Wednesday, April 26, 2006

Sang Kelembai 26042006

Didalam sejarah politik Malaysia orang yang menggunakan perkataan biarlah saya tidak popular asal saya tidak berdosa adalah Datuk Hussein Onn (kemudian Tun). Ayat ini digunakan khusus dalam isu-isu politik semasa beliau menjadi Perdana Menteri antaranya ialah dalam isu penangkap Datuk Harun Idris dalam kes rasuah dan Isu Mageran di Kelantan selepas Pas dikeluarkan dari Barisan Nasional. Kedua-kedua isu tersebut benar-benar tidak mempopularkan beliau dan beliau mengambil keputusan tidak bertanding jawatan Presiden UMNO bagi membolehkan beliau bersaradari politik dengan secara automatik terhenti sebagai Perdana Menteri dalam tahun 1981.
Sekarang perkataaan itu " biar saya tidak popular" , walau diklasifikasi sebagai peribahasa atau kata - kata bermadah, masih digunakan lagi oleh pemimpin UMNO. Jika bahasa itu hendak digunakan oleh sesiapa pun biarlah orang mesti macam Hussein Onn, sanggup tanggung risiko dan hilang jawatan kerana memegang prinsip.
Apa pun tidak mahu meneruskan projek mega bukan bererti tindakan itu mencari populariti atau tidak. Sepanjang ingatan pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, beliau banyak membuat dan mencadangkan projek Mega....kesemua projek Mega menjadikan beliau tidak popular dikalangan rakyat dan menjadi asas penentangan.
Semasa beliau mencadangkan supaya di buat Jambatan Pulau Pinang dengan kos hampir RM 1 Billion bukan sikit orang yang menentangnya. Sekarang apa dah jadi projek yang menyebabkan beliau tidak jadi popular itu kini menjadi keperluan untuk cadangan pembinaan jambatan kedua pula.
Bila beliau mencadangkan membuat kereta nasional, Tun Mahathir juga menghadapi reaksi yang sama tapi sekarang Malaysia dah ada tiga syarikat kereta nasional. Begitu juga beliau mencadangkan diadakan Lebuh Raya Tol dari Johor Bharu ke Kayu Hitam, itu belum termasuk pembinaan KLCC dan Komplek Sukan Bukit Jalil. Maknanya projek-projek Mega ini kesemuanya telah menyebabkan Dr Mahathir Mohamad tidak popular tetapi bila semua projek mega itu siap, fikiran bertukar daripada tidak popular Dr Mahathir Mohamad kepada beliau disanjung dan dikatakan berfikiran wawasan. Dan kesemua projek Mega itu menjadi warisan pembangunan negara dan memacu kearah kemajuan untuk dinikmati rakyat.
Maka menjadi topik perbincangan dikalangan orang yang berminat dalam isu ini, ialah satu persoalan, adakah dengan tidak berbuat apa-apa sesorang itu memberi erti bahawa dia tidak mahu popular atau dia sengaja tak berbuat apa-apa kerana dia tiada idea atau perancangan strategi ekonomi negara macam Dr Mahathir Mohamad?
Jawapan yang mungkin semua orang bersetuju ialah Malaysia sudah tidak ada keperluan lagi untuk membuat projek-projek mega kecuali projek yang terlepas pandang yang belum dibuat dahulu.. Tetapi ada projek pembangunan yang terpaksa diteruskan dan semasa mula-mula menjadi Ketua Kerajaan..... sudah membuat keputusan tidak akan memberi projek secara runding terus (nego). Namun kini projek runding terus tetap dilaksanakan juga seperti contoh, projek Pasar Borong FAMA di Ipoh, dberikan secara runding terus dan juga pojek MRSM Baling diberi kepada orang mendapat sokongan surat Perdana Menteri.

Jadi kerajaan juga didapati banyak makan duit haram dengan mengeluarkan tender yang akan dibeli oleh Kontraktor tetapi projek itu sudah dipastikan siapa yang akan dapat.Bukankah ini satu pembohongan.
Bila Dr Mahathir Mohamad melaksanakan projek-projek mega beliau, projek - projek tersebut akan menjurus kepada pembabitan beberapa sektor baik dari akitek, perunding pembinaan, kejuteraaan dan lain - lain. Jelas yang terpenting dalam peringkat pembinaan ini ialah, ia akan membantu kontraktor-kontraktor dan dianggarkan tidak kurang 160 bahan binaan akan terlibat dan akhirnya beribu-ribu orang akan mendapat nikmat dengan wujudnya projek-projek mega ini.

Mereka yang menerima nikmat ini akan berbelanja maka nikmat ini sudah pasti menyusup dan tumpah kepada rakyat lain termasuk yang berniaga di pasar malam.
Sekarang, projek mega sudah tidak ada, projek ciput pun tak ada, jadi bagaimana wang hendak berlegar. Bandar-bandar di Lembah Klang bolehlah bertahan kerana sebilangan besar penduduknya bergaji bulan dengan kerajaaan,agensi atau syarikat swasta yang kuat kewanganya. Maka pasar raya dan kedai mamak bolehlah dimeriahkan oleh mereka ini, tetapi bila kerajaan mencadangkan supaya rakyat berjimat kerana kenaikan harga minyak, bayangkanlah apa akan terjadi kepada industri makanan, dan kedai2 yang dibayar tunai ini.
Orang yang tak faham ekonomi pun mengerti, jika tak berbelanja mana datangnya keuntungan, yang berniaga perlu belanja dulu untuk beli barang seperti bahan mentah untuk perniagaan, supaya mendapat modal untuk meneruskan perniagaan dan keuntungan.

Jadi jika kerajaan macam orang berniaga, tak beli bahan mentah, macam mana dia nak buat barang jualan, yang boleh dijual supaya dia untung. Jika kerajaan tidak berbelanja, syarikat-syarikat tutup, orang diberhentikan kerja, macam mana kerajaan nak dapat macam-macam cukai. Jadi kita tak faham cara apa ekonomi tidak popular diuruskan oleh orang yang tidak mahu popular ini.
Sang Kelembai: Memang tidak mahu popular kerana tak mahu jadi macam nasib gerabak (wagon) keretapi barang, barang dibawa nilai berjuta-juta tapi setahun sekali gerabak tak pernah di cat semenjak beli sampai jadi besi berkarat tetap jadi hamba kepala keretapi.

No comments:

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia