Demonstrasi oleh rakyat atas nama apa pun adalah satu manifestasi gambaran kehendak rakyat dalam satu isu yang tidak diselesaikan atau tidak diberikan penerangan yang menyakinkan rakyat. Isu pembatalan subsidi cukai minyak nampaknya masih menjadi agenda kepada pihak yang hendak menggunakanya sebagai isu.
Kesilapan hanya berpunca kepada tindakan kerajaan mengumumkan pembatalan subsidi tersebut yang tidak kurang macam "pencuri malam". Pengumumkan dibuat waktu tengah malam melalui satu kenyataan dari JPM. Seterusnya kerajaan juga mengumumkan Dasar Automatif Nasional melalui kenyataan dari JPM dan tidak ada satu sidang akbar khusus dibuat oleh mana-mana Menteri yang bertanggung jawab dalam perkara yang berkenaan.Demonstrasi di hadapan KLCC sudah tidak seperti yang dilakukan di peringkat awal semasa mula diadakan.
Sewaktu itu semacam ada kemesraan antara polis dan orang yang berhimpun dan segalanya berlaku secara aman, walau pun perarakan yang diadakan mengganggu sedikit lalulintas. Kali ini Polis bertindak, pendekatan psikologi tidak digunakan untuk berunding. Sebaliknya arahan komander supaya mereka bersurai atau disuraikan dengan cara kekerasan. (ini disebutkan dalam arahan yang didengar melalui pembesar suara) Dan kekerasan ini kemungkinan membawa erti bahawa seseorang itu boleh ditembak mati jika mereka yang berhimpun tidak bersurai seperti yang diarahkan.
Soalnya Polis tidak salah.. yang salah orang yang menjaga Polis. Sewajarnya pendekatan perundingan diadakan. Beri mereka masa untuk berhimpun dan berucap, kemudian larang mereka untuk berarak. Jika masih berhimpun lagi, berjumpa ketua-ketua mereka, kalau enggan mereka boleh tangkap. Itu sebab sehingga sekarang kes perhimpunan haram dari zaman era reformasi tidak ada satu pun yang selesai.Demonstrasi itu telah menjadikan mereka yang berhimpun menang, walau pun berapa orang terpaksa ditangkap.. Mesej yang hendak diberikan kepada dunia luar sudah tercapai. Tetapi terserah pula kepada kebijakkan polis untuk mengekspolitasi tindakan pemimpin mereka yang merancang demonstrasi ini, yang menghilangkan diri di saat pengikut mereka terpaksa berkejar ke sana ke mari. Yang paling jelas ialah tindakan Polis itu seakan mengejar itek di kolam.
Bagaimana pun jelas nampak semangat kental demonstrasi dan ketabahan polis di peringkat rendah yang nampaknya berhati-hati dalam menjalankan tindakan. Kelihatan jauh disudut hati mereka, mereka nampak semacam simpati ke atas perjuangan masalah rakyat yang mana kebajikan Polis yang bertugas adalah sebahagian yang diperjuangkan oleh mereka yang berdemonstrasi. Kita mestilah melihat bagaimana provokatif menyebabkan kedua-dua pihak sama ada menang atau kalah, semua akan jadi sama, polis tidak menang, puak yang berdemo pun tidak kalah.
Soal utama yang perlu dititik beratkan adalah pertimbangan akal budi. Di pihak polis, polis tertekan dengan arahan, dan di pihak mereka yang berdemo, mereka tertekan atas kehendak hidup, tetapi ini satu pengajaran yang baik. Negara-negara di Asia Tenggara semua pernah melalui pengalaman masing-masing kecuali Singapura yang mungkin sudah terlupa dengan demonstrasi Maulud tahun 1964. Jika diperhatikan cara mereka mengatasinya sungguh berbeza. Di Thailand yang anggota polis mereka berugama Buddha, nampak lebih selesa membiarkan demonstrasi itu dilakukan selagi tidak mengancam keselamatan negara. Itu sebab di Thailand tunjuk perasaan anti Thaksin tak timbul masalah tetapi tunjuk perasaan untUk perpisahan seperti di Selatan Thai, tindakan berbeza diambil. Di Filipina negeri yang mengamal Kristian, anggota polis mereka membuat pendekatan yang sama dengan Thailand.
Namun malang sekali buat dua buah negara Islam, ia-itu Indonesia dan Malaysia. Pendekatan tindakan menyurai tunjuk perasaan sangat berbeza. Di Indoenesia kita melihat kematian mahasiswa pada pergerakan reformasi 1998 yang menyaksikan hilangnya kuasa Suharto dan kini Polis Indonesia sudah dipisahkan dari Tentera.Di Malaysia sebuah Negara Islam, yang rata- rata pegawainya semua berugama Islam tetapi perbuatan tidak seperti pegawai Polis yang berugama Buddha dan Kristian. Mereka berhemah dalam mengambil tindakan.
Agaknya itu sebab negara-negara yang bukan Islam menganggap Islam ini sebuah agama yang ganas kerana melihat cara Polis dalam sebuah Negara Islam bertindak dengan ganas untuk menyuraikan tunjukan perasaan. Situasi ini juga berbeza dengan tindakan Polis-Polis Barat yang kadang kala dilihat kasar dan ganas tetapi ia lebih merupakan kesilapan manusia atau kelalaian manusia itu sendiri. Itu sebab di Barat mereka tidak memerlukan Suruhanjaya Memantau Polis kerana undang-undang mereka mencukupi untuk mengambil tindakan ke atas mana - mana anggota Polis atau penguatkuasa yang bertindak luar dari batas peri kemanusiaan dan juga melanggar hak asasi manusia. Di England sendiri tindakan kepada Polis yang menembak orang awam yang disangka pengganas sudah diambil dan sedang menunggu perbicaraan untuk hukuman.
Soalnya demonstrasi di hadapan KLCC adalah satu perkara yang menunjukan betapa tidak profesionalnya Polis yang bertindak dengan menunjukan kekuatan anggota hampir 400 orang bagi mengejar puak demonstrasi yang kurang dari itu. Tak perlulah di hantar Helicopter, beberapa trup Polis Simpanan Persekutuan dan beberapa anggota biasa sudah mencukupi. Satu pasukan kecil bagi menyelesaikannya dan jika dia merosakan harta awam, maka pihak penganjur harus mengambil tanggung jawab itu perkara tersebut samada perhimpunan itu sah atau tidak.
Adalah malang, berdasarkan gambar-gambar yang di ambil, Polis bertindak tidak mengira tua atau muda dan juga kanak-kanak. Tidak pernah berlaku seseorang anggota polis dinaikkan pangkat kerana dapat menyuraikan demonstrasi atau diberi pingat Panglima Gagah Berani sebaliknya tindakan itu akan menyebabkan tercemar nama kerajaan. Sekarang nama kerajaan dan nama Menteri Keselamatan Dalam Negeri diperkatakan oleh semua orang dan ini pasti menambahkan lagi kebangkitan rakyat menentang dan benci dengan kerajaan yang berjasa ini.
Berfikirlah sebelum bertindak. Kesimpulanya, adakah pihak Polis cuba melahirkan satu produk pelancungan yang baru dengan cara mereka menyelesaikan demontrasi itu semperna tahun melawat Malaysia 2007. Rakaman mengenai ugutan kekerasan ini memang ada dan bukan sekadar fitnah. Beberapa pelancong telah merakamkan insiden ini dan sepatutnya tindakan kekerasan ini bertentangan dengan Konsep Islam Hadhari.
Sang Kelembai: Eloklah disegerakan supaya diwujudkan Jabatan Agama dalam PDRM seperti Kor Agama yang terdapat dalam Angkatan Tentera supaya dapat difahamkan Islam Hadhari kepada Pegawai yang tak faham.
No comments:
Post a Comment