Jika berdasarkan kenyataan-kenyataan sebelum ini, orang yang berminat dengan "bahasa badan" sudah boleh meramalkan bahawa Perdana Menteri Malaysia seorang yang tidak konsisten dalam apa sahaja keputusan yang dibuatnya. Dalam usaha hendak menutup "jatuh kemaluannya" dalam bulan "april fool' ini maka mengambil keputusan untuk membatalkan projek yang di war-warkan akan diteruskan biarpun ditentang hebat oleh Singapura.
Jika Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri yang pada asalnya mengambil jurusan Ekonomi tetapi beralih kepada Pengajian Islam untuk membolehkan dirinya bergelar sarjana, kemudiannya membuat keputusan bodoh kerana mendengar nasihat mereka yang kononnya cerdik pandai di Pejabat Perdana Menteri maka biarlah kebodohan itu hinggap setakat pada diri Perdana Menteri tersebut dan jangan pula kebodohan itu terkena dan tersiram kepada rakyat Malaysia yang rata - rata cerdik.
Itu sebab bila ahli Parlimen mengatakan kenapa perlu dicemburui Hang Nadim, ini hanya membuktikan di dalam zaman Hang Nadim dari Sultan, Pembesar dan Penasihat Raja semuanya bodoh bodoh belaka. Dengan begitu hebatnya sokongan ahli Parlimen mempertahankan Hang Nadimnya yang juga menantu kepada Perdana Menteri ini, dengan sendirinya mengesahkan semua yang ada sekarang termasuk Perdana Menteri, para Menteri, ahli-ahli Parlimen sudah boleh dikira sebagai "Bodoh". Justeru itu maka Hang Nadim pun bertindaklah seperti mana pernah dikatakan orang "dalam semua orang buta, dia yang mempunyai satu mata yang boleh memandang, maka dialah dianggap Raja".
Tetapi dia terlupa yang buta-buta itu hanya terdapat di Bangunan Perdana Putra, di dalam Majlis Tertinggi UMNO dan mungkin dalam Parlimen tetapi diluar, bukan mereka sekadar ada satu mata sama dengan Hang Nadim tapi mereka ada dua mata yang lengkap. Mereka memandang dan mengerti apa yang berlaku sekarang, hanya mereka sekadar menyanyikan lagu Si luncai Dengan Labunya.."Biarkan.. biarkan... biarkan... siluncai dengan labunya.
Sebenarnya sekarang cara kerajaan ditadbirkan sudah menjadi macam kata pepatah "yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran." Dalam seminggu dua ini seperti kata peribahasa modern "dipedulikan mati emak, tak dipedulikan mati bapak" berlaku dalam kerajaan Islam Had dan Ada Hari lakukan.
Bila BBC (Kelab Penyokong Kerajaan) di Parlimen sudah tidak menyokong pakaian yang dicadangkan oleh Menterinya), bila kenyataan seorang Menteri yang baru kehilangan suku juta menyatakan kerajaan akan tubuhkan Ombudman melibatkan Menteri-Menteri kecuali Perdana Menteri kerana dia ketua dan pemimpin, disanggah balik oleh Timbalan Perdana Menteri yang menyatakan belum lagi ada keputusan maka kerajaan pimpinan berslogan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sudah jkini menjadi seakan iklan dalam TV "macam-macam ada".
Berbalik kepada Isu "Jambatan Indah" yang dibatalkan itu, sebenarnya kalau kita lihat kenyataan-kenyataan Singapura jelas undang-undang bukan perkara penting. Jadi tak timbul impilikasi undang-undang seperti mana alasan Malaysia untuk membatalkan projek tersebut. Maknanya jika Singapura berjaya mendesak Malaysia memenuhi permintaan dia.. seperti memberikan ruang udara dan pasir, adakah Singapura dan Malaysia akan meminda perjanjian yang menjadikan sekatan perlaksana projek itu?
Soalnya kenapa Malaysia tidak memberi cadangan balas kepada Singapura untuk bersama mengkaji undang-undang tersebut kerana selama ini Malaysia tidak pernah membangkitkan isu undang-undang sebagai penghalang kecuali Singapura yang telah mendedahkan lebih awal dengan memberi amaran akan ada kesan undang-undang jika projek diteruskan. Oleh itu Malaysia kena bertanya pada diri sendiri, Kenapa sebelum projek itu hendak dimulakan tidak diteliti dalam segala aspek termasuk undang-undang.
Kesimpulan dari apa yang berlaku sekarang jelas menunjukan bahawa Kerajaan hari ini menyambung tempoh kerajaan macam orang sakit pergi hospital pakai sokongan hayat.. Dengan sokongan hayat dari isu ke isu yang dibuat sendiri oleh kepemimpinan kerajaan, maka jika berlaku sesuatu projek tak jalan atau tak terlaksana, kelak kesalahan akan dibalikkan kepada rakyat. Kerana rakyat terlalu banyak berpolitik.
Bukankah mudah dan tidak menjadi kontroversi dan seterusnya maruah negara terjaga dengan baiknya jika Perdana Menteri hanya sekadar memaklumkan bahawa "Perundingan dengan Singapura dalam isu pembinaan semula tambak Johor gagal dan menemui jalan buntu. Bersesuaian dengan itu maka Kerajaaan Malaysia membuat keputusan untuk membatalkan projek tersebut daripada cuba menunjukkan kelemahan sebagai Ketua Kerajaaan dengan menggunakan sentimen rakyat yang menentang pemberian ruang udara dan pasir ke Singapura sebagai alasan.
Sebenarnya rakyat Malaysia tidak pernah menentang Projek itu sebaliknya memberikan sokongan supaya diteruskan. Yang di tentang ialah syarat Singapura itu. Ini dua perkara yang berbeza. Maka kembalilah kita ke zaman Singapura Di Langgar Todak, kalau dahulu kita julang Hang Nadim kerana bijak memberi cadangan dari berkubu manusia lebih baik berkubu batang pisang, tapi zaman abad 21 ini, Singapura tidak lagi dilanggar todak tapi 'Todak-todak Singapura telah melanggar Malaysia.
Malangnya Hang Nadim tak beri apa-apa panduan bila sentimen rakyat digunakan untuk menghalang todak-todak melanggar Malaysia dengan cara lain sebaliknya agar semua orang tahu bahawa Hang Nadim modern ini sebenarnya berkerja sama dengan Singapura bagi menunjukan kepada Singapura ke mana todak-todak hendak di hala sasarannya..
Sang Kelembai: Ada orang tanya. Kalau Pak Lah macam pakai telefon prepaid, jika airtime dia ada RM50, agak-agak berapa baki airtime dia tinggal?

No comments:
Post a Comment