Sunday, September 10, 2006

Mahathir yang dikalahkan



Keputusan memang telah diduga. Kekalahan Dr Mahathir dalam pertandingan G7 tidak memerlukan satu penganalisaan politik yang tinggi. Jelas, bila amaran telah diberi supaya jangan bertanding maka terimalah padah kekalahan dan ini sudah menjadi kenyataan.



Penulis buku "Malay Delima" yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri, sudah pasti memikirkan baik buruknya serta implikasi yang akan diterimanya bila berdegil untuk bertanding. Bagi orang UMNO di Kubang Pasu, mereka lebih rela Dr Mahathir Mohamed dipanggil iblis dan berok oleh bekas-bekas penyokong beliau daripada diberikan peluang untuk menjadi perwakilan. Semua maklum, Dr Mahathir Mohamed bukan sebarang orang, ilmunya tinggi dan beliau dikatakan bijak dalam pembacaan politik.



Namun dengan memegang rekod 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Mahathir memikirkan bahawa ini sudah cukup bagi orang Melayu untuk menghargai beliau, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mungkin hari ini, Mahathir merasakan Tun Abdul Razak Hussein yang berjasa besar kepada UMNO dan negara, dengan kesanggupan meletakan jawatan dalam perkhidmatan awam untuk berjuang dalam UMNO selama 22 tahun (1951-1976) bernasib baik kerana meninggal dunia. Jika tidak kerana mati, Tun Razak Hussein mungkin menghadapi nasib yang sama. Dr Mahathir Mohamed yang dikalahkan, sudah melengkapkan empat bekas Perdana Menteri Malaysia terbuang oleh UMNO tetapi terbilang oleh rakyat bukan UMNO. Bagi pengkaji sejarah dan ahli saikologi, mereka tidak perlu untuk membuat kajian genetik masalah Melayu seperti yang dicadangkan oleh Dr Mahathir Mohemad dalam Malay Dilema. Cukuplah apa yang terjadi ini. Itulah budaya Melayu UMNO.



Semangat feudal pada orang Melayu masih wujud walau pun sudah mendakwa merdeka 49 tahun. Feudal dimata orang Melayu, bukan sekadar pemilik tanah atau raja-raja tetapi kepada mereka yang menpunyai kuasa. Kuasa adalah penentu aliran tindakan orang Melayu UMNO. Agaknya cerita yang ditulis William Shakespeare di abad ke 16 tentang bagaimana Julius Caesar dibunuh oleh komplot Brutus dan Cassius pada 15 Mac tahun 44 sebelum masehi, yang pernah dibangkitkan oleh Dr Mahathir Mohamed sendiri dalam perhimpunan agung UMNO 15 tahun dahulu menjadi kenyataan dan berlaku kepada dirinya sendiri.



Jika Julius Caesar dibunuh dengan senjata oleh Brutus ketika memasuki ruang Senate di Roma, Dr Mahathir Mohmed dikalahkan dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Kubang Pasu. Jika Caesar mengucapkan saat dia tertikam "E tu Brutus?" yang bererti "Engkau juga Brutus?" dan dilanjutkan oleh Brutus "Jika begitu rebahlah Caesar!" Mungkin Dr Mahathir Mohamed akan berkata "E tu Osman?' atau "engkau juga Osman?" dan Osman Aroff akan berkata "hancurlah kau Mahathir".



Dalam kajian sastera, dua senario inilah yang paling penting untuk menunjukkan pesan dalam kisah Julius Caesar tersebut. Pertama, kerana Dr Mahathir gagal mengambilkira mengira peranan Tan Sri Datuk Seri Othman Aroff, jeneral dan timbalannya yang asal hanya sebagai pemandu kereta di kedutaan besar Malaysia di Amerika, yang telah diangkat menjadi Menteri Besar Kedah yang sanggup berkempen dalam malam terakhir sebelum persidangan untuk mengalahkannya dan tidak diketahui berapa jumlah wang mengalir kepada perwakilan UMNO untuk jangan mengundi Dr Mahathir Mohamed.



Kedua, kerana menunjukkan satu bentuk pengkhianatan yang menyakitkan. Dr Mahathir bersedia untuk dikalahkan oleh musuh-musuhnya, tetapi Dr Mahathir hancur jiwanya kerana orang seperti Othman Aroff sanggup mengkhianatinya. Percayalah setelah Dr Mahathir Mohamed dikalahkan, Brutus-Brutus di Kubang Pasu akan berucap panjang terutama sekali Johari Baharum dan jika diubah suai pidato terakhir, pidato Brutus ini bunyinya adalah seperti berikut:


"Jika di tengah-tengah para perwakilan UMNO di Kubang Pasu ini, ada negarawan yang dihormati - Dr Mahathir Mohamed, dan padanya aku ingin mengatakan bahawa rasa sayang, hormat dan cintaku pada Dr Mahathir Mohamed tidak kurang dari rasa cintanya.


Kalau ditanya, kenapa Brutus-brutus seperti saya, Othman Aroff, Saad Man dan yang lain-lain sampai hendak mengalahkan dan menghalang Dr Mahathir Mohamed dari memenangi pertandingan, inilah jawapan kami, semua-bukan kerana tak cinta dengan Dr Mahathir Mohamed, tapi kerana cinta pada UMNO. Apakah kalian lebih suka Dr Mahathir Mohamed menang, sedangkan semua kalian tahu akibatnya bahawa Abdullah Badawi akan berdepan dengan situasi yang tidak selesa atau Dr Mahathir Mohamed kalah hingga semua orang yang pernah menerima budinya menjadi serba salah?



Kerana Dr Mahathir Mohamed sayang padaku, hingga aku dilantik jadi Setiausaha Politiknya, dan boleh menjadi ahli Parlimen dan seterusnya sekarang jadi Timbalan Menteri, aku menangis untuknya. Kerana dia beruntung, aku bergembira kerana dapat menjadi kaya, kalau tidak setakat pencen guru sahajalah aku.
Kerana dia berani, ia ku hormati. Tapi kerana dia mengkritik Ketua aku sekarang, dia aku pastikan kalah. Ada airmata untuk cintanya tetapi aku lebih cinta jawatanku sekarang. "



Itulah nasib yang dibayar oleh Dr Mahathir Mohamed. Dia sudah tersalah orang walau dia berhati-hati. Bagaimana semua orang mengatahui bahawa setiap orang bertanggung jawab atas perbuatannya. Namun satu hal boleh dipertimbangkan, dalam politik mahu pun dalam cinta, para pengkhianat selalu akan lebih menderita daripada yang dikhianatinya. Dalam cerita Julius Caesar, Brutus yang menjadi pengkhianat mengakhiri nyawa dengan bunuh diri. Dalam kehidupan politik di Malaysia, kebanyakan orang politik khas orang UMNO yang tidak diketahui ideologinya, kerana kegiatannya tidak ada hubungan dengan ideologi, sehingga kita pun tidak pernah tahu seorang yang mengaku ahli politik itu punya idealisma atau tidak. Kenapa? kerana seluruh aktivitinya dimotivasikan oleh pangkat dan mencari kekayaan. Politik baginya terutama yang menyertai UMNO adalah suatu karier. Dari orang semacam ini tidak lahir suatu tawaran ideologi atau perjuangan, melainkan intrik dan teror kelas kambing untuk menjatuhkan lawan politik. Segala praktik dari strategi, taktik dan teknik dalam pertempuran diabdikan untuk meraihkan kemenangan..



Sang Kelembai
: Dalam politik kekampungan, kemenangan adalah segala-galanya meski pun dengan cara tidak beretika. Kesimpulan mereka yang berpolitik dengan terhormat, menang atau kalah, selalu menang. Mereka yang berpolitik dengan kekampungan dan berfikiran Brutus, meski pun menang, sebenarnya adalah kalah dalam kehormatan.

24 comments:

Anonymous said...

Tahniah dan syabas orang-orang UMNO yang akhirnya telah mengesahkan bahawa negarawan terbilang seperti Tun Dr Mahathir ini adalah sebaris dengan angkatan iblis serta sekawan beruk. Itulah UMNO.
Mahathir harus mengakui bahawa dalam UMNO tidak akan ada budi yang dikenang, tidak akan ada sejarah yang bakal dihargai kerana dalam UMNO sendiri, kepala kepimpinan adalah seorang manusia yang munafik pada bangsa dan sejarahnya.

Anonymous said...

Tuhan Maha kaya, Ini tuhan mahu bayar cash tentang apa yang dia buat dulu. Sedar Mahathir, sedar cepat - cepat, sebelum terlambat

A Voice said...

Kalau yang hendak berdendam dan bergembira dgn kekalahan Tun, teruskan. Dalam "gloating" pun, tak berani nak memberi "handle", walaupun ia tidak bermakna pun.

Tapi jangan lupa, jika anda mereka yg prihatin dgn perjalanan politik negara, satu hari suara anda akan berubah menjadi suara2 penyesalan kerana cengkaman suara "decent" lebih kuat zaman Pak Lah.

Tidak lama lagi anda akan me"rai"kan pertabalan Khairy Jamaluddin sebagai Putera Mahkota "Raja" Abdullah dan rasakan penzaliman terhadap rakyat Melayu yg lebih ganas.

Kekalahan Tun tak ada erti jika dilihat usaha2, rasuah politik, dan tekanan yang dilakukan.

Kegembiraan anda adalah kegembiraan kosong! Kehancuran kedaulatan negara sedang menunggu.

Anonymous said...

takziah pada tun,,, saya memang dah dapat menduga apa keputusan yang berlaku,ternyata memang tepat jangkaan saya,najib dan pak lah tersenyum meleret pabila wartawan mengajukan soalan tentang kekalahan tun.. dalam hati.. "fuh lega...."
mungkinkah ini ada konspirasi supaya tun kalah.. hanya tuhan yang mengetahuinya.. satu hari nanti rakyat akan tahu dan dapat membanding yang mana kaca dan yang mana intan.. buat tun mahathir teruskan perjuanganmu,saya percaya masih ramai lagi penyokongmu..

Anonymous said...

Apa ada pada Tun Mahathir,

Saya tidak dapat memberikan sebarang simpati kepada Tun Mahathir yang bagi saya juga adalah seorang pemimpin yang korup.

Keadaan sewaktu Tun mentadbir lebih menakutkan dari apa yang ada sekarang. Kita tidak boleh menyokong selama - lamanya orang yang menyerbar dan mengakui fitnah terbesar dalam rantau ini.

Apa yang dilakukan pada Anwar Ibrahim adalah satu bentuk fitnah yang dahsyat yang tidak mungkin boleh dimaafkan. Tindakan beliau memanipulasi sistem perundangan danpenggunaan ISA yang kejam dan zalim tidak memungkinkan kita menyokong Tun selagi beliau tidak mengambil langkah utama untuk memohon maaf dan menerangkan sejelas mungkin tindakan rakus beliau sewaktu memimpin.

Saya tidak katakan yang Pak Lah baik malah ianya adalah Perdana Menteri yang menyambung budaya kepimpinan rakus Tun.

Kerana itulah sambutan isu - isu yang dibawa oleh Tun tidak hebat dan beliau kalah dalam pemilihan G7.

Bagi saya orang yang pernah berbohong seperti Tun , memfitnah dan bertindak dengan kepimpinan kuku besi harus dilayan sepertimana dosa yang pernah dilakukan pada rakyat.

Biarkan Tun lapok dengan isu - isu yang dibawanya.

Anonymous said...

wahai sang kelembai,
mahathir kalah dengan oportunist hasil ciptaannya sendiri. beliau tidak perlu menyalahkan umno kubang pasu dan semua pihak yang berkonspirasi untuk menggagalkan cubaannya masuk sebagai G7. puak tu semua mana tahu kenang budi orang. mereka tu tak tahu bahawa anjing liarpun kalau diberi sekeping roti setiap hari, dia akan menjaga rumah orang yang memberinya makan. begitulah oportunist, kedudukan perlu dijaga. kita tak perlu cerita hal oportunist banyak-banyak kerana saudara sendiri mungkin suatu ketika dahulu pernah menjadi oportunist!

Anonymous said...

dalam UMNO budaya yg ada adalah opurtunis dan kiblat yg wujud adalah wang. apa nak hairan sebab umno tak lagi boleh direformkan.

dah le tu, mahathir, cukup lah, ni semua didikan kau

Anonymous said...

Tahniah Sang Kelembai!!
Teringat ucapan anwar di trengganu baru2 ini. Arwah Fahdil Noor telah berpesan pd Anwar semasa di mahkamah supaya berdoa mintak Mahathir di panjang kan umor.. Apa sebenar nya??.. Maka Mahathir di panjangkan umor, rakyat akan lihat apa balasan Tuhan pada nya nanti dan kini..Banyak sgt perhinaan Mahathir buat pada Anwar serta sahabat2nya yg lain, semua rakyat tahu. munkin ini maksud nya pesanan arwah fadhil noor.. dah tiba masa nya keaiban pd kezaliman nya akan dibalas.. itulah janji Tuhan andai Mahathir bersalah sebelom ini dalam tindakan nya semasa berkuasa dahulu. Pesan saya pada Mahathir atau dulu ada yg panggil mahazalim, bertaubat lah cepat2, serta mintak maaf lah pada rakyat semua secara terbuka, sebelum aib dan hina lebih teruk kelak menjelma.. nOOn

Anonymous said...

there will be no support for DrM. The Malays are far from accepting what Dr M has done and for the Chinese, what can DrM provide for them now.

The only thing left for Dr M to do is...keep quite

Anonymous said...

Tun M....inilah balasan yang kamu dapat....UMNO yang wujud skrg adalah acuan Tun M...skrg dah terjadi kpd diri sendiri....biar dia rasa apa yang berlaku kpd Anwar sebelum ini....Biar dia rasa bagaimana pihak pembangkang rasa... Umur Tun M yang pjg hanya sebagai medan utk rakyat melihat semula keaiban yang bakal dia lalui....Tun M skrg tak ubah mcm org nyanyuk yg gila kuasa....inilah balasan Allah...what's goes around comes around...Padan muka ko Tun.....Takbir

Anonymous said...

go to hell with Pak Lah, years of Malaysia effort under Mahathir will be flush off. Down Pak Lah

Anonymous said...

Fulamaak...now u shut up, TDM. Ahli2 umno kubang pasu pun telah menolak kamu....gitulah agaknya hal yang sedang berkapuk di dalam benak setiap seteru politik TDM.

Hebat sungguh pertandingan untuk pileh G7 di kubang pasu baru2 ini. apa nak buat sistem demokrasi begitu, bak kata TDM dulu2 1 undi lebih tetap jadi pemenang.

Begitu juga hebatnya gara2 bertanding G7, umno cheras yang selama ini nampak tenang, terpimpin, jadi contoh ikutan, tiba2 meletup macam ledakan gunong berapi bawah lautan pasifik. apakah tsunami politik di umno cheras telah sampai? mungkin ahli2 bahagian cheras sudah membuka minda bersedia untuk berubah angin? Datok Syed, bahagian lain pun bertanding G7 tiap2 tahun takde jadi gempar macam bahagian cheras. kenapa pulak Datuk Faridah jadi kembiri hitam? jangan lah asyik nak cari tahi lalat di badan orang saja. kuman jauh nun kat planet marikh nampak tapi..... kalau macam ini apa ke bendanya teriakan seantero negara bahawa umno cheras bahagian contoh. selama kini gah saja yang lebih isi tak semana pun. macam jambu madu tak berbalut kulit luar nampak cantik, isi dalam berulat.

Ikut contoh TDM kalah dalam G7 dia tak histeria melalak mintak ketua bahagian, ketua pemuda bahagian, ketua wanita bahagian kubang pasu letak jawatan pun. TDM masih bolih lagi cuba nasib pada tahun depan kalau ada rezki dan umur panjang.

Anonymous said...

Saya doakan agar Tun sedar dan insaf dan kembali ke pangkal jalan yang di reda Allah.Samalah seperti arwah Uztaz Fathil Noor dan Anwar Ibrahim telah mendoakan agar Tun di panjangkan umur.

Alhamdulillah,Tun di panjangkan umur dapat melihat siapa kawan dan siapa lawan.

Sungguhpun ubat kesedaran itu amat pahit bak kata 1000 kali pahit dari jadam,sekiranya Tun yang masih di sayangi ramai rakyat itu telan, insyaallah Tun akan kembali "GAH"dan di hormati kembali olih rakyaat seperti dulu dengan pertolongan Allah.Bukanlah hendak menjadi PM balik tapi sebagai negarawan yang tiada tandigan hebatnya.

Pak Lah is nothing just a coffee cup carrier sahaja macam steward Mas.

Sekarang ini Tun sudah tahu siapa yang sebenar kawan dan siapa lawan.

Memang Melayu mudah lupa apabila perut sudah kenyang dan buncit.

Allah memang suka kepada orang yang insaf dan bertaubat.Tetapi prinsip pendirian politik Tun yang salah itu tetap salah walaupun di sokong olih seluroh ahli kabinet Pak lah.

Yang batil tetap batil.

Anonymous said...

Dalam usahanya membangunkan bangsa dan negara,TDM terpaksa membuat keputusan yang kadang-kadang tidak popular tetapi nyata dibawah pemerintahannya Malaysia telah berjaya menjadi sebuah negara maju.
Pemerintahan hari ini membuat keputusan untuk popular.
Apakah sekarang keadaan kita lebih baik dari tiga tahun yang lepas?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Pak Lah ha..ha..ha.. berselindung di sebalik Islam Hadhari. Samalah seperti Sdr. Anwar Ibarhim membina personaliti melalui mimbar-mimbar masjid. Orang Melayu biasalah fanatik membuta tuli apabila menyentuh tentang Islam. Namum berapa ramaikah yang apabila memejam mata dapat melihat Wajah sendiri.

Anonymous said...

Chinese!, please remember 13 Mei. kalau rasa-rasa talak paham, lu pi tanya sama itu apek sama nyonya atau lu punya asor. Ini Melayu kalau dia sama2 gaduh, lu jangan campur. kalau lu campur, ini melayu sama Melayu otomatik combine kasi PARANG TERBANG SAMA LU. Melayu sama Melayu gaduh kalau cina masuk campur, ini dua2 Melayu kasi hantam sama lu... MAU PARANG TERBANG KA?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Same as "keturunan China yang ada sekarang" Paham2 ajer lah!!!!

Anonymous said...

JAMBATAN BENGKOK - kantoi

AGUSTA - kantoi

ECM LIBRA - kantoi

PANTAI - kantoi

SCOMI - kantoi

OIL-FOR-FOOD - kantoi HABIS! siap dengan bukti-bukti yang teramat kukuh.

http://www.malaysia-today.net/Oil4Food.pdf

lepas ni apa pula!!!??

TUNGGGGUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!

Standby, Hishamudiin, Ali Rustam, Khir Toyo dan ramai lagi yang mengambil langkah berdiam diri... SYABAS ANDA SEMUA!

Itu Maiden, kasi rejam sama dia.... PENDERHAKA kau rupanya iyer?

Cadangan: tubuh parti baru yang namanya UMYES(kalau sebelum ni UM(NO))-maksudnya: NO-Tidak, U-Untuk, M-Melayu. atau secara terusnya= (UMNO)U-Untuk, M-Melayu, NO-Tidak

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia