Sunday, March 16, 2008

Bila Raja mula Beraja

Tidak sesiapa menafikan sumbangan PMJ -Persatuan Melayu Johor di bawah pimpinan Dato Onn Jaafar telah berjasa besar menumbangkan gagasan Malayan Union yang dibawa oleh British dan antara lain menjadikan Kerajaan Melayu Beraja dalam satu Kerajaan Persekutuan dan Raja-Raja Melayu hanya diberi hak untuk menjaga ugama, adat istiadat Melayu dengan tidak menjejaskan kedaulatan raja atau sultan sebagai pemerintah dalam negeri-negeri mereka masing-masing.

Tetapi orang Melayu dan kemudian menubuhkan UMNO terlalu emosi dalam soal Malayan Union dan menganggap sebagai satu usaha yang sistematik oleh British hendak membuang kuasa Raja dan ketuanan Melayu.

Walau pun UMNO berjaya menumbangkan Malayan Union dalam bulan April 1946 tetapi Malayan Union diubah nama atau kata bahasa sekarang di “new branding” dengan nama Persekutuan Tanah Melayu, maka berpuas hatilah UMNO dengan nama Melayu pada nama Malaya yang diguna pakai masa itu. Tetapi konsep dan tujuan tidak berubah sehingga setelah 50 tahun Malaysia Merdeka.

Maka hari ini, tidak ada orang politik khasnya di dalam UMNO yang punya bukan sedikit cerdik pandai boleh membaca yang tersirat daripada yang tersurat tindakan dua orang Raja dalam negeri Melayu ia itu Perlis dan Terengganu, bila mana enggan melantik Menteri Besarnya, apa yang ditunjuk oleh Perdana Menteri atau Ketua Parti yang menang dalam Pilihan raya Umum ke 12 yang baru berlalu.

Sebenarnya pentadbir atau orang politik British yang merangka Malayan Union amat menyedari akan kepentingan menjaga hak-hak orang Melayu di Malaya masa itu. Itu sebab apa bila Persekutuan Tanah Melayu dipersetujui diberikan kemerdekaannya oleh British atas keputusan resolusi Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nation yang diwujudkan selepas Perang Dunia Kedua,supaya semua kuasa-kuasa yang menjajah negara asing memerdekakan negara tersebut. British tidak merangka satu Perlembagaan Negeri kecuali diselaraskan dengan Perlembagaan Persekutuan supaya jangan bertindih dengan Perlembagaan Persekutuan.

Maknanya Suruhanjaya Reid tidak mencadangkan apa-apa undang-undang tubuh Kerajaan Melayu Beraja yang terdiri sembilan negeri kecuali memasukan sisipan undang-undang yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan antara lain tidak menyentuh kuasa Raja atau Sultan dalam satu negeri menikmati hak mutlaknya melantik seorang Menteri Besar bagi menguruskan negeri bagi pihak Raja atau Sultan.

Malah Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan hak kedaulatan, kebesaran Raja dan Sultan bagi semua negeri termasuk kuasa untuk melantik Menteri Besar.

Bila mana Raja Perlis atau Sultan Terengganu melalui Pemangku Rajanya membuat keputusan tidak bersetuju dengan surat yang dihantar kepadanya oleh Perdana Menteri melantik seseorang sebagai Menteri Besarnya tidak ada siapa yang boleh menegur atau membawa sebarang kes ke Mahkamah selagi orang yang dilantik itu seorang ahli Dewan Undangan Negeri yang di pilih rakyat.

Adalah satu kesilapan besar bila mana pejabat Perdana Menteri menyebut akan surat yang dihantar kepada Raja Melayu itu sebagai watikah kerana perkataan watikah jika dirujuk kepada Raja dalam adat istiadat Raja Melayu hanya dikeluarkan oleh Raja dengan cop mohornya. Tidak pula diketahui adakah surat Perdana Menteri mengandungi Cop Mohor?

Maka ini agaknya mungkin Raja dan Sultan mengambil tindak balas tidak bersetuju dengan surat itu kerana surat itu sendiri sudah melanggar Perlembagaan Persekutuan memberikan hak kepada Raja dan Sultan dengan kedaulatannya. Surat watikah Perdana Menteri itu kemungkinan memberi gambaran bahawa seorang Raja dan Sultan terletak di bawah telunjuk seorang Perdana Menteri tetapi sebaliknya Rukun Negera sendiri meletakan Kesetiaan Kepada Raja didahului sebelum kesetiaan kepada Negara selepas Kepercayaan Kepada Tuhan.

Kalau orang UMNO boleh berfikir panjang, keputusan yang dibuat oleh Raja dan Sultan itu mesti dilihat dalam situasi yang berkecamuk selepas UMNO/Barisan Nasional kehilangan kuasa dalam dua negeri Melayu beraja ia itu Selangor dan Perak. Dan memanglah semua orang politik telah melihat, melalui dan mengalami akan sukarnya ditubuhkan kerajaan bila wakil-wakil Melayu tidak majoriti dalam Dewan Undangan Negeri dan setengahnya mencabar kewibawaan Raja dan Sultan dalam negeri yang berkenaan.

Maka untuk mengatasi kemelut supaya tidak berulang lagi, tindakan Raja Perlis dan Sultan Terengganu melalui Pemangku Rajanya haruslah dipuji dan dan dihormati. Pengertian yang tersirat kepada tindakan kedua Raja dan Sultan ini ialah untuk memberi peringatan kepada semua pihak rakyat Malaysia yang tinggal dan bermastautin dalam Negeri Melayu Beraja supaya menyedari mana-mana kaum jangan berfikir khasnya bukan Islam boleh menggunakan demokrasi bagi menyingkirkan kuasa-kuasa Raja dan Sultan bagi pihak kepentingan Islam dan Melayu.

Kesimpulannya peringatan yang diberi oleh Raja Perlis dan Sultan Terengganu ialah kepada Parti-Parti Politik jangan mencuba tidak menerima Islam sebagai teras pemerintahan negara ini, golongan bukan Islam tidak dihalang untuk mengamalkan agama masing-masing termasuk adat resamnya tetapi jika ada dikalangkan mereka yang menidakkan peranan Islam dalam negeri ini samalah dia seperti menderhaka kepada Raja dan Sultan yang sejak dulu lagi sudah dikekalkan oleh British sebagai Ketua Agama Islam.

Maka UMNO mesti melihat sejarah dalam kes Datuk Harun Idris yang dipecat oleh UMNO tetapi Sultan menyatakan dia tetap menjadi Menteri Besar kerana hanya Raja mempunyai kuasa melantik tetapi kuasa membuang seorang Menteri Besar ialah Dewan Undangan Negeri. Akhirnya Datuk Harun Idris dipecat sebagai Menteri Besar dengan usul tidak percaya ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

Oleh itu dalam kes Menteri Besar Perlis, kes Anwar Ibrahim juga mestilah menjadi bahan rujukan. Selang beberapa hari sebelum dia hendak dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, pakar undang-undang memaklumkan jika Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan tidak dipecat keahlian UMNOnya dan dia kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO, jika berlaku sesuatu kepada Dr Mahathir Mohamed, maka dia berhak untuk dilantik menjadi Perdana Menteri.

Maka UMNO Perlis perlulah terlebih dahulu mencadangkan Mohd Isa Sabu dipecat keahlian UMNO dahulu untuk dibuat undi tidak percaya kerana jika Mohd Isa Sabu tidak dipecat dan masih ahli UMNO ini memberi pengertian bahawa UMNO sudah menderhaka kepada Raja dan melanggar Perlembagaan UMNO dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perlis dari UMNO sudah boleh diambil tindakan disiplin berdasarkan melanggar Perlembagaan UMNO.

Sang Kelembai: Dalam adat istiadat Melayu, ada mengatakan biar mati anak jangan mati adat. Adat di sini ialah undang-undang, jika undang-undang tidak dipatuhi bagaimana anak boleh hidup selamat. Itu sebab di Malaysia ahli Dewan Undangan Negeri bukanlah mewakili partinya tetapi dirinya. Itu sebab Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri membenarkan setiap ahli Dewan berhak mencadangkan membuat undang-undang.

8 comments:

Anonymous said...

kepada semua orang melayu......
mari kita semua bergabung dengan raja-raja melayu menentang pengkhianatan pemimpin - pemimpin UMNO yang kuat mengampu!!!!....
kita semua perlu bersatu dengan pemimpin yang berdiri menentang sekarang supaya kekuatan penentangan kita kepada pemimpin yang merosakkan UMNO dapat kita hapuskan sama sekali.
HIDUP MELAYU!!!
HIDUP UMNO!!!
HIDUP TANAH MELAYU!!!

Anonymous said...

SURVIVAL KITA !

Bila Raja mula Beraja
Maruah bangsa terbela
Bila Raja hikmah gaya
Hidup rakyat bahagia

Raja adil, rakyat junjung
Lagak durhaka bendung
Si durhaka usah sanjung
Zaman dahulu dipancung

Raja prihatin, lega rakyat
Mudahkan rakyat sepakat
Beza politik jadikan adat
Bukan alat bina sukusakat

PRU 12 seminggu berlalu
Lantikan MB tiba2 buntu
Perlis, perak dan juga ganu
Institusi Raja relevan selalu

Sewajar rakyat diperingati
Sesama rakyat usah kelahi
Semangat muhibah semesti
Kepelbagaian kita manfaati

Kepada semua anak bangsa
Pupukan taat setia pada raja
Rukun Negara marak semula
Itu sahaja untuk survival kita

serling
[17.03.08]
isnin
....

Anonymous said...

Sebagai seorang yang bercita-cita hendak menjadi PM semasa umur 40 tahun, tidak wajar sekali KJ tidak bersuara langsung sejak keputusan PRU12 diumumkan.

Banyak dia kena jawab ni.

Ke mana dia pergi?

malayamuda said...

UMNO jangan Biadap terhadap Raja Raja Melayu.

Jangan gunakan Raja untuk matlammat politik sempit

Jangan pura pura nak jaga hak Raja Raja Melayu - Orang Melayu masih belum lupa macam mana UMNO menghina Raja Raja Melayu pada tahun 90 an

Anonymous said...

Dapat berita terbaru....!!!!
Senarai kabinet 2008

Perdana Menteri :YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi,
Timbalan Perdana Menteri :Dato Kamaludin Abdullah Badawi
Menteri Kewangan :Dato Seri Kalimullah Hassan
Menteri Dalam Negeri :Khairy Jamaluddin
Menteri Penerangan :Dato Seri Anuar zaini
Menteri Pengangkutan :Dato Seri Tony Fernandez
Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pembinaan Masjid
:Dato Patrick Badawi (Lim)
Menteri Kesihatan :Dato Dr. Vincent Lim Ah Pek
Menteri Hal Ehwal Wanita dan Pembangunan Masyarakat
:Nori Abdullah
Menteri Dijabatan Perdana Menteri
:Dato Zaki Ahmad Zahid
Menteri Perdagangan Antarabangsa
:Azim Zabidi
Menteri Hal Ehwal kaum India :Dato Reezal Merican Naina Pottu Marican
Menteri Hal Ehwal Warga Emas
:Dato Hajjah Rahmah (Ibu Khairy)
Menteri Belia, Sukan dan Kereta Terpakai
:Dato Azeez Rahim Rempit
Menteri Sains, Teknologi, Innovasi Dan Alam Sekitar
:Maya Karin

ロハンジェプさん said...

sesuatu yang amat menarik...kmbalikan kegemilangan melayu...

Anonymous said...

Saya amat bersetuju dengan Sang Kelembai.

Saya bertanyakan orang di sekeliling, mereka rata-rata tidak memahami apa itu raja berpelembagaan khususnya kaum yang bukan beragama islam.

Pada pandangan mereka, raja-raja melayu hanya mentadbir urus hal-hal berkenaan agama islam dan adat istiadat Melayu, sedang mereka ignorant dengan kuasa Raja dan tidak sedar akan di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung.

Jadi, kalau berumah di Tanah Melayu, maka hormatilah Raja sebagai Ketua.

Jadi Sang Kelembai, adakah ini bermaksud selagi Raja itu ada, takkan Melayu hilang di dunia?

Anonymous said...

Raja/Sultan melambangkan kedaulatan melayu... tanpa raja.. melayu tidak berdaulat..

Pemimpin UMNOlah yang merosakkan UMNO itu sendiri.. mereka yang korup harus dijatuhkan... hidup melayu! tak kira la anda orang Pas.. PKR.. anda tetap melayu!

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia