Friday, August 04, 2006

Sang Kelembai 03082006

Malaysia, adalah antara negara yang mempunyai sistem kepolisan yang terbaik. Polis Malaysia yang dikenali dengan nama akronim PDRM sudah membuktikan kebolehannya menangani sebarang ancaman khususnya yang berkaitan dengan keselamatan dalam negeri terutama isu-isu sensitif yang mampu mengugat keharmonian dan keamanan negara ini.

Malangnya hari ini soal keselamatan sudah diambil alih oleh orang - orang politik. Belum lagi PDRM membuat kenyataan mengenai ancaman keselamatan dalam negeri, sudah ada orang politik yang mengugut untuk mengeluarkan arahan bagi menangkap mereka yang kononnya mengancam keselamatan dalam negeri berdasarkan kepada internet dan pesanan ringkas SMS.

Sekiranya ini diteruskan, maka akan robohlah tembok profesionalisma PDRM yang sekian lama wujud dan dihormati dalam negara ini. Ini kerana PDRM sudah digunakan untuk tujuan kepentingan orang politik. Rakyat selama ini tidak pernah mengikuti atau menyokong orang-orang yang menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kerana rakyat tahu dan mengerti bahawa ISA adalah satu-satu senjata ampuh yang boleh mempertahankan dan menjamin keselamatan mereka.

ISA adalah undang-undang yang digubal dengan tujuan meng "aman"kan orang-orang tertentu yang telah dikesan berperanan samada terlibat sama atau memberikan sokongan kepada tindakan yang akan memudharatkan keselamatan dan ketenteraman negara. Orang tersebut tidak semestinya seorang pengikut fahaman komunis, seorang anggota subversif dan ahli pertubuhan bawah tanah. Dia mungkin seorang hanya kerani di Pejabat Pendaftaran Negara dan mungkin juga seorang Timbalan Menteri atau seorang Pengarang Akhbar. Malah tidak terkecuali ialah orang-orang politik, samada ahli parti pemerintah atau pembangkang.

Yang menjadi tanda tanya kepada orang - orang awam ialah, jika sudah diketahui tindakan individu itu boleh memudharatkan keselamatan negara kenapa tidak terus dihadapkan ke Mahkamah untuk pengadilan. Inilah persoalan yang tidak pernah terjawab oleh PDRM. Sebenarnya adalah terlalu sukar untuk membicarakan di Mahkamah satu tuduhan yang mana kerugian itu tidak melibatkan nyawa manusia sebalik ini melibatkan soal - soal relatif negara. Negara bukan satu benda yang bernyawa atau barang yang boleh diletakkan nilai seperti contohnya kereta, rumah, barang kemas atau merupakan wang ringgit. Maka proses perbicaraan di Mahkamah bukanlah suatu yang mudah.

Negara adalah satu pembentukan masyarakat dan masyarakat diatur serta diuruskan oleh kerajaan yang dipilih oleh mereka atau dibentuk oleh orang yang berkuasa. Di Malaysia kerajaannya bernama Kerajaan Seri Paduka Baginda atau His Majestic Government dan ketuanya adalah Yang DiPertuan Agong. Yang DiPertuan Agong akan mewakilkan pemerintahannya kepada Parlimen dengan ahlinya dipilih dalam satu pilihanraya bebas. Jika ada sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat kepada satu individu yang mewakili satu parti atau gabungan tertentu, maka Yang Di Pertuan Agong akan meminta ahli dewan itu membentuk kerajaaan dengan wakil tadi menjadi Perdana Menteri.

Maka sebarang tindakan yang boleh mengancam keselamatan rakyat sehingga menyebabkan kehilangan nyawa atau harta benda adalah menjadi tanggung Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri untuk bertindak mengatasinya. Sebilangan besar tindakan-tindakan individu rakyat ada kalanya terlalu sukar hendak dibuktikan didalam mahkamah bagi tujuan hukuman. Maka terpaksalah digunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Walaubagaimana pun ISA tidak boleh disalah gunakan. Tujuan ISA bukan memenjarakan orang tanpa mendapat keadilan undang-undang. Sebilangan bekas-bekas tahanan ISA telah menulis biografi masing-masing dan kesemua menceritakan soal bagaimana mereka disiasat dan juga mengambarkan kondisi tempat tahanannya. Dari buku-buku itu jelaslah membuktikan bahawa ISA bukanlah satu hukuman yang zalim tetapi hanya bertujuan untuk "pengasingan" kepada rakyat atau individu yang terlibat dalam perkara-perkara yang melibatkan keselamatan dalam negari. Oleh itu ISA adalah satu bentuk "detention" bagi perlaksanaan program membaiki akidah supaya menjadi warga negara yang baik.

Sedikit sebanyak tindakan pengasingan pejuang-pejuang ini telah mengurangkan ketegangan yang boleh mengancam keselamatan negara. Bagaimana pun tidak menjadi satu kesalahan bagi setiap rakyat memberikan pandangan-pandangan terhadap ketua parti pemerintah yang mungkin terhadap orang yang bergelar Perdana Menteri, walau pun pandangan itu dianggap sebagai tulisan fitnah dan tidak betul.

Yang dikatakan salah adalah sekiranya terdapat tindakan yang bertentangan dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Negara ini adalah sebuah demokrasi yang dipilih oleh rakyat. Tindakan individu yang aggresif untuk menafikan demokrasi dengan cubaan mengantikan kerajaan secara tidak demokratik seperti pemberontakan bersenjata yang dilakukan oleh Pengganas Komunis dan juga Kumpulan Al Maunah adalah dikira perbuatan menderhaka kepada Yang DiPertuan Agong dan tindakan undang-undang boleh dikenakan dalam Mahkamah terbuka untuk keadilan.

Ironisnya ketidakpuasan hati rakyat terhadap cara pemerintahan kerajaan yang sedia ada biarpun ditujukan kepada Perdana Menteri, sepatutnya tidak bererti rakyat tersebut sudah menderhaka kepada Yang Di Pertuan Agong. Oleh itu agak tidak cerdik jika puluhan ribu pesanan ringkas atau SMS memperkatakan mengenai Perdana Menteri diklasifikasikan sebagai usaha hendak menggulingkan satu kerajaan yang sah dan tidak setia kepada Yang Di Pertuan Agong.

Sistem Demokrasi selaras dengan prinsip Islam ada Had dan ada Hari telah menyebut Jiwa Yang Merdeka. Maka ini memberi maksud bahawa rakyat boleh menzahirkan apa yang dia fikirkan tidak betul, tetapi jika kerajaan khasnya Perdana Menteri berpendapat itu tidak benar dan fitnah, beliau boleh menggunakan sistem undang-undang untuk mengambil tindakan. Beliau boleh membuat laporan Polis dan jika ada undang-undang yang boleh menjerumus kepada pendakwaan , maka bolehlah diteruskan dengan mengambil tindakan seperti tindakan saman fitnah.

Tetapi adalah aneh bila semua SMS atau blogger dalam internet yang tidak memberikan kata-kata sokongan kepada Perdana Menteri dicap atau dikira sebagai ancaman kepada keselamatan dalam negeri dan Perdana Menteri dengan sewenangnya bercakap supaya menangkap mereka. Persoalannya, mana undang-undang yang digunapakai oleh Perdana Menteri untuk mengeluarkan arahan menangkap seorang Warga Negara yang setia kepada Negara, setia pada Yang Di Pertuan Agong dan bersedia mempertahankan tanah airnya dari ancaman musuh.

Sekiranya moral Perdana Menteri terjejas dengan hantaran pesanan ringkas SMS dan juga tulisan Internet maka adalah sewajar Perdana Menteri tersebut muhasabah diri untuk membetulkan lidahnya supaya percakapan tidak menjadi ejekan seperti yang berlaku di Johor. Perdana Menteri Malaysia yang berucap di johor berulang kali mengatakan bahawa program pembangunan bersepadu itu adalah ilham dan idea beliau sendiri dan bukan orang lain. Ini seolah - olah seperti beliau cuba menyakinkan diri beliau sendiri bahawa idea itu datang dari dirinya. Siapa yang mempersoalkan siapa punya ilham atau idea. Lebih dari itu sedarkah Perdana Menteri bahawa sesuatu yang ada sangkut dengan tanah adalah urusan Negeri dan adakah Negeri sudah bersetuju cadangan itu? Satu persoalan yang penting, adakah Kabinet sudah meluluskan rancangan itu terutama apabila ini melibatkan penggunaan wang-wang amanah seperti Khazanah Holding, Permodalan Nasional Berhad dan Pertronas.

Sang Kelembai: Ibnu Taimiyyah mengatakan bahawa pada masa datangnya Bangsa Tartar, aku dan beberapa sahabat melewati satu kumpulan orang Tartar yang sedang minum Khamar(arak). Salah seorang yang bersama ku hendak melarang apa yang mereka lakukan. Maka aku berkata kepadanya."Sesungguhnya Allah mengharamkan khamar kerana khamar menghalang seseorang dari mengingat Allah dan mengerjakan shalat. Sedangkan bangsa tartar, khamar (arak) menghalang mereka dari membunuh manusia, merampas anak-anak dan mengambil harta-benda, biarkan saja mereka!" (A'laamul Muwaggin 3/3)

6 comments:

Anonymous said...

Saya rasa blog seperti ini tidak patut ada dikalangan org - org yang mengaku ahli umno. Saya rasa masalah umno ada satu, kehadiran pengkhianat dalam umno sendiri. Org seperti ini merugikan umno. Saya cadangkan secara ikhlas berjuang diluar umno, jangan jadi munafik. selagi org ini ada pasti umno akan terus dilanda krisis

A Voice said...

h_in is typical mediocre brains prevailing in UMNO and the cause of UMNO's decay. Dengan ikhlas saya cakap, orang berfikiran mediocre macam ini yang patut dipecat dari UMNO.

Mereka sering lembab dan singkat pandangan dalam memahami satu2 isu dan masaalah. Sering kali isu dan pandangan diatasi dgn cara yang mediocre hingga meninmbulkan lebih banyak masaalah dan isu kemudian. Apabila mereka tidak faham, keluarlah label2 bodoh seperti ini.

Kehadhiran orang2 seperti ini membantutkan kemajuan UMNO dan sering tindak tanduk mereka memalukan.

Lets cut through the chase, the problem with UMNO and Government today is summed up into two alphabet KJ.

If h_in is unable to understand the impact and implication of KJ's actions, meddling and advise, do yourself a favour. Take the first word gabriel gave to prophet Muhammad .... Iqra. That means also to stop talking and learn to listen, another typical trait of mediocre UMNO brains like h_in.

UMNO needs more quality member and less mediocre and easily manipulatable brain like h_in.

Anonymous said...

Brovo, a voice, guess u are all brains huh from the top to bottom. By the why which part of the brain that u are using now - the bottom one I guess - if KJ has commit an offence - launch a police report - take him to court- prove it - rather then having a brain like yrs but not knowing what to do. Look also at the meaning of the word FITNAH.

Sokongan anda kepada penulis blog ini adalah sokongan yang menunjukkan toleransi orang - orang yang kalut seperti anda.

Saya cabar hari ini, dalam blog ini buktikan perbuatan Khairy Jamaluddin selain dari mendengar tuduhan yang tidak berasas.

Jangan duduk dan menceritakan otak orang lain sedangkan otak sendiri berasap dengan berita - berita sensasi dan fitnah. Sehingga hari ini umno telah berjaya kenapa mahu diruntuhkan. Semua ini adalah cita - cita peribadi orang seperti kamu.

Anonymous said...

apa sebenarnya agenda sang kelembai ni? Kenapa frust sangat kat PM. Nampak dah tak sealirang dengan umno, buat apa dok dalam umno lagi?

Anonymous said...

Sang kelembai,
Teruskan menulis
Tak ada apa lagi yang boleh dibaca dari akhbar arus perdana

Elhakim said...

pdrm-ms.com
x ada apa2 pun. cuma kartun anjing si-toni kena sepak dek seorang lelaki loser.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia