Friday, October 20, 2006

Pilihanraya Dan Anda




Bila Abdullah Hj Ahmad mengambil keputusan untuk menangguhkan pemilihan Majlis Tertinggi UMNO yang "expire" tahun depan dan diangguk penuh setuju oleh semua Majlis Tertinggi UMNO, jelaslah bahawa ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO adalah dari kategori "melayu mudah lupa". Adakah mereka lupa, tidak tahu atau buat - buat tidak tahu bahawa UMNO hanya boleh menangguhkan pemilihan yang cukup tempoh atas dua sebab sahaja. Pertama, jika berlaku tahun pemilihan tersebut adalah tahun yang ke empat dari tarikh berlangsung pilihanraya yang terdahulu, yang mana ianya kurang dari setahun tamatnya tempoh hayat Parlimen, dan kedua kerana bertembong dengan tahun persempadanan semula kawasan Parlimen dan Dewan Negeri. Selain dari itu tidak pernah ada dalam sejarah UMNO sebarang pemilihan UMNO ditangguhkan.

Keputusan menangguhkan pemilihan ke tahun hadapan yang melibatkan tahun ke tiga pilihraraya umum oleh Abdullah Hj Ahmad perlu diselidiki dan dikaji sebab musababnya? Jika Parlimen dibubarkan tahun hadapan, maka bererti Malaysia untuk pertama kalinya dalam sejarah mengadakan pilihanraya dibawah jangka hayat 4 tahun (48 Bulan). Kenapa? Jawapannya mudah.


Abdullah Hj Ahmad mahu tangguhkan pemilihan jawatan di dalam UMNO di semua peringkat hanya semata-mata kerana kepentingan anak menantunya. Kalau diteliti, kecuali Tunku Abd Rahman yang anak-anaknya tidak berminat dengan politik, lain-lain Presiden UMNO bermula dari Onn Jaafar, Tun Razak Huseein, Hussein Onn dan Dr Mahathir Mohamad, memperlihatkan anak-anak lelaki mereka menempah nama dalam UMNO. Oleh kerana Abdullah Hj Ahmad hanya mempunyai seorang anak lelaki dan minatnya menebal mahu menjadi Qarun, maka menantunya yang bermata sepet sedikit tetapi tidak buta macam dajal, sudah diletakan dalam heiraki UMNO sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia mempunyai peluang untuk diangkat lebih tinggi dalam struktur UMNO dan ini sesuai dengan kehendak menantunya yang mempunyai cita-cita mahu jadi Perdana Menteri dibawah usia 40 tahun.

Di kalangan masyarakat Pemuda UMNO Malaysia sudah mula lantang bersuara membidas menantu Presiden dan tanpa berselindung lagi ada ECXO Pemuda UMNO yang mengatakan bahawa Naib Ketuanya sudah menjadi liabiliti kepada Pemuda UMNO. Menantu Presiden ini selalu membuat kenyataan yang dia fikir semua orang bodoh, macam bapak mertua dia. Sebagai contoh bila dia mengatakan yang dia tidak kenal Maya Qarin (maksud Qarin dalam bahasa arab ayub-tulakang boleh terjemahkan) tetapi sekarang Maya Qarin adalah pemilik syarikat yang diberi hak ekslusif oleh Telekom Malaysia Berhad dalam kerja-kerja pengendalian "event" di TM dan menjadi personaliti iklan. Disini kita kena dilihat siapa CEO TM, kalau tidak seorang yang bertanggung memberikan Scommi kepada anak Abdullah Hj Ahmad dan siapa yang meletakan dia disana?

Abdullah Hj Ahmad mungkin sudah diberitahu bahawa jika ada pertandingan untuk apa sahaja jawatan dalam Pemuda UMNO dan jika ditandingi oleh menantunya maka beliau akan menghadapi kekalahan. Oleh itu untuk kepentingan peribadi dan nafsu Abdullah Hj Ahmad, tokoh perjuang Islam yang ada had dan ada hari ini menggunakan kuasanya untuk menangguhkan pemilihan UMNO kerana jika dibubarkan Parlimen, atas kedudukan sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, menantu ini akan diberi tempat bertanding dan mungkin akan bertanding kerusi Dewan Negeri untuk menjadi Menteri Besar. Kedudukan tersebut boleh digunakan bagi menjamin jawatan Ketua Pemuda UMNO kelak kerana tahap pemikiran ahli UMNO yang berlandaskan "Mana Titah Patek Junjung" dan sindrom minda "Ampun Tuanku" dikalangan mereka memungkinkan apa sahaja keputusan Abdullah diterima.

Ahli-ahli Majlis Tertinggi dan sebahagian besar pemimpin UMNO amat sesuai berketuakan Abdullah Hj Ahmad yang menggunakan "Badui" sebagai nama keluarganya kerana badui adalah pengembala kembing dan apa yang dibuat oleh Abdullah Hj Ahmad sekarang menjadikan ahli-ahli UMNO sama taraf dengan kambing-kambing yang hanya perlu disogokan dengan pucuk nangka dan oleh kerana pucuk nangka ini dipegang oleh Abdullah Hj Ahmad maka terpaksalah kambing-kambing yang bernama Menteri, Menteri Besar dan sebagainya ikut apa sahaja kehendaknya kerana takut takut tak dapat pucuk nangka tersebut. Tapi ada beribu kambing-kambing yang hidup secara bebas, walau tak dapat makan pucuk nangka, sekurangnya ada juga pucuk ubi gajah, pucuk paku dan macam-macam pucuk lagi untuk dimakan.

Dan Abdullah Hj Ahmad juga maklum setelah dia diberi tahu oleh Adnan Yaakub bahawa semua penyokong dia hanya sekadar berok yang boleh bila-bila masa boleh melompat, maka mengadakan pilihanraya awal adalah satu usaha menyingkirkan berok-berok ini secara berbudi bahasa dengan berbagai alasan. Percayalah bahawa setelah melihat bagaimana Dr Mahathir Mohamad yang tidak berkuasa lagi ditolak dan terpinggir ini maka ini juga akan berlaku kepada mana-mana Ketua UMNO Bahagian yang sekarang bertaraf Menteri atau Menteri Besar. Dengan mudah Abdullah Hj Ahmad Badawi akan meletakkan tokoh-tokoh baru untuk menjadi Ahli Parlimen dan Dewan Negeri dan kemudian dilantik menjadi Menteri, Menteri Besar dan seterus bila bertanding jadi Ketua UMNO Bahagian akan menang dengan mudah kerana berok-berok dalam UMNO bukan sahaja ada di peringkat Menteri, Ahli Majlis Tertinggi tetapi berkeliaran di semua bahagian sama ada di bandar, kampong dan desa.
Maka selepas ini dia akan punyai ahli Parlimen dan Dewan Negeri bukan lagi bertaraf "Berok" tetapi "kambing" dan kambing - kambing ini akan memberikan sokongan kepada Abdullah Hj Ahmad menjadi Presiden parti yang akan dimanipulasi minda mereka dengan pemikiran kekambing-kambingan oleh Abdullah Hj Ahmad dan keluarganya.

Maka janganlah hairan bila Abdullah Hj Ahmad bercakap bahawa penangguhan pemilihan UMNO adalah kerana mahu menumpukan perhatian kepada pilihanraya dan kemudiannya mengatakan bahawa tidak ada keperluan untuk mengadakan pilihanraya dalam masa terdekat. Kenyataan itu membuktikan bahawa Abdullah Hj Ahmad hanya disuruh cakap begitu, kerana budak tadika pun tahu mengira bahawa selepas 14 November 2006 hingga 14 November 2007 baru 12 bulan dan seterusnya Disember ke Julai 2007 cukuplah 18 bulan waktu tangguh dan jika tidak ada pemilihan Majlis Tertinggi maka Majlis Tertinggi akan bertugas secara haram dan pada bulan Mac 2008 bila hayat Parlimen genap berusia 4 tahun. Dan dalam tahun 2008 pula, pemilihan UMNO sekurangnya memakan masa 4 bulan, jadi untuk bajet pilihanraya bagi mengizinkan segala gula-gula lolipop untuk dibahagikan kepada rakyat, sudah pasti pilihanraya jika hendak diawalkan selepas tiga tahun ialah pada bulan Jun 2007 dan jika tidak selepas empat tahun pada Mei 2008.

Jika melihat arus perang urat saraf yang dilakukan sekarang bulan Mei adalah sesuai untuk diadakan pilihanraya bagi mengekalkan kuasa Abdullah Hj Ahmad kerana isu-isu perkauman dan nasionalism Melayu sedang digunakan secara meluas bagi mendapat sokongan supaya pengundi Melayu berpihak UMNO. Ini bererti jika orang-orang UMNO dan Melayu amnya memberikan sokongan kepada pentadbiran Abdullah Hj Ahmad apa yang sebenarnya orang Melayu samada Melayu UMNO atau tidak tetapi yang penting orang Islam di Malaysia buat ialah untuk menyiapkan seorang Firaun Hadhari. Maka akan berterusan keloh kesah orang-orang Melayu dengan berkata" dahulu di era Dr Mahathir Mohamad dengan kelajuan untuk memertabatkan Melayu kita berfikir "apa nak jadi atau terjaminkah anak cucu kita, kerana kita yang ada sudah "okey" dan bolehkah anak cucu kita "survive" dengan perkembangan permodenan minda dan perubahan sosial dan ekonomi. Namun di bawah Abdullah Hj Ahmad orang Melayu akan berkata pula "apa nak jadi dengan kita (orang melayu) kerana dengan cara nepotism, kroni dan korupsi yang bermaharalela oleh Abdullah Hj Ahmad adakah terjamin kita, kerana orang-orang Melayu kena berfikir di zaman Abdullah Hj Ahmad untuk menjawab soalan, yang mana keluar dahulu, ayam atau telor?.

Kesimpulannya, mengadakan pilihanraya awal hanyalah untuk membersihkan jemaah yang ada kepada jemaah kroni bagi memastikan sokongan berterusan terhadap beliau serta menjaga kepentingan menantunya dalam politik UMNO. Inilah yang diutamakan dan inilah dia "firaun ada had dan ada hari yang bakal lahir dalam UMNO.

Sang Kelembai: Kadang-kadang macam tak percaya Abdullah Hj Ahmad ni ada pendidikan agama, seorang penulis dipecat keahlian UMNO, seorang Ketua UMNO Bahagian tidak diambil tindakan walau pun sudah didenda beribu ringgit. Adakah denda itu bukan hasil dari membelakangkan undang-undang? Tetapi sekarang kita dah faham, sebenarnya kalau kroni yang rasuah pun tak pa, asal beli saham Abdullah Hj Ahmad yang sudah tersenarai - KCT Hadhari Berhad (Kumpulan Cium Tangan) - semuanya boleh.

15 comments:

Anonymous said...

Zahrin@ Sang Kelembai
Salam perjuangan dan selamat hari raya dari saya sekeluarga. Apapun saya menghormati pandangan dan pendirian saudara dalam menegakkan kebenaran. Doa dari saya sekeluarga untuk saudara, kuatkan iman, teguhkan hati dan 'buat apa yang saudara rasa betul dan bukan buat apa yang orang lain kata betul'. Salam perjuangan Ahmad Saabun sekeluarga

Anonymous said...

jamilisa- Saya bersetuju dengan pandangan Pak Zahrin. Inilah pilihan yang ada kepada PM Tidor. Kepada pejuang tulin parti yang masih sayangkan parti UMNO, buatlah usul tergempar agar pindaan dibuat keatas sistem pencalunan untuk jawatan presiden dan timbalan. Hapuskan kuota yang memberi kemenangan mudah kepada penyandang jawatan. Usulkan juga agar pemilihan untuk jawatan MT dan kepimpinan tertinggi parti dibuat diperingkat cawangan. Ini mampu membendung politik wang yang semakin teruk.

Semoga dengan cara ini UMNO bukan sahaja akan terus Cemerlang dan terbilang, bahkan akan terus kekal menerajui kerajaan. Jika usaha ini tidak disegerakan maka parti ini hanya akan menjadi platform bagi mengayakan kaum keluarga dan akan terus menerus menjadi parti TEMBERANG yang berpanjangan.

p/s :- atau usulkan sahaja untuk memecat presiden dan timbalan dari jawatan. Akan harmoni dan damailah ahli parti dari kecelaruan.

Anonymous said...

Budaya pemilihan PM baru oleh PM lama patut di hapuskan kerana telah menjejaskan peluang orang-prang / beruk - beruk dan kambing-kambing yang lebih layak untuk dipilih secara demokrasi. Sekarang Malaysia boleh tidak amal demokrasi tapi cara berokrasi.

Patut ke seorang pemimpin kita seorang yang penakut,sehingga menunda pilihanra raya UMNO. Kesian pada berok-berok UMNO.

Anonymous said...

YOu miss the obvious.

Ahmad Zaki Zahid was caught with money politic offense but let off with a warning. By the way, AZZ is head of Unit for Policy in PM's office.

So many inconsistencies in UMNO's execution of its own rules, sometimes it makes me wonder ...

Pemandang dari jauh

Anonymous said...

Abdullah takut Anwar Ibrahim boleh bertanding 2008.

Anonymous said...

Ummu Salamah isteri Rasulullah saw berkata: Rasulullah saw bersabda: Akan terdapat pemimpin-pemimpin yang melakukan kebaikan dan juga kejahatan, sesiapa yang menegah kejahatan yang dilakukan oleh mereka maka ia telah terlepas dosa bersekutu dgn kejahatan & dr azab Allah, sesiapa yg membenci dihati (terhadap perbuatan mungkar tersebut) maka sesungguhnya ia telah terselamat, tetapi mereka yang redha dan mengikut kejahatan para pemimpin itu (tidak selamat). para sahabat bertanya kpd Rasulullah saw: adakah perlu kami memerangi mereka? Rasulullah menjawab:Tidak, selagi mereka menunaikan solat lima waktu. (At Tamhid)

Sagaladoola said...

Kalaulah orang yang nampak macam ada pendidikan agama, tetapi sebenarnya berkelakuan seperti orang yang tidak berpendidikan agama bermaksud:

Orang itu sedang berlakon / berSANDIWARA

Bolehkah orang sedemikian menjadi Ketua Kerajaan? Adakah ahli-ahli dalam parti yang diketuainya mengikut ketuanya? Jikalau ya, adakah kita patut memilih PARTI SANDIWARA untuk menjadi Kerajaan kita?

Fikirkanlah sejenak. Pilihlah parti yang bermutu dan ikhlas untuk masa depan anak-anak anda

Anonymous said...

PM malaysia hari ini adalah pengerusi OIC yang sudah hilang kejujuran apabila melihat kuasa dan wang ringgit. Wang negara , kekayaan negara akan dijadikan sendirian berhad. dibahagikan sesama anak beranak dan kuncu kuncu pengampu.

harta rakyat dipergunakan semahu nya dengan cara terhormat dan professional dan berbagai tipu helah manipulasi.

Mencuri harta rakyat secara terhormat termasuk juga harta anak anak yatim.

tapi itu tak kisah asalkan anak menantu dapat makan dan senang lenang.

barang sentiasa naik , petrol tak pernah turun harga (di USA dalam sejarah harga petrol turun dari average 3 dollar segallon kepada 2.06 segallon.

Walau pun USA ni bukan negara baik sangat tapi masih bertimbang rasa dengan kesusahan rakyat biasa.

ini lah perangai menipu , manipulasi dan mencuri , tradisi pemimpin umno dari dulu sampai lah sekarang

Good luck paklah selamaat memerintah.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum,

Sebenarnya, tiada apa yg perlu di hairankan bila MT UMNO( baca Pak Lah) menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan UMNO.

Itu lah sifat pucuk pimpinan UMNO. Ubah tiang gol bila difikirkan menguntungkan (My)team nya.
Bukan sahaja masa pemilihan boleh diubah, malah tatacara pemilihan juga boleh dan pernah di ubah. Kita telah melihat bagaimana selepas insiden Team A dan team B, pelbagai arahan diubah. Untuk calun Presiden dan Timbalan memerlukan pencalunan minimum utk layak bertanding. Kemudian ada pula bonus point utk pencalunan yg di terima. Kemudian ada pula arahan supaya jawatan Presiden dan Timbalan tidak di cabar.
Perkara ini telah bermula di zaman Dr M dan Pak Lah meneruskan tatacara tersebut.

Dan pak hangguk pak hangguk UMNo dalam MT akan terus menggangguk setuju. Apa saja titah Presiden bagaikan sesuatu yg keramat yg tidak boleh di bangkang( kalau bangkang bersedialah anda utk menerima risiko nya...ingat DSAI?)

Kita sebenarnya tidak perlu terkejut atau puzzle mengapa ini berlaku. Dan jika Pak Lah telah diturunkan, pasti pengganti beliau akan melakukan yg sama.Thats UMNO for you!

Bagi saya Pak Lah lebih risaukan pemilihan UMNO daripada PEMILU.Kalau kalah dalam UMNO dah tidak berpeluang lagi utk ditunggangi orang. Kalau kalah PEMILU, yg akan kalah ialah BN dan UMNO. Mungkin bagi Pak Lah alang-alang tenggelam biar satu kapal tenggelam. Kalau pemilihan UMNO mungkin beliau akan karam keseorangan.

Memang benar buat masa sekarang populariti menantu menurun sangat.Tak banyak Afundi yg beliau akan perolehi dalam setahun ini, tapi bak kata Pak Zaharin~Melayu(UMNOputra) mudah lupa. Menantu hanya perlu tunggu satu situasi utk menaikkan semua popularitinya. Percayalah, beliau akan memperolehi peluang tersebut dan Pemuda UMNo akan sayang semula kepada menantu.

Persoalannya sekarang, apakah ahli UMNO seluruh negara betul-betul jantan untuk melakukan perubahan?( dalam bahasa kasaq Kedah~depa ada teloq ka?)Kalau ikut sejarah, orang2 UMNO ni macam lembu di cucuk hidung( tu dia...dah ada berok, kambing dan sekarang lembu pulak dalam UMNO). Arah mana tuan tarik tali arah itulah lembu-lembu ikut.

p.s.: Pak Zaharin, Qarin ni yg saya dengar dari Dato Dr Haron Din adalah makhluk pendamping manusia( qarin ni macam jin, suku sakat iblis.Semua insan ada qarin utk ignite nafsu kita.Cuma qarin Rasulullah SAW telah baginda Islamkan.
Tapi masa saya kecik2 dulu di utara kedah, anak karin tu anak ikan sembilai(ikan lawan). Di utra kedah dipanggil karin, di selatan kedah dipanggil sembilai. Di sempadan Thailand-Burma pula ada puak Karen. Tak taulah samada qarin, anak karin dan puak karen ada sangkut paut dgn puntianak busuk sambal malam atau tidak. saya tidak berMaya utk memikirkannya.

Ayub Tulakang

Anonymous said...

Dah jemu dengar paklah bercakap di tv. Rasa muak, jijik dan membosankan. Dah sampai peringkat benci dengan kepura-puraan, cetek ilmu, pembohongan, kaut harta untuk anak menantu. Tak sanggup lagi kalau kita diperintah oleh pemimpin sebegini. Marilah kita rubahkan semua ini. Saya doakan kejatuhan pemerintahan paklah demi kebaikan masa depan anak cucu kita.

Anonymous said...

Tak Kenal Tak pa
Saya agak terkilan apabila mendapati bahawa Pak Lah yang duduk di atas kerusi empuk PM sudah hilang arah dalam misi dan visinya untuk memartabatkan orang Melayu(..akhirnya LAYUuuuuu..juga Melayu ni) yang mendapat nasihat dari menantunya. Kalau ada agama pun mungkin Hadharinya lah. Pak Lah sebenarnya KESUNYIAN..saya rasa dan ini saya rasa menyebabkan emosinya terdedah kepada tindakan mendengar cakap menantunya yang bermata sepet. Saya bukan orang politik, tetapi melhatnya sebagai satu fenomena baru dalam politik Malayu (bukan salah eja tapi memang disengajakan agar ada perlainan dari MELAYU). Saya sarankan agar episod lama diulang semula.
1. Hadkan masa untuk semua Ahli yang Berhormat untuk tempoh DUA penggal sahaja.
2. Orang Malayu berpeganag kepada konsep ISLAM yang sebenar, bukan Islam UMNO, Islam Hadhari atau Islam PAS.
3. SEBELUM SESEORANG BERTANDING KERUSI PARLIMEN ATAU NEGERI ISYTIHARKAN HARTA BENDA, ASET, LIABILITI KEPADA KONSTITUENSI ATAU UMUMKAN KEPADA UMUM, RAKYAT AGAR KAMI RAKYAT JELATA BOLEH MENILAI KEKAYAAN DAN "KEBERSIHAN" SUMBER PENDAPATANNYA. KENAPA TAKUT ANDAINYA MEREKA BERSIH, DAN BUKAN UMUMKAN KEKAYAAN KEPADA PM ATAU BPR SAHAJA? INI BARULAH ADA KETELUSAN.
Bagaimana??
Sudah lah, cukup lah dengan harta kekayaan yang dimiliki yang tak akan habis walau TUJUH kutturunan sekalipun. Hayatilah perjuangan yang sebenarnya. Kalau ada berbilion ringgit sekalipun, andainya tak dapat membantu manusia lain tanpa mengira bangsa, agama, Kutturunnan, maka kita bukanlah manusia..mungkin menjadi QARUN. Letakkan diri kita sebagai
ISLAM
MELAYU
MANUSIA
INSAN
kerana itu kita diseru sebagai wahai
MANUSIA
ORANG ORANG YANG BERIMAN
Pak Lah mungkin kena belajar lagi..kerana ILMU yang dimilikinya hanya menjadikannya seorang
MANUSIA.
Saya adalah INSAN MANUSIA ISLAM MELAYU yang Daif dan Lemah. Wasallam...

Anonymous said...

Assalamualaikum-bertemu kembali selepas bercuti lama utk berhari raya.

Bila TDM menimbulkan isu mengenai pemilihan agung UMNO yg ditunda Pak Lah pun naik angin dan melenting langsung berkata "Itu adalah kuasa saya".

Melihat kepada kata-kata Pak Lah nampak jelas dan tidak terselindung lagi bhw Pak Lah ini seorang pemimpin diktator dan tidak mengamalkan konsep Musyawarah yg ditetapkan oleh Islam. Kalau mcm tu mcmana nak mempromosikan Islam Hadhari. Haiii ... alamatnya Pak Lah jadi Pemimpin yg mengamalkan Islam Ada Had Ada Hari laa.

Ahli MT UMNO yg lain pula sebenarnya adalah "Pak Angguk" yg tidak mampu berkata apa2. Tidak seperti di negara Barat contohnya di Britain, ahli kabinet yg tidak bersetuju dgn PM Tony Blair akan meletakkan jawatan.

Kepada ahli MT dan semua Ketua Bahagian UMNO, tunjukkanlah kuasa anda semua sebelum terlambat, sebelum anda disingkirkan. Marilah bersatu hati dan kemukakan usul tidak percaya kepada Pak Lah.

Contohilah sdr Zaharin kita.

Anonymous said...

Pak Sang Kelembai,

Syabas kerana berani menentang arus perdana.. Berani kerana benar adalah satu daripada sifat yang amat terpuji. Semoga saudara diberi lebih kekuatan mental dan fizikal dalam perjuangan menentang salah laku pemimpin.. (Crusade against corrupted leader/s)

Teruskan usaha saudara demi untuk Malaysia yang lebih adil, saksama, bersih dan telus..

Nabeel PJ

The Truth said...

Laknatullah keatas abdullah ahmad badawi dan seluruh keluarganya..pemimpin paling munafik dalam alaf melinium ini.Badawi dan seluruh ahli kabinetnya yg bacul sekarang ini spt orang hilang akal apabila berdepan dgn kritikan2 dr mahathir,bermacam kata nista dilemparkan kpd manusia yg amat besar jasanya kepada agama,bangsa dan negara ini.Dimanakah kesopanan dan kesusilaan manusia bernama badawi ini..maka layaklah ucapan laknatullah dicampakkan kemukanya kerana ucapan itulah yg paling layak untuk keperibadiannya.

Anonymous said...

Assalamualaikum.....

Dari hari ke hari mcm2 pergolakan yang byk berlaku atau memang dirancang utk berlaku....rakyat sedang memerhatikan byk isu2 yg timbul...semua isu2 yg timbul hanyalah bersifat kebudak-budakkan sbg contoh isu kastam,isu alam sekitar dan mcm2 lagi...tidakkah kita sedar bahawa kerosakan alam sekitar dan pembalakan haram semua adalah 100 peratus kelemahan kerajaan...pernahkan kita terfikir bagaimana hebatnya NEW YORK yg mana sungai2 yg terdapat disekitarnya tidak seperti sungai2 yang terdapat disekitar Kuala Lumpur walaupun jumlah penduduk di NY berkali ganda jumlahnya dari jumlah penduduk di KL..lihat lah betapa teratur dan terancangnya pembangunan mereka...adakah perkara ini dipikirkan oleh pemimpin2 kita...pemimpin2 kita hanya pandai melaungkan slogan menjaga alam sekitar tapi apa tindakan drastik yg mereka buat...mereka melaungkan agar rakyat bekerjasama menjaga alam sekitar..sedarkah mereka alam sekitar ini sebenarnya byk dirosakkan oleh golongan pemimpin sejak zamam TDM sehingga skrg...pembalakan haram adakah rakyat yg perlu disalahkan...air sungai jadi mcm teh tarik adakah rakyat perlu disalahkan..banjir sana sini di KL adakah salah rakyat...ini semua akibat pembangunan tidak sistematik yg tanpa dikawal oleh siapa lagi kalau bukan pemimpin...pemimpin2 yang hanya pandai menyalak seperti anjing dengan melaungkan kpd rakyat utk menjaga alam sekitar sedangkan semua isu2 ini hanya berpunca dari ketamakan PBT yang bernaung dibawah kerajaan...menteri2 yang ada aku rasa memang tak pernah menumpukan kepada tugas dan tanggungjawab mereka....mkn gaji buta..semua jabatan dibawah kementerian tidak dipantau...semua ini telah disedari oleh kebanyakan rakyat....bukan itu sahaja kita lihat isu terbaru kejadian tanah runtuh berhampiran sebuah blok baru2 ini...adakah itu salah rakyat...jawapannya 100 peratus adalah salah kerajaan...sebarang bentuk pembangunan mestilah dibuat kajian terperinci kesannya terhadap kawasan dan struktur berhampiran...kita lihat apa yg terjadi skrg...amat terserlah kerakusan org yg terlibat dgn adanya projek tersebut...jika dgn akal pun boleh pikir tanah runtuh pasti berlaku bila kawasan berdekatan di korek tanpa kajian awal...betul2 kelakar pembangunan yg dianjurkan skrg...semuanya mementingkan faedah projek tersebut tanpa memikirkan kesannya kpd rakyat berhampiran..memang sungguh hina dan jijiknya kerajaan skrg...tidak kah kita sedar betapa sedihnya penduduk di blok itu yg terpaksa meninggalkan rumah yg tidak selamat dan dipindahkan duduk beramai-ramai di dewan lebih2 lagi waktu perayaan yang semakin hampir ini...apakah kerajaan tidak rasa bersalah langsung kepada penduduk2 di blok itu...yg jadi kambing hitam kerajaan biasanya pemaju ataupun kontraktor yg terlibat...sedangkan kita tahu mereka yg terlibat meluluskan sesuatu projek tidakkah dtg dari PBT mahupun pemimpin kerajaan...sepatutnya kerajaan mesti memberi pampasan kpd penduduk terbabit di atas kesulitan mereka tersebut....kesimpulannya pemimpin yang ada tetap aku labelkan sebagai HAPRAK,DUNGU,SIAL dan DURJANA..kerana dengan kuasa yang mereka ada bukan digunakan utk menjamin kesenangan rakyat tetapi memburukkan lagi keadaan hidup rakyat....aku doakan segala kemewahan dan kesenangan yg diraih kapla2 PBT dan pemimpin2 terlibat akan dibalas dgn seksa di DUNIA dan di AKHIRAT...AMIN....yang paling aku marah KEGAGALAN pihak berwajib memantau produk2 yg HALAL di pasaran skrg...kita pun tak tau tanda halal pd sesuatu produk itu sah atau tidak...sedangkan nama pengilang roti yang memproses roti secara meragukan pun pihak berwajib masih nak merahsiakannya...adakah ini wajar????tidakkah mereka sedar rakyat yg beragama islam masih terdedah dgn roti jenama tersebut dipasaran...didlm akhbar ada dipaparkan masalah ini tapi nama pengilang roti itu tidak dinyatakan...tidakkan ini pelik...mana pergi Islam Hadhari...sedangkan isu kecil yg berkaitan halal haram tidak dpt dilaksanakan dgn berkhemah..sungguh SIAL pemimpin skrg...tunggu je lah pilihanraya nanti....Takbirrrrrr

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia