Sunday, March 12, 2006

Sang Kelembai 12032006

Persoalan sekarang kenapa Singapura membuat berbagai alasan bagi melengahkan sama ada setuju atau tidak pembinaan jambatan baru di tambak Johor. Jawapannya mudah! Singapura berkemungkinan sudah dapat menggengam Malaysia atau ringkasnya, pemimpin Malaysia sudah berada di dalam seluar dalam Singapura. Setelah tertutupnya pintu bank Swiss yang membolehkan penyangak seperti pemimpin rasuah menyimpan wang di sana maka Singapura adalah alternatif yang terbaik.


Itu sebab bila Indonesia menghadapi gawat ekonomi, beratus orang warganegara Indonesia berketurunan Cina melarikan wang-wang pecah amanah bank dan rasuah, tinggal di Singapura kerana Singapura tidak mempunyai perjanjian ektradisi dengan Indonesia. Walau pun kerajaan Indonesia telah menuntutnya semenjak tahun 1970 dan baru tahun lepas dipersetujui tetapi ini hanya melibatkan orang yang kehadapan, makna kata penjenayah ekonomi Indonesia boleh hidup dengan aman di Singapura kerana perjanjian ektradisi itu tidak melibatkan mereka.


Jika Indonesia memakan masa hampir 35 tahun baru menikmati perjanjian ektradisi dengan Singapura, maka ini bererti Malaysia juga kena menunggu puluhan tahun sebelum dapat menandatangi sebarang perjanjian pembinaan tambak johor tersebut.

Bagaimana pun tahniahlah kepada DS Samy Vellu yang membuat kenyataan bagi meneruskan projek itu. Malaysia sepatutnya mengambil kesempatan atas hubungan dingin Indonesia/Singapura kerana pentadbiran di Jakarta sekarang nampak tidak disenangi oleh Singapura. Ini berikutan kegagalan SIS (Stationary Officer Singapore Intelligence Service) satu pasukan perisik yang kuat selepas CIA di Indonesia yang keseluruhan tenaga nya dilatih oleh perisik Israel yang cuba mengekalkan Megawati Soekarnoputeri.

Di zaman Megawatilah sebilangan besar perindusterian Nasional digadai ke tangan asing khasnya kepada Syarikat Pelaburan Kerajaan Singapura-Tumasik. Siapakah di belakang Megawati? Antara mereka ialah Theo Syafei, anak murid Jenderal Benny Moerdani dan Laksamana Sukardi, Menteri yang menjaga macam Khazanah Holding, lalu ditangan mereka inilah semua aset-aset negara digadaikan dan dijual dengan harga diskaun.

Rakyat Indonesia cepat bertindak, kalau tidak akan berlaku seperti di Thailand. Sekurang - kurangnya mereka menggunakan demokrasi bagi menghalang Megawati dari terus menggadaikan aset aset negara dengan memilih Susilo Bambang Yudhoyono sebagai pemimpin mereka.

Badan perisikan Indonesia, cepat memintas agen-agen yang berselindung atas nama kedutaan Singapura dan wartawan The Straits Times di Jakarta dan yang telah di kenal pasti ialah Derwin Pereira (mungkin ada hubungan dengan Pereira di NST Kuala Lumpur) "sebahagian" dari SIS. Maka di Indonesia, ianya sudah maklum bahawa Singapura mempunyai jaringan perisik mereka, maka apakah kemungkinan Malaysia turut terjebak dalam jaringan perisikan Singapura.

Semasa Megawati berkuasa yang di pandu oleh Singapura, beberapa kepentingan strategik terjual kepada Singapura antaranya ialah syarikat telekomunikasi. Itu sebab rakyat Thailand, belajar dari Indonesia dan menentang penjualan saham syarikat milik Thaksin kepada Singapura hanya semata-mata atas kepentingan keselamatan negara. Mereka sudah belajar bagaimana "frequency" keselamatan seperti polis dan tentera Indonesia telah terganggu pada Mei 1998 di atas perbuatan joint venture SIS/CIA-Mossad bagi menggulingkan Soeharto.

Maka peristiwa telah membuktikan pembelian Singtel (SINGAPORE TELECOMUNICATION) bukan sekadar urusan perniagaan tetapi sebalik lebih jauh dari itu. Sehingga hari ini keseluruhan telekomunikasi Indonesia di kawal oleh sebuah negeri kecil bernama Singapura.

Maka kita di Malaysia sewajarnya berwaspada dengan apa yang berlaku di Indonesia. Di zaman Soeharto dan Megawati, perkara ini pernah dibangkitkan oleh Dr Azmi Hassan dari UTM Skudai Johor yang mengatakan mengenai kesan pemasangan beberapa satelit teknoloji Israel yang berada di ruang udara kita.

Oleh itu jika Malaysia perlu berwaspada. Kita perlu berhati - hati dengan gerakan Singapura. Pemimpin keselamatan bukan hanya perlu membaca bahan apa yang ditulis oleh Bahagian Perisikan Polis tetapi perlu memerhatikan gerak geri orang -orang tertentu seperti mereka yang berada rapat dengan kuasa di New Strait Times Press yang dipertahankan oleh Perdana Menteri Malaysia. Tumpuan harus di beri kepada gerakan Mafia Berkeley yang bertukar dengan nama Mafia Oxford yang sedang rancak mengatur penjualan aset negara kepada Singapura dan menguasai kepemimpinan UMNO.

Perlulah di ingat, bahawa Malaysia tidaklah lagi boleh ber-rahsia kerana setiap percakapan menyentuh Singapura di dengar dengan segera oleh BG Lee. Semua percakapan talifon termasuk yang pakai phone sex juga terakam, waspadalah, kerana satu usaha yang digunakan oleh SIS di Indonesia ialah meminta Megawati menaikan tarif air dan eletrik dan kemudian dia akan jadi penyelamat.

Samalah sepertilah Malaysia.. Harga minyak sudah naik, eletrik akan naik, air akan naik, maka pilihanraya akan datang akan menjadi ukuran mengenai sokongan rakyat terhadap BN.

Sang Kelembai" Pinjam kata orang Indonesa: Di zaman Soeharto rasuah dilakukan dibawah meja, di zaman Gus Dur dilakukan di atas meja, Nah di zaman Megawati meja-meganya juga korup. Yang mana satu kategori Pak Lah?

No comments:

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia