Friday, December 07, 2007

Marah atau takut bini

Kenapa agaknya seorang Menteri Besar dengan tiba-tiba naik marah dengan apa yang ditulis oleh blogger yang dia sudah berkahwin dua? Bukankah Islam juga menggalakkan umatnya berkahwin dua, dan hanya berkahwin satu jika tidak mampu berlaku adil, dan adil itu segala-galanya, bukan sahaja soal rutin berkelamin tetapi juga kasih sayang.

Jika berita itu tidak betul, kenapa mesti marah. Bukankah dia seorang Menteri Besar dan dikira pemimpin. Sepatutnya dia tidak perlu marah dan hanya beri penjelasan bahawa dia tidak berkahwin lain selain bini yang ada di rumahnya. Kalau boleh masa buat kenyataan itu panggil sekali bini di sebelah, biar dia puas hati.

Sebenarnya Menteri Besar ini bukan marah dengan bloggers yang tulis berita itu tetapi hanya sekadar nak tunjuk garang, supaya didengar oleh bini dan selamatlah dia dari segalanya, jika betul atau salah soal dia berkahwin dua itu. Sekurangnya dia nak menafikan dan kemungkinan bini yang minta sangat penjelasan itu sudah terasa lega dan mungkin dah tidur satu katil balik, tetapi sebenarnya kalau dia mempunyai isteri yang solehah, cukuplah diberi tahu kat bini dia sahaja yang dia tak kahwin lain tidak perlu buat kenyataan yang seperti mengadakan musuh.

KUANTAN 5 Dis. – ‘Saya difitnah berkahwin dua yang disebarkan secara meluas melalui blog sejak sebulan lalu. Ini perbuatan tidak bertanggungjawab yang cuba merosakkan kerjaya politik saya’

Demikian penafian Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob ketika mengulas dakyah yang disebarkan menerusi Internet bahawa kononnya beliau telah berkahwin lagi. Sehubungan itu, Adnan meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap penulis blog yang menyalahgunakan Internet dan teknologi maklumat sebagai medium untuk menyebar fitnah.

“Aktiviti mereka perlu dibanteras segera kerana jika tidak dikawal ia boleh menjatuhkan kerajaan yang ada hari ini dan menyebabkan negara menjadi huru-hara,’’ katanya. Dari kenyataan itu pula kita merasa hairan tingkat ilmuwan Menteri Besar ini yang menyebut bahawa membawa fitnah soal Menteri Besar berkahwin dua boleh menjatuhkan kerajaan.

Jika berdasarkan bahawa dia pernah menunjukkan isyarat lucah dalam pilih raya kecil Sanggang, Pahang dan gambar video masih ada dalam you tube, calon Naib Presiden UMNO yang tewas tahun 2004, tidak memerlukan siapa pun bagi mempertikaikan segala kata dan perbuatan selama ini.

Ini disebabkan bahawa dia menjadi Menteri Besar kerana evolusi dalam UMNO bukan organik dan juga kerana Menteri Besar yang sebelumnya memerlukan dia untuk menjaga kepentingan politiknya dan kalau bagi orang lain menjadi Menteri Besar kemungkinan pembongkaran kawasan balak macam perniagaan “pasaran hadapan” akan terbongkar.

Sewajarnya Menteri Besar ini bersikap kental dan wajar, jika ada fitnah terhadap dirinya, dia menerima senang hati kerana segalanya yang benar dan betul hanya dia dan tuhan sahaja yang tahu. Maka bila dia menjawab secara yang tersiar dalam akbar Utusan Melayu itu pada 6hb Dis 2007, maknanya dia mengurangkan kelayakan menjadi seorang pemimpin bukan sahaja kepada agamanya Islam, bangsanya Melayu tetapi juga kepada rakyat di negerinya.

Kerana hanya tulisan dalam blog, emosi boleh dikalahkan. Inilah rahsia besar yang tidak di ajar oleh pemimpin utamanya yang juga Imam Besar Islam Hadhari - yang ada had dan ada harinya, Abdullah Hj Ahmad. Bahawa Allah SWT dalam al-Quran memberi peringatan bahawa isteri atau siapa sahaja yang kita cintai, setiap saat dapat menjadi musuh kita.

Permusuhan di sini bukan permusuhan langsung, tetapi biasa juga dalam cinta yang berlebihan akan menjadi ketergantungan jiwa. Ini seperti yang dilakukan oleh Menteri Besar ini, kerana terlalu bergantung dengan isterinya akhirnya membuat dia ngeri jika rumah tangga hancur musnah kerana tulisan blog dan kerjaya politiknya terjejas sehingga emosi dalam kecemasan dan ketakutan terpancar jelas.

Samalah seperti Imam Besarnya yang untuk beberapa ketika memuji isteri barunya dan tanpa segan silu sebagai orang sudah berumur separuh abad, bangga dapat isteri kitar semula. Sehingga ayatnya “saya pantang dicabar” sudah dicabar oleh seorang tokoh korporat yang berusia 76tahun berkahwin dengan seorang perempuan berusia 30 tahun. Maknanya umur 76 tahun boleh mendapat first hand tetapi sorang 68 tahun hanya dapat second hand yang berumur 55tahun.

Seorang Perdana Menteri dan seorang Menteri Besar, jika seorang Perdana Menteri ketergantungan dengan isterinya untuk mentadbir Negara dan seorang jika Menteri Besar ketergantungan mentadbirkan negeri juga kepada isteri, maka apa nak jadi kepada sebuah Negara dan negeri itu?

Itulah sebabnya Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq pernah menyuruh anaknya, Abdullah, menceraikan isterinya. Itu kerana beliau melihat bahawa anaknya terlalu mencintai isterinya dan cintanya telah berubah menjadi semacam ketergantungan. Ini berlaku bila melihat anaknya tidak berani berpisah dengan isterinya termasuk untuk pergi ke masjid untuk sembahyang jemaah. Dan ini juga pernah dilakukan oleh Umar Bin Khattab kepada anaknya Abdullah Bin Umar yang dikira tujuh ulama besar untuk menceraikan isterinya kerana alasan yang sama.

Kita semua bersetuju bahawa cinta sumber kekuatan jiwa yang dahsyat. Akan tetapi, ketergantungan adalah kelemahan jiwa yang fatal. Yang dalam banyak hal sumber kehancuran. Ada banyak pemimpin yang kehilangan momentum kepimpinan kerana kelemahan jiwa ini.

Kesimpulan bila Menteri Besar ini marah sangat dengan blogger kerana mengatakan dia berkahwin dua dan mengaitkan fitnah-fitnah seperti boleh merosakkan negara, menjadikan orang ramai terjangkit penyakit “mental disorder” yang dibawa oleh Abdullah Hj Ahmad. Apa kaitan mengatakan Menteri Besar berkahwin dua dengan boleh mengganggu ketenteraman awam dan merosakkan negara?.

Jika kedua mereka seorang pemimpin dan mukmin (bukan Muslim) sejati selalu menanamkan sebuah tradisi dalam dirinya: “Jagalah jarak tertentu terhadap siapa pun yang engkau cintai. Sebab, kita tidak akan selalu bersamanya setiap saat. Takdir mungkin memisahkan kita dengan orang-orang yang kita cintai setiap saat. Namun, perjalanan menuju tanggung jawab sebagai pemimpin tidak boleh berhenti.”

Jika tradisi di atas itu, wujud dalam badan Perdana Menteri dan Menteri Besar ini, yang dapat mengawal pergerakan emosinya secara ketat, itulah dipanggil pemimpin yang Muslim yang baik tetapi yang sebenarnya Mukmin yang baik kerana jika tidak dapat mengawal emosi maka dengan sendiri tidak dapat mengesan masanya cinta menjadi atau menjelma menjadi ketergantungan yang fatal.

Kerana Menteri Besar yang marah-marah dan apa yang dikatakan oleh Mohd Ali
Rustam@Ali Ketam sebagai Menteri Besar yang gila-gila dalam Mesyuarat Agong PPP, terlalu tinggi ketergantungan dan mungkin sudah berapa kali tidur tidak sekatil, maka keluarlah kenyataan yang menjadi ukuran akal dan fikirannya untuk rakyat menilai.

Tidaklah kita mahu sama ada Perdana Menteri atau Menteri Besar seperti yang diriwayatkan akan kisah Imam Hassan Al-Banna tetap meninggalkan anaknya yang sakit parah dan mungkin sekaratul maut mengambilnya, untuk pergi upacara dakwah, walau isterinya mendesaknya untuk batalkan sahaja acara tersebut demi anaknya. Namun ia tetap pergi sambil berkata; “Saya tidak akan pernah sanggup menyelamatkan anak ini, walau pun saya tetap berada di sisinya”. Yang akhirnya anak itu masih hidup sehingga dewasa.

Sang Kelembai: Persoalannya kalau ye pun kahwin dua, apa yang jadi masalah. Memang orang tahu bahawa Menteri Besar sudah pasti gajinya beribu, itu belum lagi harga curut yang dia bakar setiap hari yang setiap curut tak kurang harganya RM 120.00. sebatang. Sekurang kurangnya patut dipuji Shahidan Kassim yang mengaku memang berkahwin dua.

3 comments:

Anonymous said...

SiDenan telah pun diura-urakan akan jadi menteri penerangan ganti simamak cendul. Maka itu, bila kisah dia dah kahwin satu lagi tersebar, tentulah peluangnya jadi kempis lantaran ajaran ugama hadahari tidak boleh buat begitu. Ajaran hadhari hanya galakan pengikutnya seperti Denan itu menyimpan betina buat menikah.

Kisah siDenan dan lain-lain pemimpin UMNO berugama Hadhari marah-marah bila dikatakan ada berbini dua atau lebih adalah satu berita yang sebenarnya sudah basi. Ini kerana sememangnya sudah jadi budaya mereka mengerjakan mana-mana betina. Lihatlah saja bagaimana mereka bila bertindak atau bercakap samada secara rasmi atau tidak. Lagak mereka betul-betul macam lagak ayam jantan. Malah dalam keadaan tertentu mereka boleh jadi macam kambing bobok.

Kalaulah hendak dikisahkan atau dikenakan tuduhan jinayah seks keatas pemimpin-pemimpin berugama hadhari dari suku kaum UMNO itu, saya kira hampir semua mahkamah di Malaysia akan padat dengan kes-kes mereka. Dan kalaulah tilam hendak dijadikan bahan bukti, maka tidak ada ruang lagi dimana-mana mahkamah boleh menempatkan bahan bukti itu.

Kisah Rahim Tambi Cik, Megat Jonid, Sabaruddin Cik, Jamaluddin Jarjis, Mat Taib dan tentulah yang paling terkenal dan lebih utuh adalah tidak lain tidak bukan Si Najib tentunya boleh dijadikan satu bahan kajian untuk mendalami jenis spesis kaum manusia yang berugamakan Hadhari dari kaum UMNO.

Maka itu, kisah siDenan kahwin lain sebenarnya tidak ada apa-apa impak dari sudut berita. Mungkin kisah dia suka melucah lebih memberikan kesan pemberitaan. Selain dari itu si Denan itu bolehlah dianggap budak gila suruhan Imam besar ugama hadhari.

Anonymous said...

Is Islam is peaceful? than why did not Badawi engage first a peaceful method of solving this problem. Why did not the Imam of Islam Hadhari use this method as the prophet would have done..since Muslims claim that he would have tried to make peace first before using violence.??

NO!!this is the hypocrisy of Badawi and the Mamak gang..they use this kind of confrontation..conflict to tell the rest of the MUSLIMs that your rights are being challenged and your race is being threatened. Naik keris..cium keris..dan memanggil orang lain "monyet"..orang Melayu asli tidak berkasar macam ini..

Good Malays have to watch out for the lidah biawaks and the musuh di bawah selimut "MAMAK GANG" and the "CHAP CHONG" GANG who pretend that they are fighting for the MALAY RIGHTS inside UMNO. JAGA ULAR2 UMNO.

Malays have been stupid to allow them to masuk Melayu using Islam and then claim they are BUMIPUTRAS This is unfair to the real Malays.(they wallop all the privileges too)This is also unfair to the thousands MALAYS and others who were here before them and today not even considered first class citizens.
WHY?
Look at all the problems caused by the MAMAKutty22. He used the good Malays to go against the Indians and Chinese..He pretended to be angry with the British..but his agenda was to make his family kaya and his friends kaya..He did not use his power to break the British tradition of divide and rule..but continued to use this to engage conflict and push himself to greater power( the unity among Malays, chinese and indians is even worse than the British Days)..KONON NYA untuk 22tahun tiada orang Melayu yang lain yang boleh memmimpin kecuali dia a mamak...and now taken over by a questionable IMAM Hadhari( another con of the Malays?)..a real Imam will engage peace first..( not go honeymoon in Australia..buy bungalow there, buy a yatch, buy private jet)..semua follow the Mamak juga..( media di kawal..ISA di guna..OSA di guna..cerita benar di putar belit)KEHAKIMAN YANG TIDAK BEBAS..dengan kuasa macam ini macam manakah suara minoriti ..boleh didengar???

This is all a tactic..the same tactic the Mamak used when the elections were round the corner.
Always he says "don't forget MAY13'using fear against the Indians and Chinese and the good Malays. Now the IMAM and his gang are using the HINDRAF RAlly to cause PANIC AND anger from the Malays..50 TAHUN MANA ADA ORANG HINDU BER-ANTI ISLAM???

Inside the HINDRAF pun ada ular. The petition yang hantar itu MIC punya orang kononnya..Lawyer juga ular.macam2 dia tuduh..ada orang india mati di penjara ..ini pun orang MIC kata... mereka ada hubungan dengan "terrorist"....terroist mana?? This is fitnah not Islam Hadhari..

MAMAK DULU KATA" You cannot blame the Palestinians from killing the Jews by suicide bombs and using arms..they do not have justice in their own homeland, they have no homeland, they have nothing.."
Don't you think what the Mamak said can be used for the minority too here????..this is their homeland…I hope this does not happen here...I don’t want to see bombings and suicide bombers.

The Imam Hadari must do something.
He could have given permission for them to demonstrate..but in a stadium..then send a representive to listen..then engage in talks..and do something...
NO NO>>>he useD conflict..confrontation...so that the can tell the Malays..see..I and my UMNO gang are fighting for you..
Pada masa yang same..berjuta juta wang..sedang di pindah ke Australia , Switzerland dan tempat2 lain.
Mereka tidak takut lagi..ada dana..cukup..kalau sini ada problem..lawan atau rusuhan..LARI KE AUSTRTALIA..AMERICA EUROPAH. biar orang biasa..mati..di tikam..dan di tembak..

Itulah..awak peres dan tekan orang minority..dan mereka tiada suara. Awak tidak mahu dengar..dan berunding..kini mahu runding pun ada UMNO gang yang kata macam2.

Malays have to do something about these mamak gang and the chapchongs in UMNO..because they are the ones in power and who are causing the racial divide.BUMIPUTERA ASING( YANG MASUK MELAYU KINI JADI BATU API)
for example:
22 years of our oil money was close to USD750 billion..WHERE DID IT GO??? With this money all the Malay, Indian and chinese children can get free education right up to UNIVERSITY..but today Malays, Indians and Chinese have to borrow. Most of the'MINISTERS CHILDREN are sent overseas to study in the best USA and European U's . then they come back..and replace their father as the next Minister..
and so the good Malays the peaceful ones are used by them again....RIGHT MINDED MALAYS DO SOMETHING!!!ESPECIALLY YOUR MAJESTIES!!!!

Anonymous said...

Perkataan bahawa Islam 'menggalakkan' kahwin dua adalah salah.

Islam membenarkan kahwin dua, tetapi jauh sekali dari menggalakkan.

Kerana itu, perbuatan berkahwin lebih dari satu itu dinyatakan dengan syarat yang berat iaitu berlaku adil. Adil di sini bukan bermakna dari segi wang dan harta semata-mata tetapi dari segala segi kemanusiaan juga di mana tidak ada seorang pun lelaki biasa dapat menunaikannya. Kerana itu ayat berkenaan berkahwin dua di dalam Al-Quran itu disambung dengan: "dan sesungguhnya tidak ada seorang pun dari kamu yang dapat berlaku adil".

Ini bermakna semua lelaki yang berkahwin dua itu sebenarnya tidak takut akan Allah berkenaan ketidakadilan yang sudah pasti akan dilakukan oleh mereka terhadap semua pihak yang terlibat dalam poligami (yakni, isteri-isteri, anak-anak, dan keluarga terdekat).

Dalam konteks zaman sekarang, di mana wanita bujang boleh bekerja dan menyara diri sendiri, poligami sebenarnya tidak relevan lagi. Poligami yang suci hanya terjadi apabila ada di antara lelaki yang sanggup mengahwini wanita pelacur untuk diselamatkan, atau wanita tua uzur demi membantunya, atau janda yang perlukan bantuan untuk menyara anak-anaknya dan berbagai kes yang sedemikian sahaja. Lelaki yang mengahwini wanita biasa yang cukup atau mampu atas segala-galanya, adalah tidak lebih dari mengikut nafsu semata-mata. -

Renungkan kata-kata ini seikhlas-ikhlasnya, bayangkan seorang janda separuh gila, peminta sedekah di tepi jalan dengan tiga anak yang masih kecil. Sanggupkah anda berpoligami dengan wanita ini demi menegakkan ajaran Islam untuk membantu wanita yang lemah??Berlaku jujur pada diri sendiri itu kadangkala lebih berat dari berlaku jujur dengan orang lain.

Nota: Tidak ada salahnya mengaku berpoligami kerana nafsu, kerana anda adalah manusia biasa tetapi jangan sekali-kali menukar atau memanipulasi ajaran Islam itu agar sesuai dengan nafsu anda.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia