Wednesday, October 11, 2006

Bahaya Munafik

Sejarah Islam banyak memaparkan bagaimana pemimpin Islam seperti Muawiyah Abi Sufyan yang pada awalnya menggunakan Bani Umayyah untuk kepentingan Islam, tetapi kemudian menjadikan Islam sebagai alat untuk kepentingan Bani Umayyah. Ini kemudian ditiru oleh Bani Abbasiyah yang juga bertindak seperti Muawiyah, yang mana Bani Abbasiyah turut menggunakan Islam untuk dijadikan alat kepentingan golongannya dan di Malaysia kita ada Abdullah Hj Ahmad Badui (dalam kontek bahasa Al-Quran tidak terdapat perkataan Badawi), yang turut menggunakan Islam untuk kepentingan golongannya.

Dalam sejarah Malaysia hanya Tun Razak Hussein yang telah mendapat kedudukan sebagai seorang pemimpin umat Islam yang telah diterima oleh semua golongan termasuk umat Islam sewaktu beliau mewujudkan Barisan Nasional pada tahun 1974. Selepas beliau, sudah tiada lagi pemimpin Islam secara kolektif yang di ikuti dan juga ditaati oleh sebahagian terbesar umat Islam khususnya orang - orang Melayu. Sebaliknya hari ini Malaysia didatangkan beberapa orang yang hadir kerana ada "political interest", maka secara berani mereka menjual-belikan ayat suci Al Quran, demi kepentingan kuasa dengan cara bermujamalah (mencari muka) sebagaimana pernah dilakukan oleh ulama su (istilah Ulama Su, erti persuratannya - mahu mengorbankan sesuatu atas nama agama demi kepentingan peribadi atau kedudukannya) dan Islam ada had ada hari, jelas mengandungi ciri-ciri ini.


Krisis kepercayaan sekarang adalah disebab oleh "pattern of leadership" Abdullah Hj Ahmad. Telah jelas wujud pemisahan antara muslim dan kafir dan ini digunanya untuk menentukan sikap dalam perjuangan, bagi membezakan siapa kawan dan siapa lawan. Mencari mereka tidak terlalu susah sangat. Malaysia melalui UMNO sekarang sedang diperalatkan oleh puak-puak munafik ini. Ramai antara kita tidak mahu atau berani mengatakan seorang itu munafik kerana khuatir mendapat dosa, mengetahui hati sesaorang, menuduh dengan tuduhan yang tidak benar, adalah termasuk dosa besar, Firman Al-Hujrat 12: "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan perangsaka, sesungguhnya sebahagian dari perangsangka itu adalah dosa dan jangan sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain." namun Islam telah menetapkan ciri-ciri munafik untuk kita ketahui dan hayati.

Golongan munafik sedang berusaha untuk memecahkan umat Islam. Abdullah Bin Ubay adalah satu contohnya yang terdekat yang mempamerkan sikap seorang yang munafik. Sikap seorang yang munafik jelas diterangkan dan antara lain pembinaan sebuah masjid yang kemudian turun ayat At Taubah 84 dan masjid itu dirobohkan. Begitulah sebuah Masjid kristal yang dibina di Negeri Terenggganu dengan pembiayaan wang ikhsan rakyat. Masjid itu bukan dibina untuk tujuan bertakwa, ianya dibina semata-mata untuk menghalalkan satu projek dan program untuk kepuasan Abdullah Hj Ahmad dan seorang lagi munafik yang bernama Patrik Badawi yang selalu memakai baju melayu dan bersongkok. Bukankah didepan pembesar Terengganu telah ditunjukan bagaimana anak menantu pejuang Islam ada Had ada Hari bercium bergesel pipi di suatu majlis dengan si munafik ini? Adakah ini ciri-ciri orang yang berjuang atas nama Islam? Kenapa pemimpin Terengganu Hadhari dan Rakyat Bistari, tidak menegur perkara bagi membolehkan Abdullah Hj Ahmad supaya mengajar menantu dia dulu, sebelum mengajar orang lain?.

Agaknya Abdullah Hj Ahmad tidak jumpa satu surat yang ditulis oleh Al Ghazali kepada seorang Perdana Menteri dan antara isi kandungan yang ditulis adalah seperti berikut: "Banyak orang memuja anda, kerana anda sebagai seorang Perdana Menteri, anda adalah tuhannya kedudukan dan kekayaan. Orang yang memuji-muji anda sekarang akan menyalahkan anda dan menyanjung orang lain segera setelah anda turun dari kedudukan anda yang sekarang dan sesaorang lain ditugaskan ditempat anda. Jika anda melihat sesaorang yang senang memuji, maka ketahuilah bahawa ia adalah seorang pembohong dan bahaya yang tersembunyi bagi anda."

Sekarang Abdullah Hj Ahmad merasakan dirinya hebat, keturunan ariffbillah tetapi rakyat sudah menyedari topeng-topeng Islam yang dipakainya boleh terbuka sikit demi sikit dengan kerakusan kuasanya hingga banyak perkara yang diperbuatnya sudah tidak lagi mengikut sistem syuara (kabinet) kecuali menggunakan kabinet untuk berselindung dalam membuat keputusan yang beliau sendiri menentukannya. Contoh yang terdekat, adakah mungkin beliau tidak mengetahui bahawa pembangunan sesuatu wilayah adalah tanggung jawab negeri jika berhubung dengan tanah. Itu sebab dalam Perlembagaan Malaysia di bawah fasal 92, dengan jelas dinyatakan sebarang pembangunan wilayah mesti melalui proses Majlis Kewangan Negara dan Majlis Tanah Negara dan dikemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk dibuat satu Akta dan Enekmen di peringkat negeri untuk persetujuan.

Ini diumumkan dulu dan baru diproses aktanya namun Abdullah dengan dengan bangga pula berkata "ini idea saya", yang peliknya pembangunan itu dibuat oleh Perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat yang mahu mengambil tanah-tanah orang Melayu untuk kepentingan perniagaan mereka dan ini sudah pasti merugikan melayu itu sendiri dalam jangka panjang . Inilah satu kebodohan seorang Perdana Menteri kerana tidak menyedari bahawa Kanun Tanah Negara sudah dipinda untuk tidak membenarkan kerajaan mengambil tanah bagi tujuan perdagangan.

Ini belum termasuk lagi gambar yang terpapar di dada akhbar, bagaimana hebatnya seorang Perdana Menteri menjadi imam dan juga tazkirah, tetapi mengikut orang yang tahu, jarak antara sejadah imam dan makmun tidak boleh jauh, sehinggakan jika seorang Imam atas apa sebab batal dia menjadi imam, penggganti iman terpaksa melangkah hanya untuk dua pergerakan bagi menggantikan imam tersebut tetapi jika melihat gambar, jika berlaku Abdullah Hj Ahmad batal sebagai Imam,(mana tahu pampers dia basah) imam pengganti tidak boleh kehadapan di tempat sejadahnya. wallahualam

Sekarang Abdullah Hj Ahmad dimana-mana termasuk dalam perjumpaan dengan pemimpin UMNO, jika terdapat kalangan pemimpin UMNO yang berdikari mempersoalkan anak dan menantunya dengan mudah dia melenting dan mempertahankan habis habisan. Pergi tanya Ketua UMNO Bahagian Negeri Johor benar atau tidak. Akhir pemimpin UMNO sudah mula tidak lagi memberi maklum balas, mereka melihat Abdullah Hj Ahmad macam luncai dengan labunya, dimana pemimpin-pemimpin UMNO hanya berkata "biar-biarkan" kerana mereka tahu, bahawa Soerharto yang gagah perkasa dengan dukungan ABRI akan jatuh tertiarap hanya kerana kesalahan nepotism, kroni dan anaknya Tommy dan Abdullah Hj Ahmad juga menyimpan seorang Tommy yang maha berkuasa dimana Tommy hanya menggunakan dua budak hitam, satu menantunya dan satu lagi di NST dan Tommy ini sendiri bertindak macam Al-Copone. Berbeza dengan Al-Copone ala Mafia yang melakukan jenayah dan pengedaran dadah, Al-Copone yang hadhari ini sibuk menguasai pernigaaan dengan menggunakan berbagai nama proksi. Hari ini pajakan Hotel Pan Pac, bila dimaklumkan bahawa yang memohon itu adik iparnya, Abdullah Hj Ahmad dengan sombongnya telah mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan UMNO meluluskan dan sekarang dalam persiapan memberi adik ipar pengurusan PWTC. Itu baru harta UMNO, apalagi harta kerajaan?

Sekarang beliau sibuk membuat tazkirah, kalau buat pun tidak perlu bagi tahu satu Malaya. Beribu orang-orang alim, tok guru dalam bulan ramadhan ini membuat tazkirah tapitidak pula masuk dalam akbar dan TV. Mungkin kerana mereka tahu bahawa dalam hadis sahih ada disebut "Sesungguhnya tiga manusia yang pertama kali diseret ke jahanam, mereka adalah orang yang belajar ilmu dan mengajarkannya, agar orang lain berkata dia orang alim dan qari, orang yang berperang dan berjihad agar orang lain berkata dia berani dan perkasa, yang bersedekah dan memberi agar orang lain berkata ia dermawan pemurah"

Apabila ilmu dan pendapat diajar untuk memuaskan nafsu agar orang lain nampak kehebatannya, menggunakan dan menuduh orang lain iblis bagi mempamerkan keagungannya, mendadik dada dengan laungan "Akulah Perdana Menteri Malaysia dan mereka yang lain harus tunduk kepada ku maka kita dengan sendiri mampu mengklasifikasi manusia jenis apa dan apa kategori orang seperti ini dalam Islam.

Al-Fudhay Bin Iyadh telah mentafsirkan Surah Al-Mulk "Untuk mengujimu, siapakah di antaramu yang baik amalnya?" seperti berikut:

"Yang diikhlaskannya dan dibetulkannya" lalu kepadanya ditanyakan, "Hai Abu Ali, apakah yang dimaksudkan dengan diikhlaskan dan dibetulkan itu? Ia menjawab, "Sesungguhnya amal, apabila benar dan tidak ikhlas, tidak akan diterima. Dan apabila ikhlas tetapi tidak benar, juga tidak diterima. Ia baru diterima apabila telah ikhlas dan benar. Orang yang ikhlas adalah orang yang beramal kerana Allah dan yang benar adalah yang sesuai dengan tuntunan Sunnah."

Begitu Ibnu Syahin dan Al-Lalika meriwayatkan dari Said Bin Jabir, "Ucapan tidak diterima kecuali diserta amal. Dan ucapan dan amal tidak diterima kecuali dengan niat. Ucapan, amal dan niat tidak diterima kecuali apabila sesuai dengan dengan Sunnah. Ucapan, perbuatan, dan niat yang tidak sesuai dengan sunnah dan tidak sejalan dengan syariah yang telah diperintah Allah adalah bid'ah, "setiap bid'ah itu sesat" bukan yang dicintai oleh Allah, maka Allah tidak menerimanya, tidak sah, seperti perbuatan orang-orang musyrik dan ahli "al-kitab.

Sang Kelembai: Bila ada orang dalam sajaknya "Kita Bongkar rahsia sunnah Nabi, cari panduan" agaknya dia tidak berjumpa perkara di atas yang ditulis oleh Ibnu Taymiyah. Itu sebab terkeluar pantun "Dua tiga kucing berlari, Mana nak sama si kucing belang, Buat apa jadi Perdana Menteri, jika keputusan selalu lintang pukang." waallahualam




Sedikit penerangan ( Zaharin - 14 Okt 2006 )

Sikap cenderung ke arah munafikin inilah yang menjadi tajuk perbincangan yang mahu dibawa. Sejarah Islam cukup jelas membicarakan sikap dan ciri – ciri mereka yang menggunakan Islam untuk kepentingan peribadi. Ini adalah antara ciri - ciri yang saya perhatikan wujud dalam kepimpinan Abdullah Badawi. Mengenai persoalan Muawiyah Abi Safyan saya percaya saudara Ayub Tulakang lebih maklum dalam persoalan itu, namun tidak ada hukum dari saya ke atas Muawiyah Abi Sufyan sebagai orang munafik melainkan hanya mengambarkan kehadiran golongan - golongan yang mahu bertindak menggunakan Islam atas kepentingan sendiri. Untuk makluman rujukan penulisan saya adalah pada penulisan Taha Hussein yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.


Asas penulisan dan pokok perbincangan adalah kehadiran golongan munafik yang sanggup melakukan ini untuk tujuan yang tidak ikhlas, memperalatkan agama dan menjadikan agama sebagai alat untuk kuasa dan akhirnya menggunakan kuasa untuk tujuan peribadi. Ini yang perlu kita teliti. Adakah tidak jelas kehadiran sikap – sikap yang cenderung kepada kemunafikan dalam masa beliau memegang kuasa? Kita perdebatkan.

Bagaimanapun sekiranya wujud interpretasi berbeza ianya adalah untuk tujuan diskusi dan untuk itu intipati yang mahu diketengahkan adalah bahaya dan ancaman golongan munafik kepada umat kita.

Berikut adalah satu potong cerita yang sebenarnya mampu menunjukkan kehadiran sikap munafik biar dari arah mana kita teliti. Penulisan saya sedia untuk dikritik dan diperbetulkan dan bukan seperti yang kepimpinan tertinggi yang ada, hitam kata kroninya maka hitam katanya biar macammana putih seluruh rakyat Malaysia melihatnya.
sila juga lihat capaian berikut :
Muawiyah turut menjadi mangsa riwayat sejarah? klik sini

38 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum-Oleh krn besarnya kerosakan yg diakibatkan oleh org yg Munafik maka Allah telah menetapkan satu surah dlm Al-Quran khusus membincangkan mengenai org Munafik. Surah tsb dinamakan "Al-Munafiqun".

Dlm Islam pun sejarah org Munafik telah jelas dan salah seorang tokoh Munafik yg tersohor dlm sejarah Islam ialah "Abdullah bin Ubai".

Salah satu sifat utama org Munafik ialah menyembunyikan kesalahan. Ini jelas boleh dilihat pd Pak Lah-walaupun dah tahu
diri telah melakukan kesilapan/walaupun dah tahu menantu dah melampau/walaupun dah tahu anak dan adik-beradik dah dapat projek Kerajaan masihhhh... nak sembunyikan macam takde apa2 yg berlaku. Mungkin nak tunggu sampai cukup khazanah keluarga 6 bilion baru berhenti tapi tak mungkin juga sbb manusia mana pernah puas ....

Sudahlah dan cukuplah tu Pak Lah ... berhentilah bersendiwara... ahli UMNO dan orang Melayu Islam di Malaysia sudah tidak sanggup melihat sahaja sendiwara anda dan keluarga anda.

Di bulan Ramadhan yg mulia saya menyeru semua orang Melayu Islam marilah kita bersama2 berdoa semoga umat Islam dan negara kita yang tercinta diselamatkan dari angkara durja "Abdullah bin Ubai" peranakan Malaysia. Ameen Ya Robbal Alamin.

Anonymous said...

Patrick badawi dan KJ adalah muka yang bakal menghancurkan Tganu, segala wang ihsan dari hasil minyak akan dan telah di kongsi oleh dua penyamun ini. bungalow harga 250K tapi peruntukan 1 juta.
bayangkanlah kalau 50 biji bungalow. jadi jangan terkejut kalau idris jusoh pun boleh salam dan cium tangan dua penyamun ni.Kita pun tahu yang idris jusoh tu dah tak ada muka lagi dah, dah hilang kejantanannya.sebiji dipegang oleh KJ yang lagi satu patrick badawi pegang.
Semoga rakyat tganu sedar tentang
penipuan ini.

Anonymous said...

Assalamualaikum, abdullah bin ahmad, pemimpin islam ada had ada hari ini juga telah membuat kesilapan terjemahan ayat al-quran ketika berucap pada majlis berbuka puasa di kediaman menteri besar perak baru-baru ini.

sandiwara orang munafik yang menumpang nama datuknya sebagai seorang ulamak semakin hari semakin terdedah temberangnya.

berhati-hatilah mendengar tazkirah pemimpin sayang menantu ini... takut-takut ada lagi yang tersilap dalam penyampaiannya.

Anonymous said...

Rata-rata bila ditanya kawan-kawan saya dari ahli-ahli UMNO, mereka akan menyuarakan rasa kekecewaan mereka terhadap PM sekarang. Mereka ini yang dulunya cukup berbangga sebagai ahli UMNO kini bagaikan kehilangan arah dan perjuangan. Yang keluar dari mulut mereka adalah kekecewaan demi kekecewaan seolah-olah melepaskan geram terhadap Pak Lah.

Dulu di zaman TDM segala ucapan dan kata-kata beliau sering menjadi pemangkin kearah kewibawaan dan rasa bangga kita menjadi rakyat Malaysia. Ucapannya ditunggu, segar, ilmiah dan tinggi logikanya. Malangnya rakyat yang dulunya ketagihan ucapan-ucapan TDM kini terasa sesuatu yang teramat lompang apabila mendengar ucapan-ucapan Pak Lah yang bukan sahaja tidak segar tetapi kadang-kadang kelihatan amat letih untuk menghabiskan ayat-ayat basi dalam ucapannya.

Soal munafik adalah jelas baik dari segi sifatnya, hukum mahupun pembalasan dari Allah SWT. Begitu juga soal amanah apabila diberi tanggungjawap.

Tetapi jauh disudut hati, saya melihat persoalan `incompetent'nya Pak Lah dalam menerajui dan mengembalikan kegemilangan Malaysia.

Anonymous said...

Assalamu'alikum Pak Zaharin,

Semoga kita semua sentiasa di beri Hidayah dan Taufiq setiap masa,ameen.
Saya terpanggil memberi komen kerana kenyataan pembukaan Pak Zaharin mengenai Mu'awiyah. Adakah Pak Zaharin mengganggap Mu'awiyah RA sebagai munafiq?Kalau di kaitkan dgn tajuk artikel dan kandungan selepas pembukaan bicara, seolah-olah digambarkan bahawa Mu'awiyah adalah munafiq.Itu yg saya faham, jika salah saya minta maaf.Tapi bila tajuk dan kandungan artikel menceritakan ttg orang munafiq, jadi pengaitan nama Mu'awiyah RA tidak dapat tidak menggambarkan beliau adalah munafiq. Na'uzubillahi minzaliq.

Perlu kita semua ingat dan sedar bahawa Mu'awiyah adalah salah seorang sahabat Nabi SAW dan salah seorang penulis wahyu yg baginda terima. Beliau antara orang yg dijamin syurga dalam hadith2 Baginda SAW. Jika kita mengganggap Mu'awiyah RA sbg munafiq bermakna wahyu al-Quran yg beliau tulis tidak boleh di terima!
Memang banyak cerita kurang enak didengari dan ditulis berkenaan Mu'awiyah RA dan anaknya Yazid, tetapi kebanyakkannya adalah dari riwayat2 Syi'ah antaranya daripada Hisyam ibn Muhammad, Abu Mikhnar(Yahya ibn Lut) dan Muhammad ibn 'Umar al-Waqidiy.(ketiga-tiga mereka adalah Syi'ah yg melampau)

Saya berikan hadiyh sahih yg menjamin Mu'awiyah RA dijanjikan Syurga( takkan org munafiq Nabi SAW janjikan syurga!):
"Daripada Umm Haram,bahawa dia telah mendengar Nabi SAW bersabda:"Tentera yg pertama di kalangan umatku yg berperang di laut wajiblah bagi mereka itu syurga." Kata Umm Haram:"Wahai Rasulullah!Adakah aku termasuk di kalangan mereka?" Jawab Baginda SAW:"Ya!." Kemudian Baginda bersabda lagi:"Tentera yg pertama di kalangan umatku yg memerangi bandar Qaysar(Caesarea) diampunkan dosa mereka." Aku(Umm Haram)berkata:"Adakah aku di kalangan mereka,wahai Rasullulad(SAW)?." Jawab Baginda:"Tidak."
(Riwayat al-Bukhori,Muslim,al-Nasa'ie,Abu Dawud,al-Termizi dan Ibn Majah).

ALLAh yg bersifat Maha Mengetahui telah menentukanbahawa peperangan umat Nabi SAW yg pertama di laut ialah peperangan Cyprus. Umm Haram telah menyertainya dan panglima dalam peperangan tersebut ialah Mu'awiyah RA. Peperangan ini berlaku pada zaman pemerintahan Saiyyidina Uthman ibn 'Affan.Turut serta dalam peperangan tersebut ialah Abu Zhar, Abu darda' dan beberapa sahabat lain. Peperangan tersebut berlaku pada 27H dan Mu'awiyah RA menjadi amir/gabenor ketika itu.
Dalam menjelaskan hadith di atas, Imam Ibn Hajar al-'Asqalani menyebut dalam kitab Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhori:
"Dalam hadith ini sifat kepujian diberikan kpd Mu'awiyah kerana dia adalah orang yg pertama berperang di laut dan juga kpd anaknya Yazid kerana dialah(Yazid) orang yg pertama memerangi bandar Qaysar."

Cuma ini sahaja yg ingin saya perjelaskan kerana jika kita mengganggap Mu'awiyah sbg munafiq kita telah menyalahi sebuah lagi hadith sahih Nabi SAW iaitu:
Daripada Abu Sa'id al-Khudriy,katanya: Bersabda Nabi SAW:"Jangan kamu mencerca para sahabatku.Sesungguhnya jika ada di kalangan kamu membelanjakan emas sebesar Bukit Uhud sekalipun,ia tidak mencapai(nilai) secupak(makanan) atau setengahnya yg dibelanjakan oleh mereka."
(Riwayat al-Bukhori,Muslim,Abu Dawud,al-Termizi dan Ibn Majah).

saya berharap jika kita nak kaitkan keburukkan seseorang jangan dikaitkan dengan nama para sahabt Nabi SAW.

Mereka telah ALLAH janjikan Syurga, sedangkan kita masih belum tahu dimana kedudukan kita disisi ALLAH 'azza wa jalla.

Saya berharap agar komen saya tidak di delete. Bukan kerana nak kata saya pandai atau Pak zaharin tak pandai.Tetapi sebagai peringatan kepada kita semua agar lebih berhati-hati agar kita tidak memanjangkan fitnah terhadap sahabat Nabi SAW.

Maaf jika komen ini mengguris perasaan sesiapa.
Selamat meneruskan puasa dan semoga kita semua dikurniakan bertemu Lailatul Qadr.
Wassalam.

Ayub Tulakang

Anonymous said...

Assalamualaikum-Salah satu sifat org Munafiq ialah suka menimbulkan pertelingkahan dan permusuhan utk kepentingan diri.

Jika dilihat jelas sifat tsb ada pd menantu kesayangan Pak Lah iaitu tak lain dan tak bukan KJ.

Hari ini beliau yg sebelum ini senyap pasal lapuran ASLI tiba2 melatah selepas Mirzan meminta maaf. KJ kata kalau ikut surat khabarlah lapuran ASLI tsb tidak boleh dimaafkan.

Rasanya kalau bukan Mirzan tentu KJ masih lagi lepak dgn kawan karib beliau Patrick Lim kat mana-mana atau terus beristerehat di rumah ... maklumlah bulan puasa.

KJ bukan tak tau yg buat lapuran tu bukan Mirzan tapi org lain ... tapi biasalah ini peluang utk menimbulkan perasaan benci org pd Mirzan anak TDM. Bila lagi nak burukkan TDM. Musuh ketat beliau No. 1.

Bukti lain jelas dpt dilihat masa KJ berkata org China akan mengambil kesempatan di atas kelemahan UMNO ... ini kemudiannya tlh menimbulkan kemarahan MCA/Gerakan. Yang hairan tu Hishamuddin pun tak boleh nak kata apa ... power betullah KJ.

Ada org kata KJ ni mmg dah lama merancang dgn DS Anwar utk menimbulkan kemarahan ahli UMNO terhadap Pak Lah dgn matlamat utk menjatuhkan Pak Lah dan selepas itu sbb takde pemimpin UMNO yang "clean" bolehlah DS Anwar atau KJ sendiri naik. Naau zubillahi min zalik.

Tak tahulah mana satu yg betul ... mustahil juga Pak Lah tak tahu sbb SB Pak Lah pun byk. Atau mungkin Pak Lah mmg betul2 tak tahu sbb SB beliau dah kenyang diberi makan oleh KJ. Atau yg akhirnya mmg Pak Lah dah tahu tapi sbb Pak Lah tahu dia mmg tak layak dan tak mampu memimpin Malaysia jadi ikut ajelah perancangan KJ dan sebelum turun/diturunkan jawatan kautlah keuntungan sebanyak mana yg boleh.

Mcm tulah Munafiq yg dihasilkan di Oxford tempat CIA memilih calon dan melatih ejen CIA.

Semoga Allah senantiasa melindungi kita. Ameen.

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Marilah kita sama-sama berdoa dan melakukan solat hajat(samada berjemaah atau berseorangan) agar Allah Taala tunjukkan kebenaran dan menghancurkan segala perancangan orang-orang munafik dan kafirun.

Sesungguhnya manusia hanya mampu merancang, menipu dan sebgainya, tetapi Allah yang menentukan segalaNya.

dan kita sebagai muslim, gunakan kesempatan ini untuk melakukan perubahan pada pilihanraya akan datang. Walaupun sehebat mana penipuan dan perancangan yang akan dilakukan oleh puak2 munafik ini!

Anonymous said...

assalamualaikum kelembai

komen dari ayub tulakang di atas tu mcm mana yea?

sila jawab kelembai, ini berkaitan Islam....bkn badawi ke lori ke lagi nih...

kalau silap moga diampunkan dosa kita semua...

Anonymous said...

Assalamu'alaikum WBK. Contoh pemimpin di Mlaysia yang mencontohi kepimpinan Nabi dan empat sahabat utama ialah Tuan Guru Hj Nik Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Hadi Awang. Sesungguhnya akhlak pemimpin adalah cermin keperibadian dan keikhlasannya. Kedua tokoh ini mempunyai peluang untuk memilih kehidupan penuh kemewahan melalui kedudukannya serta bisa menyenangkan kehidupan keturunannya. Tetapi mereka memilih kehidupan yang terlalu sederhana malah lebih sederhana dari sesetengah kehidupan Mufti. Sifat yang terpamer ini mencerminkan kewibawaan dan keikhlasan pemimpin itu sendiri dan menjadi teladan yang baik bagi pemimpin - pemimpin yang lain serta mengujudkan rasa kagum dikalangan pemimpin bukan Islam. Alangkah sejahteranya Negara kita sekiranya dipimpin dua tokoh ini. Pemimpin yang takutkan Allah untuk melakukan maksiat dalam apa jua bentuk. Tapi apakan daya kerana sistem demokrasi melalui pilihanraya tidak akan memihak kepada Islam kerana diatur dan disusun dengan pelbagai muslihat melalui persempadanan parlimen yang tidak mungkin memihak kepada mana-mana parti yang diistilah sebagai pembangkang untuk menguasai majoriti di Parlimen. Pada hemat saya setelah meneliti sejarah perjuangan Islam dizaman Nabi dan para sahabat dalam mendaulatkan Islam kebanyakkan ditegakkan melalui Jihad Fisabillillah. Apabila melihat sesuatu kemungkaran berlaku, yang pertama kita harus tegah dengan tangan kita sendiri manakala tegahan melalui hati adalah selemah-lemah Iman manakala kita ini sedang duduk diantara keduanya. Telah menjadi tabiaat Agama Islam yang hanya tertegak melalui Jihad.( lihatlah laman web wwww Malaysucker.com atau Malaysiasucker.com bagaimana Nabi Muhammad SAW, Quraan dan Islam dihina ) Allah Hu Akhbar ! Allah Hu Akhbar ! Allah Hu Akhbar.

Anonymous said...

assalamualaikum...

wow? hebat juga, tapi perlu diperbetulkan keterangan muawiyah. Jika ada bukti sahih dia munafik, bak mai sini, jika tak de seperti apa yang saya baca hadith dan komen cik ayub..tuh tolong delete or perbetulkan kenyataan.

apa-apa pun tulisan cik sang kelembai ada power, memang betui lah, si bedul tu memang lok lak...bertopengkan datuk dia aje..ulamak tapi dia ular semak...
heheheh

Anonymous said...

Assalamu'alaikum.

merujuk komen Dr butiq.
Memang kita seharusnya sentiasa berhati-hati bukan sahaja terhadap KJ tetapi mana-mana ahli politik di negara kita.Dan sifat berhati-hati adalah sifat yg terpuji.

Cuma bila drbutiq single-out kan KJ membuat saya tertanya-tanya. Bagaimana dgn pemimpin Pemuda UMNO yg lain? Ramai juga mereka dari golongan anak-anak orang kaya/mewah. Malah ketua mereka merupakan anak PM suatu masa dulu. Malah TPM juga anak golongan bangsawan bekas PM kedua.

Dalam barisan EXCO Pemuda ramai anak2 belas MB dan wakil rakyat, Ramai dari mereka tidak pernah merasa kesusahan hidup. Ramai tidak pernah bangun sebelum subuh utk menoreh, utk ke bendang atau ke laut mencari rezeki.

Kalau mengikut alasan drbutiq memang ramai pemimpin Pemuda UMNo tidak boleh diharapkan utk membela bangsa negara dan Islam.

Kita tak perlu risaukan KJ kerana beliau anak orang senang atau menantu Pak Lah. Kita boleh risau kerana tindakan beliau atau apa-apa perancangan beliau utk berkuasa atau menyalahguna kuasa.

Mulai malam ini insyaALLAh mari kita pertingkatkan amalan dan panjangkan tempoh ber'iktikaf di masjid semoga malam 10 terakhir ini ALLAh hadiahkan kita dgn Lailatul Qadr, ameen.

Wassalam
Ayub Tulakang

Anonymous said...

Assalamualaikum-saya ingin menyentuh sedikit komen "Ayub Tulakang" dgn "the architect".

Bagi saya sekiranya ada kesilapan di pihak Sdr Zaharin tegurlah dgn baik dan berhikmah kecualilah teguran saudara itu ada niat utk memburukkan Sdr Zaharin maka teguran tsb sebenarnya tidak ikhlas.

Kita sewajarnya merenung mengapa dan kenapa kita perlu membincangkan mengenai kepimpinan Pak Lah di masa ini. Kepincangan kepimpinan Pak Lah yg berlaku adalah jelas dan tidak dapat dinafikan lagi.

Masa depan anak cucu kita semuanya adalah ditangan kita sendiri bukan org lain. Sekiranya kita gagal memainkan peranan kita, maka jgn berkecil hati jika kemudian hari kita sendiri disumpah seranah oleh anak cucu kita kerana kita gagal mempertahankan hak org Melayu Islam.

Oleh itu usaha Sdr Zaharin menyediakan kita ruang utk berbincang adalah sepatutnya dihargai oleh kita semua. Peluang yg ada hendaklah digunakan dgn sebaik mungkin.

Semoga semua sumbangan yg saudara berikan dpt memberi kesedaran kpd semua org Melayu Islam di Malaysia yg tercinta ini. Ameen.

Anonymous said...

Man kaffara ahla la ilaha illallah fa huwa ilal kufri aqrab - If someone calls a believer in God unbeliever, then he (the speaker) is the unbeliever - Tabarani. Jadi,Kalau kita kata seseorang tu kafir, munafik ke kita adalah yang sebegitu.

Anonymous said...

Salam kpd Anonymous(posting jam 12.49pm).

Teguran saya kpd Pak Zaharin sudah cukup berhikmah dan ikhlas sebagai seorang Muslim. Saya menyanggah tulisan Pak Zaharin hanya pada kenyataan beliau tentang Mu'awiyah RA salah seorang sahabah Nabi SAW. Dan saya sertakan dalil hadith sahih utk tujuan tersebut.Saya tidak menggunakan perkataan memaki atau mencarut kpd Pak Zaharin ,malah saya telah mendahului dgn meminta maaf jika saya salah mengerti akan tulisan beliau dgn penggunaan nama Mu'awiyah sebagai muqqadimmah tulisan beliau.

Apa yg beliau telah dan hendak ditulis tentang Pak Lah atau sesiapa saja pemimpin UMNO adalah hak beliau. Samada tulisan itu berfakta atau hearsay saya akan baca dan self audit. Tapi jika sesuatu tentang Sahabat Nabi SAW saya agak sensitif sebab implikasinya amat besar jika tidak tepat. Perkara tentang sahabat Rasulullah SAW mesti berdasarkan dalil al-Quran dan AsSunnah dan bukan berdasar riwayat2 musuh para sahabat terutama riwayat dari Syi'ah.

Apabila kita menerima sesuatu berita atau perkhabaran, cuba kita semak dulu kesahihannya. Tidak perlu kita terima bulat2 atau reject bulat2. Dan ada berita bercampur aduk antara kebenaran dan pembohongan.


Memang ada sedikit benar bila saudara katakan masa depan anak-cucu kita ada hubungan kait dgn apa yg kita buat atau tak buat hari ini.Tapi kalau kita imbau kembali sebenarnya kita selama ini hanya memikirkan masa depan dari segi kuasa politik dan ekonomi sahaja.Tetapi fakta membuktikan dari segi moral/akhlak dan aqidah Islamiyyah anak-anak kita sebenarnya semakin mencorot. Sudah berapa ratus ribu anak melayu yg graduate dari Universiti Serenti?Anak Melayu lah yg paling ramai mendapat Sijil atau Diploma atau Ijazah Sarjana malah PhD serenti!

Kita juga melihat semakin bertambah perlakuan zina dan meminum arak dikalangan remaja kita.Juga makin ramai yg tidak tahu membaca al-Quran atau bersolat!
Ini semua berlaku di zaman kita sejak berpuluh tahun.

Jika kita mahu sesuatu yg bermanafaat, saya rasa seluruh kepimpinan perlu dirombak, bukan hanya 'kepala ikan' sahaja. seluruh tangki/akuarim perlu dibersihkan dan di tukar ikan-ikan baru utk memimpin Malaysia.

Jika masih inginkan UMNO berkuasa maka ahli UMNO lah yg perlu berani berbuat begini.
Jika tidak, seluruh umat Melayu perlu berani utk menggubah parti yg memerintah secara keseluruhannya.

Bagi saya jika Pak Lah turun atau diturunkan, Pak lain yg akan menggantikan beliau tidak mungkin akan lebih baik dari beliau. Acuan mereka agak sama.

Sudah cukup beranikah orang Melayu utk melakukan perubahan ini? Sudah beranikah ahli2 UMNO utk menukar seluruh pucuk pimpinan mereka? Saya rasa tidak. Kebanyakkan ahli UMNO masih ada feudalistic instinct dalam diri mereka dan mereka akan terus akan begitu. Kebanyakkan mereka akan percaya apa saya kata-kata Tuan-tuan politik mereka(political Lords) dan mereka akan bersatu dalam melaungkan: "Kami sokong Presiden 100%!".(Kita akan lihat hal ini pada November ini).

Kita yg melawat blog Pak Zaharin, teruslah membari sumbangan atau idea(kerana orang Tingkat 4 di Putrajaya memang membaca blog ini)tapi kita mesti berobjektif dan tidak terlalu emosi. Jika apa yg kita tulis merupakan kebenaran ianya akan membantu dlm melakukan perubahan.Jika kita menulis pembohongan dan makian semata-mata ianya merupakan fitnah, dan fitnah merupakan penambahan dosa dalam hidup kita.

Sabagai penutup kali ini, sempena malam 10 terakhir ini saya turunkan satu doa dari Nabi SAW melalui "Aisyah RA utk kita amalkan, semoga ALLAH ampunkan dosa kita dan terima taubat kita:
"ALLAhumma innaka 'afuwun thuhibbul 'afwa fa' fu anna".

Wassalam
Ayub Tulakang

SANG KELEMBAI@zaharin mohd yasin said...

Bagi seseorang yang mengeluarkan kenyataan ini : If someone calls a believer in God unbeliever, then he (the speaker) is the unbeliever - Tabarani.

Firstly - define believer in God , AlQuran has indicate those with the so called munafik characteristic. We must have a balance here, if someone is truthly , visibly and clearly confess the chracteristic of "munafik" then it is us that are in sin for not doing anything to defend ummah. Are we in the wrong for exposing the mistake - the unacceptable leaders mis using Islam?

What says the other blogger?

Anonymous said...

Saya amat bersetuju dgn komen dari ayub tulakang berkenaan menukar kepala ikan hatta seluruh isi kandungan dlm akuarium.
Pada hemat saya kiranya umno betul2 melaksana/mentadbir kerajaan yg ada pada hari ini berlandaskan hukum-hakam halal dan haram, saya percaya org melayu akan kembali menyokong umno.
Cuba kita renung kembali mengapa org melayu berpecah sehingga tertubuhnya pas,keadilan dan lain2 parti ? Puncanya adalah kerana pemimpin yg terdahulu dan yg ada sekarang mengambil mudah akan hukum-hakam, berlaku zalim, tidak amanah dan pentingkan kroni.
Ini amat merugikan org melayu.Percayalah, jika umno kembali kelandasan yg betul parti pembangkang yg ada sekarang akan terkubur dengan sendirinya.

Anonymous said...

Assalamu'alikum,

Jazakallah khair Pak Zaharin atas penjelasan tambahan yg Pak Zaharin muatkan bersama artikel asal.
Saya telah membaca artikel di link yg Pak Zaharin berikan( di umno-reform). Alhamdulillah. Artikel di umno-reform adalah petikan dari buku Dr Mohd Asri Zainul Abidin(Dr MAZA) yg di bentangkan pada Seminar "Pertelingkahan Sahabat Rasulullah SAW" pada sekitar 2005 di DBP anjuran Karangkraf.
Saya sarankan sesiapa yg ingin mengetahui hujah dan dalil2 al-Quran dan AsSunnah yg membela para sahabat Radiallahu anhu ajmain dan bagaimana tohmahan2 terhadap para sahabat mula timbul.

Salam buat semua.
Dan jangan lupa zakat fitrah yg perlu kita jelaskan agar ibadah puasa kita tidak tergantung.

Ayub Tulakang

Anonymous said...

Assalamualaikum-kepada Ayub Tulakang (komen 7.47am), alhamdulillah krn kita mempunyai matlamat yg satu iaitu memerangi kemungkaran demi menegakkan kebenaran dan kebaikan.

Di bulan Ramadhan yg mulia ini saya memohon berbanyak kemaafan sekiranya komen pada 12.49pm terhadap Ayub Tulakang telah menyinggung hati dan perasaan.

Adalah amat menyedihkan fenomena skrg ini semasa Pak Lah mempromosikan Islam Hadhari yg sesetengah org kata "Islam Ada Had Ada Hari", perlakuan tidak bermoral di kalangan remaja semakin berleluasa seperti sama naiknya dgn usaha Pak Lah utk mempromosikan Islam Hadhari.

Pada masa yg sama juga, perlakuan tidak bermoral Pak Lah yg mementingkan anak, menantu dan adik beradik juga kelihatan dari sehari ke sehari semakin meningkat.

Astaghfirullahal adzim-org yg memperkenalkan dan mempromosikan Islam Hadhari pun lebih kurang 2x5. Itulah sebabnya dan tidak hairanlah sesetengah org berkata Islam Hadhari "Islam Ada Had Ada Hari".

Adalah menjadi satu tanda akhir zaman, apabila pemimpin tidak lagi menunaikan amanahnya. Apabila pemimpin yg dilantik sebenarnya tidak layak utk memimpin dan apabila menyedarinya masih terus menjadi pemimpin dan terus menimbulkan kerosakan di muka bumi ini.

DAN AMAT MENYEDIHKAN sekiranya org lain yg menyedarinya tidak melakukan apa2, maka arahan Allah "Amr Maaruf Nahi Munkar" tidak akan terlaksana. Semoga melalui ruang yg disediakan oleh Sdr Zaharin ini kita dapat memberikan kesedaran kpd semua org Melayu Islam yg bersedia membuka minda mereka kpd kebenaran.

Adakah ini juga bermakna Pak Lah telah menggunakan Islam utk kepentingan diri beliau iaitu utk menunjukkan beliau seorang pemimpin yg senantiasa menjadikan Islam sebagai pegangan/panduan. Sama2lah kita teliti dan fikirkan berdasarkan kpd situasi skrg ini.

Mengenai komen Ayub Tulakang utk menukar semua ikan dalam akuarium. Saya lihat skrg berdasarkan kpd senario di Malaysia di mana org Melayu Islam amat menyokong apa-apa pembaharuan yg bercirikan Islam, adalah sudah mencukupi pemimpin yg menjadi PM mempunyai ciri2 keislaman yg tinggi, yg mampu merubah segala sistem yg tidak Islamik kpd Islamik, yg boleh mempertahankan Islam. Tidak semestinya secara drastik tetapi secara beransur-ansur. Sekiranya PM tsb mempunyai seorg dua pemimpin lain yg mempunyai ciri2 keislaman yg tinggi, alhamdulillah, perubahan akan dapat dijalankan dgn lebih lancar.

TETAPI malang sungguh krn PM kita skrg ini iaitu Pak Lah tidak mempunyai ciri2 yg sebegitu-usaha JAWI utk membasmi keruntuhan moral telah dikecam hebat hanya kerana berlaku kesilapan melakukan serbuan yg kecil sehingga pegawai penguatkuasa JAWI pun takut hendak buat serbuan lagi. Usaha Jabatan Agama Islam Putrajaya utk menubuhkan pasukan Amr Makruf Nahi Munkar utk memberi nasihat kpd remaja yg berpeleseran di Putrajaya juga dihalang. Tidak hairanlah sekiranya anda rajin melawat Putrajaya di waktu malam, sekiranya bernasib baik akan bertembung dgn kereta yg dipandu perlahan dan di dalamnya ada dua org hamba Allah yg berlainan jantina.

Pak Lah juga tidak keberatan utk menghadiri majlis anugerah filem jika tak silap saya anjuran salah satu Kementerian dgn ASTRO, disiarkan dlm TV, duduk di bahagian depan sekali berdekatan pentas dan disajikan dgn pakaian artis yg menjolok mata serta tarian dan nyanyian yg hebat2 belaka. Saya yg menonton merasa sedih atas apa yg berlaku ... pemimpin yg mempromosikan Islam Hadhari hadir pd majlis seperti itu.

Adakah kesempatan yg sama boleh diberikan oleh Pak Lah semasa Musabaqah Antarabangsa atau semasa Ceramah Agama yg diadakan oleh Jakim utk disiarkan di dalam TV setiap malam Jumaat. Marilah sama2 kita perhatikan ....

Tindakan Pak Lah sebagai Pengerusi OIC juga amat memalukan dan mendukacitakan kita org Melayu Islam. Tindakan lambat diambil apabila Lebanon diserang Israel, tiada apa2 tindakan diambil apabila bantuan kewangan dihalang daripada sampai kpd Hamas, apabila ramai Menteri Kabinet Hamas yg diculik oleh Israel dan apabila Nabi Muhammad dihina di peringkat antarabangsa, hanya sedikit komen shj dikeluarkan.

Menantu kesayangan beliau KJ mengadakan perarakan semasa Setiausaha Amerika (Gondola Nasi)dtg ke Malaysia pun hanya sekadar batuk di tepi tangga ... selepas itu senyap. Apa yg boleh dianalisa ... KJ hanya ingin mendapatkan "political mileage" dan utk membaiki dan menaikkan imej beliau yg tercalar akibat pendedahan TDM.

DAN yg menyedihkan semasa berjumpa dgn Presiden Amerika (Jus Semak), Pak Lah boleh kata beliau menerima penyesalan Pope yg sebelum itu memberi kesimpulan bhw Nabi Muhammad SAW mengembangkan Islam secara peperangan/keganasan. Walhal selepas itu Menteri Luar OIC membuat kenyataan tidak menerima penyesalan Pope tsb dan ingin mendapatkan penjelasan lanjut Pope.

Haai apa nak jadi dgn Pak Lah .... nasi sudah menjadi bubur. Ahli UMNO bukan shj melihat tetapi menganalisa anda ... anda sebenarnya tidak layak menjadi PM.

SEDARLAH SEBELUM TERLAMAT ... anda sebenarnya dikelilingi oleh "Think-tank" yg sebenarnya tidak berkeupayaan ... yg mungkin sudah kenyang diberi makan oleh KJ ... atau yg hanya memikirkan bagaimana anda and family boleh mengumpulkan kekayaan daripada Kerajaan dan Syarikat Yang Ada Kaitan Dengan Kerajaan (GLC).

Satu lagi ... ahli UMNO pun sudah dpt mengagak kenapa Pak Lah mengadakan pilihanraya umum sebelum pemilihan agung UMNO.

Agakan pertama ialah hendak menaikkan KJ dgn cara mudah supaya penguasaan kekayaan negara boleh diteruskan. Hai ... kenyanglah juga Patrick Lim dan Kalimullah (warga Singapura tu).

Beginilah kronologinya-

1- Dalam pilihan raya umum, KJ akan dipilih utk bertanding di peringkat Parlimen.

2- Setelah menang dilantik menganggotai kabinet.

3- Oleh krn sudah ada kedudukan dlm kabinet-bertanding pula menjadi Ketua Pemuda UMNO.

4- Berdasarkan kpd khazanah jutaan ringgit yg terkumpul-kemenangan boleh dijamin krn kebanyakan perwakilan UMNO yg dtg ke KL pada masa itu mmg dahagakan duit utk membeli belah dan melawat pusat2 hiburan tersohor ibu kota.

Agakan yg kedua ... mungkin Pak Lah takut disingkirkan sebelum pilihan raya umum. Dengan kemenangan dlm pilihan raya umum walaupun kecil Pak Lah masih mempunyai alasan utk terus duduk di kerusi no. 1 negara.

Komen yg diberikan hanyalah utk sekadar perbincangan dan membantu org Melayu Islam utk membuat analisa sendiri. Sekiranya tidak dapat menerimanya itu adalah hak mrk atau anda sendiri.

Seruan saya di bulan Ramadhan yg mulia ini, marilah kita bersama-sama (termasuk yg berada di tingkat 4 Putrajaya) sebagai umat Islam yg taat kpd Allah, berdoa kepada hadhrat Ilahi semoga Allah melindungi diri kita dari angkara durja dan sifat org Munafiq. Ameen Ya Robbal Alamin.

"SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN"

Anonymous said...

Ikhlas kata, saya tak apsti sama ada saya akan mengundi BN pada pilihanraya kaan datang....

Saya pertama kali layak dan terus mengundi adalah pada tahun 2004... Usia baru mencecah 21 ketika Oktober 2003..terus saya berdaftar dengan SPR..... Ketika pilihanraya diadakan, saya berada di Final Semester di Universiti...Bersemangat balik ke Kampung untuk mengundi....

Kenapa saya dan kawan akwan lain yg ketika itu berusia 21 tahun cukup bersemnagat mengundi???

JAwapannya..... KAMI GENERASI kelahiran 80an AMAT MENYANJUNGI KEPIMPINAN DATUK SERI DR MAHATHIR ?(amat sayang dengan panggilan itu)..Pilihanraya 1999..Generasi MAHATHIR ini belom layak mengundi..... GEnerasi 60-an dan 70-an mmg banyak yg anti Mahathir pada 1999...

IKhlas kata, tiada seorangpon rakan rakan yg mengundi BN pada 2004 disebabkan faktoR PAK LAH ! Kami amat sayangkan BN dan UMNO kerana kami adalah GENERASI 80-an, produk Idea dan Usaha seorang "Atuk Malaysia" yg BERMARTABAT dan BERMARUAH TINGGI !

PAK LAH...sedarlah........Sifat anda dewasa ini membuatkan kami bertambah sayangkan TDM dan bertambah GELI DAN MENYAMPAH denganmu !

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya dapat bayangkan sifat sifat buruk/munafik memang ada sedikit sebanyak kepada setiap orang pemimpin kita pada hari ini. Kalau kita hendak bersihkan bukan saja Pak Lah tapi sebahagian dari penyokong penyokong umno. bukan itu saja pengerusi SPR yang dianggap berkecuali pun terkenal dengan sifat berdolak dalihnya. Yang tidak seharus nya ada pada seornag islam. SPR seharus nya adil kepada semua parti dan bukan nya bersikap berat sebelah atau terang terangan menipu.

Persolanya sekarang siapakah yang mendidik dan menjadikan mereka ini bersifat menafik?

Sifat munafik ini lebih terang apabila hampir nya pilihanraya!! berbagai janji ditaburkan. Entah berapa peratuskah yang tertunai selepas pilihanraya.

Sepatutnya dengan islam yang dikurniakan allah kepada kita semua, seharusnya sudah lama kita bersatu dan hidup dibawah bimbingan al Quraan. bukan itu saja boleh jadi golongan yang bukan islam akan tertarik dengan islam dan ketenangan berlindung dibawahnya dan akhirnya mereka akan memeluk islam.

Anonymous said...

askm,

saya setuju dengan kenyataan Ayub tulakang berkenaan muawiyah. dan saya rasa perkara ini memang wajib diperbetulkan. kerana muawiayah adalah dikalang sahabat nabi saw. sebesar mana kesilapanya pun tak akan setaraf dengan kebaikan kita semua. kisah Umar Abd Aziz sangat menarik disini. beliau adalah khalifah yang hebat tertulis didalam sejarah islam. Pernah ditanya pasal diri nya dan muawiyah. lalu beliau menjawab kalau tak silap saya debu dari kuda muawiyah tak setaraf dengan kebaikan yang ada pada dirinya.

Kita semua dengan khalifah umar abd sudah tidak ada taraf perbandinganya apa tak lagi dengan muawiyah as.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum semua,

Dari luahan bloggers sekelian saya dapati kebanyakkan dah tak mahu Pak Lah memimpin Malaysia tapi masih mahu pemimpin yg bercirikan Islam atau yg mahu dan mampu memertabatkan Islam di Malaysia. Kita telah lihat pemimpin UMNo kebanyakkannya tidak ada ciri-ciri tersebut. Yang ada pun bila dah dapat jawatan dalam Parti dah bersalin kulit.Ugama diucapkan kpd ahli tapi perlakuan dah jadi total politician termasuk suap dan sogokkan.

Apa kata kalau beri peluang pada PAS untuk memerintah bila pilihanraya akan datang. Jika tak diganggu SPR dan rasuah undi seperti dulu ada peluang PAS menang. Saya rasa Husam Musa adalah PM material dalam PAS.

Bukan apa saya nampak UMNO sudah busuk sekarang telah jauh dari tujuan perjuangan asal mereka.

Memang akan ada bangkanagn dari ahli UMNO dalam blog ini( dan tak kurang juga yg akan hentam PAS, betoi tak zaak?)

Ini cuma satu saranan alternatif kerana saya tidak nampak akan ada perubahan manhaj kepimpinan UMNO walau di tukar PM di kalangan mereka.

Mari kita pertingkatkan amalan ibadah pada hari-hari terakhir Ramadan ini.

Wassalam
Ayub Tulakang

Anonymous said...

Pada pandangan saya, rakyat malaysia hari ini menghadapi krisis yang amat besar, ia itu krisis LEMAH IMAN. dari sini lah punca segala penyakit, seperti yang disebutkan munafik, penipu, cintakan dunia/kebendaan/ gila kuasa, rasuah, hinggalah kepada jenayah yang lebih besar kepada pembunuhan. Dan Takut Mati.

Oleh itu,sama sama lah kita cari ubat untuk mengubati penyakit batin ini.

Anonymous said...

kita arang Melayu dah mula lari dari masalah yang sebenar..
Mengata. menghina memberi komen seolah olah kita ini ULULAZMI..
semua orang di malaysia ni bodoh.. kita yang seorang yang pandai.
KITA KINI SEBENAR NYA SUDAH TIADA MASA LAGI..
BANYAK YANG LEBIH PENTING
MEMBINA JENARASI AKAN DATANG JAUH LEBIH SENGSARA LAGI.. TIADA KEPERLUAN UNTUK KITA HINA PEMINPIN
KITA.

MALU LAH KITA PADA allah swt.

SOKONGAN KITA KEPADA PERDANA MENTERI PERLU BERTERUSAN..

Anonymous said...

Assalamualaikum-saya ingin merujuk kpd sdr blogger pd 2.45 am. Sdr menulis "BANYAK YANG LEBIH PENTING UTK MEMBINA GENERASI AKAN DATANG". Sedarlah bhw utk membina generasi akan datang kita memerlukan kepada Pemimpin. Sudikah sdr melihat generasi akan datang dipimpin oleh Pemimpin yg tidak amanah, yg mementingkan diri sendiri dan keluarga, yg tidak mempertahankan agama dll. Fikirkanlah ....

Rasullullah bersabda mafhumnya "sekiranya melihat kemungkaran, perangilah dgn tangan, sekiranya tidak mampu dgn lidah, sekiranya tidak mampu dgn hati, itulah selemah2 iman".

Rasullulah pun pernah bersabda mafhumnya "taatilah Pemimpin itu selagi mana ia tidak menyuruh kita berbuat maksiat dan kemunkaran".

Renungilah ... sekiranya kita mendapati Pemimpin kita telah lari jauh daripada manhaj kepimpinan Islam, adakah kita hanya sekadar berpeluk tubuh shj dan menyerahkan diri kita dan nasib anak cucu kita kpd Pemimpin tsb.

Adakah itu yg disuruh oleh Allah dan RasulNYA ... rasanya TIDAK SAMA SEKALI ... OLEH ITU MALULAH KITA KEPADA ALLAH DAN RASULNYA KRN TIDAK BERBUAT APA-APA.

Anonymous said...

posting kat atas tu....

kalo pemimpin masuk longkang pun ko nak masuk longkang?

apa da....akal ada ka...

itu sebabnya kite kena kritik, betulkan apa yang tak betul jgn bagi pemimpin masuk longkang.
bagi die sedar.

regards

melayu islam

Anonymous said...

Assalamu'alaikum esp to noreen,

Noreen menulis at 12.11 AM agar kita sama-sama mencari ubat penyakit batin ini.

Sebenarnya ubat tersebut telah ALLAH 'Azza wa jalla turunkan melalui Rasulullah SAW sejak 1400 tahun lalu iaitu al-Quran dan AsSunnah.

Kalau kita semua(termasuk pemimpin negara,para ulamak dan kita rakyat)betul2 mahu dan ikhlas mengikut Islam melalui manhaj yg Nabi SAW ajar pada sahabat Radiallahu anhum ajmain iaitu manhaj solafussoleh samada dari segi aqeedah , ibadah dan muamalat malah siasah, InsyaALLAH banyak perkara mungkar dan salahguna kuasa(tak kira pada peringkat manalah)boleh dikurangkan.

Tapi apabila kita(saya juga termasuk) mengaku Islam di mulut tetapi pemikiran kita dan tingkahlaku kita tak selari dgn kehandak al-Quran dan sunnah, malah pada banyak ketika bertentangan dgn kehendak ALLAH dan RasulNya memang kita sebenarnya melarikan diri dari hidayah dan taufiq tanpa kita sedari.

Kalau kita ada"Islamic will power" secara beramai-ramai tidak mustahil Islam dan Malaysia boleh lebih baik keadaannya. Tapi ini memerlukan usaha yang panjang dan kesungguhan mendedahkan manhaj solafussoleh kpd seluruh rakyat Melayu/Islam. Itu pun jika tiada gangguan dari pemerintah dan ulama yg mempunyai kepentingan duniawi.

Saya tertanya-tanya, apa sudah jadi dengan statement: Kerja bersama saya bukan untuk saya"?

Macam penyebut statement tersebut sudah lupa saje

Wassalam
Ayub Tulakang

Anonymous said...

Adakah kita perlu menyokong walaupun "si yang disokong" tu telah mendatangkan "syak yang munasabah?"

Adakah wajar sikap "Mr Yes man" di teruskan dalam kondisi negara demokrasi yg kita dukung skrg ini.

Ini pendapat mudah yang ingin saya kongsi dqan difikirkan,

"Sekiranya kita mempunyai rumah sendiri dan kita sangat sayangkan rumah itu setelah beberapa generasi kita memang tinggal di situ. Tiba-tiba suatu hari kita telah menyedari bahawa rumah yang kita sayangi itu telah juga dihuni oleh haiwan-haiwan yang berbahaya yg tinggal di setiap sudut dan ruang rumah, melakukan segala yang membahayakan diri dan penghuni lain. Sekiranya kita berjuang dari "dalam rumah" akan menyebabkan kita akan terkorban dengan sia-sia selain usaha yang pasti gagal. Persoalannya, adakah kita perlu survive dan terus berjuang di dalam rumah tersebut atau membuka langkah baru dangan berjuang dari luar rumah? Adakah option berjuang dari luar rumah adalah satu keputusan yang salah? Saya akui saya dan keturunan saya dulu adalah UMNO. Tapi skrg dah berbeza. Saya memilih berjuang di luar rumah walaupun saya sayangkan rumah itu. Saya sangat berpuas hati kerana dengan jalan yang saya pilih ini telah membuatkan saya bangga kerana tidak menyokong perasuah, penjual negara, penjerut leher rakyat, kaki persenda agama sendiri, peliw*t, gila kuasa, mabuk kuasa dan sebagainya kerana saya bukan ahli pertubuhan itu. "sekian dulu, slamat Hari Raya, Maaf zahir sahaja.

Anonymous said...

Assalamualaikum saudaraku semua...aku bersyukur masih ramai di antara kita yang sedar akan kejahatan Pemimpin UMNO...Kita teruskan perjuangan ini sehingga pilihanraya akan datang...kita ajar UMNO...pastikan kerusi Parlimen banyak dikuasai pembangkang...itu lebih byk kebaikan dari keburukan....percayalah...Takbir

STRIKER said...

Saya masih baru di dalam blog saudara, tapi apa yg saya nampak saudara mmg hebat sebab itu kena buang dgn pak lah..

Tak apa teruskan perjuangan saudara, tambahkan api dalm tulisan saudara.

Anonymous said...

Sang Kelembai,

Izinkan saya mengimbas kembali penulisan anda seperti berikut:-
a. 29hb. September 2006 - Kenyataan Media - mendapat 177 komen;
b. 2hb. Oktober 2006 (3 hari kemudian - Tindakan Menghalal Cara - mendapat 109 komen (turun 68 komen);
c. 6hb. Oktober 2006 (4 hari kemudian) - Melayu Yang Pemaaf - mendapat 72 komen (turun 37 komen);
d. 11hb. Oktober 2006 (5 hari kemudian) - Bahaya Munafik - mendapat 35 komen (turun 37 komen);
e. Sehingga 19hb. Oktober 2006 (8 hari komen) - tidak ada apa-apa artikel dikeluarkan.

Komen saya : Anda bermula dengan penuh semangat yang berkobar-kobar. Kata macam-macam tanpa batasan. Tapi hari demi hari semangat anda yang berkobar-kobar itu sudah mula menurun - mula sayu - dan lama-lama terus padam. Begitu juga dengan bilangan komen yang dibuat bagi tiap-tiap artikel anda; menurun dari satu artiket kesatu artikel berikutnya.

Rumusan saya : Inilah yang dikatakan semangat 'HANGAT HANGAT TAHI AYAM' wahai Sang Kelembai. Masa tengah marah bukan main hebat lagi tetapi lama kelamaan hilanglah steam nya. You are a typical example of a personality in this category.

Anonymous said...

syawal menjelma tak lama lagi...ramadhan akan meninggalkan kita, tapi kita masih disini...ditakuk lama...
cuba cerminkan diri kita, adakah kita tergolong dalam org2 beriman atau yang suka 'mengumpat' atau 'mencerca' dengan cara baru..internet..
Mungkin ramai yang akan setuju dan tidak setuju.
Apa yang diharapkan semua memohon keampunan Allah jika ini adalah cara yang salah ... sementara ramadhan masih ada ...

Anonymous said...

semalam dalam berita diaorg luluskan pembinaan istana baru....

pagi ni dalam berita kerajaan selangor luluskan kenaikan harga air...mcm biasa alasannya nak didik rakyat KURANGKAN penggunaan air...

kepala hotak diaorg..

regards

islam melayu

Anonymous said...

Assalamualaikum.....

Dari hari ke hari mcm2 pergolakan yang byk berlaku atau memang dirancang utk berlaku....rakyat sedang memerhatikan byk isu2 yg timbul...semua isu2 yg timbul hanyalah bersifat kebudak-budakkan sbg contoh isu kastam,isu alam sekitar dan mcm2 lagi...tidakkah kita sedar bahawa kerosakan alam sekitar dan pembalakan haram semua adalah 100 peratus kelemahan kerajaan...pernahkan kita terfikir bagaimana hebatnya NEW YORK yg mana sungai2 yg terdapat disekitarnya tidak seperti sungai2 yang terdapat disekitar Kuala Lumpur walaupun jumlah penduduk di NY berkali ganda jumlahnya dari jumlah penduduk di KL..lihat lah betapa teratur dan terancangnya pembangunan mereka...adakah perkara ini dipikirkan oleh pemimpin2 kita...pemimpin2 kita hanya pandai melaungkan slogan menjaga alam sekitar tapi apa tindakan drastik yg mereka buat...mereka melaungkan agar rakyat bekerjasama menjaga alam sekitar..sedarkah mereka alam sekitar ini sebenarnya byk dirosakkan oleh golongan pemimpin sejak zamam TDM sehingga skrg...pembalakan haram adakah rakyat yg perlu disalahkan...air sungai jadi mcm teh tarik adakah rakyat perlu disalahkan..banjir sana sini di KL adakah salah rakyat...ini semua akibat pembangunan tidak sistematik yg tanpa dikawal oleh siapa lagi kalau bukan pemimpin...pemimpin2 yang hanya pandai menyalak seperti anjing dengan melaungkan kpd rakyat utk menjaga alam sekitar sedangkan semua isu2 ini hanya berpunca dari ketamakan PBT yang bernaung dibawah kerajaan...menteri2 yang ada aku rasa memang tak pernah menumpukan kepada tugas dan tanggungjawab mereka....mkn gaji buta..semua jabatan dibawah kementerian tidak dipantau...semua ini telah disedari oleh kebanyakan rakyat....bukan itu sahaja kita lihat isu terbaru kejadian tanah runtuh berhampiran sebuah blok baru2 ini...adakah itu salah rakyat...jawapannya 100 peratus adalah salah kerajaan...sebarang bentuk pembangunan mestilah dibuat kajian terperinci kesannya terhadap kawasan dan struktur berhampiran...kita lihat apa yg terjadi skrg...amat terserlah kerakusan org yg terlibat dgn adanya projek tersebut...jika dgn akal pun boleh pikir tanah runtuh pasti berlaku bila kawasan berdekatan di korek tanpa kajian awal...betul2 kelakar pembangunan yg dianjurkan skrg...semuanya mementingkan faedah projek tersebut tanpa memikirkan kesannya kpd rakyat berhampiran..memang sungguh hina dan jijiknya kerajaan skrg...tidak kah kita sedar betapa sedihnya penduduk di blok itu yg terpaksa meninggalkan rumah yg tidak selamat dan dipindahkan duduk beramai-ramai di dewan lebih2 lagi waktu perayaan yang semakin hampir ini...apakah kerajaan tidak rasa bersalah langsung kepada penduduk2 di blok itu...yg jadi kambing hitam kerajaan biasanya pemaju ataupun kontraktor yg terlibat...sedangkan kita tahu mereka yg terlibat meluluskan sesuatu projek tidakkah dtg dari PBT mahupun pemimpin kerajaan...sepatutnya kerajaan mesti memberi pampasan kpd penduduk terbabit di atas kesulitan mereka tersebut....kesimpulannya pemimpin yang ada tetap aku labelkan sebagai HAPRAK,DUNGU,SIAL dan DURJANA..kerana dengan kuasa yang mereka ada bukan digunakan utk menjamin kesenangan rakyat tetapi memburukkan lagi keadaan hidup rakyat....aku doakan segala kemewahan dan kesenangan yg diraih kapla2 PBT dan pemimpin2 terlibat akan dibalas dgn seksa di DUNIA dan di AKHIRAT...AMIN....yang paling aku marah KEGAGALAN pihak berwajib memantau produk2 yg HALAL di pasaran skrg...kita pun tak tau tanda halal pd sesuatu produk itu sah atau tidak...sedangkan nama pengilang roti yang memproses roti secara meragukan pun pihak berwajib masih nak merahsiakannya...adakah ini wajar????tidakkah mereka sedar rakyat yg beragama islam masih terdedah dgn roti jenama tersebut dipasaran...didlm akhbar ada dipaparkan masalah ini tapi nama pengilang roti itu tidak dinyatakan...tidakkan ini pelik...mana pergi Islam Hadhari...sedangkan isu kecil yg berkaitan halal haram tidak dpt dilaksanakan dgn berkhemah..sungguh SIAL pemimpin skrg...tunggu je lah pilihanraya nanti....Takbirrrrrr

Anonymous said...

Aasalamualaikum-bagi sdr2 yg mencadangkan supaya undi pembangkang tu saya dgn ikhlas hati minta sdr2 semua fikirlah sedalam-dalamnya sama ada tindakan tsb lebih byk mendatangkan keburukan ke atau kebaikan.

Saya percaya sdr2 semua masih sayangkan UMNO krn UMNO masih lagi relevan utk memperjuangkan nasib orng Melayu Islam di Malaysia.

Apa yg berlaku skrg ialah seorang pemimpin UMNO yg telah lupa diri dan amanah sebagai seorang pemimpin.

Utk mengajar pemimpin tersebut dlm pilihanraya akan datang tak perlulah kita mengundi pembangkang .... kita berkecuali ajelah ... masa hari mengundi tu pergilah bawa isteri dan anak2 sdr bercuti atau honeymoon buat kali kedua. Dapat juga tenangkan perasaan ....

Bila peratusan org Melayu/UMNO keluar mengundi dan jumlah marjoriti undi telah jatuh merosot barulah Pak Lah sedar diri sikit.

Sebelum ini Pak Lah dgn nada dan suara yg tinggi
berkata "Marjoriti rakyat Malaysia bersama2 saya", selepas pilihan raya umum yg akan dtg jgn haraplah lagi boleh berkata2 mcm tu ya.

Kalau selepas itu Pak Lah masih tak sedar diri dan mengundurkan diri DAN pemimpin UMNO yg lain masih meneruskan dgn tradisi "YES PAK LAH", jgn hairan dan ada kemungkinan apa yg berlaku di Thailand, Filipina dan Indonesia akan berlaku di Malaysia. Nauu zubillahi min zalik.

"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN" kepada semua sdr Islamku termasuk sdr Zaharin. Berhati2 memandu di jalan raya.

Anonymous said...

Tentang halnya Muawiyah ra, ada banyak pendapat. Mana satu betul, Wallahualam.. tapi jangan lupa Muawiyah telah melanggar janjinya dengan Hassan bin Ali ra, apabila melantik Yazid sebagai pengganti, di mana sepatutnya jawatan khalifah pada waktu itu ditentukan kaum muslimin. Dan tentang halnya Yazid, jangan lupa penglibatannya dengan peristiwa Karbala, di mana Hussin ra (cucu Rasulullah) dan ahli keluarga serta para sahabat telah dibunuh kejam. Jadi macam mana? Saya sendiri pun tak faham kenapa pemerintahan Muawiyah dan Yazid sanggup bermusuhan dengan Ali ra, Hassan ra dan Hussin ra sampai berlaku tumpah darah. Namun bagi saya biarlah Allah swt saja yang mengadili mereka (Muawiyah & Yazid) dan ingatanlah sesungguhnya mereka itu bukan maksum (mereka mungkin juga telah melakukan kesilapan). Wallahualam.

Anonymous said...

Assalamualaikum - Saya tertarik dengan "sedikit" ulasan saudara striker. Kebetulan saya ni goalkeeper. Rasanya saya dah boleh baca gerak-geri striker. Saya tak nampak tulisan Pak Zahrin sebagai api pada sesiapa. Cuma pada mereka yang berkepentingan dan mmg berhajat nak menjaga@menambah kepentingan mereka, selain ingin mencari nama didalam "pasukan keris merah bogel" utk kepentingan tembolok@katung sendiri, atau untuk mendapat tempat di hati golongan pemimpin penjual negara sahaja akan berpendirian seperti saudara dan yang sewaktu dengannya. Pada saya sekiranya ditambah apipun dalam tulisan Pak Zaharin dan sekiranya api itu pula berjaya memecahbelahkan semua, saya tak rasa saudara striker terkecuali daripada kebakaran itu.

Memang kadangkala terdapat kelemahan dalam penyampaian beliau dalam mengenengahkan sesuatu isu.Pada saya kita sedia maklum bahawa "Tiada siapa yang sempurna, selain ALLAH". Kelemahan dia mentafsir, menterjemah, menyampaikan, memahami sesuatu konsep dengan tepat(keagamaan atau sebaliknya)dan sebagainya pada saya tak penting. Kita akan belajar daripada kesilapan. Memang dia tak cemuh TDM. Kalau cemuhpun kita tak akan dapat ubah sejarah. Yang penting adalah apa yang sedang berlaku sekarang!!!

Saya pun tak suka dengan Pak Zaharin ni. Tak kenal pun. Banyak penulisan dia yang saya tak setuju. Tapi pada saya dia ada kelebihan dalam menyuarakan kebenaran mengikut caranya sendiri. Beliau berani.

Utk P.Zaharin... Apa pun yg anda nak tulis, sekiranya yang berkaitan dengan agama. tolong perhalusi dulu sedalam-dalamnya dan tolong betulkan sekiranya terdapat kesalahan yang sahih. Selebihnya hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI tentang niat dan perjuangan saudara ini untuk apa....
Slamat Hari Raya... Maaf Zahir Sahaja.. *saya masih diluar rumah. Saya nak cuba baling asap pemedih mata kat dalam rumah yang saya sayang tu kot-kot binatang@ mau keluar. Kalau tak saya tetap di sini. Tak jauh... Cuma di rumah jiran yang dulu saya sangsikan. Saya jemput semua rakyat Malaysia masuk rumah jiran saya ni untuk memperjuangkan agenda kita....

Anonymous said...

Saudara Zaharin
Saya berasa terpanggil untuk membetulkan fakta mengenai Muawiyah b. Abi Sufyan R.A. Beliau adalah sahabat Rasulullah yang diberi kepercayaan oleh Rasulullah S.A.W untuk memncatatkan Al-Quran ,menulisnya di dalam mushaf. Mengaitkan beliau sebagai munafik adalah tuduhan yang amat baik baik kerana beliau tidak menggunakan agama untuk tujuan politiknya. Percayalah apa yang kita dengar mengenai Muawiyah adalah daripada musuh-musuh Islam yang diketuai oleh Abdullah ibn Sahl. Apa yang dilakukan oleh Muawiyah adalah untuk membetulkan situasi politik yang tidak menentu semasa pentadbran Saidina Ali KWJ yang tidak stabil dan amat lemah itu. Ali dibunuh oleh khawarij dan Muawiyah dan Amr Al As juga nyaris terbunuh dan akhirnya hanya Ali syahid di dalam perjalanan ke masjid.Hanya Yazid bin Muawiyah sahaja yang boleh dikategorikan sebagai pemuka orang-orang. Manakala legasi Muawiyah diambil alih oleh keluarga Marwan selepas kematian Yazid.Untuk pengetahuan saudara Muawiyah adalah sahabat Rasulullah yang paling rapat dengan baginda dan teman halaqah baginda di Madinah.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia