Setelah 30 tahun satu operasi yang dipanggil "Operasi Seri Aman" di Sarawak telah berjaya membawa masuk dua parti politik SUPP dan SNAP (yang dianggap pro "Komunis") ke dalam Barisan Nasional tetapi hari ini kita menyaksikan SNAP keluar dari Barisan Nasional dan SUPP menghadapi kekalahan di lapan (8) kerusinya. Kekalahan 8 kerusi ini, bagi mereka yang hendak meringkaskan jawapan adalah kerana masyarkat Cina tidak tahu "berterima kasih" dengan kerajaan.
Jika dahulu selepas wujudnya Malaysia, terdapat dikalangan masyarakat Cina di Sarawak berperanan membantu apa yang dipanggil "Tentera Nasional Kalimantan Utara" TNKU yang Pro Komunis sudah pasti mereka hari ini rata- rata berusia 70 tahun ke atas atau sudah mati. Tetapi mengapakah orang-orang Cina tidak lagi memberikan sokongan kepada calon-calon SUPP-BN seperti yang pernah mereka lakukan semasa pilihanraya sebelumnya. Sokongan mereka sebelum inilah yang menjadi penyebab BN berkuasa semula pada pilihanraya 1987.
Ada yang berpendapat kemenangan DAP dalam pilihanraya itu menunjukan sikap orang Cina di Sarawak yang tidak mahu menilai apa yang Kerajaaan BN Sarawak telah lakukan untuk kepentingan komuniti China - bukan sahaja di Sarawak tetapi Malaysia amnya.
Jika penjelasan diminta dari minda dunia kelas pertama dikalangan orang politik kecuali minda dunia ketiga seperti yang terdapat dengan poly-tikus UMNO keputusan itu dianggap sebagai keputusan yang mengambilkira sentimen "perkauman".
Sebenarnya para pengikut "Islam ada had ada hari" mereka mesti menerima hakikat bahawa kebudayaan Cina lebih awal berada di planet bumi ini sehingga Nabi Muhamad S.A.W sendiri minta umat Islam berlajar dan menuntut di Negeri China. Begitulah hebatnya bangsa Cina dengan berbagai etnik dan keturunanan. Dan semenjak budaya "Dinasti" dihapuskan dalam kebudayaan China, masyarakat China yang berada dalam kurun ke 21 ini sudah berbeza.
Bila Setiausaha Agong BN malah Pengerusi BN sendiri yang juga Perdana Menteri meminta dibuat post mortem atas kekalahan tersebut, sebenarnya ini tidak perlu dilakukan kerana indikasi punca kekalahan ini berada di luar badan dan dapat dilihat dengan jelas tanpa perlu membedah jantung, hati atau kalau perlu tali perut. Bagi pengundi China persoalan yang kita mesti tanya adakah mereka itu dikalangan yang sosio ekonomi amat buruk sekali, tidak punya tanah, tidak punya rumah dan kerajaaan Sarawak telah mendiskriminasikan mereka. Jawapannya - semua itu tidak berlaku sebaliknya merekalah yang punya ladang yang besar - besar2, merekalah yang mempunyai villa yang besar dan merekalah yang memenuhkan ruang kerusi kapal terbang kalau ke Singapura dan Hong Kong. Jadi mengapa kini cenderung kepada menyokong DAP?
Jika diambil prinsip atau ideolagi politik mereka, mereka lebih cenderung kepada sistem demokrasi sosialisme. Sistem ini dalam pengertian yang mudah diibaratkan sebagai rakyat yang memiliki dua atau tiga lembu tetapi lembu-lembu tersebut akan menjadi milik kerajaan, walau rakyat yang menjaganya. Rakyat hanya berhak bila kerajaan memberikan susu setelah kerajaaan mengambil sebahagian hasil tersebut untuk agihkan kepada rakyat yang tak ada lembu. Sedangkan dalam Barisan Nasional yang mengamalkan prinsip atau ideologi politiknya "Kapitalis" atau ekonomi terbuka yang mana jika diandaikan rakyat atau sesiapa sahaja yang punya dua atau tiga lembu, kerajaan tidak menghalang untuk lembu-lembu itu dijadikan sepuluh, seratus atau seribu ekor hingga tanpa had untuk seorang rakyat memiliki lembu dan kemudiannya dijualkan lembu-lembu itu, beli pula kerbau atau apa sahaja yang lebih tinggi nilainya dari lembu atau kerbau tadi.
Maka dalam melihat kedua - dua senario tersebut - sistem kapitalis Barisan Nasional dan Demokratik Sosialisme DAP, orang-orang Cina di Sarawak kini cenderung memberi undi kepada DAP. Adakah mereka bukan lagi masyarakat kapitalis dan adakah mereka tidak sedar jika DAP berkuasa sepenuhnya maka Sarawak secara nyatanya akan bertukar dari kapitalis ke sistem sosialis. Mahukah orang Cina dimana sahaja di Malaysa mengubah cara hidup dengan sistem ekonomi yang berbeza ini.
Jawapan sudah pasti tidak. Oleh itu kenapa mereka mengundi DAP?
Mereka menyokong DAP, bukan kerana DAP parti perkauman Cina jika dibandingkan dengan SUPP tetapi mereka sudah merasa kehidupan mereka yang tidak mesra kapitalis lagi. Sistem Kapitalis yang diamalkan di Sarawak nampaknya menjurus kepada " *Ekonomi Konco-isme" yang selama ini dikawal oleh keluarga Taib Mahmud dan sewaktunya dengannya. Dalam sistem "konco-isme", rakyat atau para pedagang yang punya dua, tiga ekor lembu mesti berkerjasama dengan pemilik yang punya 10 atau 20 atau 100 ekor lembu kerana kalau tidak pemilik lembu yang beratus ekor itu akan melakukan cengkaman ekonomi yang mana rakyat yang mempunyai satu ekor lembu akan mati tidak makan kerana padang rumput sudah dikawal olehnya macam Taib Mahmud mengawal kesemua projek-projek besar di Sarawak. Maka mana Syarikat yang tidak masuk dalam "Konco-isme ekonomi" akan mati berangan.
Itu sebab pengundi Cina mengundi DAP, kerana jika mereka tidak memberi isyarat itu kemungkinan Taib Mahmud dan keluarganya akan terus menguasai berbagai perniaagaan di Sarawak, dari sebesar macam Bank sampailah keperniagaan katering.. Jika tidak tersenarai dalam kumpulan "konco holding", jangan diharap dapat bisnes. Maka kita mesti mengangkat topi dengan pengundi-pengundi Cina di Sarawak dan berterima kasih kepada isyarat yang diberikan dan diharap isyarat itu macam isyarat tsunami yang akan akan sampai di Kuala Lumpur. Ini kerana di Kuala Lumpur juga "Konco-isme Holding" amat berkuasa dengan diketuai oleh anak menantu, ipar duai dengan berbagai nama dari Scommi, Ecm Libra dll dan perniagaan dari Bank sampailah membekalkan kertas jamban, jika tidak melalui "Konco-isme Holding" yang dinaungi Abdullah Ahmad Badawi" jangan harap dapat apa- apa bisnes dan lebih baik buat bisnes macam Pak Chad yang pernah memilik Arshad Motor jual "pulut panggang" atau pulut udang. Itu pun belum selamat nanti takut "Konco-isme Holding" nampak potensi minta PBT tangkap pula pasal tak ada lesen penjaja.
Maka, orang-orang Melayu jangan lagi dibuai dengan ayat perkauman oleh poly2tikus UMNO terhadap keputusan Pilihanraya Umum Sarawak, terimalah dengan keputusan itu dengan berfikir banyak. UMNO selesa kerana sebilangan ahlinya bukan perdagang asli, banyak tiruan dari asli. Mereka tak dapat mengesan dengan keadaan ekonomi negara yang ada sekarang ini - kais pagi makan pagi ini dan kais petang makan petang, kerana semua projek sudah dijual awal, dah ambil komisyen. Kalau projek tak jalan poly2tikus UMNO kerajaan akan beri peruntukan baru. Itu sebab walau apa pun isu ekonomi dan penyelewengan dalam dasar "Konco-isme Ekonomi" orang Melayu dan Poly2tikus UMNO pasti akan membantu.
Sang Kelembai: Kalau Pak Lah mencari Imam Al- Ghazali... pergilah jumpa dia dan tanya apa akan jadi kepada satu bangsa bila pemimpin menjadikan rakyatnya macam kambing, seperti mana Pak Lah buat orang-orang Melayu sekarang ini - macam kambing
* konco - membawa erti kawan, teman, sahabat - melakukan bersama ( dalam bahasa pasar "kuncu")

1 comment:
Bagi balik Tun Dr Mahathir jadi PM lagi bagus
Post a Comment