Wednesday, March 22, 2006

Sang Kelembai 22032006

Parlimen sedang bersidang, keadaan tidak seperti dulu kerana ahli ahli Parlimen sudah tidak lagi segarang sebelum rombakan kabinet 14 Februari 2006 yang lalu. Hanya sebilangan , ahli ahli Parlimen yang bukan sahaja sudah berusia 40 tahun keatas tetapi sudah veteran dalam perjuangan parti di peringkat UMNO Bahagian, yang masih berani dan masih bercakap macam dulu -dulu lagi.

Walau pun sebahagian mereka tahu bahawa mereka semua adalah sekadar macam pelakon bangsawan, yang diarah oleh towkay bangsawan untuk berlakon kerana towkay bangsawan yang bernama Presiden parti mereka dan juga Perdana Menteri akan memutuskan segalanya walaupun pelakon bangsawan ini berjaya mempengaruhi rakyat dan pembaca perihal kebebasan mereka bercakap dalam Dewan Rakyat dalam isu-isu tertentu.

Sekitar persidangan minggu ini ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang sesetengahnya macam pelakon bangsawan tahun 50an "Aman Bellon" menyuarakan bantahan untuk diwujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dan kenyataan balas dari towkay bangsawan ini hanya menyatakan bahawa Peguam Negara akan mengkajinya.

Jika berdasarkan apa yang yang terjadi pada persidangan parlimen dahulu, yang mana kesemua ahli Parlimen bergabong untuk membantah penyenaraian anak syarikat LUTH, namun keputusan akhir yang dibuat oleh tuan milik bangsawan ini adalah tetap supaya anak syarikat LUTH ini disenaraikan juga. Alasannya adalah kerana tabung haji terpaksa mencari dana yang tinggi bagi membayar dividen kepada penabongnya.

Antara LUTH (Lembaga UrusanTabung Haji) dan PNB (Permodalan Nasional Berhad) yang mengendalikan wang amanah dan pendeposit orang Melayu/Islam terlalu jauh sistem pengurusannya walau kedua bangunan mereka bersebelahan di Jalan Tun Razak.

PNB tetap dapat membayar dividen kepada pemegang sahamnya atau pendeposit mereka tetapi Tabung Haji terpaksa menjual lelong apa yang ada kerana nak menjaga prestasinya kerana takut dengan kegagalan membayar dividen maka akan terbongkar segala pekong dalam Tabung Haji yang mana berbillion ringgit sudah hilang begitu sahaja. Oleh itu daripada membuat satu suruhanjaya IPCMC lebih baik di buat satu "Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Anggota Pentabiran Awam" yang mana rakyat boleh membuat aduan bagi memaklukmkan salah laku para anggota pentadbiran awam yang terdiri dari Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik seperti mana mengikut tafsiran Perlembagaan.

Rakyat sudah tahu akan apakah dia definisi salah laku dan sekiranya terdapat salah laku yang dilakukan oleh seorang Perdana Menteri, dan Menteri - menteri dalam kerajaan dengan siapakah rakyat hendak melaporkannya?

Apakah Perdana Menteri tidak melakukan sebarang salah laku jika beliau menggunakan wang rakyat untuk membuat rombakan dan tambahan ubahsuai kediaman rasmi 'Seri Perdana' yang tidak dicadangkan oleh Jabatan Kerja Raya.

Apakah tidak wajar sekiranya wang penambahan dan ubahsuai Seri Perdana itu digunakan untuk memperbaiki kuaters usang kerajaan di Jalan Cockrane yang di diami oleh kaki tangan peringkat kerani. Ini tidak , sekiranya ada kerosakan di kuaters tersebut mereka terpaksa menunggu berbulan-bulan untuk diperbaiki dan ini pula memerlukan sokongan juruteknik JKR untuk kerja - kerja tersebut.

Adakah ini sikap seorang Perdana Menteri yang balik ke rumah untuk makan tengah hari tetapi kemudiannya tidak masuk pejabat semula, walau pun temujanji sudah diperbuat oleh Setiausaha Sulit, sehingga terpaksa dibatalkan dan sipolan terpaksa menunggu berbulan bulan lagi untuk berjumpa dengan Perdana Menteri.

Adakah seorang Menteri tidak melakukan salah laku jika kereta rasmi kerajaan digunakan oleh isteri Menteri yang bergelar Datin Seri,pergi membeli belah di Bangsar Shopping Compleks yang mana Menteri tidak ada di dalam kereta tersebut.

Adakah Menteri-menteri melakukan salah laku jika mereka dalam waktu pejabat sedang sibuk di Kelab Golf yang mana rakyat tahu dia tidak bercuti.

Kesimpulanya Pentadbiran Awam di Malaysia sudah kukuh semenjak diasaskan oleh British melalui sistem Malayan Civil Services. Perkhidmatan Awam Malaysia tidak memerlukan pakar-pakar Harvard, mencukupi dengan pakar-pakar di MAMPU, jabatan yang khusus mengkaji kelemahan Pentadbiran Awam di Malaysia.

Soalnya pokok adalah supaya ke semua Pegawai kerajaan termasuk kakitangan bawahan dan kemudiannya rakyat ditingkatkan tahap disiplin mereka, kerana hanya dengan disiplin yang tinggi ini sahaja ia akan mampu memajukan apa sahaja. Maka sewajarnya dari menghabiskan duit lantik pakar-pakar Harvard, buat kempen budaya murni,yang sepatutnya dimulakan dengan penekanan terhadap disiplin.

Apa yang berlaku dengan PDRM, sebenarnya ialah kita telah terlepas pandang soal disiplin. Disiplin bukan sekadar buat kawat, kawat adalah latihan kepatuhan menerima arahan sahaja. Disiplin yang sebenarnya ialah kemampuan menahan diri dan nafsu dengan membina masyarakat dan insan yang beriman. Hanya dengan beriman sahaja segala akan menjadi jernih.

Disini sepatutnya papan iklan yang berbunyi "Masyarakat Bermaruah Bermula Denganmu" ditukar kepada "Masyarakat Bermaruah Bermula Dengan Keimanan Mu", kerana dengan gambar towkay bangsawan disebelahnya amatlah sesuai kerana kalau "bermula denganmu" rakyat akan memberikan pengertian lain kerana maruah negara sudah tidak ada semenjak towkay bangsawan ini mengambil jawatan sebagai Perdana Menteri sehingga ruang udara dan pasir hendak diserahkan kepada Singapura.

Sang Kelembai: Al-Maududi pernah berkata, "Sesungguhnya suatu bangsa akan menang dengan keimanan, apabila meninggalkan keimanan, mereka akan menang dengan kekuatan" dan UMNO sudah tidak ada keduanya sekali.

2 comments:

Anonymous said...

Hello Sang Kelembai, hang ni pun slow slow la sikit. Janganlah hang sapu semua point tu kang pembangkang habis idea nak hentam kerajaan pulak. Mereka pun perlu sikit perbatuan politik untuk cuba nasib sekali lagi pada pilihanraya akan datang.

Ok now, anda dan semua ahli UMNO yang mengkritik ini adakah atas dasar nak menjatuhkan kepimpinan dan UMNO sendiri semata-mata kerana mereka dah jadi teruk, atau mengharapkan mereka perbetulkan kesilapan yang ada. Kalau mereka berjaya jadi cerdik dan 'adil' tentunya anda puas. Kalau tak mahu jadi betul juga sampai anda dianggap derhaka, pengkhianat, anti kerajaan, anti pembangunan, pengganas, menimbulkan huru hara, dsb.. apakah anda akan layu dan kuyu. Sekiranya anda dalam jumlah yang ramai tidak mungkinkah anda rasa cukup kuat utk mengubah keadaan dengan mengujudkan satu tekanan dalaman. Kalau terpelanting juga tidakkah mungkin anda dan rakan anda akan menubuhkan satu parti baru sama spt HAMIM,Berjasa dlm PAS, 46 dlm UMNO, MIC baru dlm MIC, GERAKAN dlm MCA, dll.

Jika begitulah hakikatnya kita semua tak kira bangsa dan ikatan politik ada unsur pembangkang dalam pemikiran masing masing. Unsur ini melihat sesuatu dari view yang idealistik dan mahukan kesempurnaan. Ayuh meriahkan element ini untuk menyelamatkan negara dan bangsa.

Biarlah sesuatu ketidak-sempurnaan itu diprotes bersama walaupun terpaksa berkongsi platform dengan parti pembangkang kerana sesuatu yang buruk itu tetap nampak buruk oleh mata yang adil.
Saya sangat ingin melihat ahli-ahli parti kerajaan dan pembangkang sama-sama menyatakan pendirian atas sebarang kezaliman spt pemusnahan rumah setinggan yang teraniaya, pelaksanaan projek yang memusnahkan tadahan air, penebangan hutan tanpa kawalan, pendakwaan terpilih, ISA, pemecatan/pemindahan pegawai kerajaan & guru secara tidak adil, dan banyak lagi. Marilah BERSAMA MENUNTUT PERUBAHAN.

Anonymous said...

tabik sang kelembai..saudara banyak mengetahuicorak hidup perdana menteri yang penuh dengan sandiwaranya...bertopengkan watak seorang yang alim sehingga mampu menipu bertahun lamanya sehingga dr.mahathir yang bertungkus lumus mencari penganti yang setia dan berjiwa melayu sejati tertipu dengan gimiknya. Apa boleh buat dr.mahathir insan yang ikhlas telah tersalah pilih paklah kerana sandiwaranya berasaskan agama Allah s.w.t. kita lihat sajalah apa balasanNya kelak..marilah kita berdoa agar rancangan jahat paklah ataupun keluarganya yang seakan-akan hendak menjual kedaulatan negara hasil titik peluh bangsanya yang lalu dapat ditunjukkan olehNya suatu masa nanti.semua rakyat mula marah dengan senario sekarang, tetapi tidak mahu melakukan perkara yang boleh mencalarkan nama baik negara yang telah gah di mata dunia hasil bidikan Tun dr mahathir mohamad selama 20 tahun yang merupakan pahlawan terbilang hasil didikan 3 perdana menteri yang telah tiada...tetapi kuat patriotiknya.Paklah dan keluarganya berjaya mengagalkan kebebasan hak asasi rakyat dengan gimik dan peranan napoleon kecil dalam keluarganya yang mengunakan semua saluran kerajaan yang ... dilaksanakan oleh keroni jahat dalam keluarganya..untuk kepentingan diri mereka sahaja. Kesian Tun dr.Mahathir Mohamad tetap dikritik walaupun tindakannya hendak membela kejahilan kini yang sentiasa diceritakan oleh mereka yang sudah digagalkan hak asasi mereka. Tun dr. Mahathir tetap setia dengan Perdana Menteri harapannya dan pilihannya tetapi berhati-hati dengan tindakannya kerana mahu menyelamatkan Malaysia daripada hancur sebelum kematiannya. Doalah padaNya agar Paklah insaf dan negara kita tidak menjadi susu cair.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia