Sunday, April 20, 2008

Undang-undang dan anda

Penjelasan salah seorang dari 11 orang ahli UMNO yang membawa kes ketidakpuasan hati keputusan pemilihan UMNO tahun 1987 yang kemudian dengan nama “Kumpulan 11” menafikan Abdullah Hj Ahmad yang masa itu salah seorang Naib Presiden UMNO yang menang memberikan sokongan moral kepada tindakan membawa kes itu ke Mahkamah.

Dari segi logik, memang betul Abdullah Hj Ahmad yang hari ini “Saya Perdana Menteri” dan “Saya masih di sini” hendak menyokong tindakan itu kerana dia menang dalam jawatan Naib Presiden dari kumpulan Team B. Tetapi jauh di sudut hatinya mungkin begitu kecewa bila Dr Mahathir Mohamed (panggilan masa itu) menggugurkan dia menjadi Menteri. Malah mengikut kata Allahyarham Tun Ghafar Baba bahawa dialah yang meminta Abdullah Hj Ahmad di panggil dalam perbincangan penubuhan UMNO Baru setelah Dr Mahathir Mohamed sendiri tidak berminat memanggilnya.

Ini memberi pengertian jika tidak secara langsung Abdulah Hj Ahmad memberikan sokongan juga kepada usaha membawa ke Mahkamah di samping peguam seperti Radzi Sheikh Ahmad dan Rais Yatim. Di sinilah yang memberikan penjelasan perlu menerangkan siapakah yang sebenarnya yang terlibat dalam membawa UMNO ke Mahkamah dan yang terpenting siapa yang membayar bil-bil kos Mahkamah?

Soalan sama ada Abdullah Hj Ahmad terlibat atau tidak, sudah tidak relevan untuk dibincangkan dalam kemelut politik UMNO sekarang. Fokus banyak orang sekarang kepada “maneuver” yang dilakukan oleh Abdullah Hj Ahmad dalam isu Salleh Abas yang seperti dikatakan oleh Menterinya yang juga Penagih Arak Tegar Zaid Ibrahim dan diharapkan kata-kata itu tidak air berkata-kata bahawa satu percintaan tidak perlu untuk meminta maaf jika mencintai.

Perlucutan jawatan Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara, mahu atau tidak mahu atau di nafikan oleh sesiapa pun termasuk Anwar Ibrahim yang masa itu Naib Presiden UMNO ada kaitan dengan permasalahan keputusan kehakiman luar jangka. Di mana yang di tuntut ialah pemilihan semula tetapi Hakim bicara memutuskan UMNO di batalkan pendaftaran kerana melanggar Akta Pertubuhan yang melarang penubuhan UMNO Cawangan yang tidak didaftarkan dan mengambil bahagian dalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian dan seterusnya Perhimpunan Agung UMNO.


Tidak ada keperluan bagi membincangkan siapa salah dan apa tujuan yang Abdullah Hj Ahmad yang juga Imam Besar Islam Hadhari - ada had dan ada hari membuat keputusan itu dengan persetujuan Kabinet Dinamik tetapi lembik itu. Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri mungkin ada keperluan masa itu untuk tidak bersetuju tindakan Salleh Abbas hendak meletakan secara sepenuhnya 9 orang hakim bagi mendengar rayuan kes pengharaman UMNO itu, di mana jika 5 orang Hakim bersetuju bahawa Hakim Bicara sudah salah membuat keputusan permintaan tuntutan dari pemilihan UMNO yang tidak sah dan batal kepada pembatalan penubuhan UMNO.

Dengan berkeputusan UMNO boleh dipulihkan semula mengikut kuasa Menteri Dalam Negeri yang menjaga Akta Pendaftaran Pertubuhan, lebih baik Mahkamah memutuskan supaya dipanggil semula Pemilihan UMNO di semua peringkat dan mana-mana Cawangan yang tidak berdaftar dilarang untuk mengambil bahagian dalam sebarang mesyuarat.

Tetapi sebaliknya Dr Mahathir Mohamed walau pun di rayu di dalam Parlimen oleh Tengku Razaleigh Hamzah supaya menggunakan kuasanya bagi memulihkan UMNO dia masih berhati keras. Sikap berhati keras memang menjadi amalan setiap Presiden UMNO kecuali Tun Razak Hussein. Maka UMNO tidak dipulihkan semula dan kekal dengan penubuhan UMNO Baru. Tetapi dalam isu ini Dr Mahathir Mohamed pandai menggunakan kuasanya menubuhkan UMNO Baru dan menolak penubuhan UMNO Malaysia yang dicadangkan oleh Almarhum Tun Abd Rahman Putra.

Bagaimana pun kemungkinan Dr Mahathir Mohamed menggunakan ilmu fiqh yang menyebut bahawa dalam kes kepentingan awam, tindakan Dr Mahathir Mohamed dibenarkan tetapi ada persoalan di sini jika Masalah Umum ini digunakan jika ada kepentingan diri seperti jika ada pemilihan semula UMNO Dr Mahathir Mohemad akan kalah adalah ilmu fiqh membenarkan?. Biarlah isu dijawab oleh orang yang arif dalam soal fiqh.


Berbalik kepada soal keputusan membayar ex-gratia kepada semua hakim yang terlibat sama ada yang hidup dan yang sudah mati, sudah pasti rakyat yang buta undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan akan bertanya, adakah masa itu Yang Di Pertuan Agong telah menerima bulat-bulat kehendak Perdana Menteri dengan tidak mengambil kira bahawa tindakan itu merugikan rakyat, ekonomi dan hanya kepentingan politik? atau bagaimana pula keadaan mereka yang menduduki Tribunal itu? Walau salah seorang darinya khabarnya tengah koma atau nazak sudah berbulan dan dirahsiakan kepada pengetahuan umum oleh keluarganya.

Jika dikira kepada perkataan Yang Pertuan Agong bertindak atas nasihat kes Salleh Abbas, keperluan satu kajian di buat bagi menambahbaikkan tugas-tugas Yang Di Pertuan Agong terpaksa dimulakan sekarang. Kerana walau apa pun lontaran dan kesalahan dibuat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu ini, Yang Di Pertuan Agong masa itu Sultan Mahmood Iskandar dari Johor mempunyai saham yang agak besar bagi menanggung kesalahan ini secara bersama.

Semua orang tidak berapa peduli berapa banyak duit pembayar cukai akan digunakan untuk membayar ex-gratia ini tetapi yang terpenting ialah janji Abdullah Hj Ahmad bagi memastikan kebebasan kehakiman dalam kes pengadilan undang-undangnya termasuk dalam kes pembunuhan warganegara Mangolia yang melibatkan VVIP. Dan bolehkah Abdullah Hj Ahmad menerima hakikat bila dia tidak berkuasa nanti bahawa ada keluarganya yang perlu turun naik ke Mahkamah?

Hakim adalah manusia, juga ada nafsu zahir batin, dia bukan malaikat yang didatangkan dari langit. Dalam kes Video Lingam telah membuktikan beberapa kes Hakim terlibat dengan rasuah, tetapi sehingga hari ini BPR-Badan Pencegah Rasuah belum lagi melanjutkan penyiasatan dalam beberapa kes yang dilaporkan dalam akbar termasuk kisah seorang Hakim dari Melaka itu.. Dan yang agak menggelikan hati ialah ada hakim terkilan kerana tidak mendapat anugerah Tan Sri.


Sang Kelembai
: Episod sistem kehakiman dalam tindakan yang baru ini mungkin boleh melegakan sedikit tekanan tetapi bagaimana pula dengan sistem pendakwaan. Dalam TV keluar beberapa berita akan perihal penangkapan pengedar dadah tetapi berkesudahan tidak pernah ada liputan dari kes yang mendapat liputan, ke mana hilangnya orang yang di uar-uarkan oleh Polis sudah ditahan. Sudah tiba masanya BPR memantau semua liputan akbar dan media kes-kes yang demikian dan di mana kesudahannya.

3 comments:

Anonymous said...

Assalamaualaikum Pak Zahrin,

Tahniah kerana masih membawa pembaca berfikir akan kejadian yang relevan dengan keadaan semasa.

Hamidi Lokman said...

Saya tertarik dengan sebuah filem tamil yang pernah saya tonton. Kisah seorang peguam yang memperjuangkan keluhuran undang-undang. Dan yang paling best sekali adalah peguam itu juga menerbitkan buku kecil tentang hak sebagai warga negara dan diedarkan ke seluruh india dan mendesak kerajaan agar menjadikan undang-undang menjadi subjek untuk diajar disekolah.

Anonymous said...

Keamanan negara menjadi perkara pokok. Keamanan negara juga menuntut kesatuan bangsa. Majoriti bangsa di Malaysia adalah Melayu yg perlu menjaga ketuanannya. Apa yg ada skrg belum cukup memastikan negara kita aman selamanya.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia