Dalam dua minggu ini, bermula dengan tiada ucapan hala tuju oleh Perdana Menteri dalam perutusan tahun barunya, yang mana ucapan tradisi Perdana Menteri secara bertulis, tidak diperbuat dan disiarkan keseluruh negara melainkan perutusan cakap-cakap membebel sahaja.
Hari ini kita nampak beberapa papan iklan "Masyarakat Bermaruah". Semua yang membaca itu akan terasa hairan kerana tertera gambar Perdana Menteri. Apa terjadi? Itu mungkin soalan yang pertama keluar dari mereka yang berakal bila membaca "sign board" yang dipasang oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Agaknya mungkin benar, kita sudah tidak bermaruah, banyak insiden yang berlaku sekarang bukan sahaja mencabar maruah negara tetapi maruah pemimpinnya. Terbaru Menteri pun sudah mempersendakan keputusan Mahkamah, kalau rakyat biasa sudah pasti dituduh "menghina mahkamah" tetapi disebabkan kenyataan dari Menteri yang tidak bermaruah maka ini menjadi isu biasa sahaja.
Kematian Dr Lee Boon Hoong menjadi tanda tanya semua pihak kenapa bersungguh- sungguh kerajaan hendak menyiasatnya tetapi kematian buruh Bangladesh di NKVE kerana jejambat runtuh hilang begitu sahaja. Cakap2 di tepi jalan kata..simati itu menyimpan berjuta saham proxy beberapa orang pemimpin kerana dalam masa yang sama simati adalah penasihat ekonomi MCA. Hendak mengalih tumpuan kes dari menjadi perdebatan awam, maka cerita Dr Elle Najem dibesarkan dalam suratkhabar, maka orang awam bertanya, siapa yang sebenarnya dipertikaikan kekayaan Dr Ellw Najem dan kekayaan Simati Dr Lee Boon Hongg yang berusia 36 tahun itu.
Hari ini, satu kenyataan lawak tersiar didalam akbar, bahawa undang2 keluarga Islam, Peguam Negara diminta berjumpa dengan NGO bagi membincangkan semula undang2 itu, soalnya kenapa Peguam Negara yang perlu berjumpa dengan NGO. Jawapan mudah ialah kerana kita sudah tidak maruah, sebab boleh dipersendakan oleh orang lain.Dahulunya undang2 diperbuat juga dan ada juga yang ditentang, akhir diterima oleh semua pihak termasuk Pindaan Perlembagaan berhubung dengan soal raja.Sebenarnya undang-undang itu diperbuat secara persendirian, dan Menterinya sewaktu itu tidak mahu mendengar pandangan kedua dan ketiga.
Sewajar draf undang keluarga Islam itu dibawa kepada Majlis Fatma, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam dan minta pandangan daripada IKIM, ISTAC dan berbagai instutusi keahlian bidang agama. Setelah selesai baru ianya dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Namun ini tidak berlaku dan sekarang ia menjadi Lawak dan Kelakar kerana yang tidak bersetuju pada undang-undang itu adalah orang UMNO di Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan setengahnya memegang jawatan Majlis Tertinggi UMNO.
Disebabkan membuat kerja pemerintahan macam kerja lawak, inilah kita dapat, belum lagi sungutan yang diperbuat oleh pegawai-pegawai Kerajaaan untuk memo yang dihantar bagi mendapatkan keputusan Perdana Menteri, berbulan bulan tak dapat keputusan. Adakah Memo yang diperbuat oleh Kementerian dan Jabatan untuk keputusan Perdana Menteri, ada pihak lain pula kena nak buat kajian.
Mengikut pengalaman seorang Pesara Pegawai Tinggi Kerajaan, di zaman Tun Dr Mahathir Mohamed segala memo yang dipanggil "Pertimbangan Dan Keputusan YAB Perdana Menteri" akan mendapat keputusan dengan kadar yang segera dan tidak lebih dari satu minggu,. Jika Perdana Menteri hendak keluar negara, semua fail2 itu akan dibereskan atau dibawa keluar Negeri bersama dan dibaca di dalam kapal terbang dan seperti dikata oleh bekas Pengawal Peribadi Tun Mahathir Mohamed, kadang2 beg fail lebih banyak dari beg baju.Kesimpulannya bagaimana nak bermaruah, jika tindakan tidak menunjukan kekuatan kita sehingga ada pihak lain memijak kepala kita, dan yang terpenting bagaimana kita membuat keputusan untok menjaga maruah kita.
Jika bergantung kepada ilham... itu kerja seniman, penyair atau orang seni kerana mereka selalu berkhayal. Tetapi bagi seorang pemimpin politik dia perle menimbangkan "ada atau tidak keperluan untuk keputusan" dan secara mudah ikut sahaja yang digariskan oleh Socrates kalau tidak begitu cerdik dengan mengemukakan tiga kriteria untuk menguji perlu-tidaknya sebuah keputusan atau tindakan.
Pertanyaan Pertama: Apakah sebuah tindakan itu benar dan dapat dibenarkan? maka menyusul pertanyaan kedua: Apakah tindakan yang benar itu perlu dilakukan atau tidak? Kalau tindakan itu ternyata benar dan perlu, maka pertanyaan ketiga adalah: Apakah hal itu baik atau tidak untok dilaksanakan.
Sang Kelembai: Cara menguruskan kerajaan sekarang macam cerita lawak disegmen program senario di TV3
1 comment:
sang Kelembai, saya nak komen sikit.
1) Kenapa kita tidak boleh menyalahkan 9 Menteri tersebut? Kalau nak hantar memo kenapa perlu diberitahu kepada media. Bukankah secara tidak langsung mereka berniat hendak memberi tekanan kepada PM?
2) Isu Murthy memeluk Islam telah didaftarkan. Soal bagaimana dia mengamalkan Islamnya, terpulang. Yang penting dia sudah sain kontrak dengan melafaz 2 kalimah syahadah. Islam lah dia. Soal sama ada di akan tergolong dalam golongan orang orang yang solleh, itu kerja Allah SWT. Mereka yang sudah sain kontrak 2 kalimah syahadah tidak dibenarkan murtad. Itu undang undang nya. Dah masuk tak boleh keluar.
3)Tindakan pihak berkuasa adalah benar dan tak perlu kita persalahkan. Sekiranya Moorthy dibakar mayatnya wal hal kita sudah tahu dia memeluk Islam secara rasminya, maka kita yang bersalah kerana membenarkan nya.
4) Soal masuk Syurga atau Neraka, adalah kerja Allah dan kita hanya berusaha. Soal memelihara akidah adalah tanggung jawab umat Islam. Kita tidak mahu lebih ramai Salman Rushdie di lahirkan. Kalau ini berlaku, umat Islam juga yang akan porak peranda. Nyonya tahir tidak pernah sain kontark 2 kalimah Syahadah dan tak pernah Islam walau pun nama Melayu dan keturunan Melayu. Soal kaum kerabatnya juga ramai yang Islam tidak bermakna mereka tidak berusaha untuk mengIslamkan Nyonya Tahirlah sendiri, Abu Mutalib yang sanggup berkorban nyawa untuk Rasullullah, pun tidak dapat di Islamkan oleh Rasulullah. Apakah Rasullullah bersalah? Itu adalah kehendak Allah dan kita tidak berupaya menghalangnya.
Post a Comment