Wednesday, August 30, 2006

Sang Kelembai 30082006

Semenjak Dr Mahathir Mohamed mengumumkan bahawa beliau akan bertanding sebagai perwakilan UMNO Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO, berbagai kenyataan telah dikeluarkan antara lain mengatakan bahawa beliau tidak sepatutnya bertanding kerana kedudukan beliau sebagai negarawan dan bekas Presiden. Ini menurut mereka yang tidak setuju supaya beliau bertanding adalah kerana beliau tidak sesuai duduk bersama - sama perwakilan terbanyak yang terdiri daripada berbagai kelompok masyarakat.

Maka serangan pun datang dari berbagai sudut atas tindakan Dr Mahathir untuk bertanding sebagai perwakilan Kubang Pasu dengan didahului oleh Menteri Pertahanan yang juga Timbalan Presiden UMNO. Dr Mahathir Mohamed tidak menjawab serangan itu secara terus tetapi memberikan gambaran, apa hendak difikirkan sangat kenyataan Najib Tun Razak itu yang mempersetujui kehendak Abdullah Badawi menghantar askar- askar pengaman ke Lubnan. Pada Dr Mahathir Mohamad, kenyataan Najib Tun Razak adalah kenyataan pendekar "Mana Titah Patik Junjung" dan bersetuju untuk menghantar tentera Malaysia yang pasti 99% berugama Islam ke Lubnan satu perkara yang cukup pelik dan menghairankan. Kenapa tidak? Keputusan PBB untuk menghantar tentera pengaman ke Lubnan dengan resolusi mengawal Hizbulllah yang berada di bumi Lubnan dari menyerang Israel dan bukan pasukan pengaman itu berada di Israel bagi tujuan menghalang tentera Israel menyerang bukan sahaja Hizzbullah tetapi Lubnan.

Kesimpulan, hanya semata-mata mahu menunjukan hebatnya Malaysia serta komitment kita mengenai isu ini, Abdullah Badawi yang memperjuangkan Islam ada had dan ada hari sebagai falasafah politik dalam pentadbirannya terlupa prinsip-prinsip Islam. Ini adalah kerana tentera-tentera Malaysia bertugas di Lubnan sudah pasti 99% beragama Islam, kecuali tentera-tentera itu tidak belajar agama Islam kemungkinan amat mudah dan senang untuk mereka menjalan tugas tetapi bagaimana pula yang memahami Islam "ahli sunnah wal jamaah"?

Kita bukan menghalang niat suci kerajaan untuk menghantar tentera kita ke Lubnan tetapi kita mengambil kira bahawa resolusi PBB membawa bermaksud bahawa misi tentera-tentera pengaman itu adalah untuk mempertahankan atau menghalang tentera Hizzubullah yang beragama Islam , berjuang untuk Islam dan tanah air mereka yang dijajah oleh negara Yahudi dari menyerang Israel yang menjadi pencetus persengketaan sehingga ramai nyawa orang awam terbunuh.

Maka terpaksalah kita bertanya apakah hukumnya didalam Islam, bila orang Islam bersubahat dengan bukan Islam untuk menghancurkan Islam. Maka isu penghantaran tentera mestilah dilihat dari segi hukum. Agaknya Abdullah Ahmad Badawi yang punya Menteri Agama yang lebih tinggi dari Mufti perlu menyelesaikan persoalan hukum ini. Semoga dengan ada keputusan orang-orang yang arif dalam agama, kita mengharapkan tentera-tentara beragama Islam boleh menjalan tugas secara tenang kerana menyedari kematiannya dibumi orang sudah diketahui syahid dan tidak mati-mati sia-sia dari segi Islamnya.

Jika tidak, apa akan terjadi nanti bila tentera Israel menyerang tentera Hizbullah, dimana terletaknya tentera pengaman Malaysia yang beragama Islam. Adakah tentera Pengaman Malaysia sekadar memandang sahaja, saudara seagamanya dibunuh oleh musuh Islam, apa pandangan negera-negara Islam selepas itu terhadap Malaysia? Itu sebab agaknya Malaysia di zaman Dr Mahathir Mohamed tidak berminat untuk menghantar tentera ke Afganistan, Irag dan lain-lain negara Islam yang bergolak kecuali di Bosnia dan Somalia.

Kehadiran Malaysia di Bosnia dan Somalia adalah jelas dengan tujuan membantu negara Islam itu dari serangan musuh Islam tetapi di Lubnan kehadiran kita ialah untuk menghalang tentera Islam menyerang negara Yahudi.

Oleh itu, bila Najib Tun Razak yang sudah hampir 30 tahun dalam kerajaan tidak dapat memikirkan perkara ini, apa hairan dengan kenyataannya terhadap Dr Mahathir Mohamed. Kita ambil pula salah seorang yang terpahat dengan slogan 'mana titah patik junjung, Mohd Nazri Aziz. Melihat cara beliau memberikan sokongan kepada Abdullah Ahmad Badawi samalah seperti "sokongan bawa rebah"

Bila kepimpinan UMNO bertindak seakan menghalang dan serta berlagak menjadi pendekar "mana titah patik junjung" dalam isu Dr Mahathir Mohamed hendak menjadi perwakilan Kubang Pasu, semua ahli kena berfikir semula tentang kedudukan mereka dalam UMNO. Ini adalah kerana yang hebat, yang berjuang dan negarawan hanya Presiden UMNO sahaja, bagaimana kepimpinan lain didalam UMNO Bahagian?

Terdapat beberapa Ketua UMNO Bahagian (jika mengikut perlembaaagn UMNO dalam peraturan mesyuarat) yang menjadi Presiden di peringkat UMNO Bahagian samada dia meletakan jawatan atau dikalahkan, selepas itu hadir pada tahun berikutnya, sebagai perwakilan di persidangan tahunan UMNO Bahagian. Ini jelas menunjukkan bahawa kedudukan sebagai Ketua UMNO Cawangan adalah secara sukarela dan kehadiran mereka kembali membuktikan sikap perjuangan dengan UMNO terus kekal walau sudah tidak menjadi Ketua UMNO Bahagian.

Hanya segelintar sahaja pemimpin UMNO yang mendapat nikmat perjuangan sama ada menjadi Menteri dan sebagainya termasuk projek yang memperkayakan mereka. Akan berkata mereka "tidak sesuailah jadi perwakilan UMNO Cawangan, kerana saya sudah jadi Menteri atau Ketua UMNO Bahagian". Oleh itu nilai seseorang dalam UMNO bukanlah dinilai dari segi perjuangan dan komitment dengan UMNO tetapi kerana dia mempunyai jawatan yang diberi kerana kedudukan dalam parti. Kebiasaannya bekas Ketua UMNO yang meletakan jawatan atau dikalahkan akan terus berjuang dalam UMNO diperingkat UMNO Bahagian, dan bagi yang betul-betul berhenti mereka tidak melupakan jasa UMNO dan akan menawarkan diri bertanding sebagai Pengerusi Tetap dan pada keselaluannya akan menang mudah.

Disinilah ujian kepada bekas pemimpin kita. Dr Mahathir Mohamed cuba membuktikan dia sebagai ahli parti yang setia dengan UMNO. Sepatutnya ahli UMNO khasnya kepimpinan UMNO memberikan sokongan kepada Dr Mahathir Mohamed untuk bertanding menjadi perwakilan, sebagai contoh kepada pemimpin UMNO yang lain,khasnya yang sudah dapat jawatan Menteri, Menteri Besar.

Semenjak 25 tahun dulu. Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah menjadi Naib Presiden kecuali sewaktuberada di luar UMNO, akan hadir setiap tahun sebagai Perwakilan UMNO mewakili Bahagian Gua Musang. Tetapi berapa banyak bekas Menteri yang bertahun menjadi Menteri menyebabkan anak bini jadi kaya raya, sanggup untuk menjadi perwakilan biasa dalam Perhimpunan Agung UMNO. Sebagai contoh terdekat, Wan Mokhtar Ahmad yang hampir 25 tahun menjadi Menteri Besar di Trengganu, akhirnya bukan sahaja tidak ambil tahu mengenai UMNO di Kemaman, malah majlis parti pun tidak nampak lagi kelibatnya.

Kesilapan Dr Mahathir Mohamed sewaktu menjadi Perdana Menteri - jika beliau diibaratkan dia sebagai Ketua Polis Negara, beliau gagal melihat siapakah dikalangan pegawai tingggi yang menerima rasuah, yang pencuri dan sebagainya. Beliau nampak setakat anggota pangkat rendah yang rasuah, yang mencuri dan salah laku. Namun setelah Dr Mahathir Mohamed bersara, dia fikir dia masih lagi polis. Sebagai polis tentulah tanggung jawabnya untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat dalam hidup sehari-hari dan menjaga keselamatan negara.

Sekarang Dr Mahathir Mohemad yang bersara telah nampak atau dia ada maklumat mengenai kejadian jenayah yang dilakukan samada oleh anggotanya sendiri yang beliau pernah menjadi Ketuanya atau orang awam. Maka beliau mengambil tindakan untuk menangkap pencuri itu (hipotesis), bolehkah si pencuri itu mengatakan. "Kamu sudah pencen! mana boleh tangkap saya?" atau dia menghebahkan ada pencuri, adakah sesuai pengantinya kata.. awak ini iblis lah... macam beruk goncang pokoklah... atau awak pariah, jangan campur hal orang mencuri ni!, Dari isu pencuri beralih kepada berbagai isu.

Maka bila itu keadaannya, orang awam dapat memikirkan bahawa sebenarnya sewaktu Dr Mahathir Mohemad masa jadi Perdana Menteri beliau banyak menyimpan pencuri untuk membantu pentadbiran dulu dan kerana pencuri-pencuri sedang dalam ketakutan sekarang ini, maka terpaksalah membalun bekas ketuanya yang pada sangkaan awalnya seorang ketua pencuri, sungguh ianya bukan begitu.

Sang Kelembai: Dalam sejarah politik Malaysia hanya Tun Razak Hussein yang pernah mendapat penghargaan tinggi dari penjenayah, bila Botak Chin menghantar bunga semasa kematian Tun Razak. Itu sebab bila orang melihat Dato Sri Najib Tun Razak, orang selalu memikirkan, ada tidak bau badan Tun Razak ada pada Najib? Harap-harap adalah.

11 comments:

Anonymous said...

Menyokong kepimpinan munafik adalah seperti menyediakan sejadah untuk ke neraka. Terlalu besar salah pak lah pada agama, bangsa dan negara. Siapakah antara kita yang berani mengeur Pak Lah untuk memberitahu bahawa jalan yang pak lah pilih hari ini adalah jalan lurus untuk ke neraka jahanam. taubatlah Pak Lah.

Anonymous said...

Pada KJ, tidak usahlah guna taktik lama, bantai MCA kononnya untuk cari simpati orang melayu. Setiap denyut nafas KJ adalah nadi keruntuhan pemuda UMNO. Sampai bila Pemuda UMNO perlu jadi baculdan DSHTHO menjadi pupet kekapa KJ.

Anonymous said...

memang dia half passed six, cakap buat tak guna akal, dah tersasul salahkan media, dah terlanjur hisham jugak nak jaga maruah; macamana nak jadi pemimpin akan datang; memang menyusahkan, memang sesuai itilah budak oxford tu guna sendiri 'liabiliti' beban yang membeban dan membebalkan; jangan letak jawatan, lagi memalukan hisham, tapi duduk diam, pemilihakan akan datang, kami tentukan dengan kuasa perwakilan kami.

Anonymous said...

KJ jenis yang tak tahu malu. Tuhan dah tunjuk, patah tulang bahu tapi masih tak sedar diri. ingat ECM Libra, mcam nak tolong melayu tetapi sumbangan kepada siapa. Mcm mana KJ boleh cakap dia mahu jadi pemimpin melayu. KJ perlu cerminkan diri dan sebahagian exco Pemuda UMNO juga perlu cerminkan diri, sanggupkah tukar maruah Melayu apabila dapat sedikit tempias RMK-9/ Sanggupkah jadi pencacai KJ yang saban hari memperlekeh serta memperalatkan Melayu untuk terus jadi musang berbulu ayam? berhentilah KJ, cukuplah Pak Lah menempa nama ke nerak, jangan ikut sekali.

Anonymous said...

Umno semasa di pimpin oleh TDM anaknya tidak berapa saya kenali ,berbanding era pemimpin islam ada had dari ini bukan hanya anak menantu pun begitu menonjol hinggakan menang tanpa bertanding dlm jawatan pemuda umno,sedarlah KJ,Tanpa bapa mertuamu siapalah kamu,letak jawatan adalah jalan terbaik bagimu,Tidaklah pemikiran Hisamudin terganggu,berkokok bagai wira melayu.. Hampeh..

Anonymous said...

Tentera pengaman PBB perlu neutral sepenuhnya dan tidak boleh membenarkan sentimen peribadi seperti agama, keturunan dan kepercayaan peribadi mengganggu gugat pertimbangan sebagai ahli misi pengaman PBB. Kalau tidak, jangan sertai misi pengaman PBB sebaliknya hantarlah anggota tentera di bawah label tertentu. Misalnya, kalau mahu menyokong Hizbollah, Malaysia sepatutnya menghantar tentera Islam yang berpihak secara terang-terangan kepada Hizbollah dan membantu perjuangan Hizbollah. Kalau tentera Amerika menyokong Israel misalnya, hantarlah tentera menyokong Israel naungan Amerika sendiri dan secara terang menyokong perjuangan Israel. PBB sebuah badan antarabangsa yang mendapat kepercayaan orang pelbagai bangsa dan agama. Jadi, tidak adil jika ada tentera yang bernaung di bawah misi PBB tetapi membawa sentimen peribadi. Sama seperti seorang hakim yang sepatutnya menjadi seorang hakim lebih dari segalanya termasuk sentimen peribadinya ketika bertugas. Tentu kita tidak suka kalau seorang hakim beragama Kristian bertindak sebagai seorang Kristian sewaktu memberi penghakiman dan memihak kepada pihak Kristian dalam perbicaraan mahkamah misalnya.

Anonymous said...

Saya rasa Dr. Mahathir tahu tentang adanya rasuah dalam kerajaan semasa beliau memerintah. Tetapi, bila diselidik, semuanya terlibatkan orang melayu, daripada ahli politik sampai ke pegawai kerajaan diperingkat bawah. Kalau beliau ambil tindakkan nescaya kerajaan akan jadi huruhara. Sampai tak cukup tempat dalam penjara. Itu sebabnya beliau sentiasa (berkalikali sampai pengengar naik jemu) megambil kesempatan memberi nasihat kepada ahli UMNO dan rakyat supaya elakkan gejala rasuah.
Sebab yang kedua tidak ambil tindakkan disebabkan kelemahan dari segi undang undang jenayah rasuah yang ada sekarang. Pendakwa raya mesti buktikan dengan jelas tentang adanya penerimaan secara haram dibuat. Ini bukan mudah, walaupun kehidupan tertuduh begitu mewah, tak setanding dari mata pencariannya.
Yang ketiga, dalam proses pembicaraan, ada kelemahan yang timbul (yang menyebabkan tertuduh lepas dari tuduhan )dari pehak Pendakwa raya dan kehakiman yang kadang kadang tak menasabah. (Rakyat jadi binggung). Bila tertuduh dibebaskan, kerajaan telah membuang duit rakyat dengan begitu sahaja dari segi perbelanjaan menampung perbicaraan.
Hanya Perdana Menteri sekarang sahaja yang tergopoh gapah membicarakan "high profile VIPs" dalam kes rasuah semasa beliau mula mula pegang jawatan.( Ini disebabkan beliau tidak tahu apa beliau buat) . Sudah lebih dua tahun kes kes itu berlalu , belum ada apa apa keputusan. Entak berapa banyak kah duit rakyat akan dibelanjakan dengan tidak ada apa hasil.

Anonymous said...

Perdana Menteri kita sekarang ini leka kerana peyokong penyokongnya puji yang beliau buat kerja yang betul dan baik. Samalah seperti zaman Tunku Abdul Rahman dahulu menjelang tahun 1969. Tunku dikelilingi oleh "yes" men. Rintihan rakyat tidak terdengar oleh beliau. Bila pilihan raya 1969 tamat barulah tahu ada bumi dipijak.
Sekarang ini, resahan rakyat biasa dapat didengar merata rata. Dari semua kaum.Tentang ekonomi hidup seharian, rasuah, jenayah, peluang pekerjaan. Tetapi, pucuk pimpinan tak endah. Leka dengan agendanya yang beliau optimis. Pilihan raya akan datang ini akan menentukan nasib barisan Nasional.

Anonymous said...

Rancangan Malaysia Kesembilan memang bagus. Tetapi, saya percaya ianya akan jadi "indah kata dari rupa". Sebabnya, Perdana Menteri sekarang hanya pandai mengarah. Malangnya, orang orang bawahnya "tidak boleh dipakai", hanya beberapa orang sahaja yang efektif. Kalau Tun Dr. Mahathir buat "style" Perdana Menteri sekarang semasa beliau meneraju kerajaan, sudah tentu kemajuan negara tidak sampai setakat kini.

Anonymous said...

Berani kerana BENAR,takut kerana SALAH....!!
Kalau tak salah...biarlah semuka kat TV3 dan jawabkan semua soalan yg dituju...baru best!!
KJ & Hishamudin pun mesti hadir utk minta maaf kpd masyarakat cina kerana tak sensitif kpd mereka.
Kita tinggal dlm negara majmuk...tapi cakap macam org nyayuk!!

Anonymous said...

masyallah, makin parah kini, suruhlah paklah pikir hal negara sikit, jgn pikir temolok anak menantu je.masa TDM tak mcm ni,org dah berani bangkit isu sensitif, ekonomi parah,takut rakyat berontak
Paklah buat sesuatu.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia