Monday, July 31, 2006

Sang Kelembai 30072006

Satu keistimewaan Melayu, disamping mereka dikatakan malas untuk berfikir adalah mereka lebih suka bercakap dari mendengar. Segala yang dicakap, dia dengar tetapi jarang sekali diproses melalui akal. Itu sebab antara bangsa yang mudah untuk ditipu adalah Melayu.


Kesinambungan Melayu itu yang malas berfikir ialah disamping mudah ditipu, mereka mudah diperbodohkan. Di Semenanjung Malaysia, orang-orang Melayu sudah ditipu semenjak beberapa tahun di zaman penjajahan dan selepas Merdeka, Yang nyata ialah soal kepahlawanannya.


Contoh yang terdekat orang Melayu boleh menerima Tok Sagor sebagai Pahlawan Pasir Salak menentang British, walhal British sudah berumah tangga di Pasir Salak dan dengan mudah membawa kapal ke Bandar Bharu (Telok Intan), begitu juga Datuk Bahaman dianggap sebagai wira menentang Britisah di Semantan, Pahang.



Kedua-dua mereka itu sebenarnya berjuang untuk kepentingan mereka. Jika British tidak memungut cukai, kemungkinan mereka tidak menentang. Ini serupa dengan cara British menjaga raja Melayu, selagi kuasa raja tidak diambil raja tak kisah. Sehingga British sudah menjadi Datuk Maharajarela yang berhak melantik siapa sahaja yang mereka mahu dijadikan raja dalam negeri-negeri Melayu beraja kecuali Kedah.



Begitu juga UMNO, sebenarnya UMNO ditubuhkan oleh British dengan menjadikan Dato Onn Jaafar sebagai alat menjayakan grand design mereka selepas perang dunia kedua. Kebangkitan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya boleh mengancam British, maka British membawa idea lapok yang sudah ditolak oleh Raja-raja Melayu di Durbar Seri Menanti iaitu gagasan Malayan Union.


Jadilah isu Malayan Union sebagai isu penyatuan Melayu tetapi pengkhianat sebenarnya ialah golongan cerdik pandai Melayu yang kebaratan masa itu. Maka tertubuhlah UMNO. Itu sebab bila UMNO tahun 1946 diharamkan di mahkamah pada tahun 1988, sewajarnya disokong kerana UMNO 1946 yang ditaja oleh British dan UMNO yang ada sekarang ini adalah UMNO yang ditubuhkan oleh Melayu yang Merdeka.


Masalahnya minda 60 tahun itu masih terlekat kepada pemimpin UMNO. Mereka masih lagi menjadi bangsa yang sakit, malas berfikir. Disebabkan ahli-ahli politik UMNO jarang membaca sejarah dan malah ada yang tidak mengetahui sejarah macam Muhyiddin Yasin, mereka tidak pernah terjumpa akan perjanjian Seri Teri Buana yang mewakili Pemimpin Melayu dan Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat jelata akan janji untuk tidak durhaka.


Sekarang antara pemimpin dan rakyatnya, kedua pihak sudah menderhaka. Abdullah Badawi yang sudah di Melayukan sungguhpun beliau samada bapak dan emaknya keturunan China dan kemudian kahwin dengan orang keturunan Jepun, maka anaknya sudah pasti tidak berjiwa Melayu. Itu sebab anak-anaknya sedang mengambil peluang mengebas harta negara ini dan bersedia untuk tinggal kekal di Perth dan London. Mungkin juga bila mana Abdullab Badawi sudah tidak berkuasa lagi beliau akan ikut sama menetap di luar negara, seperti yang dilakukan oleh BJ Habibie, bekas Presiden Indonesia yang menetap di Jerman.


Orang-orang Melayu sudah kehilangan kepercayaan kepada Abdullah Ahmad Badawi, tetapi yang menerima kesan ialah UMNO. Jika Abdullah Ahmad Badawi terus menerus bersikap "mematikan diri" dalam berbagai isu semasa khususnya mengenai penyelewengan dalam pentadbirannya dengan mengutamakan anak dan menantu, sudah pasti piliharaya akan datang UMNO akan tertekan.


Imej agama yang ada pada Abdullah Ahmad Badawi sudah tidak terpakai lagi. Semua orang tahu, dia Perdana Menteri yang pakai pampers untuk menahan penyakit tidak boleh menahan kencing. Bila dia menjadi Imam, makmun akan pertikaikan, sah atau tidak bersembahyang dengan orang yang membendong pempers. waa "alam bisawab.


Maka ditanya oranglah.. Berapa lama Abdullah Ahmad Badawi boleh bertahan, jawapannya mudah.. dia sewajar meletakan jawatan sekarang ini, kalau dia berfikir panjang mengenai agamanya, bangsanya, dan tanah airnya. Jangan sampai rakyat buat keputusan terhadap dia. Soal perbalahan antara dia dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak boleh dibawa menjadi isu perkauman. Ini bukan soal Melayu atau tidak.. ini soal survival negara. Memang benar di zaman Tun Dr Mahathir Mohamed, banyak orang Melayu berfikir,, terjaminkah masa depan anak cucu kita dengan cara-cara pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamed masa itu, kerana pada masa itu orang yang sedia ada sudah terjamin kehidupannya. Tetapi sekarang orang kena berfikir, terjaminkah masa depan kita untuk hidup sekarang dengan semua perniagaan diberi kepada anak dan menantunya.


Pertuduhan ke atas Abdullah Ahmad Badawi sudah banyak terbukti kebenarannya, antaranya ialah dia tidak berkuasa sebaliknya ada orang lain yang berkuasa. Bila dia masih di Australia, jawapan terhadap Jambatan dikeluarkan, bila Tun Dr Mahahthir disembah penyembur, kenyataan dari JPM.. "Perdana Menteri Amat Marah". Soalnya, boleh ke seorang Perdana Menteri membuat kenyataan "marah". Ini jelas bahawa dia bukan orang yang membidankan "Islam Hadhari" kerana kesemua tindak tanduknya tidak hadhari. Sebaliknya ada Islam ada had dan ada hari.


Sang Kelembai: Marilah kita berdoa supaya dilapangkan hati Abdullah Ahmad Badawi untuk meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri bagi menjamin untung nasib masa depan negara. Kalau tidak terjual kita semua oleh anak menantu beliau.


8 comments:

Anonymous said...

sy dari kb, kelantan suka sgt dgn politik semasa, nampak pas dpt memerintah kelantan lagi laaaaa...

sebut pasal mahathir - pak lah, teringat sy pd kata2 allahyarham fadhil noor pd anwar dimahkamah, " usah sedih la anwar, sy doa kan supaya mahathir panjang umor" tercengang anwar dgn kata2 itu..
kesimpulan nya... inilah masa agaknya tuhan mahu membalas perbuatan mahathir pd anwar..
moga pembalasan "kifarat" ini akan dpt mghapus dosa2nya, jika ada..

Tuhan Maha Kaya... Tuhan Maha Mengetahui

Anonymous said...

Hidup Pak Lah, hidup Khairy. Teruskan agenda perjuangan demi bangsa, ugama dan nusa.

Mereka yang memperlekehkan style kepimpinan Pak Lah dan Khairy bukannya malaikat.

So, you don't have to unduly worry about them. You are men of the day. You have the mandate to govern from the rakyats. Do as you please.

Anonymous said...

si kelembik boleh diangkat menjadi raja untuk seluruh bangsa melayu kerana dia seorang saja melayu yang pandai sejarah, banyak membaca, pintar, pandai berpidato, serba tahu dan dalam pelbagai aspek lagi.

atau sekurang-kurangnya bolehlah mana-mana universiti dalam dunia mengtauliahkan beliau dengan gelaran professor sang kelembik.

pi rebrand btr kalau pandai sangat. pengundi melayu majoriti tapi kerusi parlimen orang lain dapat. bijak sangatlah pengetahuan sejarah tu.

Anonymous said...

iyo, sy rasa sang kelembai ini out dated. Ni nak kabar kat hang , sejarah melayu yang hang dok agungkan tu , demang lebar daun dan sebagainya adalah mitos yang tidak ada butiran fakta..ngok pi cari kubur demang tu. Pandai -pandai hang nak tuduh onn spy british dan sebagainya. Note satu kalau hang kata depa penjual bangsa yang hang dok melekat dalam umno tu buat apa. sy cabar hang lucutkan keahlian hang dalam umno kalau hang seorang pejuang melayu yang kononnya rasional dan yang lain hampesssss

Unknown said...

ada juga orang tak boleh baca dua lapis makna dalam tulisan sang kelambai. :)

Anonymous said...

Bila Sangkelembai menulis bukan sahaja 2 lapis maknanya - 24/7 tu lapisannya. Saya amat kenal dgn hatibudi Sangkelembai

Anonymous said...

What so ever everybody.....I'm very happy...Tun M finally got his pipe... we'll see who's next...

Anonymous said...

Mahathir ka, Pak Lah ka...serupa saja! Kalau dah dahi tu ada cap UMNO, apa saja yang dibuat mesti ada story belakang cerita! Tapi yang kesiannya, rakyat macam kita ni, menanggung beban kerajaan UMNO yang kononnya membela rakyat. Apa yang Sang Kelembai komen tu mungkin ada betulnya, tapi ada setengah orang tak faham. Apa pun, history is history, mungkin boleh berulang lagi. But the question is, are we able to change that history?

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia