Thursday, March 16, 2006

Sang Kelembai 15032006

Kerajaan masih gagal menerangkan dan memberi keyakinan kepada rakyat mengenai sebab kenaikan harga minyak. Kesan yang paling ketara dari kenaikan harga minyak ialah penangguhan pilihanraya umum negeri di Sarawak.

Isu kenaikan harga minyak kini telah menjadi sebahagian dari pakej isu kempen parti pembangkang di Serawak selain dari isu "tidak pernah terjadi" yakni semenjak kemasukan SNAP dalam Barisan Nasional di tahun 1976 hingga rombakan kabinet 14 Februari 2006, kabinet Persekutuan tidak diwakili oleh "bumiputra bukan Islam" dari Sarawak.


Maka keseluruhan bumiputera bukan Islam dari Sarawak khusus keturunan Iban walau pun berada dalam parti komponan Barisan Nasional akan tidak memberikansokongan padu kepada BN jika berlaku pilihanraya umum negeri di Sarawak.


Isu kenaikan harga minyak terus menjadi perkara igauan bukan sahaja kepada para Menteri tetapi pemimpin politik di semua pelusok tanah air. Berbagai cara digunakan bagi mengalih dan melarikan isu itu. Bagaimana pun isu minyak ini terus berlingkar dan datang semula kepada fikiran rakyat, bertambah dengan ada beberapa Menteri yang lebih banyak mengampu dari memberikan keyakinan kepada rakyat. Antara yang agak lucu ialah Menteri Penerangan sendiri, semasa menjadi Senator beliau tidak pun menjadi ahli UMNO tetapi lebih UMNO dari UMNO bila sudah memegang jawatan Menteri.


Beliau dalam kenyataannya mengatakan bahawa rakyat sudah menerima hakikat kenaikan minyak dan akan tetap menyokong BN. Soalnya apakah itu kenyataan berbukti atau hanya sekadar mahu bercakap?


Kalau ada pilihanraya umum dan kemudian BN menang, maka kenyataan itu tidak boleh lagi disangkal tetapi ini tidak, bercakap memakai andaian sahaja. Kementeria itu kini bertambah parah beliau mempunyai seorang Timbalan Menteri yang merasakan diri dia hebat. Timbalan Menteri ini agak kecewa kerana sudah menjadi Ahli Majlis Tertinggi tiga penggal tidak diangkat menjadi Menteri dan sekarang kena berkerja dengan seorang yang tidak punya apa2 jawatan dalam UMNO diperingkat Bahagian. Timbalan Menteri ini walau pun berkelulusan agama tetapi ego dan angkuhnya, hanya Allah sahaja yang tahu dan yang lebih malang ialah beliau tidak mahu mendengar pandangan orang, khasnya kepada pandangan orang tidak ada jawatan.


Maka sesuailah beliau berkerja dengan Menteri sekarang, kerana jika siaran langsung rombakan kabinet pun tak boleh diadakan, maka apalah yang diharapkan hebatnya Menteri ini.


Sewajarnya kerajaan menggunakan istilah yang betul, perkataan subsidi bukan perkataaan yang tepat. Jika kita mengatakan subsidi maka kerajaan mestilah memberikan harga diskaun atau di beri secara percuma. Contoh yang terdekat ialah baja, baja memang kerajaan tidak buat, maka bagi menaikan taraf hidup rakyat dalam sektor pertanian, tumbuhan yang ditanam oleh petani supaya mengeluarkan hasil yang baik, maka ini memerlukan baja dan harga baja tak mampu dibeli oleh petani. Kerajaan gunakan duit beli bahan itu di kilang baja. Maka itu adalah betul, kerajaan beri subsidi.


Dalam soal minyak tidak pernah pula kerajaan di ketahui oleh rakyat bahawa kerajaan telah membeli minyak secara pukal dengan syarikat minyak samada Esso, Petronas, Project atau sebagainya kemudian dimasukan kedalam pump yang berasingan. Kesemua minyak itu asalnya dari minyak mentah yang digali oleh Petronas dan kemudian dibeli dan di proses oleh syarikat-syarikat dan diletakan jenama minyak mereka. Apa yang berlaku ialah kerajaan menentukan cukai setiap liter minyak yang telah diproses dan minyak mentah yang belum diproses, kedua dua mempunyai tafsiran cukai yang berbeza. Bila berlaku kenaikan cukai minyak, maka secara automatik pengguna akan membayarnya seperti rokok dan minuman keras.


Oleh itu istilah yang sebenar ialah "subsidi cukai minyak" bukan "subsidi minyak" jika rakyat tidak dibodohkan sudah pasti rakyat boleh menerimanya kerana sudah beberapa beberapa harga barangan asas naik tetapi tak ada pula orang yang mengeluh jauh sekali nak tunjuk perasaan macam kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen seliter disebabkan kerajaan menarik balik balik subsidi cukai minyak.


RM 4.4B itu pun kita tak faham macam ukuran kerajaan khasnya cerdik pandai ekonomi. Dahulunya kerajaan tidak dapat menikmati cukai atau apa yang di sebut subsidi sebanyak RM4.4 billion kerana diserahkan balik untuk rakyat menikmati pengurangan harga minyak, jadi bila sekarang harga minyak sudah naik dan pengguna telah kurang menggunakan minyak maka boleh kah kerajaan dapat hasil kutipan cukai sejumlah itu, kalau lebih pendapatan dari cukai yang dibatalkan, bakinya boleh digunakan faedah lain tetapi jika kurang, soalnya macam mana?


Itulah sebab rakyat merasakan seperti diperbodohkan oleh kerajaan sekarang, yang mana pakar2 ekonomi luar kerajaan ikut tak faham dengan jumlah RM4.4B itu. Apakah penjimatan itu untuk tahun ini dan bagaimana pula tahun depan, adakah setelah selesai mengatasi masalah kewangan pasarana pengangkutan negara khas di Kuala Lumpur, kerajaan akan menurunkan harga minyak balik.


Kalau itu caranya ini menunjukan bahawa kerajaan meminjam duit dari pengguna dan ini adalah untuk tahun ini sahaja. Apakah rakyat perlu berkorban untuk tahun ini sahaja.


Tetapi rakyat tahu bahawa jika AP2 yang jumlah ribu2 dikeluarkan jika dikira dengan cukai tafsiran yang betul kemungkinan kerajaan telah dapat lebih dari RM4.4B. Malangnya kesemua AP2 itu dibayar dengan cukai yang murah dan ada antara dalam sekadar RM 8 ribu sahaja. Maka rakyat bertanya siapakah yang bertanggung jawab kehilangan cukai dari kereta2 import ini. Semua tahu isu, cukai tersebut adalah di bawah Kementerian Kewangan dan siapakah pula Menteri Kewangan tersebut?


Kesimpulanya kerajaan Islam Had Hari perlu menyedari bahawa dengan menggunakan pembatalan subsidi cukai minyak, telah membuktikan bahawa kerajaan telah gagal untuk mempelbagaikan hasil negara dan khususnya hasil negara dalam sektor perindusterian, sehingga rakyat merasakan bahawa "pendapatan boleh guna" atau "take home salary" sudah tidak boleh menampong perbelanjaan pengurusan kehidupan mereka.


Dan sesuatu yang aneh ialah peruntukan subsidi cukai minyak ini sudah diperuntukan dalam perbelanjan Bajet 2006 yang dibentang dan diluluskan oleh Parlimen dan kemudian dibatalkan. Maka bererti bajet yang diperbuat adalah bajet kosmetik yang sekadar mencantikan seorang perempuan tetapi bila hujan turun, kosmetik itu hilang maka terpancar yang pada asalnya gadis ayu sebenarnya adalah nenek kebayan.


Sang Kelembai: Bayangkan macam mana TNB boleh rugi, yang mana perniagaan tenaga oleh TNB telah dimonopoli oleh mereka. Langkah terbaik adalah untuk kerajaan memufliskan TNB daripada rakyat kena menanggung membayar beban hutang mereka.

No comments:

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia