Tuesday, August 08, 2006

Sang Kelembai 08082006


Didalam sejarah Malaysia, isu perbalahan antara Tun Dr Mahathir Mohamed dan Abdullah Badawi, bukanlah perbalahan yang yang pertama berlaku antara pemimpin dengan bekas pemimpin. Ini pernah berlaku di Serawak dan senario ini mempunyai persamaan dengan apa yang ada sekarang ini. Rahman Yaakub yang memberi laluan kepada Taib Mahmud menggantikannya dan kemudian menjadi Yang Di Pertua Negeri dengan tidak semena-mena meletak jawatan dan menyerang Taib Mahmud dengan berbagai tuduhan termasuk menggunakan khidmat bomoh.

Hebatnya Taib Mahmud, beliau tidak menjawab serangan-serangan itu tetapi terus berkerja untuk membangunkan Serawak dan jauh sekali dari menggunakan anggota parti yang dipimpinya untuk menyerang Rahman Yaakub walau sampai ke satu peringkat ada kawan yang berpaling tadah melompat keluar dari parti dan bertanding dalam pilihanraya umum 1987.

Berkat kesabarannya, beliau terus bekerja menyusun strategi bagi pembangunan Serawak. Beliau akhirnya menang besar dan dengan sendirinya Rahman Yaakub dan pengikut - pengikutnya tenggelam dalam arus perdana politik Serawak.

Sepatutnya inilah yang perlu diikuti dan dicontohi oleh Abdullah Badawi. Jika dia berada di pihak yang benar, beliau harus bijak menafikan tohmahan dengan melaksanakan pembangunan dan pentadbiran yang cekap serta berwibawa dan jauh sekali dari menyuruh anak menantunya menjadi panglima perangnya. Mungkin benar apa yang dikatakan oleh Adnan Yaakub. Sebilangan besar penyokong Abdullah Badawi adalah dalam kategori "Beruk" yang berpaut kepada pokok yang banyak buah. Kenyataan ini mungkin menyebabkan orang marah kepadanya tetapi orang yang tidak marah kepada beliau mungkin akan membuktikannya semasa penamaan calon piliharan UMNO akan datang. Mungkin mereka akan mencalonkan beliau sebagai Naib Presiden.

Didalam politik ada satu ungkapan "seribu kawan terlalu sedikit, satu musuh terlalu banyak", tetapi Abdullah Badawi bertindak seakan-akan "satu kawan terlalu banyak dan seribu musuh terlalu sedikit". Abdullah Badawi bertindak memberi penjelasan yang tidak mempunyai fakta yang boleh diterima. Beliau hanya mencabar supaya "mereka" membuat aduan seperti pergaduhan budak-budak di kampong dahulu kala. Cabar mencabar budak-budak kampong dahulu adalah dengan yang meletakan sesuatu diatas tanah dan mengatakan bahawa barang itu diibaratkan sebagai "kepada bapak aku.. kalau kau berani.. pijaklah. Kebiasaan budak-budak di kampong akan menerima cabaran itu, lalu memijak benda yang di ibaratkan kepala bapak itu. Maka akhirnya mereka bergaduh secara fizikal.

Begitulah andaian jawapan Abdullah Badawi dalam persoalan yang ditanya. Kalau berani.. tulislah surat. Bagi orang yang cerdik, peka dan tidak bodoh memang tahu bahawa Abdullah badawi tidak akan membaca surat-surat tersebut. Kalau pada Majlis perasmian Al-Quran yang dihadiri oleh Yang Di Pertuan Agong ..... seluruh negara nampak dia tidur.. maka adalah lebih baik dia ambil peluang tidur daripada membaca surat yang menceritakan apa yang berlaku atas perbuatan anak dan menantunya. Rakyat tak perlu memijak benda yang dikatakan " ini kepala bapak kau " dan " ini kepala bapak aku".

Rakyat akan tahu bila tiba masanya "ini kepala bapak kau" aku pijak, seperti yang dikatakan oleh Setiausaha Agung UMNO, jika Tun Dr Mahathir Mohamed terus dengan membuat roadshow. Pilihanaraya umum yang akan datang tidak akan semudah pilihanraya umum 2004.

Rakyat akan membuat keputusan melalui proses demokrasi. Disinilah Tun Dr Mahathir Mohamed tidak boleh disalahkan jika UMNO tewas dalam pilihanraya akan datang kerana beliau telah berkata, "bahawa beliau tidak berhasrat mahu membawa ahli UMNO kemana-mana" dan beliau bertindak adalah kerana mahu membetulkan UMNO. Apa yang dilihat sekarang adalah "UMNO bersatu untuk perkara yang salah". Ini memberi pengertian jika UMNO sendiri sudah menjadi pengkhianat untuk agama, bangsa dan tanah air dibawah kepimpinan Abdullah Badawi.. untuk apa dipertahankan lagi?

Banyak isu yang tidak ditangani dengan sempurna hari ini. Lihat sahaja isu agama, ianya tidak ditangani secara yang betul, kehakiman kini sudah menjadi celaru, bila mana seseorang yang mengaku salah, kemudian dijatuhkan hukuman tetapi berjaya merayu sehingga hukuman ditukar dan dibicarakan semula. Dalam isu ekonomi, bukan sahaja jurang kumpulan orang makan gaji dengan orang yang berniaga melebar tetapi peningkatan kos, index pengguna meningkat dan membeban rakyat kecuali mereka yang terlibat dalam sektor pertanian seperti peneroka Felda dan Felcra kerana disebabkan kenaikan harga getah dan kelapa sawit.

Usahawan kontraktor hanya mampu menggigit jari mendengar projek yang akan dilancarkan. Dahulu Abdullah Badawi pernah berkata "saya tidak mahu membuat projek mega hanya untuk menjadi popolur". Sebaliknya hari ini dengan tiba - tiba berbilllion projek mega diumumkan serta berbagai isu yang macam rancangan reality di TV berlaku tetapi kesemuanya dinafikan. Agaknya Abdullah Badawi dan keluarganya menjadi Perdana Menteri dalam sebuah negara yang semua rakyatnya pekak dan hanya mereka sahaja yang boleh bercakap dan mendengar. Malang bagi Malaysia yang kesemua rakyat negara ini buta kecuali bapa, anak dan menantu sahaja yang ada mata.

Rakyat mungkin akan menerima penafian itu. Namun penafian itu hanya membawa erti bahawa Islam Hadhari yang mahu diterapkan hanya Islam yang ada had dan ada hari. Hari ini Islam yang ada had dan ada hari mengajar kita untuk bersikap kurang ajar dan jangan berbudi bahasa. Sungguhpun dalam satu hadis Nabi SAW ada menyebut bahawa "diam itu emas" tetapi tindakan yang mengeluarkan api-api dari mulut bapak dan menantu serta sikap kurang ajar yang melabel Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai Beruk yang menggoncang pokok..... tidak akan meredakan persengketaan malah akan menyemarakkan perbalahan.

Rakyat penuh percaya jika Nabi Muhamad menjadi Nabi selama 22 tahun 10 bulan, hadir untuk membetulkan puak jahillah Arab agar menerima Islam sebagai agama dan kemudian diteruskan oleh sahabat sehingga berpecah mazhab, maka begitu jugalah senario Tun Dr Mahathir Mohamed yang memimpin selama 22 tahun cuba membetulkan orang Melayu dari segi minda tetapi gagal dan kemudian Melayu berpecah. Ini semua kerana kepentingan tersendiri sama seperti analogi beruk.

Sang Kelembai: Cara Abdullah Badawi menjawab isu semasa samalah seperti seorang yang sedang berusaha bersembunyi di sebalik sehelai lalang dan beranggapan bahawa dirinya tidak kelihatan. Apa bezanya dengan anak kecil yang menutup matanya, lalu berkata kepada bapaknya: Bapak, cari dimana saya sekarang.

22 comments:

Anonymous said...

Kelembai, soalkan kembali apa dealing tun dengan beliau. Apa janji dan mereka. Benar ke pak lah mungkir janji. kelembai pernah soal benda ini dan sampai sekarng tak jawab. boleh ko tanya pada tun dan postkan kat sini

Anonymous said...

saya telah membaca banyak posting dalam laman blog ini dan meneliti hampir semua yang ada. Satu soalan saya , apa dosa pak lah kepada kamu? apa yang dia buat yang menyebabkan kamu marah. Hampir kesemua posting menghentam pak lah. saya nak ajak kamu untuk cuba berusaha untuk mencari kebaikan. Tak de satu posting pun yang menyokong pak lah sungguh pun banyak perkara sekarang ini lebih baik dari dahulu. Sistem demokratik skrg ini lebih terbuka. sdr juga boleh mengkritik dengan begitu hebat sudah tunjuk macam mana sistem yg ada skrg ini lebih bermakna dari dulu.

yang saya nampak adalah kemarahan. Cuba reda sedikit dan insyallah dengan mengambil nafas panjang dan serta banyak - banyak beristifar maka sdr akan melihat bahawa pak lah seperti semua perdana menteri yg sebelum ini cuba memberi perkhidmatan yang terbaik.

Anonymous said...

i believed pak lah is lying thru its teeth. Khairy is the main man now. he is the PM even b4 40

Anonymous said...

dah ader org marah sbb kiter marah pak lah.apa dosa pak lah?haa sumer org jgn marah...tarik nafas panjang2.ingat tau jgn marah pak lah..nnt ader org lain pulak yg marahkan kiter..

Anonymous said...

sistem demokratik sekarang lebih terbuka????

tapi kenapa laman web pula yang menjadi mangsa???

buka demokratik tapi tutup laman web??? itu makna demokratik???

mengapa kita marah pada Pak Lah??? sebab... banyak perkara yang Pak Lah buat menyebabkan kita tak dapat menahan marah...

Anonymous said...

Pak Lah cuma nak pantau laman web, bagi ada tanggung jawab, itu bukan penghalang pada demokrasi la..bodoh. ada ke web master yg dah telah ditangkap? cuba pak lah kritik mahathir masa zaman pemerintahan drm tentu kena sumbat dalam ISA.

Anonymous said...

kalau blog ini dulu hadir kritik mahathir, pasti pemilik blog ini sedang berpesta main badminton kat kemunting

Anonymous said...

Website Mahafiraun, Mahazalim dan lain lain ujud di zaman siapa?

Anonymous said...

zaman Mahathir dan tengok webmaster free anwar yang merengkok dalam ISA. Tengok Pak Din yang mengendalikan mahazalim dalam ISA juga.Tapi zaman pak lah belum lagi kan ..kan...kan
Rasa sampai masa org maca sang kelembai ini disumbatkan dalam jail, baru padan muka

Anonymous said...

zaman Tun Dr Mahathir tak ada KJ

Anonymous said...

prof kelembai, kekadang pada otak saya yang dangkal ini terasa pelik juga dgn kemelut yang sedang sama2 kita hadapi sekarang ini.

suara yang berkokok sekarang hanya keluar daripada mulut seorang mantan perdana menteri merangkap mantan presiden parti. paklah ada jentera kerajaan dan parti berdiri teguh di belakangnya. ironisnya kenapa kemelut ini sampai begini jadinya!!!

takkanlah pula nak pukul seekor nyamuk dgn marton... pelik bin ajaib

Anonymous said...

Tahniah....Pergolakan dalam UMNO telah dapat dihidu oleh sebilangan besar rakyat terutamanya golongan profesional mahupun golongan pertengahan...aku tak rasa Pak Lah boleh jadi PM yg bagus....PR dah la takde langsung,karisma jauh la sekali...Mahathir pun walaupun di zaman ala diktator dlm UMNO mahupun kerajaan ,beliau ada juga karisma dan kategori bijak juga (bijak membazir wang rakyat)...Pak Lah ni harap muka berimejkan Islam dan Bersih (Konon)namun tiada satu yang boleh dibanggakan...aku malu bila Pak Lah boleh jawab mcm tu dlm program bersemuka di TV3 tu...Apa yang pasti kepimpinan di bawah ERA Pak Lah adalah yang paling teruk sekali....aku yakin Pak Lah pada masa ni pun bukan buat sangat kerja dia sebagai PM...pada pendapat aku Mahathir kritik Pak Lah sebab takutkan KJ....Mahathir pada aku bukan risau sangat pasal projek2 yg dia cadangkan dulu byk dibatalkan oleh Pak Lah....dia risau KJ bawa masuk Anwar Ibrahim dlm UMNO dgn mempengaruhi Pak Lah menerimanya...nanti terbongkarlah semua kisah yang boleh menjadikan Mahathir "tak tenang" untuk menanti saat-saat kematiannya....aku rasa Mahathir pun dah terima natijahnya secara perlahan-perlahan sehingga ke akhir hayatnya dan jasa dia mungkin tidak akan dikenang langsung.....inilah janji Allah...doa rakyat yang teraniaya akan termakbul.... apapun fitnah terhadap KJ aku rasa mungkin ada yang benar dan ada yang salah.....Cuma satu je nasihat untuk KJ..Gunakan peluang keemasan ini untuk memenangi hati rakyat bukan memenangi periuk nasi sendiri...

Anonymous said...

KJ itu tetap bodoh!

Anonymous said...

Takde byk beza di antara pentadbiran Dr. M dgn Pak Lah...yang penting rakyat telah di perbodohkan dgn dakyah UMNO...Aku rasa lebih bagus piliharaya kali ni byk kerusi parlimen dan ADUN jatuh ke tangan pembangkang....aku dah bosan kerajaan UMNO yang byk menipu rakyat...semua pemimpin tertinggi UMNO skrg hanya berfikir kepentingan peribadi drpd masalah rakyat....zaman skrg ni bukan zaman kerajaan bagi beras kita undi BN....sorry rakyat dah buka mata....semoga ALLAH beri balasan setimpal kepada mereka-mereka yang gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin....semoga duit haram hasil keringat rakyat yang disalah guna akan membawa kemusnahan kpd akhlak anak2 dan cucu2 mereka...UMNO akan kembali gemilang dgn adanya org mcm ANUAR IBRAHIM SAHAJA!!!!!!!....AMIN.

Anonymous said...

Saya pun dah tak tahu pihak yang mana betul dan pihak yang mana salah sepatutnya pihak yang dikritik sepatutnya bekerja lebih keras lagi dan jangan lupa jawablah semua yang ditanya bukannya diam saja nanti apa pula kata rakyat yang bertindak sbg hakim.Orang melayu perlu bersatu.

Anonymous said...

ya ker?? zaman mahathir dulu berani ke kelembai nie bercerita pasal kebebasan???? konon nak memperjuangkan kebebasan..piigiiiii dahhh

Anonymous said...

Saya setuju dengan komen anonymous yang dipos jam 11.14am. Saya anggap anda amat kecewa kerana tidak mendapat sesuatu yang dihajatkan; mungkin calon dalam pilihanraya, mungkin tak dapat projek, mungkin tak dapat habuan dan bermacam-macam mungkin lagi yang menyebabkan anda begitu marah kepada Pak Lah. Anda menghentam Pak Lah sampai ke 'lubang cacing' tetapi tidakkah anda mencerminkan diri sendiri dahulu untuk mengetahui adakah anda benar dan betul dalam semua hal yang membolehkan anda mengata orang tanda batasan. I think you are a 'washout' politician. Might as well you repent before it is too late. God bless you.

Anonymous said...

I totally agree with Zaak's comments. Hai Sang Kelembai, gunakan kata-kata hikmah Zaak sebagai panduan hidup anda. Nescaya anda selamat dunia dan akhirat. Jangan biarkan NAFSU (iblis dan syaitan) mengawal daya pemikiran anda.

Anonymous said...

nampaknya MT takut dgn bayang2 sendiri. Pemecatn saudara adalah sebahagian dari operasi pemecatan beramai2. Tunggu dan lihat pemecatn TDM atas dasar yang sama atas alasan tidak ada berat sebelah. Saudara is just the layup to the sacking of TDM & others.

Anonymous said...

Untuk renungan "Pak lah ball carrier".

HANGPA NI SEMUA MATA BUTA KA? PEKAK KA? TULI KA? TARAK OTAK KA?
BAHLOL KA? BODOH BETUI MACAM KALDAI.
DAH 3 TAHUN OOI....3 TAHUN. APA YANG KITA DAPAT? APA YG DIA BUAT UNTUK KITA?KITA DAN ANAK MENANTU KITA TAK DAPAT APA PUN. TAPI PAK LAH DAN ANAK MENANTU DIA DAPAT BERJUTA-JUTA. DUIT SAPA TU KALAU BUKAN DUIT KITA. DAH BERAPA KALI MINYAK DAH NAIK? DAH BERAPA KALI GAJI HANGPA SEMUA NI NAIK. GAJI POLIS TAK NAIK PUN, KAKITGN KERAJAAN LAIN PUN TAK NAIK, BILA KERAJAAN TAK NAIK GAJI, SWASTA PUN SUSAH NAK NAIK. TAPI AHLI PARLIMEN NAIK, GAJI PAK LAH NAIK, SI BALACHI NAZRI PUN NAIK, SEMUA KALDAI DLM PARLIMEN PUN NAIK GAJI, TAPI KITA TAK NAIK PUN, MINYAK NAIK
GAJI KITA TAK NAIK, AHLI PARLIMEN NAIK GAJI TAPI DIA ORANG TAK YAH BELI MINYAK SEBAB ATAS URUSAN KERAJAAN, SEMUA KERAJAAN TANGGONG.

ITU PUN MASIH ADA SI BAHLOL YANG NAK MARAH BILA ORANG HENTAM PAK LAH DLM BLOG.TULONG PIKIAQ LA SIKIT
KITA BUKAN SENGAJA NAK HENTAM ORANG KALAU TAK BERSEBAB, ORANG TUA TU PEMBOHONG, RASUAH , MAKAN HARTA RAKYAT UNTUK ANAK MENANTU DIA
PERAH DUIT RAKYAT UNTUK DIRI SENDIRI, BERTOPENGKAN ISLAM HADHARI TAPI TANGAN BERGELUMANG DGN NAJIS. TIPU RAKYAT ON NATIONAL
TV. DAH TU TERMINATE PULAK ORG YG TANYA SOALAN TU KAT DIA PADAHAL RANCANGAN TU BUKANNYA LIVE PUN. RAKAMAN DAN BOLEH DI EDIT - EDIT.
"PAK LAH BLUNDER OF THE YEAR"
THATS WHAT PEOPLE ARE SAYING.

UNTUK PENYOKONG PAK LAH YANG SOKONG SECARA MEMBABI BUTA , INGATLAH SIKIT BAHAWA:

-KENAPA TAK LEH JAWAB SEMUA SOALAN
DR M.?
-KENAPA NAK HALANG DR M BERCAKAP?
-KENAPA TAK LEH BUAT KEPUTUSAN
SENDIRI.
-KENAPA TIPU RAKYAT PASAL SCOMI?
-KENAPA NOURI MASUK DLM MESYUARAT
KERAJAAN.
-KENAPA RASUAH ORG UTK PASTIKAN DR
M KALAH DI K.PASU?
-KENAPA JUAL PASIR KAT SPORE?
-KENAPA JET SPORE BOLEH FLY KAT
JOHOR?
-KENAPA TERLIBAT DLM OIL FOR FOOD?
-KENAPA AMBIK BRENDAN PARIA DLM
NST?(Si brendan cuba utk jadi political sec utk ghafar baba tapi
atas nasihat Bukit Aman, dia ditolak sebab ada kaitan dgn ejen intipan spore. Tapi pak lah ambil
jugak atas nasihat KJ)

dan banyak lagi la .............

tolong la sikit.
'Malaysia is too precious to be destroyed' I love my country.

KZSO said...

Di bulan yang mulia ini, marilah kita berdoa kepada ALLAH subhanawataala agar kebenaran akan terbit, persoalan akan terjawab dan ditunjukkan olehNYA.

Tanahair kita dimerdekakan dengan doa para ulama', orang-orang alim, umat Islam dan dengan lafaz Bismillahhirrohmaanirohim; dengan doa mereka ini, semoga ALLAH subhawataala akan melindungi kita dan negara kita ini sentiasa.

Berdoalah kita agar kita dipelihara dan dilindungi sentiasa olehNYA.

InsyaALLAH dengan berdoa kepadaNYA, kita akan lihat kebenaran dan jawapan kepada kemelut ini demi agama, tanahair dan bangsa tercinta kita.

Anonymous said...

Apa yang jadi kenyataan adalah sikap melayu umno yang akan sentiasa lupa. Bagi yang telah terima jasa semua ketaatan akan berakhir bila Tuan pemberi tiada manafaat lagi.
Lain ceritanya Bang Nuar kita. Bukan setakat melayu CINA pun sanggup terima padah walaupun Tuan Nuar tak boleh bagi projek lagi...

Tentang ZAAK nak suruh tone down sikit tu ...Jangan pedulikan si BODOH tu. NI LAH SIKAP PENGAMPU DALAM UMNO AGAKNYA. TULISLAH IKUT NAFSU. KALAU TAK BERNAFSU JANGAN TULIS, MALAS NAK BACA....

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia