Esok UMNO dahulunya PEKEMBAR(Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) akan berusia 60 tahun, yang dilahirkan di Istana Besar Johor, berbidankan Sultan Johor pada 11hb Mei 1946. Kenapa Johor dipilih dan kenapa tidak di Kuala Lumpur, tempat di mana idea gagasan penubuhan satu Parti Politik Melayu dicadangkan? Jawapannya mudah, itulah kebijaksanaan Datuk Onn Jaafar bagi membersihkan nama Sultan Johor yang telah membangkitkan semangat Sultan-sultan dan Raja-raja Melayu menandatangan perjanjianMalayan Union. Jika Sultan Johor pada mulanya tidak bersetuju menandatangan perjanjian itu kesemua raja-raja akan tidak tandatangan perjanjian tersebut.
Maknanya bukan kerana tekanan British keatas raja-raja Melayu untuk memaksa mereka bersetuju dengan Malayan Union tetapi kerana Penghulu Raja-Raja ketika itu Sultan Johor sendiri sudah menandatanganinya. Raja-raja yang miskin kenalah ikut, kerana British sewaktu itu berkuasa melantik Raja seperti yang berlaku di Selangor, Perak, Kelantan, Perlis dan Trengganu, maka yang lain mengikut sahaja kerana jika tidak kena sepaklah Raja-Raja dari takhtanya oleh British. Di tambah pula Raja-raja melihat bagaimana gagahnya dan kayanya Sultan Johor yang berbaik dengan British dan dapat pula berkahwin dengan perempuan orang putih.
Hari jadi UMNO kini akan diraikan dengan megah di tempat kelahirannya. Bernasib baiklah kita UMNO dilahirkan di Hospital mewah, tetapi yang lahir di perantara buluh bagaimana pula? Oleh itu jika UMNO meraikan ulang tahunnya tidak perlu pergi ke tempat dia dilahirkan kerana di situ akan mengundang banyak pertemuan baru. Kemungkinan generasi hari ini akan berkata, bahawa UMNO ini ditubuhkan hanya semata-mata untuk pertahankan sistem feudal, atau untuk orang-orang elit Melayu. Namun sayang apa yang dilihat hari ini ialah , UMNO 1946 mempunyai masalah yang berbeza dengan UMNO di tahun 2006.
Sewajarnya UMNO bersyukur atau muhasabah diri pada ulang tahun yang ke 60 ini. Apa yang telah dilakukan oleh orang yang menggerakkan UMNO yang tidak bernyawa tetapi berjiwa itu? Jika setakat nak dengar ucapan dan kemudian yang datang hanya sekadar di tangga bukan dalam Istana, lebih baik buat di Stadium Merdeka, kerana itu kemuncak UMNO dalam perjuanganya. Sebenarnya setakat nak dengar ucapan tanpa penglibatan ahli-ahli UMNO, ini bukan zamannya. Masa sudah berubah, ahli-ahli UMNO kecuali yang tua-tua sudah kehilangan apa yang dinamakan "Falsafah Perjuangan UMNO". Banyak parti yang berusia lebih 60 tahun dalam seangkatan dengan era zaman UMNO sudah dikuburkan sendiri oleh pengikutnya seperti Parti Kongres di India.
Sekarang UMNO dalam keadaan nampak sihat tapi berpenyakit. Bila Presiden partinya sudah tidak menghiraukan lagi orang sebelumnya dan sudah tidak mengendahkan perintah, maka ini adalah petunjuk bahawa UMNO sedang dalam perjalanan pergi atau di hantar ke kubur dan menunggu masa untuk ditalqinkan. Presiden UMNO dalam taklimat dengan beberapa kerat pemimpin UMNO di PWTC 9hb Mei 2006 sudah bertindak seperti "gendang sudah dipalu" dan "gelanggang sudah di buka" untuk berperang dengan bekas Ketuanya ,Dr Mahathir Mohamed dalam isu pembatalan Jambatan Tambak Johor. Presiden UMNO hari ini mencari jalan untuk menghalalkan tindakannya dengan mengatakan bahawa Menteri kabinetnya semuanya setuju dan sudah pasti mereka tidak bodoh.
Isunya bukan soal bodoh atau cerdik, isunya ialah kenapa dalam tempoh 47 hari berubah dari keputusan awal kabinet untuk bersetuju' kalau tak boleh buat yang lurus (persetujuan di zaman Dr Mahathir Mohamad) kerajaan akan membuat Jambatan Bengkok (Itu persetujuan Kabinet Islam ada Had dan ada Hari) yang kemudiannya memberi nama Jambatan tersebut sebagai jambatan Indah tetai akhirnya membatalkan terus pembinaan tersebut.
Ini yang perlu penjelasan? Memberikan jawapan seperti Menteri kabinetnya tidak bodoh.. adalah seperti jawapan peneroka Felda di kedai kopi, dan ada masanya peneroka Felda ini nampak lebih cerdik dari Menteri kabinet yang ada. Jika mahu dikatakan Menteri kabinetnya kelulusan peguam.. semua orang tahu. Syed Hamid, Nazri Aziz, Azlina Othman, Khaled Nordin, Hishamuddin dll termasuk Radhi Sheikh Ahmad kelulusan undang-undang tetapi mereka tidak sama dengan kabinet Tun Razak dan Tun Hussein, kabinetnya bukan sahaja banyak berkelulusan undang-undang seperti Ahmad Rithaudeen, Mohamad Yaakub, Hamzah Abu Samah, Abd Kadir Yusof dll tetapi mereka semua pernah berkerja di Jabatan Undang-undang, ada bekas Majistret, Pendaftar malah Peguam Negara.
Berbeza dengan "loyar-loyar" dalam kabinet hari ini, macam kata-kata peneroka Felda semua mereka sebenarnya adalah loyar mati stem atau "loyar" pecah geran tanah, kecuali Radhi Sheikh Ahmad yang pernah jadi DPP dan Majistret yang lain semuanya macam budak-budak sekarang hanya ambil kelulusan undang-undang sahaja tapi buat keje lain dan ada antaranya terpaksa jadi GRO kerana tak ada kerja dalam kerajaan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Jadi tidaklah hebat mana "argumentasi" yang dibuat oleh Perdana Menteri kononnya tidak timbul persoalan bahalul, pengecut atau bacul tetapi hakikatnya Menteri kabinet yang ada ini semacam dailog P Ramlee dalam fillem Labu dan Labi .. "ikut kamulah labu!!!!" kerana dengan taklimat itu jelaslah bahawa UMNO bukan parti pemerintah yang menguasai kerajaan tetapi sebenarnya hanya seorang sahaja yang memerintah yakni Abdullah Ahmad Badawi.. jadi kalau kita nak tengok bahalul, bodoh atau tidak pengecut ahli kabinet UMNO itu, cuba Presiden UMNO mengarahkan supaya Khairy Jamalludin dicalonkan bagi jawatan Naib Presiden UMNO.. ada tak Menteri yang juga Ketua UMNO Bahagian berani untuk tidak mencalonkannya.
Kata muktamad kini sudah diputuskan. Semua usul pembangkang tidak boleh disokong. Ini dijadikan doktrin kepada rakyat BN untuk menolak segala usul yang dibawa oleh pembangkang tetapi dalam parlimen ada sejarah yang mana kes usul pembangkang disokong kerajaan dan antara yang terbaru ialah pada tahun lepas mengenai usul Selantan Thailand yang dibawa oleh Salehuddin Ayub. Bagaimana kalau Pas atau DAP bawa usul nak iktiraf Malaysia negara Islam dan kalau berdasarkan kata mulut ini mestilah ditolak kerana usul pembangkang.... tetapi nanti akan ada alasan lain oleh Perdana Menteri untuk menghalal sokongan itu.
Sang Kelembai: Pinjam kata Sanusi Junid "kenapa sekarang kita berlumba-luba hendak berbaik dengan musuh dan dalam masa yang sama kita berlumba - lumba bermusuh dengan kawan/sahabat kita" dan inilah yang dilakukan oleh keluarga Empayar Badawi sekarang sebagai Misi UMNO dalam alaf baru.
No comments:
Post a Comment