Tuesday, May 02, 2006

Sang Kelembai 01052006


Maka pandangan Datuk Mukhriz anak lelaki Tun Dr Mahathir Mohamad yang duduk dalam Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia (dalam peraturan Pemuda UMNO tidak ada tertulis jawatan EXCO) supaya kerajaan membuka rundingan semula dengan Singapura dihentam terus oleh rakan sejawatnya dengan berlandaskan tradisi, bahawa kita dalam UMNO tanggungjawab menerangkan kepada rakyat mengenai rasional sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan".

Persoalannya ialah apakah pandangan itu bertentangan dengan keputusan Pemuda UMNO yang memberikan sokongan kepada keputusan kerajaan membatalkan pembinaan Jambatan Tambak Johor. Jawapannya, tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya Mukhriz sekadar memberi pandangan supaya rundingan tersebut dibuka semula, tetapi pandangannya menjadi satu kesalahan hanya kerana bapanya Dr Mahathir Mohamed telah bersuara awal dalam isu itu. Tetapi jika yang bersuara itu adalah Khairy Jamalludin, anak menantu Perdana Menteri yang super berkuasa, sudah pasti kenyataan dari Pemuda UMNO akan lain jadinya..

Itulah dia watak-watak Pemuda UMNO zaman Islam yang ada had dan ada harinya. Adakalanya persoalan timbul diminda kita, antara isu Jambatan dengan isu pihak Mahkamah yang bersetuju supaya pihak berkuasa kerajaan tempatan (PBT) diberi kuasa mengambil tindakan ke atas pasangan berkelakuan tidak bermoral di Taman2 Bunga, mana yang penting?

Isu Jambatan kerajaan sudah buat keputusan dan Ketua Pemuda berada dalam jemaah Menteri. Jika tidak bersetuju dengan keputusan itu adakah Ketua Pemuda berani menyuarakannya ? Jawabnya tidak, jadi alternatif yang tinggal hanya untuk menyokong penuh keputusan tersebut. Apa pula halnya dengan satu lagi isu nasional yang tidak kurang pentingnya tadi, ia itu banyak melibatkan budak-budak Melayu Islam dan kadang kala terdapat pula gadis-gadis yang bertudung dengan kelakuan yang amat memalukan Melayu?
Kenapa pula Pemuda UMNO tidak hadir untuk mengeluarkan kenyataan memberikan sokongan terhadap perkara ini? Akhirnya Pemuda UMNO di zaman gemilangnya menjadi harimau berantai kepada UMNO dan orang Melayu kini sudah menjadi seperti harimau yang ditonton dalam sirkus dan akan memakan tuan jika kurang daging diberi.

Itulah sebabnya bila Tun Abd Ghafar Baba meninggal dunia, semua orang bertanya kenapa orang-orang Melayu khususnya orang-orang UMNO dan mereka yang dapat nikmat dari beliau waktu berkuasa dulu tidak menziarahi jenazah beliau sama ada , di rumah atau menghadiri upacara perkebumian beliau kecuali sahabat-sahabat dan saudara mara sahaja. Bila ditanya kepada mereka, mereka mengatakan terlalu jijik dan geli melihat perangai pemimpin UMNO yang bercakap dalam media TV dan akhbar soal Ghafar Baba kerana sebilangan besar mereka inilah yang menyingkirkan beliau tanpa sebab di tahun 1993 dengan mengikut kehendak DS Anwar Ibrahim, setelah disuapkan dengan rasuah wang, saham dan sebagainya.

Malah tercatat hari ini bahawa DS Abdullah Ahmad Badawi adalah Perdana Menteri yang tidak mahu menerima kunjungan Ghafar Baba bagi menyampaikan pandangannya setelah mendapat sokongan kelompok veteran UMNO.
Abdullah Ahmad Badawi mesti memberitahu anaknya, menantunya, adik beradiknya, jika tidak kerana Abd Ghafar Bin Baba memberikan pandangan kepada Dr Mahathir Mohamed supaya memanggil Abdullah Ahmad Badawi yang menang Majlis Tertinggi UMNO 1987 di Malam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO 1988 bagi menubuhkan UMNO Baru setelah UMNO diharamkan, kemungkinan hari ini Abdullah Ahmad Badawi tidak ke mana? Siapa yang menyejukkan Dr Mahathir Mohamad yang begitu marah kepadanya setelah mengetahui bahawa antara nama yang terlibat membawa UMNO ke Mahkamah adalah Abdullah Ahmad Badawi.

Itu sebab Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa beliau tidak merasa kesal atau silap di atas tindakan menuduh Anwar Ibrahim sehingga Anwar Ibrahim terpenjara dan hilang segalanya tetapi beliau kesal dan membuat kesilapan bila melantik Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri. Sekembalinya Dr Mahathir dari luar negeri pada 1hb Mei 2006, beliau dengan kesedaran mengatakan bahawa "tidak guna menjadi Pemimpin jika hanya tahu mengikut nasihat orang" dan kepada siapa yang dituju, tidak pula dinyatakan tetapi semua orang boleh agak dan meneka.

Hari ini semua orang tahu bahawa K. Kalimullah Hassan yang fail keselamatannya dikatakan lenyap di Kementerian Dalam Negeri adalah orang banyak menasihatkan Abdullah Ahmad Badawi. Sehingga hari ini ada orang yang mengatakan bahawa sudah ada seorang jutawan yang dahulu namanya Patrick Lim sudah bertukar nama kepada Patrick Badawi. Patrick Badawi ini dikatakan telah mendapat tanah beratus ekar tanah di Kuala Trengganu. Beliau memperolehi tanah-tanah tersebut dengan cara - "sendiri fikir" sehingga terdapat rakyat nelayan kampung yang terpaksa di halau bagi memberi laluan pembangunan komersial.. itulah hadiah rakyat Trengganu dapat dalam mememberi undi bagi Trengganu Hadhari Trengganu Bistari.

Maka hari ini Abdullah Ahmad Badawi mengubah beberapa dasar yang diperbuat oleh Dr Mahathir Mohamad, sehingga beliau terlupa bahawa beliau bukan melawan Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan Presiden UMNO walau dari segi prinsipnya beliau bersetuju dengan semua dasar yang sepatutnya boleh diteruskan.

Inilah satu kekeliruan Abdullah Ahmad Badawi sehingga membawa ucapan di dalam Parlimen dengan terlalu banyak menggunakan perkataan "saya" yang sepatutnya "kerajaan" dalam menggulung RMK 9. Apabila beliau menggunakan perkataaan "saya" maka kerajaan hari ini bukanlah satu kerajaan Barisan Nasional tetapi kerajaan Abdullah Badawi & kompeni-nya. Sewajarnya beliau tidak bertanya soal keikhlasan "saya" tetapi soal keikhlasan kerajaan dan bila beliau berkali-kali mengunakan perkataan "saya" maka Abdullah Ahmad Badawi sedang mewujudkan satu kerajaan diktator yang dikuasai oleh keluarganya dan ini akan menghancurkan UMNO kerana sedang beliau menyerang Little Nepoleon, beliau mewujudkan "Big Napoleon" yang mana beliau sendiri sebagai Napoleon dan mengamalkan "Bonarpatism". Akhirnya jadilah RMK9 dengan akronim baru Rancangan Memperkayakan Keluarga/Kroni 9 orang.

Sang Kelembai: Kalau Khariry Jamaluddin sebagai Hang Nadim, memanglah kenyataan itu benar kerana Hang Nadim telah membuka pintu Malaysia dan sejarah akan berulang lagi bila petualang Melaka yang berketurunan Keling membuka Kota Melaka untuk kemasukan askar Feringgi. Carilah siapa keturunan keling yang mendamping Abdullah Ahmad Badawi sekarang.?

No comments:

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia