Dalam sehari dua atau seminggu dua lagi, kita akan mendapat berita bagaimana seorang Melayu Islam akan memilih antara arak dengan jawatan Menterinya. Jika berdasarkan kenyataan dalam semua akhbar hari ini, dia bersedia meletakan jawatan, tidak sampai dua bulan yang lalu orang yang sama membuat kenyataan tidak akan meletakan jawatan kerana tidak hadir dalam sidang Parlimen dan khabar juga berminggu tidak hadir sidang kabinet.
Jangan salahkan Menteri yang dikenali sebagai penagih arak tegar ini tetapi orang Melayu, ahli UMNO, Cina dan India dan kaum lain sebagai warganegara Malaysia kena salahkan orang yang melantiknya. Tahu siapa melantiknya, kalau tidak tahu namanya Abdullah Hj Ahmad yang kemudian ditambah perkataan Badawi nak menunjukkan keislamannya dia.
Orang Melayu khasnya ahli UMNO tak boleh terus nak marah dengan pengikut Anwar Ibrahim yang tidak mahu mempercayai dan menerima tuduhan yang Anwar Ibrahim melakukan hubungan seks terlarang. Kerana mereka ahli-ahli UMNO sama juga tidak mahu menerima akan beberapa tulisan dalam blog bahawa Abdullah Hj Ahmad ini pernah hadir dalam sambutan hari natal dan tahun baru berpesta minum arak di Australia dan juga menyimpan janda berbulan lamanya di rumah rasmi dan di usung ke sana ke mari dan kemudian di nikahi sebelum itu beberapa kali dia menafikannya serta ada pula gambar berpelukan dengan wanita tidak muhrim.
Segalanya mungkin berpunca dengan Islam Hadhari-ada had dan ada hari, kalau tidak satu agama baru tetapi satu ajaran ciptaannya yang sekarang sudah masuk ke dalam tong sampah. Itu sebab seorang Setiausaha Politiknya mengatakan bahawa Zaid Ibrahim sama saperti Khalid Ibni Walid. Masyaallah... seorang yang berpendidikan agama di Mekah pun sudah jadi tak betul.
Dalam mempertahankan Zaid Ibrahim, Setiausaha Politik yang juga Ketua Penerangan UMNO Kelantan dalam sms nya menyatakan “Saya juga tidak suka pemabuk tetapi Abu Bakar r.a. telah mengambil Khalid Alwalid yang pemabuk menjadi ketua turus tentera kerana ternyata Khalid boleh berperang. Satu ketika Khalid sembahyang subuh jadi imam 4 rakaat kerana mabuk tapi masa itu arak belum haram, Omar AlKhatab bila berhujah kepada Khalid, wahai pemakan dhab. Khalid adalah komando, dia makan apa saja kerana perang. Renung-renunglah
Bayangkan dalam Islam Hadhari perbandingan soal bagi membenarkan penagih arak tegar itu berada dalam kabinet Abdullah Hj Ahmad di samakan Zaid Ibrahim dengan Khalid Alwalid. Apa agaknya akan terjadi jika Islam Hadhari menjadi satu amalan di Malaysia jika diterima oleh orang-orang Islam Malaysia. Syukurlah kerana di tolak oleh umat Islam tak kira dia PAS atau UMNO dan tidak berparti.
Semua orang yang belajar sirah Islam amat mengetahui bahawa di peringkat awal, Islam hanya melarang jangan bersembahyang di waktu mabuk kerana tidak kemungkinan orang yang mabuk akan sedar apa yang dilakukan dan bertambah pula dalam sembahyang ada bacaan yang perlu dibaca dan bimbang akan terlupa dan sebagainya bacaan nya. Maka kelompok yang suka minum arak meminta kepada Muhammad S.a.w selaku Nabi supaya memohon kepada Allah turunkan ayat mengharamkan minuman arak dan yang memabukkan menjadi haram termasuk judi.
Setelah diharamkan dan menjadi dosa besar, barulah mereka berhenti dari meminum arak. Soalnya sekarang sudah 2 ribu tahun arak dan sejenis yang memabukkan diharamkan dalam konteks ajaran Islam, maka untuk menyamakan Zaid Bin Ibrahim seperti Khalid Alwalid adalah satu pandangan orang yang hilang akal.
Itu sebab hari ini, rakyat dan orang ramai kecuali ahli-ahli UMNO merasa bingung dan keliru dengan keadaan yang berlaku. Akta Keselamatan Dalam Negeri satu Akta bagi tujuan melawan anasir anti nasional dan subversif. Tetapi Menteri yang jaga undang-undang yang khabar Firma Peguam punya beratus peguam pun tak tahu apa itu Akta Keselamatan Dalam Negeri dan apa tujuannya. Bukan kah Akta ISA itu diperbuat di bawah bidang kuasa Perkara 149 Perlembagaan Malaysia. Cuba baca apa kata Perlembagaan Malaysia 1957.
Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.
(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan”
(a) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau
(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau
(c) untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau
(d) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; atau
(e) yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau
(f) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,
Maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5, 9, 10 atau 13, atau walaupun, jika tidak kerana Perkara ini, peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa perundangan Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi Rang Undang-Undang untuk sesuatu Akta yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian.
(2) Sesuatu undang-undang yang mengandungi sebutan seperti yang disebut dalam Fasal (1), jika tidak terlebih dahulu dimansuhkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen yang mengungkai undang-undang itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelum itu menurut kuasa undang-undang itu atau tanpa menjejaskan kuasa Parlimen untuk membuat suatu undang-undang baru di bawah Perkara ini.
Timbullah satu persoalan di sini jika Zaid Ibrahim sendiri tidak faham akan sebab menyebabkan polis mengambil tindakan terhadap mereka di bawah Akta ISA, bagaimana hendak mengharapkan setiap orang memahaminya bertambah pula berjuta orang rakyat Malaysia tidak membaca Perlembagaan Malaysia kerana dia bukan satu mata pelajaran di sekolah rendah atau menengah kecuali mereka yang belajar undang-undang.
Kita mesti menyokong sebarang tindakan yang tidak sesuai apa yang dikatakan oleh Perlembagaan Malaysia terhadap setiap warga negara yang ditahan di bawah Akta ISA. Tetapi sebilangan besar mereka tidak menyedari bahawa setiap perbuatan mestilah mempunyai motif termasuk menjadi wartawan dan penulis. Sang Kelembai menulis motif nak menyedarkan orang Melayu khasnya ahli UMNO supaya berubah dengan menyingkirkan Abdullah Hj Ahmad dari jawatan Presiden UMNO bagi membolehkan dia terlucut jawatan Perdana Menteri,kerana mempunyai kepercayaan jika UMNO tidak mahu berubah masa akan merubahnya seperti yang berlaku hari ini.
Dan sebagai penulis memang disedari bahawa kita bebas menulis apa sahaja mengikut kehendak hati tetapi yang jelas tidak selepasnya ia itu satelah ditulis. Dan jika tersingkir sebagai ahli UMNO itu adalah risikonya dan jika ditangkap dalam Akta ISA itu adalah perkara yang di undang sendiri kerana seorang penulis dan seorang wartawan mesti menyedari bahawa bisanya bukan bisa ular yang boleh mematuk sesuka hati dan kebiasaannya bila ular sudah mematuk mangsa, dia akan berakibat buruk.
Maka kenyataan Pemuda UMNO Malaysia yang sepatutnya mempertahankan tindakan kerajaan sama ada betul atau salah menunjukkan bahawa Pemuda UMNO Malaysia di bawah pimpinan Hishamudin Hussein juga sudah bingung dan jika orang sedemikian dipilih menjadi Naib Presiden, samalah seperti menggali lubang kubur untuk UMNO.
Apabila membaca kenyataan-kenyataan Menteri-Menteri Abdullah Hj Ahmad Nampak sindrom mental “disorder” yang ada kepada Abdullah Hj Ahmad sudah berjangkit kepada semua menterinya yang boleh kita katakan semua sudah gila.
Sang Kelembai: Ingat sangat pesanan King Ghaz kepada penulis semasa dia menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dengan nasihat, jangan sekali menulis berhubung isu perkauman, agama dan soal raja dan kedua jangan naikkan semangat rakyat membuat pemberontakan kepada kerajaan secara tidak sah termasuk mengangkat senjata. Lain kamu tulislah Zaharin kemungkinan Inspektor Isa tidak akan mengunjungi kamu.
No comments:
Post a Comment