Parlimen Malaysia selepas menyambut ulang tahun ke 50 (1955-2005) telah mencipta berbagai sejarah. Banyak perkara-perkara yang berlaku di luar Parlimen telah dibawa masuk ke dalam Dewan Persidangan. Bermula dengan soal pakaian Ahli Parlimen, yang mana soal berpakaian ini sudah berbangkit sejak tahun 1959 lagi, bila ahli-ahli Dewan Rakyat dari Barisan Sosialis telah memasuki Dewan Persidangan tanpa memakai pakaian yang sewajarnya. Walau pun tidak ada peraturan mengenai cara berpakaian pada waktu itu , Syed Jaafar Albar menentang pakaian yang dianggap tidak memuliakan Dewan, akhirnya Dewan terpaksa ditangguhkan sehingga ahli-ahli berhormat dari Sosialis Front menukar pakaian untuk memulakan persidangan. Itu hebat orang-orang dulu-dulu, bukan macam hari ini, yang mana ada ahli-ahli berhormat dari Barisan Nasional membuatkan Dewan yang mulia itu sebagai tempat "trial and error" sahaja.
Sejarah yang terbesar di Parlimen semenjak mengenali demokrasi berparlimen ialah Parti Kerajaan yang memerintah telah menjawab kritikan bekas Perdana Menteri, yang pada awalnya dijulang sebagai negarawan tetapi hari ini para Menteri Kabinet memandang beliau seperti "hantuwan". Sebagai orang yang pernah membuat dasar itu, beliau berhak untuk memberikan pandangan pada dasar-dasar yang diperbuat dan tinggalkan bagi dilaksana oleh penggantinya, kecuali perkara-perkara baru oleh kepimpinan baru.
Inilah yang ditakrifkan sebagai kesinambungan kepimpinan kecuali di zaman Tun Razak. Ini adalah kerana Tun Abdul Razak tidak bersara dari jawatan Perdana Menteri sebaliknya meninggal dunia dalam jawatan itu. Maka bila Dato Hussein Onn mengambil alih, tidaklah dapat Tun Razak untuk memberikan pandangan terhadap isu-isu yang dibuat oleh Hussein Onn. Mungkin Allahyarham Tun Razak tidak setuju dengan penangkapan Tiga Abdul yang dikatakan komunis yang telah menyusup masuk dalam kerajaan atau dia tidak setuju dengan tindakan mengeluarkan Pas dari Barisan Nasional dan tindakan mengenakan MAGERAN di Kelantan.
Nasib Tun Hussein juga agak baik kerana tidak berhadapan dengan sebarang dilema sewaktu beliau memegang jawatan. Malah beliau terselamat bila Tunku Abd Rahman Putra turut berpihak dengan keputusan yang diambil beliau untuk menangkap Datuk Harun kerana mungkin Tunku tidak menentang arus atas kesamaan latar belakang undang-undang dengan Hussein Onn.
Bagaimana Tunku setelah bersara pada tahun 1970, untuk satu tempoh yang tertentu beliau mengambil tindakan untuk tidak mencampuri hal kerajaan dan parti se hingga beliau balik ke tanah air selepas menghabiskan tugas sebagai Setiausaha Agong OIC.
Beliau selepas itu ada juga mengkritik dasar-dasar Tun Razak Hussein khasnya dasar luar berhubung dengan kehendak Tun Razak supaya diadakan hubungan diplomatik Beijing (dahulu Peking) - Kuala Lumpur. Tetapi walaupun begitu Tun Razak tidak pula menjawab secara terbuka, jauh sekali menjawab di Parlimen teguran-teguran Tunku , sebaliknya menghantar Tengku Razaleigh Hamzah atau King Ghaz (Mohd Ghazali Shafie) yang dikira rapat dengan Tunku untuk menerangkan satu-satu dasar yang tidak difahami Tunku. Maka tidak banyaklah orang mengetahui hubungan renggang antara Tunku dan Tun Razak.
Bila budak suruhan Abdullah Ahmad Badawi itu menjawab persoalan isu-isu awam yang hangat dibincangkan, mereka tidak perlu disalahkan kerana yang menyuruh itu adalah Abdullah Ahmad Badawi sendiri, seorang yang diketahui tidak pernah konsisten dalam apa jua dan hanya bertopengkan nama bapak dan dia anak sorang ulama. Hakikatnya, Pak Lah berada dalam politik adalah kerana beliau dicadangkan Dato Sophiee Ibrahim untuk menggantikan tempatnya di Kepala Batas, kalau tidak, hari ini Abdullah Ahmad Badawi hanya manusia pencen kementerian. Malah dalam rekod politiknya tercalit kekalahan sewaktu bertanding EXCO Pemuda UMNO. Namanya dalam politik kebangsaan mendadak naik bukan kerana kehebatannya, orang-orang UMNO memang tahu perangai aruah isterinya melayan rakyat samada di rumah atau di kawasannya. Kalau senang-senang bacalah buku Allahyarham Zakri Abadi banyak menceritakan hal itu.
Dia (Abdullah Ahmad Badawi) jadi hebat bila Anwar Ibrahim masuk UMNO dan bila ada berapa orang UMNO yang tidak merasa selesa dengan kemasukan Anwar Ibrahim. Ini ditambah dengan kejayaan Anwar Ibrahim memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO dalam masa yang singkat yang membawa dia bertaraf Naib Presiden UMNO.
Akhirnya kelompok yang marah mengambil langkah untuk mengimbangi kuasa Anwar Ibrahim dengan meminjam (bukan menyokong) Abdullah Ahmad Badawi. Itu sebab rata-rata penyokong Abdullah Ahmad Badawi cuma mereka yang tidak suka dan tak menyokong Anwar Ibrahim. Inilah sebenarnya kekurangan Pak Lah. Itu sebab sekarang beliau melalui menantunya berusaha untuk meminang Anwar Ibrahim. Jika Anwar Ibrahim masuk UMNO..... maka beliau akan jadi bapa perpaduan Melayu. Dan sekiranya Anwar Ibrahim menolaknya bukan bererti Anwar Ibrahim tidak mahu menerima, tetapi Anwar Ibrahim sedang mengkaji untung ruginya kalau berada semula dalam UMNO seperti yang dibuatnya meninggalkan ABIM 25tahun dulu.
Hari ini beliau harus bertanggung jawab bila Nazri Aziz menjawab di Parlimen secara "kurang ajar" terhadap Dr Mahathir kerana yang kurang mengajar beliau adalah Abdullah Ahmad Badawi sendiri sebagai bossnya. Sewajarnya ada budi bahasa bagi membalas teguran Dr Mahathir itu. Contoh yang paling retorik adalah dengan mengatakan, "bahawa kesemua apa yang diperkatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu pembinaan Jambatan Tambak Johor tidak dinafikan tetapi selepas Nov 2003, setelah beliau meletakan jawatan, didapati ada beberapa penemuan baru dalam isu pembinaan tersebut. Kerajaan setelah mengambil kira semuanya bersetuju untuk membuat keputusan supaya kerajaan tidak meneruskan projek tersebut. Malangnya Abdullah Ahmad Badawi mengambil pendekatan berbeza dengan mengatakan bahawa semua "point" yang dinyatakan oleh Dr Mahathir tidak betul.
Itu sebab bila Dr Mahathir Mohamad mengumumkan secara terbuka dalam perhimpunan agong UMNO tahun 2002, Abdullah Ahmad Badawi lah yang jadi hulubalang meminta supaya Dr Mahathir Mohamad jangan meletakkan jawatan masa itu. Sebenarnya itu sikap berpura-pura atau hipokrasi Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau sebaliknya bergembira untuk menjadi Perdana Menteri, kerana bila Tunku hendak meletakan jawatan, Tun Razak tidak pula memujuk Tunku, begitu juga Hussein Onn, tidak dipujuk oleh Dr Mahathir kerana dua tokoh tersebut sudah bersedia menjalankan tugas sebagai Pemimpin Penerus. Pasti ada orang mengatakan itulah nasib yang terima oleh Dr Mahathir Mohamad kerana beliau pernah melakukan perkara yang sama dengan Tunku dan Hussein Onn. Tetapi kedua mereka di tegur oleh Dr Mahathir Mohamad hanya berkenaan urusan parti UMNO dan di zaman Tunku, Dr Mahathir hanya penyokong parti tanpa jawatan dan begitu Hussein Onn berbeza pendapat dalam perkara UMNO selepas UMNO diharamkan.
Jika Abdullah Ahmad Badawi tidak meminta maaf secara terbuka atas kebiadapan Nazri Aziz dan juga anggota kabinetnya terhadap apa yang di jawab oleh mereka di Parlimen, maka ini menggambarkan Abdullah Ahmad Badawi dan 21 kabinet lama ,seorang yang hanya mencari makan dalam Jemaah Menteri.Sekian lama mereka berkerja dengan seorang Perdana Menteri yang "out of date" atau "point yang semuanya salah" atau pendek kata Dr Mahathir Mohamad di zamannya menjadi Perdana Menteri yang bodoh, mengapa Menteri-Menteri yang bijak pandai seperti Abdullah Ahmad Badawi tidak mengambil tindakan menentang keputusan Dr Mahathir Mohamad tersebut.
Jawapannya mudah.. kerana mereka semua gunakan jawatan Menteri macam jadi kerani swasta. apa kata boss... semuanya betul kalau tidak kena buang kerja. Dan jika kena buang kerja.. siapa nak bayar sewa rumah, makan dan sebagainya. Kalau tidak jadi Menteri.. hilanglah macam-macam keistemewaan terutama menjadi jutawanpetai dan pucuk paku. Inilah UMNO dan nasib Melayu Islam dibawah kepimpinan sekarang ini.
Sang Kelembai: Shahrir Samad menyokong ADR Jasin dibawa ke Jawatankuasa Keistemewaan Dewan.. tapi kes anak Nazri Aziz terlibat kes pembunuhan di Harta Mas, Effendi Narwawi yang menghina Mahkamah, Laporan Polis ADR Kuala Krai rogol amah.. tak pula dia nak bawa. Maknanya itu "tindakan terpilihlah" macam bossnya Abdullah Ahmad Badawi.
No comments:
Post a Comment