Seorang penulis bekas diplomatnya, yang khabarnya menetap di syurga yang hilang (Los Angeles) menulis di sebuah akbar milik ULC (Umno Link Company) mengenai Napoleon Kecil dan akhirnya membuat pertanyaan siapakah dia Napoleon besar. Ciri - ciri Nepoleon itu, membawa erti perkataan popular sekarang ini yang dipanggil Nepotism, menjurus kepada siapa yang menyempurnakan dan melakukan ketidakadilan, penindasan kerana mementingkan keluarga. Buat masa sekarang tumpuan diberi kepada sesiapa yang terlalu banyak mengamalkan Nepotism, siapa lagi kalau tidak pemegang saham utama amanah ULC sendiri yang bernama Abdullah Ahmad Badawi.
Nepotisim di zamannya adalah yang paling jijik dalam sejarah UMNO 60 tahun. Sehingga yang terbaru ialah pengendalian Hotel Pan Pacifik di PWTC yang akan berpindah tangan ke syarikat adik iparnya, jauh bezanya dengan Hotel Pan Pacific di Johor Bharu yang telah diambil sendiri oleh Perbadanan Johor. Pertanda untuk syarikat adiknya bagi mengambil alih pengurusan Pusat Perdagangan Dunia Putra sudah nampak kelihatan dan hanya yang menunggu masa. Dengan beberapa kes yang berlaku dalam perniagaan dan kenaikan pangkat termasuk perlantikan Menteri-menteri maka kita..sudah geharu tidak perlu cendana pula.. kerana Malaysia sekarang sudah dibawah pemerinthan seorang Nepoleon Besar.
Bila Nepoleon Besar ke Perak beliau tidur di Pangkor Laut dan sudah pasti towkey hotel bernama Francis Yeoh akan berada sama macam bila Nepoleon Besar tinggal di Hotel Zone Johor Bharu, Towkey Hotel yang dikenali Datuk K (yang tengah bercinta hebat dengan Siti Nurhaliza) sudah jadi macam budak loceng (bell boy) tukang buka pintu dan tutup kereta Nepoleon Besar. Dalam kedua - dua hotel yang diduduki tersebut , tidakkah Nepoleon Besar bertanya dengan towkey-towkey itu macam mana dengan kakitangan di Hotel itu, beberapa budak-budak Melayu jadi pegawai dan jika ada bisnes berapa orang Melayu dapat perniagaan dalam hotel itu.
Tapi tak mungkin ditanya kerana Nepoleon Besar tengah glamor dengan jawatan Perdana Menteri. Pangkor Laut kepunyaan YTL Holding itu sudah pasti menempatkan budak-budak Melayu hanya sekadar pekerja am sahaja kerana kalau nak dibandingkan dengan Hotel Vistana di Kuala Lumpur, tidak seorang pun Melayu yang berada dalam staf pengurusannya, itu baharu hotel kecil belum lagi Hotel yang besar-besar seperti Marriot. Apa YTL buat terhadap orang-orang Melayu sudah tentu Nepoleon Besar tidak langsung perasaan. Maka ramai Melayu menjadi perkakas YTL. Begitu juga Hotel Zone yang konon milik Datuk K. Orang Melayu hanya diberikan tugas jaga pintu dan cuci pinggan. Mana pengurusan Melayu? Tak guna mengaku kaya, kalau menjadi alat orang orang lain, itu sebab sudah 60 tahun kita hanya dapat melahirkan seorang sahaja usahawan asli .
EPF memberi kontrak penyudahan Taman Perumahan di Sungai Besi, kepada YTL yang pada plan asal terdapat rumah yang mampu di beli oleh orang- orang Melayu. Tanah tersebut sebenarnya milik kerajaan melalui syarikat MBSB yang Nepoleon Besar jadi Menterinya. Apa sudah jadi? Rumah-rumah yang dibina berharga berjuta ringgit yang sudah pasti Melayu tak akan dapat memilikinya. Maka terpinggir Melayu disitu dan para setinggan yang sudah bertahun tinggal disitu, dipindahkan mereka ke rumah sarang merpati. Siapa yang bagi tanah itu kepada YTL, kalau tidak Nepoelon Besar.
Begitu Nepoleon Besar tanpa rasa bersalah meminta Menteri Wilayah Persekutuan memberikan tanah milik DBKL kepada orang Cina. Pelik tetapi benar, itulah yang berlaku sekarang sewaktu apabila Sharizat Abd Jalil yang memangku Jawatan Menteri Wilayah Persekutuan. Tanpa ada apa-apa perasaan, meluluskan tanah yang asalnya dibeli oleh DBKL secara pengambilan semula untuk pembinaaan yang khabarnya hendak diberi percuma kepada 100 syarikat yang bukan bumiputra. Kalau Annuar Musa kata itu fitnah, boleh Annuar Musa ambil tindakan, kerana dalam mesyuarat MT ada bercakapmengenai nak ambil tindakan kepada yang membuat fitnah.
Perhatikan beberapa tanah-tanah pada asalnya milik kerajaan dan DBKL hilang begitu sahaja, macam kes Mid Valley, asal tanah kerajaan dan DBKL, dibuat joint-venture pembangunannya dan kesudahannya orang-orang Melayu dipindah ke rumah sarang merpati dan di Mid Valley dibangunkan dengan megah. Malangnya adakah orang Melayu dapat memiliki ruang kedai. Sendiri pergi ke Midvalley dan sendiri tengok.Turut terselongkar kabarnya tidak berapa lagi akan dibangunkan tanah yang asalnya Sekolah Bukit Bintang dan Kolam Renang DBKL di Jalan Raja Chulan dengan nama Pavilion Kuala Lumpur.. dan sama-sama kita akan melihat orang Melayu hanya dapat limpahan ekonomi di projek itu samada jadi jaga, pencuci tandas atau tukang sapu.
Sang Kelembai: Macam nak muntah bila Abdullah Ahmad Badawi sebut berpuluh kali "hidup melayu" dan juga Menteri-menteri yang sudah jadi macam attendan pengutip tol kat Lebohraya Plus. Itu sebab Azmi Khalid diam dalam isu-isu JAS di Selangor.
No comments:
Post a Comment