shahidan Kassim yang tidak dilantik semula menjadi Menteri Besar.

Eloklah Abdullah Hj Ahmad dari sibuk mempertahankan Idris Jusuh kerana orang yang difikirkan oleh anaknya Kamalludin dan menantunya Khairy bahawa dengan Idris Jusuh maka terjaminlah semua kepentingan perniagaannya di Terengganu khasnya perniagaan Patrick Lim dan Kamulllah Moer Hassan.

Pelantikan Ahmad Said menjadi Isu kerana dia tidak disokong oleh 23 orang Ahli Dewan Negeri yang dikurung oleh Idris Jusoh. Sekarang berpindah randah dari hotel ke hotel. Sewajarnya BPR dari pergi menyiasat Ahmad Said lebih baik pergi menyiasat semenjak isu MB Terengganu ini, hotel-hotel yang mereka tinggal siapa yang membayarnya?

Kesimpulannya jelas membuktikan bahawa UMNO ini diperintah oleh orang dan bukannya organisasi atau Parti Politik. Jika UMNO atau Barisan Nasional yang memerintah maka dia terjadi seperti di Pulau Pinang di tahun 1990 bilamana Gerakan kalah teruk dengan DAP dan kerusi UMNO lebih banyak dari Gerakan, masa itu Perdana Menterinya bernama Dr Mahathir Mohamed menyerahkan juga jawatan Ketua Menteri kepada Gerakan kerana yang wujud adalah kerajaan Barisan Nasional.

Setelah sekian lama hampir lima tahun dan kemudian dalam PRU ke 12 Barisan Nasional kalah, baharulah diterima pembuktian yang tidak boleh dinafikan bahawa di peringkat Kerajaan Persekutuan yang berkuasa dan memerintah bukan UMNO/Barisan Nasional tetapi orangnya bernama Abdullah Hj Ahmad. Ini berlaku juga di Terengganu jika yang memerintah UMNO/Barisan Nasional sudah pasti mereka menerima Ahmad Said menjadi Menteri Besarnya tetapi kerana yang memerintahnya Idris Jusuh maka inilah isunya yang diseret Perlembagaan undang-undang tubuh negeri Terengganu.

Sang Kelembai: Bila dengar kisah Idris Jusuh mengurung atau menyimpan 23 ADUN Terengganu, teringat akan kisah Tun Mustapha Harun menyimpan ADUN USNO di Sabah, di Kuala Lumpur 32 tahun dahulu yang berkesudahan akhirnya setengahnya lompat juga ke Berjaya. Maka ramai-ramailah kita tengok siapa yang sanggup mati kerana Idris Jusuh dan sejauh mana Partrick Badawi sanggup taja semua perbelanjaan. Kesimpulan semua wakil rakyat Terengganu itu yang dah macam anjing kepada Partick Lim dan Wan Farid bila agaknya nak menggigit kaki Idris Jusoh.

11 comments:

itoBotak said...

Sang Kelebai

Untuk Pak Lah dan semua Ahli2 Politik negara.

Bacalah dan pahamilah RUKUN NEGARA.

Perenggan 2.

Sekian

ongbak said...

Kebodohan Pak Lah makin terserlah. Setelah gagal mendapat 2/3 majority, masih memikirkan soal kepentingan peribadi di tganu? dan sanggup menetang DYMM Agong..untuk apa? bodoh mmg bodoh...aku tak paham kenapa masih ada yg menyokong PM yang kurang cerdik ini..dimanakah akal fikiran anda ek

jeanbara said...

Menarik, bang. Tak ramai anak Melayu rajin baca Perlembagaan macam abang. Teruskan...buatlah apa saja yang terbaik untuk anak bangsa kita yang terus-menerus cuba di'blurrr'kan ini.

Anonymous said...

PAHIT JADAM
BUAT PAK LAH !

Hikmah sebalik episod MB terjadi
Menderhaka melayu itu jauh sekali
Kelihatan Raja, rakyat menyayangi
Patut dulu lagi Rukunnegara hayati

Buat MT UMNO, syabas ucapkan
Akurkan perkenan raja dilakukan
Selisih faham jadi perlu kuburkan
Sengketa Raja dan rakyat elakkan

Episod MB ganu selesai sudah
MT UMNO akur terhadap titah
Perkenan raja tak boleh sanggah
Idris jusoh jadi MB tamat sudah

Kepada pak lah jadikan peringatan
Masalah rumit jangan dimudahkan
Jangan sendirian, MT bincangkan
MT UMNO sewajarlah dirujukkan

Tahniah Ahmad said di atas tuah
Sabar penantian tanpa ngelabah
Umpama ditelan emak atau ayah
UMNO ganu mesti mantap gagah

Jasa idris rakyat trengganu hargai
PRU 12 buat jadi kayu ukur bukti
UMNO/BN masih perintah negeri
Bukan MB pun boleh lagi berbakti

Firasat hamba dari jauh memerhati
Tika exco bawah idris jusuh alami
Banyak hal ahmad said menghayati
Jangan lupa, kemaman naikkan seri


serling
[27.03.08]
khamis
......

Anonymous said...

SEJARAH UMNO
DIRESTUI RAJA !

Bersamalah muhasabah diri
Ahli UMNO seluruh negeri
Ahli biasa dan jawatan parti
Taraf sama, dinilai satu undi

Takdirkan PM atau menteri
Bukan guna perkayakan diri
Bukan juga membina dinasti
Perlembagaan parti, dihayati

Di istana, UMNO lahir rasmi
Bandar J.Baharu tetap ingati
Tanda perkenan raja perolehi
UMNO dan raja wajar selari

Raja berperlembagaan diikui
YDA giliran cara demokrasi
Istimewa kita, Raja lindungi
Hak minoriti juga tak kecuali

Jangan antara kita terlupa diri
Raja melayulah terbanyak kini
Raja serta rakyat kemas jatidiri
Sesama kita usah luka melukai

Derhakakan raja usah dipamiri
Pada rakyat, jangan raja zalimi
Raja dan rakyat, disatukan hati
Pesanan hang tuah kekal realiti

serling
[27.03.08]
khamis
……

Anonymous said...

Sdr Zahrin
Salam dari kawan lama,
Pak Lah bukan saja dah bodoh, nyanyuk malah dah sasau. Ini semua kerana sumpahan rakyat. Harap Jean dapat rawat dia segera jika tidak dia akan gila.

Anonymous said...

saya perdana menteri bukan bodoh dan nyanyuk,kalau dia bodoh dan nyanyuk tidak mungkin boleh menjadi perdana menteri,cuma dia telah di perbodohkan oleh menantu yang tak sepatutnya di panggil menantu tapi hantu....

Anonymous said...

Masih Dialog Filem 3 Abdul :

Lepas nie apa pulak 5 negeri nak buat! 25% tarak! (Adun UMNO di 5 negeri kata kepada penasihat mereka).

labulabi

Anonymous said...

Ada dua anggota Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu yang mempunyai pertalian darah dengan SPBYD Pertuan Agong - YTM Badrul Zaman,tengku Panglima Besar ialah adinda Tuanku dan YTM Tengku Sulaiman, Tengku Seri Laksamana Raja ialah ayahanda saudara Tuanku.
YTM Tengku Seri Laksamana Raja ialah seorang peguam yang amat berpengalaman.

Anonymous said...

Ada dua anggota Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu yang mempunyai pertalian darah dengan SPBYD Pertuan Agong - YTM Badrul Zaman,tengku Panglima Besar ialah adinda Tuanku dan YTM Tengku Sulaiman, Tengku Seri Laksamana Raja ialah ayahanda saudara Tuanku.
YTM Tengku Seri Laksamana Raja ialah seorang peguam yang amat berpengalaman.

Anonymous said...

Pak Lah memang dah nyanyok...bukan apa kerja dia tido jer..bila selalu sangat tido otak pun lembap..bila lembabp maka bodoh la...ani

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia