Tuesday, January 17, 2006

Sang Kelembai 17062006

Memang betul, semua berbeza tak ada yang serupa. Itu kekuatan Allah yang menunjukan bahawa ALLAH wujud. Bercakap mengenai perbezaan ini bila Perdana Menteri mengatakan dia berbeza dengan pendahulunya, tidak ada sesiapa yang boleh menafikan. Tunku Abd. Rahman. Tun Razak dan Tun Hussein semua berbeza, malah Nabi Mohamed S.A.W juga berbeza dengan Nabi yang lain.


Dan bila Nabi Mohamed diangkat oleh Allah sebagai pesuruhnya, tidaklah ada ayat, hadis yang mengatakan bahawa Nabi Mohamed S.A.W berbeza dengan Nabi2 sebelumnya dalam membawa risalah Allah. Sebaliknya Nabi Mohamed S.A.W. meneruskan kerjanya sebagai rasul dan menyampaikan wahyu Allah tanpa mengambil kira cara2 Nabi2 yang terdahulu.


Itu Nabi, diberikan di pelihara dari dosa dan melakukan kesalahan dan diiktiraf maksum. Tetapi Perdana Menteri adalah manusia biasa. Ketua Kerajaan bagi rakyat 24juta dan pemimpin kepada umat islam yang berjumlah hampir 12.5Juta. Dia tidak memerlukan menerangkan perbezaan antara dia dengan pendahulunya.


UMNO dahulu dan sekarang sama sahaja. Fikiran pemimpin tetap jumud, membandingkan dengan orang lain, menunjukan kita tidak berilmu. Orang berilmu dia tak jawab begitu. Dia akan jawab. "Bahawa dia (pendahulu) tidak ada beza dengan saya dan memang menjadi Persiden UMNO dan Perdana Menteri tidak akan ada perbezaan kerana kita mempunyai tujuan bersama. Dari segi Perdana Menteri saya bertanggongjawab kepada semua rakyat dalam negeri ini untuk memastikan kesejahteraan mereka dan diperingkat UMNO pula saya bertanggongjawab kepada Orang Islam dan Melayu dalam Negera ini"


Perbezaan memang ada antara Perdana Menteri sekarang dengan yang dahulu. Tun Dr Mahathir Mohamed setelah hampir 20 tahun baru menggunakan kuasanya meminta Petronas membeli syarikat MISC yang bermasalah yang mana anaknya pemegang saham utama, atas alasan sekiranya tidak dijual kepada Petronas, MISC terpaksa juga dijual dan yang membeli mungkin syarikat asing. Hari ini MISC dibawah Pertonas untong besar kerana Petronas membeli dengan harga Lelong.



Tapi hari ini dengan mentaliti Perdana Menteri yang sedia, tidak mengejutkan kemungkinan MISC sudah di beli oleh Temasek (syarikat pelaburan Singapore). Itu sebab kita ketawa sakan bila Perdana Menteri arahkan tutup mulut atas isu MAS kerana sebahagian penyebab yang merugikan MAS, kerana pembayaran sajian dengan syarikat adiknya yang tetap berjumlah RM400 juta setahun, dan sajian tetap dibekalkan penuh walau pun penumpang dua orang dalam Boeng 737 yang boleh mengisi penumpang 220 orang. Itu perbezaanya.



Ibaratnya selama ini Malaysia telah diperentah oleh dua orang, satu buta dan satu lagi lumpuh, yang telah menerima jemputan makan malam oleh Presiden Amerika. Macam mana nak pergi? Disebabkan ada orang ketiga , rakyat dan Majlis Tertinggi UMNO maka dicadangkan supaya yang buta berpaut pada bahu si lumpuh, supaya sibuta boleh berjalan, si lumpuh menunjuk arah, maka dapatlah mereka sampai ke rumah Presiden Amereka dan berbincang.


Tapi hari ini kita sudah diperintah oleh dua orang juga seorang Pekak dan seorang Tuli. Si pekak boleh bercakap, situli tak faham, Si tuli juga boleh bercakap tapi si pekak tak boleh mendengar. Malang kedua mereka tetap tidak dapat pergi menerima undangan makan malam undangan Presiden Amereka kerana orang ketiga termasuk Majlis Tertinggi UMNO sudah tidak mengambil kesah kerana takut jawatan dan kemudahan mereka akan hilang jika beri pandangan kepada kedua mereka ini.


Teringat pesanan Ahmah Hambali (pengasas mazhab hambali) bila ditanya antara dua orang, siapa yang hendak dipilih sebagai panglima perang menentang puak kafir. Satu Alim, bersih dari maksiat malah mungkin tidak rasuah, tapi penakut. Kedua penuh dengan maksiat dan sebagainya tapi berani. Maka dijawabnya ambil orang kedua itu, kerana walau pun dia banyak melakukan maksiat itu tanggungan diri sendiri tapi keberanian itu adalah untuk Islam sementara orang yang pertama itu, alimnya, tidak rasuah dan cucu ulama tetapi sayang diri penakutnya akan jadi beban pada Islam.

Sang Kelambai: Memang jauh beza Sang Kelembai dengan Senyum Kambing, Kambing makan rumput, Sang Kelembai siapa tegur.,dia akan jadi batu.

No comments:

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia