Wednesday, March 29, 2006

Sang Kelembai 29032006

Maka berkatalah seorang Menteri yang berkelulusan undang-undang dan diberi tugas menjaga Parlimen, bahawa, biar 100 kali diadakan demonstrasi kerajaan tidak akan menurunkan harga minyak dan demonstrasi yang diadakan itu tidak menggambarkan perasaan rakyat di Malaysia yang berjumlah 26 juta orang. Kadang-kadang kala ada masanya Menteri Kabinet Islam ada Had dan ada Hari ini bila bercakap dan membuat kenyataan terlupa membuat kerja rumah.

Kalau diambil kira semasa British mencadangkan Malayan Union pada 1hb April 1946, jumlah yang berhimpun di anggarkan seramai 10 ribu orang. Apakah ini juga bererti bahawa perhimpunan itu tidak cukup untuk menggambarkan hasrat orang - orang Melayu yang pada masa itu berjumlah 2 juta orang untuk menentang Malayan Union?

Hasil dari demonstrasi itu lah yang menyebabkan gagasan Malayan Union itu dibatalkan dan boleh juga dikatakan UMNO sendiri ditubuhkan bermula dengan tunjuk perasaan. Ini secara relatif menunjukkan bahawa budaya demonstrasi ini sebenarnya dibawa oleh UMNO sendiri dan UMNO itu sendiri tertubuh dengan berlaku tunjuk perasaan orang Melayu di Batu Pahat yang baru2 ini diperingatkan semula dengan Presiden UMNO sendiri hadir.

Bagi sebuah negara Maju samada di Amerika, Australia dan Jepun mereka telah menerima hakikat bahawa demonstrasi adalah satu sistem demokrasi yang diamalkan oleh rakyat masing-masing bagi melahirkan manifestasi mereka. Kesemua demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat di negeri masing - masing tidak pula dijawab oleh Menteri-menteri mereka bahawa itu "tidak menggambarkan rakyat yang sebenar". Yang berbeza di luar negera para demonstrasi melibatkan semua orang dan akan menjadi lebih terkesan bila demonstrasi tersebut melibatkan ahli-ahli Parlimen sendiri, tetapi di Malaysia ahli Parlimen Pro Kerajaan sudah pasti tidur di rumah dan yang pembangkang hanya berani di dalam Parlimen.

Kesan setiap demonstrasi bukan bergantung kepada jumlah yang datang tetapi bergantung kepada sikap keperihatinan mereka. Semasa Queen Elizabeth melawat Singapura, terdapat seorang individu yang ber-demo berpakaian beruang yang menentang pembunuhkan beruang bagi tujuan membuat topi askar penjaga Istana Buckingham, tidak pula kerajaan British buat kenyataan bahawa individu tersebut yang ber-demonstrasi itu tidak menggambarkan rakyatnya yang berjuta-juta. Ini perbezaan yang dikatakan orang, yang pandai tidak semesti bijak dan yang bijak tak semesti pandai tetapi yang perlu dan penting ialah "bijaksana".

Di Malaysia itulah kemelut besar dalam kepemimpinan negara ini. Malaysia terlalu kurang kepimpinan yang bijaksana. Bertindak tegas memanglah satu sikap yang terpuji tetapi mestilah diseimbangkan dengan keadaan. Cuba perhatikan satu cara yang sama tetapi tindakan berbeza. Di Bangunan Parlimen, yang mana di bawah jagaan Daerah Polis Sentul. Ketua Polisnya seorang India dan sudah pasti tidak beragama Islam, mengambil pendekatan berunding dengan Ketua kumpulan itu dan hasil dari perundingan itu ialah penyelesaian untuk bersurai kerana tidak dibenarkan masuk ke Parlimen. Mereka sebaliknya membuat keputusan untuk berkumpul dan berjalan ke Suhakam yang jauhnya dua kilometer. Segalanya berjalan agak lancar, tetapi bila masuk ke Jalan Raja Laut, di mana ianya dibawah jagaan Daerah Polis Dang Wangi, mereka berdepan dengan truk "water cannon" untuk tujuan perang saikoloji. Sebenarnya mereka-mereka yang membuat bantahan aman ini jika tidak diganggu, adalah manusia biasa dan setelah selesai mereka akan bersurai dengan baik.

Hari ini adalah soal kenaikan harga minyak disebabkan pengurangan subsidi cukai telah masuk satu bulan dan ianya masih belum reda. Tunjuk perasaan akan terus diadakan dan yang berdemonstrasi sudah tahu jawapan kerajaan yang akan tidak menarik balik pengurangan subsidi cukai minyak.

Kerajaan Barisan Nasional akan terus tergugat dengan isu ini dan demonstrasi isu minyak ini akan berjalan terus sehingga kerajaan dapat meyakinkan rakyat keperluan pengurangan subsidi cukai minyak tersebut. Soalnya, bagaimana kerajaan hendak meredakan isu itu sedangkan jawapan dan penerangan oleh para Menteri dan pegawai parti lebih banyak kearah kenyataan provakasi seperti yang dinyatakan oleh Menteri yang jaga undang-undang itu.


Isu harga minyak sebenar dah boleh disenyapkan jika kerajaan mengambil pendekatan mengimbangi pengguna minyak seperti yang dilakukan dengan penurunkan harga kereta yang mana sepatutnya diturunkan khusus untuk kereta-kereta yang berkuasa kuda bawah 1500, supaya penggunaan kereta berkuasa rendah akan meringankan mereka daripada menanggong kos pembelian minyak yang tinggi. Malangnya kerajaan tidak mempunyai satu pertunjukan sebenar harga kereta yang diturunkan. Kerajaan juga sewajarnya menurunkan cukai jalan kereta atau dihapuskan seperti yang dilakukan kepada motorsikal di bawah kuasa kuda tertentu.

Soalnya sekarang... adalah lebih baik kerajaan melantik seorang sahaja jurucakap dalam isu-isu semasa dan orang yang paling sesuai adalah Menteri Penerangan sendiri. Tidak seperti sekarang ini, ada Menteri yang bercakap dalam isu yang bukan portfolio beliau sehingga menimbulkan salah tafsiran. Pihak media juga terpaksa di beri panduan bagaimana berita isu ini harus ditulis supaya rakyat dan pembaca faham, tidak seperti sekarang, apa yang di lihat dan di dengar dalam berita TV jauh beza jika di baca di dalam akhbar.

Sang Kelembai: Bercakap dengan ahli -ahli UMNO bolehlah mengatakan mereka tak kisah, cuba buat rapat umum dan terangkan isu itu, tengok berapa banyak yang mendengar dan hadir.

No comments:

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia