Katanya mereka ini cerdik pandai, tetapi jika kita mahu menjadi ahli politik yang baik, kita mesti tahu juga dua perkara penting iaitu "sejarah" dan "kebudayaan". Negara-negara maju dan berkuasa hari ini wujud, (kecuali Amerika Syarikat yang tidak mempunyai peradapan) kerana rakyat mereka memahami sejarah dan kebudayaan mereka. Sebaliknya di Malaysia apa sekali pun, Rancangan Lima Tahun ini tidak memberi impak kepada menyeluruh kepada peradapan mahupun tamadun bangsa khususnya Melayu di Malaysia kerana kekurangan ilmu dalam dua perkara tadi.
Ini berbeza dengan warga negara keturunan China, yang berjaya sebilangan besar terdidik dalam pembelajaran sekolah jenis kebangsaan China, kerana di Sekolah etnik mereka, mata pelajaran sejarah dan kebudayaan China adalah sama pentingnya mata pelajaran Matematik dan Sains. Dengan memahami sejarah dan kebudayaan China, ini bukan bererti orang-orang China tidak taat setia dengan Malaysia sebaliknya sejarah dan kebudayaan China yang jutaan tahun itu menjadi idola dan mentor mereka. Mereka pula merasa bangga kerana Islam melalui Nabi Muhamad SAW memperakui kehebatan China dengan meminta umatnya berlajar kenegerinya.
Inilah masalah Malaysia, rakyatnya tidak pernah diberi keutamaan dalam pembelajaran sejarah dan kebudayaan. Mata pelajaran itu dianggap tidak penting sehingga mengakibatkan rakyat tidak ada haluan sebaliknya lebih banyak membincangkan perkara yang tidak berilmu. Maka pembelajaran sejarah dianggap tidak penting dan jika membaca mengenai sejarah sekali pun, mereka tidak mengerti membezakan yang mana sejarah, yang mana mitos dan yang mana lagenda.
Inilah yang terjadi dalam episod perbahasan di Parlimen minggu lalu. Antara yang menarik ialah berlakunya perbahasan kisah Khairy Jamaluddin yang dianggap oleh setengah pihak sebagai "Hang Nadim" seperti dalam cerita filem yang diperbuat oleh Shaw Brother di tahun awal 60an yang mengkisahkan "Singapura dilanggar Todak".
Dalam filem wayang hitam putih itu digambarkan bagaimana seorang budak memberikan cadangan; daripada menjadikan manusia sebagai kubu menghadapi serangan ikan todak, lebih baik ditahan dengan pokok pisang. Dimana idea itu tidak terfikir bukan sahaja oleh Sultan tetapi pembesarnya. Kecerdikan Hang Nadim menyebabkan dia difitnahkan, atas alasan jika sekecil itu sudah cerdik maka kalau besar boleh mengancam kuasa Sultan, maka akan nasihat pembesar Istana, Hang Nadim pun dihukum bunuh dengan dicampakan ke laut.
Itu Hang Nadim dalam filem, ini bukan satu sejarah bertulis dalam sejarah Melayu. Jika itu diambil kira Khairy Jamaludin dianggap macam Hang Nadim, orang yang bercakap itu sekadar melihat dan mendengar tetapi tidak berfikir. Bukankah Hang Nadim itu mangsa pembesar istana yang cemburu, bukannya rakyat di kampong-kampong yang melihat Hang Nadim sebagai heronya. Hang Nadim dalam filem adalah anak kampong yang miskin berbeza Khary Jamaluddin, anak birokrat Melayu dan mendapat pendidikan di luar negara dan kerana dia menantu Perdana Menteri dia menjadi hebat. Jadi jika Khairy dibandingkan sebagai Hang Nadim, kalau Hang Nadim itu realiti, bau badan Hang Nadim pun tak ada pada Khairy Jamaluddin.
Kesimpulan Hang Nadim atau Khariy Jamaluddin bukan dicemburu oleh rakyat atau ahli-ahli UMNO di peringkat bawah, yang cemburu ialah mereka yang disekeliling Sultan atau Perdana Menteri yang melihat Khairy Jamalludin mempunya kuasa yang sama taraf dengan Perdana Menteri dan kemungkinan sekiranya Khairy Jamalludin naik menjadi Perdana Menteri maka kelak ini akan mengancam kedudukan mereka.
Yang berbeza, Sultan menerima kata-kata nasihat dan andaian pembesar Istana tetapi Perdana Menteri Malaysia menolak apa-apa orang kata mengenai Hang "Nadim" nya walau pun Khariry Jamaluddin sudah boleh dipanggil Thaksin Jr kerana bakal banyak lagi menjual harta Khazanah Holding samada kepada Singapura atau dibeli olehnya melalui syarikat ECM Libra.
Sebenarnya Sejarah Melayu hanya mengkisahkan seorang yang bernama Hang Nadim. Dia memang pembesar Melaka, setelah Sultan Mahmud Shah menjanjikan sesiapa yang boleh bawa Tun Teja anak Bendahara di Pahang, menjadi tunang Sultan Pahang untuk menjadi Isterinya maka "apa yang dikehendakinya akan di anugerahan". Menurut hikayat itu lagi "Jika ia mahukan sekerat kota dengan kerajaan sekali pun kita anugerahkan" dan kerana janji itu, Hang Nadim mengambil Tun Teja untuk dijadikan isteri Sultan Melaka. Dalam konteks moden kerja ini lebih kurang dipanggil "Barua" dalam zaman sekarang. Ini kerana soal moral Tun Teja tunang orang tidak langsung diambil kira. Begitulah Khairy Jamaluddin, harta negara nak dijual, peduli apa dengan Melayu, yang penting hajatnya untuk kaya tercapai.
Jadi tidaklah sehebat mana nama Hang Nadim itu, tetapi visi '"barua" itu sesuailah di bagi kepada Khairy Jamaluddin.. iaitu barua yang menggadaikan negara ini. Tiada satu pun fikirannya yang boleh di ibaratkan macam "Singapura Di Langgar Todak". Jika Malaysia dan orang Melayu sekarang masih lagi bercakap mengenai hak Melayu, soal 30% itu sebenarnya adalah untuk Khairy Jamalludin..
RMK 9 kita sama-sama lihat berapa banyak orang orang bukan kroni yang bakal dapat projek-projek yang dicadangkan itu, namun sebenarnya ini hanya ibarat mitos ibarat Singapura Dilanggar Todak. Ia masih wujud dan yang menjadi kubu manusia yang mempertahankan todak-todak ini ialah ahli-ahli UMNO yang masih dibodohkan oleh pemimpin UMNO samada di atas atau di bawah sama saja.
Merekalah yang menjerit - jerit ketuanan Melayu dalam kehidupan sehari-hari tetapi nikmat dan faedahnya orang macam Khairy Jamaludin dan sekutunya yang dapat, dia makan daging dan isi, tapi orang Melayu khas ahli UMNO sudah terasa megah dapat tulang sahaja dan kalau bernasib malang dengan kelakuan tamaknya maka akan terjadi cerita "anjinng dengan bayang-bayang".
Sang Kelembai: Bila Hang Nadim ambil Tun Teja, bermulanya peperangan Pahang dengan Melaka. Bila Hang Nadim Moden jual harta Malaysia ke Singapura.. Pak Mentuanya tak terkata, Apa agaknya Singapura kata pasal Malaysia?

No comments:
Post a Comment