10 April 08 baru lalu, bertempat di Kelab Golf Cinta Sayang Sg Petani Kedah satu perjumpaan tertutup antara ahli MKT yang diketuai oleh Dato Seri Najib dengan semua Ketua, Timbalan, Naib,Ketua Pemuda,Wanita,Puteri,Setiausaha,Bendahari dan Ketua Penerangan Bahagian telah berlangsung dalam keadaan yang panas, tegang tetapi tenteram.
Sebaik sahaja selesai ucapan DS Najib lantai dibuka kepada semua hadirin untuk membuat soalan. Orang pertama membuka tirai ialah Setiausaha Bahagian Sungai Petani. Beliau dengan lantang mengkritik Pak Lah, Mahdzir Khalid dan Setiausaha Politik MB Sdr Ali Yahaya dan antara kritikannya ialah PAK LAH tidak layak memimpin UMNO dan perlu serah jawatan Presiden kepada D S Najib dengan segera.
Satu contoh kesilapan Pak Lah dan DET KHALID ialah membelakangi perlembagaan UMNO semasa memilih calon untuk bertanding dalam pilihan raya. Bahagian tidak pernah diminta untuk menghantar nama calon yang dipilih oleh Bahagian untuk dipertimbangkan oleh Perhubungan Negeri, MKT dan Presiden. Apa yang berlaku ialah MB buat pilihan sesuka hati tanpa menghiraukan perasaan ahli akar umbi.
Seterusnya keadaan menjadi makin gawat apabila Ketua-Ketua Bahagian mula berucap, kesemuanya menyatakan PAK LAH merupakan punca kekalahan teruk yang pernah dialami oleh UMNO. Mereka tanpa berlapik dan berselindung dan dengan nada keras menuntut PAK LAH dan mantan MB Kedah letak jawatan. Mereka juga mohon semua Bahagian mencalonkan D S Najib sebagai PRESIDEN dan Tan Sri Mahyudin Yasin sebagai Timbalan Presiden.
Kenyataan di atas di salin sepenuhnya dari web yang Pro UMNO tetapi tidak berkenan kepada “Saya Perdana Menteri”, Abdullah Hj Ahmad yang saya masih di sini.
Nampaknya garang mereka-mereka semua. Baguslah tetapi garang buat apa dalam keadaan Abdullah Hj Ahmad sudah jalan pun terhuyung-hayang. Kalau garang sangat kenapa tak tegur perkara ini sebelum PRU ke 12. Itu baru nama nak selamatkan UMNO dari hancur punah oleh mereka-mereka di Tingkat 4, Perdana Putra, Putera Jaya dan anak dan menantu kesayangan yang syok sendiri menganggap mereka hebat-hebat cari fikir mereka. Maklumlah semua mereka di Tingkat 4, Perdana Putra itu hasil produk kilang di luar negeri berbeza dengan ahli-ahli UMNO yang hasil produk kalau tidak dari kilang yang ada ISO, kemungkinan dari kilang haram atau industeri belakang rumah.
Hari ini, kenapa nak marah-marah dengan Abdullah Hj Ahmad, bukankah orang yang sama tahun-tahun dahulu menjulang Abdullah Hj Ahmad, pemimpin yang berasal dari anak ulama dan cucu ahli fatwa yang ariffbillah. Jika diperiksa wakil-wakil UMNO Kedah yang ada sekarang, tidak ada satu pun dari mereka yang boleh disenaraikan sudah bercakap apa akan terjadi jika Abdullah Hj Ahmad terus dengan sikapnya lebih mementingkan mendengar cakap budak-budak di Tingkat 4, Perdana Putra yang boleh dikatakan semuanya di Tingkat itu sudah bergelar Datuk.
Dan mereka diberi anugerah Datuk kerana jasa-jasa bakal menjahanamkan UMNO. Kalau nak sebut monyet-monyet ini panjang senarainya. Terutama orang yang bernama Kamal yang hampir sama dengan nama anak lelaki tunggal Abdullah Hj Ahmad yang boleh di anggap sebagai Perdana Menteri “De Facto” yang memerintah Kerajaan Tiga Beranak sekarang.
Dari menyerang Abdullah Hj Ahmad yang duduk di sebelah tembok macam tembok Berlin yang dibina oleh pegawai-pegawai di Tingkat 4, Perdana Putra, baik menyerang terus atau beri kata dua kepada Abdullah Hj Ahmad sama ada hendak mendengar pandangan Ahli Majlis Tertinggi UMNO atau mereka di Tingkat 4. Perdana Putra dan penasihat yang lebih tepat di panggil “punahsehat” yang bernama Anuar Zaini, Kalimullah Hassan dan seorang Jenderal yang tidak punya askar di Ibu Pejabat UMNO itu.
Dahulu di tahun 70an, Pergerakan Pemuda UMNO dan UMNO sendiri memikirkan soal Melayu dan UMNO itu sendiri. Dan kerana itu Pemuda UMNO mengambil pendekatan tidak peduli sejauh mana jasanya seorang Pemimpin jika tindak tanduknya boleh merugikan UMNO. Pemuda UMNO melalui Saadon Jubir sendiri meminta Tun Razak Hussein menyampaikan hasrat supaya Tunku Abd Rahman Putra meletakan jawatan sebagai Presiden UMNO selepas kekalahan teruk UMNO/Perikatan di tahun 1969.
Tunku, Tun Razak Hussein dan Saidon Jubir sama-sama berjuang untuk Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, tapi bila sampai ke soal prinsip hidup mati orang Melayu mereka tidak teragak membuat keputusan yang melupakan soal berkawan, soal jasa dan soal kamu siapa dalam UMNO. Semuanya sama. Maka Tunku Abd Rahman Putra bersedia meletakan jawatan dan UMNO memikirkan cara “menang-menang” situasi bagi mengumumkan peletakan jawatan dan dipilihlah kerana sebab Sultan Kedah menjadi Yang Di Pertuan Agong, tidak sesuailah bapak saudara hendak menyembahnya di mana kesemua itu secara kebetulan.
Hari ini Pemuda UMNO bukan tidak ada telor dalam seluarnya bagi mengasingkan dia untuk dikenali lelaki atau perempuan tetapi mungkin terlebih telur menjadi tiga atau terus tiada telur yang boleh mengakibatkan dia di panggil pondan. Itu sebab sakit tak sakit cara berfikir Pemuda UMNO khasnya yang datang dari Negeri Sembilan dan Perak bila mana hendak juga mencalonkan Khairy Jamalludin Abu Bakar sebagai Ketua Pemuda UMNO jika ada kekosongan jawatan itu, jika benar Ketuanya yang ada sekarang tidak mahu mempertahankannya.
Sebabnya, bukankah satu Malaya tahu bahawa punca segala kebencian orang ramai kepada UMNO dan Barisan Nasional bukan sahaja rakyat tetapi juga ahli UMNO termasuk yang berada di majlis dialog di UMNO Kedah itu sendiri ialah kerana peranan Khairy Jamalludin Abu Bakar, kebencian itu menyebabkan tertempias kepada Abdullah Hj Ahmad. Maka di proteslah dengan cara mengundi pembangkang yang berakhir mereka semua seperti orang yang menembak pelanduk tetapi bila di lihat gajah yang mati.
Dan orang yang bernama Mohd Najib Tun Razak itu cubalah berlagak sebagai ahli UMNO kalau tidak mahu berlagak sebagai Timbalan Presiden UMNO kerana takut sesuatu. Berilah tahu lah kepada Abdullah Hj Ahmad bahawa jika Mesyuarat Pengurusan UMNO pun dia menghantar Pegawai Khasnya yang bernama Ahmad Zaki Zahid hadir dalam mesyuarat itu pengurusan UMNO yang mana dia tidak berhak hadir,lebih baik tak perlu ada Jawatankuasa Pengurusan. Dan orang inilah yang telah memberi salinan surat dari Rafidah Aziz kepada Abdullah Hj Ahmad untuk bacaan emak Khairy Jamalludin Abu Bakar yang bernama Rahmah sehingga terkeluar maki dan hamun dalam SMS antara kedua mereka dan berkesudahan Rafidah Aziz dikeluarkan dalam kabinet oleh mereka di Tingkat 4. Perdana Putra.
Sang Kelembai: Ramai buat tafsiran mengikut andaian diri mereka bila Sang Kelembai bersalam, mencium tangan, berpeluk dan memohon maaf dengan Abdullah Hj Ahmad, jika bersalam, mencium tangan dan berpeluk menjadi salah atau haram dalam konteks Islam, Sang Kelembai kena cari agama lain yang boleh menghalalkannya. Lagi pun Abdullah Hj Ahmad itu berkawan dengan Sang Kelembai dalam zaman belia lagi. Dan jika ada orang bertanya, apa yang di mohon maaf, walau pun tidak ada siapa pula yang bertanya, yang dimohonkan maaf itu apa? Jawapan nya mungkin Sang Kelembai antara penyumbang kekalahan UMNO/Barisan Nasional. Ini memberi pengertian walau pun yang bersalah itu Abdullah Hj Ahmad kerana menyingkirkan Sang Kelembai dalam UMNO, biarlah Sang Kelembai umpama menikam tanpa pisau kepada Abdullah Hj Ahmad tetapi dengan tiba-tiba darah sahaja yang kelihatan.
Kenapa tidak di ambil iktibar macam mana Yasser Arafat bila bertemu Yizhak Rabin walau mereka bermusuh tetapi tetap berpeluk dan bercium pipi bila berjumpa atau memulakan mesyuarat, adakah Yasser Arafat berhenti melawan dan serangan atau menggadaikan Palestine kepada Israel?
Bagaimana pun Sang Kelembai tetap berterima kasih kepada SMS, email, dan blog-blog yang menulis peristiwa itu, dan pesanan suara yang mana sesungguhnya menghiburkan. Nasihat Sang Kelembai, berhentilah kita orang-orang Melayu membincangkan perkara yang konvensional seperti dari memikirkan siapa dulu yang keluar, ayam atau telur? Bukankah lebih baik kita berfikir nilai tambah secara kontemporari, ia itu memikirkan boleh tidak ayam terus mengeluarkan telur dan telor boleh tidak menetaskan anak ayam lagi.
Begitu juga kepada ahli-ahli UMNO di seluruh negara, janganlah salahkan sesiapa sebaliknya salahkan diri sendiri, dan jangan garang tak bertempat khas nak ditujukan Abdullah Hj Ahmad yang sudah seperti "orang tiga serender" kata orang kampung. Buat macam Sang Kelembai melawan semasa “Saya Perdana Menteri” yang punya 2/3 Majoriti dalam Parlimen dan terlalu kuat dalam masa semua orang mempertahankannya dan berebut-rebut hendak mencium tangannya. Tetapi hari ini Sang Kelembai tengok lagak orang UMNO macam kura-kura, bila pokok kelapa sudah condong semua nak panjat. Mana maruahnya!!!.
6 comments:
Jika saya yang jadik Pak Lah...nie apa yang saya akan buat...
1. lakukan pembersihan dalaman - buang mana2 pemimpin umno yang menentang, for sure xde berani yang nak melawan..siapa tak sayang sayang jawatan
2. rombak kabinet n dakwa dua tiga menteri yang korup sebagai kambing hitam nak buktikan kerajaan menyahut seruan rakyat.
3. Pastikan KJ tidak lagi jadik menantu..KJ hanya naik sebab title menantu..kalau tak kerana jadik menantu..KJ hanya dapat jawatan tukang bancuh teh mesyuarat bahagian jer...takdek bakat langsung mamat nie
4. duplicate janji yang PAKATAN wat masa pilihanraya - for sure rakyat terbeliak tengok PAK LAH yang baru...
5. ISA kan Che Det - mamat tua nie cakap jer banyak sedangkan dia pun lebih mangkuk lagi
6. Simpan fail2 mana ahli politik BN yang korup, bila mamat n minah nie nak menentang, serah fail tu kat BPR...sebab tu Che Det bertahan jadik PM sebab pandai simpan fail
7. Tak payah nak jaja Islam Hadhari ... slogan tu lah yang makan diri...dah tau diri tak berapa alim..atau setakat alim2 buaya, so tak payah berlagak nak jadik tok imam, tok lebai atau tok alim..belajar berbaik dengan pemimpin PAKATAN..
8. Lantik pemimpin2 muda yang ada latar belakang islamik dalam kabinet (si Muddin yang hanya pandai tunjuk keris tak termasuk n ketua putera umno yang hanya tahu merempit bagi ketua jawatan tukang sapu kat litar sepang)
9. Jangan bagi mana2 pemimpin BE END wat statement sebelum dia yang wat statement.. control the people.. jangan bagi chance nak tunjuk pandai....
10. kalau dah tergagap bercakap soal ekonomi, tak payah nak pegang jawatan menteri ekonomi, bagi saja kat orang lain
11. kena tegas dan amat tegas - kena jadi macam Nepoleon
12. jalinkan hubungan baik dengan PAKATAN, tak payah nak jadik orang bodoh sombong...ego tak bertempat..
13. Rombak balik kabinet tu..ntah apa2 punya kabinet, orang sabah sarawak...negeri sendiri pun tak terjaga nak jadik menteri persekutuan...poorah...jangan layan Sabah Sarawak..kalau melawan tukar jer mereka,apa susah.., umno kan banyak wang....
anyway..paklah kena berani memposisikan dirinyer..aku tengok PAK LAH tak berani nak ambik tindakan drastik...ntahlah..kenapa nak bagi chance orang lain tunjuk pandai...u should control the people....
masalah karang nie adalah ramai sangat yang mendahului PAK LAH dalam wat statement, hasilnya najis statement tu kena kat muka PAK LAH.....
Lagi satu..jangan dilayan tuntutan peralihan kuasa..., bila u dah takdak jawatan ...umno akan layan u macam sampah... bagi umno.. u re everything apabila jadik ketua, bila dan tak jadik ketua, u re nothing... bukan ke Najib yang jadik Pengarah P/Raya masa PRU yang lepas...aku rasa Najib yang sengaja nak sabotaj, agar dapat tikam PAK LAH dari belakang
belajar mengekalkan kuasa n bacalah buku banyak2
MCA dedahkan Melayu, Umno terlibat dibelakang projek babi
Oleh Malaysiakini
Isnin, 14 April 2008
SYARIKAT bumiputera terlibat dalam projek penternakan babi yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno "di belakangnya", kata MCA.
"Sementara ketua kampung itu turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam. Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut "seperti tapak tangannya sendiri" kerana terlibat sendiri dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut"
Syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada sumber-sumber dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Mendedahkan perkara itu kepada satu sidang media hujung minggu lalu, ketua biro pertanian tradisi MCA Datuk Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.
Akhbar The Sun hari ini yang mengutip laporan The Oriental Daily kelmarin menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.
Karim antara pemimpin Umno yang lantang menyuarakan isu itu di akhbar-akhbar berbahasa Melayu minggu lepas.
Sementara ketua kampung itu turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.
Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut "seperti tapak tangannya sendiri" kerana terlibat sendiri dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut.
Teruskan memberi pendapat mu.
ahli-ahli PAS dah jadi KAFIR kata AMANAT HJ HADI. sila ke http://paskafir.blogspot.com dan bacalah
Nampaknya sejak PRU itu hari, keadaan BN semakin kelam-kabut. Khasnya UMNO.Kat sana-sini rancak buat aktiviti itu ini kononnya nak tolong rakyat.Pada hal nak meraih simpati agar rakyat sokong kembali diorang. Katakan BN menang 2/3 itu hari,agak2nya adakah BN kecoh macam ni ? Tak !!! Pemimpin2 diorang tu akan terus angkuh dengan mengatakan kemenangan itu telah diduga kerana rakyat telah memberi mandat untuk BN memerintah negara. Tetapi hakikatnya,tidak.Itulah jangan ingat rakyat sekarang macam 50 tahun dulu. Rakyat semakin bijak mengenal antara intan dan kaca.Kepada yang sokong BN tu, terimalah hakikat bahawa sekarang Beras Naik dan entah apa lagi harga Barang Naik....
Apa-apa pun cari pendekatan TERBAIK.Nih, pasti ada yang suka sangat tengok Melayu berpecah!
Post a Comment